. |
Mahathir dan isteri turut ziarahi jenazah ayah Anwar Posted: 05 Apr 2015 05:59 AM PDT KENYATAAN
Pak Brahim telah kembali ke Rahmatullah jam 1:45 malam tadi di hospital Serdang kerana mengalami kesukaran bernafas. Allahyarham meninggal dalam usia 96 tahun. Kehadiran Dr Mahathir bersama isterinya Siti Hasmah Mohd Ali mengejutkan kerana ia tidak dijangka tetapi menyenangkan kerana ia sudah pasti dapat mengubati kedukaan keluarga Pak Brahim dan Anwar. Dr Siti Hasmah dikatakan berada lebih lama di rumah Pak Brahim berbanding Mahathir. Dr Wan Azizah dalam reaksinya terhadap kedatangan kedua mereka itu mengatakan ia memeranjatkan.
Tidak dapat tidak kehadiran atas rasa persaudaraan sesama Islam itu, yang tidak diduga itu memberi berbagai tafsiran sehingga ia boleh membawa kepada perkembangan baru politik negara.
Selain Mahathir satu-satu menteri kabinet yang hadir memberi penghormatan terakhir kepada jenazah Allahyarham Pak Brahim ialah Menteri Dalam Negeri Ahmad Zahid Hamidi. Zahid yang juga tinggal di kawasan perumahan sama dengan Pak Brahim Ibrahim sempat membaca Yassin sebelum meninggalkan halaman rumah Pak Brahim untuk bergegas ke rumah kawannya yang juga meninggal dunia.
Selain Zahid, Ketua Wanita Umno, Sharizat Abdul Jalil juga hadir untuk memberi penghormatan. Kehadiran Sharizat itu sekali lagi membuktikan Ketua Wanita Umno itu seorang terbuka dan sedia mengenepikan perbezaan politik dalam suasana berdukalara begitu.
Perlepasan yang diberikan oleh pihak penjara kepada Anwar disambut baik oleh anggota keluarga dan juga mereka yang hadir. Tidak ada sekatan dan Anwar juga dibenarkan untuk bersama keluarga seketika di dalam rumah Pak Brahim.
Tiba awal di kediaman Pak Brahim ialah ahli jawatankuasa Pas, Kamaruddin Jaaffar, bekas MB Selangor Muhammad Mohd Taib yang kini juga selaku Timbalan Ketua Penerangan Pas. MB Selangor Mohamed Azmin Ali juga hadir dan ikut menyembahyangi jenazah. [wm.kl.8:54 pm 05/04/15] |
You are subscribed to email updates from . To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 1600 Amphitheatre Parkway, Mountain View, CA 94043, United States |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan