Khamis, 30 April 2015

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI


KAWAN AHMAD MASLAN YANG BARU....KUAT SOKONG DIA...

Posted: 30 Apr 2015 08:13 PM PDT

Ahmad Maslan Dah Dapat Kawan Yang Menyokongnya....


Rani Kulup bela Ahmad Maslan

Rakyat Malaysia perlu berfikiran matang dan bertindak rasional berhubung penjelasan yang dibuat Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan berhubung pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST).

Presiden Martabat Jalinan Muhibah Malaysia (MJMM), Abdul Rani Kulup Abdullah memberi jaminan dia akan bertanggunggjawab melindungi menteri berkenaan sekiranya wujud sebarang ancaman.

Jelasnya, selama ini Ahmad Maslan telah melaksana tugasnya dengan baik dan dianggap mulia walaupun dicaci serta diugut pihak tertentu.

"Saya mempertahankan dia, sokong GST yang dilaksanakan untuk tujuan yang baik.

"Cuma peniaga itu sendiri yang rakus menaikkan harga barang sesuka hati.

"Hentikan serangan peribadi ke atas Ahmad Maslan misalnya mengaitkan ibu beliau macam babi. Ini kerana yang buat keputusan tentang GST bukan dia seorang, malah seluruh ahli kerajaan," katanya ketika dihubungi FMT.

Sebagai tanda sokongannya kepada Ahmad Maslan, dia tidak melepaskan peluang untuk menyampaikan ucapan hari ulang tahun yang ke-49 kepada Ahli Parlimen Pontian itu.

"Saya berharap beliau kuat dan dipermudah segala urusan. Jangan takut dengan ugutan, jangan takut dengan ancaman dan apa orang nak troll.

"Segala ancaman perlu diterima dengan hati terbuka. Saya harap Ahmad Maslan tidak mengambil sikap membalas dendam dengan fitnah yang dibuat. Contohi sikap Rasulluah yang berbuat baik kepada umatnya, walaupun Baginda dibaling batu, dibaling najis, baginda tidak pernah membalasnya," katanya. -FMT

NAJIB PATUT JAWAB PERKARA UTAMA YANG DITIMBULKAN MAHATHIR- SAKMONGKOL

Posted: 30 Apr 2015 05:36 PM PDT

Bukan Kita Tanya ETP, GTP atau Pemandu atau sejuta laluan kepada Kemakmuran.




PM Najib muncul dengan ucapan ala State Of The Nation Address. Tema nya ialah Transformasi Untuk Semua. Ia disiarkan live. 
Dia menggunakan kesempatan tersebut untuk jerit, memberi amaran dan melepaskan geram. Jika kita ada pemimpin seperti ini, ini petanda Malaysia dalam bahaya.

Kita dengar dan kita boleh debat pencapaian dan rekod yang ditunjukkan oleh ETP, GTP, NKRA dan peranan Pemandu. Kita tahu lah ini semua dan ini pun asas kita mengkritik kerajaan.

Yakni sebaik sahaja kerajaan mencampuri pengurusan ekonomi secara aktif, maka nature dan bagaimana campur tangan itu dilaksanakan akan menjadi bahan kritikan dan teguran yang keras. Ancaman  terbesar terhadap kepentingan kita sebagai rakyat negara ini ialah apabila berlakunya konsentrasi kuasa politik dan ekonomi. Ia akan menjurus kepada autokrasi dan akhirnya kleptokrasi. It will be a government of the top 1%, for the 1% , by the 1%.
Sebab itu pengurusan dan campur tangan kerajaan melalui GTP, ETP dan Pemandu itu mesti dijaga supaya dijalankan dengan cekap, amanah dan jujur serta adil.Penjagaan dan kewaspadaan terhadap kecenderungan ini dilakukan oleh semua mereka yang public spirited.

Jika kriteria ini tidak diikuti,  apalagi kita lihat ada penyelewengan, ada tidak amanah, ada cabul kuasa, ada rasuah dan ada konsentrasi kuasa ekonomi dengan kuasa politik- ianya sebab2 lebih besar supaya berjaga2 agar kerajaan tidak melakukan sewenang wenang nya.

Najib boleh istiharlah betapa dia dan jemaah menteri tidak akan berganjak, tidak akan menyerah kalah atau terus membina2 sejuta jalanraya untuk kemakmuran- semua itu tidak menghentikan perkara buruk dilakukan. Dan janganlah pula menyembunyikan kelemahan dibawah rayuan bahawa hanya Tuhan sahaja yang sempurna.

Kita bukan kelahi denganTuhan.

Kita tak expect PM Najib berhenti daripada bercakap tak berhenti henti mengenai apa2 acronym yang dicipta oleh pakar runding yang dibayar gaji yang tinggi. Kita lihat sementara dia berucap berapi api- ada para menteri nya asyik sibuk bercakap perkara lain. Itu tanda nya, sesama jemaaah menteri pun, ada yan tidak yakin dengan apa yang diistiharkan.

Dia boleh jerit dan marah tapi tidak sedikitpun mengurangkan tanggapan pendengar bahawa Najib seperti tak tahu apa yang dia cakapkan.

Kita bukan suruh dia jawab mengenai berkesan atau tidak inisiatif acronym kerajaan. Kita hanya perlu jawab pengurusan 1MDB dan ada atau tidak pecah amanah apabila sejumlah wang disapu atau dibenarkan disapu oleh Jho Low untuk buat bisness sendiri.

Kita hendak tahu adakah wang 1MDB digunakan secara tipu helah untuk membeli asset pada harga yang tinggi dengan ada pula nilai goodwill yang tinggi. Kita hendak tahu ada atau tidak kuasa dicabul bila membeli asset kerajaan pada harga yang tidak munasabah rendah.

Rakyat hendak tahu apa yang kurang pada SST dan kenapa ianya diganti dengan GST? Jika GST kutip cukai yang lebih rendah, mengapa pilih GST kecualilah GST itu sebetulnya skim kutipan cukai yang lebih cekap- yang sebenarnya ia begitu. Maka kita tahu kerajaan yang makin membesar memerlukan wang yang lebih banyak untuk mengurus.

Jika demikian, rakyat khuatir kerajaan yang dipimpin oleh seorang PM yang angkuh, yang belanja macam hilang pedoman, yang membenarkan korapsi dan tipu muslihat, yang tidak mengira apa jadi pada rakyat terus memimpin.

Tidak ada orang pun menyoal sama ada kerajaan kerja kuat atau tidak- sesiapa pun jadi kerajaan boleh mengitsiharkan mereka berkerja kuat untuk rakyat dan sebagainya. Tidak pernah kita dengar mana2 pemimpin termasuk yang diktator, autokratik, kleptoratik- semua mereka memerintah atas nama bangsa dan negara. Di Malaysia lagi hebat- landasan perjuangan atas nama bangsa, agama dan negara.

PM najib dan marah atau jerit tidak mengapa, tapi jawablah soalan2 mudah yang rakyat tanya. Bila Najib  kasi warning  kepada dr Mahathir- saya rasa ini first in our country.

Saya baru membaca kenyataan mutakhir PM Najib. Dia tidak akan menyerah kalah. Saya sudahpun membaca karakter Najib. Apa lagi saya tahu sedikit sebanyak mengenai nya.

Kita lihat dia menari sakan di majlis kahwin anak dia. PM Najib kelihatan gedik- lebih gedik dari Rosmah Mansor.

Itu tanda orang yang tidak peduli apa jadi ada rakyat. Peduli apa jika dia hendak bawak 3-4 kapalterbang, 300 orang ke- 500 orang ke- itu hal dia lah. Dia PM. Bini dia isteri PM.

Kalau dia buat demikian- apa orang lain boleh buat? Mahathir boleh buat apa? Tengku Razaleigh boleh buat apa? Pemimpin UMNO lain yang semua bergantung soru dengan dia boleh buat apa?

Tidak ada seorang pun pemimpin UMNO yang ada kekuatan moral untuk menegur Najib dan co. kalau ada 2-3 orang yang baik, mereka menghabiskan masa mempertahankan hipokrasi pemimpin mereka.

Saya tidaklah hendak menidakkan bahawa ada terdapat beberapa pemimpin UMNO yang baik karakter tapi mereka too caught up dengan karenah buruk pemimpin nombor 1.

Rosmah Mansor boleh sebut dan berkata macam apa yang dikatakan disebut oleh Marie Antoinette- biarkan rakyat makan kueh. Mak datin dan puan sri yang yang ikut serta dengan rombongan ke Kazakhstan semua nya merasa privilleged kerana dapat ikut dan tersenarai dalam kumpulan dianugerah keistimewaan oleh pasangan pertama Malaysia. Apatah lagi pencapaian terbesar dalam dunia ini selain daripada diperakui sebahagaian dari elit utama?

Gelagat Najib menunjukkan business untuk remove him from office bukan suatu perkara senang. Jadi jangan kita hidup dalam hayalan. Dr Mahathir tidak akan boleh desak Najib supaya berundur. Geng Najib akan kata- siapa si mamak tua ini? Malah persendaaan kepada Dr Mahathir sudah pun dimulakan.Bloggers UMNO kata apa yang diucapkan oleh Mahathir SEMUA nya fitnah dan dusta.

Maka nya, Dr Mahathir kena ambil angkah drastic yang lain. Seperti secara sistematik dedahkan perkara buruk yang dilakukan oleh Najib supaya seluruh dunia tahu siapa Najib. Dr Mahathir kena jelajah seluruh negara beritahu negara siapa Najib dan apa yang dia telah lakukan.

Sebagai contoh, rakyat marah mengenai GST. Tapi mereka boleh tangkis lagi isiu GST dan kelentong sana sini. Namun belumsempat  isiu GST terjawab timbul pula pembelian jet eksekutif RM700 lebih juta. Campur dengan maintenance, kerajaan akan belanja RM1 billion untuk 15 tahun akan datang. Ini kerja gila dan pembaziran pemimpin yang angkuh yang tidak peduli perasaan rakyat. Pesewat ini akan digunakan untuk rombongan beli belah golongan terpilih dan pemimpin atasan.

Kita menyampah dengan syarahan Najib mengenai ETP, GTP yang mengujudkan perkerjaan berjuta juta. Siapa perkerja tersebut dan siapa yang dapat kepakaran?

Sila beritahu kita jumlah perkerja bumiputera yang berkerja dalam projek2 mega yang Najib laksanakan? MRT sebagai contoh. Pergilah kemana site MRT- para perkerja mereka adalah perkeja asing. Mereka dibayar rendah – mereka boleh terima sebab keadaan negara mereka teruk.

Tapi disamping itu mereka acquire skills dan kemahiran yang tidak diperolehi oleh anak bangsa kita. Jutaan perkerja asing ini meningkatkan modal insan mereka dan boleh menuntut gaji yang lebih tingi dalam negara lain kelak. Mereka memperolehi kemahiran dan skills membangunkan negara yakni membangunkan kapasiti. Anak bangsa kita bagaimana?

Undi tidak percaya.

Demikian juga, tidak ada harapan hendak lihat suatu undi tidak percaya dilakukan oleh ahli parlimen. Ianya tidak akan terjadi. Kita tidak ada sejarah dan tidak ada budaya membuang pemimpin dengan cara ini.

Yang saya sebut dalam artikel yang terdahulu ialah untuk suatu jumlah ahl parlimen keluar parti masing2 dan mengistiharkan mereka ahli parlimen bebas. Kemudian mereka boleh bersama sama menyokong seorang ahli parlimen yang mereka anggap dapat keyakinan majority.

Speaker terpaksa tanya jurucakap kumpulan ahli parlimen, siapa yang mereka fikir boleh command majority support ahli parlimen.

Untuk merealisasikan agenda ini, sejumlah ahli parlimen mesti keuar parti mereka dan keluar dari BN. BN tidak cukup ahli dan tidak boleh berbuat apa apa, kerajaan mereka akan jatuh. Tidak perlu undi tidak percaya.

BAKAL CALON YANG AKAN KALAH AKUI BN AKAN BUAT JANJI DICAPATI

Posted: 30 Apr 2015 04:07 AM PDT


PKR sambut baik Pemuda PAS henti boikot

Posted: 30 Apr 2015 02:21 AM PDT

PKR sambut baik Pemuda PAS henti boikot
PKR sambut baik Pemuda PAS henti boikot

PKR sambut baik Pemuda PAS henti boikot

Pimpinan KEADILAN menyambut baik keputusan Dewan Pemuda Pas Pulau Pinang yang kini bersetuju untuk bekerjasama bagi mempertahankan kerusi P44 Permatang Pauh.

Pengarah Pilihanraya Pusat KEADILAN, Datuk Saifuddin Nasution berkata begitu dalam satu sidang media harian yang diadakan di Bilik Gerakan Utama Pilihanraya Kecil P44 Permatang Pauh pada Rabu.

" KEADILAN mengucapkan terima kasih kepada seluruh pimpinan PAS pusat yang diterajui Presiden Tuan Guru Haji Hadi, timbalannya Haji Mohammad Sabu yang juga penyelaras jentera pilihnraya PAS pusat dan Dr Mujahid Yusuf Rawa yang menjadi penyelaras PAS Pulau Pinang.

"Usaha berterusan dari mereka memungkinkan dewan pemuda PAS Pulau Pinang turun membantu.

"Sekaranglah masanya jentera KEADILAN dan Pakatan Rakyat menumpukan isu-isu rakyat," katanya.

Taktik kotor mula cemari kempen Permatang Pauh

Posted: 30 Apr 2015 02:12 AM PDT


Taktik kotor mula cemari kempen Permatang Pauh
Taktik kotor mula cemari kempen Permatang Pauh

Taktik kotor mula cemari kempen Permatang Pauh

Kempen Pilihanraya kecil (PRK) P44 Permatang Pauh mula dicemari dengan taktik kotor dari pihak tertentu.
Perkara itu didedahkan oleh pemimpin pakatan rakyat kepada media dalam dua sidang media berbeza.

Pada Rabu, Ahli Parlimen Bukit Mertajam, Steven Sim pendedahkan aksi penyebaran risalah-risalah yang memburukkan kerajaan Pulau Pinang yang dipimpin Ketua Menteri Lim Guan Eng dan menjatuhkan imej Pakatan Rakyat.

Tanpa menamakan pihak tersebut jelasnya risalah berunsur fitnah yang mempamerkan gambar Ketua Menteri Pulau Pinang itu menyalahi peraturan pilihanraya apabila tidak mempamerkan nama penerbit.
"Risalah ini diedarkan ke seluruh Permatang Pauh, ia tidak mempamerkan nama pencetaknya dan itu merupakan satu kesalahan dibawah akta pilihanraya.," tegasnya lagi.
Malah pemimpin setempat juga tidak terkecuali dari menjadi mangsa kepada aksi-aksi kotor pihak tertentu apabila telefon bimbit mereka digodam dan digunakan bagi menghantar informasi palsu kepada penduduk sekitar Permatang Pauh.

"Dari pengalaman lepas, beberapa pemimpin turut menjadi mangsa, setiausaha Agung KEADILAN, Rafizi Ramli, Fariz Musa, YB Rodziah, Saudara Tian Chua dan ramai lagi telah digodam telefon mereka.

"Di Permatang Pauh, operasi jahat itu telah bermula semalam," jelas Ahli Parlimen Bayang Baru, Sim Tze Tzin.

"Semalam lebih kurang pukul 4.30 petang saya terima panggilan dan lebih 160 mesej yang bertanyakan tiket bas percuma bagi membawa 1000 orang ke Kuala Lumpur pada 1 Mei ini, malah ditanya juga pelbagai soalan.

" Bila saya tanya dari mana mereka dapat nombor telefon saya mereka memberitahu mereka mendapat mesej dari talian yang saya gunakan, sedangkan saya tidak menghantar mesej begitu," jelas Puan Wing Chai Xi yang merupakan setiausaha kepada seorang ahli parlimen.

Sehubungan perkara itu beliau telah membuat satu laporan polis kerana bimbang keselamatanya terancam.

Ahli Parlimen Simpang Pulai yang turut hadir ke sidang media tersebut menyifatkan aksi kotor itu sebagai satu usaha terancang bagi memberi manafaat kepada pihak tertentu.

Pihak berkuasa seperti SPRM dan Suruhanjaya Multimedi jelasnya perlu mengambil tindakan terhadap aksi kotor itu

1MDB: Dr M tak maafkan Najib hilang wang RM46 bil

Posted: 30 Apr 2015 02:07 AM PDT

1MDB: Dr M tak maafkan Najib hilang wang RM46 bil
1MDB: Dr M tak maafkan Najib hilang wang RM46 bil

1MDB: Dr M tak maafkan Najib hilang wang RM46 bil

Laman pendedah maklumat Sarawak Report  mendakwa memiliki dokumen yang membuktikan sejumlah USD$330 juta (RM 1.18 bilion) untuk syarikat PetroSaudi International didepositkan ke akaun ahli perniagaan Low Taek Jho.

Dalam satu artikel yang dimuat naik laman itu semalam, Sarawak Report melaporkan pihaknya mempunyai dokumen permohonan syarikat pelaburan strategik milik Kementerian Kewangan, 1Malaysia Development Berhad (1MDB) membuat permohonan kepada Bank Negara Malaysia (BNM) untuk memindahkan amaun tersebut kepada PetroSaudi.

Menurut Sarawak Report, bagaimanapun, pihaknya mempunyai rekod yang menunjukkan wang berkenaan sebaliknya dipindahkan kepada akaun syarikat milik Low yang dikenali sebagai Good Star Limited.

Sarawak Report turut melaporkan, Bank Negara meluluskan 1MDB menggunakan dana berkenaan untuk syarikat usahasama mereka, 1MDB PetroSaudi Limited untuk membiayai pelaburan yang sedang berjalan di luar negara dalam sektor minyak dan gas.
"Sekarang, penyiasat mendapati sejumlah USD$330 juta lagi, di mana 1MDB menerima kebenaran untuk digunakan oleh PetroSaudi pada Mei 2011 juga terus diberikan kepada Good Star Limited," kata Sarawak Report dalam laporan itu.

Good Star Limited merupakan sebuah syarikat yang berpangkalan di Seychelles, namun menjalankan aktiviti korporatnya di Pulau Cayman dan mempunyai akaun bank di Zurich, Switzerland.
Low sebelum ini berulangkali menafikan dirinya mempunyai peranan dalam 1MDB.
"Sarawak Report bagaimanapun sebelum ini sudah pun mendedahkan pengarah PetroSaudi bersetuju 'bertindak bagi pihak' Jho Low dan sejumlah USD1.5 billion sudah dilaburkan kepada PetroSaudi antara September 2009 dan September 2010 dan dipindahkan secara rahsia ke akaun Good Star RBS Coutts di Zurich," kata Sarawak Report.


Laman tersebut berkata BNM memberikan kebenaran selepas ia bertujuan mendapatkan perkongsian global dan strategik dalam sektor tenaga dan mempromosikan pelaburan langsung asing Malaysia.

"Bagaimanapun tidak dinamakan syarikat Good Star dalam permohonan 1MDB, dan juga kebenaran diberikan untuk wang berkenaan disalurkan kepada Good Star," kata Sarawak Report.
Semalam Tun Dr Mahathir Mohamad mengulangi kenyataannya tidak akan memaafkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak kerana bertanggungjawab menghilangkan RM42 bilion wang melalui syarikat pelaburan strategik negara, 1MDB.
Bekas perdana menteri paling lama berkhidmat itu berkata jumlah wang yang hilang itu bukan kecil, malah memberi bayangan ia akan berterusan jika Najib tidak meletakkan jawatan.
"Kita tidak boleh lagi maafkan, kita mesti tumpukan kepada perkara (1MDB) ini.
"Kalau kita tidak hentikan, ia akan terus berlaku," kata Dr Mahathir semasa forum Bicara Negarawan di Kelab K, Taman Melawati, Selangor semalam.

Dr Mahathir berkata tidak mempunyai niat untuk masuk campur dalam pentadbiran Najib, bagaimanapun keadaan memaksanya untuk mengkritik.

"Orang akan kata saya tidak boleh bersetuju dengan sesiapa pun, kata saya mahu jadi perdana menteri selama-lamanya.
"Tetapi isu ini melibatkan berbilion, jadi saya tanya diri sendiri bukan isteri saya tentang hal ini dan saya kata kepada diri saya ini tidak boleh diteruskan. Jadi saya soal mana wang itu, tetapi tidak pernah dijawab. RM1 bilion atau RM2 bilion ok lah, tetapi ini RM42 bilion," katanya.

Turut dipersoalkan Dr Mahathir peranan ahli perniagaan kontroversi, Low yang diberikan sejumlah wang yang besar daripada 1MDB.

"Saya tidak kenal Low ini, tetapi beliau menafikan terlibat dengan 1MDB.
"Tetapi rekod mahkamah di London menunjukkan beliau mempunyai sokongan kerajaan dan 1MDB. Beliau diberikan wang sebanyak RM42 bilion untuk diuruskan, perkara ini tidak boleh berterusan," kata Dr Mahathir.

Tiada ulasan: