Rabu, 1 April 2015

DIALOG RAKYAT

DIALOG RAKYAT


Berita Kenaikan Harga RON95 Naik Malaysia 1 April 2015 Palsu dan Minyak RON95 Tidak patut Naik!

Posted: 01 Apr 2015 12:25 AM PDT




harga ron95



Berita Kenaikan Harga RON95 Naik Malaysia 1 April 2015 Palsu dan Minyak RON95 Tidak patut Naik! Sejak lewat petang semalam sudah terbitnya kerisauan dikalangan jutaan rakyat Malaysia di mana sudah mula tersebarnya berita kenaikan harga minyak Ron95 naik bermula tengah malam ini 1 April 2015 melalui aplikasi Whatapps. Di mana kebenarannya?

Berdasarkan sejarah kenaikan harga minyak naik di Malaysia, ternyata begitu banyak elemen kejutan untuk rakyat Malaysia.

Kerajaan Malaysia akan mengumumkan di saat akhir sekaligus mencetuskan suasana panik sehingga jam 11:59 malam dengan deretan kenderaan rakyat Malaysia beratur panjang di stesen minyak Petronas, Shell, Petron, BHP yang berdekatan dengan harapan mereka dapat mengurangkan seberapa banyak kos perbelanjaan minyak RON95 mereka sebelum kenaikan harga RON95 naik bermula 12 tengah malam.

BACA BERITA INI : Gaji Pendapatan Bawah RM4,000 Boleh Beli Minyak Petrol RON95 
Dengan Subsidi. Apa Nasib RM4,001 Hingga RM12,000?

 

Sejarah Kenaikan Harga RON95 Naik 2015?

  • Januari 2015 : Harga RON95 RM1.95 seliter
  • Februari 2015 : harga RON95 RM1.70 seliter
  • Mac 2015 : Harga RON5 RM1.95 seliter
Terkini berdasarkan maklumat dan berita yang disampaikan melalui aplikasi Whatapps, rakyat Malaysia bakal dihidangkan dengan harga ROn95 yang baru bermula esok hari dengan nilai kenaikan sebanyak 11 sen. Benar atau tidak?

Di saat rakyat berada dalam suasana resah dan gusar melihatkan bebanan kos sara hidup dan harga barang baru yang bakal dihadapi mereka disebalik perjalanan GST malaysia 6% bermula 1 April 2015, kenaikan harga minyak RON95 naik sangatlah tidak munasabah yang mana bakal membebankan kalangan rakyat marhaen di Malaysia

Walaubagaimanapun, semakan Berita Semasa setakat ini menunjukkan dan Berita Semasa juga difahamkan tiada kenaikan harga minyak RON95 naik bermula 1 April 2015. Insyaallah.

P/S : Disebalik trend "crude oil" yang dilihat menurun, secara tiba-tiba pula ada serangan besar-besaran, sekaligus menidakkan kejatuhan harga minyak dunia kembali melonjak pada 10 hari terakhir Mac 2015 ini. Adakah ini disebalik kesan Perang Yamen?

PP/S : Diharap lebih berhati-hati dengan berita harga RON95 naik apatah lagi melalui aplikasi Whatapps.


DAP Terengganu tetap bersama Pas

Posted: 01 Apr 2015 12:14 AM PDT


DAP
 
 
 
KUALA TERENGGANU – DAP Terengganu akur dengan pendirian DAP Pusat memutuskan hubungan dengan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, namun akan meneruskan hubungan dengan Pas sebagai rakan komponen PR.

Pengerusinya, Ng Chai Hing berkata, hubungan dua hala antara DAP dan Pas diteruskan di negeri ini, tidak sebagaimana pendirian DAP di Sabah dan Sarawak.

"Hubungan dengan Pas kekal seperti sediakala, namun pada masa sama, kita akur dengan arahan DAP Pusat.

"Kita tidak akan ikut sebagaimana di Sabah dan Sarawak yang memutuskan hubungan dengan Pas di peringkat negeri, kerana perkara itu tidak diputuskan pada peringkat pusat," katanya kepada Sinar Harian.

Beliau berkata demikian ketika mengulas kenyataan DAP melalui Setiausaha Agungnya, Lim Guan Eng bahawa DAP memutuskan hubungan dengan Abdul Hadi.

DAP mengambil keputusan itu berikutan bantahan keras parti itu terhadap tindakan Pas ingin membawa satu rang undang-undang persendirian berkenaan Enakmen Kanun Jenayah Syariah Kelantan ke Parlimen bagi membolehkan undang-undang hudud dilaksanakan.


Pengampunan ditolak, Anwar hilang kelayakan

Posted: 01 Apr 2015 12:12 AM PDT


Pengampunan ditolak, Anwar hilang kelayakan Anwar ketika di mahkamah syariah baru-baru ini. Gambar hiasan.
 
 
 
SHAH ALAM - Lembaga Pengampunan menolak petisyen pengampunan diraja yang dipohon Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yang sedang menjalani hukuman penjara lima tahun kerana meliwat.

Peguam Kanan Persekutuan Amarjeet Singh berkata, Yang di-Pertuan Agong telah menolak permohonan Anwar dalam mesyuarat lembaga itu pada 16 Mac lalu.  

Oleh yang demikian, Anwar hilang kelayakan sebagai anggota Parlimen berdasarkan Perkara 48(4)(c) Perlembagaan Persekutuan," katanya kepada pemberita di Mahkamah Tinggi (Bahagian Rayuan dan Kuasa-kuasa Khas). Anwar adalah anggota Parlimen Permatang Pauh.

Amarjeet Singh berkata, berikutan keputusan lembaga pengampunan itu, mahkamah telah menolak permohonan Ketua Pembangkang itu untuk mendapatkan kebenaran semakan kehakiman bagi mencabar keputusan Komisioner Jeneral Penjara yang melarangnya menghadiri sidang Dewan Rakyat.

Keputusan itu dibuat Hakim Datuk Asmabi Mohamad di dalam kamar dengan dihadiri Amarjeet Singh dan peguam Latheefa Koya yang mewakili Anwar.

Terdahulu keluarga Anwar menghantar petiysen itu berdasarkan di bawah peraturan 113, Peraturan Penjara 2000, Mengikut peraturan itu banduan jika hendak, boleh membuat petisyen kepada Yang di-Pertuan Agong, Sultan atau Raja atau Yang Dipertua Negeri seberapa segera selepas sabitan.

Sebelum ini petisyen itu dibuat oleh keluarga Anwar atas faktor bahawa mereka percaya ada penyelewengan dalam sistem pengadilan ketika  Anwar disabitkan dengan kesalahan meliwat bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan, 34.

Surat khabar pun kena GST

Posted: 01 Apr 2015 12:10 AM PDT


Pengguna mendakwa peniaga menaikkan harga surat khabar arus perdana walaupun ia dikecualikan dari GST. 


gst-paper



PETALING JAYA: Beberapa pengguna mendakwa segelintir peniaga mula mengeksploitasi pelaksanaaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) ke atas beberapa barangan yang dikecualikan dari cukai.

Tindakan tidak bertanggungjawab itu mula tersabar di laman media sosial, facebook di hari pertama pelaksanaan cukai berkenaan berkuatkuasa.

Beberapa keping gambar yang dimuaturun menunjukkan harga akhbar arus perdana seperti Kosmo! dan Utusan Malaysia yang dinaikkan sebanyak enam peratus.

Akhbar Kosmo! yang berharga RM1 telah dijual pada harga RM1.06 manakala Utusan Malaysia dijual pada harga RM1.91, 41 sen lebih mahal dari sebelum ini.

GST Pastikan Sebahagian Besar 84 Peratus Syarikat & Pekerja Ingkar Bayar Cukai

Posted: 01 Apr 2015 12:08 AM PDT


Oleh: THE STAR

 
Pendandan rambut, Chan Tian Lee, 24, dan Lim Kim Pei, 27, menunjukkan kalkulator GST di kedai buku Popular di Komtar, Pulau Pinang. Foto LIM BENG TATT / The Star
 
 
PETALING JAYA: Kira-kira 84 peratus syarikat yang berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dan pekerja yang mempunyai pendapatan tidak membayar cukai berdasarkan sistem sebelum ini namun masalah itu berakhir dengan pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) pada Rabu.

Dengan pengenalan sistem GST, pangkalan syarikat dan individu yang membayar cukai akan diperluaskan dan dapat mengesan mereka yang mengelak daripada bayaran cukai atau tidak mengisytiharkan pendapatannya yang sebenar.

Menurut pegawai Kementerian Kewangan, daripada sejumlah 13.2 pekerja pada 2012, hanya 2.2 juta atau kira-kira 17 peratus yang membayar cukai.

"Berdasarkan tahun-tahun sebelum ini, kadarnya adalah 15 peratus. Tetapi bilangan itu semakin bertambah berikutan sistem bayar cukai semasa perolehan gaji," katanya.

Statistik menunjukkan rekod buruk buat syarikat yang berdaftar apabila hanya 15.6 peratus atau 159,000 daripada 1.02 juta syarikat berdaftar dengan SSM, membayar cukai.

Di bawah pelaksanaan GST, lebih banyak syarikat perlu membayar cukai kerana sistem itu memerlukan syarikat-syarikat mematuhinya dan perniagaan perlu mengikut sistem berkenaan.

Langkah baharu kerajaan dalam sistem percukaian itu sudah pun menunjukkan kesannya.

Difahamkan sebanyak 345,376 syarikat berdaftar dengan Jabatan Kastaam di bawah program GST, hampir 10 peratus daripadanya tidak pernah memfailkan bayaran cukai.

Ini bermakna kira-kira 30,000 atau lebih daripada syarikat-syarikat ini mempunyai pulangan pendapatan lebih RM500,000 yang tidak pernah membayar cukai selama ini.

GST menggantikan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) yang kadarnya boleh meningkat sehingga 10 peratus, bergantung kepada rangkaian perniagaan dan jenis produk.

Bagaimanapun, di bawah GST, kadarnya ditetapkan kepada enam peratus dan ia akan dikenakan kepada setiap bahagian dalam proses pengeluaran.

Pengarah GST Jabatan Kastam, Datuk Subromaniam Tholasy berkata, GST membolehkan jabatan itu mengukur saiz perniagaan dan ia berupaya mengurangkan bilangan premis yang tidak mengisytiharkan bayaran cukai mereka.

"Sebagai contoh, berdasarkan tuntutan caj elektrik dan cukai, pihak berkuasa dapat menentukan bilangan jam operasi perniagaan mereka. Ia adalah sistem cukai yang lebih cekap dan adil berbanding sebelum ini."

Beliau berkata, GST akan menyebabkan perniagaan lebih mematuhi dalam soal bayaran cukai dan lebih berdisiplin dalam menjalankan operasinya.

Najib cuba elak dari kesalahan

Posted: 01 Apr 2015 12:02 AM PDT



Oleh RAYUSA


DALAM keadaan dihimpit kes pembunuhan Altantuya Shaariibuu yang kembali menghantuinya dan 1MDB yang dianggap sebagai fitnah Pakatan Rakyat oleh pemimpin Umno- BN, Dato' Seri Mohd Najib Abdul Razak dilihat cuba mengalihkan perhatian. Mungkin untuk mententeramkan hati beliau yang gundah-gulana.

Perdana menteri keenam itu meminta anggota Umno mengetepikan "jemuan" dan "tukang kipas" dalam parti yang selalu saling melaga-lagakan hingga mengancam perpaduan.

Sama ada menyedari Umno semakin nazak atau berpurapura sebaliknya, Najib yang juga Presiden Umno berkata parti tua perasuah itu mampu terus kekal berkuasa dan menang dalam pilihan raya jika "jemuan" (berperangai buruk) tiada dalam parti.

Seolah-olah geram, Najib mengatakan "jemuan" tersebut lebih parah daripada tukang kipas atau batu ronson (penghasut), kerana mereka mengadudombakan ahli Umno sehingga perselisihan diperbesarbesarkan, dan menggugat perpaduan dalam parti.

Dalam ucapannya semasa merasmikan Konvensyen Umno Kedah di Alor Setar, 14 Mac lalu, yang turut dihadiri Menteri Besar merangkap Pengerusi Perhubungan Umno Kedah, Dato' Mukhriz Tun Mahathir, Najib meminta agar semua "perosak" itu ditolak untuk menjamin kemenangan Umno dan BN.

Konvensyen Umno Kedah yang berlangsung selama dua hari itu dihadiri perwakilan Umno dari kesemua 15 bahagian parti seluruh negeri.

Tegas Najib, usaha membebaskan Umno daripada belenggu elemen "jemuan" dan "tukang kipas" yang menggugat perpaduan parti adalah penting dalam memastikan masa depannya yang cerah gemilang.

Bagaikan tidak sedar, Najib menganggap perkara itu lebih penting daripada Lapangan Terbang Antarabangsa Kulim atau cadangan convert loan (menukarkan pinjaman kerajaan Kedah kepada geran), walaupun ia tidak kurang mustahaknya.

Beliau yakin jika bersatu dengan suara sepasukan, Umno akan terus menang.
Sejak bila Najib tidak mementingkan projek mega?

Adakah setelah kantung kerajaan semakin kempis atau memang telah kering dan beliau menyedarinya?

Ahli Umno, kata Najib, perlu meletakkan sasaran untuk menjamin parti terus kuat dan menang dalam pilihan raya mengatasi segala kepentingan peribadi. Katanya, permasalahan dalaman parti perlu dikurangkan bagi memastikan rakyat tetap menyokong Umno.

Bagaimana mahu mengurangkan jika masalah silih berganti. Ibarat kata Tun Dr Mahathir Mohamad, Umno busuk dari ekor hingga ke kepala dan hanya orang bodoh sahaja yang menganggotainya.

Umno semakin tenat dan Najib dianggap menjadi beban, serta puncanya. Justeru, ahli Umno mahu Najib berundur agar parti mereka dapat diselamatkan. Jadi, aneh dan payah jika Najib mahu menasihatkan ahli yang majoriti menolaknya.

Walau bagaimanapun, Najib mengatakan antara faktor penarik sokongan masyarakat kepada Umno adalah semangat sepasukan, mengurangkan permasalahan dalaman, serta tidak saling mencantas, dan mewujudkan dua pasukan dalam satu bahagian sehingga serba salah untuk membuat pilihan.

Beliau meminta ahli Umno tidak mengulangi kesilapan terdahulu pada masa akan datang. Umno, kata beliau, tidak akan berjaya jika terus dibelenggui perpecahan, perbalahan dan persengketaan.

Oleh itu, menurutnya, amat penting ahli dan pemimpin Umno sentiasa fokus dalam usaha memenangi hati rakyat dan memastikan ia kekal utuh.

Tanpa mengira sama ada ia hanya lakonan atau "wayang," Najib berkata anggota Umno perlu merasai denyut nadi rakyat kerana untung nasib dalam menentukan kemenangan parti pada PRU14 terletak di tangan rakyat.

Memang Umno Kedah berjaya memenangi semula tampuk pemerintahan negeri pada Pilihan Raya Umum ke-13. Namun begitu, benarkah seperti kata Najib, beliau dapat merasakan Umno Kedah telah mempunyai semangat baharu?

Atas perasaan (atau syok sendiri) itu, beliau mahu usaha untuk menawan hati pengundi Kedah dipertingkatkan dan tidak bersikap leka kerana ada kerusi yang dimenangi BN pada PRU13 hanya dengan majoriti kecil, iaitu 200 undi sahaja.

Pada PRU 13, 5 Mei 2013, Umno Kedah memenangi 367 daripada 672 Pusat Daerah Mengundi (PDM), berbanding hanya 283 PDM pada PRU12, 8 Mac 2008.

Kata Najib, ketua bahagian dan pemimpin pada peringkat lain perlu tahu PDM mana yang kecundang serta meletakkan sasaran untuk meningkatkan bilangan PDM yang dimenangi parti pada PRU14 nanti.

Tegas beliau, semua ahli Umno mesti fokus dan bersasar. Kehilangan tumpuan atau mamai (khayal) dari segi politik akan mengundang padah.

Nampaknya Najib cuba menekankan bahawa sikap mengampu dan saling mengadudombakan dalam kalangan ahli akan memusnahkan Umno. Beliau cuba menafikan bahawa kes pembunuhan model Mongolia dan 1MDB sebagai punca bukan sahaja Umno, malah BN tumbang dalam PRU14 kelak.
Dalam kata lain, Najib mahu mengatakan beliau tidak bersalah dan bukan menjadi punca kebobrokan Umno-BN, malah keadaan negara sekarang.

Najib seperti lupa bukan kes Altantuya, 1MDB, serta sikap mengampu dan mengadu domba sahaja bakal memusnahkan Umno-BN, terlalu banyak isu lain yang semakin mereputkan parti pemerintah itu. Pendek kata, Umno-BN sedang menuju kehancuran.

Tiada Pasma di sisi PAS

Posted: 01 Apr 2015 12:00 AM PDT



Oleh Subky Latif 


RIBUT menggantikan Pre siden PAS dari Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang dengan seorang yang lain dipercayai reda dan mungkin berakhir berikut pemilihan mursyidul am baru dan tiada timbul calon yang hendak di ketengahkan.

Maka masalah yang tinggal bagi PAS ialah sekalian ahli-ahli dan juga mungkin antara pimpinan nya yang membentuk Pasma dan yang cenderung kepadanya.

Baik Pasma itu ada dorongan politik atau sekadar NGO yang lebih pro-Pakatan Rakyat dari PAS, ia adalah badan yang rata-rata disertai oleh orang PAS saja. Tiada Umno, tiada gejala PKR dan tiada DAP yang menyertainya. Ia semata-mata oleh ahli dan penyokong PAS.

PAS sudah membuat keputusan, Pasma tidak diterimanya. Bahkan Majlis Syura Ulama telah melarang ahli-ahli dan penyokong PAS menyertainya, malah mendekatinya pun tak usah.
Arahan Majlis Syura itu tidak diendahkan oleh orang yang cenderung kepadanya.

Majlis Syura itu amat mulia kedudukannya di sisi PAS dan adalah tonggak kepada kepimpinan ulama. Sama ada ia berwibawa atau sekadar mendatar, pada PAS ia tempat memberikan kepatuhan. Ia mesti dimuliakan oleh orangorang PAS.

Kita jangan fikir Umno, DAP dan MIC akan mendaulatkannya. PASlah yang mesti mendaulatkannya. Jika ia penuh pepejat, bukan kelambu yang dibakar, tapi rendam kelambu dengan Clorox. PAS tidak memerlukan Pasma mematuhi arahan Majlis Syura itu.

PAS memerlukan ia dipatuhi oleh setiap ahli PAS termasuk mereka yang sudah menjadi pemimpin dan penyokomg Pasma. Apakah keputusan Majlis Syura itu bijak atau tepat, ia adalah keputusan badan yang diterima paling mulia di sisi PAS.

Keputusan Majlis Syura itu dibuat semasa ia masih bermursyidul amkan Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat. Ia adalah keputusannya yang terakhir. Ia adalah seperti wasiat Tok Ayah itu. Tidak kita ketahui Almarhum membatalkan keputusan itu.

 Sekalipun beliau amat uzur ketika ia dibuat, tetapi semua tahu politiknya tidak uzur selagi boleh bersuara. Waris politiknya Nik Mohamad Abduh tidak pernah menyebut Tuan Guru mengubah keputusan itu. Selepas Almarhum pergi, seolah-olah semua mengiranya wali. Sebagai ahli PAS yang menghormatinya dan tanda hormat itu ialah menerima keputusan Majlis Syura itu sebagai wasiatnya.

Jika pembentuk Pasma masih mahu kekal sebagai ahli PAS, maka mereka mesti menghormati keputusan Majlis Syura dn beramai- ramai melupakannya, kembali meneruskan perjuangan bagi menegakkan cita-cita suci dan mulia PAS.

Setakat ini Majlis Syura dan Jawatankuasa PAS Pusat tidak menyatakan ahlinya yang bersama Pasma terkeluar dari PAS. Ada orang PAS yang menyeru mereka supaya meninggalkan PAS. Saya tidak suka orang-orang PAS disuruh keluar.

Bukan senang hendak mendapat seseorang jadi PAS. Sepuluh kali ceramah belum tentu dia masuk PAS. Maka sesudah mereka masuk PAS, saya mahu mereka mati dalam PAS.

Sekalipun antaranya ada yang tikam ekor, jika boleh jangan terus suruh dia tinggalkan PAS tetapi kita kena buat sesuatu supaya dia tinggalkan tikam ekor.

Saya terus menyarankan supaya pergolakan dalam PAS yang lebih bergelombang dari ribut tengkujuh di Pantai Timur hendaklah diselesaikan. Dalam penyelesaian itu saya tidak mahu ada barang seorang pun dari ahlinya yang sejuta sekarang tercicir.

Saya mahu seramai mana ahlinya sebelum ia bergolak, maka seramai itu jugalah bilangan selepas selesai bergolak.

Maka hal orang-orang yang naik darah membentuk Pasma ini hendaklah diselesaikan. Penyelesaian itu hendaklah mengambil kira keputusan Majlis Syu ra menyeru ahli-ahli PAS jangan mendekati Pasma.

Pasma tidak mengendahkan keputusan itu. Kita tidak mahu ahli-ahli tidak mematuhi keputusan itu. Mereka belum mematuhinya kerana PAS belum membuat keputusan betapa sesiapa yang me nyertai Pasma dan kekal dalam Pasma, maka mereka dengan sendiri gugur dari keahlian PAS.

Tentulah tiada pilihan bagi PAS, mengekalkan mana-mana ahlinya yang tidak mematuhi keputusan PAS apa lagi keputusan Majlis Syura. Wibawa PAS akan dilihat lembik jika arahan parti tidak dihormati apa lagi arah an Majlis Syura.

Apabila ada keputusan sesiapa mahu terus bersama Pasma, maka ia secara automatik gugur dari PAS. Ia akan menjadikan ahli PAS yang 40 tahun sebagai ahli itu memikirkan sama ada kekal dalam PAS atau keluar.

Wakil Rakyat PAS yang ada dalam Pasma kena tentukan sikap, sama mahu jadi YB PAS atau mohon jadi YB Pakatan Rakyat? Atas peruntukan apa PR hendak membenarkan mereka jadi YB PR sedang PAS masih lagi kerabat Pakatan rakyat?

Memberi kata dua kepada orang PAS yang jadi Pasma itu adalah lebih mulia dari membiarkan Majlis Syura dihina oleh ahli PAS.

Sekiranya keputusan itu keahlian gugur dengan sendiri jika tidak mematuhi Majlis Syura, maka tidaklah dengan senang ahli PAS hendak memperleceh partinya sendiri.

Dengan keputusan seperti ini, PAS mesti mengambil langkah mengajak semua ahli dalam Pasma iu kembali semula ke dalam PAS. Langkah itu dibuat se bagai kaedah bagi mengelakkan penyelesaian yang dibuat tidak akan menjadikan ada ahli PAS yang sejuta itu tercicir. Pada PAS sayangnya pada ahli adalah lebih sayang dari anak dan adik beradik sendiri.

Setiap ahli yang menyertai Pasma amat dikehendaki kembali semula. Lupakan apa yang berlaku.

Penyertaan mereka dalam PAS adalah betul, tetapi penyertaan dalam Pasma adalah tidak betul dari segi politik dan adat berjemaah.

Tetapi jika penaja Pasma itu berkeras juga, maka mereka tidak boleh jadi ahli pada dua pertubuh an itu. Mereka mesti pilih satu.

Jika ada keputusan orang menyertai Pasma hilang kelayakan sebagai ahli, ia akan menyebabkan bukan sekadar seorang dua dari sejuta orang itu yang akan tercicir dari PAS, bahkan ratusan akan tercicir.

Keciciran itu bukanlah justeru ada orang PAS yang mahu mereka keluar dari PAS dalam pelan pe nyelesaian, tetapi merekalah yang mencicirkan diri mereka.

Tunku Abdul rahman Putra ketika hendak menghapuskan komunis sebelum merdeka dulu, dia anjur pengampunan beramai kepada komunis untuk kembali ke pangkuan masyarakat. Jika me reka menyerah diri mereka selamat. Justeru mereka enggan, maka Tunku ambil tindakan memerangi komunis habis-habisan.

Maka PAS sarankan kepada Pasma, tinggalkan Pasma dan kembali dalam PAS bagi membina bersama perjuangan suci yang dimulai tahun 1951 dulu. Arahan ini adalah dalam pelan peyelesaian supaya setiap dari sejuta ahlinya tidak gugur barang seorang jua. Tetapi jika mereka hendak gugur, ia bukanlah pilihan PAS.

PAS terpaksa hadapi sekalipun kemenangan PAS tertangguh buat beberapa tahun akan datang.

Tetapi PAS mesti mempertahankan Majlis Syura Ulamanya. Ketika Maj lis Syura Ulama itu ditubuhkan ia diterima baik oleh serangkai empat tokoh ulama terkemuka ketika itu iaitu Haji Yusof Rawa, Ustaz Fadzil Mohd Noor, Tuan Guru Nik Abdul Aziz dan TG Haji Abdul Hadi.

Mereka yang meluluskan pembentukan Majlis Syura dan mereka yang memartabatkan kepimpin an ulama bagi PAS.

Setiausaha Agung ‘halang’ serah memo pada DAP

Posted: 31 Mar 2015 11:54 PM PDT


Mustafa Ali Mustafa Ali
SHAH ALAM - Pemuda Pas Selangor membatalkan serahan memo ke pejabat DAP Kebangsaan yang dijadualkan esok selepas mendapat arahan daripada Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali.
Bagaimanapun, Ketua pemudanya, Syarhan Humaizi Halim tetap mendedahkan kandungan memo yang sepatutnya diserahkan esok.
"Kami menuntut tiga perkara daripada DAP Kebangsaan iaitu, hentikan segala tuduhan liar terhadap Presiden Pas, Datuk Abdul Hadi Awang dan pimpinan Pas sebagai pengkhianat serta tidak jujur dalam Pakatan Rakyat.
"Telah terbukti dan dijawab segala pertuduhan yang dilemparkan DAP terhadap Presiden Pas dan perjuangan Pas itu sendiri. Jadi sewajarnya DAP memohon maaf," katanya dalam kenyataan tersebut.
Selain itu, Syarhan berkata, pihaknya memohon satu penjelasan kritikal terhadap tuduhan yang dilemparkan pada Pas antaranya, "pendirian DAP dan CEC DAP yang memutuskan hubungan dengan Presiden Pas pada 24 Mac 2015 lalu.
"Pada Pemuda Pas Selangor, tindakan CEC DAP itu tidak demokratik dan menghina pilihan yang diambil oleh ahli-ahli Pas yang memilih Abdul Hadi Awang sebagai Presiden Pas," kata kenyataan itu lagi.
Selain itu, pemuda Pas Selangor juga ingin mengetahui tentang penjelasan dan pendirian DAP terhadap tindakan Ahli Parlimen DAP dari Perak, Nga Kor Ming yang memfitnah Mursyidul Am Pas, Datuk Dr Haron Din dalam Facebook beliau dengan menayangkan poster Haron bersama seorang menteri dengan nada yang menghina.
Di samping itu, Pemuda Pas Selangor juga mahukan penjelasan DAP berhubung tindakan Ahli Parlimen DAP Serdang, Dr Ong Kian Meng yang menuduh Presiden Pas sebagai khianat kerana membawa usul persendirian pindaan Akta Mahkamah Syariah.
"Sedangkan suatu masa dahulu, pada 29 April 2013, Lim Guang Eng dan Salleh Man bersama sama mengakui hak-hak perjuangan yang tidak dipersetujui bersama.  Tambahan pula, pindaan yang diusulkan Abdul Hadi Awang tidak melibatkan orang bukan Islam dan dilakukan melalui proses demokrasi.
"Tuduhan khianat Dr Kian Ming adalah sesuatu tuduhan berat dan perlu dijelaskan kepada kami tentang atas asas apa beliau sanggup berkata begitu.
"Dalam pada itu, DAP meyakini kepada demokrasi. Namun DAP cuba menyekat hak kami untuk membawa private bill ini dengan ugutan dan tuduhan kepada presiden dan Pas.
"Oleh yang demikian, kami menuntut agar DAP menghentikan campur tangan terhadap perjuangan Kanun Jenayah Syariah yang di perjuangkan Pas. Undang-undang yang dibawa hanya berkisar dalam Akta Mahkamah Syariah yang hanya tertumpu pada orang Islam dan bukan kepada orang bukan Islam. Jangan sekat hak demokrasi kami untuk membawa private bill ini seandainya DAP percaya kepada demokrasi tulen," petik kenyataan itu lagi.
Mengulas lanjut Syarhan berkata, adalah jelas hukuman dan undang-undang sedia ada tidak mampu menyelesaikan isu jenayah dan keselamatan rakyat.
"Oleh yang demikian Pas mencadangkan Enakmen Kanun Jenayah Syariah sebagai penyelesaian. Sekiranya DAP tidak bersetuju dengan penyelesaian kepada masalah jenayah yang dibawa Pas maka kami ingin menuntut DAP mencadangkan penyelesaian kepada masalah jenayah yang berlaku.
"Kami berharap walaupun serahan memo ini terpaksa dibatalkan atas arahan kepimpinan, mesej kami jelas dan sampai kepada pihak DAP Kebangsaan," katanya. 

Dun Perak jadi kecoh kerana baju hitam

Posted: 31 Mar 2015 11:52 PM PDT


Dun Perak jadi kecoh kerana baju hitam
 
 
 
IPOH - Sesi perbahasan titah Tuanku Sultan pada hari pertama Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga, Dewan Negeri ke-13, hari ini berlangsung dalam suasana tegang apabila wakil rakyat kedua-dua pihak saling bertikam lidah mengenai rasa hormat terhadap institusi diraja.

Ia berikutan teguran dibuat Datuk Mohd Khusairi Abdul Talib (BN-Slim) mengenai tindakan wakil rakyat pembangkang yang tidak mengenakan pakaian istiadat, sebaliknya hadir dengan persalinan serba hitam pada pembukaan oleh Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah, semalam.

Mohd Khusairi dalam perbahasannya menyifatkan tindakan itu tidak menghormati institusi diraja apatah lagi dua orang kanan PR iaitu Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin (Pas-Changkat Jering) dan Datuk Ngeh Koo Ham (DAP-Sitiawan) mendapat darjah kebesaran daripada Ayahanda Sultan Nazrin, Almarhum Sultan Azlan Shah.

Kenyataan itu membangkitkan kemarahan wakil rakyat pembangkang yang mempertahankan tindakan mereka tiada kena mengena dengan rasa hormat terhadap Sultan.

Antara yang bangun membidas kenyataan Mohd Khusairi adalah Yong Choo Kiong (DAP-Tronoh) yang mempersoalkan mengapa perkara sama mengenai kesalahan pakaian hitam dan kaitan dengan rasa hormat itu dipersoalkan.

Tindakan itu menyebabkan Datuk Shahrul Zaman Yahya (BN-Rungkup) bangun menuding jari memohon Choo Kiong menarik balik kenyataan dibuat.

Keadaan itu berlarutan memaksa Speaker Dewan, Datuk SK Devamany beberapa kali meminta semua wakil rakyat bertenang.

Tindakan Choo Kiong dan Shahrul Zaman keluar Dewan dalam keadaan tegang menyebabkan ada pihak menyangka kemungkinan berlaku bergaduhan di luar Dewan, bagaimanapun keadaan tenang tanpa sebarang kejadian tidak diingini.


“Keyakinan kepada PDRM merudum, apakah Najib akan gantung tugas KPN?

Posted: 31 Mar 2015 05:46 PM PDT

khalid_abu_bakar

Oleh LIM KIT SIANG


Adakah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak akan melakukan apa yang patut dilakukan oleh seorang Perdana Menteri yang baik – segera menggantung perkhidmatan Tan Sri Khalid Abu Bakar sebagai Ketua Polis Negara sebelum beliau melakukan lebih banyak kerosakan terhadap keyakinan dalam dan luar negara kepada profesionalisme polis, serta kedaulatan undang-undang dan kebebasan media di Malaysia.

Jelas sekali bahawa Khalid mempunyai pemahaman kata 'hasutan' yang bengah, malah lebih teruk lagi ia begitu terpilih dan anjal, sehinggakan kenyataan yang paling tidak berbahaya oleh pimpinan Pakatan Rakyat, aktivis NGO dan kini beberapa agensi media tertentu pun boleh dikira menghasut, sedangkan ucapan-ucapan dan kenyataan yang sangat menghasut seperti yang dibuat oleh Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Ismail Sabri Yaacob, bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Mashitah Ismail dan Pengerusi Umno Bahagian Permatang Pauh Datuk Mohd Zaidi Mohd Said secara sewenang-wenangnya pula ditafsirkan olehnya sebagai tidak menghasut, justeru tidak wajar menerima tindakan tegas oleh pihak polis.

Situasi kian buruk, kalau pun tidak kelakar, apabila Khalid memperlihatkan penguasaan bahasa Inggeris yang lemah apabila beliau boleh menemukan kesalahan menghasut yang tidak dapat dilihat oleh orang biasa, seperti tweet Ahli Parlimen PJ Utara Tony Pua, 'Royal my foot' yang hanya difahami oleh Khalid sahaja sebagai satu serangan ke atas Raja-raja Melayu.

Khalid juga memberikan arahan Twitter kepada polis supaya menyiasat pensyarah Universiti Malaya Dr Khoo Ying Hoo ekoran tulisan beliau bertajuk "Who owns the police", menuduh ia satu fitnah jenayah terhadap pihak polis sedangkan ia hanya mengkritik tindakan sewenang-wenang oleh pihak polis.

Kemudian datang pula tindakan menahan Setiausaha Agung PKR merangkap Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli, memalukannya dengan memperlihatkan beliau digari dan berkaki ayam serta berpakaian tahanan polis – hanya kerana Ketua Polis Negara telah tersalah faham pekeliling Rafizi sebagai konspirasi untuk menceroboh penjara Sungai Buloh demi membebaskan Anwar Ibrahim; sesuatu yang langsung tidak timbul di fikiran sesiapa.

Di lain-lain negara, seorang pegawai tinggi polis atau penjawat awam yang telah melakukan tiga kesilapan besar dengan salah membuat keputusan dan tindakan pastinya telah dipanggil untuk memberi penjelasan, dan pastinya malu untuk tampil di khalayak buat suatu tempoh yang panjang, tetapi Ketua Polis Negara boleh sahaja ke hulu dan ke hilir tanpa sedikit pun merasa malu dan bersalah?

Jadi ketika Khalid mendabik dada tentang tidak bertoleransi terhadap hasutan, beliau sekadar mengumumkan pemahamannya yang terpilih dan anjal, malah salah fahamnya terhadap istilah dan kesalahan hasutan!

Khalid sepatutnya kini sudah pun menyedari bahawa tugasnya sebagai pegawai tinggi pasukan polis bukanlah untuk berperang dengan pimpinan Pakatan Rakyat, aktivis NGO dan agensi media yang menggunakan hak demokratik dan dijamin Perlembagaan untuk bersuara, memberi pendapat serta berhimpun, tetapi untuk menjaga keselamatan rakyat Malaysia daripada jenayah, dan ketakutan terhadap jenayah; serta kini daripada keganasan dan ketakutan terhadap keganasan lantaran bayang-bayang kumpulan pengganas IS hampir tiba ke perairan negara.

Beliau harus berhenti serta merta daripada melakukan peperangan solonya terhadap pimpinan Pakatan Rakyat, aktivis NGO dan pihak media; serta menjadi seorang pegawai polis contoh.
Lima wartawan utama The Malaysian Insider mesti dibebaskan segera sebelum reputasi negara bertambah rosak di persada media antarabangsa.

Dan lagi, beliau mesti menyatakan dengan jelas bahawa tangkapan ke atas lima wartawan TMI itu bukanlah satu operasi memancing bagi pihak polis i.e. menggunakan penahanan mereka untuk mencungkil maklumat tentang liputan TMI mengenai skandal RM42 bilion 1MDB. – Roketkini.com


Tidak Sepatutnya Guna Akta Hasutan Tahan Editor TMI - Nur Jazlan

Posted: 31 Mar 2015 05:44 PM PDT


Oleh: RASHVINJEET S. BEDI


Datuk Nur Jazlan Mohamed
 
 
 
KUALA LUMPUR: Akta Hasutan tidak sepatutnya digunakan untuk menangkap eksekutif tertinggi portal The Malaysian Insider, kata Datuk Nur Jazlan Mohamed.

Beliau berkata walaupun terdapat kesilapan dalam laporan oleh portal berita itu, kerajaan boleh menggunakan Akta Fitnah.

"Ia tidak menghasut dan tidak menghasut orang ramai untuk melakukan apa-apa kesalahan," kata Nur Jazlan kepada The Star Online di lobi Parlimen, Selasa.

Dalam artikel yang disiarkan minggu lalu, portal berita itu melaporkan bahawa Majlis Raja-Raja didakwa telah menolak cadangan pindaan Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 semasa mesyuarat pada 11 Mac.

Artikel tersebut yang memetik sumber-sumber berkata, penolakan terhadap pindaan Akta Persekutuan telah dibuat pada mesyuarat yang dihadiri oleh semua Raja-Raja Melayu atau wakil-wakil mereka.

Namun pada Khamis, Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Datuk Seri Syed Danial Syed Ahmad menafikan mengeluarkan apa-apa kenyataan mengenai hudud di Kelantan dan telah membuat laporan polis agar siasatan mengenai perkara itu dapat dijalankan.

"Menggunakan Akta Hasutan untuk menangkap semua adalah perkara yang tidak betul untuk dilakukan," katanya.


Setiausaha Sulit PM Meninggal Dunia

Posted: 31 Mar 2015 05:43 PM PDT


MSTAR ONLINE


 
 
 
KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Tun Razak pada Selasa berkata Setiausaha Sulitnya, Datuk Mohd Po'ad Jelani telah meninggal dunia.

Perdana Menteri menyifatkan Allahyarham sebagai seorang yang teliti dalam melaksanakan tugasnya.

"Allahyarham telah bersama saya sejak sekian lama. Al-Fatihah," kata Najib dalam catatan di laman Twitternya.

Beliau kini berada di Sarawak untuk lawatan dua hari.

Hasan Malek Nafi Letak Jawatan Berhubung Kenaikan Harga Petrol Esok

Posted: 31 Mar 2015 05:40 PM PDT


MSTAR ONLINE


Hasan Malek.
Datuk Seri Hasan Malek
 
 
 
KUALA PILAH: Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Hasan Malek pada Selasa menafikan laporan Facebook kononnya beliau akan meletak jawatan berhubung kenaikan harga bahan api yang akan berkuat kuasa Rabu.

Hasan mendakwa ada pihak lain yang menggunakan akaun Facebook beliau yang dipalsukan kononnya beliau akan meletak jawatan sekiranya harga petrol RON95, RON97 dan diesel naik pada 1 April.

"Laporan itu adalah palsu dan saya amat kesal dengannya. Ini amat mendukacita kerana kemudahan media sosial disalahgunakan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. Saya amat kesal dengan perkara ini yang bertujuan menimbulkan keresahan di kalangan rakyat.

"Saya tidak perlu diminta oleh sesiapa untuk meletakkan jawatan. Jika saya tidak mendapat kepercayaan daripada kepimpinan, saya sedia berundur.
Saya berharap rakyat pandai menilai dan tidak mempercayai laporan tersebut," katanya kepada pemberita selepas majlis penyerahan bantuan khas kepada pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Parlimen Kuala Pilah di sini, Selasa.

Menurut laporan itu: "Datuk Seri Hasan Malek memberi jaminan bahawa tiada sebarang kenaikan harga petrol dan diesel akan dilakukan dalam tempoh terdekat, sekalipun berlaku sedikit kenaikan harga bahan bakar di pasaran. Pada masa ini harga runcit RON95 adalah kekal pada harga RM1.95 seliter, RON97 pada harga RM2.25 seliter manakala diesel pada harga RM1.95 seliter. Sekiranya laporan palsu itu benar, saya dengan rela hati meletakkan jawatan sebagai menteri KPDNKK berkuat kuasa serta-merta tanpa prejudis demi kepentingan rakyat".

Hasan berkata akibat daripada laporan itu persepsi dan pandangan masyarakat tentang peranan beliau sebagai Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan telah tercalar.

"Saya secara keras menyatakan laporan tersebut adalah palsu dan fitnah jahat yang bertujuan mencetuskan ketegangan di kalangan rakyat di negara ini. Saya sendiri mempunyai bukti yang cukup untuk menyatakan ini adalah satu unsur jahat daripada pihak yang tidak bertanggungjawab. Saya dan pihak kementerian akan mengambil tindakan perundangan ke atas penyebar fitnah ini," katanya.

Katanya laporan polis dibuat di Balai Polis Presint 7, Putrajaya pagi ini selain kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia.

"Jadi, saya meminta agar perkara ini disiasat dan diambil tindakan segera," katanya.

Sementara itu, Hasan berkata umum mengetahui bahawa Cukai Barang dan Perkhidmatan (CBP) akan dimulakan esok dan kementeriannya serta Jabatan Kastam Diraja Malaysia sudah cukup bersedia.

Ekstradisi Sirul: DAP gesa kerajaan segera kemuka permohonan kepada Australia

Posted: 31 Mar 2015 05:38 PM PDT

ramkarpal_singh

Roketkini.com


KUALA LUMPUR: Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail perlu segera membuat permohonan rasmi kepada kerajaan Australia untuk mengekstradisi bekas komando polis Sirul Azhar Umar.
Ahli Parlimen Bukit Gelugor Ramkarpal Singh berkata, permohonan tersebut perlu dilakukan demi kepentingan awam, walaupun prosidingnya didakwa rumit oleh Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

"Di bawah 'Perjanjian Ekstradisi' ditandatangani pada 15 November 2005 antara kedua-dua pihak (Malaysia dan Australia), adalah wajib bagi kerajaan berunding dengan kerajaan Australia dengan tujuan mencapai persetujuan bagi mengemukakan permintaan rasmi mengekstradisi Sirul kerana beliau tertakluk kepada hukuman mati.

"Dalam erti kata lain, persoalan tentang prosiding ekstradisi tidak harus timbul tanpa perjanjian dan perundingan terlebih dulu," kata Ahli Parlimen Bukit Gelugor dalam satu kenyataan.

Ujarnya, beliau terkejut apabila membaca laporan portal Malaysiakini bahawa kerajaan sehingga kini masih belum membuat apa-apa permohonan untuk mengekstradisi Sirul.

Dalam jawapan kepada soalan Ramkarpal minggu lalu, Zahid mendakwa kerajaan sedang memulakan rundingan dengan kerajaan Australia, namun proses tersebut memakan masa kerana melibatkan isu perundangan yang rumit dan perlu dikendalikan dengan berhati-hati.

Zahid turut menyebut, selain menyentuh dasar dan undang-undang negara lain, usaha kerajaan untuk membawa pulang Sirul turut menyentuh isu hak asasi manusia di mana tidak semua negara menyokong pelaksanaan hukuman mati.

Tegas Ramkarpal, perkara tersebut tidak harus berlaku kerana Sirul sudah hampir tiga bulan disabitkan bersalah dan dihukum bersama Inspektor Azilah Hadri pada 13 Januari lalu.
"Pembunuhan Altantuya Shaariibuu menarik perhatian seluruh dunia.

"Amat tidak adil kepada keluarga mangsa jika usaha serius tidak diambil segera bagi membawa Sirul pulang bagi menghadapi hukuman yang telah ditentukan Mahkamah Persekutuan," katanya. – Roketkini.com


Wartawan berkumpul sambut pembebasan 3 editor

Posted: 31 Mar 2015 05:20 PM PDT

MALAYSIAKINI



 
 
 
Hujan renyai-renyai tidak menghalang sekumpulan pengamal media berkumpul untuk bersetiakawan dengan wartawan dan pegawai kanan The Malaysian Insider (TMI) yang ditangkap polis.

Mereka berkumpul seawal jam 7 petang di depan ibu pejabat polis daerah (IPD) Dang Wangi sambil menyalakan lilin dan memakai reben kuning tanda sokongan kepada kebebasan media.

Kumpulan itu juga mengambut pembebasan tiga wartawan kanan TMI Lionel Morais, Amin Iskandar dan Zulkifli Sulong – yang dibebaskan pada 8.30 malam.

Sebaik melangkah daripada bangunan IPD ke pintu utama, ketiga-tiga editor yang disiasat bawah Akta Hasutan 1948 itu disambut sorakan dan tepukan gemuruh daripada teman wartawan dan aktivis.

Ketua Eksekutif TMI Jahabar Sadiq dan penerbit The Edge Ho Kay Tat bagaimanapun masih ditahan dan permohonan reman dijadual dibuat esok.

Mereka ditahan susulan laporan mendakwa Majlis Raja-raja Melayu menolak hudud. Penyimpan mohor besar raja-raja Melayu menafikan perkara itu.

Ketua Menteri Pulau Pinang dilihat turut hadir dalam acara itu sambil memegang sebatang lilin dan bertanya khabar pada tiga editor TMI itu.

Acara bersurai dengan laungan ke arah pembebasan Jahabar dan Ho serta "bebas media" beberapa kali.

Ini hari kedua wartawan berkumpul dengan IPD Dang Wangi. 
 
 

Proton kurang harga kereta sehingga RM1,475

Posted: 31 Mar 2015 05:18 PM PDT

MALAYSIAKINI


 


Proton Holdings Bhd mengumumkan harga baru model terpilih kenderaannya yang dikurangkan sehingga RM1,475 atau 3.25 peratus seunit berkuat kuasa hari ini berikutan pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST).

Harga di atas jalan itu termasuk kesemua model Proton iaitu Saga, Persona, Inspira, Staria Neo, Exora, Prevé, Suprima S dan Iriz, kata syarikat itu dalam satu kenyataannya.

Kesemua harga berkenaan termasuk cukai enam peratus sebagaimana ditetapkan GST.

"Pengguna bukan sahaja membeli kereta yang bernilai untuk wang mereka, tetapi turut memiliki kualiti serta ciri-ciri keselamatan yang dipertingkatkan.

"Sebagai contoh, pengguna boleh membeli seunit Proton Saga pada harga serendah RM33,242.40 atau memiliki Prevé 1.6L Turbo pada harga RM61,023.46," kata Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Abdul Harith Abdullah.

Proton berkata, sebagai satu-satunya pengeluar kereta yang lengkap sepenuhnya di rantau ini, ia sentiasa berdedikasi untuk memenuhi peranan berkhidmat kepada negara, khususnya bagi memenuhi matlamat pelaksanaan CBP berkenaan.

Malah, atas alasan itu, biarpun perlu mengurangkan harga keretanya, Proton sebaliknya telah meningkatkan nilai produk menerusi aspek keselamatannya.

Ini sekaligus turut memaparkan komitmen Proton untuk terus mempertingkat produk dan perkhidmatannya di semua peringkat dan menawarkan rakyat Malaysia pilihan memiliki kereta yang selamat, berkualiti dan bernilai untuk wang.

Maklumat lanjut boleh diperolehi di laman web www.proton-edar.com.my . - Bernama


 

Aktivis ditahan didakwa 'ancam' IGP di Twitter

Posted: 31 Mar 2015 05:17 PM PDT

MALAYSIAKINI



 


Tindakan berterusan apabila polis menahan setiausaha NGO Jingga 13, Irwan Yahya di rumahnya di Banting, hampir tengah malam tadi.

Lebih seratus aktivis dan wakil rakyat pembangkang telah ditangkap dalam bulan Mac sahaja.

Penyelaras Jingga13 Fariz Musa berkata Irwan ditangkap polis pada kira-kira 11.40 malam dan dibawa ke ibupejabat polis daerah Dang Wangi.

"Beliau dituduh mengancam Ketua Polis Negara (KPN) di Twitter. Kami masih tidak tahu butir-butir kes itu," Fariz kepada Malaysiakini.

Irwan pada Sabtu lalu menulis di Twitter: "Biarkn @KBAB51 mnahan klau blh smua leader senior PR..agr mdh bg kmi mgjar igp mgikut cra org mda tpa skatan senior2 PR..igp..bersedialah..

Khalid menjawab: Adik @irwanyahya, @PDRMsia cuma jlnkan Amanah kami demi ketenteraman dan kesejahteraan Rakyat. Mengugut saya tidak manis.

Tweet Irwan telah menarik perhatian awam apabila akhbar Sinar Harian melapor mengenainya dalam satu artikel Sabtu lalu bertajuk 'Ada yang cuba ajar ketua polis negara di Twitter'.

Tiada ulasan: