Sabtu, 4 April 2015

Tukar Tiub

Tukar Tiub


SENYUM PAGI AHAD

Posted: 04 Apr 2015 07:00 PM PDT







KAH KAH KAH


ketawalah
sebelum ketawa dikenakan
GST
kah kah kah

------------

#KITALAWAN KITA LAWAN KITA LAWAN

Posted: 04 Apr 2015 06:38 PM PDT





HIMPUNAN 1 MEI 1 JUTA RAKYAT - ANAK MUDA TERUSKAN AKSI #KITALAWAN
Kekuatan gabungan #KitaLawan terletak pada sokongan kumpulan-kumpulan anak muda yang terdiri daripada masyarakat sivil, parti politik, NGO, profesional dan mahasiswa serta kebolehan dan keberanian anak muda ini merencanakan isu-isu rakyat dengan mengangkat permasalahan tersebut untuk dibincangkan secara terbuka.    
Kami faham hak berhimpun secara aman adalah termaktub dalam Perlembagaan Malaysia. Walaupun anak muda berdepan dengan pelbagai tekanan dan tangkapan, anak muda telah buktikan kekuatan melawan kezaliman ini dengan berhimpun secara konsisten selama 7 minggu berturut-turut (sejak 14 Febuari 2015 sehingga 28 Mac 2015) dengan tumpuan khusus kepada #BebasAnwar serta #UndurNajib dan juga 7 hari 7 malam duduk bantah #PecatIGP di Dataran Merdeka.  

Kini, sekretariat #KitaLawan akan menumpukan segala kekuatan dan bekerjasama dengan semua pihak bagi memastikan seramai 1 juta orang rakyat Malaysia akan turun ke Kuala Lumpur pada Himpunan 1 Mei 2015.

TUNTUTAN #KITALAWAN UNTUK HIMPUNAN 1 MEI 2015

Pandangan anak muda terhadap cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) adalah cukai tersebut zalim. Bagi yang kaya, cukai ini hanya cukai ganti kepada cukai perkhidmatan yang kini kadarnya telah dikurangkan bagi mereka yang berpendapatan tinggi. Manakala bagi rakyat biasa, cukai ini membebankan mereka yang sebelum ini langsung tidak mampu membayar cukai pendapatan.
  
Kedua, Najib Razak telah menipu rakyat kononnya GST akan menurunkan harga barang. Tetapi, sejak pelaksanaan GST, setiap ketika rakyat berdepan dengan kenaikan harga barang. Ternyata Najib Razak tidak lagi relevan dan sekiranya beliau mempunyai maruah, beliau seharusnya meletakkan jawatan Perdana Menteri dengan segera.

Ketiga, terdapat banyak kekeliruan dan ketidak sediaan peniaga mahupun pengguna terhadap pelaksanaan GST ini. Lebih malang lagi, rakyat kebanyakan dijadikan mangsa dengan kenaikan harga barang yang melampau sedangkan Menteri nampak tercungap-cungap untuk memperbetulkan keadaan.

Maka, anak muda #KitaLawan akan turun ke Kuala Lumpur pada Himpunan 1 Mei 2015 dengan satu tuntutan yang mudah dan jelas – Batalkan pelaksanaan GST dengan serta-merta.

DEKLARASI TAPAK – DATARAN KITA LAWAN
Aksi duduk bantah #PecatIGP telah melenyapkan mitos bahawa Ketua Polis Negara tidak boleh dikritik dan dipersoalkan secara terbuka. Ini seharusnya mengingatkan peranan polis melindungi keselamatan rakyat dan rakyat bebas untuk berhimpun secara aman.

Maka, anak muda akan menggazetkan/mengumumkan tapak duduk bantah tersebut sebagai Dataran #KitaLawan. Malam deklarasi akan diadakan pada hari Rabu 8 April 2015 jam 9.00 malam. Malam tersebut juga akan dikenali sebagai malam Setia Kawan bagi memperingati OKZ13 dan tahanan politik yang lain-lain.  

HIMPUNAN KITA LAWAN #BATALGST DI SELURUH NEGARA

Anak muda menyeru kepada semua untuk mengambil inisiatif untuk mewarwarkan dan mengajak semua untuk turun ke Kuala Lumpur pada 1 Mei 2015. Bagi pihak sekretariat, kami mahu memupuk semangat melawan GST ke seluruh negara dan kami akan adakan Himpunan #KitaLawan #BatalGST pada setiap Sabtu di bandar-bandar seluruh negara menjelang 1 Mei 2015.

Maka, pada Sabtu hadapan, bandar Johor Bahru telah dipilih sebagai tuan rumah untuk anak muda dan rakyat di Selatan tanahair untuk berhimpun seperti berikut:

HIMPUNAN #KITALAWAN 
#BATALGST DI JOHOR
Tarikh: 11 April 2015
Masa: 4.00 petang
Lokasi : City Square, Johor Bahru

Lagi ditekan, lagi #KitaLawan !
4 APRIL 2015
SEKRETARIAT KITA LAWAN





----------------

AL-FATIHAH

Posted: 04 Apr 2015 05:52 PM PDT





AL-FATIHAH


Ayah kepada Anwar Ibrahim meninggal dunia

 Ayah kepada Anwar Ibrahim, Ibrahim Abd Rahman meninggal dunia pada pukul 1.45 pagi tadi. Menurut makluman di akaun Facebook isteri Anwar,  Dr Wan Azizah Wan Ismail, jenazah Ibrahim dibawa pulang ke rumahnya di Kajang. li…




---------------

ANAK MUDA BANGUN MELAWAN

Posted: 04 Apr 2015 11:00 AM PDT





FACE BOOK




Dengan kawan-kawan dari Kuanntan lepas flashmob Bantah GST di simpang empat Tanjung Lumpur. Terbaik korang #KitaLawan #BantahGST#Mayday1515 #bangsart

KUANTAN 
PETANG KELMARIN
 SOGO



-----------------

MELETUP TERHEMPAS

Posted: 04 Apr 2015 09:50 AM PDT





AL- FATIHAH
enam  terbunuh
helikopter meletup terhempas


Roslan Harun, 54, seorang pengawal keselamatan yang bertugas menjaga stor berhampiran tempat kejadian, berkata kejadian itu berlaku ketika hujan lebat.
"Meletup terus, berkecai di udara, tak jauh dari tanah, kipas dan ekor helikopter terpelanting ke merata tempat," katanya kepada Bernama ketika ditemui di tempat kejadian.
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/jamaluddin-jarjis-5-lagi-terbunuh-dalam-nahas-helikopter#sthash.WbeW2Cnr.dpuf




-------------------

TENGKU FRAUD MULA MEMBODEK

Posted: 04 Apr 2015 06:30 AM PDT





 ZAMAN NAJIB
hanya satu jawapan
kita turun
ke jalan raya
sebelum
ke pilihan raya

Dr Mahathir perlu sedar zamannya sudah berakhir, kata Ku Nan

Mahathir Mohamad diingatkan supaya sedar zaman pemerintahannya sudah berakhir dan tidak perlu mengikut telunjuknya lagi, kata Tengku Adnan Tengku Mansor.
Sebaliknya menurut ‎Menteri Wilayah Persekutuan itu, ini adalah era pemerintahan  Najib Razak dan Mahathir perlu menerimanya.
"Ini bukan zaman dia lagi. Ini zaman Najib.
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/dr-mahathir-perlu-sedar-zamannya-sudah-berakhir-kata-ku-nan#sthash.iN2wo9aO.dpuf

KAH KAH KAH

woit
ini sabda tengku fraud
kah kah kah
ini zaman najib
dalam zaman ini 
boleh bunuh tak salah
boleh rasuah berjuta2
boleh rembat duit kerajaan
pakai untuk anak kahwin
rembat duit 1MDB 
yang hutang 48 bilion
ini namanya 
zaman najib

APA PUNYA ZAMAN

--------------

SIAPA BUAT FITNAH

Posted: 04 Apr 2015 05:30 AM PDT





KOMENTAR
timbalan mb kelatan
berkata dia difitnah oleh berita harian
akhbar ini buat laporan fitnah

ini fitnah besar
tentang arwah nik aziz

kalau berita harian buat firnah
satu malaysia sedang tunggu 
bila nak amar akan saman akhbar ini
kerana akhbar keluar berita fitnah

jika TIDAK ada saman ertinya
nik amar yang BUAT fitnah



FACE BOOK


Follow · 19 hrs · 
 

Kalu pelawok memang dah jadi makanan harian, apa nak hairan jika 1 lagi pelawok diungkapkan
Like · Comment · Share

KAH KAH KAH

woit
kalau berita hairan tipu
kenapa tak saman
bila nak saman
saman baru ada bukti
SIAPA YANG TIPU






----------------

SATU JUTA SATU MEI

Posted: 04 Apr 2015 01:21 AM PDT







ANAK MUDA
bersiap sedia
satu juta satu mei
---------------

LAWAK HARI SABTU

Posted: 03 Apr 2015 10:30 PM PDT






FACE BOOK


Rani Kulup berjanji akan pergi tangkap Dr. Mahathir bin Mohamad

wonder whats with this guy?? seriously


KAH KAH KAH

woit
wan gwa ada cakap
gila ada banyak gila
9999 jenis gila

APA PUNYA GILA



-------------

AL-FATIHAH

Posted: 03 Apr 2015 08:15 PM PDT






AL-FATIHAH

Wartawan 'Mama Juwie' meninggal dunia

Wartawan hiburan terkenal 'Mama Juwie' atau nama sebenarnya Abdul Jalil Salleh, 62, meninggal dunia akibat kanser usus di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM), di ibunegara semalam.




-----------

BEBASKAN SIRUL DAN AZILAH

Posted: 03 Apr 2015 08:01 PM PDT









KOMENTAR
ingin memberi tahu?
ini memberi tahu apa?

ini akan membuatkan
najib hilang pedoman

soalan:
adakah rosmah tahu
apa apa tentang altantuya?

NOTA
apabila najib diserang
apabila najib diasak
52% rakyat malaysia suka hati
52% ini rakyat malaysia 
yang mengundi pakatan rakyat
tapi kemenangan telah ditipu SPR

IBU MULA MELAWAN


Sirul 'terharu', ibu mahu temui Dr M

Ketua Penerangan PAS Datuk Mahfuz Omar sedang mengatur pertemuan antara ibu bekas anggota polis elit Sirul Azhar Umar dan mantan perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

MP Pokok Sena itu berkata Piah Samat ingin "memberitahu sesuatu" kepada tokoh negarawan itu berkaitan anaknya, yang didapati bersalah membunuh wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu.


"Piah berharap  Mahathir akan membantu anaknya sejak Sirul menjadi kambing hitam," katanya kepadaMalaysiakini.

Mahfuz turut berharap pertemuan tersebut akan membantu menjelaskan pihak yang bertanggungjawab mengarahkan pembunuhan terhadap warganegara Mongolia itu termasuk motifnya.

Pesuruhjaya PAS Kedah itu turut mendedahkan rasa bertuah terhadap  Mahathir kerana membangkitkan isu itu.



KAH KAH KAH
kah kah kah
ini berita baik
ini berita amat baik
ini berita tali gantung
bukan untuk sirul
tapi untuk najib
APA PUNYA BERITA

---------------

PUNAT NIK AMAR

Posted: 03 Apr 2015 07:39 PM PDT




 INI BUKAN PUNAT
NIK AMAR

Amar nafi laporan akhbar berhubung amanat Nik Aziz

Timbalan menteri besar Kelantan itu menafikan berkata yang Nik Aziz meninggalkan pesanan mengingatkan ahli PAS supaya mewujudkan hubungan baik dengan Umno bagi memudahkan pelaksanaan hudud di Kelantan.
Beliau membuat penafian tersebut melalui media sosial, mengatakan laporan itu "tidak tepat, berniat jahat dan berunsur fitnah."
"Merujuk tajuk dan laporan Berita Harian Jumaat 3 April 2015 yang memetik kenyataan saya berkenaan 'amanah Tok Guru Nik Aziz'.
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/amar-nafi-laporan-akhbar-berhubung-amanat-nik-aziz#sthash.HOhfns7R.dpuf


KAH KAH KAH

woit
belum apa apa
punat dah meletus
kah kah kah
ini punat cekai
kah kah kah
APA PUNYA PUNAT


-----------------

Tiada ulasan: