Nuffnang

Pengikut

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI

sumber :-

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI


PILOT DAPAT BENTLY...DI MALAYSIA SENANG SENANG KENA BUANG KERJA.....

Posted: 24 Apr 2015 04:12 PM PDT

hDikritik kerana hadiahkan Bently kepada pengebom  
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
SELEPAS dikritik hebat di laman sosial, seorang kerabat diraja Arab Saudi,  Putera Al-Waleed Talal mendakwa akaun Twitternya digodam.

Media Saudi  melaporkan, kenyataan itu dibuat selepas kerabat Saudi yang juga individu ke-26 terkaya di dunia itu menawarkan 100 kereta Bentley kepada 100 juruterbang yang terlibat dalam kempen pengeboman Yaman.

Kenyataan itu diumumkan selepas tamat fasa pertama pengeboman di negara itu, semalam.

[ARTIKEL BERKAITAN: Dikritik kerana hadiahkan Bently kepada pengebom]

Bagi pengikut twitter Putera Al-Waleed seramai 3 juta orang, mereka menyokong tindakan tersebut dan tidak kurang juga merasa terhina dengan tawaran terbabit.

Twitter Putera Al-Waleed itu bagaimanapun telah dikongsi lebih 28,000 pengguna dan lebih 5,000 pautan diwujudkan sebelum ia dipadamkan.

Hadi sokong fatwa hancurkan Pakatan Rakyat?

Posted: 24 Apr 2015 02:12 AM PDT


 

Hadi sokong fatwa hancurkan Pakatan Rakyat?
Hadi sokong fatwa hancurkan Pakatan Rakyat?

Hadi sokong fatwa hancurkan Pakatan Rakyat?

Presiden PAS Hadi Awang dianggap ulama paling kontroversi dalam sejarah negara. Hadi pernah dikaitkan dengan 'Amanat Hadi' yang dipropagandakan Umno sebagai mengkafirkan orang Islam yang tidak mengikut ajaran Islam sebenar.

Amanat itu menjadi beban PAS sejak ia dikeluarkan pada 1980an sehingga ke hujung 1990an. PAS dijadikan bahan ejekan Umno. Presiden Umno, Dr Mahathir pada setiap pilihan raya pasti akan menyerang PAS menggunakan isu Amanat Hadi. Bukan sedikit orang Melayu yang marah kerana 'dikafirkan' lewat amanat tersebut.

Kebijaksanaan Fadzil

Isu amanat hanya berjaya dicairkan pada zaman Fadzil Noor. Hasil kebijaksanaan Fadzil, PAS mula menerima penghijrahan golongan profesional ke dalam parti. PAS yang suatu ketika dianggap rakyat tidak mungkin membina jalan raya, bangunan tinggi dan sebagainya pada 1980an, mula dikagumi apabila jurutera, doktor, profesor, peguam dan sebagainya menyertai perjuangan Islam.

Puncak kepada kejayaan, pada 1998 apabila PAS bergabung bersama penyokong Anwar Ibrahim dalam arus reformasi. Anwar yang membawa legasi hebat ketika menganggotai kerajaan BN (1982 – 1998) menjadikan PAS sebagai parti tunjang perjuangan membentuk Malaysia baharu. Amanat Hadi hilang di angin lalu akibat kebencian rakyat terhadap BN dan Dr Mahathir. Hadi tidak lagi menjadi beban sebaliknya diiktiraf sebagai sebahagian ulama muktabar Melayu. Manakala Pakatan Rakyat kemudiannya menjadi harapan selepas pilihan raya umum 2008.

Namun semua itu jadi tunggang terbalik apabila Hadi Awang sekali lagi mengulangi perangai kontroversinya membelakangkan PR. Hadi dengan penasihat kurang bijak di sekelilingnya mendambakan PAS menjadi parti terbesar Melayu dan memerintah tanpa sekutu.

Perpecahan puak

Mulai tahun 2013, Hadi mengorak langkah mencetuskan pelbagai tindakan unilateral. Sehinggalah pada 2015, Hadi mengeluarkan kenyataan-kenyataan yang mengelirukan sekutu-sekutunya dalam PR dan secara sengaja membuka jalan ke arah perpecahan puak ulama dan profesional dalam PAS.

Pendirian terbaharu Hadi dalam pilihan raya kecil Permatang Pauh yang tidak menegah PAS Kawasan mengeluarkan fatwa haram mengundi calon PKR yang didakwa menolak Hudud telah merosakkan semua nilai-nilai baik yang dibina dalam PR dan Barisan Alternatif sejak 1998.

Hadi dalam komennya kepada Sinar Online selepas forum di bangunan Auditorium Kumpulan Media Karangkraf, Shah Alam, 22 April lalu membenarkan fatwa yang dibuat oleh Urusan Ulama Permatang Pauh yang melarang mengundi calon PKR .

"Memanglah hudud bagi orang Islam wajib," katanya ketika ditanya mengenai kenyataan pemimpin PAS tersebut.
Komen itu menyokong pendapat ulama PAS kawasan Permatang Pauh yang dilaporkan berkata haram dan berdosa jika mengundi calon menolak Hudud.

"Betullah tidak boleh, iya," katanya lagi kepada media berkenaan.

Pecah PR

Komen terbaharu itu tentunya akan dianggap sebagai fatwa oleh penyokong PAS. Kalau Hadi berpendapat tidak boleh menyokong PKR atau DAP yang menolak Hudud maka kerjasama dalam PR akan berakhir. Bagaimanakah ahli PAS mahu membantu rakan sekutu jika menyokong DAP atau PKR dikatakan haram?

Penyokong Hudud di DUN Kelantan adalah Umno. Maka selepas ini akan muncul pula fatwa dari ulama PAS mengundi Umno adalah halal.

Oleh itu, dengan bahasa mudah, PAS perlu dipecat dari PR kerana polisi yang menentang PR. Jika PAS tidak dikeluarkan maka fatwa itu akan terus berjalan dan para penyokong akan terus melakukan sabotaj terhadap PR.

Perwakilan PAS bertekad untuk memenangkan Hadi dalam pemilihan Jun nanti. Maka dalam hal ini, cadangan yang paling baik buat PAS ialah muktamar meluluskan usul bergabung bersama Umno atau memohon menjadi salah satu komponen BN.
PR tidak mungkin boleh dijadikan tapak berjuang buat PAS. Sebab yang halal dan haram tidak boleh bersatu, kecuali PAS bersatu dengan muslim halal yang duduk dalam Umno.

Boikot Permatang Pauh, PAS menuju zaman bersendirian?

Posted: 24 Apr 2015 02:07 AM PDT



Boikot Permatang Pauh, PAS menuju zaman bersendirian?

Boikot Permatang Pauh, PAS menuju zaman bersendirian?

Sikap yang ditunjukkan Pemuda PAS Pulau Pinang dan kawasan Permatang Pauh dalam menghadapi pilihan raya kecil (PRK) Permatang Pauh adalah wajah baharu parti Islam itu sekiranya kumpulan tertentu dipilih dalam muktamar Jun nanti, kata Khalid Samad.

"Inilah wajah baharu PAS dalam konteks hubungan dengan Pakatan Rakyat jika kumpulan baharu dipilih sebagai Jawatankuasa PAS Pusat dalam muktamar PAS ke 61 Jun nanti.

"Merekalah yang akan menggantikan wajah-wajah seperti Dr Dzulkefly Ahmad, Hanipa Maidin, Mujahid Yusof Rawa dan pimpinan lain yang digelar 'Jebon' dan 'Parasit'," kata ahli jawatankuasa PAS Pusat itu kepada The Malaysian Insider.

Pemuda Pulau Pinang pimpinan Yusni Mat Piah dan kawasan Permatang Pauh pimpinan Omar Osman mengambil sikap tidak memberikan kerjasama kepada PKR dalam menghadapi PRK akan datang, walaupun PAS Pusat memutuskan akan memberikan sokongan sepenuhnya kepada calon PKR di situ.

Sokongan kepada PKR untuk memilih calon mereka dinyatakan Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.

Yang Dipertua PAS Permatang Pauh, Omar Hassan memberi kata dua sehingga hari penamaan calon, 25 April supaya PKR memohon maaf secara terbuka berhubung isu enakmen jenayah syariah Kelantan.

"Jika bersetuju, kami PAS kawasan Permatang Pauh akan meneruskan kerjasama PAS-PKR dalam pilihan raya kecil ini.

"Jika mereka masih berkeras tidak mahu menarik balik kenyataan itu kita tengoklah macam mana nanti," katanya kepada pemberita selepas mesyuarat PAS kawasan itu.

Kenyataan dikeluarkan Yusni sebelum ini juga menuntut PKR memohon maaf mengenainya.

Pengarah Pilihan raya PAS PRK Permatang Pauh, Datuk Dr Mujahid Yusof berkata sokongan kepada calon PKR dalam PRK ini adalah tanpa syarat.

Bagi Khalid yang juga ahli Parlimen Shah Alam, apa yang berlaku di Permatang Pauh juga akan berlaku di peringkat pusat jika "wajah-wajah baharu PAS" ini mengambil alih parti Islam itu di peringkat pusat.

"Saya yakin inilah sikap yang akan diambil oleh orang-orang yang selama ini memburuk-burukkan kami sebagai liberal, Anwarinas dan berwala' pada Pakatan Rakyat (PR) jika mereka terpilih dalam muktamar PAS nanti sebagai AJK PAS Pusat," kata Khalid.

"Sikap mereka keras dan tidak berhemah. Tiada unsur ingin berkawan dan tiada kebijaksanaan berpolitik. PAS akan kembali bersendirian, terpinggir dari politik arus perdana," kata Khalid yang pernah ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) pada 1987.

Bagi Khalid, sikap ditunjukkan PAS Permatang Pauh dan Dewan Pemuda PAS Pulau Pinang adalah wajah "ekstrem" yang mula wujud selepas muktamar pada 2011 lalu.

"Ia tanpa sifat keterbukaan dan menggunakan pendekatan paksa dan ugut," kata Khalid dan menambah, "Ianya PAS Ekstrem".
Beliau mempersoalkan sama ada pendekatan itu membolehkan PR terus wujud.

"Bolehkah PR survive dengan dipilihnya PAS Ekstrem? Cakap lain buat lain? Nak PR tetapi asyik gaduh? Syadid," kata Khalid yang turut menyebutnya melalui Twitter beliau.

Beliau berharap, semua ahli PAS dapat melihat nasib parti Islam itu nanti dengan apa yang sedang berlaku di Permatang Pauh sekarang.

"Hala tuju PAS, masa depan PAS. Permatang Pauh sebagai saksinya," kata Khalid.

Sehingga kini, sekurang-kurangnya tiga nama besar PAS dijatuhkan oleh kawasan masing-masing dalam pemilihan kali ini.

Bekas menteri besar Perak, Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaludin dijatuhkan di Kampar, Pesuruhjaya PAS Melaka Adly Zahari dijatuhkan di Alor Gajah dan yang terbaharu, bekas pesuruhjaya PAS Selangor Dr Rani Osman dijatuhkan di Kapar, Selangor sebagai yang dipertua PAS kawasan masing-masing.

Walak dan ‘gedebe’ di Permatang Pauh

Posted: 24 Apr 2015 02:01 AM PDT



Walak dan 'gedebe' di Permatang Pauh

Walak dan 'gedebe' di Permatang Pauh

Laporan dari Facebook Tulang Besi mendakwa anasir tertentu PAS melaksanakan agenda mensabotaj kempen pilihan raya kecil Permatang Pauh. Terdapat dakwaan kempen dari rumah ke rumah menghasut agar pengundi tidak mengundi calon PKR.

Manakala Ketua Urusan Ulama PAS Permatang Pauh, Badrul Abdul Rahman pula mengeluarkan fatwa "haram mengundi calon tolak hudud" tanpa meminta persetujuan Majlis Syura Ulama PAS atau Dewan Ulama. Kempen seperti itu memperlihatkan kebimbangan AJK PAS Pusat Khalid Samad, menjadi kenyataan.

Khalid dalam kenyataan sebelum ini mendakwa jika puak pro ulama menang dalam pemilihan Jun nanti maka masa depan PAS akan kelam ditadbir oleh puak yang tidak boleh bekerjasama dengan mana-mana parti.

Manakala Naib Presiden PAS Tuan Ibrahim Tuan Man pula mengecam Khalid kononnya tidak sayangkan parti kerana mengeluarkan kenyataan sedemikian.

Boikot terbuka

Hakikatnya keadaan dalaman PAS sudah terlalu sukar untuk dipulihkan. Parti itu tenggelam di dalam kemelut 'gedebe'. Bahasa Kelantan yang menunjukkan kesamsengan. Banyak pemimpin peringkat kawasan dan cawangan, terutama puak Unity Government (UG) dalam parti itu tidak lagi mahu bersama Pakatan Rakyat.

Mereka membentuk kumpulan sendiri dan melancarkan serangan ke atas sesiapa sahaja yang difikirkan tidak sependapat dengan mereka. Jika pada zaman Presiden Fadzil Noor puak ini secara senyap-senyap enggan turun dalam gerak kerja bersama DAP misalnya, namun pada hari ini puak tersebut melancarkan boikot terbuka terhadap mana-mana unsur yang tidak walak kepada Presiden Hadi Awang.

Kes di Permatang Pauh misalnya bermula dengan pertikaian remeh, iaitu dakwaan PKR menolak Hudud – hal yang tidak sepatutnya dicampuri oleh PAS kawasan. Sebelum ini Hudud juga ditolak oleh DAP sejak sebelum parti itu bersama Barisan Alternatif lagi. 

Namun kebijaksanaan Fadzil Noor berjaya menggabungkan barisan pejuang Islam bersama barisan sekular yang tidak menyokong hukum Islam.

Bagaimanapun, akibat budaya ekstrem yang dibenarkan Hadi bercambah dalam PAS maka suasana tidak rasional mula mendominasi parti berkenaan. Muncul gerakan yang tidak mempedulikan hierarki kepimpinan dalam parti dan mendahulukan apa sahaja yang dirasakan betul oleh PAS Kawasan atau Cawangan.

Hadi keliru

Selepas ini, PAS mungkin akan memencilkan diri dan tidak lagi mahu bekerjasama dengan bukan Islam yang enggan menyokong Hudud. Mereka lupa dalam negara berbilang kaum undi bukan Islam juga penting. Pendapat yang tidak mahu Hudud wajar diraikan sekiranya PAS mahu bergerak sebagai gerakan siasah.

Hadi ternyata keliru dalam memberi ingatan kepada ahli agar memilih pemimpin yang tahu 'membaca peta' dalam pemilihan Jun nanti. Maksud membaca peta ialah mahir al Quran dan hadis. Sedangkan gerakan siasah bukannya untuk melantik kadi atau imam, jawatan agama semata-mata. Gerakan siasah dalam negara berbilang kaum turut dinilai oleh bukan Islam yang dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan mempunyai hak sama rata.

Kegagalan untuk memperlihatkan diri bersesuaian dengan kehendak demokrasi ini akan menyempitkan peluang PAS meraih undi. Hadi berjanji kepada DAP dan PKR dalam mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Rakyat untuk membentangkan Hudud kepada sebuah AJK khas sebelum rang undang-undang itu dibawa ke parlimen. Namun selepas itu beliau secara unilateral membawa pindaan Akta Mahkamah Syariah tanpa memaklumkan sekutu-sekutunya dalam PR.

Bahasa mudah ialah Hadi tidak menepati janji. Mungkin wujud dalam kaedah fiqh yang membenarkan Hadi merahsiakan pembentangan undang-undang sebagaimana Umno sering melakukannya kerana mahu menzalimi rakyat. Namun sebagai ahli politik yang komited dengan dasar politik baharu PR, kerahsiaan dalam dasar awam adalah ibarat menggali kubur sendiri.

PR mempromosi politik telus dan menyerang Umno BN yang merahsiakan banyak perkara menggunakan OSA. Amat tidak konsisten apabila PAS mengulangi cara Umno dalam kes Hudud.
Bagaimanapun jika dinilai kecaman Tuan Ibrahim kepada Khalid Samad maka tiada harapan PAS akan mengamalkan politik terbuka. Khalid dipersalahkan kerana menegur pemimpin bawahan yang membokikot kempen di Permatang Pauh.

Peraturan pelik

Hendak mengharapkan PAS Pusat mengambil tindakan, tentulah suatu perkara yang mustahil. Tunjuk perasaan di hadapan Pejabat Agung PAS pun sehingga kini para penganjurnya enggan menghadirkan diri ke jawatankuasa penyiasat yang dilantik PAS, inikan pula tindakan terhadap PAS Permatang Pauh kerana tidak menurunkan jentera kempen.

Hadi dalam semua kemelut ini anehnya tidak mengeluarkan apa-apa arahan. Pada era Hadi, PAS ditransformasikan menjadi parti yang berbeza berbanding mana-mana gerakan politik. Dalam PAS mutakhir ini hanya arahan Hadi dan Haron Din sahaja yang terpakai. Sekiranya Hadi berkata jangan maka sesuatu itu haram dilakukan tetapi jika Hadi berdiam diri maka sesuatu itu harus hukumnya.

Permatang Pauh adalah testimoni penting. Hadi tidak melarang ahli PAS memboikot kempen maka ahli PAS menganggap usaha mereka sebagai harus. Adakah ini yang mahu dipraktikan oleh PAS selepas pemilihan Jun nanti?

PAS bermimpi untuk muncul hebat seperti Hezbollah di Lubnan namun Hezbollah tidak pula mempunyai uslub perjuangan yang enggan bekerjasama dengan puak yang tidak menerima hukum Islam.

PAS tidak akan dipedulikan oleh pengundi jika terus bersikap melampau. Mungkin PRU 14 adalah pengakhiran kepada parti itu. Sekiranya Umno tidak melakarkan sempadan pilihan raya yang memberi kelebihan kepada PAS maka tidak diragukan lagi PAS akan kembali ke era 1980an.

Hanya ada beberapa kerusi Parlimen dan tidak memerintah Kelantan. Hanya kerjasama dengan Umno dalam sempadan pilihan raya saja akan memastikan PAS mengekalkan kerusi pada ketika PKR dan DAP dilakar untuk kalah teruk.

Namun adakah Umno terlalu bermurah hati bersusah payah untuk parti yang mahu menegakkan Hudud di seluruh negara?


Kempen Sabotaj di Permatang Pauh Berjalan ????

Posted: 24 Apr 2015 01:54 AM PDT

Kempen Sabotaj di Permatang Pauh Berjalan                


Kempen Sabotaj di Permatang Pauh Berjalan

Kempen Sabotaj di Permatang Pauh Berjalan

(FB: Tulang Besi)
Mengikut kaum keluarga Tulang Besi di Permatang Pauh, jentera PAS Kawasan sedang giat berkempen kepada ahli2 PAS supaya jangan mengundi PKR.

Keluarga Tulang Besi ini sudah mengundi di Permatang Pauh sejak zaman Haji Zabidi lagi.
Kempen dilakukan rumah ke rumah dan mereka dtg bertemu dgn kaum keluarga Tulang Besi sendiri
Minta pimpinan2 PAS Pusat ambil perhatian di atas perkara ini dan memberhentikan sabotaj yang sedang berjalan giat di Permatang Pauh.


Jikalau yg beri report ini bukan kaum keluarga Tulang Besi nescaya Tulang Besi tidak akan memperdulikan khabar ini.
Takkanlah keluarga Tulang Besi di Permatang Pauh hendak berbohong dengan Tulang Besi

Comments (0)

BLOG - BLOG PAKATAN RAKYAT