Jumaat, 3 April 2015

DIALOG RAKYAT

DIALOG RAKYAT


Kenaikan Harga Makanan Naik di Kantin Sekolah. Punca Cukai GST 6%! Ahmad Maslan Mohon Semak!

Posted: 03 Apr 2015 01:40 AM PDT




SEMAK KOLEKSI GAMBAR 1 DARIPADA 5 GAMBAR
harga makanan naik



Kenaikan Harga Makanan Naik di Kantin Sekolah. Punca Cukai GST 6%! Ahmad Maslan Mohon Semak! Ahmad Maslan telah menjadi figura yang tampil ke majlis penerangan ke serata pelusuk negara sambil meyakinkan pegawai dan kakitangan kerajaan mahupun rakyat marhaen bahawa apa sahaja usaha kerajaan untuk pelaksaan GST adalah untuk kebaikan negara dan rakyat Malaysia.

Dan dalam masa yang sama Ahmad Maslan mahu rakyat Malaysia yakin dan percaya bahawa GST sangat baik utnuk rakyat marhaen, kerana apa? Ini kerana kata Ahmad Maslan :
  • Pelaksanaan GST hanya dikenakan kepada orang kaya sahaja
  • Dan juga GST akan menyebabkan harga barang akan turun
Bukti? Anda boleh semak laporan Berita Utusan Malaysia, The Malaysian Insider dan juga berita Bernama yang Berita Semasa di atas ini. Ia adalah antara bait-bait perkataan yang keluar daripada mulut Ahmad Maslan ini. Dahulu….

Pengumuman Kenaikan Harga Makanan  Kantin di Sekolah Naik?

Realiti sekarang ini, pesta kenaikan harga barang terus berlaku dan tidak kelihatan akan berhenti pada ketika ini. Semakan Berita Semasa menunjukkan ada kaitan yang melakukan bisnes dan perniagaan kantin di sekolah sudah pun mula memaklumkan melalui kenyataan salah sebuah sekolah di Kedah melalui Guru Besar Guru Besar Sekolah Kebangsaan Sungai Kob, Karangan, Kedah dengan surat rasmi bertarikh 31 Mac 2015 yang mana kenaikan harga makanan naik di kantin sekolah akan bermula 1 April 2015.

Dengan kenaikan harga makanan naik di kantin sekolah pastinya akan membebankan anak-anak kita di sekolah sekaligus kepada si "pemberi belanja setiap hari". Kenaikan harga makanan naik di kantin sekolah bukan sahaja, ibu bapa, kanak-kanak juga tidak terlepas daripada menjalankan tanggungjawab mereka membayar cukai kepada kerajaan Malaysia

P/S : Berita Semasa sudah mula kedengaran anak-anak ada yang sudah mula minta lebih perbelanjaan harian atas alasan GST. Bagaimana pula dengan anda?


PKR cuba rampas sambutan 1 Mei

Posted: 03 Apr 2015 01:33 AM PDT

 
Ahli PSM mempertikaikan arahan PKR kepada penyokong mereka supaya memakai pakaian hitam sedangkan MayDay lebih sesuai pakaian merah


pkr_gst_600


PETALING JAYA: Tindakan Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang merancang menganjurkan perhimpunan membantah GST dan menuntut pembebasan Dato' Seri Anwar Ibrahim pada 1 Mei ini telah membangkitkan kemarahan anggota Parti Sosialis Malaysia (PSM).

Mereka mendakwa PKR mahu 'merampas' semangat sambutan Hari Pekerja apabila merancang untuk berhimpun di Dataran Merdeka, lokasi yang sama untuk perhimpunan yang digelar #MayDay2015.

Ahli PSM juga mempertikaikan arahan PKR kepada penyokong mereka supaya memakai pakaian hitam pada hari berkenaan kerana ia dianggap boleh menggelirukan peserta-peserta perhimpunan #MayDay2015 yang sepatutnya memakai pakaian merah.

"MayDay is alwas red-lah bahalol. Keji sungguh perangai korang hijack MayDay suka-suka declare tema hitam," tulis seorang ahli PSM, Harris Nasril di laman Facebook.

Satu lagi status yang dikemas kini pada 2 April, Harris menulis tiada ahli politik yang akan dibenarkan untuk berucap pada hari berkenaan kerana ia adalah hari untuk rakyat berhimpun.

"No way politician nak ceramah masa tu. MayDay hari pekerja. Hari rakyat. Hari korang nak demo bebas Anwar buatlah hari Sabtu the next day.

"Tahun lepas korang politician dah hijack MayDay tahun ni nak hijack lagi?, " tulisnya.

Seorang lagi Ahli PSM, Ahmed Natasya pula memuatkan status seolah-olah cuba mencabar Pakatan Rakyat 'merampas' Mayday.

"Berani Pakatan Rakyat hijack mayday? Try la." tulisnya di Facebook.

Perhimpunan #MayDay2015 akan digerakkan gabungan anak muda daripada pelbagai latar belakang yang tidak berasaskan parti politik bertujuan menyeru semua rakyat Malaysia yang sudah jemu dengan hala tuju politik dan risau masa depan negara yang semakin gelap akibat krisis ekonomi, sosial, masalah perkauman dan isu-isu rakyat yang kian mencengkam.

#MayDay2015 juga bagi menunjukkan kejelikan anak-anak muda terhadap parti politik yang telah gagal membawa agenda rakyat sebaliknya sibuk dengan retorik dan kepentingan parti politik masing-masing.

Sementara itu, Setiausaha Agung PSM, S. Arutchelvan menafikan cubaan PKR 'merampas' #MayDay2015 dan menegaskan berhimpun adalah hak untuk semua rakyat Malaysia.

"Momentum utamanya adalah mengadakan perhimpunan besar-besaran bagi membantah GST," katanya ketika dihubungi FMT.

Beliau berkata, warna tema dan lokasi perhimpunan itu sama ada di Dataran Merdeka atau di KLCC hanya akan diumumkan pada 6 April selepas Jawatankuasa Sambutan selesai bermesyuarat.

Surat terbuka untuk Nawawi

Posted: 03 Apr 2015 01:30 AM PDT

Surat terbuka untuk Nawawi

 
Pemimpin perlu bertatatertib ketika mengeluarkan pendapat apatah lagi jawatan yang disandang adalah amanah daripda rakyat.


FMT LETTER
nawawi-ahmad



'Sebab pulut santan binasa, sebab mulut badan binasa'

Secara jujurnya, saya amat terkilan dengan kenyataan ahli Parlimen Langkawi, Dato' Ir. Nawawi Ahmad yang mencadangkan rakyat Malaysia yang tidak puas hati dan enggan membayar GST supaya berpindah dan tinggal di bulan.

Adakah ini tatatertib seorang pemimpin tatkala berbicara? Tidakkah ibu bapa serta bekas guru YB mengajar cara berbicara dengan penuh adab dan sopan? Atau mungkin YB sendiri yang lupa akan didikan mereka sejak bergelar ahli Parlimen?

Wah, hebat sungguh nampaknya YB mendabik dada tika berbicara dengan rakyat jelata. Cara YB tak ubah seperti Tuan Besar berbicara dengan khadam-khadamnya. Tapi minta maaf ya YB, kami ini bukan khadam YB. Sesungguhnya, kamilah Tuan Besar di mana wang hasil penat lelah kamilah yang mengisi perut YB anak beranak.

"GST membantu negara dan akhirnya membantu rakyat. Jika negara bankrap maka rakyat pun mampus" – demikian ujar YB.

Mulia sekali ya hati YB serta sekutu-sekutu YB yang lain mahu membantu rakyat. Tetapi saya musykil, mengapa hanya kini mahu membantu rakyat dengan implimentasi GST sedangkan selama ini kami terpinggir?

Cuba YB beritahu, sudah berapa pilihanraya yang dimenangi oleh BN sejak kita beroleh kemerdekaan? Berapa banyak janji pula yang sudah YB dan rakan-rakan YB taburkan pada rakyat?

BN hanya pandai menanam tebu di tepi bibir namun janji tidak terkota. Lihat sajalah janji-janji pemimpin YB sebelum pilihanraya, lihatlah harga barangan yang kononnya akan dikawal, lihatlah apa sudah jadi dengan janji berkenaan Akta Hasutan.

Selancang-lancang mulut YB membebel meminta kami pergi mampus, bagaimana halnya dengan janji BN yang tidak pernah dikotakan? Bukankah YB dan rakan-rakan yang sepatutnya pergi mampus?

Cuba lihat negara kita, YB. Masih terdapat kawasan penempatan yang tiada bekalan air bersih dan elektik, tiada jalan raya bertar. Kawasan luar bandar masih mundur terutamanya di Malaysia Timur. Penduduk kita pula hampir 40 peratus berada di paras kemiskinan.

Setiap tahun YB serta sekutu duduk mengira peruntukan untuk rakyat jelata. Berbillion dan berjuta kononnya untuk pembangunan negara serta rakyat tetapi kami masih menantikan pembangunan yang sebenar-benarnya, YB.

Acapkali kami bergelumang dengan kenaikan kos sara hidup, kemerosotan prasarana awam, kelembapan kenderaan awam, kedaifan sistem pendidikan. Bila agaknya BN mahu membuktikan keikhlasan ketika mencanangkan slogan Rakyat Didahulukan, YB?

Jika kerbau diikat pada hidungnya, manusia diikat pada janjinya. Nampak gayanya BN lebih teruk daripada kerbau.

Lihat sajalah betapa mewah upacara perkahwinan anak pemimpin YB. Lihat juga deretan jet peribadi pemimpin YB hasil titik peluh kami. Sekutu-sekutu YB tinggal di mahligai mewah, naik kereta import, berbelanja besar, bercuti di luar negara, anak-anak mendapat pendidikan kelas pertama di negara Barat, sedangkan kami yang membiayai semua perbelanjaan tersebut bergelumang dengan kepayahan hidup.

Yang sebenarnya YB, slogan BN seharusnya ditukar kepada 'Pemimpin Didahulukan'.

Ingatlah YB, tanpa sokongan rakyat, tiadalah wakil rakyat, tiada ahli parlimen, tiadalah menteri, tiadalah perdana menteri. Tanpa sokongan rakyat tiadalah BN.

YB dan rakan sewajarnya membela rakyat dengan menitik beratkan kebajikan kami serta berusaha memperoleh kepercayaan kami, bukannya dengan bersikap kurang ajar. Rakyat tidak seharusnya menjadi tempat pemimpin seperti YB menunjuk-nunjuk kuasa.

Pemimpin yang bermegah-megah dengan kuasa yang ada serta menggunakannya bagi memijak dan mengherdik rakyat merupakan pemimpin yang kejam dan zalim.

YB, agama kita sendiri ada berseru bahawasanya untuk menjadi pemimpin, perlu ada kelayakan kerana jawatan pemimpin itu sendiri adalah satu amanah dan tanggungjawab.

Sesungguhnya pangkat dan status tidak mencerminkan keperibadian seorang manusia. Atau adakah YB sudah lupa akan agama?

Sudahlah YB, usahlah bermulut cabul jika sekadar temberang kosong sahaja. Lebih baik YB tumpukan usaha untuk memperbaiki taraf hidup rakyat di kawasan parlimen YB. Sekiranya YB gagal, mungkin ada baiknya jika YB sahaja yang berpindah duduk di bulan!.

MP: GST M'sia bercanggah dengan tujuannya

Posted: 03 Apr 2015 01:23 AM PDT

MALAYSIAKINI


 


Kenyataan perdana menteri bahawa cukai barangan dan perkhidmatan (GST) di Malaysia paling banyak pengecualian di dunia ini didakwa bercanggah dengan prinsip kesederhanaan pelaksanaan cukai itu.

"Jaminan itu bercanggah sepenuhnya dan ironinya membuktikan Malaysia masih tidak sedia melaksanakan GST," kata anggota parlimen Petaling Jaya Utara Tony Pua.

Pua berkata senarai panjang barangan berkadar sifar dan dikecualikan menjadikan cukai itu tidak berkesan.

Katanya, ia bercanggah dengan tujuannya untuk untuk menjadi cukai yang berkesan kerana kesederhanaannya.

"(Datuk Seri) Najib Razak, yang juga memegang jawatan menteri kewangan, gagal mengenal pasti fakta bahawa GST lebih berkesan kerana kesederhanaan dan sifar universal cukai itu.

"Ini bermakna cukai GST berkesan kerana ia mengenakan bayaran satu kadar cukai kepada semua barang.

"Hasilnya sebuah sistem cukai yang mudah difahami, mudah dilaksanakan dan murah untuk ditadbir," katanya.


PAS laksanakan hudud Allah, bukan hudud politik

Posted: 03 Apr 2015 01:20 AM PDT





Oleh RAYUSA 


HINGAR-BINGAR hukum hudud berterusan tanpa (akan) ada kesudahan.Sejak dari menjadi impian PAS untuk melaksanakannya dan ditentang oleh Umno hinggalah parti tua rasuah itu kini menyokong pelaksanaan kanun tersebut di Kelantan.

Namun begitu, ketika Umno bersetuju, rakan komponen PAS dalam Pakatan Rakyat (Pakatan) pula menentang.

Pada 19 Mac lalu, Dun Kelantan meluluskan rang undang-undang Kanun Jenayah Syariah II 1993 (Pindaan 2015) atau hukum hudud, selepas dipersetujui sebulat suara oleh kesemua 44 Adun, iaitu 31 daripada PAS, 12 Umno dan seorang KeADILan yang hadir ketika enakmen tersebut diluluskan.

Ternyata tiada Adun DAP dalam Dun Kelantan. Walau bagaimanapun, DAP yang beria-ia menentang pelaksanaan hudud.

Justeru, PAS Kelantan hairan dengan perlakuan DAP berterusan menghalang usaha mereka melaksanakan hudud di negeri tersebut, padahal perkara itu tidak melibatkan golongan bukan Islam.

Malah, kata Timbalan Menteri Besar Kelantan, Dato' Mohd Amar Nik Abdullah, usaha itu dijalankan berdasarkan kerangka undangundang dan demokrasi, melalui Parlimen.

Tambah Mohd Amar, beliau telah membangkitkan perkara itu kepada Lim Kit Siang dalam pertemuannya dengan pemimpin popular DAP itu di pejabat PAS di ibu negara sebelum ini.

Kata Amar, Lim Kit Siang hanya membisu. Oleh kerana itu, beliau tidak faham mengapa DAP masih berkeras, melainkan ada agenda tersembunyi, Dalam satu wawancara baru-baru ini, Mohd Amar mengulas pelbagai perkara melibatkan usaha mereka, termasuk kemungkinan usaha itu terkandas di peringkat Parlimen, serta tanggapan awam berkaitan hudud.

Barangkali malangnya penentangan itu bukan berdasarkan tidak memahami, tetapi akibat tiada persetujuan bersama dalam Pakatan Rakyat.

KeADILan juga tidak bersetuju. Parti tersebut mengumumkan bahawa ia tidak akan menyokong rang undangundang persendirian mengenai hudud yang akan dibawa oleh PAS jika dibentangkan di Parlimen.

Parti itu memberi alasan PAS telah mengambil keputusan secara unilateral (sebelah pihak) tanpa pemberitahuan kepada rakan-rakan parti komponen Pakatan dan itu bercanggah dengan keputusan Mesyuarat Majlis Pimpinan gabungan tersebut, 8 Februari lalu.

Keputusan itu dibuat sebagai tindak balas terhadap penghantaran notis oleh Ahli Parlimen Marang yang juga Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang kepada Setiausaha Dewan Rakyat pada 18 Mac lalu yang akan membentangkan pindaan Enakmen Kanun Jenayah Syariah II di Parlimen.

Rang undang-undang persendirian 

itu bertujuan meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 yang akan memberi kesan kepada pindaan Kanun Jenayah Syariah II 1993, iaitu berkaitan pelaksanaan hukuman hudud di Kelantan.

Undang-undang persendirian Kenyataan media bersama parti tersebut berbunyi, "Kami tidak dimaklumkan tentang isi kandungan rang undangundang persendirian tersebut.

Ia dicadangkan secara unilateral tanpa pemberitahuan kepada rakan-rakan parti komponen Pakatan Rakyat dan bercanggah dengan keputusan Mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat pada 8 Februari 2015.

"Sekiranya rang undangundang Persendirian tersebut berkaitan dengan Enakmen Kanun Jenayah Syariah II Kelantan, KeADILan tetap dengan pendirian asal, iaitu untuk tidak menyokong berdasarkan prinsip Fiqh Al- Awlawiyyat, Maslahat Ummah dan Maqasid Syariah.

Kenyataan media itu ditandatangani oleh semua pemimpin KeADILan, iaitu presidennya, Dato' Seri Wan Azizah Wan Ismail; timbalannya Mohamed Azmin Ali; naib presiden, Nurul Izzah Anwar dan Shamsul Iskandar Md Akin, Rafizi Ramli; ketua wanita, Zuraida Kamaruddin, dan ketua Angkatan muda KeADILan (AMK), Nik Nazmi Nik Ahmad.

Setelah mengiystiharkan pendiriannya, KeADILan menggesa supaya BN memberi penjelasan sama ada menyokong rang undang-undang persendirian tersebut atau tidak.

Ia kerana rang undang-undang persendirian hanya boleh dibahaskan jika diluluskan oleh kerajaan.
"Mengikut Peraturan Tetap Dewan Rakyat, sebarang rang undang-undang hanya akan dibahaskan dengan restu pihak kerajaan.

"Hakikatnya, tidak ada seorang pimpinan tertinggi Umno atau BN pun yang telah membuat kenyataan terbuka dan jelas mengenai pendirian mereka berkenaan rang udang-undang persendirian tersebut jika di bawa ke Parlimen, termasuklah Dato' Seri Mohd Najib Abdul Razak dan timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin.

"Justeru, KeADILan menggesa kerajaan Umno-BN untuk menjelaskan sama ada ia merestui rang undang-undang persendirian tersebut dibahas dan diundi di Parlimen," tambah kenyataan itu.

DAP sebelum ini telah memutuskan tidak akan menyokong rang undang-undang itu di Parlimen.

KeADILan mempunyai 29 kerusi di Dewan Rakyat, tetapi hanya 28 ahli Parlimen sahaja yang boleh mengundi kerana Ketua Pembangkang, Dato' Seri Anwar Ibrahim sedang menjalani hukuman penjara. DAP dan PAS masing-masing mempunyai 37 dan 21 kerusi di Parlimen.

Terdapat juga seorang ahli Parlimen Bebas, iaitu Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang sebelum ini merupakan wakil rakyat KeADILan.

Selain halangan Perlembagaan Persekutuan, kekusutan berterusan kerana BN tidak sepenuhnya menerima pelaksanaan hudud. Jika dalam Pakatan tiada kesepakatan, parti komponen BN juga berbalah mengenainya. Umno sudah menerima, tetapi MCA dan MIC menolak.

Parahnya, apabila BN menganggap rang undangundang persendirian berkaitan hudud yang mahu dibentangkan PAS di Parlimen itu sebagai "hudud politik." Setiausaha agungnya, Dato' Seri Tengku Adnan Tengku Mansor menyifatkan sedemikian.

Ditanya pendirian BN berhubung hasrat PAS itu, beliau berkata, Najib akan mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung perkara itu. Bercakap kepada media selepas sebuah acara di Putrajaya, 22 Mac lalu, Tengku Adnan yang juga menteri Wilayah Persekutuan, menegaskan bahawa PAS harus mengikuti Perlembagaan Persekutuan.

Apabila ditanya sama ada usaha PAS bertentangan dengan perlembagaan, beliau hanya menjawab "hudud PAS hudud politiklah."

Inilah masalahnya sejak dahulu. Apabila hudud cuba dilaksanakan, tetap ada suarasuara sumbang mengatakan itu hudud PAS, bukan hudud Islam. Memang tiada hudud PAS atau hudud politik. Hukum itu datang dari Allah.

Kalau bising dan membantah, di mana hudud BN atau hudud Umno? Tiada pun. Lebih teruk lagi, cita-cita untuk melaksanakannya pun tidak pernah ada.

Pada 23 Mac lalu, Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Dato' Seri Mohamed Nazri Aziz menganggap orang yang membincangkan soal hudud di Malaysia adalah orang bodoh.

Kenyataan tersebut lebih memburukkan keadaan. Menteri BN yang lain dan perdana menteri pula masih belum menyentuh berhubung pendirian mereka dalam isu hudud walaupun Adun BN Kelantan menyokong usaha PAS itu.

Kabinet telah bermesyuarat mengenai hudud di Kelantan, tetapi laporan menunjukkan bahawa menteri daripada Umno dan MCA berbeza tanggapan mengenai hasil mesyuarat tersebut. Jemaah menteri daripada Umno juga bersetuju dengan sokongan wakil parti itu terhadap pindaan undangundang tersebut.

Hukum Allah

Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Dato' Seri Mohd Shafie Apdal menegaskan Umno memang amat bersetuju undang-undang tersebut diluluskan kerana ia merupakan hukum Allah yang menuntut kita memberikan sokongan.

Tidak timbul soal Umno menentang hukum Allah, tambahnya yang juga naib presiden Umno. Cuma, pelaksanaannya perlu ditingkatkan.

Umno, kata Shafie, turut bersetuju supaya perkara itu diulas dengan terperinci kepada umum oleh jurucakap yang dilantik parti.

Walau bagaimanapun, laporan Sin Chew Daily mengenai mesyuarat yang sama menunjukkan keretakan dalam gabungan parti pemerintah itu berhubung isu tersebut.

Ia memetik Presiden MCA, Dato' Seri Liow Tiong Lai memberi versi yang berbeza.

Menteri Pengangkutan itu mendakwa kebanyakan jemaah menteri menentang hudud kerana ia bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan.

Akhbar harian berbahasa Cina itu berkata dalam perbincangan, Liow mengulangi pendirian MCA menolak hudud dan menggesa kabinet supaya memelihara perlembagaan.

Beliau dipetik sebagai berkata kabinet menekankan bahawa rang undang-undang hudud yang dibentangkan oleh kerajaan Kelantan tidak mengikut semangat Perlembagaan Persekutuan dan bercanggah dengan perlembagaan itu.

Liow juga dilaporkan berkata kabinet amat memandang berat isu tersebut dan mahu mengendalikan dengan teliti "konspirasi" PAS. Sementara itu, Sin Chew Daily turut melaporkan bahawa 13 parti komponen BN sedang merangka satu kenyataan bersama untuk menyatakan dengan tegas pendirian mereka menentang pelaksanaan hudud di negara ini.

Laporan itu berkata kenyataan bersama yang jarang dibuat oleh parti komponen BN menunjukkan mereka memandang serius soal hudud dan kesannya terhadap masyarakat.

Parti-parti komponen itu juga percaya hudud bercanggah dengan perlembagaan dan menjejaskan keharmonian masyarakat berbilang kaum Malaysia.

Sementara itu, isu hudud ini sedikit sebanyak membuktikan ketegasan PAS hingga seolaholah sanggup kehilangan rakan dalam Pakatan. Memang menyedihkan andainya Pakatan berpecah kerana jalan ke Putrajaya beronak duri semula.

Pada 24 Mac lalu, pemimpinpemimpin tertinggi PAS mengkritik keputusan DAP untuk memutuskan hubungan dengan Hadi ekoran kontroversi pelaksanaan hudud di Kelantan.

Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu @ Mat Sabu mengingatkan agar penyelesaian segera perlu diambil atau krisis akan semakin meruncing.

Tambah pemimpin kanan PAS yang dilihat paling rapat dengan DAP itu, sebarang tindakan memutuskan hubungan dengan beliau memberi suatu impak yang buruk kepada PAS.

Beliau penuh yakin biar sekusut mana pun hubungan, kalau ada kesungguhan untuk terus berada dalam Pakatan, pasti jalan penyelesaiannya akan ditemui.

Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP membuat keputusan memutuskan hubungan dengan Hadi. Mereka bagaimanapun mahu kekal dalam Pakatan.

Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub pula menyifatkan keputusan DAP itu "bukan jalan penyelesaian terbaik," sebaliknya mewujudkan situasi "rumit dan sukar" pada mereka.

Kata Salahuddin, Hadi adalah presiden beliau dan presiden lebih sejuta ahli PAS.

Beliau masih yakin berdasarkan pengalaman suka duka bersama Pakatan, sebesar dan se
kusut mana pun masalah yang pernah dihadapi, medan atau platform terbaik untuk berbincang dan membuat keputusan secara kolektif adalah mesyuarat Majlis Tertinggi Pakatan.

Ketua Penerangan PAS, Dato' Mahfuz Omar pula mempersoal tindakan DAP itu memandangkan Hadi antara yang berhak mewakili PAS dalam mesyuarat bersama Pakatan.

Ini bercanggah dengan prinsip bersama, iaitu Majlis Presiden Pakatan Rakyat, diwakili oleh pimpinan tinggi parti. Mahfuz berpendapat ia tidak wajar dibuat kerana berlapang dada dan berjiwa besar adalah lebih baik.

Justeru, Ahli Parlimen Pokok Sena tersebut menyarankan Setiausaha Agung PAS, Dato' Mustafa Ali agar menetapkan tarikh bagi kepimpinan PAS menentukan sikap berhubung keputusan DAP itu.

Mengenai kenyataan panas Nazri, Mahfuz mengingatkan menteri Pelancongan dan Kebudayaan itu agar tidak bersikap angkuh. Beliau mahu Nazri menarik balik ungkapan "bodoh".

Tegas Mahfuz, PAS membantah dan menyatakan rasa kesal atas kenyataan Nazri itu. Kenyataan tersebut bersifat menghina pihak yang memperjuangkan perlaksanaan syariat Allah menerusi jalan demokrasi.

Kenyataan Nazri itu memang aneh dan melampau kerana subjek hudud turut diajar di universiti, pusat pengajian ilmu, dan masjid oleh para mufti, cendekiawan serta ilmuan Islam. Adakah menteri itu ingin mengatakan mereka semua bodoh? Pindaan Enakmen Kanun Jenayah Syariah tersebut telah mendapat kelulusan Sidang Dun Kelantan selepas melalui proses demokrasi yang telus dan terbuka.
Jadi, tegas Mahfuz, Nazri tidak perlu bersikap anti demokratik.

Adakah perbincangan untuk melaksanakan perkara mulia yang merupakan sebahagian daripada tuntutan Islam itu juga salah?

Tambah Mahfuz, Nazri sendiri baru-baru ini menerima Anugerah Doktor Kehormat dari Universiti Islam Pattani, Thailand. Subjek perundangan Islam pasti turut diajar di universiti tersebut. Justeru, adakah mereka di universiti tersebut dikatakan bodoh juga pada hemat Nazri? Jika mereka bodoh, maka beliau pun menjadi bodoh juga kerana menerima anugerah dari universiti yang bodoh.

Sehubungan itu, PAS mendesak Nazri menarik balik kenyataannya. Kata Mahfuz, kita jangan berlagak mendongak langit sedangkan alam semesta yang dihuni ini ciptaan Allah.

Beliau menyatakan kebimbangan jika selepas ini mahu bermimpi undang-undang Islam terlaksana pun tidak boleh kerana ia dikategorikan sebagai perkara bodoh (pada pandangan Nazri). Salahuddin Ayub

Hayati ibrah 13 pejuang dipenjara

Posted: 03 Apr 2015 01:15 AM PDT




Menyorot insiden rampasan kuasa Perak
 
Oleh MUHAMMAD FAEEZ AZAHAR 


PILIHAN Raya Umum ke 12 (PRU12) pada tahun 2008 telah menukilkan satu episod sejarah dalam landskap politik Malaysia apabila cengkaman penguasaan BN telah berjaya dirobek.

Perak adalah antara negeri yang BN gagal mendapatkan majoriti untuk menubuhkan kerajaan, pada ketika itu PAS, KeADILan dan DAP bergerak secara solo.

Harapan baru terjelma apabila PAS, KeADILan dan DAP akan berjaya membentuk kerajaan baharu jika bermuafakat bersama. Suasana pada ketika itu sangat mendebarkan serta ditunggu-tinggu oleh rakyat negeri Perak khasnya adakah akan terbentuk satuk kerajaan baharu untuk memerintah negeri itu.

PAS ternyata sangat tertekan pada saat itu dalam membuat keputusan sama ada akan bermuafakat bersama KeADILan dan DAP ataupun tidak. Dalam masa yang sama, Umno sentiasa memikat dan menghimpit PAS dengan momokan perpaduan ummah.

Namun PAS di bawah pimpinan Ustaz Ahmad Awang selaku Pesuruhjaya PAS Perak pada ketika itu telah membuat satu keputusan besar iaitu bermuafakat bersama dua lagi parti untuk membentuk kerajaan.

Bukan mudah untuk PAS membuat keputusan itu, namun dengan memikirkan maslahat yang lebih besar, PAS telah bersetuju untuk bersama KeADILAN dan DAP walaupun ketika mengharungi pilihan raya, masing-masing bergerak secara bersendirian tanpa terikat antara satu sama lain.

Maka, satu lembaran baharu bagi rakyat Malaysia serta landskap politik negara dengan tertubuhnya permuafakatan politik yang diberi nama Pakatan Rakyat.

Seterusnya Kedah, Pulau Pinang dan Selangor telah mengikut jejak Pakatan Rakyat di Perak untuk membentuk kerajaan campuran.

Apabila persetujuan bersama telah termeterai, maka pemilihan menteri besar telah dilakukan dan Sultan Perak pada ketika itu bertitah agar ketiga-tiga parti menghantar nama calon menteri besar.

Satu kejutan besar berlaku apabila Almarhum Sultan Azlan Shah memperkenan Ir Mohammad Nizar Jamaluddin (kini Dato' Seri) daripada PAS untuk menjadi menteri besar walaupun parti Islam itu memperoleh kerusi paling sedikit.

Selepas Mohammad Nizar ditabalkan sebagai menteri besar, Pakatan Rakyat telah mengorak langkah merangka polisi pentadbiran berteraskan mentadbir cekap, mesra dan beramah.

Mohammad Nizar telah berjaya memperkenalkan pelbagai idea-idea baru yang memberi manfaat kepada rakyat termasuklah pemberian air percuma, pengurniaan hak milik tanah kepada orang Melayu, India dan Cina, dan sebagainya.

Perubahan pengurusan pentadbiran negeri ternyata sangat dirasai oleh seluruh rakyat yang melihat kerajaan yang dipimpin oleh Pakatan Rakyat lebih berintegriti dan mengutamakan marhaen tanpa menindas manamana kelompok.

Ku sangka hujan hingga ke petang, rupanya hujan di tengah hari. Suasana aman harmoni negeri dengan pentadbiran baharu tiba-tiba dikejutkan dengan kehilangan tiga orang Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) iaitu Hee Yit Foong (DAP-Jelapang), Jamaluddin Mohd Radzi (KeADILan- Behrang) dan Mohd Osman Mohd Jailu (KeADILan- Changkat Jering).

Tiba-tiba mereka muncul dalam satu sidang media bersama Timbalan Perdana Menteri ketika itu, Dato' Sri Najib Razak (kini Perdana Menteri) dengan mengumumkan keluar daripada parti dan menjadi Adun bebas yang menyokong BN, maka bermulalah episod hitam demokrasi di negara ini.

Kerajaan yang telah diberi mandat secara demokrasi oleh rakyat telah dijatuhkan secara tidak demokratik serta tidak bertamadun.

Ia secara tidak langsung menzahirkan bahawa BN tidak menghormati serta mengkhianati mandat rakyat yang telah memberi sokongan kepada Pakatan Rakyat untuk mentadbir negara.

Pada saat itu, rakyat Perak telah bangkit dengan kesedaran sendiri menyatakan ketidakpuashatian mereka terhadap kebobrokan yang dilakukan BN.

Berlaku siri-siri bantahan daripada rakyat sebagai isyarat bahawa tindakan yang dilakukan itu tidak direstui.

Kemuncak bantahan Kemuncak bantahan rakyat Perak adalah ketika majlis angkat sumpah Dato' Seri Dr Zambry Abdul Kadir sebagai menteri besar menggantikan Mohammad Nizar di Istana Iskandariah, Bukit Chandan Kuala Kangsar menyaksikan ribuan rakyat perak berhimpun menyatakan bantahan.

Kehadiran yang sangat ramai membuktikan momentum amarah rakyat tidak terkawal hingga berlaku beberapa insiden yang tidak diingini. Tidak dapat dinafikan pada ketika itu suasana begitu kecoh dengan insiden yang tidak sepatutnya berlaku termasuklah baring di atas jalan.

Namun begitu, amarah yang dizahirkan itu perlu dihormati serta difahami kerana mereka berperilaku sedemikian setelah hak mereka dicabuli secara tidak bertamadun oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

Lantaran daripada suasana itu, polis telah menahan seramai 13 orang daripada ribuan yang hadir dan salah seorangnya adalah seorang wanita yang bekerja sebagai tukang sapu di Masjid Ubudiah berhampiran istana itu.

Ada daripada mereka adalah jurugambar yang hadir untuk merakam potret bersejarah.

Walaupun pada hakikatnya, ke semua mereka bukanlah yang telah mencetuskan provokasi sebaliknya hanya menjadi mangsa keadaan akibat keadaan yang tidak terkawal itu.

Jika diteliti video yang dirakam dengan penuh tekun, ada daripada tertuduh telah memainkan peranan untuk mengawal daripada berlakunya ketegangan.

Nah! ini membuktikan mereka yang ditangkap itu hanya mangsa kepada keadaan, bukanlah anggapan umum bahawa mereka adalah pencetus kekacauan.

Keadaan politik di Perak telah reda tetapi 13 orang tertuduh itu terus dihantui dengan sabitan yang dikenakan ke atas mereka, walaupun menganggap mereka tidak bersalah tetapi tetap komited memberi kerjasama dengan pihak polis.

Ke semua orang kena tahan (OKT) atau digelar orang kena zalim (OKZ) itu tidak sesekali cuba untuk melarikan diri sebaliknya sentiasa hadir di sepanjang tempoh perbicaraan di Mahkamah Sesyen.

Mereka terus istiqamah menjadi wakil kepada suara amarah rakyat terhadap kebobrokan, tanpa rasa putus asa mereka terus melalui proses mahkamah walaupun tidak lagi mendapat sokongan mahupun perhatian umum disebabkan suhu amarah semakin melebur.

Pada 13 September 2013, Hakim Mahkamah Sesyen Kuala Kangsar telah menjatuhkan hukuman penjara dua tahun serta denda RM5,000 kepada mereka dan hukuman tersebut berkuat kuasa serta-merta.

Keputusan tersebut sangat mengejutkan hingga menyebabkan masyarakat khususnya rakyat Perak mengingati kembali insiden hitam yang berlaku di negeri itu.

Sebelum itu rakyat seolah-olah lupa akan kedurjanaan yang berlaku hingga 13 orang itu disabitkan seterusnya dijatuhkan hukuman penjara.

Namun begitu selepas beberapa hari disumbat di dalam Penjara Tapah, mereka telah dibebaskan apabila Hakim Mahkamah Tinggi Taiping menerima permohonan peguambela untuk menangguhkan hukuman tersebut sementara menunggu proses rayuan.

Sinar kegembiraan berjaya dilakar pada tarikh 27 Jun 2014 apabila peguam PAS yang diketuai oleh Asmuni Awi dalam mitigasi telah meyakinkan Hakim untuk mengetepikan hukuman penjara yang disabitkan sebelum itu.

Seolah-olah masih tidak berpuas hati, kes tersebut telah dibawa ke Mahkamah Rayuan Putrajaya dalam usaha menyabitkan mereka dengan kesalahan mengikut Seksyen 145 Kanun Keseksaan dan mereka akhirnya telah dijatuhkan hukuman penjara 10 bulan pada 18 Mac lalu dan hukumannya dijalankan serta-merta.

Maka sekali lagi keputusan ini telah menggerakkan lagi rakyat yang seolah-olah lupa akan peristiwa bersejarah itu. Masing-masing telah menyatakan solidariti dan kekecewaan mereka terhadap hukuman yang dijatuhkan.

Tidak ada lagi ruang serta peluang untuk memperjuangkan keadilan ke atas mereka melainkan menunjukan kebersamaan dan solidariti. Jika diratapi, hukuman yang dijatuhkan ini tepat pada masanya iaitu ketika pemimpin sedang asyik berikhtilaf sesama sendiri.

Mereka seolah-olah dihadirkan oleh Allah untuk mengingatkan para pimpinan agar tidak bergocah antara satu sama lain sebaliknya bergerak dalam satu pasukan menuju matlamat yang sama.
Hukuman yang dijatuhkan ke atas 13 pejuang itu perlu diinsafi oleh para pimpinan untuk memuhasabah kembali pengorbanan yang dilakukan oleh para penyokong yang ikhlas berjuang mengetepikan kepentingan tertentu.

13 OKZ terkurung di tirai besi

Hukuman ini pasti disambut dengan hiba oleh seluruh masyarakat khusunya di negeri Perak dan khasnya para peserta yang menyertai demonstrasi itu.

Ia seharusnya menjadi pelopor kepada kebangkitan rakyat agar terus komited untuk berjuang menentang pemerintah yang telah melakukan kebobrokan terhadap demokrasi di dalam negara ini.

Para pendokong perjuangan Pakatan Rakyat khususnya PAS perlu menjadikan hukuman yang dijatuhkan itu sebagai tonik serta semangat untuk mereka terus beristiqamah berjuang dalam usaha mendapatkan kembali tampuk pemerintahan di negeri Perak.

13 orang hero rakyat Perak itu sedang beruzlah di dalam hotel besi dan yakinlah hasil daripada tarbiyah itu, apabila dibebaskan nanti, mereka akan menjadi pejuang yang hebat.

Ayuh, kita teruskan perjuangan dengan memfokuskan kepada musuh utama, antara kita perlu berlapang dada serta menghormati antara satu sama lain.

Jadikan hukuman ke atas 13 orang pejuang itu sebagai dorongan untuk kita terus istiqamah berjuang menentang kezaliman BN khususnya Umno.

Semoga wira kita tenang dan kuat di dalam penjara sebagai seorang pejuang, bukan petualang!
Bad Latif Mansor, 48; Suhana Abdullah, 50; Mohd Faiz Mohd Arshad, 27; Zulhaizam Zulkifli, 30; Isha Riduan Ishak, 60; Adi Hilmee Mohd Nasir, 45; Mohamad Nazeer Hameed, 49; Khairul Azmi Hassan Basri, 49; Mohd Hasri Ismail, 49; Mohamed Ismail S M Abdul Kadir, 48; Idris Mohd Thaib, 49; Meor Safizal Meor Mohamed Amin, 40; dan Yusoff Jaafar, 49 akan terus terpahat dalam sanubari rakyat Malaysia sebagai hero dan pejuang rakyat!


Jurang pendapatan luas, tiada keadilan ekonomi punca GST tidak efektif – Tony Pua

Posted: 03 Apr 2015 01:03 AM PDT

Tony Pua

Roketkini.com


PETALING JAYA: Sikap kerajaan yang tidak peduli kepada rakyat berpendapatan rendah dalam pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) menggagalkan cukai yang efektif..

Namun pentadbiran Datuk Seri Najib Razak berdegil untuk terus melaksanakan cukai tersebut dan enggan mendengar suara rakyat kata Setiausaha Publisiti Kebangsaan DAP Tony Pua.

"GST sebenarnya adalah cukai yang efisien dan sangat efektif dibanding SST (cukai jualan dan perkhidmatan). Kerana itu Malaysia mahu laksanakan sistem GST kerana sistem cukai secara terusnya.

"Namun, Najib gagal menyedari bahawa GST yang cekap adalah predikat kepada kesederhanaan dan kesejagatan,"ujar Tony.

Ujarnya, pendapatan rendah, ketidakadilan ekonomi ditambah kekeliruan rakyat menyebabkan GST gagal dilaksanakan.

Natijahnya kata Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara itu, menyebabkan kerajaan terpaksa memanjangkan senarai barangan sifar GST.

"Senarai barangan sifar GST Malaysia adalah antara yang paling panjang di dunia.

"Senarai panjang barangan itu sebenarnya membuktikan bahawa Malaysia tidak bersedia bagi pelaksanaan GST.

"Kita berdepan dengan jurang pendapatan luas dan 80 peratus populasi tidak memiliki gaji yang membolehkan mereka membayar cukai pendapatan pun," kata Tony.

Justeru itu, Tony menyeru kerajaan untuk menyelesaikan isu utama yang menjadi akar permasalahan sistem GST.

"Kerajaan harus menumpukan isu pendapatan rendah terlebih dahulu sebelum beralih kepada sistem GST.

"Kalaulah rakyat Malaysia mencapai status pendapatan lebih tinggi dan ketidaksamaan pendapatan lebih rendah, kita tidak perlu melaksanakan sistem GST yang penuh dengan komplikasi pengecualian," ujar Tony lagi. – Roketkini.com


Yahoo, Microsoft ikut jalan sendiri selepas ini

Posted: 03 Apr 2015 12:55 AM PDT

ANTARAPOS.COM

Post Pic
 
 
SHAH ALAM: Dua nama besar dalam industri teknologi, Yahoo dan Microsoft adalah dua syarikat yang sering bersaing, tetapi mereka mempunyai pesaing terhebat iaitu Google yang mendominasi banyak perkara dalam dunia teknologi dan internet.
 
Berikutan persaingan sengit itu, Yahoo dan Microsoft memutuskan untuk menjalin kerjasama pada tahun 2010 bertujuan meningkatkan perniagaan mereka dan mengalahkan Google yang kini terlalu kuat sebagai teraju dalam segmen enjin carian.
 
Namun selepas lima tahun, hubungan erat itu mungkin mencapai penghujungnya kerana dikhabarkan Yahoo dan Microsoft mungkin membubarkan kerjasama mereka.
 
Kerjasama itu yang direncanakan untuk bertahan selama 10 tahun, nyata cukup memberikan cabaran besar kepada dua syarikat berkenaan dan kini mereka berasakan tempoh lima tahun sudah lebih dari mencukupi.
 
Dikhabarkan perbincangan di antara pihak Microsoft dengan Yahoo mengenai kerjasama itu masih berjalan walaupun perancangan awal menetapkan 30 hari selepas 23 Februari lalu untuk mencapai kata putus tetapi terpaksa dipanjangkan menjadi 60 hari.
 
 

Kenapa tepung bersubsidi 1Malaysia dijual di Singapura?

Posted: 03 Apr 2015 12:52 AM PDT

Print
(Kiri) Tepung gandum bersubsidi dijual di Malaysia pada harga RM1.35 (RM0.55 subsidi)
(Kanan) Tepung bersubsidi 1Malaysia yang dijual di Singapura pada harga SGD2.20 (RM5.94)

Roketkini.com


KUALA LUMPUR: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNKK) perlu menyiasat tindakan tidak bertanggungjawab pihak yang menjual tepung 1Malaysia bersubsidi kepada negara jiran Singapura pada harga empat kali ganda.

Ahli Parlimen Serdang Dr Ong Kian Ming dan Ahli Parlimen Segambut Lim Lip Eng berkata, pihaknya menerima bukti bergambar menunjukkan bahawa tepung dengan jenama 'Blue Key' dijual di Singapura pada harga SGD2.20.

"SGD2.20 ini bersamaan dengan RM5.94, atau lebih empat kali ganda dari harga di Malaysia.

"Kami juga mendapati paket tepung itu mempunyai cap harga dan subsidi yang dibayar dalam ringgit.

"Kami menyeru KPDNKK yang diamanahkan RM150 juta setahun untuk menguruskan program tepung bersubsidi bagi menyiasat perkara ini dengan segera.

"Pada 2014, satu anggaran RM185 juta telah dibelanjakan oleh KPDNKK dan RM150 juta untuk tahun ini.

"Untuk setiap paket tepung yang dijual pada harga RM1.35, kerajaan membayar RM0.55 sen sebagai subsidi," kenyataan bersama dipetik.

Kementerian sama turut digesa menjelaskan sama ada terdapat kelemahan dalam pengagihan tepung subsidi kepada pengilang dan penjual yang menyebabkan penjulannya di luar negara.

"Jabatan Kastam Diraja Malaysia yang bertanggungjawab ke atas Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) perlu menjelaskan bagaimana barangan makanan bersubsidi boleh menembusi sempadan dengan begitu mudah," tegasnya. – Roketkini.com

GST: DAP desak Kastam henti ganggu peniaga kecil

Posted: 03 Apr 2015 12:49 AM PDT

Liew_Chin_Tong

 Roketkini.com


KLUANG: Pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) yang kucar-kacir bertambah buruk apabila beberapa pegawai kastam didapati memeriksa peniaga kecil secara kasar dengan niat mencari kesalahan.

Kejadian itu diberitahu oleh Ahli Parlimen Kluang Liew Chin Tong ketika membuat lawatan ke kedai di sekitar daerah Kluang.

Chin Tong berkata, kejadian lebih kurang sama juga berlaku di Sabah apabila beliau dimaklumkan serbuan oleh kastam pada jam 1 pagi pada 1 April lalu di beberapa restoran di Likas.

"GST adalah beban yang meningkatkan kos urusniaga yang mana menyebabkan banyak perniagaan kecil tidak layak beroperasi lagi.

"Dengan bersenjatakan naratif 'perniagaan untung', pegawai kastam sibuk ganggu perniagaan kecil sejak 1 April.

"Ini mesti dihentikan,"tegas Chin Tong.

Pengarah Pendidikan Politik DAP itu turut menambah, terdapat dua mitos cuba ditanam di sebalik perbuatan kasar itu dengan tujuan menyembunyikan fakta bahawa rakyat telah mengetahui bahawa GST akan meningkatkan kos dalam semua perkara.

"Pertama kerajaan kata, selepas GST akan ada penurunan harga barang kerana sudah tidak ada lagi cukai jualan (SST).

"Kedua, jika ada kenaikan harga, itu disebabkan peniaga yang keras kepala yang cuba membuat untung lebih dan tiada kaitan dengan GST.

"Faktanya rakyat sudah tahu bahawa GST akan menyebabkan semua bidang mencatat kenaikan kos," jelas Chin Tong.

Justeru itu ujarnya, tidak wajar kerajaan mengganggu perniagaan kecil sehingga kekeliruan terhadap Senarai Barang Bercukai dan Tidak Bercukai yang diterbitkan Kastam 2 Januari lalu dijelaskan.

Ini kerana perubahan terbaru terhadap senarai sifar cukai yang diterbitkan 27 Mac lalu mempunyai senarai lebih panjang.

"Perubahan saat akhir menimbulkan kesukaran. Atas dasar ini sahaja, Kementerian Kewangan sepatutnya menghentikan aktiviti penguatkuasaan sehingga semua kekeliruan dirungkai.

"Syarikat besar seperti 7-Eleven pun membuat kesilapan mengenakan GST terhadap akhbar.

"Ini menunjukkan bahawa perniagaan kecil lebih perlu dibimbing, bukannya serbuan agresif.

"Saya menyeru Menteri Kewangan, Datuk Seri Najib Razak mengarahkan Kastam menghentikan semua aktiviti penguatkuasaan dan memberi tumpuan membimbing perniagaan kecil bagi menyesuaikan diri dengan sistem GST," ujar Chin Tong.-Roketkini.com


DAP gesa Majlis Media ditubuhkan segera

Posted: 03 Apr 2015 12:45 AM PDT

Ng_Wei_Aik

Roketkini.com


GEORGE TOWN: Selepas tindakan polis menahan lima kakitangan The Malaysian Insider (TMI) minggu lalu, sudah tiba masannya Majlis Media ditubuhkan demi menangani laporan media dan kelakuan wartawan, kata Ahli Parlimen Tanjong Ng Wei Aik.

Dalam satu kenyataan Wei Aik berkata, Majlis Media tersebut bertujuan menangani aduan orang ramai mengenai laporan media, kelakuan serta tatatertib wartawan di Malaysia.

"Idea penubuhan Majlis Media ini telah diilhamkan pada tahun 1973 ketika pemerintahan Tun Abdul Razak (Perdana Menteri ketika itu) tetapi ia gagal dilaksanakan.

"Najib Tun Razak mesti membantu bapanya bagi mencapai misi itu tanpa memburukkan lagi kebebasan media di negara kita," katanya yang turut mengutuk tangkapan sewenang-wenangnya keatas lima wartawan TMI.

Lima wartawan TMI dan The Edge Weekly Business yang dimiliki The Edge Media Groups ditahan oleh pihak polis 31 Mac lalu berhubung laporan berita mengenai penolakan Majlis Raja-Raja Melayu terhadap pelaksanaan hudud di Kelantan.

Tiga daripadanya iaitu Amin Iskandar, Zulkifli Sulong dan Lionel Morais dibebaskan selepas dilokap semalaman di IPD Dang Wangi.

Manakala Ketua Pegawai Eksekutif TMI Jahabar Sadiq dan penerbit The Edge, Ho Kay Tat pula dibebaskan setelah pihak polis enggan membuat permohonan reman.

Dalam pada itu Wei Aik berkata, Kementerian Dalam Negeri pada 1999 pernah meminta Institut Akhbar Malaysia (MPI) mengkaji penubuhan Majlis Media selepas menerima memorandum pemansuhan Akta Mesin Cetak dan Penerbitan dari 1,000 wartawan.

Katanya, MPI kemudiannya membentuk jawatankuasa dengan langkah awal termasuk tinjauan di kalangan editor dan pihak berkaitan berhubung penubuhan Majlis Media.

"93.3 peratus daripada responden menyatakan bahawa Majlis Media perlu ditubuhkan dan ia merupakan petunjuk yang cukup jelas.

"Tapi apakah status mengenai penubuhan Majlis Media ini?" soal Wei Aik yang juga bekas wartawan Nanyang Siang Pau. – Roketkini.com


Mahathir sudah habis cuti, sambung serang Najib

Posted: 02 Apr 2015 08:58 PM PDT

MSO

Mahathir Mohamad

Hari ini Dr Mahathir Mohamad meneruskan serangan terhadap Najib Razak agar perdana menteri itu berundur. Serangan terbaru Mahathir kepada Najib ialah dengan meminta supaya Sirul Azhar Umar kenapa dia membunuh Altantuya Shaariibuu.

Sirul adalah bekas pegawai peribadi Najib dimana menurut Dr Mahathir mungkin Najib tahu tujuan atau sebab-sebab kenapa Sirul membunuh Altantuya atau pun siapa yang mengupah Sirul. 

Serangan Mahathir itu membenarkan maklumat sebelum ini mengatakan Najib direhatkan seketika untuk tidak dikritik supaya membolehkan beliau menguruskan perkahwinan anak perempuannya.

Majlis perkahwinan anak perempuan Najib, Nooryana Najwa dengan lelaki Kazakhstan, Daniyer Kesssikbayer sudah pun selesai. Tidak diketahui apakah Dr Mahathir hadir atau tidak di kedua-dua majlis meraikan perkahwinan anak perempuan Najib itu. 

Beberapa minggu sebelum berlangsung majlis perkahwinan anak Najib itu saya mendapat maklumat daripada orang dekat dengan Umno yang mengatakan Najib diberi peluang untuk menyelesaikan perkahwinan anaknya. Kata sumber itu serangan ke atas Najib dihentikan buat sementara bagi menghormati perkahwinan anaknya itu.

Najib juga kata sumber itu bersetuju dengan konsesus untuk berundur apabila majlis perkahwainan anaknya selesai. Najib didakwa "memohon" untuk terus menjadi perdana menteri sewaktu anaknya melangsung perkahwinan.

Najib menurut sumber itu begitu bimbang kalau-kalau semasa perkahwinan anaknya beliau sudah tidak menjadi PM lagi. Nasib takut apa dialami bekas MB Terengganu Ahmad Said yang tidak menjadi MB ketika beberapa hari anaknya hendak berkahwin menimpa dirinya. Tragedi yang menimpa Ahmad itu dikatakan menjadi phobia kepada Najib.

Sumber dalaman itu menyebut, pihak menyerang Najib termasuk Mahathir bersetuju memberi peluang kepada Najib menjadi PM sehingga perkahwinan anaknya dengan pemuda Kazakhstan itu berlangsung.

Dalam pada itu persetujuan lisan juga dibuat sebelum ini dimana Najib bersedia untuk berundur dengan memberi beberapa syarat. Syarat popuar ialah pastikan orang yang mengambil alih jawatan PM nanti akan melantik sepupunya Hishmauddin Hussein menjadi timbalan perdana menteri.

Dan serangan Mahathir terhadap Najib kini tidak akan berhenti sehinggalah PM itu turun takhta. Deadline yang diberikan untuk Najib berundur sehingga Jun. Pelaksanaan GST yang bermula dua hari lepas bakal dijadikan momentum baru untuk menggertak Najib turun takhta

PERKASA mahu RCI siasat 1MDB

Posted: 02 Apr 2015 08:50 PM PDT

MALAYSIAKINI


 


Kumpulan pendesak Melayu PERKASA menyarankan agar kerajaan menubuhkan suruhanjaya siasatan diraja (RCI) bagi menyiasat skandal melibatkan kewangan firma 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Presidennya, Datuk Ibrahim Ali yakin bahawa siasatan oleh suruhanjaya diraja itu akan dapat membersihkan nama Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor.

"Hanya dengan pendekatan penyiasatan bermandat tanpa had Suruhanjaya Diraja akan bantu membersihkan nama baik Datuk Seri Najib Tun Razak serta Datin Seri Rosmah Mansor," katanya.

Dalam sidang media di Dewan Sultan Sulaiman, Kuala Lumpur hari ini, Ibrahim  berkata beliau bimbang kerana Najib dan Rosmah "dikaitkan dengan 1MDB oleh anasir media yang tidak bertanggungjawab".

Sungguhpun Ibrahim menyalahkan media dan bersungguh-sungguh untuk menyucikan nama Najib dan Rosmah, perkara itu ditimbulkan sendiri oleh Mahathir.

Dalam sidang medianya hari ini, Ibrahim juga pasrah dan reda dengan segala hal yang dibangkitkan Mahathir dalam serangan ke atas Najib.

Dalam tulisannya di blog chedet.cc hari ini, Mahathir antara lainnya menyatakan kekecewaannya kerana Najib masih tidak menjawab mengenai persoalan yang dibangkitkan mengenai 1MDB.

Antara lainnya, persoalan mengenai kaitan jutawan muda Jho Low dan juga anak tiri Najib, Riza Aziz dengan 1MDB, katanya.

Riza merupakan anak Rosmah melalui perkahwinan sebelumnya.

Mahathir mempersoalkan bagaimana Riza mendapat wang bagi membeli kondominium di New York serta dari mana Riza mendapat wang dalam filem 'The Wolf of Wall Street'.

Tanpa berselindung, Mahathir juga berkata, 1MDB akan menjadi punca kekalahan BN dalam pilihan raya umum akan datang.


Rafizi: Wan Azizah calon paling layak di Pmtg Pauh

Posted: 02 Apr 2015 08:49 PM PDT

MALAYSIAKINI


 


Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dianggap calon paling layak bertanding dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Permatang Pauh, kata Naib Presiden parti itu, Rafizi Ramli.

Beliau berkata Dr Wan Azizah, yang juga ADUN Kajang, dianggap sebagai calon tepat berdasarkan kepimpinan dan pengalaman beliau yang pernah menjadi anggota Parlimen kawasan itu.

"Saya menyokong penuh, pastinya kita akan melalui proses di peringkat Keadilan (PKR) dan juga peringkat pakatan rakyat seperti biasa, sudah tentu ada beberapa calon yang akan dipertimbangkan.

"Tetapi jika dilihat dari segi kepimpinan dan pengalamannya, Kak Wan (Dr Wan Azizah) adalah paling layak," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen  semalam.

Wan Azizah dilaporkan sebagai berkata beliau tidak menolak kemungkinan akan bertanding sekali lagi di kerusi Parlimen Permatang Pauh sekiranya diperlukan.

Kelmarin, Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia mengumumkan Datuk Seri Anwar Ibrahim hilang kelayakan sebagai ahli Parlimen Permatang Pauh pada 16 Mac lalu sebaik sahaja Lembaga Pengampunan menolak petisyen pengampunan diraja yang dipohon oleh keluarganya.

Justeru, Setiausaha Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Abdul Ghani Salleh berkata SPR akan mengadakan mesyuarat khas berhubung PRK Parlimen Permatang Pauh, Rabu depan (8 April).

Rafizi, yang juga ahli Parlimen Pandan, berkata mesyuarat menentukan calon PRK itu akan dibuat sebaik sahaja pengumuman rasmi SPR.

Pada 2008, Dr Wan Azizah mengosongkan kerusi Parlimen Permatang Pauh bagi memberi laluan kepada suaminya, Anwar untuk bertanding kerusi tersebut.

Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof pada 24 Februari lepas dilaporkan berkata isu penggantungan presiden PKR itu tidak timbul lagi kerana tempoh tersebut hanya berkuat kuasa selama lima tahun.

Dalam pilihan raya umum 2013, Anwar mengekalkan kubu kuatnya di Permatang Pauh dengan menewaskan calon BN, Dr Mazlan Ismail dengan majoriti 11,721 undi. - Bernama


 

Jakel serap RM8 juta kos GST

Posted: 02 Apr 2015 08:46 PM PDT


Jakel serap RM8 juta kos GST
Jakel yakin perniagaannya akan terus meningkat walaupun dengan pelaksanaan GST.


BERBELANJA di Jakel Trading Sdn Bhd (Jakel) yang merupakan rangkaian gedung jualan tekstil terbesar negara ini akan memberikan penjimatan kepada pelanggan persendirian kerana mereka tidak perlu membayar cukai barang dan perkhidmatan (GST) sebanyak enam peratus.

Pengarah Urusan Kumpulan Jakel, Datuk Mohamed Faroz Mohamed Jakel berkata, Jakel akan menyerap kos GST sebanyak RM8 juta daripada keuntungan tahunan perniagaannya bagi membantu pelanggan persendirian berdepan pelaksanaan cukai itu sejak 1 April lalu.

Menurutnya, dengan pelaksanaan GST, Jakel yakin perniagaannya akan terus meningkat dan tidak mengalami kerugian.

"Jakel bersedia mengurangkan keuntungan tersebut kerana prihatin dengan pelanggannya yang mula membeli-belah untuk persiapan Aidilfitri.

"Menerusi perbincangan dengan pembekal Jakel, mereka bersetuju untuk mengurangkan dua hingga tiga peratus harga kos, Jakel mengimport terus daripada pengilang.

"Jakel prihatin dengan pelanggan persendirian kami yang berdepan dengan keadaan ekonomi sekarang dan kami membantu pelanggan runcit sahaja.

Walaupun dalam resit pembelian mereka mencatatkan nilai GST yang dikenakan, sebenarnya mereka hanya membayar harga kain sahaja," katanya pada sidang media di Jakel Mall, di Kuala Lumpur, semalam.

Bagaimanapun katanya, pelanggan yang membeli secara pukal seperti pemborong, pereka fesyen dan perniagaan atas talian (online), Jakel akan mengenakan enam peratus cukai GST.

Mohamed Faroz berkata, pada hari pertama GST dilaksanakan di negara ini, Jakel turut menerima kesannya apabila kehadiran pelanggannya berkurang sebanyak 20 peratus.

"Mungkin mereka tidak tahu mengenai inisiatif yang Jakel laksanakan yang tidak mengenakan GST. Saya ingin menegaskan bahawa, Jakel tidak mengenakan GST kepada pelanggan persendirian sebaliknya, Jakel menanggung kos tersebut daripada keuntungan tahunannya," katanya.

Ditanya mengenai sasarannya pada 2015, Mohamed Faroz berkata, jualannya akan meningkat kepada 15 hingga 20 peratus dipacu oleh pembukaan Jakel Mall di Kuala Lumpur.

"Dengan ruang yang lebih besar dan pelbagai produk disediakan serta kemudahan tempat parkir kereta sebanyak 2,543 memberikan keselesaan kepada pelanggan untuk membeli-belah di sini," katanya.


Azmin: Khalid 'tohmah' isu tender terbuka

Posted: 02 Apr 2015 08:42 PM PDT

MALAYSIAKINI


 


Menteri Besar Mohamed Azmin Ali hari ini membidas kembali kritikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang mendakwa penamatan sistem tender terbuka yang dilakukan pentadbirannya bakal mengundang "bencana".

Azmin berkata, "tohmahan" yang dilakukan ADUN Pelabuhan Klang itu tidak berasas memandangkan kerajaan negeri masih mengamalkan dasar tender terbuka.

Bagaimanapun, Azmin (bawah) menjelaskan pelaksanaan yang dilakukan kerajaan negeri kini menggunakan dasar tender terendah yang masih menggunakan elemen value for money (berbaloi).

"Saya kira (ADUN) Pelabuhan Klang boleh buat tohmahan itu dan yakinkan Umno dan Barisan Nasional. Saya kira jawapan saya jelas dan terang. Tohmahan itu tidak berasas sama sekali.

"Untuk tujuan rekod, dasar yang digantikan ialah dengan menggunakan dasar penilaian perolehan berdasarkan cut off. Saya tegaskan, dasar baru ini masih tetap tender terbuka. Yang membezakannya (dengan dasar sebelum ini) adalah kaedah pengiraan sistem cut off.

"Elemen value for money masih lagi digunapakai. Dakwaan itu terpesong dan beri kesan negatif terhadap kerajaan negeri. Dasar baru yang dibuat kerajaan negeri ini berdasarkan masalah yang dihadapi terutamanya mengenai projek yang "sakit"," kata Azmin.

Beliau berkata demikian semasa menjawab soalan Rodziah Ismail (PKR-Batu Tiga) berhubung dasar tender terendah yang digunapakai oleh kerajaan negeri di Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor.

Semalam, Khalid mengkritik pentadbiran Azmin yang didakwanya menamatkan dasar sistem tender terbuka yang bertujuan untuk menangani masalah rasuah dan salah guna kuasa. 


Selangor tegas tolak GST kerana zalimi rakyat

Posted: 02 Apr 2015 08:23 PM PDT


Azmin Ali Mohamed Azmin Ali
 
 
 
SHAH ALAM - Kerajaan Selangor bertegas menolak sistem pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) kerana ia dilihat hanya menzalimi rakyat.

Menteri Besarnya, Mohamed Azmin Ali berkata, walaupun sistem cukai itu telus, namun kerajaan pusat seharusnya berpegang kepada prinsip asas iaitu berlaku adil terutama sekali kepada rakyat berpendapatan rendah dan sederhana.

Beliau berkata, ketirisan dan rasuah perlu dibendung terlebih dahulu sebelum pelaksanaan GST dijalankan.

"Beli jet tak ada pula tanya dahulu, GST pula kata halal. Jual dulu jet peribadi. Tutup dahulu yang tiris, yang bocor, baru boleh cukai. Kenakan cukai kepada yang kaya saja, bukan rakyat miskin. Saya dengan ini mengisytiharkan Kerajaan Negeri Selangor menolak GST oleh kerajaan BN.

"Cukai sewajarnya dibezakan dengan golongan mampu dan tidak mampu. GST yang diperkenalkan Umno tidak mematuhi pun prinsip asas ini. Saya ingin beri contoh, hanya 10 peratus saja dari rakyat berpendapatan tinggi dan melepasi garis membayar cukai.

"Manakala 90 peratus lagi rakyat tidak membayar cukai pendapatan. Memanglah sistem ini sudah dijalankan di 162 negara, tetapi mereka mulakan dengan kadar yang minima. Contohnya, Singapura dulu kenalkan cukai dengan kadar tiga peratus saja dan cukai pendapatan mereka diturunkan.

"Kita tetap tolak GST kerana ia sistem cukai yang zalim," katanya dalam sidang Dun, semalam.

Azmin menambah, kerajaan persekutuan juga celaru dan tidak faham dengan sistem GST.

"Bagaimana mahu cipta pendapatan baru jika Jabatan Audit Negara sendiri kata berlaku ketirisan dan seleweng lebih RM20 bilion?


"Amalan kerajaan pusat sekarang ini pun semua rang undang-undang yang dibentang tidak pernah didengar oleh jawatankuasa untuk dibincang dan mendapat persetujuan ahli dewan rakyat, semuanya dipaksa.

"Tokoh besar seperti Tun Mahathir mempunyai pengalaman luas dalam kerajaan, namun mengapa pandangan mereka tak pernah diterima?" tegas Azmin.

Beliau yang juga Adun Bukit Antarabangsa berkata,  sistem ini bakal memberi kesan kepada golongan miskin dan sederhana kerana golongan ini tidak pernah dikenakan cukai sebelum ini.

"Orang yang berpendapatan tinggi tidak ada kesan pun, tetapi golongan miskin yang sebelum ini tidak bayar pun cukai, mahu makan roti canai, sardin.

"Bukan mereka mahu elak cukai pun, tetapi pendapatan mereka sememangnya di luar lingkungan untuk membayar cukai pendapatan. Jadi di mana keadilan itu?

"GST ini adalah zalim dan menunjukkan Umno akan terkubur dalam PRU akan datang," katanya.


Kad tambah nilai prabayar tetap dikenakan GST

Posted: 02 Apr 2015 08:20 PM PDT

SINAR HARIAN

Kad prabayar sepatutnya tak kena GST Antara gambar yang dikongsi di laman Facebook
 
 
 
PUTRAJAYA - Syarikat telekomunikasi akan tetap mengenakan caj enam peratus cukai barang dan perkhidmatan (GST) pada kad tambah nilai prabayar berkuat kuasa serta-merta.

Bagaimanapun, pelanggan akan ditawarkan tambahan kredit masa berbual dan khidmat pesanan ringkas (SMS) pada kadar nilai melebihi cukai enam peratus.

Pengarah Bahagian GST, Jabatan Kastam Diraja Malaysia, Datuk  T.Subromaniam berkata, keputusan itu dicapai menerusi perbincangan antara ketua eksekutif syarikat telekomunikasi, Kastam dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) hari ini.

"Persetujuan sementara itu berkuat kuasa hari ini dan akan berterusan selama tempoh tiga bulan sebelum perbincangan lanjut dilakukan sama ada ia akan diteruskan atau dikaji semula," katanya pada sidang media di sini.

"Kita sebenarnya mempunyai dua pilihan, sama ada mengekalkan harga kad prabayar, contohnya RM10 (tanpa GST) atau mengenakan RM10.60 (cukai telah diserapkan dalam setiap kad sebelum pelaksanaan GST dan masa berbual melebihi enam peratus GST. 

"Jadi, berita baik ialah pengguna akan mendapat tambahan kredit masa berbual yang akan diaktifkan dalam sistem, dengan kadar nilai melebihi RM1. Inilah merupakan permintaan pihak kami kepada syarikat telekomunikasi," jelasnya.

Dalam pada itu, Ketua Setiausaha KPDNKK, Datuk Seri Alias Ahmad, yang turut menyertai perbincangan itu, berkata caj perkhidmatan yang dikenakan oleh hotel dan restoran tertakluk kepada GST.

Beliau berkata, kerajaan tidak mengambil caj perkhidmatan yang dikenakan oleh dua premis itu.

"Ia wujud atas perjanjian kolektif antara pekerja dan majikan hotel dan restoran. Jadi, ini isu yang sebenarnya universal kerana caj perkhidmatan itu dipraktik sejak 1948 di seluruh dunia," katanya.

Bagaimanapun, pihak kementerian akan mengkaji sekiranya perlu mewujudkan garis panduan untuk peniaga atau majikan untuk mengenakan caj perkhidmatan, katanya. - Bernama


Ahmad: Wajar pecah monopoli pasaran telekomunikasi

Posted: 02 Apr 2015 08:18 PM PDT

MALAYSIAKINI


 


Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan berkata wajar dipecahkan monopoli dalam pasaran telekomunikasi selepas syarikat telekomunikasi didapati secara kolektif menaikkan harga kad tambah nilai ekoran pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST).

Empat syarikat telekomunikasi - Celcom, DiGi, Maxis dan U Mobile - didapati menaikkan harga kad tambah nilai walaupun harganya sepatut kekal dengan GST.

GST bertujuan untuk menggantikan cukai jualan.

Sebaliknya, mereka memasukkan enam peratus cukai jualan yang telah dimansuhkan itu, ke dalam dalam keuntungan mereka dan menggenakan tambahan enam peratus GST.

"Telco 4 ini wajar dipecahkan monopoli mereka agar dengar apa kehendak pengguna," tulis Ahmad dalam twitternya.

Selepas mereka dikesan telah menaikkan harga, syarikat telekomunikasi berkata, mereka akan memberikan enam peratus lebih 'talktime' (masa berbual) untuk caj lebihan itu, tetapi Ahmad berkata ramai minta turunkan harganya.

"Ramai minta turunkan harga top-up kepada harga asal seperti sebelum GST. Bukan tambah lebih 6 peratus airtime/sms," kata Ahmad dalam twitter.

Oleh itu, timbalan menteri itu berkata beliau telah meminta Jabatan Kastam membincangkan lagi tentang keputusan itu.

"Sebelum ada keputusan lain, ramai ingin bukti tambahan airtime itu. Elok Telco survey, pengguna pilih kurang harga atau pilih tambah airtime," tambah Ahmad.

Beliau berkata kira-kira 40 peratus daripada aduan yang diterima pada hari pertama pelaksanaan GST pada 1 April membabitkan kad tambah nilai berkenaan.

Sementara itu, Ketua Pemuda Gerakan Tan Keng Liang berkata konsesi masa berbual tambahan itu tidak boleh diterima kerana kerajaan telah berjanji bahawa syarikat telekomunikasi tidak akan dibenarkan untuk mengenakan GST ke atas kad prabayar.

Jika mereka gagal mematuhi, beliau berkata, kerajaan perlu mengambil tindakan ke atas mereka.




Zunar hadapi sembilan tuduhan hasutan

Posted: 02 Apr 2015 08:17 PM PDT

MALAYSIAKINI




 
 
 
Kartunis politik Zunar tidak mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen di Kuala Lumpur pagi ini terhadap sembilan tuduhan hasutan berkaitan sembilan tweet mengenai keputusan perbicaraan kes Liwat II terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Kesemua sembilan pertuduhan itu akan dibicarakan serentak, manakala ikat jamin ditetapkan RM2,500 bagi setiap pertuduhan - menjadikan jumlahnya RM22,500.

Jika disabit kesalahan, Zunar berdepan dengan hukuman sehingga 43 tahun penjara.
 
 

GST jalan singkat atasi krisis kewangan

Posted: 02 Apr 2015 08:12 PM PDT


Naib Presiden Pas, Datuk Mahfuz Omar Naib Presiden Pas, Datuk Mahfuz Omar
 
 
 
ALOR SETAR - Pelaksanaan GST didakwa ada kaitan dengan krisis kewangan negara yang semakin meruncing.

Ketua Penerangan Pas, Datuk Mahfuz Omar berkata, tindakan kerajaan itu dilihat seolah-olah antara jalan singkat untuk menampung pendapatan wang negara yang kian merosot.

Menurutnya, pihaknya kesal apabila rakyat menjadi mangsa akibat kegagalan kerajaan BN mentadbir secara berhemah.

"PR sudah menentang pelaksanaan GST ini sejak mula ia diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di Parlimen, namun ia tetap dilaksanakan. Adakah kerana negara sedang mengalami krisis kewangan yang parah?," katanya.

Mahfuz yang juga Ketua Whip Ahli Parlimen Pas berkata, tindakan itu ibarat ketam mengajar anaknya berjalan lurus, kerana kerajaan meminta rakyat berhemah dan berubah sikap dalam berbelanja sebaliknya kerajaan tidak memberikan contoh terbaik dalam membelanjakan wang rakyat yang diamanahkan.

"Pelaksanaan GST ini memberi impak besar kepada segenap lapisan masyarakat, sama ada mereka yang tinggal di bandar sehinggalah di ceruk kampung. Rakyat yang berpendapatan rendah yang paling sengsara kerana kos sara hidup mereka meningkat akibat pelaksanaan GST ini," katanya.

Katanya, diharap rakyat dapat menilai sejauh mana keikhlasan BN dalam mentadbir, sehingga  menjadikan rakyat sebagai mangsa bagi menampung kesilapan dan kegagalan mereka.

"Diharap kesan daripada pelaksanaan cukai baharu ini akan menjadi ingatan atau pembakar semangat untuk rakyat membuat perubahan pada PRU14 akan datang," katanya.

Mahfuz yang juga Pesuruhjaya Pas Kedah turut menyelar kenyataan Ahli Parlimen Langkawi, Datuk Ir Nawawi Ahmad yang disifatkan membuat kenyataan tidak rasional apabila meminta 'rakyat tinggal di bulan jika tidak mahu membayar GST'.


Dr Mahathir mahu Najib jawab setiap persoalan

Posted: 02 Apr 2015 08:10 PM PDT


Tengku Razaleigh Hamzah Tengku Razaleigh Hamzah
 
 
 
KUALA LUMPUR - Tindakan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang lantang mengkritik pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak adalah demi menyelamatkan Umno.

Pemimpin veteran Umno yang juga bekas Menteri Kewangan, Tengku Razaleigh Hamzah berkata, Dr Mahathir juga mahu Najib memberikan jawapan terhadap setiap dakwaan terhadapnya yang dibuat pemimpin pembangkang dalam beberapa isu.

Katanya, antara isu tersebut adalah kes pembunuhan model Mongolia, Altantuya Shaariibuu yang belum terungkai, 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan pembelian pesawat peribadi yang jejaskan sokongan dan kepercayaan rakyat kepada BN.

"Jawapan bukan untuk (Dr Mahathir) sendiri tetapi beliau mahu setiap tuduhan yang dibuat dijawab oleh Najib kepada rakyat," katanya ketika di lobi Parlimen, semalam.

Menurut Tengku Razaleigh, Dr Mahathir juga mahukan ketelusan dan kebenaran dalam isu yang menyelubungi Najib.

"Sudah tiba masanya jawapan sebenar diberikan dan kebenaran dibongkar.

"Saya yakin Dr Mahathir pasti mempunyai alasan kukuh untuk tampil mempersoalkan perkara demikian. Dr Mahathir merupakan bekas pemimpin yang berpengalaman baik dari segi parti mahu pun pentadbiran negara," katanya.

Katanya, Dr Mahathir sentiasa mengikuti perkembangan semasa Umno serta BN.

"Dia (Dr Mahathir) mengetahui keadaan semasa politik BN menjelang PRU14 dan risau (dengan keadaan).

"Sekiranya segala persoalan yang dibangkitkan tidak dijawab, keadaan akan bertambah sukar terhadap pemimpin BN untuk meraih sokongan rakyat dan tidak mampu memerintah negara lagi," katanya.

Sementara itu, Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Seri Shahidan Kassim mencadangkan Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor mengadakan pertemuan dengan Dr Mahathir.

"Apa dikatakan beliau mungkin ada betulnya. Beliau sudah pasti menulis secara berhati-hati dan mempunyai fakta," katanya.

Shahidan berkata, kenyataan Dr Mahathir tidak harus dibincangkan secara terbuka kerana melibatkan pemimpin tertinggi Umno.


Tiada ulasan: