Jumaat, 10 April 2015

DIALOG RAKYAT

DIALOG RAKYAT


Bank kedua di Singapura dikaitkan dengan 1MDB, kata akhbar

Posted: 10 Apr 2015 04:57 AM PDT

THE MALAYSIAN INSIDER


Menurut Business Times Singapura, bayaran AS$20 juta dipindahkan dari satu akaun cawangan RBS Coutts Singapura kepada akaun Tarek Obaid pada tahun 2009 adalah 'brokers fees' (yuran orang tengah) yang dibayar ahli perniagaan Low Taek Jho, atau Jho Low, kepada Tarek untuk sebarang pelaburan dari Timur Tengah ke dalam Malaysia. – Gambar fail The Malaysian Insider, 10 April, 2015.Menurut Business Times Singapura, bayaran AS$20 juta dipindahkan dari satu akaun cawangan RBS Coutts Singapura kepada akaun Tarek Obaid pada tahun 2009 adalah 'brokers fees' (yuran orang tengah) yang dibayar ahli perniagaan Low Taek Jho, atau Jho Low, kepada Tarek untuk sebarang pelaburan dari Timur Tengah ke dalam Malaysia. – Gambar fail The Malaysian Insider. 



Business Times Singapura hari ini mendakwa memperolehi dokumen mengesahkan penglibatan satu lagi bank negara itu dengan firma pelaburan bermasalah milik Malaysia, 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Akhbar itu mendakwa sejumlah AS$20 juta dipindahkan dari satu akaun cawangan RBS Coutts Singapura kepada akaun Tarek Obaid pada tahun 2009.

Menurut Business Times, bayaran AS$20 juta itu adalah 'brokers fees' (yuran orang tengah) yang dibayar ahli perniagaan Low Taek Jho, atau Jho Low, kepada Tarek untuk sebarang pelaburan dari Timur Tengah ke dalam Malaysia.


Tarek ialah ahli perniagaan Arab Saudi merangkap pengasas PetroSaudi International (PSI) - pemilik usahasama bernilai AS$2.5 bilion dengan 1MDB pada tahun 2009.  Bayaran itu didakwa dilakukan selepas usaha sama tersebut dimeterai.

Usaha sama itu menyaksikan 1MDB membayar AS$1 bilion kepada PSI dan sebagai timbal balas, PSI menyerahkan aset bernilai AS$2.7 bilion kepada 1MDB.

Baru-baru ini, 1MDB dilaporkan menebus AS$1.1 bilion dari Kepulauan Cayman dan menyimpan dana tersebut di BSI Singapura, satu unit pengurusan aset Switzerland di Singapura.

Putrajaya dalam pengumumannya berkata dana itu disimpan di BSI untuk "melancarkan pengeluaran dengan lebih mudah.

Ini kerana Bank Negara Malaysia (BNM) menetapkan syarat bahawa sebarang pengeluaran melebihi RM50 juta perlu mendapat kelulusannya.

Jabatan Peguam Negara kini sedang meneliti akaun-akaun 1MDB selepas badan itu ditimbuni hutang sehingga RM42 bilion di samping dakwaan urusniaga-urusniaga meragukan.

Penguatkuasa Kewangan Singapura pada bulan lalu berikrar akan menyokong penuh sebarang usaha dalam bidang kuasa undang-undang  untuk sebarang siasatan audit.

Laman pembongkar rahsia Sarawak Report sebelum ini pula melaporkan yang Tarek pada tahun 2009 mengeluarkan satu surat tuntutan kepada syarikat usaha sama itu, 1MDB-PetroSaudi Limited.

Surat itu menuntut dana sebanyak AS$700 juta dipindahkan kepada akaun bernombor 11116073 di RBS Couts Bank Ltd di Zurich, Switzerland.

Surat itu juga mendakwa akaun tersebut didaftar di bawah nama syarikat dikenali sebagai Gold Star Limited yang dikawal ahli perniagaan Taek Jho Low.

"Ini bermakna dana itu yang dikatakan dibayar semula kepada PetroSaudi sebagai sebahagian daripada usaha sama itu sebenarnya dipindahkan Tarek Obaid kepada pihak ketiga iaitu Good Star Limited," lapor Sarawak Report.

Sarawak Report memetik satu salinan perjanjian pinjaman berjumlah AS$700 juta dari PetroSaudi Caymans Holdings kepada 1MDB-PetroSaudi.

Terbukti kerajaan peralat SPR, DAP gesa henti persempadan semula

Posted: 10 Apr 2015 04:28 AM PDT

Zairil

 Roketkini.com

 
KUALA LUMPUR: Kenyataan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang mendakwa bekas Perdana Tun Dr Mahathir Mohamad mengubah banyak kerusi majoriti merupakan bukti bagaimana kerajaan telah memperalatkan SPR demi kepentingan politik mereka.

Sehubungan itu, Ahli Parlimen Bukit Bendera Zairil Khir Johari menggesa supaya proses persempadanan semula SPR digantung serta merta untuk memastikan badan itu bebas sepenuhnya.

"Ini bermaksud bahawa SPR tidak layak untuk menguruskan hal ehwal pilihan raya termasuk proses persempadanan semula kawasan yang sedang dilakukan.

"Justeru, proses ini hendaklah digantung sehingga reformasi menyeluruh dapat dilakukan ke atas SPR, termasuk menjadikannya sebagai institusi yang benar-benar bebas," tegasnya dalam satu kenyataan.

Penolong Setiausaha Publisiti DAP itu berkata, kenyataan Ismail turut menunjukkan bahawa keputusan pilihan raya di negara ini sebenarnya tidak sah bukan saja dari segi moral tapi juga perundangan.

"Dalam erti kata lain, kerajaan sebenarnya tidak mewakili rakyat Malaysia dan tidak layak membuat sebarang dasar atas nama kepentingan rakyat termasuk melaksanakan cukai GST yang amat membebankan itu," jelas beliau.

Tegas Zairil lagi, UMNO sememangnya tidak pernah berminat untuk meletakkan kepentingan bangsa Melayu sebagai teras perjuangan mereka.

Menurut beliau, ini dapat dilihat apabila mereka sanggup memecahkan kerusi Parlimen majoriti Melayu apabila sentimen pengundi Melayu tidak memihak kepada mereka, sepertimana berlaku pada 1999.

"Jelas, UMNO sendiri yang menggadai kepentingan Melayu semata-mata untuk mengekalkan kuasa mereka.

"Sikap Ismail ini sebenarnya menyerlahkan betapa salahguna kuasa telah lama berdarah daging dalam kerajaan UMNO-BN.

"Pada masa sama, ia juga mendedahkan kebobrokan dan keangkuhan pemimpin-pemimpin parti pemerintah yang bukan saja mencabuli hak demokrasi rakyat tapi berani menguar-uarkannya tanpa segan silu," ujarnya. – Roketkini.com


Polis Nepal terus cari pendaki M'sia yang hilang

Posted: 10 Apr 2015 04:26 AM PDT

MALAYSIAKINI


 


Sekumpulan 15 anggota polis Nepal meneruskan operasi pencarian pendaki amatur Malaysia, Dennis Lee Thian Poh, yang dilaporkan hilang ketika merentas laluan Pokhara-Mustang di Barat Nepal, Ahad lepas.

Kaunselor/Kuasa Usaha Sementara Kedutaan Besar Malaysia di Kathmandu, Fadli Adilah berkata kumpulan operasi pencarian itu turut melibatkan penduduk kampung dan tiga anjing pengesan.

Katanya isteri Lee, Jennifer E Peters-Lee telah tiba ke lokasi kejadian pada pagi tadi dengan menaiki helikopter persendirian yang bertolak pagi semalam.

"Puan Jennifer juga telah membuat perancangan sendiri atau tambahan dengan mengambil perkhidmatan syarikat pengesan swasta, yang mempunyai anjing pengesan terlatih, sejak ketibaan beliau di Pokhara semalam," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Fadli berkata risalah-risalah pemakluman tentang kehilangan Lee juga mula diedarkan pagi ini di sekitar kawasan lokasi kejadian.

"Ia diedarkan dengan harapan penduduk kampung di sekitar kawasan itu dan juga mungkin delegasi pendaki lain yang melalui kawasan berkenaan, akan dapat membantu pencarian dengan lebih berkesan," katanya.

Katanya pihaknya akan terus berhubung dengan pihak polis Nepal di Kathmandu dan di Pokhara bagi memantau dan memastikan agar pihak polis Nepal keseluruhannya terus memberikan kerjasama dan bantuan pencarian, selain oleh pihak syarikat, agensi swasta ataupun kumpulan pendaki yang berkaitan.

Lee, 48, ahli perniagaan di sini, menyertai sekumpulan lapan rakannya dari Filipina mendaki litar Annapurna di Nepal.
   
Sebelum ini, beliau sering merentas hutan-hutan Malaysia dan pernah mendaki Gunung Kinabalu baru-baru ini.
   
Kumpulan itu menyedari kehilangan Lee di Trek Khopra Danda di kawasan Ghorepani pada Ahad, iaitu hari pertama mereka mendaki litar itu pada kira-kira jam 3 petang waktu tempatan. - Bernama


 

PM tuntut Nga Kor Ming mohon maaf

Posted: 10 Apr 2015 04:24 AM PDT

MALAYSIAKINI


 


Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak menghantar surat tuntutan kepada Ahli Parlimen DAP Taiping, Nga Kor Ming berhubung satu posting di laman Facebook mengenai isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor yang didakwa berunsur fitnah.

Surat itu dihantar oleh firma guaman Hafarizam, Wan & Aisha Mubarak ke pejabat Nga di Taiping petang ini.

Difahamkan ia berhubung satu posting yang digambarkan Rosmah sebagai perdana menteri.

Surat itu menuntut permohonan maaf daripada penolong bendahari kebangsaan DAP itu dan jika gagal berbuat demikian, saman akan difailkan.

Twitter gamat kes MP tidur dalam Dewan

Posted: 10 Apr 2015 04:22 AM PDT

MALAYSIAKINI


 


Gambar para MP melelapkan mata semasa perbahasan ke atas pindaan Akta Hasutan di Parlimen yang tersebar di media sosial hari ini mencetus pertelingkahan di kalangan ahli politik terbabit.

Gambar berkenaan antara lainnya menunjukkan gambar MP Serdang, Ong Kiang Ming, yang disebarkan oleh ketua Pemuda Gerakan, Tan Keng Liang.

"Seorang MP DAP di Parlimen... Siapa mahu bantal?," tulisnya di Twitter.

Beliau mengkritik MP pembangkang kerana cuba melelapkan mata semasa persidangan berlangsung.

"Tengok bagaimana orang DAP cuba beri alasan bahawa MP mereka perlu tidur di Parlimen...

"Mereka sentiasa betul. Tidur semasa bertugas juga betul.

"30 peratus daripada MP Pakatan Rakyat tidak hari Parlimen hari itu. Bila mereka hadir, mereka tidur semasa bertugas.

"Bolehkah MP Pakatan lebih bertanggungjawab?," soal Tan lagi.

Sebagai balasan, MP Tanjong, Ng Wei Aik pula menyebarkan gambar MP Gerakan, Liang Teck Meng yang turut melelapkan mata dalam Dewan.

"Ketawakan Gerakan... Cari makan?," katanya dalam tulisan bersama gambar MP Simpang Renggam itu.

Para pengguna Twitter lain pula memberikan reaksi berbeza, dan ada yang mempertahankan MP terbabit yang perlu bersidang selama 14 jam.

Tidak kurang juga yang mengkritik MP terbabit kerana tidak menjalankan tanggungjawab mereka.

Ada pula yang membangkitkan semula kritikan pembangkang ke atas perdana menteri kelima, Tun Abdullah Ahmad Badawi.

"Pada satu masa mereka kritik Pak Lah kerana tidur semasa persidangan. Tengoklah mereka sekarang," kata Suffian Kassim.

Persidangan Dewan Rakyat berakhir pada dini hari hari ini selepas perbahasan selama 12 jam ke atas pindaan Rang Undang-undang (Pindaan) Akta Hasutan.

Ia diluluskan pada jam 2.30 pagi. Persidangan bagaimanapun diteruskan sehingga jam 4.30 pagi.

Ini merupakan kali ketika perisangan parlimen berlarutan sehingga selepas tengah malam.


Ibu terkejut jumpa lelaki dalam almari anak

Posted: 10 Apr 2015 04:11 AM PDT


khalwat Gambar Hiasan
 
 
 
KUALA TERENGGANU - Seorang lelaki yang menyembunyikan diri di dalam almari baju selepas dipercayai merogol seorang gadis 'kantoi' apabila dia dicekup oleh ibu mangsa sendiri.

Kejadian berlaku kira-kira jam 5.30 pagi Selasa lalu, apabila si ibu, 45, melihat tindak-tanduk anak gadisnya, 16, yang pelik dan mencurigakan semasa dikejutkan untuk bersiap ke sekolah.

"Ibunya mula curiga apabila mangsa lambat buka pintu bilik semasa diketuk dan teragak-agak selepas disuruh bersiap untuk ke sekolah, sedangkan dia tidak pernah bersikap sedemikian sebelum ini.

"Melihatkan perubahan anaknya yang begitu ketara, naluri si ibu kuat mengatakan ada sesuatu yang tidak kena sebelum membuat pemeriksaan di dalam bilik ketika mangsa berada di dalam bilik mandi," katanya.

Selepas menyelongkar hampir keseluruhan ruang di dalam bilik berkenaan, ibu mangsa terkejut apabila menjumpai seorang lelaki dikenali yang juga rakan kepada anaknya sedang bersembunyi di dalam almari baju dalam bilik tersebut.

Mengesyaki anak gadisnya telah diapa-apakan, ibunya membuat laporan polis untuk tindakan lanjut sebelum lelaki terbabit ditahan.

Sementara itu, Majistret Rabiatul Adawiyah Che Khalid membenarkan suspek direman untuk disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol.


Forum Karpal Singh 2015: Akta Hasutan dan Hak Asasi Manusia, 18 April di Pulau Pinang

Posted: 10 Apr 2015 04:06 AM PDT

forum-karpal-singh

 Roketkini.com


GEORGE TOWN: Walaupun mendapat bantahan hebat dari pimpinan Pakatan Rakyat, sehingga memaksa perbahasan berlanjutan sehingga awal pagi, namun akhirnya Rang Undang-Undang Akta Hasutan 2015 (Pindaan) akhirnya telah diluluskan juga.

Tindakan itu mengundang kritikan Pesuruhjaya Tinggi Hak Asasi Manusia Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Zeid Ra'ad Al Hussein, dan beliau menggesa kerajaan UMNO-BN menarik balik cadangan pindaan Akta Hasutan.

Zeid turut memberi amaran bahawa ia akan menjejaskan kebebasan bersuara serta menyatakan pendapat di Malaysia.

Dalam pada itu ada sebilangan pihak yang menyatakan, jika 'Harimau Jelutong' masih ada dalam perdebatan panjang pindaan tersebut, ia pasti akan menjadi bertambah menarik.

Lanjutan dari kelulusan akta zalim itu, Majlis Peguam Pulau Pinang dengan sokongan Penang Institute dan kerajaan negeri akan menganjurkan sebuah 'Forum Karpal Singh 2015: Akta Hasutan dan Hak Asasi Manusia di Malaysia'.

Forum tersebut akan diadakan pada 18 April 2015 (Sabtu) bermula jam 9 pagi hingga 1 tengahari bertempat di Dewan Sri Pinang, George Town.

Antara barisan panelis adalah terdiri dari peguam pemerhati Law Asia dalam kes Akta Hasutan Karpal iaitu Mark Trowell QC, anggota Pengasas Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia Datuk Mahadev Shanker, Presiden Majlis Peguam Steven Thiru, peguam bela hak asasi terkemuka Datuk Ambiga Sreenevasan dan akan dimudahcara oleh bekas Presiden Majlis Peguam Christopher Leong.

Acara juga akan dimulakan oleh ucaptama dari Pengerusi Jawatankuasa Majlis Peguam Pulau Pinang Shyama Nair dan ucapan dari Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng.

Orang ramai yang berminat untuk hadir boleh mendaftarkan diri di pautan ini.

Borang penyertaan hendaklah dihantar selewat-lewatnya 14 April ini. – Roketkini.com


Altantuya: Tubuhkan RCI siasat motif pembunuhan

Posted: 10 Apr 2015 04:01 AM PDT

lim-kit-siang




KUALA LUMPUR: Hanya dengan menubuhkan Suruhanjaya Siasasan Diraja (RCI) terhadap pembunuhan Altantuya Shaariibuu sahaja kredibiliti dan reputasi Najib sebagai Perdana Menteri dapat diselamatkan, kata Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang.

Beliau berkata, Najib tidak patut berlengah lagi dan mengambil langkah segera menubuhkan RCI bagi menyiasat motif pembunuhan, serta siapa yang memberi arahan kepada dua bekas komando polis terbabit, selain menyiasat pengendalian pihak-pihak berkuasa seperti polis, Jabatan Peguam Negara dan badan kehakiman dalam kes tersebut.

"Memandangkan Najib telah mengulangi bahawa beliau tidak mengenali Altantuya dan tidak terlibat secara langsung atau tidak langsung dengan pembunuhan wanita Mongolia itu, kenapa beliau begitu menentang cadangan siasatan penuh terhadap motif pembunuhan?

"Terutama sekali siapa yang memberi arahan kepada dua bekas komando polis untuk membunuh Altantuya dan meletupkan mayatnya dengan bahan peledak?" soalnya.

Ahli Parlimen Gelang Patah itu menyatakan, RCI tersebut akan menjadi proses penyembuhan bagi Malaysia, bukan saja mengembalikan keyakinan terhadap integriti dan profesionalisme institusi negara tapi kredibiliti di peringkat antarabangsa termasuk reputasi Najib dan kedaulatan undang-undang negara.

"Najib mesti proaktif dan tidak boleh terus bergantung kepada penafian dan sumpahnya saja jika mahu menyakinkan orang ramai serta dunia bahawa beliau langsung tidak ada kena mengena dengan pembunuhan Altantuya," tegas Kit Siang.

Dalam rakaman wawancara bersama TV3 yang disiarkan semalam, Najib sekali lagi telah menafikan sebarang penglibatannya dalam pembunuhan Altantuya pada tahun 2006.

Ini berikutan soalan orang ramai dan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang bertanya siapa yang telah memberi arahan kepada Azilah dan Sirul untuk membunuh model Mongolia tersebut.

Najib menyatakan, beliau telah bersumpah sebanyak tiga kali termasuk di sebuah masjid di Permatang Pauh pada 2008 bahawa beliau tidak mengenali Altantuya dan tidak terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam kes terbabit. – Roketkini.com


Minggu terakhir sidang Dewan Rakyat cipta sejarah

Posted: 10 Apr 2015 03:55 AM PDT

SINAR HARIAN


Dewan Rakyat
 
 
 
KUALA LUMPUR - Persidangan minggu terakhir Dewan Rakyat yang berakhir semalam mencipta sejarah tersendiri apabila beberapa hari berlangsung sehingga awal pagi.
  
Semangat dan dedikasi untuk tidak dilabel sebagai 'rubber stamp', menyebabkan kebanyakan anggota Parlimen dari kedua-dua belah pihak membahaskan dengan panjang lebar dan mendalam beberapa rang undang-undang berkaitan keganasan tanpa menghiraukan kekangan masa.
  
Berdasar pemerhatian Bernama, kebanyakan rang undang-undang yang disenaraikan dalam aturan urusan mesyuarat bermula Isnin tidak melalui jalan
mudah untuk kelulusan.
  
Malah pada minggu ini, menyaksikan tiga kali usul untuk 'menghentikan jam' digunakan untuk membolehkan persidangan dewan berlangsung selepas jam 12 tengah malam.
  
Kali pertama ketika perbahasan Rang Undang-Undang Pencegahan Keganasan (Pota) 2015 yang menjadi antara agenda utama kerajaan yang dibahaskan lebih 12 jam pada Selasa sebelum diluluskan pada 2.25 pagi Rabu.
  
Perbahasan berlarutan dan kadangkala tegang apabila wakil pembangkang berkeras untuk meminda hampir kesemua 35 Fasal dengan alasan rang undang-undang itu zalim, mengetepikan hak asasi manusia, dikhuatiri boleh disalah guna selain menyamakannya dengan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).
 
Pada Rabu, terdapat lapan rang undang-undang yang disenarai untuk dibentangkan dan diluluskan sehingga memaksa mesyuarat sekali lagi berakhir selepas jam 12 tengah malam.
  
Rang Undang-Undang Suruhanjaya Penerbangan Malaysia 2015 diluluskan kira-kira 2.15 pagi pada Khamis.
  
Rang Undang-Undang lain yang diluluskan pada hari yang sama ialah Rang Undang-Undang Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) (Pindaan) 2015
  
Pada Khamis, sekali lagi 'jam dihentikan' sebelum Rang Undang-Undang Hasutan (Pindaan) 2015 diluluskan pada pukul 2.30 pagi, Jumaat.
  
Perbahasan terhadap pindaan Akta Hasutan 1948 itu mencipta rekod apabila diluluskan selepas kira-kira 14 jam dibahaskan di peringkat dasar dan jawatankuasa.

Keadaan itu menimbulkan rasa tidak puas hati wakil rakyat pembangkang yang mempersoalkan mengapa kerajaan mahu mempercepatkan kelulusan rang undang-undang dan mendakwa mereka tidak mempunyai cukup masa untuk membahaskan sesuatu rang undang-undang.
  
Berdasarkan pemerhatian Bernama, perbahasan sesuatu rang undang-undang kadangkala diselitkan dengan serangan peribadi terhadap wakil rakyat tertentu kedua-dua pihak menyebabkan sesi itu berlarutan dan berada di luar konteks.
  
Selain POTA, minggu ini turut menyaksikan beberapa rang undang-undang lain yang melengkapi POTA diluluskan iaitu Langkah-Langkah Khas Menentang Keganasan di Luar Negara 2015 dan Rang Undang-undang Pencegahan Jenayah (Pindaan) 2015.
  
Bagaimanapun, selepas beberapa hari bersengkang mata, anggota-anggota Parlimen menerima khabar gembira apabila Dewan Rakyat meluluskan Rang Undang-Undang Ahli Parlimen (Saraan) (Pindaan) 2014 berkaitan kenaikan gaji dan elaun mereka pada hari terakhir.
  
Gaji bulanan ahli Dewan Rakyat dicadang dinaikkan kepada RM16,000; anggota Dewan Negara (RM11,000); Timbalan Yang Dipertua Dewan Negara dan Dewan Rakyat (RM22,000) dan Yang Dipertua Dewan Negara dan Dewan Rakyat (RM31,000).
  
Sidang Dewan Rakyat pada hari terahir juga mencipta rekod menjadi persidangan terpanjang selepas ditangguhkan pada pukul 4.25 pagi mengatasi rekod pada sidang sebelum ini pada 3.21 pagi. - Bernama


Polis buru geng 04, 08, 36

Posted: 10 Apr 2015 03:50 AM PDT


Polis buru geng 04, 08, 36 Gambar ahli geng 04, 08 dan 36 yang diburu polis.


 
GEORGETOWN - Polis memperhebatkan usaha memburu 26 samseng dari Geng 04, 08 dan 36 yang dipercayai aktif terlibat pergaduhan berkumpulan di negeri ini.

Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Abdul Rahim Hanafi berkata, mereka berusia antara 22 hingga 36 tahun sedang diburu untuk membantu siasatan kes jenayah kekerasan.

Beliau berkata, ia membabitkan pergaduhan antara kumpulan samseng yang bermotifkan balas dendam seperti kes pergaduhan antara dua geng di sebuah restoran dekat Tanjung Tokong baru-baru ini.

"Mereka yang diburu dipercayai selalu melakukan jenayah kekerasan di Pulau Pinang dan masing-masing mempunyai rekod kesalahan lampau bawah kesalahan 'Indian Thug Geng'," katanya pada sidang media di sini hari ini.

Sehubungan itu, orang ramai yang melihat atau mempunyai maklumat mengenai samseng terbabit diminta menyalurkan maklumat untuk membantu polis menyelesaikan siasatan.


‘Letak jawatan jika tak boleh selesai isu air’

Posted: 10 Apr 2015 03:47 AM PDT


Azmin Noh Omar
 
 
 
SHAH ALAM - Pengerusi Umno Selangor, Datuk Seri Noh Omar menggesa Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali meletak jawatan jika tidak mampu menyelesaikan isu air negeri ini.

Menurut Noh, Azmin sekadar mahu tunjuk pandai apabila cuba menghilangkan legasi yang ditinggalkan bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkenaan isu penstrukturan air.

"Abdul Khalid lebih lama memimpin Selangor. Azmin tidak sampai lagi setahun jadi menteri besar sudah cuba mahu buat perubahan yang selama ini diusahakan oleh Abdul Khalid.

"Saya berani kata, jika Azmin tidak mahu teruskan MoU dengan kerajaan Persekutuan, ini bermakna menteri besar mahu menghancurkan negeri Selangor sendiri.

"Saya ingin beri amaran, jika tidak mampu selesaikan, eloklah letak jawatan," katanya dalam sidang media selepas Mesyuarat Khas Umno Selangor, hari ini.

Minggu lalu, Abdul Khalid mengkritik Azmin dan meminta menteri besar itu melepaskan jawatan kerana hingga kini masih belum memuktamadkan perjanjian air negeri ini.

Dalam pada itu turut mengulas berkenaan jawatan Pemangku Pengerusi PAC yang diserahkan kepada Adun Sekinchan, Ng Suee Lim, Timbalan Pengerusi Umno, Nadzari Ahmad Dahlan berkata, perkara itu masih lagi dikaji sama ada mengikut peraturan atau tidak.

"Kita masih lagi kaji. Sebenarnya memang ada seksyen dalam peraturan kerajaan negeri yang diperuntukkan untuk jawatan itu (pemangku), tetapi kita perlu kaji dahulu," katanya.


Umno sedia, tak kisah siapa calon lawan

Posted: 10 Apr 2015 03:42 AM PDT


Mohd Zaidi Mohd Said Mohd Zaidi Mohd Said
 
 
 
KUALA LUMPUR - Biar siapa pun menjadi calon PKR di PRK Permatang Pauh, ia bukan menjadi halangan kepada BN untuk mendapatkan kepercayaan rakyat mengundi mereka kali ini.

Ketua Umno Bahagian Permatang Pauh, Datuk Mohd Zaidi Mohd Said berkata, Umno bahagian itu telah lama bersedia menghadapi PRK Permatang Pauh selepas Mahkamah Rayuan menjatuhkan hukuman penjara lima tahun kepada penyandangnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim sejak tahun lalu.

"Bagi kami bukan soal calon mereka, tetapi bagaimana bakti, sumbangan dan strategi kami di hakimi rakyat Permatang Pauh.

"Umno Permatang Pauh telah membuktikan keikhlasan dan kesungguhan membantu rakyat tanpa lelah sejak dua tahun terakhir ini," katanya kepada Sinar Online semalam.

Ditanya mengenai calon, beliau enggan mengulas lebih lanjut, bagaimanapun katanya, Umno akan menampilkan anak tempatan yang sudah serasi dengan Permatang Pauh.

"Nama calon kami telah kemukakan kepada Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Timbalan Presiden, Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk diperhalusi.

"Kita tunggu 23 April nanti, tengok siapa yang akan diumumkan sebagai calon kita," katanya dalam nada bersahaja.

Kerusi Parlimen Permatang Pauh dikosongkan selepas Lembaga Pengampunan menolak petisyen pengampunan diraja dipohon Anwar yang sedang menjalani hukuman penjara lima tahun kerana meliwat.

Yang di-Pertuan Agong telah menolak permohonan Anwar dalam mesyuarat lembaga itu pada 16 Mac lalu. Oleh yang demikian, Anwar hilang kelayakan sebagai anggota Parlimen berdasarkan Perkara 48(4)(c) Perlembagaan Persekutuan.


Jawapan Tak Memuaskan, Perlu Diadakan Forum Khas "Live" Antara Mahathir Dan Najib

Posted: 09 Apr 2015 09:53 PM PDT

shahbudindotcom


Semua orang mempunyai harapan yang tinggi terhadap temubual Najib Razak melalui televisyen malam tadi yang sejak awal dikatakan akan menjawab segala kritikan terhadapnya, terutama daripada Tun Mahathir Mohamad.

Ramai mengimpikan dapat tidur lena selepas mendengar penjelasannya itu memandangkan Perdana Menteri sudah berdiam diri terlalu lama tanpa jawapan terhadap kritikan yang dilemparkan terhadapnya.

Namun, semuanya hampa dan terus membuatkan lebih banyak tanda tanya bermain-main ramai orang.

Hanya beberapa saat selepas program itu bermula, sudah ramai yang mula kecewa apabila mendapati ianya bukanlah program secara langsung, sebaliknya adalah rakaman saja.

Ramai yang hilang "stim"  kerana rata-rata mengharapkan ianya program siaran langsung yang boleh menampakkan kewibawaan dan ketelusan Perdana Menteri dalam memberikan jawapannya.

Meniti satu demi satu penjelasan yang diberikan oleh Najib kemudiannya pula,  lebih ramai yang kecewa kerana Perdana Menteri sebenarnya tidak menjawab kritikan atau persoalan yang ditujukan terhadapnya, khususnya oleh Tun Mahathir.

Semalam Tun Mahathir melahirkan kehairanan kerana Najib tidak memberikan jawapan sedangkan hanya soalan mudah yang ditujukan kepadanya.

Antara soalan mudah itu ialah ke mana hilangnya wang 1MDB sehingga hutangnya mencanak-canak setinggi RM42 bilion hanya dalam tempoh enam tahun?

Berkenaan pembunuhan Altantuya pula, pertanyaan Tun Mahathir juga mudah iaitu siapa yang mengarahkan anggota polis berpangkat rendah itu melakukan pembunuhan?

Tetapi dalam temubual itu, Najib seolah-olah berselindung di sebalik audit yang sedang dijalankan terhadap 1MDB untuk memberikan jawapan secara berani dan berterus-terang berkenaan pelbagai isu melibatkan syarikat pelaburan strategik yang tidak strategik itu.

Jawapannya berkenaan wang yang disimpan di Pulau Cayman juga berbeza dengan pelbagai laporan sebelum ini. Sebelum ini tidak dinafikan wang itu disimpan di sana, tetapi malam tadi Najib mengatakan pulau itu hanya tempat pendaftaran saja.

Persoalan mengenai Jho Low dan kekayaan peribadi keluarganya juga tidak dijawab Najib walaupun penjelasan sebetulnya boleh diberi tanpa menunggu audit dijalankan.

Berkenaan isu Altantuya, Najib memberikan jawapan dengan mengulangi sumpah yang telah dilakukannya sebelum ini bahawa beliau tidak mengenali gadis Mongolia itu sedangkan bukan itu yang dipersoalkan oleh Tun Mahathir.

Isu Altantuya bukanlah tentang Najib kenal atau tidak, pernah berjumpa atau sebaliknya tetapi lebih untuk menuntut keadilan bagi kedua-kedua anggota polis, Sirul dan Azilah iaitu siapakah yang memberikan arahan kepada mereka.

Secara keseluruhannya, ramai yang kecewa dan tidak puas hati dengan jawapan Najib malam tadi. Beliau tidak menjawab keseluruhan isu yang dibangkit dan ditujukan terhadapnya. Bukan saja tiada yang lena tidurnya dengan jawapan Najib itu, bahkan ramai yang akan terus berjaga untuk membahaskannya lagi sama ada di kedai-kedai kopi, melalui media sosial dan sebagainya.

Dengan ini, adalah penting sebenarnya agar diadakan sebuah majlis forum secara langsung antara Tun Mahathir dengan Najib sebagai jalan penyelesaiannya. 

Program itu boleh diadakan sama ada di studio televisyen yang dipancarkan ke seluruh negara atau di Dewan Merdeka, PWTC dengan dihadiri oleh ahli dan pemimpin UMNO, tetapi dalam masa yang sama juga disiarkan secara langsung melalui televisyen.

Berdasarkan jawapan Najib malam tadi, kesimpulannya mudah saja. Jika rata-rata rakyat dan penonton tidak puas hati, sudah tentu Tun Mahathir lebih tidak puas hati dengan jawapan itu. Mempertemukan mereka di pentas yang sama tentu mampu merungkai banyak jawapan dan  menggembirakan sesiapa saja yang dahagakan jawapan. Mereka juga boleh bersoal jawab jika tidak puas hati dengan sesuatu jawapan dan rakyat boleh menilainya dari situ.

Lebih-lebih lagi yang mungkin menyebabkan Tun Mahathir tidak puas hati ialah apabila Najib mengaitkan pembinaan Jambatan Bengkok dan BR1M dengan semua isu yang berlaku sekarang.

Ini pasti mengundang serangan balas daripada bekas Perdana Menteri itu.

Hanya dengan menampilkan Tun Mahathir dan Najib secara langsung dan dapat ditonton oleh semua rakyat saja, merupakan jawapan sebenar kepada kemelut kedua-dua pemimpin ini. 
 
 

Lima Adun Pas bebas

Posted: 09 Apr 2015 09:47 PM PDT


Lima Adun Pas bebas Laporan Sinar Harian semalam.
 
 
 
IPOH - Pas Perak tidak akan mengambil sebarang tindakan terhadap lima wakil rakyat parti itu yang tidak mengenakan pakaian istiadat pada pembukaan Persidangan Dewan Negeri, 31 Mac lalu.

Pesuruhjayanya, Razman Zakaria berkata, perkara itu jelas selepas pihaknya mendapati pakaian serba hitam yang dipakai ke semua wakil rakyat terbabit tidak melanggar sebarang kod etika  berpakaian ketika menghadiri Persidangan Dewan Negeri.

"Tiada sebarang peruntukan dalam kod etika berpakaian yang menyatakan memakai baju Melayu serba hitam adalah salah dan melanggar peraturan dewan.

"Ingin saya tegaskan, pakaian hitam yang dipakai kelima-lima mereka itu juga telah dipersetujui ketika mesyuarat antara Adun PR sebelum ini," katanya.

Razman berkata,  isu pakaian itu dipercayai sengaja diperbesarkan BN bagi mengalihkan perhatian terhadap kelemahan urus tadbir di Perak.

"Selain itu, sekiranya Sultan Perak murka, mengapa sehingga ke hari ini (semalam) tiada sebarang kenyataan terbuka dibuat oleh pihak istana tentang hal tersebut?," katanya.

Disoal tentang penolakan dari sudut kepimpinan oleh Dewan Ulama Pas Perak terhadap Timbalan Pesuruhjaya Pas Negeri, Datuk Seri Muhammad Nizar Jamaluddin, Razman berkata, beliau telah mengesyorkan kedua-dua pihak bersemuka bagi menyelesaikan kemelut itu.

"Perkara ini juga telah saya maklumkan kepada Ketua Penerangan Dewan Ulama Pas Perak, Norazli Musa untuk tindakan lanjut," katanya.

Katanya, perkara itu  perlu diselesaikan secepat mungkin demi kelangsungan parti.

"Itu yang sebaiknya dan diperlukan untuk mengukuhkan parti dan Pas Perak sendiri," katanya.


Penamaan calon PRK Rompin 22 April, undi 5 Mei

Posted: 09 Apr 2015 09:40 PM PDT


Abdul Aziz Mohd Yusof Abdul Aziz Mohd Yusof
 
 
 
PUTRAJAYA - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hari ini menetapkan 5 Mei ini sebagai tarikh PRK P091 Rompin, Pahang selepas penyandangnya, Allahyarham Tan Sri Dr Jamaluddin Jarjis meninggal dunia akibat kemalangan.

Pengerusinya, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata, keputusan itu dibuat selepas menerima pemakluman rasmi daripada Speaker Dewan Rakyat berhubung kekosongan kerusi milik BN itu pada 7 April lalu.

"SPR telah mengadakan mesyuarat khas mengenainya pada hari ini dan menetapkan bahawa satu Pilihan Raya Kecil (PRK) perlu diadakan dalam tempoh 60 hari dari tarikh kekosongan yang diputuskan oleh SPR pada 5 Mei 2015 bagi mengisi kekosongam kerusi berkenaan," katanya pada sidang media di ibu pejabat SPR, di sini, hari ini.

Allahyarham Jamaluddin meninggal dunia pada 4 April lalu kerana terlibat dalam kemalangan helikopter yang terhempas di Kampong Pasir Baru, Semenyih selepas pulang dari majlis perkahwinan anak perempuan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di Pekan, Pahang.

Mengulas lanjut, Abdul Aziz berkata, SPR telah menetapkan 22 April ini sebagai tarikh penamaan calon manakala tarikh pengundian awal pula ialah pada 30 April.

"Daftar pemilih pilihan raya bagi bahagian pilihan raya berkenaan akan mula dijual pada 20 April ini.

"Para pengundi juga boleh membuat semakan daftar pemilih untuk mengetahui maklumat pusat mengundi dan saluran mengundi mereka melalui laman web SPR di www.spr.gov.my mulai 20 April ini," ujarnya.

Beliau berkata lagi, PRK P091 Rompin akan menggunakan Dewan Jubli Perak Sultan Haji Ahmad Shah, Rompin sebagai Pusat Penamaan Calon dan Pusat Penjumlahan Rasmi Undi.

"Sebanyak 42 pusat mengundi akan dibuka bagi tujuan pengundian. Bagi pusat pengundian awal, SPR akan menggunakan empat lokasi iaitu Dewan Seri Ibam, Skuadron 322 TUDM, Bukit Abam; Bilik Mesyuarat, Balai Polis Muadzam Shah; Bilik Rehat, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Rompin dan Bilik Mesyuarat, Balai Polis Tekek, Pulau Tioman," jelasnya

Katanya lagi PRK P091 Rompin akan melibatkan perbelanjaan urusan pengundian sebanyak RM1.9 juta dengan melibatkan 35 sekolah dan tiga balai raya serta dewan yang mengandungi 119 saluran tempat mengundi.


GST sumber pendapatan ketika harga minyak jatuh

Posted: 09 Apr 2015 09:30 PM PDT

SINAR HARIAN


GST sumber pendapatan bila harga minyak dunia jatuh  
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ketika ditemubual dalam rancangan terbitan TV3 edisi khas "Soal Jawab" di sini hari ini. - Foto Bernama


 
KUALA LUMPUR - Pengenalan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) dibuat pada masa yang tepat kerana ia merupakan satu sumber pendapatan tambahan kepada negara ketika kejatuhan harga minyak dunia memberi impak negatif ke atas pendapatan dan dividen petroleum.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata tiada masa yang benar-benar sesuai untuk melaksanakan GST, namun kejatuhan harga minyak dunia menjadi antara faktor yang menyebelahi langkah kerajaan untuk memperkenalkannya.

Katanya kerajaan telah membuat persediaan yang begitu lama untuk GST, sejak tahun 80-an lagi, dan ia bukan satu perkara baharu. 

"Bila harga minyak jatuh, bermakna harga petrol dan diesel juga jatuh, yang memberi manfaat kepada rakyat.

"Jadi, kita laksanakan (sekarang), dari segi makronya, sesuai masanya, di mana kerajaan perlu kepada punca kewangan tambahan berikutan hasil dividen daripada Petronas akan berkurangan apabila harga minyak jatuh, jadi amat sesuai kita perkenalkan (GST) sekarang.

Beliau berkata demikian dalam wawancara bersama Hamdan Ahmir dalam program Edisi Khas Soal Jawab TV3 yang disiarkan malam ini. 

Najib berkata kerajaan juga telah memilih lebih daripada 4,000 barangan  perkhidmatan dan keperluan rakyat, sama ada diberi kadar sifar atau dikecualikan daripada GST, langkah yang hanya dilaksanakan oleh Malaysia.

Katanya GST merupakan penggantian kepada cukai jualan dan perkhidmatan (SST) dan bukan cukai tambahan yang disalah ertikan oleh rakyat.

Selain GST, Najib berkata, kerajaan juga telah menambah nilai Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M), di samping mengurangkan cukai peribadi antara satu dan tiga peratus dan cukai korporat sebanyak satu peratus.

"Jadi, (ini adalah) pakej, jika kita lihat keseluruhannya, yang tidak membebankan rakyat, kerana kita nak pastikan perlaksanaannya (GST) dari segi penguatkuasaan.

"Kalau ada pihak yang membuat aduan, ia bukan kerana GST sebenarnya, tetapi pihak peniaga, yang mengambil kesempatan dan (sesetengah) peniaga yang tidak bertanggungjawab," katanya.

Najib memberi contoh beberapa syarikat besar yang memberi jaminan mengekalkan harga selepas perlaksanaan GST seperti Giant dan Mydin, di samping penurunan harga sesetengah barangan lain seperti kereta.

"Yang kita mahu, penguat kuasa ambil tindakan ke atas peniaga-peniaga yang tidak bertanggungjawab.

"Kalau pihak itu sepatutnya tidak mengenakan GST, tolong laporkan kepada pihak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, di sinilah letaknya kuasa pengguna. Kita mesti tahu bahawa kita ada kuasa," katanya.

Perdana Menteri berkata rakyat boleh memilih untuk tidak mengunjungi kedai-kedai yang telah mengambil kesempatan ke atas perlaksanaan GST dan menyalahkan pihak kerajaan di atas kenaikan harga barang.

Beliau juga berkata pengguna harus melaporkan kegiatan yang tidak bertanggungjawab ini kepada pihak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Jabatan Kastam Diraja Malaysia.

"Gunakanlah kuasa sebagai pengguna, lambat-laun, mereka yang mengeksploitasikan keadaan ini akan kehilangan pembeli," katanya.

Pelaksanaan GST adalah sebahagian daripada program penyusunan semula cukai oleh kerajaan ke arah menjadikan sistem percukaian lebih cekap, berkesan dan telus.

Ia menyaksikan Malaysia menyertai lebih 160 negara di dunia melaksanakan GST‎, termasuk tujuh negara Asean - Indonesia, Filipina, Thailand, Singapura, Vietnam, Kemboja dan Laos. 
    
Malaysia melaksanakan GST dengan kadar enam peratus iaitu kadar paling rendah dalam kalangan negara Asean. - Bernama

Tun boleh buat Umno kalah, jika terus kritik

Posted: 09 Apr 2015 09:28 PM PDT


Ismail Sabri Yaakob
 
 
 
SHAH ALAM - Tindakan berterusan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mengkritik pentadbiran Datuk Seri Najib Tun Razak boleh membuatkan Umno kalah dalam PRU14.
 
Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, sekiranya Dr Mahathir sayang kepada Umno dan mahukan kemenangan dalam PRU, beliau kena hentikan kritikan terbuka kepada Perdana Menteri.
 
"Tun Dr Mahathir perlu bersama-sama dengan Perdana Menteri untuk majukan parti. Kita ada banyak saluran untuk mengkritik pemimpin seperti dilakukan oleh bahagian dan cawangan. Saluran terakhir diperingkat Perhimpunan Agong Umno. 
 
"Kalau semua kritik secara terbuka, saya percaya akan huru-hara. Ini yang saya harap tidak berlaku," katanya.
 
Beliau berkata demikian mengulas kenyataan Dr Mahathir yang lantang mempersoalkan pentadbiran Najib.
 
Mengulas mengenai beberapa dakwaan lain, beliau berkata, Perdana Menteri sudah menjelaskannya, berkaitan 1MDB: "ketua audit, Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah dan polis juga mengumumkan siasatan akan dibuat."
 
"Kita kena tunggu siasatan selesai. Macam mana dalam kes 1MDB boleh dikatakan kes penyelewengan.
 
"Siasatan belum selesai... PM pun kata dah siapa yang terlibat tidak akan dlindungi," katanya.
 
Ismail Sabri yang juga Ahli Parlimen Bera menjelaskan, dalam mesyuarat kabinet pun mereka ada berbincang setiap psoalan perlu dijawab. 
 
"Saya percaya semua persoalan yang ditimbulkan perlu dijawab. PM pun dah jawab bukan dia tidak jawab.
 
"Berkaitan kes Sirul Azhar pun dia dah bersumpah dengan nama ALLAH. Isu jet pun telah diterangkan," katanya.
 
Katanya, isunya ialah masih lagi diulang-ulang, oleh itu kena tunggu siasatan.
 
Dalam masa sama, Ismail Sabri yang juga Ketua Umno Bahagian Bera, merayu agar kritikan terbuka dihentikan kerana ia boleh melemahkan parti.
 
"Setakat ini kita masih merayu agar Tun menyokong kepimpinan Najib. Prinsip umno ialah kita menjunjung kepimpinan parti.
 
"Kalau semua org berpegang kepada prinsip ini, Umno akan terus kuat utk memerintah," katanya. 
 
Sebanyak 54 cawangan Umno Bahagian Bera yang telah selesai bermesyuarat, hari ini menyatakan sokongan padu terhadap kepimpinan presiden.
 
 

Mat Sabu umum tanding pemilihan Mei ini

Posted: 09 Apr 2015 05:28 PM PDT

ANTARAPOS.COM


Post Pic
 
  
 
 
KUALA LUMPUR: Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu memberitahu beliau akan mengumumkan samada untuk bertanding atau tidak pada Mei ini dalam pemilihan parti.
 
Memetik laporan BH Online, Mohamad atau dikenali Mat Sabu berkata beliau kini sedang sibuk dan tidak sempat memikirkan mahu mempertahankan jawatan nombor dua PAS atau tidak awal Jun ini.
 
"Saya tidak mahu komen (pasal pemilihan). Belum lagi buat keputusan.. kena analisa (sokongan) dulu. Mungkin Mei nanti saya umumkan (pendirian)," katanya.
 
Jika keputusan mempertahankan jawatan itu kekal, Mat Sabu diramal berdepan laluan sukar berikutan saingan terdekatnya, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, kini sudah mula mendahului berdasarkan undi diterima di setiap kawasan.
 
Ditanya pergeseran yang dilihat berlaku antara beliau dan Presiden, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Mat Sabu hanya menyatakan kedua-duanya mempunyai tugas dan tanggungjawab masing-masing.
 
"Presiden dengan tugasnya.. saya pula berperanan mengembangkan pengaruh PAS ke semua pihak sama ada NGO (badan bukan kerajaan), orang muda dan mahasiswa," katanya.
 
Mengulas mengenai Rang Undang-Undang Persendirian berkenaan hudud, beliau berkata, ia dijangka dibentang hari ini oleh Abdul Hadi sendiri.
 
 

K'jaan nyatakan komitmen untuk hudud

Posted: 09 Apr 2015 05:26 PM PDT

MALAYSIAKINI


 


Kerajaan sentiasa berusaha untuk memastikan undang-undang jenayah syariah dilaksanakan di negara ini, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom.

Perkara itu, katanya, termasuk memperluas bidang kuasa mahkamah syariah, menaik taraf sistem kehakiman syariah dan menyemak semula kedudukan hakim mahkamah syariah.

Beliau juga berkata, penubuhan jawatankuasa teknikal undang-undang jenayah syariah di peringkat persekutuan bertujuan memastikan pelaksananya dapat dilaksana dengan teratur dan selaras dengan perlembagaan.

"Dalam masa yang sama, negeri perlu beri perhatian terhadap undang-undang syariah yang komprehensif agar dapat memenuhi prinsip keadilan dan kesaksamaan dalam penghukuman," katanya.

Beliau berkata demikian dalam jawapan bertulis Parlimen terhadap soalan Datuk Nik Mazlan Nik Mohamad (PAS-Pasir Puteh).

Nik Mazlan meminta Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menyatakan komitmen untuk menjayakan Kanun Jenayah Syariah (II) Kelantan.

Sementara itu, dalam jawapan itu juga, Jamil berkata kerajaan sedia maklum hasrat Kelantan melaksanakan hudud di negeri itu.

Bagaimanapun, katanya, peruntukan undang-undang perlu teliti peruntukan untuk pastikan selaras dengan perlembagaan persekutuan dan undang-undang yang sedang berkuat kuasa .

"Kerajaan negeri perlu memberi perhatian terhadap undang-undang syariah yang komprehensif agar dapat memenuhi prinsip keadilan dan kesaksamaan dalam penghukuman," katanya lagi. 


DUN S'gor lulus usul kutuk penjara Anwar

Posted: 09 Apr 2015 05:18 PM PDT

MALAYSIAKINI


 


Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor hari ini meluluskan usul yang mengutuk pemenjaraan penasihat ekonomi negeri itu, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Usul yang dibawa oleh Dr Xavier Jayakumar (PKR- Sri Andalas) itu dibuat bagi mengutuk pendakwaan yang didakwanya bermotif politik terhadap ketua umum PKR itu.

Menteri Besar Mohamed Azmin Ali mendakwa, apa yang berlaku ke atas Anwar tidak dilakukan secara adil.

Azmin turut meminta supaya proses keadilan di negara ini dapat dilaksanakan dengan telus.

Datuk Sulaiman Razak (BN-Permatang) kemudian mencelah dan meminta penjelasan daripada Azmin berhubung bekas menteri besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang juga didakwanya tidak mendapat keadilan sewajarnya.

"Kalau sebut pasal keadilan, Pelabuhan Klang (Khalid) tak pernah dapat keadilan pun, tetapi dipecat (daripada PKR)," kata Sulaiman.

Azmin kemudian membidas perkara itu dengan meminta Sulaiman membawa Khalid ke dalam sidang DUN berbanding hanya menulis status di laman Twitternya.

"Saya tak kata tak adil (isu berkaitan Khalid). Usul ini tentang Anwar Ibrahim, bukan Khalid Ibrahim. Pelabuhan Klang juga perlu mendapat keadilan.

"Kalau isu Pelabuhan Klang kita boleh buat satu forum (tetapi) dengan syarat datang dalam Dewan. Duduk depan itu, saya boleh berdepan dengan dia sebab dia (Khalid) pun sekarang kawan Permatang, bawalah dia datang. Jangan main tweet saja," sindir Azmin.

Selain usul mengutuk penangkapan Anwar, usul oleh Mat Nazeri Mat Dahlan (BN-Batang Kali) yang meminta kerajaan negeri meneruskan perbincangan perjanjian penstrukturan semula industri air bersama kerajaan persekutuan juga diluluskan.

Bagaimanapun, usul yang dibawa oleh Sulaiman yang meminta kerajaan negeri memberikan kerjasama penuh kepada kerajaan persekutuan bagi meneruskan pembinaan Lebuhraya Kinrara-Damansara Expressway (Kidex) ditolak.


Pas umum calon PRK Rompin, 13 April ini

Posted: 09 Apr 2015 05:11 PM PDT


Salahuddin Ayub Salahuddin Ayub
 
 
 
SHAH ALAM - Pas akan mengadakan mesyuarat khas bagi membincangkan mengenai Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Rompin pada 13 April ini.

Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub berkata, oleh itu, semua berkaitan mengenai calon, dan gerak kerja Pas akan diputuskan pada tarikh tersebut.

"Segalanya akan diputuskan pada tarikh tersebut," katanya kepada Sinar Online, hari ini.

Sebelum ini, laporan media menyebut Timbalan Presiden Pas Mohamad Sabu mengesahkan bahawa parti itu akan bertanding dalam PRK Parlimen Rompin.

Pada Pilihan Raya Umum ke-13 lalu, Jamaluddin mengalahkan calon Pas, Nuridah Salleh dengan 15,114 undi.

PRK Parlimen Rompin diadakan berikutan kematian penyandangnya dalam nahas helikopter di Semenyih, Selangor pada Sabtu lepas.


Tun M tidak setuju Najib beri BR1M

Posted: 09 Apr 2015 05:08 PM PDT


Mahathir Dr Mahathir Mohamed. - Foto Bernama
 
 
 
SHAH ALAM - ‎[DIKEMASKINI] Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengakui bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad tidak bersetuju dengan pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M).
 
Menurut Najib perkara ‎itu dinyatakan kepadanya dalam pertemuan antara dua pemimpin itu yang diadakan di rumah Dr Mahathir sendiri. 
 
"Saya sendiri pergi ke rumah beliau untuk bertemu dengannya," katanya.
 
‎Dalam pertemuan itu, Najib turut mendedahkan, terdapat beberapa perkara yang dilakukannya tidak dipersetujui oleh Dr Mahathir.
 
"‎Ada satu, dua perkara beliau tak setuju saya buat. Antaranya BR1M. Beliau juga meminta saya buat jambatan bengkok di Tambak Johor," katanya yang menganggap perbincangan itu satu perbincangan sihat antara dua pemimpin.
 
Bagaimanapun, tegas Najib, sebagai Perdana Menteri, Presiden Umno dan parti (BN), beliau perlu bertanggungjawab kepada rakyat serta parti," katanya ketika mengulas kritikan pedas Dr Mahathir, baru-baru ini dalam satu wawancara khas yang disiarkan TV3, malam ini.
 
‎Tambah Najib, pemberian BR1M kepada isi rumah yang berpendapatan kurang daripada RM4,000 sebulan bukan satu 'handout'.
 
Sebaliknya, Najib menjelaskan, ia adalah satu bentuk jaringan keselamatan sosial untuk golongan itu. 
 
Beliau berkata pemberian BR1M yang dicadangkan oleh Jawatankuasa Dasar Fiskal itu dapat memberi timbal balas kepada golongan berpendapatan rendah berikutan pengurangan dan pemansuhan subsidi.
 
Menurutnya banyak negara juga mempunyai sistem jaringan keselamatan sosial dalam pelbagai kaedah bagi membela nasib rakyat mereka.
 
Najib berkata, beliau tetap menghormati bekas Perdana Menteri itu sama seperti menghormati rakyat Malaysia yang lain.
 
"‎Saya terbuka kepada mana-mana pihak termasuk rakyat yang hendak mengkritik pentadbiran saya. Cuma saya berharap, kritikan yang dikemukakan mestilah berhemah dan bertanggungjawab.
 
"Setiap kritikan yang diterima, saya teliti, namun, sebagai Perdana Menteri dan presiden parti, saya perlu bertanggungjawab kepada rakyat dan parti," tegas beliau.
 
 

BR1M tiris kerana kelayakan penerima

Posted: 09 Apr 2015 05:06 PM PDT


rafizi ramli Rafizi Ramli
 
 
 
KUALA LUMPUR - Lebihan bayaran kepada penerima skim Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) sebanyak RM3.34 juta bukan sahaja ditebus dua kali bahkan didakwa kerana berlakunya ketirisan dalam proses pemilihan.

Ahli Parlimen (PKR-Pandan), Rafizi Ramli mendakwa ketirisan itu boleh dikesan dengan lebih banyak lagi sekiranya Jabatan Audit Negara boleh mengaudit kelayakan kesemua 7.9 juta penerima bantuan tersebut sejak diperkenalkan pada 2012.

"Saya rasa tuntutan bertindih itu lebih besar daripada yang dilaporkan Jabatan Audit Negara kerana agensi kerajaan itu selalunya berdasarkan kepada sample yang dipilih.

"Sebab itu saya minta supaya Jabatan Audit Negara bukan sahaja melihat kepada pembayaran berganda tetapi juga melihat kepada proses pemilihan yang dibuat untuk BR1M itu bagi memastikan sebarang bantuan sampai kepada orang yang betul-betul miskin," katanya kepada Sinar Online di lobi bangunan Parlimen, di sini, semalam.

Beliau berkata demikian mengulas Laporan Ketua Audit Negara pada Isnin yang mendedahkan bahawa terdapat penerima BR1M menebus baucar mereka lebih daripada sekali.

Menurut itu, sekurang-kurangnya 6,577 orang menebus dua kali bantuan BR1M daripada 2012 hingga awal 2014, melibatkan wang kerajaan RM3.34 juta.

Mengulas lanjut, Rafizi juga berkata jika kerajaan masih gagal menyelesaikan masalah ketirisan dana awam tersebut, pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) tidak relevan lagi kerana perbelanjaan kerajaan semakin melebar disebabkan kelemahan itu.

"Kalau masalah-masalah ketirisan seperti BR1M ini dan perbelanjaan lain tidak dapat diselesaikan dengan lebih baik, saya yakin kita tidak perlu membayar GST.

"Adalah mustahil boleh menutup keperluan perbelanjaan yang semakin besar setiap tahun kerana punca bertambahnya perbelanjaan itu adalah tiris," katanya lagi.


Najib elak isu utama dibangkitkan Dr M

Posted: 09 Apr 2015 05:03 PM PDT

MALAYSIAKINI


 


Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak tetap mengelak dari menjelaskan beberapa isu utama dalam wawancara khas yang disiarkan pada malam ini.

Walau menjawab isu yang dibangkitkan berhubung 1Malaysia Development Malaysia Bhd (1MBD) beliau tetap tidak membuka mulut mengenai kaitannya dengan jutawan Jho Low.

Beliau juga tidak menyentuh mengenai isu kekayaan keluarganya, yang menyebabkan adik beradiknya terpaksa mempertahankan nama baik bapanya, allahyarham Tun Abdul Razak.

Kenyataan itu ekoran kenyataan Pejabat Perdana Menteri yang mengaitkan kekayaan dan perbelanjaan mewah anggota keluarga Najib dengan harta yang diwarisi perdana menteri.

Najib juga tidak menjawab secara khusus mengenai isu yang masih dibangkitkan dalam kes Altantuya – motif pembunuhan dan pihak yang mengarahkan pembunuhan itu.

Najib sekadar mengulangi sumpahnya bahawa beliau tidak mengenali wanita Mongolia itu.

Wawancara tersebut disiarkan melalui stesen TV pada malam ini, susulan serangan terbuka oleh Mahathir yang disifatkan Najib sebagai "semakin sengit".


Dalil Najib takkan berganjak

Posted: 09 Apr 2015 05:00 PM PDT



Oleh Mohsin Abdullah


"Datuk Seri Najib Razak akan letak jawatan Jun ini."

Mungkin anda juga ada dengar khabar angin itu. 

Dan oleh sebab "serangan" Tun Dr Mahathir Mohamad terhadap Najib yang jelas semakin hari semakin berbisa, ramai yang bertanya adakah ramalan dan spekulasi akan jadi kenyataan? Khabar angin jadi realiti?

Rasanya tidak jika dalil ini diambil kira. Melepaskan jawatan "dengan rela" akan dilihat umum sebagai Najib mengakui beliau benar-benar "lemah, pincang, silap" dan melakukan pelbagai "kebobrokan" seperti yang didedahkan Dr Mahathir.

Tidak mungkin Najib mahu "mengaku bersalah". Tidak kiralah sama ada apa yang Dr Mahathir cakap itu benar atau sebaliknya. Lantas beliau tidak akan berganjak. Kekal presiden Umno sekali gus perdana menteri.

Sumber Umno bersetuju Najib akan "stay put". Dan sumber berkenaan mengetengahkan dalil tersendiri.

"Semua ketua bahagian dah sokong presiden," katanya. Bermakna ini termasuk golongan yang tidak hadir pada perjumpaan bertemu presiden yang diatur ibu pejabat parti tidak berapa lama dulu. Ketidakhadiran mereka ketika itu dilihat sebagai tindakan tidak menyokong presiden.

Berdasarkan apa yang dikata sumber Umno itu tadi, keadaan sudah berubah. A classic example of 'sekali air bah sekali pantai berubah'. Apa pun, Tan Sri Shahrir Samad, pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan Barisan Nasional kini mahu wakil rakyat BN menyatakan sokongan terbuka terhadap Najib.

"Kami bukan menyokong secara membuta tuli. Sebaliknya berpuas hati dengan perubahan yang dilakukan Najib, " katanya seperti yang dipetik media. Shahrir bagaimanapun tidak menghuraikan apa 'perubahan' yang dimaksudkan.

Laman web Umno MyKMU.net pula, sudah pun 'menyerang' Dr Mahathir.

Bekas orang nombor satu NSTP, Datuk Kadir Jasin (a well known Najib critic) mengakui sinis, Najib 'is a tougher nut to crack' berbanding Tun Abdullah Ahmad Badawi kerana 'Pak Lah tidak punya isteri yang bercita-cita tinggi'. Umum tentu faham maksud kata-kata itu.

Dalil itu seharusnya meletakkan Najib pada tahap keyakinan yang tinggi. Confident.

Pun begitu, team Najib menurut seorang Umno 'insider' tetap berusaha supaya pemilihan parti yang sepatutnya diadakan tahun depan ditangguhkan 'just in case'.

Bermakna hakikatnya mereka mahu memastikan bos mereka tidak dicabar walaupun alasan lazim ialah penangguhan untuk menghadapi PRU14. 'Usaha' ini dipercayai dilancarkan sejak tahun lalu dan saya pernah menulis mengenainya. Jika diambil kira apa yang dikatakan Umno 'insider' tadi, jelas usaha itu berterusan walaupun wujud dalil memberangsangkan buat Najib.

Sememangnya cara untuk 'mengundurkan' Najib ialah melalui pemilihan parti. Persoalannya ialah adakah sesiapa yang berani mencabar Najib untuk merebut jawatan presiden Umno? Jika ada siapa?

Bagi Kadir, pengganti Najib paling layak ialah Tan Sri Muhyiddin Yassin, timbalan presiden sekarang.

Maka the obvious question ialah beranikah orang Umno mencalonkan Muhyiddin atau sesiapa saja untuk bertanding jawatan presiden menentang si penyandang gelaran?

Kata sumber Umno:"Mungkin sokongan untuk Muhyiddin tidak mencukupi."

Umum faham menyokong presiden mempunyai banyak faedah dan manfaatnya. Semua maklum. Tak perlulah perincian. Dan sumber itu yang pernah terbabit dalam war room Umno masa PRU13 dulu juga berkata:"Dengan kelebihan yang ada pada presiden, mudah nak diffuse Muhyiddin."

Berbalik kepada Dr Mahathir. Adakah apa yang dilakukan beliau sesuatu yang sia-sia? Tidak meninggalkan kesan terhadap Umno? Lalu apa yang akan atau boleh Dr Mahathir lakukan?

Demi Umno. Perlu diingat menurut Dr Mahathir, beliau lakukan semua ini untuk "menyelamatkan Umno". Beliau percaya BN yang diterajui Umno akan kalah pada pilihan raya umum akan datang jika Najib masih mengepalainya. Oleh itu Najib got to go.

Ramai percaya Dr Mahathir ada banyak lagi langkahnya.

Bagi blogger Umno (ada yang menyifatkan beliau anti Umno) Shabudin Husin mungkin Dr Mahathir boleh membuat laporan polis terhadap Najib khususnya berhubung kes Altantuya.

Jika itu terjadi tidak taulah apa yang akan terjadi. Anda bebas membuat huraian, ramalan, spekulasi, interpretasi sendiri. – themalaysianinsider.com

Tiada ulasan: