Kelab Greenboc |
P44: PAS Pmtg Pauh Sertai Jentera Pakatan Rakyat Menangkan Calon PKR Posted: 25 Apr 2015 11:33 PM PDT PAS Permatang Pauh harap jangan timbul masalah lagi Timbalan Presiden PAS, Mohammad Sabu berkata, jentera parti itu akan bergabung tenaga dengan jentera PKR dan DAP dalam menjalankan gerak kerja seiring serta bersama. "Malam ini kita lancarkan jentera PAS secara rasminya walaupun gerak kerja telah mula berjalan. "Kita akan bergabung tenaga dengan DAP dan PKR supaya dapat mengekalkan kemenangan serta meningkatkan majoriti undi pada 7 Mei nanti," katanya yang juga Pengarah Pihan raya PAS bagi PRK itu. Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas Majlis Pelancaran Jentera PAS PRK Permatang Pauh di Dewan Haji Yusof Rawa, Sama Gagah, malam tadi. Hadir sama ialah calon PKR merangkap presiden parti, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan Ketua Wanita DAP, Chong Eng. Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang itu menambah, perbezaan pendapat yang berlaku telah berjaya diuruskan dengan mencari penyelesaian terbaik. "Sudah selesai, perbezaan akan ada sehingga hari kiamat tetapi kita cari jalan penyelesaian. "Kita bertemu dan bersemuka dalam usaha menyelesaikannya ke arah kebaikan dan penyatuan. "Alhamdulillah, semuanya telah selesai dengan baik seperti yang diharapkan oleh semua pihak," jelasnya lagi. Sebelum itu, beliau dalam ucapannya menegaskan bahawa PAS akan mempertahankan dasar yang diperjuangkan dan dalam masa yang sama mahu mencapai kemenangan. Sementara itu, Yang Dipertua PAS Kawasan Permatang Pauh, Omar Hassan menegaskan segala permasalahan dan perbezaan pendapat di antara parti itu dengan PKR telah selesai dari hati ke hati. Beliau berkata, pihaknya mendapat arahan daripada Majlis Syura Ulamak dan dipersetujui Presiden, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang supaya membantu gerak kerja pilihan raya pada PRK kali ini. Menurutnya, jentera pilihan raya PAS di peringkat negeri dan kawasan itu telah diarah untuk digerakkan untuk memberi sokongan ke arah kemenangan Pakatan Rakyat. PAS kawasan, katanya berpuas hati dengan pertemuan yang telah dilakukan bersama pihak PKR berhubung isu yang berbangkit. "Perbincangan ke arah kebaikan dan penyatuan. Semua permasalahan sudah 'settle', saya harap ia tidak ditimbulkan lagi," tegasnya. -HD
ULASAN GB Syukur alhamdulillah. Mudah-mudahan calon Pakattan rakyat menang besar di P44 Permatang Pauh. Kemenangan yang cukup penting untuk memberi isyarat jelas kepada Najib dan BN: bahawa rakyat kini menderita di bawah pimpinannya apatah lagi dengan pengenaan GST. |
Video Najib & Rosmah Berjoget Sakan Di Kazakhstan Menjadi Viral Di Media Sosial Posted: 25 Apr 2015 06:31 PM PDT Sebuah video menjadi viral di laman sosial facebook dan whatsapps sejak beberapa hari lalu dimana di dalam video berkenaan kelihatan PM Malaysia, Najib Tun Razak dan Rosmah dengan disertai beberapa orang lain termasuk pasangan anaknya yang baru melansung perkahwinan sedang rancak berjoget. Melihat dari suasana persembahan tersebut, dipercayai ianya berlansung di hotel di mana majlis resepsi perkahwinan anak najib, Nooryana dengan Daniyar Kessikbayev di Kazakhstan. Menurut kenyataan yang disiarkan Jabatan Perdana Menteri sebelum ini majlis resepsi berkenaan telah diadakan di Grand Ballroom, Hotel Royal Tulip dan ia turut dihadiri oleh lebih 250 jemputan dari Malaysia. Rakyat sebelum ini telah mempersoalkan siapakah sebenarnya yang menanggung perbelanjaan ssebgitu ramai tetamu dari Malaysia ke Kazakhstan tersebut. GB juga ada mengulas sebelum ini. Petikan: Anehnya pemergian mereka ke sana lansung tidak diberitakan. Ianya hanya diketahui apabila akhbar di Kazakhstan yang memberikan liputan. Tun Mahathir turut mengkritik majlis perkahwinan anak Najib berkenaan dengan menyifatkannya sebagai "perkahwinan abad ini". "Tetapi bila mereka pergi ke Kazakhstan dengan 300 orang, (ia) tak dilaporkan oleh media arus perdana. "Siapakah 300 orang ni?" tanya bekas perdana menteri itu di majlis 'Bicara Negarawan: Anda Tidak Keseorangan' di Kuala Lumpur seperti dilaporkan oleh sebuah portal hari ini. Tatkala GST sedang mengganas menyebabkan kehidupan rakyat begitu tertekan rupa-rupanya lain hal yang berlaku di Kazakhstan, Najib dan Rosmah sedang berjoget sakan. Sama halnya semasa bencana banjir melanda rakyat pantai timur dulu, Najib leka bermain golf bersama Obama... Wahai Malaysia, inilah PM yang anda ada kini... |
You are subscribed to email updates from KELAB GREENBOC To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 1600 Amphitheatre Parkway, Mountain View, CA 94043, United States |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan