Khamis, 16 April 2015

ALHUSSEYN

ALHUSSEYN


Kerjasama Pas - Umno bukan fitnah, kebenaran semakin terserlah... Sinopsis Kenyataan Hassan Ali

Posted: 16 Apr 2015 07:47 AM PDT

  Pada bulan Jun ini ada pemilihan. Saudara-saudara.. Apa yang telah di usahakan oleh teman-teman, Parasit-parasit (kumpulan progresif) ini tidak dapat lagi bertapak dan di gantikan oleh Ulama-ulama..

 Digantikan dengan ulama-ulama.. Digantikan dengan mereka yang berfikirannya terbuka Demi Islam.. Demi Melayu.. Demi memartabatkan Islam dan Melayu.. Demi kesinambungan Islam dan Melayu..

 Saya rasa.. Kalau misalannya Ust Hadi sahaja.. Kalau beberapa pimpinan ulama yang saya kenal mereka.. Mereka rasanya lebih bersedia bergabung dengan Umno daripada bergabung dengan DAP dan PKR..

 Tetapi di dalam keadaan sekarang nampaknya kearah pergabungan Pas dan Umno itu saya nampak...

Nik Aziz ada di situ, Anwar ada di situ.. Parasit-parasit ada disitu.. Jalannya terlalu sukar bagi saya.. (Sila ikuti rakamananya berikut)



 ULASAN.

 Gerakan menyambung jambatan UMNO-PAS tidak pernah berhenti semenjak kertas kerja yang dihasilkan oleh Dr Haron Din diterima pakai oleh Majlis Syura Ulama Pas.

 Selagi ada pimpinan Pas yang berfikiran ingin bersama dengan Umno(UG) kerana Melayu itu Islam dan Islam itu Melayu, selagi itulah segala masalah dan jalan penyelesaian dalaman Pas dan PR tidak akan dapat di selesaikan..

Segalanya akan di usahakan agar Pas-Umno akan dapat di satukan didalam satu bumbung. Tidak hairanlah jika Muktamar PAS ke -61 yang akan bermula 2~6 Jun 2015 nanti akan menjadi medan penyembelihan (pengnyahan) kumpulan Progresif secara beramai-ramai.Che Ibrahim Mohamed

Ahmad Awang - Ulama yang tegas dan berani memenuhi aspirasi rakyat

Posted: 16 Apr 2015 06:00 AM PDT


   Ketegasan Ahmad Awang memulakan inisiatif kerajaan Pakatan Rakyat (PR) di Perak pada 2008, walaupun pada masa itu Umno mengajak membentuk kerajaan perpaduan menjadi punca beliau dicalonkan sebagai presiden, kata PAS Bukit Gelugor.

 Yang dipertua PAS Bukit Gelugor, Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa dalam kenyataannya berkata, sikapnya yang tegas kerana memenuhi aspirasi rakyat yang menolak Barisan Nasional (BN) amat dihargai parti Islam itu.

 PAS Bukit Gelugor di Pulau Pinang yang dipimpin Mujahid menjadi kawasan ketiga selepas Parit Sulong dan Jelebu di Negeri Sembilan mencalonkan Ahmad sebagai presiden.

 "Beliau juga ulama terkenal di peringkat antarabangsa dan dihormati kerana ilmunya," kata Mujahid yang mengetuai PAS kawasan itu dalam mencalonkan bekas naib presiden PAS itu.

 Menurut Mujahid, penghayatan Ahmad kepada aspirasi PR lebih mendalam dan mampu menjalin hubungan yang baik dan berprinsip dengan PKR dan DAP.

 Selain itu, Ahmad juga pernah menyandang jawatan naib presiden dan ahli Majlis Syura PAS, serta pernah mentadbir Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), kata Mujahid.

 Katanya, peranan pentadbiran dan keilmuan Ahmad mampu membawa PAS ke tahap lebih baik.

 "Semoga dengan keberkatan syura PAS Kawasan Bukit Gelugor pencalonan kami diharapkan dapat melonjakkan PAS ke hadapan," katanya.

 Bukit Gelugor juga mencalonkan Mohamad Sabu bagi mengekalkan jawatannya sebagai timbalan presiden, manakala Mujahid sendiri bersama Datuk Husam Musa dan Salahuddin Ayub dicalonkan untuk naib presiden, dalam mesyuarat yang diadakan pada 15 April. – 16 April, 2015.~SUMBER

Hari tu mu ghoyak hok lain, lani hok lain pula!

Posted: 16 Apr 2015 03:00 AM PDT

 Pulak doh! Hari tu mu ghoyak hok lain, lani hok lain pula! Demo ni gak seleheng sokmo dgn orangramai.Kalu mu dok main hok gini parok nisse abih la Mat Yakob !

 Sekung molek pasangan demo Nik Amar tu serasi tahap gaban serupa tapai dengan ubi kayu! Sama-sama kepala mengarut tak dok pekdoh sekepeng habuk ; siye male dok ghoyak hudud,hudud sokmo!

  Bakpo mu bengong sangak ni? Demo nok sepelek guano tiba-tiba nak suruh rakyat sat gobar?? Baso nate bengong puak2 demo ni!
Datuk Ahmad Yakob : [ admin ] Pindaan akta 355 adalah bagi membolehkan hukuman keatas kes jenayah dapat dilaksanakan mengikut tuntutan Syariat Islam.

Ini macamkah Kelantan Negeri Berkebajikan?

Posted: 16 Apr 2015 12:00 AM PDT

Pemanku Raja Kelantan, Tengku Muhammad Faiz Petra pernah memuji usaha kerajaan Kelantan untuk menjadikan Kelantan sebagai negeri berkebajikan.

 "Usaha itu penting bagi melahirkan keadilan dan kesejahteraan dalam kehidupan rakyat" Titahnya di sini 

 Tapi benarkah Kelantan yang katanya membangun bersama Islam merupakan sebuah kerajaan berkebajikan?

  Benarkah parking di kawasan Hospital Besar Kota Bharu berdekatan unit kecemasan dan trauma pun ada parking meter? 




 Eloklah diterima cadangan supaya turut dipasang parking meter di kawasan masjid, klinik kesihatan, Balai Bomba, sekolah, Balai Polis untuk menambahkan hasil kerajaan negeri.
Shukran Binjai: Hoktuu lah amba royat sokmo doh,undang2 parking atau undang2 kecil dlm majlis perbandaran tidak terurus masih wujud kezaliman ,inikan pula nk laksana undang2 yg lebih beso, keguano CKL? 
Abdullah Zawawi Wahab :molep juga d bangkitkan..krn kita ni amalkan undang2 berteraskan islam...islam xnyusah kan sapo2 samaada rakyat atau kerajaan...mgkn jd gini ada ortodok bermulut panjang ...sblm buat dasar pikir dulu..dlm kaw hospital..org nk g ziarah org sakit jah..ziarah org sakit bole pahala tp tubik ziarah kena kunci tayat..dosa bole pula...ambo rasa pihak yg berkaitan wajar kqji..xcukup parking kajo vari tempat utk parking..jamge la nk kaji lena g cari idea d china atau beijing dulu.
 Mangsa banjir masih lagi tidak terbela walaupun kini sudah masuk bulan keempat. Mangsa-mangsa masih hidup dalam khemah-khemah macam pelarian di bumi sendiri.Pengagihkan bantuan wang ihsan RM500 bagi setiap keluarga pun masih belum selesai....RM500 sahaja, bukan RM50k! Ini macamkah negeri berkebajikan?

Konsentrasi minda dan imbangan kesaksamaan

Posted: 15 Apr 2015 09:00 PM PDT

 Biasa kita lihat ada orang yang berjalan sambil menjunjung sesuatu atau bebanan diatas kepala mereka....

 Tapi yang ini amat menakjubkan sekali. Bukan peragawati iklan Susu Cap Junjung atau anggota dari jemaah dakwah menjunjung periuk belanga....

 Korang lihatlah sendiri bagaimana kuasa konsentrasi minda dengan hanya imbangan sehelai bulu unggas dapat menundukan kuasa graviti. Sangat menakjubkan kemampuan seorang wanita bernama Miyoko Shida Rigolo.

 Saya kagum dengan kebolehan luar biasa ini. Andainya dia tersilap meletakan imbangannya ditempat yang salah, pastinya segalanya akan bertaburan dilantai. Lihatlah apa terjadi apabila beliau mengambil semula imbangan sekecil bulu unggas tersebut .....Hanya sekecil itu tapi memberikan impak yang sangat besar ....
  
 Bahawa setiap permasalahan perlu diberikan perhatian atau konsentrasi minda dan diadili dengan saksama....

 Meletakan sesuatu itu pada tempatnya itu adalah 'adil

  Hakim Mahkamah sememangnya tugasnya adalah untuk berlaku adil bersesuain dengan ketentuan dan perundang-undangan yang termaktub.

 Ketua Polis Negara kerana sebagai ketua kepada pasukan keselamatan yang bertanggungjawab menjaga keselamatan dan keamanan negara, pastinya beliau orang yang adil dalam menjalankan tugasnya…

 Perdana Menteri Malaysia Najib Tun Razak dengan amanahnya yang cukup besar sebagai pemimpin nombor satu Negara juga perlu berlaku adil….

 Apatah lagi seorang pemimpin gerakan Islam seperti PAS maka sangat-sangat dituntut agama supaya berlaku adil tanpa memihak kepada mana-mana selain atas jalan kebenaran dan keadilan yang saksama sebagaimana pesan Rasulullah sallallahu`alaihi wasallam melalui sabdnya: 


 "إِذَاوَسِّدَ الأَمْرُ إِلَى غَيْرِ أَهْلِهِ فَانْتِظَرِ السَّاعَةَ" 

Maksudnya: "Apabila diserahkan sesuatu urusan kepada orang yang bukan ahlinya maka tunggulah saat kebinasaannya". [Diriwayatkan oleh al-Imam al-Bukhari. (Idza wassidal-amru ila ghairi ahlihi, fantidzari–saa'ah)

 'Keahlian' adalah berdasarkan peranan yang perlu dimainkan. Yang fakeh bagi peranan menentukan hukum, yang pakar ketenteraan bagi jawatan ketua ketenteraan, yang pakar strategi, perancangan, bacaan politik dan perlaksanaan bagi kepimpinan badan perlaksana parti politik. 

 Sekiranya dilantik yang bukan ahlinya maka sudah pasti PAS tidak akan dapat mencapai kejayaan sepertimana yang sepatutnya; di dunia mahupun di akhirat.


Memang ada jenayah yang tersembunyi…

Posted: 15 Apr 2015 06:30 PM PDT

Bekas Menteri Penerangan, Zainudin Maidin (Zam) menulis dalam blognya seolah-olah mengakui memang ada pelakuan jenayah yang masih tersembunyi yang hanya akan terdedah apabila Pakatan Rakyat mengambil aleh pentadbiran Putrajaya.


 Beberapa dakwaan utama dari zaman Mahathir kepada Najib timbul, dari kes pembunuhan beramai-ramai Memali dan tindakan keras  Ops Lalang keatas golongan penentang pada 1987, hingga kepada misteri motif pembunuhan Altantuya dan skandal 1MDB semasa era Najib.


 Kalau tidak melakukan jenayah, sudah tentu tidak akan dihadapkan ke mahkamah kan?? 

 Najib kini semakin tertekan apabila Mahathir menuntut supaya isu 1Malaysia Developement Bhd (1MDB) dan kes pembunuhan kejam wanita Monggolia, al-Tantuya disiasat rapi.

  Zam menulis antara lain : 

Tun Dr.Mahathir menasihatkan PM Najib meletakan jawatan dari sekarang untuk memberikan masa yang cukup kepada BN memulehkan keyakinan rakyat (Lihat video klip Youtube temubual dengan Mahathir ) Kalau tidak beliau akan dihadapkan di mahkamah sekiranya pembangkang (maksudnya Pakatan Rakyat) mengambil alih kerajaan dari Barisan Nasional.

 Bila PR menang, Anwar Ibrahim akan dibebaskan dan Mahathir sendiri akan ditangkap dan di tahan lebih dahulu, disusuli dengan tangkapan keatas Najib dan lain- lain untuk didakwa atas tuduhan penyalahgunaan kuasa, skandal 1MDB atau lain lain.

 Maka itu dalam memberikan amaran yang lembut tetapi keras ini, tersirat amaran Dr.Mahathir tidak sahaja kepada Najib tetapi juga kepada dirinya sendiri. Amaran ini adalah merupakan amaran untuk keselamatan bersama. ~ Sumber

 Sementara itu, bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan turut menyokong tuntutan Tun Dr.Mahahtir supaya siasatan terhadap kes pembunuhan wanita Mongolia Altantuya Shaarriibuu dibuka semula. Jelas tekanan semakin hebat terhadap Najib disamping sokongan yang dipentaskan.

Tiada ulasan: