ZAKRI ALI |
- Pas bincang status dalam PR Isnin SYAJARATULHUDA MOHAMAD ROSLI
- Ismail: Fitnah terhadap Najib 'turun' ke cawangan MALAYSIAKINI
- Artikel Terbuka Buat Pimpinan PAS.. Wajib Baca
- GST perlu untuk tampung kenaikan gaji perkhidmatan awam, pencen, kata menteri
- Fariz Musa ditahan selepas himpunan #KitaLawan OLEH HASBULLAH AWANG CHIK
- Beri ruang pada PM buat keputusan tentang hudud, kata Rahman
- Operator LRT bimbang masalah sistem brek aliran Kelana Jaya
- Jangan sebar info salah demi mahu popular
Pas bincang status dalam PR Isnin SYAJARATULHUDA MOHAMAD ROSLI Posted: 29 Mar 2015 07:00 AM PDT Dr Mujahid Yusof Rawa GEORGETOWN - DAP tidak wajar mengeluarkan kenyataan yang memburukkan imej dan martabat Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang. Ahli Parlimen Parit Buntar, Datuk Dr Mujahid Yusuf Rawa berkata, DAP tidak sepatutnya mengeluarkan kenyataan seperti itu dan isu itu akan dibincangkan dalam mesyuarat jawatankuasa Pas Pusat Isnin. Beliau menyifatkan kenyataan DAP yang menempelak Abdul Hadi Awang sebagai satu tindakan yang menyedihkan kerana beliau diumpamakan bapa kepada semua ahli Pas. "Kita akan bermesyuarat dan mengumumkan pendirian parti berhubung masa hadapan dalam pakatan pembangkang pada Isnin ini susulan tindakan DAP Sarawak memutuskan hubungan dalam PR. "Mesyuarat itu juga akan membincangkan sikap pimpinan DAP yang menentang Presiden Pas (Abdul Hadi)," katanya kepada media hari ini. Terdahulu, Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dalam kenyataannya mengumumkan parti itu tidak akan bekerjasama dengan Abdul Hadi selepas mendakwa Presiden Pas itu tidak jujur dan tidak bermaruah. Guan Eng berkata, DAP kini sudah hilang kepercayaan dan keyakinan terhadap Abdul Hadi sebagai pemimpin PR kerana bertindak secara tidak jujur dan tidak bermaruah. Menurutnya, DAP juga akan memutuskan hubungan serta menghentikan kerjasama dengan Abdul Hadi. Mujahid berkata, tindakan DAP keluar dari PR Sarawak amat dikesali dan dilihat hanya memburukkan keadaan termasuk meretakkan hubungan antara kedua-dua pihak. "Saya sedih dengan sikap DAP yang keluar dari pakatan di Sarawak dan ia tidak sepatutnya berlaku. Tindakan itu merosakkan objektif pakatan menjadi gabungan parti politik berbilang kaum. "Keretakan hubungan Pas dan DAP menjadikan agenda kebersamaan pakatan untuk mempromosikan idea yang menolak kewujudan parti berasaskan kaum kini tergendala," katanya. Semalam, DAP Sarawak mengumumkan keputusan keluar dari pakatan pembangkang negeri adalah muktamad dan berkuat-kuasa serta merta. Pengerusinya, Chong Chieng Jen berkata, ia dibuat sebagai bantahan ke atas kepemimpinan Pas yang mahu meneruskan hasrat melaksanakan hukum hudud di negara ini. | ||
Ismail: Fitnah terhadap Najib 'turun' ke cawangan MALAYSIAKINI Posted: 29 Mar 2015 06:00 AM PDT Anggota Majlis Tertinggi Umno, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata fitnah terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak telah 'turun' ke cawangan-cawangan Umno. Katanya, beliau mendapat tahu ada surat-surat layang diedarkan di cawangan-cawangan Umno bagi memfitnah perdana menteri, lapor Bernama. Beliau berharap ahli parti itu tidak terpengaruh dengan kempen fitnah tersebut. Ismail Sabri yang juga menteri pertanian dan industri asas tani itu berkata demikian dalam ucapan merasmikan persidangan kelompok Umno cawangan Pemuda, Wanita dan Puteri Umno bahagian Jelebu semalam. Sehubungan itu, beliau menyeru pemimpin Umno khususnya di peringkat cawangan menjadi benteng kepada segala fitnah yang dilemparkan terhadap presiden Umno