Ahad, 5 April 2015

DIALOG RAKYAT

DIALOG RAKYAT


Apakah Sirul 'Senjata Sebenar' Mahathir Menjatuhkan Najib?

Posted: 04 Apr 2015 11:24 PM PDT

shahbudindotcom





Bekas Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad meneruskan lagi serangannya kepada Najib Razak dengan mendedahkan bahawa Sirul Azhar Umar, anggota polis yang didapati bersalah membunuh Altantuya tetapi kini melarikan diri ke Autralia, pernah menjadi pengawal peribadinya suatu ketika dahulu.

Kata Tun Mahathir, sewaktu bekerja dengannya, Sirul tidak pernah pula membunuh sesiapa.

Sebagai makluman,  ketika didakwa melakukan pembunuhan Altantuya, Sirul adalah salah seorang pengawal peribadi yang ditugaskan menjaga Najib Razak yang ketika itu menjadi Timbalan Perdana Menteri.

Tiada sesiapa tahu atau sedar bahawa Sirul pernah menjadi pengawal peribadi Tun Mahathir sebelum ini. Ia tidak pernah disebut di mana-mana atau didedahkan oleh sesiapa, termasuk ketika perbicaraan di mahkamah.

Dengan pendedahan Tun Mahathir ini bukan saja  menunjukkan beliau tidak menunjukkan tanda-tanda akan berganjak sedikit pun daripada apa yang yang telah dimulakannya, bahkan meneruskan dengan maklumat-maklumat baru yang lebih menarik lagi.

Ramai yang mula meneka-neka ketika ini mengenai hubungan Tun Mahathir dengan Sirul, termasuk tindakannya melarikan diri ke Australia yang dilihat semata-mata untuk mengelakkan hukuman mati keatasnya.

Tidak disangkal juga bahawa apabila Tun Mahathir mengatakan Sirul tidak pernah membunuh sesiapa ketika bertugas dengannya, ia adalah isyarat paling jelas bahawa anggota polis itu melakukannya semata-mata kerana menurut arahan.

Siapa yang memberi arahan itulah yang perlu disiasat? Jika Sirul menerima arahan daripada ketuanya, siapa pula yang memberi arahan kepada ketuanya itu?

Tidak syak lagi pendedahan Tun Mahathir bahawa Sirul pernah bekerja dengannya adalah sesuatu yang tambah memeningkan lagi kepala Najib ketika ini. 

Tambahan lagi dengan ayat maut yang dilontarkannya, "Dia tak bunuh sesiapa pun ketika bertugas dengan saya".

Persoalannya kini ialah apakah Tun Mahathir mempunyai lebih banyak maklumat mengenai Sirul?  Apakah selepas ini maklumat itu akan didedahkan satu persatu untuk menekan Najib?

Selain isu 1MDB yang digembar-gemburkan, apakah isu Sirul ini sebenarnya yang lebih dulu membuatkan Najib makin terhenyak kebingungan, lalu akhirnya meletakkan jawatan? 

Pendedahan Mahathir mengenai Sirul yang mengejutkan lagi...


Dedah nama polis jumpa Sirul, kata DAP kepada Khalid

Posted: 04 Apr 2015 11:10 PM PDT

THE MALAYSIAN INSIDER



Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar sebelum ini mengatakan pihak polis menghantar pegawai untuk bertemu Sirul Azhar Umar di Australia sebelum dinafikan langsung oleh Sirul. – Gambar fail The Malaysian Insider, 5 April, 2015. 
Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar sebelum ini mengatakan pihak polis menghantar pegawai untuk bertemu Sirul Azhar Umar di Australia sebelum dinafikan langsung oleh Sirul. – Gambar fail The Malaysian Insider. 




Tan Sri Khalid Abu Bakar perlu mendedahkan nama anggota polis yang didakwa bertemu Sirul Azhar Umar di Australia berhubung kes pembunuhan Altantuya Shaariibuu, kata Lim Kit Siang.

Ketua Parlimen DAP itu berkata ketua polis negara (KPN) itu perlu menyangkal kenyataan Sirul yang mendakwanya berbohong dalam isu itu.

Katanya, Khalid hanya menjawab dakwaan Sirul dengan mengatakan bekas anggota polis itu sebagai terdesak yang tidak membawa maksud Sirul berbohong.

"Malah, Khalid tidak menolak kenyataan Sirul yang mendakwanya berbohong atas dakwaaan anggota polis datang ke Australia.

 "Mengapa Khalid membiarkan perkara itu terus menjadi tanda tanya sedangkan nama dan tarikh polis itu bertemu Sirul di Pusat Tahanan Imigresen Villawood di Sydney boleh didedahkan," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sirul semalam mendakwa KPN berbohong apabila mengatakan anggota polis dihantar ke Australia bagi mengambil keterangannya, lapor Malaysiakini.

Katanya, tiada polis Malaysia yang datang bertemu dengannya sejak dia mula berada di Australia. ‎
Bagaimanapun, Khalid semalam berkata beliau bercakap benar dan tiada sebab untuk mengelirukan orang ramai dan negara berhubung hal itu.

Katanya, Sirul terdesak berkata demikian bagi menyelamatkan dirinya.

"Dari apa yang kami kumpul setakat ini, dia tidak memberikan perkembangan baru yang boleh membebaskannya daripada jenayah itu," kata Khalid.

Lim berkata jika Khalid tidak memberikan butiran pertemuan berkenaan, maka orang ramai akan menyokong versi Sirul dalam kes itu.

Katanya, masyarakat termasuk bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad melahirkan kecurigaan mengenai integriti siasatan polis.

Beliau berkata Sirul mendapat simpati ramai selepas terdapat dakwaan bekas anggota polis itu bertindak mengikut arahan sementara "orang penting yang mempunyai motif" masih bebas.

"Siapa yang tidak akan menyebelahi Sirul apabila dia mendakwa bertindak mengikut arahan itu betul?" soal Lim.

Ahli Parlimen Gelang Patah itu mencadangkan Dr Mahathir dan Tun Abdullah Ahmad Badawi datang ke Australia untuk bertemu Sirul.

"Mungkin Khalid boleh mengiringi 2 bekas perdana menteri itu ke Sydney untuk acara yang belum pernah berlaku itu, " katanya.

Dr Mahathir Sedia Jumpa Ibu Sirul

Posted: 04 Apr 2015 10:47 PM PDT


Oleh: JOSEPH KAOS JR




Ibu Sirul, Piah Ahmad (kanan) ditemani anak perempuannya, Noriatin Umar ketika bertemu bekas anggota UTK yang ditahan di sebuah pusat Imigresen di Sydney, awal bulan lalu.

CYBERJAYA: Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad sedia bertemu ibu Sirul Azhar Umar, bekas anggota Unit Tindakan Khas (UTK) yang didapati bersalah atas pertuduhan membunuh model warga Mongolia, Altantuya Shaariibuu.

Ibu Sirul menyatakan hasrat untuk bertemu Dr Mahathir selepas beliau secara terbuka mempertikaikan sabitan terhadap Sirul di dalam blognya dengan menyifatkan tindakan tersebut sebagai tidak adil.

"Saya bersedia untuk bertemu dengannya atau sesiapa sahaja," kata Dr Mahathir ketika ditemui pemberita selepas merasmikan persidangan kepimpinan "What Youth Should Know' di sini Sabtu.


Semasa sesi soal jawab di persidangan itu, Dr Mahathir berkata Sirul seharusnya diberi peluang untuk mempertahankan dirinya jika dia bertindak atas arahan ketika membunuh Altantuya.

"Anda tidak boleh menuduh seseorang membunuh kecuali ada bukti. Jelas di sini seseorang itu dibunuh dan seseorang melakukan pembunuhan itu. Dan seseorang telah mengadu bahawa dia diarah untuk melakukannya.


"Soalan yang perlu ditanya suatu ketika dahulu adalah siapa yang memintanya berbuat demikian. Sehingga hari ini tidak ada petunjuk bahawa siapa yang mengarahkannya, tetapi dia perlu diberikan peluang untuk mempertahankan dirinya atau dia akan dihukum gantung," kata Dr Mahathir.

Dr Mahathir turut ditanya oleh seorang peserta sekiranya dia mempunyai sebarang idea berhubung siapa yang meminta Sirul untuk membunuh Altantuya.

"Sirul adalah pengawal peribadi saya semasa saya menjadi Perdana Menteri. Beliau tidak membunuh sesiapa pun ketika itu, jadi ia tidak mungkin saya," katanya dalam nada berseloroh.

Beliau berkata adalah tidak adil untuk mengenakan hukuman gantung kepada Sirul sekiranya dia bertindak mengikut arahan.




Allahyarham Juwie Sering Doakan Rakan Jadi Ahli Syurga

Posted: 04 Apr 2015 10:35 PM PDT

 


Erra Fazira
 
 
 
SELAYANG: Allahyarham Juwie atau nama sebenarnya Abdul Jalil Saleh, 62, disifatkan sebagai seorang wartawan yang berhati mulia dan sering mendoakan dengan kebaikan agar menjadi ahli syurga.

Pelakon terkenal, Erra Fazira atau nama sebenarnya, Fazira Wan Chek, 41 berkata, arwah juga merupakan antara rakan wartawan yang banyak membantu kerjayanya dalam industri.

"Saya bermula dalam industri hiburan sewaktu Allahyarham masih lagi menjadi wartawan dan beliau seorang yang sangat baik hati dan lembut tutur katanya.

"Beliau selalu menghubungi saya bertanya khabar dan masih segar di ingatan saya, Allahyarham seringkali menggunakan kata-kata 'semoga Allah sering merahmatimu' apabila selesai berbual," katanya kepada mStar Online.

Erra ditemui di rumah keluarga Allahyarham di Taman Selayang Baru, dekat sini, pada Sabtu.

Allahyarham meninggal dunia di Pusat Perubatan Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM), Cheras, Jumaat pada pukul 10.30 malam akibat komplikasi pelbagai penyakit termasuk kanser prostat.

Jenazah Allahyarham selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Selayang Baru, pada pukul 10.30 pagi Sabtu.

Ziela Jalil.
 
  Penerbit drama, Ziela Jalil, 45, turut berkongsi cerita yang sama mengenai personaliti Allahyarham yang sentiasa menyusun tutur kata ketika berbicara agar tidak menguris perasaan serta sering menginggatkan tentang tanggungjawab kepada agama.

"Persahabatan saya bersama Allahyarham terjalin semenjak saya berumur 15 tahun, banyak perkara yang saya lalui bersamanya dan tidak dinafikan beliau seorang yang sangat baik hati.

"Allahyarham sering mendoakan rakan-rakan artis, teman sekerja dan semua orang serta menyebut agar kita ditempatkan di syurga," katanya.

Tambah Ziela, Allahyarham Juwie juga sering memesan agar sebahagian rezeki yang diterima perlu disumbangkan kepada masjid dan badan-badan kebajikan yang memerlukan kerana harta di dunia ini hanyalah sementara.


Datuk Ahmad Nawab.

Bagi komposer, Datuk Ahmad Nawab, 82, berkata arwah seorang yang mudah untuk berkerjasama dan bersifat romantik.

"Saya sering berkolaborasi bersamanya dalam mencipta lirik lagu suatu ketika dulu dan ternyata beliau sangat hebat bermain dengan kata-kata puitis sehingga meninggalkan kesan di hati pendengar.

"Sebenarnya beliau mempunyai jiwa romantik dan selama saya mengenalinya, Allahyarham seorang yang sangat merendah diri dan tidak suka pada publisiti, " katanya.

Allahyarham pernah menjuarai Juara Lagu pada tahun 1988 bersama Ahmad Nawab menerusi lagu Kau Kunci Cintaku Di Dalam Hatimu nyanyian Ramlah Ram dan menghasilkan beberapa lagu popular era 90an.
 

GST dan EKJS: Berhati-hatilah kelicikan Umno!

Posted: 04 Apr 2015 10:26 PM PDT




Oleh MOHAMMAD FAIZAL CHE YUSOF


TAHNIAH kita ucapkan kepada kerajaan Barisan Nasional yang diterajui parti kebangsaan Melayu Umno yang telah berjaya menyempurnakan misinya dalam perlaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan yang ringkasnya dikenali sebagai GST. Meskipun dalam suasana kerajaan ini ditolak oleh 53 peratus pengundi pada Pilihan Raya Umum PRU 13 lalu, GST telah melabuhkan layarnya di bumi Malaysia tanpa ada sebarang kekacauan.

Dengan hanya majoriti mudah tanpa penguasaan dua pertiga Dewan Rakyat, kerajaan terajuan Umno tetap yakin dengan percaturan yang dibuatnya. Apakah kerajaan ini yang ingin kita taruhkan keyakinan bagi menerajui Malaysia pada masa-masa mendatang?

Daripada nas-nas yang jelas sebagaimana diterangkan oleh para alim ulama, sistem percukaian yang diamalkan hari ini bukanlah suatu sistem yang dibenarkan menurut syarak. Apatah lagi sistem percukaian GST yang pada masa kini ditolak hebat oleh jelata rakyat.

Apa yang jelas, GST adalah satu langkah menzahirkan sikap ketidakadilan dan kezaliman pemerintah terhadap rakyat. Percukaian GST seumpama perniagaan yang amat menguntungkan oleh pemerintah terhadap rakyat sebagaimana disebut oleh Ibnu Khaldun dalam kitab Muqadimahnya.

Namun, bukan itu yang ingin saya lontarkan dalam penulisan ini. Apa yang ingin saya tegaskan di sini, kerajaan yang ada hari ini telah dilihat terus mengepikan nilai-nilai keadilan sebenar dan kesejahteraan yang sebenar dalam sistem pemerintahannya.

Persoalan utama yang ingin saya lontarkan di sini, apakah kita bersedia untuk terus bertahan untuk menjalinkan sebarang kerjasama politik atau bernaung di bawah pemerintahan yang ada? Saya ingin memfokuskan perhatian kita kepada beberapa jawatankuasa bersama yang dihulurkan kepada kita khususnya kepada kerajaan Parti Islam Se-Malaysia (PAS) di Kelantan.

Pada tahap ini, wajar kita muhasabah diri di manakah rasional atau kewajaran ketiga-tiga jawatankausa bersama tersebut? Apakah ia terbina atas satu semangat kerjasama yang tulus atau pancingan semata-mata?

Hebatnya Islam bila segalanya telah Allah firmankan dalam kitab suci-Nya, al-Quranul Karim sebagaimana maksud surah Al-Anfal:

"Dan jika mereka (pihak musuh) cenderung kepada perdamaian, maka engkau juga hendaklah cenderung kepadanya serta bertawakallah kepada Allah. Sesungguhnya Dia Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.

Dan jika mereka bertujuan hendak menipumu, maka sesungguhnya cukuplah Allah (menjaga dan memberikan perlindungan) kepadamu. Dialah yang menguatkanmu dengan pertolongan-Nya dan dengan (sokongan) orang-orang yang beriman.

Dan (Dialah) yang menyatu-padukan di antara hati mereka (yang beriman itu). Kalaulah engkau belanjakan segala (harta benda) yang ada di bumi, nescaya engkau tidak dapat juga menyatu-padukan di antara hati mereka, akan tetapi Allah telah menyatu-padukan di antara (hati) mereka. Sesungguhnya Dia Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana. (Al-Anfaal 61-63)

Maksud ayat di atas cukup terang dan nyata. Kita dikehendaki untuk sedia berlapang dada bila ada usaha perdamaian dihulurkan oleh pihak musuh. Dengan lain perkataan, tidak selamanya kita perlu berada dalam situasi menentang bila mana peluang keamanan itu terbentang di hadapan mata.

Pergantungan kepada Allah wajiblah beriringan dengan setiap usaha yang dijalankan. Waspada dalam setiap tindakan perlulah ada agar kesan kemusnahan atau kecederaan dapat diminimumkan. Ingatan Tuan Guru Presiden, sama ada atau tidak kerajaan Umno ikhlas dalam usaha kerjasama yang dihulurkan, bukanlah urusan kita.

Dalam pada itu, sirah para sahabat telah juga memberi kita satu pengajaran yang cukup hebat sebagaimana ditunjukkan dalam peristiwa perang Sifin antara Saidina Ali Abi Talib Karamallahu wajha dan Saidina Mua'wiyah Abu Sufian RA. Perdamaian yang dihulurkan oleh tentera Mua'wiah atas percaturan Amru al-A's kepada tentera Saidina Ali telah disedari sejak awal oleh baginda Saidina Ali.

Pengajaran dari perang Sifin seharusnya memberi satu periksa dan imbang antara kedamaian sebenar ataupun kedamaian atas muslihat politik. Kemungkinan kepada kedua-dua situasi akan sentiasa ada pada setiap masa dan setiap zaman.

Apakah kerjasama yang dilaungkan oleh kerajaan BN melalui ketiga-tiga jawatankausa iaitu royalti, hudud dan banjir itu suatu ketulusan atau umpanan politik semata-mata? Tentunya bagi pihak pimpinan telah mengambilkira setiap inci ruang risiko dan peluang dalam setiap situasi.

Pun begitu, bagi pihak rakyat khususnya para penggiat masyarakat yang inginkan PAS terus menang dan menguasai dalam percaturan politik tanah air, muhasabah semula terhadap kerjasama melalui ketiga-tiga jawatankausa tersebut wajar dilakukan.

Dalam isu royalti, dolak dalih kerajaan pusat terhadap kerajaan Kelantan berlarutan sejak 2011 lagi sebaik isu royalti berada di medan perjuangan rakyat. Sehingga ke hari ini, Kelantan terus dinafikan pembayaran tunai sebagaimana perjanjian 1975.

Begitu juga dalam isu banjir yang turut melahirkan satu jawatankuasa bersama antara kerajaan pusat dan negeri. Bagi rakyat yang saban waktu menantikan kediaman yang sempurna, bukan lagi janji demi janji yang mereka harapkan. Kesejukan malam hari dan kehangatan siang hari di bawah khemah sementera terus menimbulkan persoalan entahkan bila akan berakhir. Apa yang nyata kerajaan terajuan Umno hanya mampu mengemukakan alasan demi alasan kepada desakan janji-janji yang telah dimetri.

Mutakhir dapat kita lihat bagaimana isu hudud yang turut melahirkan satu jawatankuasa teknikal bersama. Dolak dalih kerajaan Umno umpama bangkai yang tidak dapat lagi disembunyikan. Jawapan Menteri yang berkaitan bila ditanya oleh Yang Berhormat Ahli Parlimen Pokok Sena menyerlahkan sikap mereka yang sebenar.

Apabila kita singkap sedikit masa kebelakang, kesungguhan kerajaan Umno membawa agenda Islam ke dalam sistem perundangan negara telah boleh dipertikai. Ia terserlah bila mana berlakunya penarikan balik Rang Undang-undang Pentadbiran Agama Islam (Wilayah-wilayah Persekutuan) 2013 daripada dibentangkan untuk bacaan kali kedua pada sesi Dewan Rakyat tahun 2013 lalu.

Saya penuh yakin setiap dari pendukung dan penyokong PAS sedia berdiri teguh bersama ketegasan kepimpinan yang ada untuk mengkaji semula setiap kerjasama yang dijanjikan oleh kerajaan terajuan Umno. Atas sikap bersama mendokong kepimpinan yang ada, setiap dari pendokong dan penyokong PAS tentunya mengharapkan suatu sikap tegas dinyatakan dalam mendepani setiap kezaliman dan ketidakadilan yang berlaku.

Apatah lagi bila mengenangkan firman Allah yang bermaksud:

"Dan janganlah kamu cenderung kepada orang-orang yang berlaku zalim maka (kalau kamu berlaku demikian), api Neraka akan membakar kamu, sedang kamu tidak ada sebarang penolong pun yang lain dari Allah. Kemudian (dengan sebab kecenderungan kamu itu) kamu tidak akan mendapat pertolongan". (Hud 1113)

Cukup ironi sekali, amalan diskriminasi kerajaan pusat terhadap Kelantan bukanlah suatu yang baru. Bagi majoriti rakyat yang telah memilih PAS di Kelantan, mereka tetap sedia dan setia mendokong kepimpinan yang ada meskipun berhadapan dengan tindakan tidak bertamadun dari Umno.

Justeru, sedaya yang mungkin setiap ketidakadilan dan kezaliman wajar ditentang dan terus-terusanlah kuatkan pergantungan kepada Ilahi

[VIDEO & GAMBAR] Kapten Lee: Helikopter Terhempas Bukan Kerana Cuaca Buruk

Posted: 04 Apr 2015 10:23 PM PDT

KELAB GREENBOC



 

Seorang juruterbang helikopter yang menjadi saksi di udara berhubung tragedi korban enam penumpang dalam helikopter yang terhempas di Jalan Sungai Lalang, Kampung Pasir Baru, Semenyih pada petang Sabtu, menceritakan dia melihat pesawat malang itu menjunam hingga ke tanah dan mengeluarkan asap hitam.

Mahu dikenali sebagai Kapten Lee, dia yang ketika itu membawa penumpang dari Senai, Johor ke Subang memberitahu laluannya sama dengan helikopter tersebut dan sempat berkomunikasi antara mereka untuk memaklumkan keadaan waktu dan ketinggian.

Katanya, menjadi suatu yang biasa sebagai juruterbang untuk memerhatikan mana-mana kapal terbang atau helikopter yang berada di sekelilingnya.

"Jadi sampai sahaja di Kajang, saya nampak satu helikopter IGB memang keluar dan menuju ke Kajang sedang turun. Bila saya nampak, saya sambung terbang.

"Dalam dua tiga minit, bila saya pandang balik helikopter tu, saya nampak ia dah menjunam, muncung helikopter ke bawah dan saya perhatikan sampai helikopter tu jatuh ke tanah, keluar asap hitam," katanya ketika dihubungi Astro Awani.

Tambah Kapten Lee, pada ketika kejadian cuaca kelihatan cerah walaupun hujan panas, namun dia menafikan adanya hujan ribut.

"Berdasarkan pengalaman saya, yang jatuh tu bukan disebabkan cuaca. Terpulang pada siasat.

"Rasa ngeri. Selepas kejadian, saya terus maklum kepada pengawal di menara kawalan," katanya yang terpaksa meneruskan perjalanan bersama penumpangnya.

Semalam, helikopter jenis S365 milik IGB Corporation, yang membawa enam orang termasuk juruterbangnya, dan Pengerusi Perbadanan PR1MA Malaysia (PR1MA), Tan Sri Jamaluddin Jarjis serta Ketua Setiausaha Sulit kepada Perdana Menteri Datuk Azlin Alias, terhempas di Jalan Sungai Lalang, Kampung Pasir Baru, Semenyih dekat sini pada 4.55 petang. -therakyatpost



Najib arah siasatan penuh nahas helikopter di Semenyih



SEMENYIH: Datuk Seri Najib Tun Razak mengarahkan satu siasatan penuh rapi dan menyeluruh dijalankan untuk mengetahui punca nahas helikopter di Semenyih petang semalam.

Helikopter itu, yang membawa enam orang termasuk juruterbangnya, dan Pengerusi Perbadanan PR1MA Malaysia (PR1MA) Tan Sri Jamaluddin Jarjis serta Ketua Setiausaha Sulit kepada Perdana Menteri Datuk Azlin Alias, terhempas di Jalan Sungai Lalang, Kampung Pasir Baru, Semenyih dekat sini pada 4.55 petang.

Perdana menteri menjelaskan bahawa mengikut prosedur beliau tidak boleh mengesahkan identiti mangsa selagi belum disahkan oleh pihak forensik.

"Namun berdasarkan maklumat yang boleh dipercayai, tragedi ini membawa kehilangan dua orang yang begitu besar sumbangannya kepada kerajaan, parti dan negara," katanya kepada pemberita selepas melawat lokasi nahas di Kampung Sungai Pening, Semenyih di sini malam ini.

Najib yang nyata sedih dengan tragedi itu, menyifatkan apa yang berlaku sebagai satu kehilangan yang amat besar buat diri dan keluarganya memandangkan Jamaluddin adalah kenalan sejak zaman universiti lagi selain amat rapat dari segi sejarah perjuangan dan kerjaya politik.

"Saya anggap Tan Sri Jamaluddin Jarjis seorang yang berkebolehan tinggi, banyak jasanya kepada kerajaan, parti dan negara. Ramai kenalannya di dalam dan luar negara," katanya mengenai Jamaluddin yang pernah bertugas sebagai Duta Besar Malaysia ke Amerika Syarikat.

"Jamaluddin telah memainkan peranan penting dalam mengeratkan hubungan Malaysia dan Amerika Syarikat," kata Najib sambil menambah kata, Jamaluddin juga terus banyak memberi nasihat dan pandangan kepadanya walaupun tidak lagi menjadi duta.

Najib, yang dilihat cuba menahan sebak pada sidang media itu, berkata: "Oleh itu kehilangan beliau adalah satu tragedi besar buat saya dan saya amat sedih atas apa yang berlaku."

Selain semasa di universiti, Najib berkata beliau dan Jamaluddin, yang juga anggota Parlimen Rompin, turut seiring ketika pembabitan awal dalam UMNO dan seterusnya dalam dunia pentadbiran kerajaan.

Bercakap tentang Azlin yang disifatkan sebagai 'Chief of Staff' di Pejabat Perdana Menteri, Najib berkata pegawainya itu berperanan menentukan pelbagai perkara penting dalam hal-ehwal pejabat itu.

"Secara peribadi beliau telah bersetuju meninggalkan kerjayanya dalam bidang korporat untuk berkhidmat dalam kerajaan sebagai khidmatnya untuk negara," katanya.

"Beliau telah bekerja dengan penuh dedikasi, amanah dan disenangi semua pihak, ketiadaan beliau satu kehilangan besar bagi saya," kata Najib.

Perdana menteri berharap keluarga mereka tabah dan bersabar menempuh dugaan ini dan ketentuan Ilahi.

"Saya dan semua rakan berdoa apa yang telah berlaku itu, sekiranya telah disahkan nanti, kita berdoa kepada Allah supaya roh mereka dicucuri rahmat," katanya.

Perdana menteri berharap sumbangan Jamaluddin dan Azlin kepada negara selama ini dapat dicontohi masyarakat.
-astroawani

LIHAT VIDEO DI SINI:
VIDEO - 1
VIDEO - 2
VIDEO - 3



Isu air: Kenyataan 'flip flop'Azmin beri kesan buruk kepada Selangor

Posted: 04 Apr 2015 10:11 PM PDT

 Oleh Nurshakira Buang

 
Post Pic
 
 
 
SHAH ALAM: Kenyataan 'flip flop' Menteri Besar, Azmin Ali berhubung isu  penstrukturan semula industri air di Selangor hanya akan memberi kesan buruk kepada negeri ini, kata Datuk Seri Dr Khir Toyo.
 
Bekas menteri besar Selangor itu berkata ini kerana isu tersebut sudah berlanjutan lebih dua penggal namum ia masih belum dapat diselesaikan.
 
Bahkan, menurut Khir perkara tersebut menjadi lebih rumit apabila Azmin gemar bermain politik dalam menyelesaikan isu kepentingan rakyat itu.
 
"Dia (Azmin) banyak berfikir secara politik dan itu masalah yang kita hadapi sekarang. Soal air ini soal rakyat, mana-mana kerajaan pun kena selesaikan perkara itu dengan segera.
 
"Janganlah dia (Azmin) cuba hendak tangguh-tangguhkan (penstrukturan air Selangor) macam sekejap batal, sekejap tidak. Saya fikir kenyataan flip flop ini tidak baik untuk kerajaan negeri Selangor.
 
"Sepatutnya masalah air ini lama dah selesai, ialah ianya sudah ditangguh lebih dua penggalkan dan saya rasa Azmin kena tumpukan perbincangan masalah ini secepat yang boleh," katanya ketika dihubungi Antarapos.
 
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas saranan mantan menteri besar, Tan Sri Abdul Khalid agar Azmin Ali meletak jawatan sebagai Menteri Besar Selangor sekiranya gagal menyelesaikan masalah rakyat terutama penstrukturan semula air di negeri itu. 
 
Khalid dilaporkan sebagai berkata, Azmin perlu berundur supaya Kerajaan Selangor diketuai oleh individu yang lebih layak, pakar dan berpengalaman yang setaraf dengan status Selangor sebagai negeri termaju. 
 
Mengulas lanjut Khir Toyo berkata sudah tiba masanya untuk Azmin menumpukan sepenuh perhatiannya kepada pentadbiran kerajaan negeri daripada terus menerus berpolitik.
 
"Kita kena bagi peluang kepada dia sebab baru lagi (sebagai Menteri Besar), tapi dah lebih 100 hari (pemerintahan Azmin) ini tak nampak apa-apa perbezaan. Jadi, saya harap dia dapat tumpukan sepenuhnya kepada pentadbiran kerajaan negeri daripada berpolitik," tegasnya.
 
Malah, Khir berkata Azmin perlu segera menyelesaikan perjanjian air ini bagi mengelak pelabur lari meninggalkan negeri termaju di Malaysia ini.
 
"Tak boleh (bagi alasan lagi), sebab perkara ini (penstrukturan air) sudah bermula dari zaman saya dan diteruskan oleh Khalid Ibrahim tapi sampai sekarang tak selesai-selesai lagi. Jadi, sekarang isu air ini sangat kritikal. Memang rakyat tak nampak, tapi kalau tengok dari segi industri semua ramai dah tak melabur di Selangor kalau nak buka kilang air tak cukup.
 
"Kita beritahu Azmin supaya cepat selesaikan masalah dan jangan 'ding dong ding dong'," tambahnya.
 
Kerajaan Selangor diberi tempoh sehingga 30 April ini untuk memberi jawapan tentang pelanjutan tarikh akhir bagi Perjanjian Induk mengenai penstrukturan semula industri bekalan air Selangor.
 
Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Dr Maximus Ongkili berkata, jika gagal berbuat demikian, Kerajaan Persekutuan akan menganggap bahawa Kerajaan Selangor tidak berminat menerima tawaran mengenai langkah penyusunan semula itu dan pengambilalihan penuh pemegang konsesi di Selangor seperti yang terkandung dalam Perjanjian Induk.
 
Menurut beliau, selepas tarikh akhir itu, Kerajaan Persekutuan akan mengambil langkah perlu mengikut Akta Industri Perkhidmatan Air 2008 (WSIA) dan undang-undang berkaitan lain bagi memastikan kepentingan negara dan kebajikan rakyat dapat dilindungi.
 
 

PKR umum calon PRK Permatang Pauh lepas SPR tetapkan tarikh mengundi

Posted: 04 Apr 2015 10:08 PM PDT

ANTARAPOS.COM


Post Pic
 
 
 
KLANG: Calon pengganti Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi kerusi Parlimen Permatang Pauh hanya akan diketahui sebaik sahaja Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) memaklumkan tarikh penamaan calon dan hari mengundi, kata Timbalan Presiden, Azmin Ali.
 
"Kami akan menghantar nama calon untuk pengesahan ke Majlis Pimpinan Tertinggi Pakatan Rakyat dalam mesyuarat akan datang.
 
"Calon yang dipilih itu adalah dari senarai calon yang telah diteliti oleh parti ketika mesyuarat sebelum ini," kata Azmin ketika ditemui selepas merasmikan pembukaan Pusat GM Klang Warehouse, di sini, hari ini
 
Azmin berkata, partinya itu akan memberikan tumpuan yang penuh untuk PRK akan datang dan calon yang dipilih untuk Permatang Pauh merupakan calon terbaik mewakili PKR dan Pakatan Rakyat.
 
Pada 2 April, Timbalan Speaker Dewan Rakyat Datuk Ismail Mohamed Said membacakan kenyataan rasmi Speaker, Tan Sri Pandikar Amin Mulia mengenai pelucutan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Ahli Parlimen berkuatkuasa 16 Mac selepas permohonan petisyen pengampunan diraja ditolak.
 
Anwar kini menjalani hukuman penjara lima tahun selepas barisan hakim diketuai Ketua Hakim Tun Arifin Zakaria mendapati Anwar bersalah melakukan liwat ke atas bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan.
 
 

Lebih 400 keluarga sehelai sepinggang rumah dijilat api

Posted: 04 Apr 2015 10:06 PM PDT

ANTARAPOS.COM


Post Pic
 
 
 
SEMPORNA: Lebih 400 penduduk di Kampung Bangau-Bangau di sini hilang tempat tinggal apabila 64 buah rumah yang didiami mereka musnah dalam kebakaran awal pagi ini.
 
Kejadian itu berlaku kurang dua minggu selepas 233 rumah penduduk perkampungan air berke­naan musnah terbakar.
 
Tiada kemalangan jiwa dilaporkan dalam kejadian pada pukul 1.45 pagi itu.
 
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Semporna, Fazizul Izham Borhan berkata, pihaknya mene­rima panggilan kecemasan pada pukul 1.47 pagi sebelum tiba di lokasi kejadian empat minit kemudian.
 
Menurutnya, ketika tiba di lokasi, api marak dengan cepat dan telah memusnahkan hampir 85 peratus rumah di kampung tersebut.
 
"Ketika kejadian kita percaya penduduk kampung sedang lena tidur sebelum keadaan menjadi kelam kabut apabila orang ramai bertempiaran lari menyelamatkan harta benda masing-masing," katanya ketika dihubungi Mingguan Malaysia, di sini hari ini.
 
Dalam kejadian 25 Mac lalu, sebanyak 233 buah rumah musnah melibatkan lebih 2,600 penduduk kampung berkenaan hilang tempat tinggal dan hidup sehelai sepinggang.
 
Tambah Fazizul Izham, seramai 20 pegawai dan anggota termasuk dari Balai Bomba dan Penyelamat Kunak terlibat dalam operasi tersebut.
 
Ujar beliau, pihaknya terpaksa menggunakan air laut untuk memadamkan kebakaran ekoran pili air kampung itu terletak jauh dari lokasi.
 
Tambahnya, api berjaya dika­wal daripada merebak ke kawasan lain pada pukul 3.33 pagi dan api di­padam sepenuhnya pukul 5.55 pagi.
 
"Punca dan jumlah kerugian masih dalam siasatan dan kesemua mangsa terlibat ditempatkan di Dewan Masyarakat Semporna," katanya.
 
 

Jenazah Jamaluddin Jarjis disembahyangkan di Masjid Taman Tun Abdul Razak

Posted: 04 Apr 2015 10:04 PM PDT

ANTARAPOS.COM


Post Pic
 
 
 
KUALA LUMPUR: Jenazah Ahli Parlimen Rompin, Tan Sri Dr. Jamaludin Jarjis akan disembahyangkan di Masjid Taman Tun Abdul Razak di Ampang, dekat sini.
 
Menurut anak arwah, Ikhwan Hafiz Jamaludin, jenazah dijangkakan tiba di masjid berkenaan kira-kira pukul 11.30 pagi.
 
"Kemudian jenazah akan dibawa pulang ke rumah di The Mines, Seri Kembangan.
 
"Urusan pengebumian akan dilakukan selepas solat asar di Makam Pahlawan, Masjid Negara," katanya ketika ditemui di pekarangan Institut Perubatan Forensik Negara, Hospital Kuala Lumpur.
 
Allahyarham dan lima lagi meninggal dunia selepas terbabit dalam tragedi halikopter yang dinaikinya terhempas di Semenyih ketika dalam perjalanan dari Kuantan ke Subang.
 
Helikopter jenis AS 3655N2 Dauphin (9M-1GB) itu dipandu oleh Kapten Cliff Fournier bersama pembantu. 
 
Pesawat itu di miliki oleh Ipoh Garden Berhad dan dikendalikan oleh Cempaka Aviation. 
 
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam sidang medianya semalam mengarahkan siasatan rapi dan terperinci dilakukan berhubung tragedi itu.
 
Beliau berkata, siasatan rapi itu perlu dilakukan untuk mengetahui punca sebenar kejadian yang mengorbankan individu penting dalam negara.
 
 

Anwar hadir pengebumian bapanya hari ini

Posted: 04 Apr 2015 09:57 PM PDT

MALAYSIAKINI


 


Bapa kepada Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim meninggal dunia awal pagi ini, demikian menurut Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Beliau dibenarkan keluar daripada penjara Sungai Buloh untuk menghadiri pengebumian itu.

Malaysiakini membawakan laporan terkini mengenainya.



12.24pm: Ketua Wanita Umno Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil tiba bersama suaminya Datuk Seri Mohamad Salleh Ismail. Tidak lama selepas itu, Timbalan Presiden PKR Azmin Ali pula sampai.

12.10pm:  Sesudah doa dibacakan, Anwar yang memakai baju melayu putih, dilihat memeluk anak-anaknya.

Anwar kelihatan sedikit kurus namun tenang. Manakala Wan Azizah yang turut berada di situ dilihat mengalirkan air mata.

11:50am: Seramai 60 tetamu berada dalam rumah bapa Anwar sedang membacakan doa. Jenazah akan dibawa ke Tanah Perkuburan Sungai Ramal selepas Zohor.

11.40pagi: Bekas ketua menteri Pulau Pinang, Tan Sri Koh Tsu Koon tiba di kediaman bapa Anwar bagi memberikan penghormatan terakhir.

"Saya mengenai beliau (Ibrahim) sejak saya menuntut di universiti kerana beliau (ketika itu) adalah anggota parlimen.

"Saya mengenali beliau sebelum saya mengenali Anwar. Sudah 40 tahun," katanya.

Ibrahim pernah menjadi ahli parlimen Seberang Perai Tengah antara tahun 1959 dan 1969.

11.13am: Turut hadir memberi penghormatan Ketua Pegawai eksekutif AirAsia Tony Fenandes.

Bagaimanapun, beliau enggan memberi sebarang komen. Sementara itu, bekas menteri besar Selangor Tan Sri Muhammad Mohd Taib tiba untuk mengunjungi dan memberi penghormatan kepada Allahyarham.

Beliau pernah menjadi orang kuat dalam Umno dan juga rapat dengan Anwar.

Beberapa pemimpin PKR turut hadir antaranya Datuk Johari Abdul, N Surendran dan Latheefa Koya.

10.49am: Dr Mahathir telah beredar tetapi isterinya Tun Hasmah Ali masih berada di situ.

Hasmah menyifatkan bapa Anwar seorang yang baik.

"Kami mengenali Pak Ibrahim sejak sekian lama, sebelum Azizah (berkahwin dengan Anwar)," katanya kepada Malaysiakini.

10:46am: Wajah sedih kelihatan pada Anwar Ibrahim yang tiba di kediaman ayahnya di Kajang.

Beliau diapit oleh lebih sepuluh pengawal penjara, antaranya bersenjatakan semi-automatik.

Anwar memasuki rumah itu dan ada beberapa individu yang berkabung berjabat tangan dengannya malah ada yang memeluknya.

Dua pengawal penjara yang bersenjata berdiri di luar rumah manakala yang lain mengiringi Anwar masuk.

Terdahulu bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad tiba untuk memberi penghormatan terakhir.

9.02am: Dr Wan Azizah ketika dihubungi Malaysiakini mengesahkan bahawa Anwar dibenarkan untuk menghadiri pengebumian bapanya di Kajang hari ini.

"Menteri Dalam Negeri memberi keizinan, tetapi kami tidak pasti pukul berapa beliau dibenarkan keluar (dari penjara)," katanya.

"Para peguam sedang mengurus perinciannya," katanya lagi.

Dr Wan Azizah memendekkan urusan beliau di Pulau Pinang dan sedang dalam perjalanan ke Kajang ketika ini bagi membuat persediaan majlis pengebumian itu.

ADUN Kajang itu berkata beliau dimaklumkan bahawa bapa mertuanya Ibrahim Abdul Rahman kira-kira jam 2 pagi, selepas disahkan meninggal dunia kira-kira jam 1.45 pagi di Hospital Kajang.

Jenazah Ibrahim akan dibawa ke rumah di Country Heights, Kajang hari ini untuk disemadikan di tanah perkuburan Islam di Sungai Ramal selepas Zohor.

Menurut maklumat terbaru daripada pihak yang dekat dengan Anwar, beliau akan tiba sebelum tengahari.

Anwar dihukum penjara lima tahun selepas Mahkamah Persekutuan memutuskan untuk memihak kepada rayuan kerajaan terhadap keputusan pembebasan beliau dalam kes liwat II.

Keluarga beliau memohon pengampunan Yang di-Pertuan Agong dan sedang menunggu keputusan akhir mengenai petisyen itu.

Bagaimanapun, kerusi Permatang Pauh diisytihar kosong pada Rabu selepas Mahkamah Tinggi dimaklumkan bahawa permohonan pengampunan diraja ditolak sekalipun peguam Anwar mempertikaikannya.

KPN perlu sahut seruan Tun Mahathir, buka semula kes pembunuhan Altantuya

Posted: 04 Apr 2015 05:34 PM PDT

khalid_abu_bakar_igp

Roketkini.com


KUALA LUMPUR: Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar perlu menyahut seruan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir agar segera mengumumkan status siasatan dan membuka semula kes pembunuhan Altantuya Shaariibuu.

Ahli Parlimen Bukit Gelugor Ramkarpal Singh berkata, sebelum ini pada 18 Februari lalu, beliau telah menyeru Khalid memulakan siasatan serta merta demi kepentingan awam, tapi malangnya sehingga kini tidak ada sebarang jawapan diberikan.

"Adalah mengejutkan bahawa KPN telah gagal, cuai dan enggan menyiasat tuntutan yang serius oleh Sirul walapun laporan polis telah dibuat berkaitan perkara sama termasuk dari Ahli Parlimen Segambut Lim Lip Eng pada 19 Februari lalu.

"Ini termasuk gesaan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir yang mahu mengetahui siapakah yang mengarahkan pembunuhan mengerikan itu.

"Beliau harus melakukannya berikutan rasa tidak puas hati yang semakin meningkat kerana kegagalannya untuk berbuat demikian," kata Ramkarpal dalam satu kenyataan, hari ini.

Tun Mahathir dalam ulasan di laman blognya semalam menulis bahawa kenyataan Sirul yang hanya menjalankan arahan ketika membunuh Altantuya perlu disiasat.

Kata Tun Mahathir, perkara itu melibatkan nyawa manusia, dan amat zalim sekiranya Sirul dibiarkan menjalani hukuman mati hanya kerana menjalankan arahan.

"Rakyat tertanya-tanya siapa yang memberi arahan.

"Sebagai pengawal peribadi Datuk Sri Najib (Razak), dakwaan Sirul perlu disiasat untuk menentukan siapa yang memberi arahan," kata Tun Mahathir. – Roketkini.com


GST: Harga barangan turun, Najib dan Ahmad Maslan mungkir janji

Posted: 04 Apr 2015 05:29 PM PDT

Tony Pua

Roketkini.com


PETALING JAYA: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan Timbalan Menteri Kewangan Ahmad Maslan harus dipecat kerana mungkir janji apabila mengatakan pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) menyebabkan penurunan harga barang.

Setiausaha Publisiti Kebangsaan DAP Tony Pua berkata, janji itu dibuat kedua-dua mereka tahun lalu dengan hujah bahawa 48 peratus dan 56 peratus harga barangan akan menyaksikan penurunan.

Namun, tidak sampai seminggu pelaksanaan GST, rakyat menanggung kenaikan harga barangan dan perkhidmatan di seluruh negara.

"Tidak sampai seminggu GST dilaksanakan, rakyat hadapi kenaikan mendadak harga barangan dan perkhidmatan.

"Malah, sebahagian kenaikan melebihi enam peratus, kerana kos sebenar perniagaan meningkat ekoran pentadbiran cukai itu sendiri," jelas Tony.

Tambahnya, jaminan Najib dan Ahmad Maslan bahawa kenaikan harga barangan dan perkhidmatan tidak sampai enam peratus, tidak boleh dipercayai.

"Bagaimana Kementerian Kewangan yang bertanggungjawab menguruskan ekonomi negara mengemukakan statistik tak masuk akal?

"Hari ini, realitinya hanya 10 peratus daripada jumlah barangan dan perkhidmatan mencatat penurunan harga, manakala sebahagian besar telah meningkat.

"Bagaimana kerajaan menjalankan kajiannya dan membuat kesimpulan seperti dinyatakan Kementerian Kewangan di parlimen?

"Selain huru-hara yang melanda pasaran disebabkan GST, cukuplah memungkiri janji-janji kononnya harga (barangan dan perkhidmatan) akan turun," ujar Tony. – Roketkini.com


Siapakah wanita misteri itu?

Posted: 04 Apr 2015 05:20 PM PDT


Siapakah wanita misteri itu?



MIMPI selalunya dikaitkan dengan gangguan semasa tidur, namun bayangkan bila setiap kali terlena, anda didatangi bayangan wanita misteri yang sering mengganggu kehidupan seharian?

Itulah yang sering dihadapi oleh Haris, Daniel, Reen dan Jojo, sehinggakan gangguan wanita hamil yang misteri itu membuatkan mereka tertekan dalam hidup.

Ini adalah antara inti pati kisah psiko seram arahan M Hitler Zami menerusi filem, Gamatisme, yang juga terbitan ketiga Pencil Pictures & Records Sdn Bhd.

Bakal menemui penonton mulai 28 Mei 2015, kerja-kerja pengarahan M Hitler Zami, tidak perlu dipertikaikan lagi, tambahan pula ilmu dan pengalamannya dalam bidang ini hampir mencecah dua dekad.

Dibarisi pelakon-pelakon hebat seperti, Nabila Huda, Syazwan Zulkifli, Ellyas Abdullah, AdeleneTsen dan Bubu 1News, filem ini telah menjalani penggambaran sekitar Mei tahun lalu di Bukit Jelutong, Kuang, Sungai Buloh dan Puncak Alam.

Menurut M Hitler Zami, pemilihan lokasi penggambaran Gamatisme ini, untuk memberikan lebih perasaan seram secara visualnya kepada penonton, selain kesesuaian dengan jalan cerita filem ini.

"Penggambaran filem ini dijalankan di sekitar kawasan berkenaan selama 18 hari. Sepanjang penggambaran berlangsung, saya tidak berdepan dengan apa-apa masalah yang berbangkit baik dengan barisan pelakon mahupun kru produksi.

"Mereka memberikan kerjasama yang baik dan memudahkan kerja-kerja pengarahan saya. Untuk pemilihan pelakon, penerbit terlebih dahulu memilih Nabila Huda dan selebihnya adalah pilihan saya sendiri.

"Sejujurnya, mereka memberikan komitmen yang baik walaupun mereka terdiri daripada orang-orang baharu dalam dunia seni perfileman tempatan," katanya lagi.

Bertanya mengenai idea untuk menghasilkan Gamatisme, Hitler memberitahu bahawa idea asal naskhah ini adalah daripada pelakon, Fadzil Zahari.

"Saya menerima idea ini hasil tulisan daripada Fadzil. Namun setelah meneliti, beberapa perkara saya tukar mengikut kesesuaian termasuk kehidupan di kolej dan binaan empat watak.

"Begitu juga dengan tajuk. Fadzil memberikan tajuk awal iaitu, 'Suara' dan saya cuba mencari kelainan dari segi tajuk itu sehingga tercetusnya Gamatisme yang menjurus kepada maksud dunia kacau," jelasnya lagi.

Filem ini mengisahkan mengenai empat sahabat karib, Haris (Syazwan Zulkifli), Daniel (Wan Elias), Reen (Adeline Tsen) dan juga Jojo (Bubu 1News) yang sering mendapat gangguan misteri di hostel mereka semenjak kehadiran pelajar baru bernama Zara (Nabila Huda).

Misteri turut menyelubungi Zara apabila dia kerap dihantui mimpi-mimpi aneh dan sering di ganggu wanita mengandung bersama bayinya menyebabkan Zara berada dalam kemurungan.

Haris yang menyimpan perasaan terhadap Zara cuba mendekatinya dan cuba menyelami perasaan Zara. Mereka berempat  beranggapan bahawa kemunculan wanita misteri di dalam mimpi Zara itu berkaitan dengan gangguan -gangguan yang di alami mereka.

Sehinggalah suatu malam, Jojo mati dalam keadaan yang begitu ngeri di dalam bilik air pelajar lelaki. Mayat Jojo masih di dalam siasatan pihak polis dan hampir semua pelajar meninggalkan kolej tersebut demi keselamatan mereka. Pada malam berikutnya, berlaku kejadian yang mengerikan apabila Reen menjadi mangsa yang seterusnya.

Kekangan masa

Walaupun bidang ini bukanlah sesuatu yang asing bagi Hitler, namun pengarah filem Janin dan Bravo 5 ini, turut berdepan dengan kekangan masa untuk menyiapkannya.

Menurut Hitler, sebelum ini, dia pernah menyiapkan sesebuah filem dalam masa 35 hingga 45 hari, namun untuk filem ini, dia hanya diberikan 18 hari sahaja.

"Filem ini adalah filem keempat saya dan filem yang memerlukan kekuatan mental dan fizikal saya untuk disiapkan dalam masa yang agak singkat.

"Jadi, saya memerlukan satu kumpulan yang terdiri daripada pekerja mahir yang cekap dan mampu bekerja dalam tempoh yang singkat, namun hasilnya harus yang terbaik. Alhamdulillah, urusan saya dipermudahkan walaupun ianya agak mencabar," katanya lagi.

Tambah Hitler, filem ini juga memperlihatkan babak aksi mencemaskan yang dilakukan pelakon aksi lasak berpengalaman, selain kesan solekan khas dan imej janaan komputer (CGI) yang memberikan kepuasan kepada penonton.

"Filem ini turut menyelitkan teknik CGI untuk memantapkan lagi jalan cerita yang menarik. Boleh dikatakan, hampir 25 hingga 35 peratus babak yang dihasilkan adalah dari hasil suntingan CGI.

"Ia adalah salah satu cara untuk memberi kepuasan kepada penonton yang meminati babak aksi dan genre seperti ini. Ini adalah filem psiko seram saya yang pertama.

"Sebelum ini, kredibiliti saya diduga menerusi genre-genre lain yang pastinya memberikan perbezaan pengalaman dalam dunia pengarahan," kata anak kepada arwah pelakon terkenal, Allahyarham Zami Ismail ini.

Menyedari kemerosotan kutipan di pawagam sejak akhir-akhir ini, ia bukanlah satu bayangan ngeri untuk Hitler dalam menghasilkan filem-filem yang bermutu.

Katanya, sebagai pembikin filem, sukar untuk menilai selera penonton kini, namun usaha itu perlu dipertingkatkan untuk menghasilkan karya yang mampu menarik penonton ke pawagam.

"Kita tidak boleh menyifatkan industri perfileman sekarang di ambang kemerosotan atau kekurangan jumlah tontonan kerana pasaran filem ini ada tenggelam timbulnya.

"Namun, saya lebih beranggapan, sekiranya karya itu bagus dan bermutu, ia tetap menjadi pilihan penonton kerana mereka percaya pada jalan cerita berkenaan.

"Untuk filem ini, saya tidak berani untuk meletakkan berapa nilai sasaran kutipan, namun cukuplah sekiranya 25 peratus daripada jumlah penduduk Malaysia yang datang menonton," katanya lagi.

Ada mesej tersirat

Menelan kos keseluruhan sebanyak RM1.3 juta, bagi penerbit filem, Datuk Normashayu Puteh, dengan kerjasama kru produksi dan pelakon-pelakon handalan tempatan, Gamatisme adalah percubaan berani daripada Pencil Pictures & Records Sdn Bhd.

Katanya, sebagai syarikat penerbitan yang optimis dalam penghasilan filem-filem bermutu, filem ini sememangnya memaparkan kelainan dan membawa idea baru dan segar bagi memeriahkan industri perfileman tempatan.

"Kami percaya, jalan cerita filem ini mampu menarik semua golongan masyarakat untuk datang memberikan sokongan sekali gus meraih kutipan yang memberangsangkan.

"Pencil Pictures & Records Sdn Bhd sering menerbitkan karya yang mempunyai mesej yang berat kepada semua lapisan masyarakat. Gamatisme bukanlah semata-mata filem bergenre psiko, malah ia diadun dengan elemen-elemen seram.

"Yang penting, penceritaan dalam filem ini bukanlah sekadar hiburan, malah ianya juga turut diselitkan dengan mesej-mesej tersirat," ujarnya lagi.

Selain Gamatisme, syarikat produksi ini juga bakal memberi saingan kepada produksi tempatan lain dengan mempertaruhkan filem terbaharu mereka tidak lama lagi iaitu, Bopeng dan Kak Yong. Dijadualkan, filem bergenre komedi dan aksi arahan Helmi Yusuf itu akan ditayangkan pada tahun ini juga.

KKR1M serap GST, harga kain kekal

Posted: 04 Apr 2015 05:18 PM PDT


KKR1M serap GST, harga kain kekal Mohd Noor menerangkan kepada pelanggannya, Hasminda Aminudin mengenai GST yang terdapat pada resit pembeliannya.
 
 
 
KEDAI Kain Rakyat 1Malaysia (KKR1M), rangkaian kedai jualan tekstil bersedia menyerap RM100,000 daripada keuntungan bulanan perniagaan bagi membantu pelanggannya dapat membeli harga yang sama selepas pelaksanaan GST dikuatkuasakan pada 1 April lalu.

Pengarah Urusannya, Mohd Noor Mohd Amin berkata, pembeli akan tetap menikmati tawaran harga sama berikutan kos pembayaran cukai GST sebanyak enam peratus akan ditanggung syarikat tersebut.

Menurutnya, KKR1M melalui Syarikat Peluang Karisma Sdn Bhd akan menanggung kos GST kerana prihatin dengan pelanggan terutamanya golongan sederhana dan rendah serta pelanggan mereka di luar bandar.

"Walaupun dalam resit pembelian mereka mencatatkan nilai GST yang dikenakan, sebenarnya mereka hanya membayar harga kain sahaja," katanya pada media di KKR1M di Hulu Langat, semalam.

Mohd Noor yakin pelaksanaan GST akan memacu peningkatan perniagaannya pada tahun ini.

"Kita membeli kain secara tunai daripada pengilang kain luar negara dan pengilang tempatan.

"Menerusi perbincangan dengan pembekal KKR1M, mereka bersetuju untuk mengurangkan harga kos tidak melebihi lima peratus kerana mereka memahami faktor yang mempengaruhi jualan dan pasaran," katanya.

Mohd Noor Amin berkata, selepas dua hari GST dilaksanakan di negara ini, jualan KKR1M masih berjalan seperti biasa dan menerima kunjungan pelanggan.

"Setiap pelanggan kami akan diterangkan mengenai bayaran GST yang terdapat dalam resit pembelian mereka," katanya.

Beliau berkata, KKR1M mahu syarikat lain memberikan kerjasama pelaksanaan GST kerana ia memberikan kebaikan kepada negara.

Ditanya mengenai sasarannya pada 2015, Mohd Noor berkata, KKR1M akan dibuka di Sarawak pada Mei depan dan KKR1M kini mempunyai 30 cawangan.

"Syarikat masih dalam perbincangan bersama Kementerian Kewangan dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan mengenai perkara tersebut.

"KKR1M mendapat sambutan yang menggalakkan daripada masyarakat kerana barangannya berkualiti dan dijual dengan harga rendah dan berpatutan," katanya.


Pas Segamat calon Husam sebagai Presiden

Posted: 04 Apr 2015 05:16 PM PDT


Husam Musa Datuk Husam Musa
 
 
 
SEGAMAT – Pas Kawasan Segamat sebulat suara mencalonkan Naib Presiden Pas, Datuk Husam Musa sebagai calon Presiden semasa Mesyuarat Agung Kawasan Pas Segamat Kali Ke-32 di Hotel Golden Lake, di sini, hari ini.

Yang Dipertuanya, Firdaus Masod berkata, selain Husam, sebanyak tiga nama telah dicalonkan termasuk Presiden, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa.

"Datuk Husam mendapat undian tertinggi iaitu sebanyak 44 undi diikuti oleh Datuk Seri Abdul Hadi (36 undi) dan Datuk Dr Mujahid Yusof (satu undi). Seramai 83 ahli Pas Kawasan Segamat telah mengundi dan terdapat dua undi rosak.

"Kita melihat pencalonan ini dibuat dari peringkat akar umbi dan berharap Datuk Husam menerima dengan terbuka pencalonan ini kerana kami memang menyokong penuh beliau bertanding jawatan Presiden," katanya.

Menurutnya, pencalonan ini juga dilihat sebagai isyarat kepada pemimpin di peringkat pusat bahawa ahli-ahli di peringkat akar umbi mahu melihat pembaharuan pada Pas dan percaya Husam boleh melakukannya.

Firdaus yang juga Timbalan Pesuruhjaya Pas Tiga Johor berkata, Husam juga merupakan aset berguna kepada Pas kerana kebolehannya berkomunikasi dan merapatkan hubungan di antara parti-parti komponen pakatan yang lain.

"Saya yakin lebih daripada 40 kawasan Pas di seluruh negara akan menyokong Datuk Husam sebagai Presiden dan percaya setiap perwakilan juga sudah cukup matang untuk memilih siapa yang selayaknya menduduki kerusi Presiden," katanya.

Sementara itu, Husam ketika sidang medianya berkata, sebagai pemimpin, dia berasa berbelah bahagi sekiranya tidak bertanding jawatan tersebut kerana dirinya merupakan hak bersama ahli-ahli Pas yang lain.

"Sekarang merupakan masa ahli-ahli membuat pencalonan dan tidak semestinya kita buat keputusan sekarang. Jadi, jika saya kata saya tidak mahu bertanding sekarang, perasaan ahli-ahli yang menyokong saya mungkin akan terguris.

"Saya sendiri berada di dalam dilemadan melihat pencalonan ini dibuat kerana mereka ada hak untuk berbuat demikian kerana ada di antara mereka (ahli –ahli Pas) mahu menyampaikan perasaan mereka agar dapat diberi perhatian," katanya.

Pada mesyuarat tersebut juga, Pas Kawasan Segamat turut mengekalkan Mohamad Sabu sebagai Timbalan Presiden.


Himpunan 1 Mei, Kita Lawan sasar 1 juta

Posted: 04 Apr 2015 05:05 PM PDT

MALAYSIAKINI


 


Sekretariat Kita Lawan akan mengadakan himpunan pada 1 Mei depan bagi menuntut kerajaan memansuhkan cukai barangan dan perkhidmatan (GST).

Menurut Akmal Nasir dari sekretariat tersebut, perhimpunan di Kuala Lumpur itu mensasarkan seramai satu juta orang untuk menghadirinya.

Beliau yang juga pengarah strategi Angkatan Muda Keadilan (AMK) mendakwa ini kerana GST yang bermula minggu lalu merupakan satu cukai yang zalim.

Turut hadir di sidang media itu ialah beberapa orang aktivis dan pemimpin Pakatan antaranya, penyelaras Jingga 13 Fariz Musa dan aktivis Mandeep Singh.

Sekretariat itu juga akan mengadakan siri himpunan jelajah ke seluruh negara sebagai pengenalan serta memupuk semangat melawan GST ke seluruh negara.

Lokasi pertama yang dipilih  ialah Johor Bahru bertempat di City Square. Himpunan pengenalan itu akan diadakan jam 4 petang Sabtu depan.

Sebelum ini seketeriat yang sama telah mengadakan himpunan pada 28 Mac lalu bagi menuntut pembebasan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Sekalipun berdepan pelbagai tindakan termasuk penangkapan beberapa pemimpin dan aktivis, seketariat itu menganggap protes dari pusat membeli-belah Sogo ke KLCC tersebut berjaya dan menyifatkan mereka yang ditahan itu sebagai "simbol keberanian" melawan kezaliman.


Awas! Tindakan tegas jika sabotaj GST

Posted: 04 Apr 2015 05:03 PM PDT

SINAR HARIAN

Hasan Malek Hasan Malek
 
 
 
KOTA BHARU - Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Hasan Malek hari ini memberi amaran kepada peniaga-peniaga bahawa mereka akan dikenakan tindakan tegas jika cuba mensabotaj pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) di negara ini.
  
Beliau berkata kementerian itu dan Polis DiRaja Malaysia sentiasa memantau peniaga selepas GST dilaksanakan pada Rabu lepas.

"Jika terbukti usaha mereka menyalahi undang-undang, pihak polis akan ambil tindakan. Saya cukup yakin kematangan fikiran rakyat dan sebahagian besarnya boleh terima sistem GST," katanya.  

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri majlis Sembang Pengguna dan majlis penyampaian hadiah Jom Selfie Kempen Beli Barangan  Malaysia di sini, hari ini.   

Pada majlis berkenaan, Suria Abdullah, 28, dari Kampung Banggu di sini, menerima wang tunai RM2,000 serta sijil penghargaan setelah berjaya menjadi johan  pertandingan Jom Selfie! Kempen Beli Barangan Malaysia.   

Hasan berkata, mereka yang mengetahui mengenai gerakan mensabotaj pelaksanaan GST perlu untuk membuat aduan terus kepada Kementerian Perdagangan  Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) supaya tindakan segera dapat diambil.   

"Saya minta rakyat yang dengar, lihat atau tahu sesuatu cubaan untuk sabotaj supaya terus maklum  kepada pihak kita (KPDNKK)," katanya.   

Semalam, sebuah portal berita tempatan melaporkan terdapat gerakan pihak tertentu yang bermotifkan politik untuk mensabotaj pelaksanaan GST.

Presiden Pertubuhan Jaringan Cina Malaysia, Ng Lum Yong dilaporkan berkata, pihaknya mendapati banyak kedai runcit, pasar mini dan restoran meletakkan tanda No GST bertujuan menipu pelanggan kononnya mereka tidak mengenakan sistem cukai baharu itu ke atas barang yang dijual. - Bernama


AS365N2 Dauphin sering diguna urusan korporat

Posted: 04 Apr 2015 04:59 PM PDT

MALAYSIAKINI


 


Helikopter AS365N2 Dauphin yang terhempas di Jalan Sungai Lalang, Kampung Pasir Baru, Semenyih kira-kira 40km dari ibunegara petang ini, sering digunakan sebagai pengangkutan korporat.

Di samping itu, pesawat malang berkenaan juga kerap digunakan dalam urusan penguatkuasaan undang-undang, perkhidmatan perubatan kecemasan (EMS), liputan berita dan usaha mencari dan menyelamat.

Berdasarkan maklumat yang terkandung dalam laman sesawang Eurocopter www.airbushelicopters.com, AS365N2 Dauphin adalah helikopter jenis berat sederhana dua enjin pelbagai guna.

Pesawat ini pada mulanya dibangunkan dan dikeluarkan firma Perancis, AƩrospatiale sebelum bergabung dengan syarikat Eurocopter multinasional itu pada 1990-an.

Helikopter ini dikeluarkan secara berterusan sejak 1975 hingga kini.

Menurut saksi kejadian, helikopter komersial dengan nombor pendaftaran 9M-1GB itu terbakar di udara sebelum terhempas pada kira-kira jam 4.55 petang.

Pengerusi PR1MA Corporation Malaysia Tan Sri Jamaluddin Jarjis dan Ketua Setiausaha Sulit kepada Perdana Menteri Datuk Azlin Alias adalah antara enam orang yang berada di dalam helikopter itu.

Kesemua mangsa dikatakan dalam perjalanan pulang daripada menghadiri majlis resepsi anak Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di Pekan, Pahang, awal hari ini.

Helikopter itu dalam penerbangan dari Kuantan ke Subang.

Sementara itu, menurut jurucakap Pusat Meteorologi Penerbangan Nasional, sewaktu kejadian, kelajuan angin sekitar tujuh knot dan terdapat awan kumulonimbus yang menyebabkan hujan. - Bernama


 

Saksi lihat helikopter meletup di udara

Posted: 04 Apr 2015 04:57 PM PDT

MALAYSIAKINI



 


Saksi melihat sebuah helikopter, yang dinaiki enam orang, meletup di udara sebelum terhempas dan meletup sekali lagi di kawasan kebun getah di Jalan Sungai Lalang, Kampung Pasir Baru, Semenyih petang tadi.

Roslan Harun, 54, seorang pengawal keselamatan yang bertugas menjaga stor berhampiran tempat kejadian, berkata kejadian itu berlaku ketika hujan lebat.

"Meletup terus, berkecai di udara, tak jauh dari tanah, kipas dan ekor helikopter terpelanting ke merata tempat," katanya kepada Bernama ketika ditemui di tempat kejadian.

Roslan yang ketika itu  berehat di rumahnya kira-kira satu kilometer (km) dari tempat nahas helikopter itu, berkata beliau cuba memasuki kawasan berkenaan tetapi membatalkan niatnya dan terus menghubungi Jabatan Bomba dan Penyelamat.

Menurutnya kawasan nahas itu terletak kira-kira 5 km di dalam kawasan Kampung Sungai Pening, kira-kira 13 km dari pekan ini.

"Nak masuk ke tempat helikopter betul-betul terhempas, kita kena masuk 2km ke dalam kawasan kebun getah," katanya.

Sehingga kini, belum ada mangsa nahas itu yang dikeluarkan pihak berkuasa dari tempat kejadian.

Jurucakap Balai Bomba dan Penyelamat Kajang memberitahu, helikopter itu terhempas dan terbakar pada 4.55 petang tadi.

Menurut jabatan itu lagi kesemua enam penumpang helikopter itu sudah ditemui.- Bernama

MP Rompin terkorban dalam nahas helikopter

Posted: 04 Apr 2015 04:56 PM PDT

MALAYSIAKINI



 


Bekas menteri yang juga ahli Parlimen Rompin, Tan Sri Jamaluddin Jarjis terkorban dalam nahas helikopter berhampiran Semenyih petang ini. Beliau berusia 63 tahun.

Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai memberitahu Bernama bahawa Jamaluddin adalah antara enam penumpang helikopter malang itu

Turut terkorban ialah Datuk Azlin Alias, ketua setiausaha sulit kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak.

Manaka empat lagi ialah Datuk Tan Huat Seang, juruterbang kapten Clifford William Fournier, pembantu operasi Aidana Baizieva, dan pengawal peribadi Jamaluddin, Razakan B Seran.

Helikopter itu dipercayai dalam perjalanan pulang dari majlis perkahwinan anak perempuan Najib di Pekan, Pahang.

Sementara itu, Bernama melaporkan Jabatan Bomba Selangor berkata kesemua enam mayat telah dibawa keluar dari lokasi nahas untuk dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL).

Helikopter milik IGB Corporation dan dikendalikan oleh Cempaka Aviation itu, terhempas dan terbakar pada kira-kira jam 4.55 petang.


Sementara itu, Bernama memetik seorang jurucakap JPAM sebagai berkata nahas itu berlaku ketika hujan dan angin kencang.

Sementara itu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak tiba di lokasi kejadian pada jam 9.50 malam.

Beliau kemudian tiba di Unit Forensik HKL kira-kira pukul 12 malam.

Jamaluddin yang merupakan pengerusi Perbadanan PR1MA Malaysia (PR1MA), pernah berkhidmat sebagai menteri dan juga Duta Besar Malaysia ke Amerika Syarikat.

Dalam pilihan raya umum 2013, Jamaluddin memenangi kerusi Parlimen Rompin dengan majoriti 15,114 undi, menewaskan calon PAS Nuridah Mohd Salleh.

Jamaludin memperolehi 30.040 undi, manakala Nuridah meraih 14.926 undi. Penggundi di situ terdiri daripada 87 peratus Melayu, 2 peratus Cina dan 8 peratus lain-lain, yang kebanyakannya Orang Asli.

Sementara itu, Liow berkata satu pasukan khas ditubuhkan bagi menyiasat punca helikopter AS3655N2 Dauphin (9M-1GB) terhempas di Semenyih dekat sini, petang tadi.
  
Beliau berkata pasukan itu akan menyiasat dengan menyeluruh termasuk mengambil semua bukti di lokasi nahas itu.

"Pasukan khas ini akan membuat tinjauan di lokasi kejadian termasuk mengambil rakaman kokpit dalam helikopter untuk siasatan lanjut," katanya ketika
ditemu bual oleh stesen televisyen swasta, Astro Awani, secara langsung malam ini.

Liow berkata kesemua enam mayat mangsa nahas itu akan dibawa ke Hospital Kuala Lumpur untuk dibedah siasat dan pengecaman identiti, yang prosesnya dijangka selesai malam ini.

Menurutnya lagi, Jabatan Penerbangan Awam (DCA) telah memulakan siasatan terhadap nahas itu.

Sementara itu, Ketua Polis Selangor Datuk Abdul Samah Mat berkata, kesemua mayat mangsa nahas helikopter, dikeluarkan dari lokasi kejadian pada kira-kira jam 11.30 malam sebelum terus dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk proses bedah siasat dan mengenal pasti identiti.

Menurutnya, proses pencarian barangan peribadi dan mengeluarkan bangkai pesawat, akan diteruskan esok.

"Kawasan lokasi akan terus dikawal rapi oleh pasukan keselamatan sehingga semuanya selesai," katanya kepada pemberita di lokasi nahas .

Sementara itu, Ketua Polis Selangor Datuk Abdul Samah Mat berkata, kesemua mayat mangsa nahas helikopter, dikeluarkan dari lokasi kejadian pada kira-kira jam 11.30 malam sebelum terus dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk proses bedah siasat dan mengenal pasti identiti.

Dalam pada itu, Abdul Samah berkata satu pasukan khas merangkumi Polis Diraja Malaysia, Jabatan Penerbangan Awam dan Kementerian Pengangkutan akan ditubuhkan bagi mengenal pasti punca sebenar nahas.

Menurutnya pasukan itu akan menjalankan siasatan terperinci dan rapi dari segenap aspek.
 
 

Tiada ulasan: