Kerabu Bersuara ® |
- Jamaluddin Jarjis antara terkorban
- Helikopter Dinaiki Dato’ Sri Dr Jamaluddin Jarjis Terhempas
- Gambar Tak Rasmi Nahas Helikopter Di Semenyih
- Nahas helikopter: Tiga mayat ditemui
- CARA SOLAT SUNAT GERHANA BULAN
| Jamaluddin Jarjis antara terkorban Posted: 04 Apr 2015 06:05 AM PDT Semenyih: Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengesahkan Tan Sri Jamaluddin Jarjis antara enam mangsa yang terkorban dalam nahas helikopter di Semenyih, petang tadi. Beliau berkata, Jamaluddin berada di dalam helikopter berkenaan ketika nahas berlaku. Sementara itu, Pengarah Bomba Negeri Selangor, Othman Abdullah berkata, keenam-enam mayat mangsa nahas helikopter sudah ditemui dan akan dibawa keluar dalam masa sejam. Helikopter jenis AS365 Dauphin terhempas berhampiran Jalan Sungai Lalang-Kampung Pasir Baru di sini. Dalam kejadian kira-kira 4.30 petang, seorang saksi Roslan Harun, 53, yang berada berhampiran lokasi kejadian melihat api marak di kawasan kebun kelapa sawit. Menurutnya, dia tidak dapat menghampiri lokasi kejadian dan berada kira-kira 200 meter dari serpihan badan utama helikopter berkenaan. "Ketika kejadian hujan lebat dan saya terus menghubungi bomba memaklumkan kejadian itu. "Saya kemudian keluar dari lokasi nahas untuk menunjukkan jalan kepada pihak berkuasa untuk masuk ke sini," katanya ketika ditemui di lokasi kejadian nahas. |
| Helikopter Dinaiki Dato’ Sri Dr Jamaluddin Jarjis Terhempas Posted: 04 Apr 2015 06:01 AM PDT Sebuah helikopter yang dinaiki oleh Ahli Parlimen Rompin, Dato' Sri Dr Jamaluddin Jarjis. dan beberapa orang kanamaan kerajaan yang lain dilaporkan terhempas di Jalan Sungai Lalang, Kampung Pasir Baru, Semenyih 4.00 petang tadi. Dalam nahas itu melibatkan mangsa lain adalah juruterbang Kapten Cliff Fournier, pembantu juruterbang dikenali sebagai Eidiana dan Ketua Setiausaha Sulit Perdana Menteri Dato' Sri Azlin Alias. Dua mangsa lagi yang terlibat masih belum dikenalpasti dan mangsa korban bukan laporan rasmi telah diketahui mengobankan seorang vvip tetapi kami masih menunggu malumat rasmi dari pihak bomba. Menurut jurucakap Balai Bomba dan Penyelamat Kajang telah mengesahkan, tiga daripada enam penumpang helikopter terbabit ditemui maut. Helikopter berkenaan dikatakan milik IGB Corporation dan dikendalikan oleh Cempaka Aviation yang dimiliki mendiang Fournier. Sebanyak tiga pasukan Bomba dan Penyelamat dari Balai Bomba Kajang, Bangi dan Semenyih telah dikerahkan ke lokasi kejadian. |
| Gambar Tak Rasmi Nahas Helikopter Di Semenyih Posted: 04 Apr 2015 04:27 AM PDT |
| Nahas helikopter: Tiga mayat ditemui Posted: 04 Apr 2015 04:16 AM PDT KUALA LUMPUR: Tiga mayat dijumpai di tempat nahas sebuah helikopter terhempas di Jalan Sungai Lalang, Semenyih, petang tadi. Penemuan tiga mayat itu disahkan oleh Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM). Sehubungan itu, Penolong Pengarah Operasi Bomba Selangor, Mohd Sani Harul berkata, helikopter yang terbabit dalam nahas itu adalah milik swasta jenis AS365N2 Dauphin. Katanya, helikopter itu dikendalikan syarikat pengendali, Solitaire Services. |
| CARA SOLAT SUNAT GERHANA BULAN Posted: 04 Apr 2015 02:53 AM PDT ![]() Firman Allah dalam ayat 38 – 40 surah Yaasiin; maksudnya: Dan lagi dalil yang terang untuk mereka (berfikir) ialah malam; Kami hilangkan siang daripadanya, maka dengan serta-merta mereka berada dalam gelap-gelita; Dan (sebahagian dari dalil yang tersebut ialah) matahari; ia kelihatan beredar ke tempat yang ditetapkan baginya; itu adalah takdir Tuhan yang Maha Kuasa, lagi Maha Mengetahui; Dan bulan pula Kami takdirkan dia beredar melalui beberapa peringkat, sehingga di akhir peredarannya kelihatan kembalinya pula ke peringkat awalnya – (berbentuk melengkung) seperti tandan yang kering.(Dengan ketentuan yang demikian), matahari tidak mudah baginya mengejar bulan, dan malam pula tidak dapat mendahului siang; kerana tiap-tiap satunya beredar terapung-apung di tempat edarannya masing-masing Kejadian gerhana bulan mengajak kita untuk menambahkan lagi keimanan tentang kehebatan dan kekuasaan Allah Subhanahu Wata'ala sebagai Pentadbir seluruh alam, segala peredaran cakerawala, bumi, bulan, matahari dan seumpamanya. Peredaran bulan dan matahari yang teratur setiap hari secara berganti-ganti, matahari beredar di waktu siang, manakala bulan beredar di waktu malam adalah atas kudrat dan iradat Allah Subhanahu Wata'ala jua. Ia mempunyai hikmat dan tujuan tersendiri antaranya bagi tujuan membolehkan manusia untuk bekerja pada siang hari dengan mudah dan pada malam hari pula dapat berehat dan bermunajat kepada Allah dengan tenang. Pergerakan matahari dan bulan yang teratur dan tetap juga dapat digunakan oleh manusia untuk dijadikan kalendar tahunan samada berdasarkan pergerakan matahari bagi kalendar Masihi dan mengikut peredaran bulan bagi taqwim Hijrah. Oleh itu setiap kejadian yang berlaku termasuk gerhana bulan pada malam ini adalah untuk mengetuk hati kita agar bersyukur dan mengingati Allah sepanjang masa dan tempat. Kita sentiasa diminta agar berfikir tentang kejadian alam ciptaan Allah dalam mengenali sifat-sifat Allah dan juga mengakui diri kita sebagai hamba yang serba lemah Solat gerhana ini disunatkan untuk ditunaikan secara berjemaah dengan diseru sebelum mendirikannya : as-Solatu Jaami'ah (Solat berjemaah) Lafaz Niat Solat Sunat Gerhana Bulan أُصَلِّى سُنَّةَ الخُسُوفِ رَكْعَتَينِ للهِ تَعَالَى Ertinya : " Sahaja aku solat sunat gerhana bulan dua rakaat kerana Allah Taala." Lafaz Niat Solat Sunat Gerhana Matahari أُصَلِّى سُنَّةَ الْكُسُوفِ رَكْعَتَينِ للهِ تَعَالَى Ertinya : " Sahaja aku solat sunat gerhana matahari dua rakaat kerana Allah Taala." Cara & Bilangan Rakaat Terdapat 3 cara melaksanakan solat sunat gerhana iaitu; i. Yang terlebih sempurna ialah dilakukan 2 rakaat dengan setiap rakaat 2 ruku' dan 2 qiyamyang dipanjangkan bacaan surah dan tasbihnya pada kedua-dua rakaat (Kesimpulannya: jumlah ruku', qiyam dan sujud adalah sebanyak 4 kali dalam dua rakaat solat sunat gerhana). Ini adalah cara yang dilakukan oleh Rasulullah s.a.w. bersama para sahabatnya dan melibatkan masa yang amat panjang. Kadar panjang bacaan surah ialah surah al-Baqarah (286 ayat) dalam qiyam pertama, sirah Aali Imran (200 ayat) dalam qiyam kedua, surah al-Nisa' (176 ayat) dalam qiyam ketiga, dan surah al-Ma'idah (120 ayat) dalam qiyam keempat). Kadar panjang tasbih ialah sekadar bacaan 100 ayat dalam ruku' dan sujud pertama, sekadar bacaan 90 ayat dalam ruku' dan sujud kedua, sekadar bacaan 70 ayat dalam ruku' dan sujud ketiga, dan sekadar bacaan 50 ayat dalam ruku' dan sujud keempat. ii. Yang lebih sempurna dilakukan 2 rakaat dengan 2 kali ruku' dan 2 kali qiyam, dengan tidak dipanjangkan bacaan pada kedua-dua rakaat. Ini adalah cara yang sederhana dan tidak memakan masa yang lama. iii. Sekurang-kurangnya 2 rakaat seperti solat sunat biasa. Ini adalah cara dan bilangan rakaat yang paling minimum dan melibatkan tempoh yang singkat. Huraian Cara Kedua (Sederhana Panjang) Berikut adalah huraian cara solat gerhana dalam tempoh yang sederhana iaitu sekitar 30-40 minit berdasarkan pengalaman menunaikan solat gerhana bulan pada hari Selasa 15 Syaaban 1428 bersamaan 28 Ogos 2007 lalu. Turut dicadangkan bacaan surah-surah pilihan daripada juzuk ke-30 yang lebih dikenali di kalangan masyarakat kita dengan 'ayat-ayat lazim'. (Rakaat Pertama) 1. Takbiratul Ihram. 2. Membaca doa iftitah. 3. Membaca Isti'azah. (أَعُوْذُ بِالله مِنَ الشَّيْطَانِ الرَّجِيْمِ) 4. Membaca surah al-Fatihah. 5. Membaca surah dalam qiyam pertama. Dicadangkan membaca surah surah al-Baqarah (ayat 1-25) atau surah al-A'laa (19 ayat). 6. Ruku' (pertama) dan membaca tasbih (100 kali tasbih). 7. Iktidal dan qiyam kedua, membaca surah al-Fatihah dan surah. Dicadangkan membaca surah al-Baqarah (ayat 26-48) atau surah al-Ghaasyiyah (26 ayat). 8. Ruku' (kedua) dengan membaca tasbih (90 kali tasbih). 9. Iktidal. 10. Sujud (pertama) dan membaca tasbih (100 kali tasbih). 11. Duduk antara 2 sujud (sunat dipanjangkan tempohnya). 12. Sujud (kedua) dan membaca tasbih (90 kali tasbih). 13. Berdiri ke rakaat kedua. (Rakaat Kedua) 1. Qiyam ketiga dan membaca surah al-Fatihah. 2. Membaca surah. Dicadangkan membaca surah al-Baqarah (ayat 49-61) atau surah al-Syams (15 ayat). 3. Ruku' (ketiga) dan membaca tasbih (70 kali tasbih). 4. Iktidal dan qiyam keempat, membaca surah al-Fatihah dan membaca surah. Dicadangkan membaca surah al-Baqarah (ayat 62-74) atau surah al-Zalzalah (8 ayat). 5. Ruku' (keempat) dengan membaca tasbih (50 kali tasbih). 6. Iktidal. 7. Sujud (ketiga) dan membaca tasbih (70 kali tasbih). 8. Duduk antara 2 sujud (sunat dipanjangkan tempohnya). 9. Sujud (keempat) dan membaca tasbih (50 kali tasbih). 10. Membaca tasyahhud akhir. 11. Memberi salam & imam bangun menyampaikan dua khutbah. RUJUKAN Abdul Karim Zaidan, Ensiklopedia hukum wanita dan keluarga, Kajian mendalam masalah wanita & keluarga dalam perspektif syariat Islam. Pustaka Dini. al-Dimyāti al-Bakri, Abū Bakr bin 'Uthmān bin Muhammad Shattā, Hāshiyat i'ānat al-tālibin, 1995, Beirut: Dār al-Kutub al-'Ilmiyyah, jil. 1, hlm. 448. Ibn Qayyim al-Jawziyyah, Zād al-ma'ād fi hady Khayr al-'ibād, 1994, Cet. ke-27, Beirut: Mu'assasat al-Risālah, jil. 1, hlm. 450-456. Ibn Qudāmah, Muwaffaq al-Din Abū Muhammad 'Abd Allah bin Ahmad bin Muhammad bin Muhammad bin Qudāmah, al-Mughni, 1992, Cet. ke-2, Kaherah: Hajar li al-Tibā'ah wa al-Nashr wa al-Tawzi' wa al-I'lān, jil. 3, hlm. 321-333. al-Nawawi, Yahyā bin Sharaf, al-Azkār, 1991, cet. ke-3, Madinah: Maktabat Dār al-Turāth & Damsyik: Dār Ibn Kathir, hlm. 291-293. al-Nawawi, Yahyā bin Sharaf, al-Majmū', t.th, Jeddah: Maktabat al-Irshād, jil. 5, hlm. 50-68. al-Shāfi'i, Taqiy al-Din Abū Bakr bin Muhammad al-Husayni al-Husni al-Dimashqi, Kifāyat al-akhyār fi hall qhāyat al-ikhtisār, 1991, Beirut: Dār al-Khayr, hlm. 151-152. http://www.islamweb.net http://mufti.perak.gov.my/artikel/solat/pdf www.muis.gov.sg/websites/khutbah/gerhana2000 www.usrahalarusi.kakiblog.com/ Hasil nukilan; Ustaz Hj. Nurazmallail bin Hj. Marni, Pusat Pengajian Islam & Pembangunan Sosial, Universiti Teknologi Malaysia, Skudai, Johor. |
| You are subscribed to email updates from Kerabu Bersuara To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 1600 Amphitheatre Parkway, Mountain View, CA 94043, United States | |





Tiada ulasan:
Catat Ulasan