WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI |
- BAWA MAT MASLAN KE PERMATANG PAUH ...SAH BN KALAH BERGANDA
- MAT MASLAN BUAT BODO LAGI SETELAH BEBERAPA KALI JADI BODO......MENTERI PALING DIBENCI DI MALAYSIA
- VIDEO NAJIB DAN ROSMAH MENARI MERAIKAN PERKAHWINAN ANAK MEREKA.
- 'Nanti PAS 'ekstrim' mungkin anggap Pakatan haram'
- JASA yang menunjukkan kebodohan Umno....
| BAWA MAT MASLAN KE PERMATANG PAUH ...SAH BN KALAH BERGANDA Posted: 25 Apr 2015 07:09 PM PDT ![]() Dr Maza bantai teruk Mat Maslan!!![]() Takat ni!! Kenyataan pedas dari Mufti Perlis, Dr Asri Zainul Abidin di Facebook kepada seorang menteri yang berkata bekas PM, Tun Mahathir tak faham GST. Apabila Tun Mahathir yang pintar dikatakan tak faham tentang GST, bagaimana pula rakyat biasa ingin memahaminya. Juga jangan beri kepada orang bodoh urus harta walaupun harta sendiri, bantai Dr Asri. Tun M Tak Faham GST?! Jika Tun M dikatakan tidak faham GST, apakah rakyat Malaysia yang hampir kesemua mereka tidak lebih berpengalaman tentang ekonomi negara dari Tun M akan lebih faham tentang GST?! Jika orang yang dianggap oleh majoriti rakyat Malaysia sebagai 'kurang cerdik' (mengelakkan perkataan bodoh) disebabkan kenyataan-kenyataannya tentang GST, dia menyatakan Tun M yang terkenal dengan kepintarannya itu tidak faham GST, apakah si pembuat kenyataan itu lebih bijak di bandingkan Tun M?!! Saya terfikir, dalam fekah orang yang safih (bodoh atau kurang cerdik) tidak boleh diserahkan pengurusan harta sekalipun miliknya sendiri, persoalannya; apakah individu dalam kategori ini boleh diserahkan urusan negara yang membabit rakyat yang ramai?!. Patutkah golongan sufaha (kata banyak untuk safih iaitu bodoh ataupun kurang cerdik) diserahkan kepada mereka jawatan penting seperti menteri dan seumpamanya?! – Dr Maza |
| MAT MASLAN BUAT BODO LAGI SETELAH BEBERAPA KALI JADI BODO......MENTERI PALING DIBENCI DI MALAYSIA Posted: 25 Apr 2015 07:04 PM PDT |
| VIDEO NAJIB DAN ROSMAH MENARI MERAIKAN PERKAHWINAN ANAK MEREKA. Posted: 25 Apr 2015 06:41 PM PDT Semoga Pengun-pengundi 2 Bn Di Prk Rompin Dan Permatang Pauh Merasa Bangga Dan Berbesar Hati Dgn Kehebatan Pm Najib Dan Rosmah Bila Menari..Rasa-rasanya nya Tiada Seorg Pun Pengundi-pengundi Bn Di Rompin Dan Permatang Pauh Yg Mampu Menandingi Kehebatan Tarian Pm Najib..Tambahan Pula Bila Menari Di Bumi Kazakstan Bersama2 Menantu..Mungkin Kegembiraan Krana Dpt Menantu..Tapi Pengundi2 Di Rompin Dan Permatang Pauh Tak Perlulah Kesah Sangat Dgn Kehebatan Pm Najib Tu Sbb Tugas Dan Tanggongjawab Kita Ialah Sentiasa Membayar Gst.. Dr M bidas perkahwinan mewah anak Najib, persoal rombongan ke Kazakhstan OLEH MD IZWAN Published: 26 April 2015. Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad membangkitkan isu kehidupan mewah yang dipamerkan oleh Datuk Seri Najib Razak. Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad membangkitkan isu kehidupan mewah yang dipamerkan oleh Datuk Seri Najib Razak Tun Dr Mahathir Mohamad meneruskan kritikannya terhadap sikap bermewah Datuk Seri Najib Razak dengan membangkitkan perkahwinan anak perempuan perdana menteri yang berlangsung baru-baru ini. Dr Mahathir membuat perbandingan dengan majlis perkahwinan lima anaknya, sambil memperli Najib dengan mengadakan perkahwinan mewah yang dianggap sebagai "perkahwinan abad ini". "Siapa di sini ingat tentang perkahwinan anak saya 5 orang? "Siapa pun tidak tahu, pasal saya ini kedekut, tidak panggil banyak orang. Tak ada duit nak belanja. "Ini bukan main. Perkahwinan abad ini (the marriage of century), bukan tahun ini," kata Dr Mahathir di hadapan kira-kira 1,000 orang ramai yang hadir pads forum Bicara Negarawan di Kelab K, Taman Melawati, Selangor hari ini. Dr Mahathir juga mempersoalkan keperluan Najib yang membawa kira-kira 300 orang bersama dalam rombongan majlis perkahwinan yang diadakan di Kazakhstan. "Bila ke Kazakhstan dengan 300 orang tidak ada laporan media, biasalah media arus perdana tidak lapor benda itu. "Tapi ada bertandang ke Kazakhstan kita tidak tahu, kenduri di Pekan kita tahu tapi di Kazakshtan ini siapa dia yang pergi ini? "Benda macam ini tidak menjadikan seseorang sebagai seorang pemimpin," katanya. Anak perempuan Najib, Nooryana Najwa berkahwin dengan Daniyar Kessibayev pada 19 Mac lalu di Seri Perdana, Putrajaya. Majlis yang diadakan di beberapa lokasi mendapat perhatian ramai kerana diadakan secara besar-besaran dan mewah, malah gambar juga semasa majlis tersebut juga tersebar meluas walaupun tetamu yang hadir dilarang mengambil gambar. Kritikan ini bukan kali pertama, Dr Mahathir sebelum ini juga menjadikan isteri perdana menteri, Datin Seri Rosmah Mansor, sebagai sasaran kritikan. Kali ini, beliau mensasarkan kritikan tersebut terhadap isu yang sering menjadi bahan politik seteru Najib dari Pakatan Rakyat (PR), iaitu dakwaan gaya hidup mewah Rosmah. "Ada banyak perkara tentang kelakuan peribadinya (Najib) yang saya rasakan tidak betul. "Namun, saya bersedia untuk melupakannya, termasuklah gaya hidup mewah beliau dan isterinya," kata Dr Mahathir dalam tulisan di blognya. Kehidupan mewah Rosmah dan Najib disiarkan di beberapa media tempatan dan antarabangsa sejak kebelakangan ini, dan turut disiarkan dalam satu artikel New York Times edisi Februari dan dikaitkan dengan ahli perniagaan Low Taek Jho. Memaparkan invois dan dokumen lain sebagai bukti pembelian barang kemas yang dibeli Rosmah, laporan itu menuntut respons daripada Pejabat Perdana Menteri dan menerima jawapan berbunyi: "Tiada sebarang duit yang dihabiskan untuk berjalan atau membeli barang kemas, atau simpanan dalam peti besi yang didakwa, yang di luar kebiasaan bagi seorang yang berada pada posisi perdana menteri, dengan tanggungjawab dan harta legasi keluarganya." Terbaru, majalah Indonesia, Tempo juga menyentuh isu anak tiri Najib, Riza Aziz yang membeli kondominium mewah di New York bernilai RM110 juta pada 2012 dan rumah di Beverly Hills, California bernilai AS$17.5 juta secara tunai, seperti yang dilaporkan New York Times. – 25 April, 2015. - See more at: http://www.themalaysianinsider.com. |
| 'Nanti PAS 'ekstrim' mungkin anggap Pakatan haram' Posted: 25 Apr 2015 06:07 PM PDT Ahli jawatankuasa pusat PAS Khalid Samad mengulangi amarannya terhadap unsur-unsur "ekstrim" dalam PAS yang menjadi ancaman kepada gabungan Pakatan Rakyat. Beliau berkata, sekiranya sikap seperti ini diberikan mandat di peringkat PAS Pusat, maka mungkin akan difatwakan bahawa "PAS haram bersama Pakatan kerana Pakatan tolak hudud" "...Sepertimana difatwakan "haram mengundi orang yang tolak hudud"," tulis Khalid dalam blognya malam tadi. Khalid merujuk kepada satu kenyataan seorang pemimpin PAS Permatang Pauh baru-baru ini bahawa haram dan berdosa mengundi mereka yang menolak hudud. Khalid yang juga ahli Parlimen Shah Alam, berkata PAS 'ekstrim' sentiasa bersedia untuk mengakui keikhlasan Umno dan BN, sehingga mereka berkata keikhlasan Umno tidak patut dipersoalkan. "Pada masa sama mereka sentiasa bersedia mempersoalkan keikhlasan PKR dan 'alasan' yang diberi PKR (menolak hudud). "Maka sedikit demi sedikit akan mereka dekatkan PAS dengan Umno," katanya. Keputusan Kelantan PAS membentangkan enakmen hudud baru-baru ini telah mencetuskan perselisihan di antara parti Islam itu dengan rakannya dalam Pakatan, PKR dan DAP. |
| JASA yang menunjukkan kebodohan Umno.... Posted: 25 Apr 2015 04:37 AM PDT Langkah terbaru ialah menggunakan NGOs JASA.. aku tak mahu ambik tahu lah apa JASA tu dan apa yang berjasa sangat. Tapi kalau setakat nak hantar sms memperkecilkan Wan Azizah memang JASA ni silap banyak, Nak kempen kepada masyarakat Permatang Pauh jangan memperlekehkan Anwar Ibrahim. sebabnya memang jasa dia di Permatang Pauh ni banyak dan terbukti ketika dia menjadi Menteri Pelajaran, Menteri Pertanian hatta TPM dulu dia rancang segala perumahan untuk orang Melayu, pusat pengajian UITM,POLITEKNIK, MAKTAB,IKBN supaya orang Melayu dapat berniaga akibat dari tumbuhnya pusat pengajian tersebut. Kurang kurangnya ada orang Melayu dapat juai Ais Kacang tepi jalan. Hangpa bukan sahaja akan dikatakan bodoh tetapi akan dibenci,sebab apabila pembanggunan yang berlaku di Pulau Pinang, lihat lah bila Majlis Perbandaran Seberang Perai wujud, Bila Majlis Perbandaran Pulau Pinang Wujud, Cuba lihat bila sekolah sekolah diPulau Pinang wujud, baru hangpa boleh kata pembanggunan di perlukan di kawasan itu. Kempen macam ini baru nampak cerdik, Tapi kalau setakat nak banding kan umur Wan Azizah dan calon yang baru 42 tahun setakat S/U Umno bahagian dengan Presiden sebuah parti rasanya memang jauh lah akademik memang jauh juga...Umur.. Najib pun tua , malah dalam kabinet Malaysia calon risikel memang lah menjadi kegemaran Umno kerana yang muda muda di luar sana yang cerdik dah lari masuk PAS dan Juga PKR dan NGOs, Cuma yang ada dalam UMno la ni yang tak berapa nak cerdas, Macam JASA dok hantar sms ke pengundi Permatang Pauh...di bawah ni aku sertakan apa yang dihantar kononnya untuk nak memperlekehkan Wan Azizah...woiiiii doktor perubatan lulusan ireland oooo...Presiden walaupun wanita.....Koman sangat ka Wan Azizah? ...lekeh sangat ka Permatang Pauh? ishhh ishhhh.....silap la hangpa... SMS DARI JASA.....MAI KITA TENGOK CERDIK KA DAK JASA NI DOK HANTAQ SMS KAT PENGUNDI PERMATANG PAUH... "JAGA CUCU JIJAH...JAGA KAJANG JIJAH..JAGA PR JIJAH...JAGA PKR JIJAH, JADI KETUA PEMBANGKANG JIJAH...DIA DAH 63 TAHUN NAK UNDI DIA JAGA PERMATANG PAUH????" Memang la kami sayangkan DSAI....jaga Najib nu..Mahathir dok serang tak habih habih lagi....hangpa ingat Najib muda belia ka?....Hangpa tengok yang dok ada dalam kabinet Malaysia tua tua juga. Bukan muda belia mana pun......so aku ingat hangpa jangan dok perbodo orang Permatang Pauh no...Kalau di Rompin boleh la nak pekena Orang Asal di sana...tu pun orang asal dah banyak dah yang cerdik...nak mohong pasai GST...patut patut la......Bila nak juai Kapai terbang sebuah???? kalau ada duit aku nak beli....JASA....HANGPA TOLONG KIRA MAI KE AKU NAK BELI SEBUAH?....NAK PI DOK NEGARA LAIN YANG TAK KENA GST? APA MACAM??? NI BANGGUNAN MPSP......KALAU BANGGUNA CAM NI ,,,,,NAK PEMBANGGUNAN MACAMANA? NI BARU BANGGUNAN MPSP? NAK KIRA BANGGUNAN LAIN BANYAK LAGI LA........PEMBANGGUNAN? KAH...KAH....KAH... |
| You are subscribed to email updates from WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 1600 Amphitheatre Parkway, Mountain View, CA 94043, United States | |












Tiada ulasan:
Catat Ulasan