itu. Katanya, antara fitnah itu adalah yang berkaitan 1MDB, pembelian jet oleh kerajaan Malaysia dan mas kahwin anak perempuan Najib. "Fitnah terhadap pemimpin Umno semakin menjadi-jadi sejak akhir-akhir ini dan inilah yang 'mereka' mahu supaya kita di peringkat cawangan 'goyang'. "Apabila anggota di peringkat cawangan sudah 'goyang' atau sudah tidak yakin kepada kepimpinan maka runtuhlah parti kita. "Jika Umno runtuh bermakna orang Melayu akan menjadi mangsa," katanya. Menurutnya Umno sepatutnya menjadi lebih kuat pada hari ini kerana pembangkang sudah semakin berpecah-belah. "Inilah waktu terbaik bagi kita (Umno) memperkuatkan kedudukan kita kerana di waktu orang lemah, kita mesti kuat. "Tetapi kalau waktu orang lemah dan kita juga lemah maka tidak ada makna," katanya. - Bernama | ||
Artikel Terbuka Buat Pimpinan PAS.. Wajib Baca Posted: 29 Mar 2015 05:00 AM PDT Addin rasa ramai lagi penyokong Pakatan Rakyat terutamanya PAS berpandangan sebegini. Namun analogi yang diberikan oleh penulis agak menarik. Addin harap pemimpin tertinggi PAS merenung semula tindakan yang di buat. Masih belum terlambat.. Baca dan fahami tulisan di bawah.. KEBIJAKSANAAN PIMPINAN BAHARU PAS AKAN MERINTIS JALAN PERLAKSANAAN UNDANG-UNDANG HUDUD DI MALAYSIA DENGAN TATACARA YANG LEBIH EDUKATED, TERTIB DAN SEMPURNA MELALUI PERANCANGAN YANG SOFISTIKATED BERSAMA PAKATAN RAKYAT !!! Hudud kita boleh ibaratkan seperti sebuah "KUBAH" yang diletakkan di atas bangunan "MASJID". Sebelum kita letak "KUBAH", kita perlu bina dulu bangunan "MASJID". "MASJID" itu adalah gambaran kepada asas Negara Islam yang perlu kita bina dulu sebelum Hudud dilaksanakan !!! Artikel Terbuka Buat Pimpinan PAS.. Wajib Baca Maka, usaha ke arah menguasai Putrajaya terlebih dahulu perlu diutamakan oleh PAS kerana tanpa kuasa di Putrajaya, cita-cita umat Islam untuk melihat Hudud dapat dilaksanakan tidak akan menjadi kenyataan. Hudud tidak dapat dilaksanakan di Kelantan kerana Kelantan berada dalam Malaysia dimana apa-apa jua undang-undang atau enakmen yang diluluskan di peringkat DUN Kelantan yang bertentangan dengan Perlembagaan Malaysia akan terbatal dengan sendirinya !!! Itulah asas undang-undang Malaysia yang menjadi penghalang perlaksanaan Hudud di Kelantan !!! Sesungguhnya Islam datang dengan membina asas Islam dalam diri umat nabi Muhammad s.a.w. terlebih dahulu, kemudian... baginda Rasulullah s.a.w. membina Kerajaaan Islam Madinah dan akhirnya Syiar Islam dapat ditegakkan termasuk Hudud dapat dilaksanakan dengan penuh tertib dan sempurna !!! Soal tentangan Hudud oleh orang bukan Islam daripada DAP, MCA, MIC, Gerakan dan lain-lain termasuk daripada umno dan PKR itu boleh diuruskan dengan baik bila Pakatan Rakyat menguasai Putrajaya melalui usaha memberikan penerangan dan penjelasan tentang mekanisme perlaksanaan Hudud di Malaysia termasuk mengetengahkan kebaikan dan keadilan Hudud !!! Pengalaman PAS di bawah pimpinan Almarhum Tuan Guru Dato' Hj Nik Aziz Nik Mat pada tahun 1993 yang ingin melaksanakan Hudud di Kelantan tetapi digagalkan oleh Kerajaan Persekutuan sepatutnya menjadi pengajaran buat pimpinan PAS pada hari ini untuk memberi fokus kepada usaha menguasai Putrajaya terlebih dahulu bersama Pakatan Rakyat bagi memudahkan Hudud dapat dibawa ke Parlimen Malaysia untuk mendapat sokongan 2/3 ahli dewan bagi pindaan Perlembagaan Malaysia !!! Artikel Terbuka Buat Pimpinan PAS.. Wajib Baca Di sinilah kebijaksanaan pimpinan baharu PAS akan datang diperlukan untuk merangka strategi politik yang lebih praktikal, ada tatacara edukated dan mempunyai perancangan yang lebih sofistikated dengan penuh tertib dan sempurna dalam menjayakan perlaksanaan Hudud di Malaysia !!! Bila kita telah berusaha dengan penuh tertib dan sempurna, Insya'Allah Hudud akan diterima oleh semua rakyat Malaysia !!! Yakinlah dengan janji Allah....bila kamu membantu agamamu, maka Allah akan membantu kamu dan mudahkan urusan kamu di dunia !!! Ramai orang sayangkan perjuangan PAS dan Pakatan Rakyat. Moga pemimpin boleh menimbang dari segi Fiqh Awlawiyyat dan Maqasid Syariah.. Sekiranya tersilap dan salah anda semua boleh menegur.. Wallahualam.. AADDIN | ||
GST perlu untuk tampung kenaikan gaji perkhidmatan awam, pencen, kata menteri Posted: 29 Mar 2015 04:00 AM PDT Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata kerajaan tidak boleh bergantung kepada minyak dan gas semata-mata. Justeru, sumber kewangan baharu penting bagi memenuhi keperluan semasa. – Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata kerajaan tidak boleh bergantung kepada minyak dan gas semata-mata. Justeru, sumber kewangan baharu penting bagi memenuhi keperluan semasa. – Kerajaan pusat perlu mempelbagaikan sumber kewangan termasuk melaksanakan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) bagi memastikan kelancaran pelaksanaan pembangunan di seluruh negara. Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata sumber kewangan baharu juga penting bagi memenuhi keperluan termasuk untuk membayar gaji penjawat awam dan bayaran pencen kepada golongan pesara yang semakin bertambah. "Sekarang ini sumber kewangan kita banyak bergantung kepada minyak dan gas, ini kita tidak boleh harap sampai bila-bila, sebab itu kita perlukan GST sebagai sumber baharu," katanya kepada pemberita selepas merasmikan forum bertajuk Hala Tuju Pembangunan Negeri Kelantan Dalam Rancangan Malaysia Kesebelas (RMK-11) di Kota Baru, hari ini. Mustapa berkata kewujudan golongan menentang usaha kerajaan mempelbagai sumber kewangan seperti GST, tidak dapat dielakkan namun golongan ini harus menggunakan saluran yang betul dan bukannya melakukan tindakan yang tidak menghormati pihak berkuasa seperti Jabatan Kastam Diraja Malaysia dan Polis Diraja Malaysia. "Kerajaan tidak sewenang-wenangnya membuat keputusan, kerajaan membuat kajian berpuluh tahun, kalau kita tidak laksanakan GST macam mana kita nak penuhi tuntutan bayaran gaji yang kian bertambah, macam mana nak tambah pembangunan luar bandar dan pembayaran pencen yang bertambah," katanya. Beliau berkata kerajaan perlu memberi keyakinan kepada rakyat wang hasil GST itu, bagi memenuhi kehendak mereka dan kerajaan akan memastikan tidak berlaku ketirisan dan penyelewengan seperti yang didakwa golongan yang menentang pelaksanaan GST. Mustapa yang juga pengerusi Majlis Tindakan Pembangunan Persekutuan Kelantan berharap kerajaan pusat akan mengagihkan peruntukan sebaik mungkin kepada negeri tertinggal ke belakang dari segi kemajuan pembangunan seperti Kelantan dalam Rancangan Malaysia Ke-11. "Kita harap sumber kewangan diagihkan mengikut tahap pencapaian dari segi pertumbuhan ekonomi dan kadar kemiskinan. Kita sedia maklum Kelantan di bawah pembangkang (PAS) tetapi ini bukan bermakna kerajaan pusat menafikan hak rakyat," katanya. Sementara itu di Bachok, Mustapa mahu kerajaan Kelantan memperluaskan kerjasama dengan kerajaan persekutuan terutama dari segi pembangunan ekonomi negeri itu. Beliau berkata kerajaan negeri memberi kerjasama baik kepada kerajaan pusat dalam menangani bencana banjir dan kerja pemulihan pasca banjir. Kerjasama dalam sektor ekonomi adalah penting terutama untuk memenuhi peluang pekerjaan kepada rakyat, katanya kepada pemberita selepas merasmikan mesyuarat agung Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Badak. – Bernama, 28 Mac, 2015. - See more at: http://www.themalaysianinsider.com | ||
Fariz Musa ditahan selepas himpunan #KitaLawan OLEH HASBULLAH AWANG CHIK Posted: 29 Mar 2015 03:00 AM PDT Fariz Musa (kiri) kini ditahan polis selepas perhimpunan #KitaLawan hari ini. – Fariz Musa menjadi yang pertama ditahan hari ini selepas perhimpunan aman #KitaLawan hari dan dikatakan ditahan mengikut Akta Hasutan. Dalam satu kenyataan PKR hari ini, Fariz kini dibawa ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur. Perhimpunan yang berlangsung hari ini dihadiri lebih kurang 1,000 orang dan berakhir lebih kurang 7 petang. "Sdr Fariz Musa, setiausaha pengelola PKR dan koordinator Jingga 13 ditangkap bawah Akta Hasutan, selepas perhimpunan #KitaLawan tadi. "Difahamkan beliau sekarang berada di IPK Kuala Lumpur, dan akan dibawa ke IPD Dang Wangi untuk disoal siasat," kata PKR. Dalam perkembangan berkaitan, Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu dibenarkan berjumpa dengan peguamnya, Mohamed Hanipa Maidin. Hanipa ketika dihubungi The Malaysian Insider berkata, beliau kini masih berada di balai polis dan akan memberi kenyataan kemudian. Selain Mohamad yang juga dikenali sebagai Mat Sabu, Naib Presiden PKR Chua Tian Chang ditahan polis menjelang perhimpunan #KitaLawan yang diadakan di Kuala Lumpur petang ini. PKR turut mengesahkan Setiausaha Agung PKR Rafizi Ramli dan aktivis Hishamuddin Rais yang ditahan semalam kini direman selama 3 hari. Chua ditahan selepas selesai mesyuarat bersama penduduk di kawasan Parlimennya di Batu, Kuala Lumpur. Petang semalam, polis menahan Rafizi yang juga naib presiden PKR di pusat khidmatnya di Kuala Lumpur mengikut Akta Hasutan kerana kenyataan dikeluarkannya menggesa ahli parti keluar beramai-ramai menyertai perhimpunan #KitaLawan. Turut ditahan malam semalam, Hishamuddin selepas sebaik sahaja tiba di Dataran Merdeka untuk menghadiri program terakhir menjelang perhimpunan #KitaLawan. – 28 Mac, 2015. - See more at: http://www.themalaysianinsider.com | ||
Beri ruang pada PM buat keputusan tentang hudud, kata Rahman Posted: 29 Mar 2015 02:00 AM PDT Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Abdul Rahman Dahlan berkata Datuk Seri Najib Razak perlu diberi peluang mendengar semua pandangan sebelum membuat sebarang kenyataan kerana ia merupakan keputusan penting bagi negara. Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Abdul Rahman Dahlan berkata Datuk Seri Najib Razak perlu diberi peluang mendengar semua pandangan sebelum membuat sebarang kenyataan kerana ia merupakan keputusan penting bagi negara. Perdana menteri tidak sepatutnya didesak supaya membuat kenyataan tentang pelaksanaan hukum hudud di Kelantan, kata Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Abdul Rahman Dahlan. Beliau berkata Datuk Seri Najib Razak perlu diberi peluang mendengar semua pandangan sebelum membuat sebarang kenyataan kerana ia merupakan keputusan penting bagi negara. "Saya berpendapat beliau tidak perlu tergesa-gesa membuat kenyataan berdasarkan apa yang beliau rasa kerana beliau juga perlu mendengar daripada rakyat, termasuk mereka dari Sabah dan Sarawak, NGO (badan bukan kerajaan), bukan Melayu dan ulama," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan ucaptama pada persidangan belia 'What Youth Should Know' hari ini. Beliau berkata kabinet juga sedang membincangkan tentang hudud dan semua anggota memberi pendapat serta idea mengenainya. Terdahulu, dalam ucapannya, Abdul Rahman berkata walupun negara ini sedang berdepan dengan beberapa isu, tiada siapa patut memberi ruang kepada suara pelampau, tetapi sebaliknya, memberi tempat kepada suara kesederhanaan. – Bernama, 28 Mac, 2015. - See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa | ||
Operator LRT bimbang masalah sistem brek aliran Kelana Jaya Posted: 29 Mar 2015 01:00 AM PDT Rapid Rail Sdn Bhd bimbang mengenai masalah kerencatan pada sistem brek bagi tren empat koc yang belum diatasi kerana satu lagi tren mengalami gangguan perkhidmatan semalam, menyebabkan beribu-ribu pengguna terkandas semasa waktu puncak. Rapid Rail, operator perkhidmatan LRT Rapidkl Laluan Kelana Jaya berkata, insiden semalam di Stesen Ampang Park pada 6.20 petang ialah yang keempat membabitkan sistem brek tren empat koc dengan insiden sebelumnya berlaku pada 11 dan 25 Februari, dan pada 18 Mac lepas. "Kegagalan (di Ampang Park, Jumaat) menyebabkan perkhidmatan terganggu selama kira-kira tiga jam apabila hanya satu landasan dapat digunakan bagi perkhidmatan antara Pasar Seni dan Stesen Damai," kata Rapid Rail dalam satu kenyataan semalam. Ia berkata, kerencatan sistem brek bagi kereta api empat koc itu masih gagal diatasi oleh pengeluar tren, Bombadier dan pembekal sistem brek, Knorr-Bremse. Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail, Ahmad Nizam Mohd Amin bagaimanapun memberi jaminan bahawa keselamatan penumpang tetap menjadi keutamaan. Beliau berkata, masalah itu tidak memberi kesan kepada keselamatan pengguna kerana sistem brek Aliran Kelana Jaya adalah dijamin selamat dan tren tidak akan bergerak jika sistem brek gagal berfungsi. "Bagaimanapun, kerencatan itu memberi kesan kepada kebolehsediaan tren empat koc itu, menyebabkan kapasiti tren berkurangan terutama pada waktu puncak. Ini, seterusnya akan menyebabkan masa menunggu lebih lama bagi penumpang. "Penggera awal tidak selalu berfungsi tetapi jika ia berfungsi, kami akan menghentikan perkhidmatan untuk mengelakkan kejadian tidak diingini. Kami memohon maaf atas sebarang kesulitan yang dialami oleh pelanggan kami," kata Ahmad Nizam. Rapid Rail, Bombardier dan Knorr-Bremse sedang menjalankan siasatan mengenai insiden. – Bernama, 29 Mac, 2015. - See more at: http://www.themalaysianinsider.com | ||
Jangan sebar info salah demi mahu popular Posted: 29 Mar 2015 12:00 AM PDT Rakyat disaran tidak terlalu ghairah untuk berkongsi maklumat palsu dalam laman web sosial demi pamer populariti diri dalam kalangan pengguna media sosial. Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Jailani Johari, berkata tindakan menyebar sesuatu maklumat boleh mengundang masalah jika maklumat yang disebar itu palsu atau silap fakta. "Hentikanlah penyebaran sesuatu maklumat yang sekarang ini begitu mudah menjadi viral di internet disebabkan ketidakcaknaan masyarakat dalam memastikan kesahihan maklumat tersebut," katanya kepada pemberita di Kuala Terengganu hari ini. Beliau berkata perbuatan menyebar maklumat yang salah atau palsu dalam laman sosial tidak boleh dianggap kesalahan kecil kerana terdapat beberapa kes penyalahgunaan media sosial telah dibawa ke muka pengadilan. Terdahulu, Jailani, yang juga timbalan pengerusi badan perhubungan Umno Terengganu, merasmikan mesyuarat agung Majlis Bekas Wakil Rakyat Malaysia (Mubarak) Terengganu kali ke-12 di Kuala Terengganu. - Bernama |
You are subscribed to email updates from ZAKRI ALI To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 1600 Amphitheatre Parkway, Mountain View, CA 94043, United States |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan