Khamis, 16 April 2015

DIALOG RAKYAT

DIALOG RAKYAT


Selepas Siti Nurhaliza Dan Rozita Che Wan, NGO Diterajui Abang Muhyiddin Juga Sokong Mahathir

Posted: 16 Apr 2015 05:38 AM PDT

shahbudindotcom


Dalam pertembungan yang sedang berlaku antara Tun Mahathir dengan Najib Razak, ramai yang tertanya-tanya apakah pendirian Pemikir atau Pertubuhan Pemikir Agenda Watan Malaysia mengenainya.

Pertanyaan itu timbul kerana Pemikir dianggotai oleh beberapa tokoh berpengaruh daripada kalangan bekas Menteri, Ahli Parlimen, pegawai tinggi kerajaan serta tokoh penting dalam masyarakat.

Antara mereka yang menganggotai Pemikir ialah Sabbaruddin Chik, Azmi Khalid, Aziz Shamsuddin, Osu Sukam, Drs Suleimah Mohamad dan ramai lagi. Bekas Peguam Negara, Abu Talib Othman dan bekas Ketua Polis Negara, Musa Hassan juga menganggotai NGO itu.

Lebih menarik ialah Presiden Pemikir adalah Aziz Yassin, bekas Ahli Parlimen Muar yang juga abang kepada Timbalan Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin.

Selain itu, NGO ini juga difahamkan kerap mengadakan pertemuan dan bertukar-tukar fikiran dengan Tun Mahathir dengan kali terakhir mereka mengadakan pertemuan dengan bekas Perdana Menteri itu ialah pada 8 April lalu.

Lalu, ramai yang bertanya, apa pendirian Pemikir sebenarnya - menyokong Tun Mahathir atau Najib?

Ramai juga bertanya, kenapa Pemikir masih berdiam diri sedangkan penyanyi Siti Nurhaliza dan pelakon Rozita Che Wan pun berani menyatakan sokongan terbuka kepada Tun Mahathir?

Tidakkah NGO itu terpanggil untuk bersama-sama dengan Tun Mahathir yang sudah mulai menyebut nama Muhyiddin sebagai pengganti yang layak mengambil alih tempat Najib?

Setelah diasak oleh banyak pihak, Aziz Yassin dalam SMS yang banyak dihantar kepada ramai kenalan dan rakan-rakannya pagi tadi, beliau memaklumkan sokongannya terhadap Tun Mahathir.

Dalam SMSnya itu, beliau berkata, Pemikir ditubuhkan dengan sokongan daripada Tun Mahathir, malah bekas Perdana Menteri itu juga adalah Penaung Seumur Hidup kepada Pemikir.

Oleh yang demikian, tambah Aziz lagi, Pemikir menyokong penuh segala tindakan yang dibuat oleh Tun Mahathir demi kepentingan agama, bangsa dan negara.

Di ketika Najib mungkin berbangga dengan sokongan bertalu-talu daripada Ketua Bahagian UMNO, Wanita, Pemuda, Puteri dan sebagainya serta Tun Mahathir pula mengeluh beliau mungkin keseorangan, ramai yang cintakan negara ini merasakan bekas Perdana Menteri itu sebenarnya lebih disokong dalam diam oleh rakyat negara ini.

Buktinya melalui sokongan yang dinyatakan oleh Siti Nurhaliza kepada Tun Mahathir di Instagram miliknya saja telah mencatat sebanyak 17. 2 juta "like" serta lebih 700 komen sehingga pagi tadi.

Tidak diragui lagi, sokongan rakyat kepada Tun Mahathir sebenarnya jauh lebih besar daripada gegak-gempita yang dihebohkan melalui  pertemuan Najib dengan Ketua-Ketua Bahagian, Pemuda, Wanita dan Puteri UMNO.

Mungkin kerana "sedikit tersindir" dengan keberanian Siti Nurhaliza dan Rozita Che Wan menyatakan pendiriannya, maka Aziz Yassin akhirnya tampil dengan tebaran SMS yang banyak dihantar kepada rakan-rakan dan kenalannya mengenai pemakluman sokongannya kepada Tun Mahathir itu.

Meskipun agak terlambat berbanding Siti Nurhaliza dan Rozita Che Wan, sekurang-kurangnya Aziz Yassin menjadi "berani" juga akhirnya.

Dr M: Pak Lah tidur pun dapat 140 kerusi

Posted: 16 Apr 2015 05:32 AM PDT

MALAYSIAKINI


 


Tun Dr Mahathir Mohamad berkata penggantinya Tun Abdullah Ahmad Badawi menunjukkan prestasi lebih baik daripada Datuk Seri Najib Razak walaupun mempunyai masalah berkaitan tidur.

Mahathir, perdana menteri keempat, berkata Abdullah walaupun begitu memastikan BN mendapat 140 kerusi dalam pilihan raya umum 2008.

Sedangkan, kata Mahathir lagi, BN bawah pentadbiran Najib pula hanya mendapat 133 kerusi dalam pilihan raya umum lalu.

Menurut rakaman wawancara disiarkan Perak Today, Mahathir juga berkata prestasi lebih buruk berlaku walaupun kerajaan menyalurkan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M).

Mahathir membangkitkan terdapat masyarakat Cina memberitahunya bahawa tindakan itu rasuah kerana diberikan ketika hampir pilihan raya.

Beliau yang memainkan peranan aktif memastikan kejatuhan Abdullah kini beralih arah kepada Najib selepas memberi amaran BN akan kalah dalam pilihan raya dengan pentadbiran sedia ada.


Mengapa ahli BN secara membuta tuli sokong pemimpin tidak cekap

Posted: 16 Apr 2015 04:29 AM PDT




Oleh Ahmad Mustapha Hassan


Negara ini tidak pernah memiliki pentadbiran yang lebih tidak cekap berbanding kerajaan kini di bawah Najib Razak. Ini adalah kerajaan paling lemah dan berhadapan pelbagai skandal. Tetapi amat mengejutkan apabila beliau mendapat sokongan besar daripada mereka di dalam Umno Baru dan rakannya yang tidak relevan di dalam kerajaan.

Media sosial secara konsisten melaporkan dakwaan salah laku kerajaan. Fakta yang paling mengejutkan adalah perbelanjaan tidak terkawal untuk hal-hal yang tidak penting.

Sebuah jet mewah telah dibeli, walaupun yang ada masih dalam keadaan baik dan boleh digunakan. Kemudian tentang perjalanan yang menelan belanja jutaan ringgit, apabila jet menjelajah banyak negara tanpa sebab yang munasabah.

1MDB telah menunjukkan kerugian berjumlah RM42 bilion, dan tiada seorang pun yang menyokong Najib memperkatakannya. Mereka hanya membiarkan kesalahan berlaku. Seolah-olah tiada seorang pun dalam kerajaan dan Umno Baru yang peduli.

Tentulah tidak salah untuk menyokong pemimpin, namun apabila pemimpin itu telah melakukan kesalahan yang nyata dan menyebabkan negara kehilangan wang berbilion ringgit, mereka perlu menunjukkan bahawa hal itu tidak boleh dibiar begitu sahaja. Mereka perlu memberitahu Najib untuk memperbetulkan tindakannya dan lebih bertanggungjawab.

Jepun adalah sebuah negara yang mana rakyatnya amat mengambil berat soal pemimpin mereka. Kebanyakan pemimpin di sana tidak bertahan lebih daripada beberapa bulan. Rakyatnya tidak dapat bertoleransi dengan apa-apa yang tidak munasabah yang dilakukan pemimpin mereka.

Namun di negara ini, sokong diberi kepada pemimpin secara buta-tuli walaupun beliau menunjukkan ketidakcekapan dalam menjalankan tugas.

Amat menghairankan apabila membaca semakin ramai parti rakan Umno Baru yang menyatakan sokongan kepada Najib. Parti-parti ini hanya menggali kubur sendiri, dan mereka memang pun sudah hampir mati.

Pertama, Ketua Bahagian Umno Baru mengadakan pertemuan untuk menunjukkan sokongan kepadanya. Sejumlah 160 "warlord" memberikan dukungan penuh kepada ketua mereka yang tiada keupayaan dan semberono. Ia langsung tidak bermakna apa-apa.

Feudalisme dalam Umno Baru telah merebak ke dalam struktur parti rakan-rakan mereka. Sebahagian kenyataan daripada pemimpinnya memang menggelikan hati.

"…kepimpinan Perdana Menteri telah membawa banyak transformasi yang positif kepada negara kita…" kata Presidem Gerakan Mah Siew Keong.

Kenyataan ini pula datang daripada Barisan Progresif India (FPI): "Beliau (Najib) telah membawa banyak perubahan kepada masyarakat India, dalam soal pendidikan, kerajaan telah melihat keperluan-keperluan masyarakat India…"

MCA juga menunjukkan sokongan penuh terhadap kepimpinan Najib dan enggan melayan apa-apa kritikan terhadapnya.

Ini adalah pengikut-pengikut buta yang melayan Najib selaku ketua feudal. Mereka tidak dapat melihat sebarang kelemahan dalam kepimpinannya.

Umno Baru tentunya seorang guru yang cekap, atau barangkali pemimpin parti-parti ini adalah pelajar cemerlang Umbo Baru.

Rakyat harus menunjukkan kepada semua pemimpin tidak cekap ini, bahawa mereka tiada tempat dalam pentadbiran negara ini. Kita bukan sahaja ketinggalan di belakang negara lain di rantau ini, kita juga nampaknya akan menjadi "negara gagal" pertama di Asia.


Sokongan untuk PM Najib, DR Mahathir dan Jho Low

Posted: 16 Apr 2015 04:26 AM PDT



Oleh sakmongkol AK47 


Tahniah lah kita dengar Ahmad Maslan merancang buat roadshow raksasa mengenai GST di Permatang Pauh. Saya suka Ahmad Maslan. Dia budak cerdik. Ada CGPA 3.8.Ahmad Maslan + GST= resipi BN kalah. Gerenti orang lagi marah dan membawa kecundang kepada BN.

Kita pun dah dengar suara2 kalah dari kem BN- kita akan lawan sampai akhir ini kerusi Permatang Pauh. Ini cakap sudah pasrah dan redha dengan kekalahan yang akan menimpa.

PRK ini akan memberi peluang kepada kem PR untuk menerangkan mengenai GST dan keadilan. Bukan itu sahaja- boleh terangkan FGV, SRC, Pembinaan BLT, MRT, dan skendel2 ekonomi yang kerajaan Najib lakukan.

Saya lihat ketua pemuda dan beberapa orang pemimpin UMNO lain kutuk Jho Low. Ada yang membayangkan- tangkap apek itu. Hai- ini business partner PM- berani kamu perlakukan demikian kepada si apek itu?

Nampak sangat Pemuda UMNO ini blur mengenai isiu ini. Itu sebab saya katakan- orang beritahu saya, Najib adakan penerangan atas dasar on the need to know basis dan Pemuda UMNO do not need to know much. Mereka hanya tahu menjulang Najib dan kalau terlepas, jatuh berdebab atas lantai konrit.

Selepas julang Najib, suruh tangkap dan kutuk Jho Low. Sila Pemuda UMNO dan UMNO lain sedar perkara ini- hari ini, setakat ini, jam ini, saat ini Jho Low itu Najib dan Najib itu Jho Low.

Berani awak semua kutuk Najib? Apa punya strateji ini. Pemuda UMNO patut sokong Ayahanda Mahathir. Che Det terbaeek.

Bercakap mengenai Dato Najib- apa saya nak katakan lagi? Macam orang Pekan Pahang kata- dari Kg Merchong ke kem Batu 9, - padan muka awok Najib.

Sebab apa? Dalam perkelahian Najib dengan Mahathir- Najib dapat sokongan dari sebahgian ketua bahagian, sebahagian pemuda UMNO, sokongan bersyarat dari puteri dan sokongan mulut dari wanita UMNO. Pendek kata, Najib dapat sokongan dari UMNO diatas kertas.

Tapi, jikapun semua ahli UMNO undi UMNO- UMNO tidak akan menang. Apa UMNO hendak buat bila bangsa bukan Melayu tak sokong UMNO, orang Melayu pun meluat pada UMNO dan peneroka Felda sedar mereka telah dianiayai?

Sokongan kepada Dr Mahathir pula macam mana? Dia kata dia keseorangan. Tapi kalau kita tanya 10 orang, 11 orang kata mereka sokong Dr Mahathir. Rata2 rakyat sokong Dr Mahathir. Sebab mereka boleh relate dengan apa yang Dr Mahathir tanya.

Dr Mahathir tanya dimana wang 1MDB itu? Kenapa bayar USD700 juta kepada Jho Low? Kenapa bayar USD 20-25 million kepada pak Arab? Mengapa kerajaan tak simpan duit dari Cayman Islands di bank Malaysia? Itu duit kerajaan dan Dato Najib kan PM dan menteri kewangan- jadi apa pasal letak wang tersebut di Singapura?

DR Mahathir tanya apa pasal tak boleh bayar hutang? Kalau ada cash flow atau aliran tunai yang positif, kenapa tak boleh bayar? Kenada tak jual sedikit assets kalau cakap besar kita ada asets.
Kenapa kena pinjam dari Ananda Krishnan? Apa pasal menteri kewangan beri hampir RM1 billion kepada 1MDB. Mula2 kata standby credit, kemudian telah digunakan.

Isiu sekarang- betulkah apa yang kerajaan cakap ini? Sekarang isiu nya ialah orang percaya ke kepada Najib dan BN? Jawapan nya orang tak percaya.

Nilai asset 1MDB ialah RM51 billion. Nilai tanggungan dan hutang ialah RM49 billion. Ini jawapan yang diberi secara bertulis kepada saya oleh menteri kewangan dalam parlimen.

Dr Mahathir sebut- nilai asset akan turun tapi nilai hutang dan tanggungan akan naik. Hutang sebanyak RM46 billion kena bayar. Faedah kena bayar. Bon sudah sampai waktu matang. Asset tak boleh dicairkan cepat. Kalau buat forced sale akan turun harga.

Ertinya, negara akan tanggung. Kerajaan kena guna duit perbendaharaan untuk bail out. Rakyat marah kalau kita belanja keatas kerajaan yang boros dan berbohong. Orang kata- ini kerja binawe- pinjam untuk bayar kos operasi. Orang pinjam untuk development dan pembangunan. 1MDB dah insolvent!

Jadi rakyat semua sokong Mahathir. Malam tadi saya tanya orang biasa- mereka kata hidup Mahathir dan ….pos Najib. Jika PM Najib dengar rintihan rakyat- Dato Najib akan pengsan.

GST membawa musibah kepada rakyat. Takde seorang pun yang saya cakap malam tadi ada perkara baik untuk cakap mengenai GST. Semua orang kena bayar harga yang tinggi. Caj perkhidmatan yang dikenakan oleh restoren dan pembekal perkhidmatan yang lain terus dikenakan. Sebab caj ini dikutip oleh perniagaan bukan oleh kerajaan. Kerajaan telah tipu rakyat. Kita masih terus bayar GST 6% dan caj perkhidmatan 10%.

Dr Mahathir tanya mengapa kenakan GST sedangkan pemimpin kerajaan hidup mewah? Dr Mahathir kata zaman dia tak caj GST pun boleh membangunkan Malaysia.

Orang dah bercakap secara terang berapa Dato Najib dan isteri belanja anak mereka kahwin. Saya tak hendak komen hal ini. Orang cakap mengapa beli jet satu lagi sedangkan kita dah ada 6 buah. Kenapa tak beli terus –mengapa sewa dan pajak dari satu suyarikat.

Dr Mahathir tanya siapa arah bunuh altantuya. Dia tak tanya sama ada Dato Najib buat sumpah atau tidak. Soalan nya mudah. Siapa beri arahan kepada 2 polis yang bertukar jadi pembunuh upahan ini?
Banyak lagi DR Mahathir tanya dan rakyat sokong.

Saya pula ingat Dr Mahathir mahu selamatkan Malaysia dari bencana kepimpinan yang lemah dan tidak amanah dan jujur. Tapi rakyat akan sokong DR Mahathir lebih jika Dr Mahathir endorse Tengku Razaleigh jadi PM- interim atau apa. Rakyat ramai yang anggap the most qualified person to govern Malaysia hari ini ialah Tengku Razaleigh.

Saya banyak kali sampaikan kepada The Oracle of Syed Putera atau dahulu Jalan Lornie supaya memberitahu DR Mahathir- biarlah dia bury the hatchet dan berdamai dengan Tengku Razaleigh untuk selamatkan Malaysia. Ini langkah redemption yang boleh Dr Mahathir buat. Semua rakyat akan terhutang budi dengan Dr Mahathir jika berbuat demikian.

Catatan mutakhir: 

Ada orang memberitahu saya Jho Low akan kembali ke Malaysia. Dia kata dia tak takut untuk berdepan dengan rakyat Malaysia. Dia kata dia akan beritahu.Dia kata mustahil lembaga pengarah 1MDB terdiri dari orang tongong.

Apa pemuda UMNO hendak buat jika JHo Low beritahu dia hanya menerima arahan dan duit USD700 juta dan billion2 lain itu bukan untuk dia seorang. Saya hanya berdoa tidak adalah orang akan bersumpah Wallahi, Wabillahi dan Watallahi- sumpah dia tak kenal Jho Low dan Riza Aziz.
Sumber: http://sakmongkol.blogspot.com

Pemuda PAS PP enggan bantu kempen ditegur

Posted: 16 Apr 2015 04:20 AM PDT

MALAYSIAKINI


 


Pemuda PAS akan mendapatkan penjelasan daripada sayap parti itu di Pulau Pinang yang enggan memberi kerjasama dalam pilihan raya kecil Permatang Pauh yang ditandingi rakan mereka PKR.

Ketuanya Suhaizan Kaiat berkata masalah itu akan diselesaikan secepat mungkin dan menasihatkan Pemuda PAS negeri membangkitkan rasa tidak puas hati mengikut saluran yang betul.

Pemuda PAS juga berkata akan mendapatkan reaksi daripada Pemuda PKR dan DAP negeri berhubung perkara ditimbulkan.

"Kita berusaha untuk bertemu dengan kedua-dua pihak untuk membantu menyelesaikan masalah ini secepat mungkin selewat-lewatnya sebelum penamaan calon," katanya.

Penamaan calon pilihan raya kecil Permatang Pauh ditetapkan pada 25 April, manakala pengundian pada 7 Mei.

Pemuda PAS Pulau Pinang berkata tidak akan bekerjasama sepanjang kempen pilihan raya kecil itu selagi Pemuda PKR (AMK) dan Pemuda DAP (DAPSY) tidak menarik balik kenyataan berkaitan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan hudud.

DAPSY sebelum ini dilapor membekukan kerjasama dengan Pemuda PAS ekoran tindakan kerajaan PAS Kelantan membentangkan pindaan enakmen hudud.

'Akui salah faham'

Manakala AMK Pulau Pinang pula mendesak Hadi memberi kenyataan rasmi berhubung isu kerajaan perpaduan PAS-Umno pada 27 Februari lalu.

Sebelum ini Pemuda PAS Pulau Pinang juga dilapor mahu calon PAS diletakkan pada pilihan raya kecil itu, walaupun ia merupakan kerusi tradisi PKR.

Suhaizan berkata, keputusan Pemuda PAS Pulau Pinang itu tidak pernah dibincangkan dalam Jawatankuasa Pusat PAS atau dewan itu sendiri.

Beliau menegaskan bahawa semua jentera PAS diarahkan membantu PKR untuk berdepan BN dalam pilihan raya kecil itu, di samping Rompin, pada 5 Mei ini.

"PAS Pusat telah membuat satu keputusan supaya membantu PKR di Permatang Pauh. Jadi tak berbangkit tak nak tolong. Kita akan terus membantu," katanya.

Suhaizan juga menyuarakan kekhuatirannya terhadap langkah Pemuda PAS Pulau Pinang yang dilihatnya boleh memberi tanggapan tidak baik kepada Pakatan menjelang pilihan raya kecil itu.

"Kita akui ada salah faham (akar umbi) di bawah seperti mengeluarkan sesuatu kenyataan media yang menjadi punca berlakunya perbezaan pandangan, perbezaan pendapat.

"Saya melihat (kesannya itu) kepada Pakatan Rakyat itu sendiri. Saya bimbang persepsi yang kurang baik kepada kita. Sebab itu ia perlu segera diselesaikan," katanya.

Pilihan raya kecil Permatang Pauh perlu diadakan berikutan keputusan Lembaga Pengampunan menolak petisyen pengampunan diraja yang dipohon anggota Parlimen kawasan itu Datuk Seri Anwar Ibrahim (atas). 


Sokong Najib Atau Letak Jawatan, Kata Adun Kedah Kepada Mukhriz

Posted: 16 Apr 2015 04:12 AM PDT

MSTAR ONLINE
 
 
Mukhriz Mahathir
 
 
 
ALOR SETAR: Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir kini berdepan tekanan apabila tidak menyatakan pendiriannya berhubung kepimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Lada, Datuk Ahmad Lebai Sudin berkata, lebih baik Mukhriz letak jawatan jika tidak dapat menyatakan sokongannya secara terbuka kepada perdana menteri.

Beliau berkata, sejak dilantik sebagai menteri besar oleh Najib, beliau sepatutnya mengosongkan jawatan itu jika tidak dapat menunjukkan kesetiaannya kepada kepimpinan kerajaan sekarang.

"Jika dia tidak lagi menyokong perdana menteri, langkah terbaik untuknya adalah meletak jawatan," katanya.

Difahamkan, Mukhriz mengadakan mesyuarat di kediaman rasminya membabitkan kepimpinan Umno, Adun dan Ahli Parlimen dari Kedah pada Ahad.

Ahmad Lebai mendakwa mesyuarat itu bagi menyatakan sokongan kepimpinan negeri itu kepada perdana menteri yang juga Presiden Umno.

Bagaimanapun, beliau mendakwa Mukhriz mengambil pendirian bahawa Umno Kedah akan hanya menyatakan sokongan kepada Najib selepas isu berkaitan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) selesai dan sehingga itu beliau akan memihak kepada orang ramai.

"Isu 1MDB dan sokongan kepada Najib yang ketika ini diserang Tun Dr Mahathir Mohamad adalah dua perkara berbeza.

"Jadi kenapa dia meletakkan rakyat dan negeri ini dalam situasi yang tidak stabil," soalnya.
Beliau berkata, Mukhriz sepatutnya menyatakan pendiriannya dengan jelas sebaik bapanya, Dr Mahathir mula mengkritik kepimpinan Najib.

"Beliau sepatutnya mengikut jejak bapanya dan meletak jawatan seperi mana yang dilakukan bapanya ketika negara dibawah pentadbiran Tunku Abdul Rahman apabila dia tidak bersetuju dengan kepimpinan negara ketika itu," katanya.

Mana teguran untuk pemimpin?

Posted: 16 Apr 2015 04:02 AM PDT



Oleh Tuan Ibrahim Tuan Man

Hari ini media sibuk membahas apakah GST halal atau haram. Yang peliknya di Malaysia ini, hukum dibahas setelah ia dilaksanakan. Buat dulu, selepas itu baru hisab itu satu dosa atau pahala.

Sepatutnya sesuatu hukum dihadamkan oleh kerajaan sebelum sesuatu dilaksanakan.Persoalan sekarang apakah kalau ia haram, maka kami rakyat tidak dikenakan GST atau kami haram membelinya kerana GST haram?

Atau apakah kalau ia halal, maka ini berita gembira kepada pemerintah untuk terus menindas dan membebankan rakyat?

Atau apakah kalau ianya haram kerajaan akan menarik balik GST?

Kalau tidak, apa perlunya dibahas sekarang apakah GST itu halal atau haram?

Kenapa tiada teguran Majlis Fatwa atau badan berautoriti kepada PM dan menteri kabinet agar tidak membazir, menghentikan kemewahan melampau pemimpin negara dan keluarga, tidak melabur dalam perkara yang merugikan dana rakyat dan menghentikan pemborosan?

Kantong negara mana sekalipun akan kering dengan sikap boros melampau ini.

Lalu keluarlah fatwa halal mengenakan cukai pada rakyat. Apakah ini cara kita mengurus pandangan syarak? Apakah agama hanya menjadi alat bagi membenarkan tindakan kerajaan kepada rakyat?

Keluarlah apa kenyataan sekalipun tetap tidak mengubah hakikat bahawa rakyat marhaen kini mengeluh kesempitan hidup.

Rakyat miskin hanya membeli beras setengah kilo untuk makanan keluarga. Anak-anak hanya dibekalkan nasi dingin ke sekolah untuk makan waktu rehat. Masing-masing rakyat miskin sanggup mengikat perut bagi membuncitkan perut pemimpin.

Sekali bayaran dandan rambut isteri pemimpin boleh diguna dua bulan belanja dapur rumah rakyat. Jam tangan pemimpin menyamai pendapatan keluarga selama 5 tahun. Lalu keluarlah fatwa untuk kami, Insya-Allah kami akan patuh.

Cuma kami ingin tanya bila pula teguran untuk pemimpin?

(*)  Tuan Ibrahim Tuan Man Naib Presiden PAS

Kenapa Rompin Mengundi Dulu Berbanding Permatang Pauh?

Posted: 16 Apr 2015 03:49 AM PDT

shahbudindotcom


Berbanding di Rompin, pilihanraya kecil Parlimen Permatang Pauh dilihat amat penting dan bakal menentukan perjalanan seterusnya fasa politik negara, terutama yang melibatkan masa depan Najib.

Pentingnya Permatang Pauh kepada Najib, UMNO dan BN sehingga SPR sendiri menentukan hari pengundiannya ialah pada 7 Mei iaitu dua hari selepas pengundian di Rompin pada  5 Mei.

Keadaan ini terlihat pelik kerana pewartaan kekosongan kerusi Parlimen Permatang Pauh sebenarnya ialah pada 16 Mac apabila Lembaga Pengampunan menolak petisyen yang dikemukakan oleh keluarga Anwar Ibrahim pada 24 Februari lalu sedangkan nahas helikopter yang menyebabkan kematian Ahli Parlimen Rompin, Jamaluddin Jarjis ialah pada 4 April.

Secara logik, berdasarkan hukum akal, mengikut tertib dan kebiasaan, tentulah pilihanraya kecil Permatang Pauh sepatutnya diadakan terlebih dahulu berbanding Rompin.

Lebih-lebih lagi SPR juga mengadakan mesyuarat untuk menentukan tarikh pilihanraya Permatang Pauh adalah pada 8 April manakala mesyuarat untuk menentukan tarikh Rompin pula ialah pada 10 April.

Setidak-tidaknya boleh juga diadakan tarikh penamaan calon dan pengundian secara serentak di kedua-dua kawasan itu.

Tetapi dalam mesyuarat 8 April itu, SPR menentukan hari pengundian di Permatang Pauh pada 7 Mei dan kemudian pada mesyuarat 10 April pula, SPR memilih tarikh pengundian untuk Rompin ialah pada 5 Mei.

Walaupun SPR memberi alasan pengundian di Rompin tidak dapat diadakan serentak dengan Permatang Pauh pada 7 Mei kerana hari tersebut merupakan Hari Hol yang merupakan cuti umum bagi negeri Pahang, persoalan yang timbul ialah kenapa tarikh lebih awal yang dipilih dan bukannya tarikh selepas 7 Mei? Kenapa pengundian di Rompin tidak diadakan pada 9 atau 10 Mei?

Ternampak sedikit pelik dan ajaib di sini. Kenapa tarikh pengundian di Rompin diawalkan berbanding Permatang Pauh sedangkan pewartaan kekosongan kerusinya lebih kemudian dan mesyuarat SPR juga dua hari lebih lewat daripada itu? Apa muslihat tarikh awal itu?

Di sinilah sebenarnya pentingnya keputusan pilihanraya Permatang Pauh itu kepada percaturan masa depan Najib. UMNO dan BN secara umumnya sedar mereka tiada masalah untuk menang di Rompin kerana majoriti yang dimenangi oleh Jamaluddin Jarjis dalam pilihanraya lalu adalah 15,114 undi. Rompin juga kubu kuat BN dan pembangkang tiada kekuatan di situ.

Kemenangan di Rompin yang sudah boleh diramalkan itu dijangka akan digunakan  sebagai "psywar" atau perang saraf untuk mengajak pengundi Permatang Pauh agar turut sama memilih BN, kalau pun tidak memberikan kemenangan, sekurang-kurangnya ia diharapkan mampu mengurangkan majoriti kemenangan PKR di kerusi itu.

Selepas keputusan Rompin nanti, berduyun-duyunlah pemimpin UMNO bercakap memuji dan menyanjung kepimpinan Najib yang kononnya masih diperlukan dan diterima oleh pengundi.

Mungkin nampak mustahil untuk UMNO dan BN menang di Permatang Pauh berdasarkan isu-isu semasa seperti serangan Tun Mahathir kepada Najib, GST, simpati kepada Anwar dan sebagainya serta berdasarkan majoriti PKR 11,721 undi pada pilihanraya umum lalu tetapi dapat mengurangkan majoriti undi di kubu kuat PKR sudah memadai untuk menunjukkan Najib dan UMNO masih diterima baik oleh pengundi.

Dengan kejayaan mengekalkan kemenangan di Rompin, mungkin dengan majoriti lebih besar dan disertai pula kemampuan mengurangkan majoriti undi PKR di Permatang Pauh, ia juga akan digunakan sebagai "modal utama"  untuk menafikan dakwaan Tun Mahathir bahawa Najib semakin ditolak oleh rakyat pelbagai kaum dan lebih mungkin membawa BN kalah dalam pilihanraya akan datang.

Itulah sebab sebenarnya mengapa pengundian di Rompin perlu diadakan terlebih dahulu berbanding Permatang Pauh.

Sekiranya semua perancangan itu berjaya dilakukan, percayalah, selepas ini, Tun Mahathir  juga akan dibelasah dan dihentam cukup-cukup oleh pimpinan UMNO kerana dakwaannya sebelum ini bahawa BN akan kalah ternyata meleset dan tidak benar sama-sekali.

Serangan dan kecaman Tun Mahathir kepada Najib selama ini juga dianggap tidak bernilai lagi. Bahkan jika bekas Perdana Menteri itu mahu terus menekan Najib selepas itu, lebih mudah bagi UMNO untuk menangkis dan menjawabnya.

Dalam hal ini, jika PR ingin melihat serangan Tun Mahathir kepada Najib terus relevan dalam fasa-fasa berikutnya, mereka tiada pilihan selain memastikan calon PKR di Permatang Pauh bukan saja menang dengan jumlah undi yang tidak jauh berbeza dengan dahulu, tetapi lebih baik jika dengan majoriti lebih besar lagi. 


Hudud, GST antara isu dibangkit di Permatang Pauh

Posted: 16 Apr 2015 03:43 AM PDT


 Dr Afif Bahardin Dr Afif Bahardin
 
 
 
GEORGETOWN - Selain hudud, beberapa isu besar akan dibangkitkan dalam kempen PRK Permatang Pauh ​termasuk pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST).

Timbalan Ketua ​A​MK, Dr Afif Bahardin ​berkata, semuanya akan disebarkan kepada pengundi di kawasan berkenaan agar mereka lebih jelas berkaitan pelbagai isu terkini yang berlaku di negara ini.

"Saya akui dalam PR sendiri, memang banyak isu yang diperbincangkan bukan sekadar hudud​.

"Sa ​ya percaya ada isu yang lebih besar iaitu GST. Ia satu isu yang menjadi kebimbangan rakyat ketika ini," katanya​ kepada media, hari ini.

​ Beliau yang juga Adun Seberang Jaya, ​salah satu dari tiga kerusi Dun dalam Parlimen Permatang Pauh berkata, PR masih mengamalkan pendekatan berbincang dan berbahas jika tercetus sesuatu isu.

​Menurutnya, amalan itu tidak pernah diketepikan kerana tidak ada mana-mana parti yang dominan dalam PR.

"Kekuatan dalam PR adalah setiap isu yang dibincang secara ​bersama ketiga-tiga parti adalah sama.

"Kita akan duduk sekali untuk bincang dan bahas, itu adalah amalan PR sejak dulu lagi. Tidak ada parti yang dominan antara satu sama lain, itu sangat jelas," katanya

Dr ​Afif berkata, untuk PRK Permatang Pauh, semua parti berpadu tenaga untuk memastikan kemenangan PR.

"Di peringkat Pulau Pinang, mesyuarat jawatankuasa sekretariat PR dimulakan sejak kes Datuk Seri Anwar Ibrahim diputuskan pada 10 Februari lagi. Kita bertemu dan adakan mesyuarat, gerak kerja dijalankan bersama.

"Untuk PRK ini, semua parti beri komitmen penuh malah Adun Permatang Pasir, Datuk Sallehman Mat Aji sendiri mengetuai Dun Permatang Pasir untuk Pas dalam membantu PKR. Tiada istilah tidak sokong mana-mana calon yang dipilih," katanya.

​ Beliau berkata demikian ketika mengulas kenyataan Ketua Penerangan Pas Permatang Pauh, Jamsari Samad yang meny​ebut penyokong parti Islam itu akan menolak pencalonan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail ​untuk PRK Permatang Pauh pada 7 Mei nanti.

Jamsari berkata, penolakkan itu dibuat dengan alasan presiden PKR menolak pelaksanaan hukum hudud.

Dr Afif be​rkata, bukan hanya di Permatang Pauh​ ketiga-tiga parti memberi komitmen apabila adanya PRK.

"Kesemua parti dalam PR memberi komitmen sepenuhnya. Malah semua PRK yang kita hadapi selepas 2013 sebagai contoh di Teluk Intan, Pengkalan Kubor dan Kajang, semua turun padang membantu,

"Semua PRK kita hadapi dengan menganggap parti yang dipilih itu adalah mewakili PR dan calon yang dipilih juga mewakili PR," katanya.


Zahid: 95 ditahan kerana disyaki terlibat IS

Posted: 16 Apr 2015 03:41 AM PDT

SINAR HARIAN

IS Gambar hiasan
 
 
 
SERDANG - Polis menahan 95 rakyat Malaysia yang berpotensi menjadi pengganas dan terlibat dalam kumpulan militan IS setakat ini, kata Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
  
Beliau berkata, bilangan itu bertambah daripada 93 orang pada 6 April ketika pembentangan Rang Undang-Undang Pencegahan Keganasan (Pota) 2015 kepada 95 orang.
  
Beliau berkata, pihak polis sedang melakukan pemantauan terhadap individu dan kumpulan yang disyaki terlibat dalam IS melalui sosial media dan alam maya yang menjadi saluran komunikasi antara ahli-ahli kumpulan militan.
  
"Kita menghantar pasukan risikan untuk memantau kegiatan mereka..kita tidak boleh tangkap mereka begitu sahaja tanpa menyiasat mereka," katanya kepada pemberita selepas mengahdiri Majlis Penyampaian Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Kementerian Dalam Negeri 2014 hari ini.
  
Seramai 395 warga KDN dan agensi di bawahnya menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang.  Turut hadir Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar dan Ketua Setiausaha KDN, Datuk Alwi Ibrahim.
  
Sementara itu, Ahmad Zahid berkata, Interpol Global Complex for Inovation Inauguration yang berpusat di Singapura akan meningkatkan kerjasama antara Asia dan membantu Aseanapol dalam memerangi jenayah siber di rantau ini.
  
Beliau yang mengunjungi pusat itu yang baru dilancarkan itu dua hari lepas berkata jenayah siber menjadi cabaran baharu kepada polis dan badan penguat kuasa lain di rantau ini dan kewujudan Interpol boleh membantu Aseanapol.
  
"Masih ada negara-negara yang berfikiran analog tetapi penjenayah menggunakan cara-cara digital. Oleh itu, pemikiran dan pengguna analog kena tukar kepada digital kerana kita perlu mengakali mereka.
  
"Komitmen negara Asean dan Asia harus diterjemahkan bukan sekadar peralatan tetapi juga memberikan latihan kepada pegawai dan anggota polis di negara di rantau ini.
  
"Kita juga boleh berkongsi maklumat dan laporan siasatan kerana penjenayah mempunyai rangkaian antarabangsa," katanya. - Bernama


Ehh...Najib Dah Menang Ke Lawan Mahathir Sampai Dijulang Ni?

Posted: 16 Apr 2015 12:17 AM PDT

shahbudindotcom


Tidak cukup dengan menzahirkan sokongan penuh, menjerit slogan "Lawan Tetap Lawan" dan menyanyikan lagu "Inilah Barisan Kita", Pemuda UMNO bertindak lebih ke depan dalam kemelut politik yang sedang berlaku sekarang dengan bertindak menjulang Perdana Menteri, Najib Razak.

Aksi itu diperlihatkan selepas Najib mengadakan pertemuan dengan pemimpin Pemuda UMNO seluruh negara di PWTC semalam bagi menjelaskan pelbagai isu seperti 1MDB, Altantuya dan sebagainya yang menjadi asas serangan bertali arus oleh Tun Mahathir.

Tetapi menjulang Najib selepas pertemuan itu menimbulkan lebih banyak persoalan daripada sekadar bertujuan menunjukkan sokongan. 

Perlukah Pemuda UMNO berlebih-lebihan sehingga ke peringkat menjulang Najib?

Najib hakikatnya tidak boleh dijulang sebab beliau tidak menang sebarang pertandingan dan belum juga menang dalam pertembungannya dengan Tun Mahathir. 

Apakah tujuan Pemuda UMNO berbuat demikian sebagai suatu provokasi agar Tun Mahathir terus menyerang Najib lagi?

Apatah lagi apabila Tun Mahathir menyatakan beliau hanya berseorangan dalam tindakannya mengkritik dan membangkitkan pelbagai isu mengenai kepimpinan Najib Razak. Nampak macam Pemuda UMNO ada baeek punya strategi!!

Sebagai orang yang pernah dimusuhi oleh Tun Mahathir dalam era kepimpinan Tun Abdullah sebelum ini, tindakan Pemuda UMNO yang dipimpin KJ menjulang Najib juga mungkin digambarkan berunsur ingin membalas dendam lama dan "ada udang di sebalik batu".

Bukankah lebih natural jika sekadar bertemu, mendengar penjelasan dan menyatakan sokongan saja?

Pemuda UMNO dalam masa yang sama juga, menurut KJ, berpuas hati dengan penjelasan Najib  dalam pertemuan itu tetapi tidak dijelaskan dengan lebih lanjut sejauh manakah detail dan mendalamnya penerangan oleh Najib itu. 

Namun, mengambil kira kemunculannya dalam temubual dengan TV3 sebelum  ini, penjelasan Najib ternyata masih jauh daripada memuaskan hati rakyat.

Selain ramai yang beranggapan demikian, Tun Mahathir juga dalam tulisan terbaru di blognya membangkitkan perkara yang sama. Kata bekas Perdana Menteri, Najib bukan saja tidak menjawab persoalan pokok yang ditanyanya, bahkan jawapannya lebih menimbulkan kekeliruan.

Jadi, apa sebabnya penjulangan itu dilakukan? Apakah ianya suatu sindiran kepada Najib? 

Ohh! Barangkali sebab itu Najib dilaporkan merah padam mukanya apabila dijulang sebegitu rupa?

Mungkinkah Najib juga keliru mengapa beliau dijulang? Atau Najib dapat merasakan penjulangan itu suatu sindiran dan hanya mahukannya lebih bergasak dengan Tun Mahathir?

Di mata umum pula, tindakan Pemuda UMNO menjulang Najib hanya menambahkan lagi kebencian yang sedia ada. Di ketika ini Najib sebenarnya, selain perlu menjawab banyak persoalan, juga seharusnya lebih memperlihatkan watak rendah diri dan merakyatkan kepimpinannya.

Ini kerana melalui serangan dan kritikan yang ditujukan kepadanya itu, rakyat bukan saja gelisah dengan pemborosan dan kemewahan tetapi juga sedang marah dengan pelbagai beban dan kenaikan sara hidup yang mereka alami.

Namun Pemuda UMNO telah meninggikan lagi kedudukan Najib dengan tindakan menjulangnya itu.

Apakah Pemuda UMNO, di mana ketika mulut menyatakan sokongan tetapi sebenarnya bertindak bertentangan iaitu mahukan Najib makin dibenci dan dijauhi?

Siapa Akan Ganti JJ Sebagai Strategis PM?

Posted: 16 Apr 2015 12:05 AM PDT


A Kadir Jasin

UPDATE, 14 April – SATU lagi persoalan. Adalah tanpa JJ, kaedah komunikasi Mohd Najib akan bertambah baik atau makin buruk? Temu ramah TV beliau yang kononnya untuk menjawab semua soalan dikatakan tidak menjawab apa-apa. SOAL TAK JAWAB, kata Tun Dr Mahathir dalam post terbaru blognya. (Baca di sini).

Pemuda Umno pula "usung" Perdana Menteri. Tapi jaga-jaga. Macam tak "steady" saja! Silap-silap Saudara Khairy Jamaluddin jadi Ketua Pembangkang termuda dalam Dewan Rakyat.


Usung jangan tak usung, tapi nampak tak berapa "steady"
POSTING ASAL



DENGAN maaf dan tanpa prejudis. Saya tidak menulis apa-apa mengenai kematian tragik (Tan Sri) Jamaluddin Mohd Jarjis pada 4 April lalu sebab saya kenal beliau lama dan boleh dikatakan rapat juga.

Kali terakhir saya berjumpa beliau beberapa bulan lalu kerana beliau ingin menceritakan kepada saya mengenai Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) Berhad yang beliau adalah pengerusinya.

Masalahnya apabila kita kenal seseorang dan dia meninggal dunia secara tragik, kita akan mendapati sukar memilih bahasa yang sesuai untuk meluahkan perasaan kita dan menceritakan apa yang kita tahu.

Saya mengenali beliau sebagai jurutera muda dan pensyarah Universiti Malaya kerana minat beliau dalam politik dan kesediaan beliau memberi pandangan mengenai isu-isu semasa.

Imej beliau dibantu oleh hakikat bahawa bapanya, yang dikenali di kalangan wartawan jenayah sebagai "Tuan" Mohd Jarjis, pernah menjadi Ketua Polis Negeri Pahang dan Terengganu, dan apabila bersara menjadi pensyarah sambilan di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Saya berasa perlu menulis rencana lebih seminggu selepas pemergian JJ kerana seorang kawan yang boleh dikira akrab dengan Allahyarham berkata saya wajar menulis mengenai beliau, tetapi dengan mengkhususkannya kepada peranan beliau sebagai ketua turus de facto Perdana Menteri (Datuk Seri) Mohd Najib Abdul Razak.

JJ Sebagai Chief of Staff PM

 

Jadi kami berbincang mengenai siapa JJ kepada Mohd Najib. Kata kawan saya itu, peranan (dan jasa) JJ wajar dicatatkan untuk diketahui dan diadili oleh umum.
Kesimpulan yang boleh saya buat hasil daripada perbincangan dengan kawan saya itu dan daripada sumber-sumber lain ialah JJ adalah strategis, penasihat, sahabat dan "family friend" nombor satu Perdana Menteri.

Beliaulah yang merangka dan melaksanakan dasar komunikasi dan penjenamaan (branding) Perdana Menteri yang melahirkan pemerintahan ala Presiden Amerika (American presidential style) oleh Mohd Najib. Sekali gus acuan itu menjadikan JJ ketua turus (chief of staff).

Sebab itulah kita lihat Mohd Najib memerintah seolah-olah beliau seorang presiden dengan barisan kakitangan, penasihat dan pegawai khas sendiri. Gaya pentadbiran ini memisahkan beliau daripada parti dan, dalam hal-hal tertentu – seperti 1Malaysia Development Berhad – memisahkan beliau daripada Kabinet. Sedangkan sistem kita adalah sistem ala Westminster.

Tidak hairanlah kalau agensi berita Perancis, L'Agence France-Presse (AFP) dalam laporannya mengenai kematian JJ menyebut JJ sebagai Chief of Staff Perdana Menteri. Bagi saya jolokan itu amat tepat sekali walaupun jawatan itu tidak wujud dalam tatanama (nomenclature) perjawatan Jabatan Perkhidmatan Awam.

JJ rakan nombor satu AS di Malaysia

Dalam kapasiti sebagai ketua turus itulah beliau menentukan segala tindak-tanduk Perdana Menteri dengan melaksanakan apa yang beliau pelajari mengenai pentadbiran ala White House (Rumah Putih) ketika menjadi duta ke Amerika Syarikat antara tahun 2009 dan 2012.

Perlu disebutkan juga bahawa JJ ada sahabat nombor satu Amerika Syarikat di Malaysia. Bendera di Kedutaan Amerika di ibu negara dikibarkan separuh tiang pada 5 April bagi menghormati beliau.
Kawan JJ itu memberitahu saya, beliau mengasaskan perhubungan akrab Malaysia-Amerika atas landasan bahawa musuh bersama Malaysia dan Amerika adalah China. 

Separuh tiang cara Kedutaan Amerika tunjuk hormat

Strategi JJ Tonjolkan Mohd Najib

 

Beliau berperanan merangka strategi politik dan pentadbiran Mohd Najib. Manifestasi kepakaran (handiwork) beliau ialah kempen Pilihan Raya Umum 2013 di mana Mohd Najib ditonjolkan sebagai simbol utama.

Maka timbullah slogan-slogan seperti "I Love PM" dan "Sokong Saya Undi BN" serta penggunaan media baru seperti Facebook dan Twitter untuk mempromosikan Perdana Menteri. Dalam kempen PRU 2013 peranan Umno dan BN tidak menonjol kononnya Mohd Najib lebih laku daripada Umno atau BN.

Itulah kaedah yang digunakan oleh para strategis Presiden Barrack Obama ketika Pilihan Raya Presiden Amerika tahun 2008 di mana Obama menang besar. 


JJ dikatakan pencetus slogan "I Love PM"
Allahyarham pernah membuat panggilan telefon kepada saya dari Washington DC bagi menyatakan betapa berlainannya Obama berbanding Presiden-Presiden Amerika sebelum itu. Serta-merta kami berbeza pendapat.

Tetapi strategi yang sama yang beliau gunakan bagi pihak Mohd Najib tidak berhasil. Barisan Nasional hampir kalah dilanda Tsunami Cina (meminjam ungkapan Mohd Najib) dan banyak pihak, termasuk (Tun) Dr Mahathir Mohamad dan (Tun) Daim Zainuddin, secara terbuka berkata prestasi buruk BN berpunca daripada kesilapan strategi oleh "penasihat half-past six".

Namun hampir tidak ada siapa menuding jari ke arah JJ. Sebaliknya beliau menjadi lebih berpengaruh dan disanjung oleh Mohd Najib dan digeruni oleh orang di sekeliling Perdana Menteri. Hatta Umno dikatakan mendengar cakap beliau.

PM Hilang Orang Kanan 

 

Kawan JJ itu berkata, kematian tragik beliau memberi kesan besar kepada pentadbiran Pejabat Perdana Menteri (PMO).

Apatah lagi turut terkorban ialah Ketua Setiausaha Sulit Perdana Menteri, (Datuk) Azlin Alias. JJ dan Azlin ibarat jari dengan kuku.

Selain memegang kunci kepada jentera politik, propaganda dan penjenamaan Mohd Najib, Allahyarham juga diketahui memainkan peranan penting dalam pembiayaan politik (political funding) Perdana Menteri. 

Jadi siapakah yang akan menggantikan beliau sebagai operator nombor satu PMO dan sejauh manakah pembiayaan politik Perdana Menteri terjejas akibat kematian mengejut beliau?

Ada pihak mengatakan Setiausaha Agung Umno merangkap Menteri Wilayah Persekutuan, Tengku (Teuku) Adnan Mansor mungkin mengisi kekosongan itu. Ini berdasarkan kenyaringan beliau membela dan mempertahankan Perdana Menteri.

Namun saya kurang yakin dengan ramalan ini. Rasanya sukar bagi Mohd Najib mencari pengganti serupa JJ.

Ada orang yang tahu mengenai Perdana Menteri atau yang telah melihat gerak-geri beliau selepas kematian JJ mengatakan kesan emosi dan fizikal terhadap Mohd Najib sangat jelas.

Wallahuaklam.

Kereta dihimpit, anggota polis patah tangan

Posted: 15 Apr 2015 11:59 PM PDT

ANTARAPOS.COM


Post Pic
 
 
 
BUTTERWORTH: Dua anggota polis cedera apabila kereta peronda (MPV) yang dinaiki mereka terbabas dan melanggar tiang rumah setelah dihimpit sebuah van di Jalan Seri Ara 1, di Butterworth semalam.
 
Seorang daripada anggota polis itu patah tangan kiri manakala rakan setugasnya cedera di jari telunjuk kiri.
 
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara ACP Abdul Rahman Ibrahim berkata dalam kejadian pada pukul 6 pagi itu, dua koperal polis yang sedang melakukan rondaan dengan kenderaan MPV cuba menahan van berkenaan yang dilihat dalam keadaan mencurigakan.
 
"Seorang daripada anggota polis itu turut melepaskan tembakan amaran ke arah van itu selepas pemandu van beberapa kali menghimpit MPV polis.
 
"Van itu turut terbabas dan melanggar sebuah kereta, tetapi pemandu van dapat melarikan diri," katanya di sini hari ini.
 
Beliau berkata semakan awal mendapati van berkenaan dilapor hilang di Sungai Nibong, dekat Butterworth baru-baru ini.
 
Abdul Rahman berkata dua anggota polis berusia 48 dan 52 tahun itu dihantar ke Hospital Seberang Jaya.
 
"Terdapat CCTV di kawasan itu dan polis sedang menelitinya untuk siasatan lanjut," katanya sambil meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu supaya menghubungi balai polis berhampiran bagi membantu siasatan.
 
 

Projek LRT pertama di Pulau Pinang dilaksana 2016

Posted: 15 Apr 2015 11:57 PM PDT

ANTARAPOS.COM


Post Pic
 
 
 
GEORGETOWN: Pulau Pinang telah bersedia untuk melaksanakan projek LRT sulungnya sepanjang 17.5km yang menghubungkan Komtar dengan Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang.
 
Dengan pembinaan yang dijadual bermula tahun depan, projek bernilai RM4.5 bilion itu merupakan sebahagian daripada pakej penyelesaian untuk pulau tersebut yang telah sekian lama berdepan masalah trafik.
 
Projek LRT ini, yang dijangka akan dianugerahkan pada bulan Jun bakal menandakan pelaksanaan Pelan Induk Pengangkutan Awam Pulau Pinang bernilai RM27 bilion yang telah lama ditunggu-tunggu direalisasikan, yang juga termasuk lebuh raya 25km menghubungkan Bayan Lepas dan Tanjung Bungah.
 
Menurut sumber yang boleh dipercayai, Gamuda Bhd, IJM Corp Bhd, dan sebuah syarikat Cina telah disenarai pendek untuk melaksanakan projek-projek, yang sebahagian besarnya akan dibiayai melalui hak tebus guna tanah di negeri ini.
 
LRT dan lebuh raya baharu akan dibina menggunakan konsep Rakan Penghantaran Projek (PDP) di mana PDP akan campur tangan untuk menyelesaikan masalah yang perlu jika bahagian pembinaan gagal memenuhi kriteria pembinaan.
 
Dalam kes di Pulau Pinang, jika salah sebuah daripada syarikat dari Malaysia mendapat anugerah projek, ia mungkin perlu bekerjasama dengan syarikat Cina, terutamanya dalam pembinaan projek LRT.
 
Ia menampakkan seolah-olah syarikat Cina perlu memenangi kontrak tersebut.
 
 

PRK Rompin: Inap desa cecah RM2,800 sehari

Posted: 15 Apr 2015 11:56 PM PDT

ANTARAPOS.COM


Post Pic
 
 
 
ROMPIN: Bahang Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Rompin kini mulai terasa apabila kenderaan bernombor pendaftaran luar membanjiri jalan raya sekitar bandar ini yang terkenal dengan jolokan nama 'Bandar Udang Galah'.
 
Beberapa jalan utama dan kedai makan di sekitar Rompin turut sesak berbanding hari-hari biasa dan di sana sini kedengaran orang sibuk mencari hotel dan inap desa, sama ada dalam kalangan jentera parti kerajaan, pembangkang mahupun agensi terlibat dengan PRK pada 5 Mei ini.
 
"Semuanya penuh, jangan kata nak mencari bilik hotel atau resort, inap desa yang paling dekat ada sekarangpun ialah kat Endau, Johor iaitu kira-kira 40 kilometer perjalanan dari bandar Rompin," kata Nazirul Ahmad, 41, seorang anak jati Rompin.
 
Katanya, rumah sewa, inap desa, serta hotel di sekitar daerah ini yang dahulunya agak 'sendu' permintaannya kini berubah secara mendadak sebaik sahaja kematian Allahyarham Tan Sri Dr Jamaluddin Jarjis yang juga Ahli Parlimen kawasan itu dalam nahas helikopter di Semenyih pada 4 April lepas.
 
Menyedari akan berlaku PRK di kawasan itu, katanya beberapa pihak dikesan bertindak sebagai 'brooker' menempah inap desa di bandar ini dalam kuantiti yang banyak daripada pemilik asal.
 
Beliau berkata, mereka kemudian menyewakannya kepada orang lain dengan harga yang lebih mahal untuk mengaut keuntungan.
 
"Kebiasannya pemilik asal hanya sewa antara RM150 dan RM200 sehari bergantung kepada kemudahan yang disediakan, namun sekarang paling murah pun RM600 hingga RM800 sehari," katanya di sini hari ini.
 
Difahamkan ada dalam kalangan pemilik rumah di bandar tersebut, sanggup untuk keluar dari rumah mereka sendiri semata-mata untuk disewakan dengan harga RM2,800 sehari.
 
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan PRK Rompin pada 5 Mei, pencalonan pada 22 April dan pengudian awal pada 30 April ini.
 
Sementara itu, Pengurus Jualan Rompin Beach Resort Shamsul Kamal Ismail berkata, tempahan hotel di sekitar daerah itu sudah mula penuh sejak minggu lepas.
 
"Sebelum pengumuman Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), kita menerima banyak panggilan telefon untuk tempahan, tetapi kebanyakannya tidak mempunyai tarikh yang tetap.
 
"Namun sebaik sahaja pengumuman dilakukan, lebih banyak panggilan diterima menyebabkan kakitangan hotel tidak menang tangan untuk melayannya dan terpaksa menolaknya kerana bilik sudah penuh," katanya.
 
Beliau berkata, kesemua lebih 100 bilik di hotel berkenaan telah penuh ditempah bermula 17 April hingga 6 Mei depan.
 
Katanya, hampir setiap hari sehingga hari ini masih ada individu dan kumpulan yang datang bertanyakan kekosongan di resort berkenaan.
 
Pembantu Pengurus Bahagian Jualan Lanjut Golden Beach & Golf Resort Kuala Rompin Mohd Azrei Fathourahman berkata hampir kesemua 86 unit penginapan yang mempunyai lebih 100 buah bilik penuh bermula tarikh berkenaan.
 
"Kebanyakan bilik telah ditempah secara berkumpulan dan kami masih mengekalkan harga biasa tanpa kenaikan kecuali pada 1 Mei terdapat sedikit tambahan," katanya.
 
 

Ahli PAS Permatang Pauh tolak Wan Azizah kerana tidak sokong hudud, lapor akhbar

Posted: 15 Apr 2015 11:51 PM PDT

THE MALAYSIAN INSIDER


Pendirian Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mengenai rancangan hudud PAS menyebabkan akar umbi PAS di Permatang Pauh menolak pencalonannya, menurut seorang pemimpin PAS kawasan itu. – Gambar The Malaysian Insider, 16 April, 2015.Pendirian Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mengenai rancangan hudud PAS menyebabkan akar umbi PAS di Permatang Pauh menolak pencalonannya, menurut seorang pemimpin PAS kawasan itu. – Gambar The Malaysian Insider




Seorang pemimpin PAS Permatang Pauh berkata penyokong parti Islam itu akan menolak pencalonan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail pada pilihan raya kecil (PRK) yang diadakan 7 Mei kelak, dengan alasan presiden PKR itu menolak pelaksanan hukum hudud.

"Kami bekerja bertemu rakyat, apabila ada suara-suara yang kononnya PKR akan meletakkan Wan Azizah sebagai calon, mereka tidak bersetuju.


"Wan Azizah juga pernah mengeluarkan kenyataan yang beliau menolak hudud sebelum ini, kena faham situasi di Permatang Pauh, di sini banyak madrasah dan sekolah agama di sini, dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh Wan Azizah menyebabkan mereka tidak mahu beliau menjadi calon," kata Ketua Penerangan PAS Permatang Pauh Jamsari Samad, seperti dilaporkan Sinar Harian hari ini. Jamsari berkata, PAS mempunyai 30 cawangan di Permatang Pauh dan suara tidak puas hati itu dinyatakan semua wakilnya.

Sementara itu, Pemuda PAS Pulau Pinang pula memberi bayangan akan memboikot kempen PKR di Permatang Pauh sekiranya PKR dan DAP tidak menarik balik kritikan terhadap presiden mereka, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, ekoran tidak berpuas hati dalam isu hudud dan kerjasama dengan Umno.

"Kami sengaja tidak mahu menyertai jentera PKR bagi PRK Permatang Pauh kerana desakan kami supaya AMK dan DAPSY menarik balik kenyataan tidak dilayan sehingga sekarang," Ketua Pemuda PAS Pulau Pinang Mohd Yusni Mat Piah memberitahu Berita Harian hari ini, merujuk kepada Pemuda PKR dan DAP, sambil mendesak kedua-dua mereka menarik balik kenyataan jika mahu PAS membantu dalam PRK Permatang Pauh.

PRK Permatang Pauh diadakan berikutan keputusan Lembaga Pengampunan menolak petisyen pengampunan diraja dipohon keluarga Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang dipenjara lima tahun selepas disabitkan kesalahan meliwat bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Pada Pilihan Raya Umum ke 13 (PRU13) lalu, Anwar memenangi kerusi Permatang Pauh dengan majoriti 11,721 menewaskan calon Barisan Nasional (BN), Dr Mazlan Ismail dan calon Bebas, Abdullah Zawawi Samsudin.

Pada 2008, Dr Wan Azizah mengosongkan kerusi Parlimen Permatang Pauh bagi memberi laluan kepada suaminya, Anwar untuk bertanding kerusi tersebut.

Tindakan itu menyebabkan Dr Wan Azizah hilang kelayakan bertanding mana-mana pilihan raya selama lima tahun.

Bekas menteri Sarawak dinamakan dalam laporan rasuah balak

Posted: 15 Apr 2015 11:39 PM PDT

;OLEH ELIZABETH ZACHARIAH DAN DESMOND DAVIDSON


Seorang bekas menteri Sarawak dikatakan terlibat dalam pemusnahan hutan semula jadi Sarawak bagi dijadikan ladang kelapa sawit, menurut laporan Agensi Penyiasatan Alam Sekitar (EIA). – Gambar EIA, 16 April, 2015.Seorang bekas menteri Sarawak dikatakan terlibat dalam pemusnahan hutan semula jadi Sarawak bagi dijadikan ladang kelapa sawit, menurut laporan Agensi Penyiasatan Alam Sekitar (EIA). – Gambar EIA.



"Rasuah hutan" di Sarawak dikaitkan dengan pelan pembesaran syarikat dikatakan terlibat "membersihkan" sejumlah besar hutan hujan di Peru, menurut Agensi Penyiasatan Alam Sekitar (EIA) yang menamakan bekas menteri Sarawak Tan Sri Leonard Linggi sebagai tokoh utama dalam struktur rumit pemilikan korporat tersebut.

Pemilikan dan pelaburan yang "membersihkan" sebahagian besar hutan semula jadi Sarawak untuk dijadikan ladang kelapa sawit dikatakan memberi dana kepada Dennis Melka, ketua pegawai eksekutif syarikat United Cacao yang disenaraikan di Bursa Saham London (LSE), mengumpulkan tanah hutan di Peru dan membersihkannya untuk perladangan, kata EIA.

Dalam laporan siasatannya baru-baru ini, "Deforestation by Definition", EIA berpengkalan di London mengaitkan Linggi kepada Melka, mendedahkan kedua-duanya sebagai pengarah Asian Plantations Limited (APL), disenaraikan dalam Alternative Investments Market (AIM) LSE yang dijual kepada Felda Global Ventures pada 2014.


Katanya, Melka membuat keutungan melalui APL di Sarawak dan dibantu melalui hubungan politik termasuk Linggi. Menurut laporan itu, bekas ahli Parlimen Kapit itu masih mempunyai kepentingan dalam APL melalui anak syarikat lain.

Laporan yang menumpukan empayar perniagaan Melka dan sasarannya bertujuan menyedarkan kerajaan dan bakal pelabur di Peru mengenai jejak wang dan pautan dengan rasuah hutan di Sarawak.

EIA menamakan Linggi selepas siasatan badan bukan kerajaan (NGO) alam sekitar seperti Global Witness dan Bruno Manser Fund yang cuba mendedahkan rasuah balak di Sarawak.

"Kejayaan APL dan keuntungan bermula dengan pemberian tanah hutan berharga oleh kerajaan negeri Sarawak, di bawah pimpinan (bekas) ketua menteri kepada sekutu politik dan ahli keluarga lebih rendah daripada harga pasaran.

"Pemberian tanah hutan kerajaan negeri untuk pertanian di bawah harga pasaran sama seperti mencuri sumber bersama rakyat Malaysia," kata laporan EIA, NGO antarabangsa ditubuhkan 26 tahun lalu untuk melawan dan membongkar jenayah alam sekitar.

Dalam laman sesawangnya, EIA berkata ia didanai derma awam dan pelbagai geran.

"Mencuri tanah hutan awam bukan perkara baharu di Sawarak. Ahli akademik sudah mengambil perhatian, sejak tahun 1970-an, Leonard Linggi, pengerusi APL, ahli keluarganya terdekat, dan pemimpin-pemimpin politik lain memperolehi konsesi pembalakan sebagai balasan bantuan politik kepada pemimpin-pemimpin yang memerintah Sarawak - dan seterusnya mendapat keuntungan daripada konsesi ini secara besar-besaran."

Linggi yang kini berumur 70-an, merupakan bekas setiausaha politik parti pemerintah Sarawak Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB).

Anaknya, Datuk Alexander Nanta Linggi sekarang ini merupakan ahli Parlimen Kapit dan timbalan menteri kemajuan luar bandar dan wilayah.

Linggi diterangkan dalam laporan EIA sebagai seorang yang secara "strategik" meletakkan dirinya dalam struktur politik bekas ketua menteri Sarawak, Tun Abdul Taib Mahmud dalam PBB.

"Sejak tahun 1970-an, kesetiaan kepada parti politik memerintah Sarawak diberikan ganjaran yang sangat besar dengan balak dan tanah konsesi di seluruh negeri ini," kata EIA.

"Leonard Linggi, anak seorang pemimpin tradisional kaum Iban, menerima pemberian itu, dan secara strategik menaikkan dirinya dalam struktur kuasa politik yang dipimpin Taib Mahmud."

The Malaysian Insider tidak dapat menghubungi Leonard Linggi dan cuba untuk menghubungi anaknya Alexander Nanta untuk memberi komen terhadap dakwaan EIA yang ayahnya mendapat manfaat daripada hubungan politik dengan Taib.

Alexander menjawab "tiada komen" dan berkata tidak mungkin ayahnya yang sudah bersara politik lebih 20 tahun akan memberikan respon.

Taib dituduh memperolehi berbilion ringgit hasil pembalakan haram dan rasuah semasa menjadi ketua menteri. Taib meletak jawatan pada Februari tahun lepas selepas 33 tahun berkuasa, sebelum dilantik menjadi Yang di-Pertua.

Bruno Manser Funds (BMF) yang berpengkalan di Switzerland sebelum ini menganggrkan kekayaan Taib berjumlah AS$15 bilion dan mendakwa 20 daripada ahli keluarganya mempunyai kekayaan bersama berjumlah AS$21 bilion.

Siasatan NGO antarabangsa Global Witness juga mengaitkan Taib dengan rasuah, rampasan tanah dan pengelakan cukai.

Menurut EIA, Linggi, seorang bekas menteri Sarawak, dianugerahkan tiga konsesi balak secara besar-besaran melalui syarikatnya - Rajang Wood, Keresa Timber dan Raplex - di mana beliau merupakan pengarah dan pemegang saham.

"Melalui anak syarikat milik penuhnya, Keresa Plantations Sdn Bhd, Rajang Wood - memiliki pegangan kira-kira 30% dalam APL – mempunyai nilai pasaran sebanyak RM129,620,031 (AS$38,700,000,467) pada 31 Disember, 2013.

"Pada masa APL dijual lewat 2014, pengarahnya mengisytiharkan bahawa pemegang saham awal, termasuk Rajang Wood, melalui Keresa Plantations, membuat pulangan 300% ke atas pelaburan selepas hanya 5 tahun terlibat perdagangan awam.

"Dengan cara ini, penyenaraian awam APL di AIM meningkat nilainya, dan penjualan akhir, pada dasarnya, mengumpul dana untuk syarikat-syarikat balak dikaitkan dengan rasuah hutan di Sarawak," kata laporan itu.

Walaupun laporan itu menyatakan kenyataan umum mengenai penglibatan APL di Peru adalah terhad, ia bagaimanapun dinamakan beberapa kali setakat ini, termasuk oleh Melka.

"Sebuah penerbitan berita perniagaan, Agrimoney.com, menyatakan dalam artikel pada Julai 2010, Asia Plantations memiliki sebuah anak syarikat di Peru," kata laporan EIA.

Ia juga menyatakan terdapat tanda-tanda lain mengenai penglibatan APL di Peru melalui artikel berita pada Ogos 2011 tentang pelabur merancang menggunakan wang dibuat dalam APL untuk ladang pertanian baharu di Peru, Ecuador dan Colombia.

"Pada akhir 2014, Melka muncul di segmen berita pelaburan mempromosikan pelancaran United Cacao Limited369 di AIM. Dalam penampilan itu Melka menyatakan pengurusan yang baharu ditubuhkan United Cacao Ltd. termasuk kumpulan pengurusan sama seperti APL, termasuk dirinya dan beberapa yang lain," kata laporan itu.

Semakan Pakej Harga Broadband di Malaysia Streamyx, Celcom, Digi, Umobile, Maxis. Menteri kata, 14% dan 57% Lebih Murah Daripada Harga Semasa!

Posted: 15 Apr 2015 11:27 PM PDT




Semakan Pakej Harga Broadband di Malaysia Streamyx, Celcom, Digi, Umobile, Maxis. Menteri kata, 14% dan 57% Lebih Murah Daripada Harga Semasa! : Rakyat mendesak harga Pakej harga broadband Unifi, Celcom, Digi, Maxis di Malaysia disemak semula kerana pakej harga broadband yang ditawarkan kepada pengguna sangat membebankan.

Masakan tidak, melihatkan sahaja jiran terdekat kita Singapura pakej harga broadband mereka yang ditawarkan pada kelajuan 150Mpbs hanyalah RM119 sebulan sahaja, Malaysia? 5Mbps dengan pada harga RM 157.94 termasuk dengan cukai GST. Oh…..Berita Semasa itu negara maju dan negara terkaya di dunia. Janganlah bandingkan dengan negara kota Singa. Ok Baik….


harga broadband

Kita bandingkan pula dengan jiran di sebelah utara kita negara gajah putih Thailand iaitu di sekitar Narathiwat, patani dan Yala terletak di Selatan Thailand. Di fikiran anda pasti terbayang suasana yang kacau bilau dengan orang mati ditembak dan dibom bukan? Tetapi tahukah anda di sana kebanyakannya pakai IPTV dan internet berkelajuan tinggi (10mbps unlimited) pada kadar harga RM74 atau 650 Bhat sahaja.

Mengapa negara kita yang dicanang mahu menju ke negara maju, pakej harga broadband yang ditawarkan kepada rakyat marhaen begitu tinggi?

Selepas didesak berkali-kali akhirnya berita terkini yang Berita Semasa terima Menteri akhirnya mengumumkan pakej harga broadband Unifi, Celcom, Maxis, Digi kepada anda semua. Katanya inilah tawaran pakej harga broadband selepas Menteri berhempas pulas berbincang dengan taikun-taikun berkepentingan dalam industri telekomunikasi negara. Katanya…ada pengurangan….Mari kita semak bersama-sama…

 

Senarai Semakan Pakej Harga Broadband di Malaysia Streamyx, Celcom, Digi, Umobile, Maxis

  • pakej mudah alih akan ditawarkan pada harga RM25 (data bulanan sebanyak 1GB dan sekurang-kurangnya 3G-HSPA untuk kedua-dua perkhidmatan prabayar dan pasca bayar) – 14% lebih rendah daripada harga semasa
  • RM38 sebulan untuk 1Mbps penggunaan data percuma sehingga 1GB oleh Telekom Malaysia (TM) dan TIME dotCOM – 57% lebih rendah daripada harga semasa
1Mbps RM38 – Ini baru selayaknya tawaran pakej harga broadband untuk rakyat Malaysia! Harga sekarag sampai RM110, melampau! But wait, wait…wait! Harga turun tetapi ada quota pula? 1GB!??

Ermmm….rm38 1MBps saiz kuota 1GB, tidak sampai 3 hari sudah habis. Syarikat telekomunikasi menanti anda dengan penuh gembira untuk menerima tempahan topup bandwidth daripada mereka. Jerat sudah mengena.

Jikalau mobile ada quota Berita Semasa masih boleh menerimanya. Tetapi streamyx yang fixed line pun ada quota? Rakyat Malaysia desak mohon pakej harga Streamyx dan Unifi diturunkan? Ada atau tidak menteri?

P/S : 1mbps rm38 kuota 1GB. Mengapa tidak tawarkan pakej harga broadband yang lebih murah lagi? 1mbps RM5 kuota 100mb? Ermmm….


Vanidah Imran Dilucutkan Jawatan Bendahari Seniman

Posted: 15 Apr 2015 11:24 PM PDT

RAKYATNEWS


Vanida Imran


 

Pelakon  Vanidah Imran dilucutkan jawatan sebagai Bendahari Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) kerana gagal menjalankan tugasnya termasuklah isu melarikan buku cek.

Presidennya Zed Zaidi berkata, keputusan itu dibuat selepas mesyuarat jawatankuasa yang bersidang pada Mac lalu berjaya mendapat undi majoriti daripada Ahli Jawatankuasa untuk menyingkirkan Vanidah daripada memegang jawatan berkenaan.

"Pelucutan tersebut dibuat atas sebab dia (Vanidah) tidak mendengar arahan jawatankuasa agar menyelesaikan bil tertunggak, gaji pekerja, bayaran sewaan dan lain-lain sekali gus meyukarkan pentadbiran Seniman.

"Dan jawatan tersebut kini diambil alih oleh pelakon Zarina (Raja Lawak)," katanya kepada mStar Online.

Konflik yang berlaku dalam AJK Seniman bermula apabila Vanidah 'melarikan' buku cek persatuan tersebut dan tidak memberi kerjasama kepada persatuan ketika diminta untuk mengeluarkan wang bagi menjalankan operasi serta membayar gaji pekerja.

Perbuatan Vanidah itu memaksa Zed Zaidi membuat laporan di Balai Polis Taman Melawati pada 19 Disember 2014.

Keadaan bertambah rumit apabila pada awal Januari lalu, enam AJK baharu iaitu Rashidi Ishak (Pengerusi Biro Sukan & Sosial), Datin Sofia Jane (Pengerusi Biro Pelakon), Khir Rahman (Pengerusi Biro Pendidikan Seni & Latihan), Arash Mohd (Pengerusi Biro Pemantauan & Penguatkuasaan), Sharifah Amani (Ketua Biro Seniman Muda) dan Lisa Surihani (Pengerusi Biro Sukarelawan & Penajaan) mengeluarkan kenyataan media mempertahankan tindakan Vanidah yang menyimpan buku cek itu.

Kenyataan itu turut menyentuh beberapa isu semasa berkaitan persatuan dan ahli-ahlinya termasuk beberapa hal pentadbiran yang perlu diperkemaskan termasuklah keengganan Zed Zaidi mengadakan mesyuarat selepas disuarakan oleh AJK.

Sementara itu, Zed berkata, suami Vanidah iaitu Rashidi turut menarik diri sebagai Pengerusi Biro Sukan & Sosial secara lisan dan masih belum menyerahkan surat peletakan jawatan tersebut.

Dalam pada itu, Zed menegaskan, artis yang memegang jawatan dalam persatuan harus bertanggungjawab dalam segala hal walaupun sibuk dengan kerjaya.

"Prinsip dalam persatuan senang sahaja. Kita buat kerja sukarelawan dan jika tidak boleh memberi komitmen, jangan ambil tanggungjawab jika tidak mampu kerana ia akan menyusahkan semua orang.

"Kita mahukan AJK persatuan adalah individu yang boleh buat kerja dan bukan berdasarkan populariti," tegasnya.

Dalam pada itu Vanidah yang  ketika dihubungi mStar Online enggan mengulas lanjut berhubung isu tersebut.


Kemana Perginya RM42 Bilion Wang 1MDB?

Posted: 15 Apr 2015 11:20 PM PDT

RAKYATNEWS


alt


Berikut merupakan fakta mengenai wang RM42 bilion yang dipinjam oleh 1MDB : -

1) Membeli dan memiliki 15 loji kuasa dan desalinasi di lima buah negara - dengan kapasiti penjanaan tenaga bersih 5594MW

- Mesir, Bangladesh, UAE, Sri Lanka, Pakistan dan Malaysia.
- IPP terbesar di Mesir dan Bangladesh. Kedua terbesar di Malaysia.

2) Membina 3 lagi Loji kuasa baru

- 2000MW Jimah East Power di Port Dickson (RM11b untuk kos)
- 2000MW Loji Kuasa Gas di Melaka - http://tinyurl.com/pxulqx8
- 50MW (RM1b untuk kos) Loji Solar di Kedah - terbesar di Malaysia - http://tinyurl.com/ljjar4a
- Membeli 310 ekar  tanah berharga RM300 juta di Pulau Indah untuk projek-projek yang berkaitan dengan tenaga. - http://tinyurl.com/qfw22gh

3) Membantu mengurangkan kos kuasa IPP kepada TNB sehingga separuh pada tahun 2012 setelah berunding untuk kadar yang lebih rendah bagi loji kuasa sedia ada dan baru.

- Ini telah membantu pembekuan peningkatan harga elektrik yang dijadualkan pada bulan Julai 2014, Jan 2015 dan juga membenarkan TNB untuk mengurangkan kadar elektrik pada bulan Mac 2015 (pertama kali dalam sejarah bahawa kadar elektrik dikurangkan dalam Sejarah Malaysia) mungkin dengan satu lagi pengurangan kadar elektrik pada bulan Julai 2015.

4) Mengkonsepsikan, merancang dan membangunkan  70 ekar tanah di Tun Razak Exchange (TRX) yang mempunyai Nilai Pembangunan  Kasar (GDV) sebanyak RM40 bilion

- Dijangka menarik lebih 250 syarikat global, mewujudkan 500,000 pekerjaan secara langsung dan tidak langsung

- Menjadi pusat global bagi kewangan antarabangsa, perdagangan dan perkhidmatan terutamanya bagi Kewangan Islam

- Jualan dan pembangunan Pertama adalah projek RM8b dengan syarikat terbesar di Australia, Lend Lease ditandatangani pada bulan Mac 2015 - http://tinyurl.com/knqebe2

5) Mengkonsepsikan, merancang dan membangunkan 495 ekar projek Bandar Malaysia dengan nilai pembangunan kasar RM155 bilion

- Termasuk hubungan melalui 60-90minute Keretapi Berkelajuan Tinggi ke Singapura dan MRT Kuala Lumpur (satu stesen dari TRX).

- Dijangka mempercepatkan pembangunan koridor selatan Malaysia dengan kawasan pertumbuhan satelit di Seremban, Batu Pahat, Muar, Melaka dan Bandar Nusajaya.

6) Membeli, membina dan melengkapkan lapan kemudahan ketenteraan baru untuk TUDM dan PDRM berharga RM2.7b - http://tinyurl.com/7eduhru

- Termasuk dua lapangan terbang udara baru – 500 ekar pangkalan TUDM di Sendayan dan flying wing PDRM di Subang.

7) Merancang dan membeli tanah untuk beberapa projek bagi 30.000 rumah kos rendah dan mampu milik di seluruh Malaysia - khususnya di Pulau Pinang (9999 unit rumah mampu milik dengan kos tanah RM1.3b dan Lembah Klang (20,000 unit di Bandar Malaysia). - http://tinyurl.com/ous4pcj

8) Menjalankan hampir RM400 juta projek CSR yang termasuk menghantar 2,300 orang di antara 2011 dan 2014 untuk menunaikan Haji, subsidi tayar untuk pemandu teksi di bawah TR1MA 1.0 dan 2.0, 15 tempat pemulihan untuk pelajar di Sarawak, projek bekalan elektrik dan air luar bandar dan klinik bergerak 1Malaysia. - http://tinyurl.com/q225juq

- Termasuk membaik pulih rumah lama untuk golongan miskin di bawah program Nadi Kasih pada tahun 2011, dengan kos RM90.5 juta.

9) Membina dan mendalami hubungan dengan negara-negara utama di Timur Tengah - termasuk urusan dengan Arab Saudi yang telah membantu Malaysia meningkatkan kuota haji sebanyak 20,000 jemaah haji setiap tahun dan juga membantu pelajar  kita keluar dari Mesir.

- Membangkitkan minat dan menarik berpuluh-puluh bilion pelaburan dari negara-negara asing - terutamanya daripada kerajaan dan syarikat-syarikat dari Timur Tengah ke Malaysia sejak 2009 dalam pelbagai projek 1MDB dan projek bukan 1MDB yang lain.




Laporan polis, pemilik FB didakwa ugut KM Sabah

Posted: 15 Apr 2015 11:17 PM PDT

MALAYSIAKINI


 


Pergerakan Pemuda Umno Sabah membuat laporan polis terhadap pemegang akaun facebook (FB) bernama 'Jo Nandu' berhubung tulisan dan postingnya yang didakwa mengugut serta mengancam Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman dan keluarganya.

Laporan itu dibuat oleh Naib Ketua Pemuda UMNO Negeri Ir Shahelmey Yahya bersama Ketua Pemuda Umno bahagian Kota Kinabalu, Putatan, Penampang, Kota Marudu, Kota Belud, Tuaran, Beaufort, Ranau, Kudat, Kalabakan, Sandakan dan Beluran, di Balai Polis Karamunsing semalam.

Bercakap kepada pemberita di luar balai polis Karamunsing, Shahelmey berkata Pemuda Umno Sabah memandang serius posting FB yang berupa ancaman dan ugutan keselamatan kepada ketua menteri Sabah itu.

"Justeru, Pemuda Umno Sabah mahu pihak keselamatan terutama polis menyiasatdan menangkap pemegang akaun FB tersebut dengan segera kerana telah menghina, mengancam dan mengugut pemimpin utama negeri Sabah," tegasnya. - Bernama


 

Dr M terkejut Umno sokong 'hudud PAS'

Posted: 15 Apr 2015 11:15 PM PDT

MALAYSIAKINI


 


Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad terkejut dengan pendirian Umno Kelantan menyokong rang undang-undang hudud dibentang PAS dalam dewan undangan negeri baru-baru ini.

Menulis dalam blognya, Dr Mahathir berkata, hudud dibawa PAS itu tidak menepati kehendak Islam kerana tidak mempertahankan keadilan seperti dituntut dalam al-Quran.

Selain mempertikaikan peruntukan hukuman yang ditetapkan dalam rang undang-undang itu, Dr Mahathir turut berkata, hudud berkenaan diperkenalkan untuk kepentingan politik Umno dan PAS.

"Nawaitu orang Islam semasa membuat ibadah amat penting. Jika niat semasa solat, tawaf dan sai ialah untuk senaman, ia tidak lagi menjadi ibadah.

"(Oleh) kerana hudud PAS mempunyai niat menang pilihan raya, maka ia tidak lagi Islam," katanya.

Disebabkan dua alasan itu, kata Dr Mahathir, undang-undang dilulus Dewan Undangan Negeri Kelantan tidak boleh diterima sebagai hukum hudud Islam.

Sebaliknya, kata beliau, jika dikenakan ke atas orang bukan Islam ia akan ditentang dan huru-hara akan berlaku.

Katanya, mengandaikan langkah memelihara imej Islam sama ada di kalangan orang bukan Islam atau Islam tidak penting adalah salah.

"Islam berkembang meluas dahulu kerana imej tamadun yang didiri oleh orang Islam begitu cemerlang sehingga memikat hati orang bukan Islam.

"Orang Melayu menerima Islam kerana kejayaan dan kehandalan peniaga Islam dari Negara Arab dan India," katanya.

Menurut Dr Mahathir, melakukan sesuatu atas nama Islam kerana kepentingan lain adalah bercanggah dengan kehendak agama itu sendiri.

"Saya harap mereka (Umno Kelantan) faham apa yang mereka lakukan," katanya.


Azalina selar Jho Low 'melalak' dari jauh

Posted: 15 Apr 2015 11:14 PM PDT

MAALAYSIAKINI


 


Beberapa pemimpin Umno bahagian terus mencabar ahli perniagaan Low Taek Jho kembali ke tanah air untuk menjelaskan kepada Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) berhubung isu yang berkaitan firma pelaburan negara 1MDB.

Ketua Umno Tanjung Malim Datuk Mohd Khusairi Abdul Talib berkata menegaskan tidak adil jika Low, yang lebih dikenali Jho Low, memberi kenyataan dalam media antarabangsa melibatkan isu berkaitan kepentingan negara.

"Kami desak Jho Low supaya segera pulang ke Malaysia, beri penjelasan kepada PAC mengenai isu 1MDB, kita mahu lihat sama ada beliau terlibat atau tidak.

"Kalau benar ingin 'bantu', pulang ke tanah air dan beri penerangan," kata pemimpin Umno itu seperti dilapor Utusan Online.

Dalam laporan yang sama, Ketua Umno Pengerang, Datuk Seri Azalina Othman Said turut mendesak ahli perniagaan itu bertanggungjawab dan bersikap 'gentlemen' susulan kenyataannya yang menuduh Umno terlibat dengan permasalahan 1MDB.

"Selaku rakyat Malaysia, kita mahu Jho Low bersikap gentleman (jantan). Jangan di luar negara berani 'melalak-lalak' dengan pelbagai tuduhan liar terhadap Umno terlibat dengan permasalahan 1MDB.

"Jadi, sekarang kita mahu Jho Low bertanggungjawab sepenuh­nya, berani buat, berani tanggung," katanya dipetik.

'Tak selesai isu 1MDB'

Dalam wawancaranya dengan majalah perniagaan Euromoney, Jho Low mendakwa sesetengah pihak dalam Umno memainkan unsur perkauman untuk memberi gambaran "budak Cina curi wang dan joli arak".

Dalam temubual itu juga, beliau menyebut bahawa "orang-orang Umno pakar putar belit" yang mengundang kritikan Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin yang mendesak pihak berkuasa menyiasat ahli perniagaan itu.

Sementara itu, Utusan Online juga melaporkan Ketua Umno Rasah Datuk Hasim Rusdi berkata Jho Low berada dalam keadaan terdesak hingga sanggup menuduh ahli parti itu sebagai "kaki putar belit".

Menurutnya, kenyataan mengelirukan itu dibuat demi meredakan isu yang sedang melanda syarikat pelaburan negara itu.

"Tetapi perbuatannya itu, tidak menyelesaikan masalah sebaliknya telah menambah suasana kurang senang dalam isu 1MDB.

"Jika percaya bahawa dia di pihak yang benar, mengapa tidak beritahu pada pihak yang sedang melakukan siasatan terhadap 1MDB seperti Ke­tua Audit Negara," katanya.


EU pula gesa M'sia hormat hak asasi

Posted: 15 Apr 2015 11:12 PM PDT

MALAYSIAKINI


 


Kesatuan Eropah (EU) menggesa Putrajaya menghormati hak asasi manusia selepas Malaysia meluluskan pindaan di Parlimen untuk mengukuhkan Akta Hasutan 1948.

Jurucakap EU yang berpangkalan di Brussels dalam kenyataannya membangkitkan masalah "penggunaan kontroversi" Akta Hasutan, sejak sebelum undang-undang itu diperkukuh.

"Malaysia putuskan untuk mengukuhkan Akta Hasutan, bukan memansuhkannya seperti diumumkan sebelum ini.

"Perkara ini mempunyai kesan terhadap kebebasan bersuara yang tergambar melalui penggunaan akta kontroversi itu baru-baru ini," kata jurucakap itu.

"Sebagai sahabat Malaysia, EU sekali lagi menggesa Malaysia menghormati hak asasi manusia dan kebebasan asasi dan percaya kepada proses-proses dalam sistem demokrasi, demi pembangunan, kemakmuran dan keharmonian."

Semalam Amerika Syarikat juga menyuarakan kebimbangan hampir sama.


Zam: Bodohkah semua pengarang akhbar?

Posted: 15 Apr 2015 11:07 PM PDT

MALAYSIAKINI


 


"Bodohkah semua ketua pengarang akhbar sehingga tidak nampak nilai berita ini?" bentak bekas menteri penerangan, Tan Sri Zainuddin Maidin.

Beliau berkata demikian dalam blognya ketika mengulas tindakan media arus perdana menggelapkan berita sokongan diberi Datuk Siti Nurhaliza Tarudin dan pelakon Rozita Che Wan kepada Tun Dr Mahathir Mohamad.

Zainuddin yang lebih dikenali dengan nama Zam berkata, mungkin pengarang akhbar menganggap Siti Nurhaliza (bawah) sebagai "berbahaya" sehingga mereka enggan menjadikan kenyataan penyanyi popular itu sebagai berita dalam media masing-masing.

"Jika tidak berbahaya, masakan semua akhbar diminta membenamkan berita ini," katanya.

Bagaimanapun, kata Zam, harus diingat berjuta-juta orang sudah membaca kenyataan dua selebriti berkenaan melalui media sosial.

Bekas ketua pengarang Kumpulan Utusan Melayu itu juga berkata, sokongan Siti Nurhaliza lebih daripada mencukupi untuk menutup ribuan sokongan lain yang diberi seluruh bahagian Umno kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

"Suara Siti Nurhaliza berada di hati pencintanya dan kejelitaan Rozita dalam kesederhanaannya menutup kejelitaan wanita-wanita yang berpakaian atau berbarang kemas berjuta ringgit.

"Sokongan dalam pilihanraya tidak hanya berasaskan kepercayaan politik," katanya.

Menurut Zam, mungkin wajah selebriti terbabit yang digelarnya "artis rakyat" kini digeruni kerana suara dan wajah mereka berada di lubuk hati orang ramai. 


Tiada ulasan: