Kelab Greenboc |
- [VIDEO] Tragedi Semenyih: Yang Terkorban & Yang Terselamat
- [VIDEO & GAMBAR] Kapten Lee: Helikopter Terhempas Bukan Kerana Cuaca Buruk
- [GAMBAR TERBARU] Dato Jamaluddin Jarjis Disahkan 6 Individu Yang Terkorban
[VIDEO] Tragedi Semenyih: Yang Terkorban & Yang Terselamat Posted: 05 Apr 2015 12:35 AM PDT Penerbangan ke Subang menaiki helikopter AS365N2 Dauphin selepas menghadiri majlis resepsi perkahwinan anak perempuan Perdana Menteri di Pekan, Pahang ditakdirkan gagal sampai ke destinasi. Helikopter itu meletup di udara ketika hujan lebat sebelum terhempas dalam kawasan ladang getah di Sungai Pening, Kampung Pasir Baru, Semenyih pada pukul 4.55 petang, Sabtu dan mengorbankan semua enam individu didalamnya. Enam individu terlibat, termasuk bekas menteri yang juga Ahli Parlimen Rompin, Tan Sri Dr Jamaluddin Jarjis. Tragedi yang menyayat hati: Datuk Azlin Alias dan Tan Sri Dr Jamaluddin Jarjis bergambar kenangan pada majlis resepsi anak Perdana Menteri, Nooryana Najwa di Pekan, Pahang yang dihadiri oleh mereka pada Sabtu beberapa jam sebelum helikopter yang mereka naiki terhempas di Semenyih pada petang hari yang sama. Pengerusi PRIMA itu dalam perjalanan untuk menghadiri majlis perkahwinan kedua iaitu pernikahan anak perempuan Ketua Pegawai Eksekutif PRIMA, Datuk Abdul Mutalib Alias pada Sabtu malam di Pusat Persidangan Sime Darby dan ternyata hasratnya tidak kesampaian. Turut terkorban adalah Ketua Setiausaha Sulit kepada Perdana Menteri, Datuk Azlin Alias; juruterbang, Kapten Clifford Fournier; pegawai operasi, Eidiana Baiziera; ahli perniagaan, Datuk Tan Seng Huat dan pengawal peribadi Jamaluddin, Mohd Razkan Seran. Bagaimanapun, Ahli Dewan Undangan Negeri Bukit Ibam, Datuk Wan Kadri Wan Mahusain yang turut menaiki helikopter itu terselamat kerana lebih awal turun di Bandar Tun Razak, Muadzam untuk menziarahi kematian. Pasukan mencari dan menyelamat membabitkan polis, Jabatan Bomba dan Penyelamat serta Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) menjalankan operasi dan berjaya menemui mayat terakhir pada pukul 8.15 malam. Operasi ditamatkan sebaik semua mayat mangsa dikeluarkan dari lokasi tragedi itu pada pukul 9.30 malam. Terdahulu, ketika menghadiri majlis perkahwinan anak Datuk Seri Najib Tun Razak dan Datin Seri Rosmah Mansor, kedua-dua kenamaan itu sempat merakamkan beberapa gambar kenangan. Mayat semua mangsa dibawa ke Unit Forensik Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk proses pengecaman dan bedah siasat. Perdana Menteri, isteri serta pasangan pengantin baharu, Nooryana Najwa dan Daniyar Kessikbayev turut bergegas ke lokasi kejadian untuk mendapat maklumat berhubung kejadian itu sebelum ke HKL bagi menemui ahli keluarga mangsa. Sebaik arahan dikeluarkan Najib supaya siasatan terperinci dijalankan, Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai memaklumkan pasukan khas ditubuhkan untuk tujuan itu dan siasatan bermula Ahad. Setakat pagi Ahad, jenazah Jamaluddin dan Azlin sudah dikenal pasti dan dibawa ke kediaman masing-masing di Mines Resort Golf and Country Club Seri Kembangan dan Saujana Impian, Kajang untuk dimandi dan dikafankan sebelum disembahyangkan. Jamaluddin akan dikebumikan di Makam Pahlawan Negara di Masjid Negara, manakala Azlin di Tanah Perkuburan Islam Sekolah Menengah Agama Persekutuan di Kajang sebelum Zuhur. -mstar
|
[VIDEO & GAMBAR] Kapten Lee: Helikopter Terhempas Bukan Kerana Cuaca Buruk Posted: 04 Apr 2015 10:05 PM PDT Seorang juruterbang helikopter yang menjadi saksi di udara berhubung tragedi korban enam penumpang dalam helikopter yang terhempas di Jalan Sungai Lalang, Kampung Pasir Baru, Semenyih pada petang Sabtu, menceritakan dia melihat pesawat malang itu menjunam hingga ke tanah dan mengeluarkan asap hitam. Mahu dikenali sebagai Kapten Lee, dia yang ketika itu membawa penumpang dari Senai, Johor ke Subang memberitahu laluannya sama dengan helikopter tersebut dan sempat berkomunikasi antara mereka untuk memaklumkan keadaan waktu dan ketinggian. Katanya, menjadi suatu yang biasa sebagai juruterbang untuk memerhatikan mana-mana kapal terbang atau helikopter yang berada di sekelilingnya. "Jadi sampai sahaja di Kajang, saya nampak satu helikopter IGB memang keluar dan menuju ke Kajang sedang turun. Bila saya nampak, saya sambung terbang. "Dalam dua tiga minit, bila saya pandang balik helikopter tu, saya nampak ia dah menjunam, muncung helikopter ke bawah dan saya perhatikan sampai helikopter tu jatuh ke tanah, keluar asap hitam," katanya ketika dihubungi Astro Awani. Tambah Kapten Lee, pada ketika kejadian cuaca kelihatan cerah walaupun hujan panas, namun dia menafikan adanya hujan ribut. "Berdasarkan pengalaman saya, yang jatuh tu bukan disebabkan cuaca. Terpulang pada siasat. "Rasa ngeri. Selepas kejadian, saya terus maklum kepada pengawal di menara kawalan," katanya yang terpaksa meneruskan perjalanan bersama penumpangnya. Semalam, helikopter jenis S365 milik IGB Corporation, yang membawa enam orang termasuk juruterbangnya, dan Pengerusi Perbadanan PR1MA Malaysia (PR1MA), Tan Sri Jamaluddin Jarjis serta Ketua Setiausaha Sulit kepada Perdana Menteri Datuk Azlin Alias, terhempas di Jalan Sungai Lalang, Kampung Pasir Baru, Semenyih dekat sini pada 4.55 petang. -therakyatpost
|
[GAMBAR TERBARU] Dato Jamaluddin Jarjis Disahkan 6 Individu Yang Terkorban Posted: 04 Apr 2015 05:34 PM PDT Ahli Parlimen Rompin terbunuh dalam nahas helikopter Bekas menteri yang juga ahli Parlimen Rompin, Tan Sri Jamaluddin Jarjis terbunuh dalam nahas helikopter berhampiran Semenyih petang ini. Beliau berusia 63 tahun. Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai memberitahu Bernama bahawa Jamaluddin adalah antara enam penumpang helikopter malang itu Turut terbunuh ialah Azlin Alias, setiausaha sulit kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak. Empat orang lagi ialah hartawan Robert Tan - pemilik pusat membeli-belah terbesar di negara ini, Mid-Valley City - kapten juruterbang Cliff Fournier, pembantu juruterbang Ajdiana Baiziera, dan pengawal peribadi Tan yang dikenal pasti sebagai Raskan. Helikopter itu dipercayai dalam perjalanan pulang dari majlis perkahwinan anak perempuan Najib di Pekan, Pahang. Sementara itu, Bernama melaporkan Jabatan Bomba Selangor berkata kesemua enam mayat mangsa nahas helikopter itu telah ditemui. Helikopter itu yang dipercayai dimiliki oleh sebuah syarikat swasta, terhempas dan terbakar pada kira-kira jam 4:55 petang ini. Sementara itu, Bernama memetik seorang jurucakap JPAM sebagai berkata nahas itu berlaku ketika hujan dan angin kencang. Jamaluddin yang merupakan pengerusi Perbadanan PR1MA Malaysia (PR1MA), pernah berkhidmat sebagai menteri dan juga Duta Besar Malaysia ke Amerika Syarikat. Dalam pilihan raya umum 2013, Jamaluddin memenangi kerusi Parlimen Rompin dengan majoriti 15,114 undi, menewaskan calon PAS Nuridah Mohd Salleh. Jamaludin memperolehi 30.040 undi, manakala Nuridah meraih 14.926 undi. Penggundi di situ terdiri daripada 87 peratus Melayu, 2 peratus Cina dan 8 peratus lain-lain, yang kebanyakannya Orang Asli. -mk
|
You are subscribed to email updates from KELAB GREENBOC To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 1600 Amphitheatre Parkway, Mountain View, CA 94043, United States |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan