Ahad, 22 Mac 2015

ZAKRI ALI

ZAKRI ALI


'Tak tahulah kalau DAP ada agenda tersembunyi'

Posted: 22 Mar 2015 11:00 PM PDT

 
PAS Kelantan mempersoalkan kenapa DAP terus berkeras untuk menghalang usaha mereka melaksanakan hudud di Kelantan sedangkan perkara itu tidak melibatkan golongan bukan Islam.

Malah, kata Timbalan Menteri Besar Kelantan Datuk Mohd Amar Nik Abdullah, usaha itu dijalankan berdasarkan kerangka undang-undang dan demokrasi, melalui Parlimen.

Mohd Amar juga berkata telah membangkitkan perkara itu kepada Lim Kit Siang sendiri berhubung perkara itu dalam pertemuannya dengan pemimpin popular DAP itu di pejabat PAS di ibu negara sebelum ini.

"Kemudian, Lim Kit Siang senyap tak boleh cakap apa. Dia terus diam. Dia tak jawab yang saya hujah.

"Jadi sebab itu saya tak faham kenapa berkeras lagi, kecuali dia ada suatu agenda tersembunyi, kita tak tahu," katanya.

Dalam wawancara dengan Malaysiakini baru-baru ini, Mohd Amar mengulas pelbagai perkara melibatkan usaha mereka, termasuk kemungkinan usaha itu tersangkut di peringkat Parlimen, serta tanggapan awam berkaitan hudud.

Malaysiakini: Bagaimana nak dapatkan sokongan dua pertiga di Parlimen untuk luluskan Rang Undang-undang Persendirian?

Mohd Amar: Kita dah bincang dengan pakar perundangan, dua-dua ini (Akta 355 dan Perkara 76A(1)) tak perlu dua pertiga kerana kita tak pinda Perlembagaan. Hanya pinda akta, hanya perlu majoriti mudah. Dan Perkara 76A (1) itu bukan pinda tetapi hanya minta kebenaran Parlimen untuk beri kuasa pada DUN gubal peraturan yang bawah bidang kuasa Persekutuan.

Kalau ditolak di Parlimen, apa tindakan seterusnya?

Kalau Parlimen tolak, kita berhentilah. Kita cukup di situ. Kita cari jalan lain pula setakat yang kita boleh buat. Ada dua, tiga pilihan tetapi ini bukan masa yang sesuai untuk terangkan. Sebab kita ada pendapat undang-undang dalam isu ini, dan kita mahu guna cara perlembagaan.

Orang bukan Islam tidak akan terlibat dengan enakmen hudud ini?

Kita dah beritahu sangat jelas. Dulu mungkin ada keraguan sebab kita bagi pilihan (kepada orang bukan Islam). Jadi kita fikir semua pandangan-pandangan, sebab itu (enakmen) yang baru ini kita buang terus (orang bukan Islam). Orang bukan Islam langsung tidak dibicarakan bawah Undang-undang Islam walaupun mereka mahu. Jadi, apa lagi yang hendak dibimbangkan?

Dan saya pun dah sebut dengan (pemimpin DAP) Lim Kit Siang masa kali terakhir berjumpa di pejabat PAS. Lim Kit Siang, (Presiden PKR) Wan Azizah (Ismail) semua ada pada masa itu.

Saya tanya dia (Lim), kawan-kawan kita dalam DAP ini: "You kata you tolak hudud kerana bercanggah dengan perlembagaan dan sekarang PAS ikut prosedur, kita bawa masuk dalam Dewan (DUN), ikut undang-undang.

"Dan dilulus dalam Dewan, kemudian kita bawa ke Parlimen untuk dibentangkan di Parlimen. Jadi ini semua proses demokrasi dan proses Perlembagaan. Jadi apa masalah sebenarnya?

"Kenapa you nak halang? Kalau betul-betul cakap tentang demokrasi, you kena bagi kita lalu. Lepas itu, biar (Dewan) tentukan kita kalah di Parlimen. You nak bahas pun tak apa, you nak reject (tolak) pun tak apa sebab itu hak anda. Tapi jangan hentikan kita di tengah jalan dan jangan halang kita. "

Kemudian, Lim Kit Siang senyap tak boleh cakap apa. Dia terus diam. Dia tak jawab yang saya hujah. Jadi sebab itu saya tak faham kenapa berkeras lagi, kecuali dia ada suatu agenda tersembunyi, kita tak tahu.

Apa dalam hati dia, atau ada agenda tersembunyi kita tak tahu. Apa motif dia kita tak tahu.

Terdapat kesilapan bahasa dalam dokumen enakmen hudud. Dan dari situ orang mengatakan "benda macam ini pun boleh silap, macam mana nak laksanakan hudud"?

Di Parlimen lagi teruk kesilapan (bahasa) saya duduk dalam Parlimen dua penggal. Parlimen lagi teruk silap. Saya tahu itu. Tapi kita tak bising sebab benda itu teknikal.

Macam hudud, ini memang kita akui hukumannya berat. Tetapi untuk hakim nak jatuhkan hukuman itu, syaratnya terlalu ketat. Jadi kita tengok dari sudut itu.

Bukan senang-senang kita nak potong tangan orang. Ada sikit sahaja keraguan, buang kes. Itu cara islam.

Macam undang-undang sivil dipanggil melampaui keraguan yang munasabah, dalam undang-undang Islam dipanggil kepastian yang mutlak. Jadi benda itu kalau kita faham, kita yang belajar Islam ini, tak pelik.

Zaman Nabi dulu, berapa orang sahaja yang dipotong tangan, berapa orang sahaja direjam. Sepuluh tahun Nabi duduk di Madinah, yang potong tangan hanya dua kes yang kes zina, dalam dua atau tiga kes. Itu pun orang ini mengaku. Bukan ada saksi.

Undang-undang ini sukar nak dilaksanakan (untuk dapatkan empat orang saksi). Tujuannya, dalam Islam supaya kejahatan itu tidak dilakukan secara terbuka.

Sebab kalau empat orang boleh tengok kejadian (zina) itu secara terbuka sampai habis, maknanya masyarakat kita sudah teruk. Maka hukuman rejam paling sesuai untuk orang macam ini. Sebab itu dalam Islam kita tak boleh nak cari (kesalahan).

Contohnya, Saidina Umar Al-Khattab nak pergi solat pada waktu Subuh, dia nampak orang berzina di tepi jalan, dia kebetulan lalu. Dan keadaan itu gelap. Dia terserempak tapi Saidina Umar buat tak tahu sahaja sebab dia seorang sahaja.

Dia seorang tak boleh jadi saksi. Bukan mudah. Kalau dia tangkap dia tak ada bukti sebab dia seorang dan dalam gelap. Kalau waktu subuh ni, kadang-kadang kita nak cari selipar kita pun tak jumpa cari.

Maknanya bukan senang. Tujuannya kita tak mahu jadi macam di barat, orang boleh buat zina di tempat awam. Kalau benda ini (hudud) tak ada, mungkin akan berlaku.

Dalam taman, tepi jalan, orang jadi macam binatang tak reti malu. Jadi ini sebenarnya tujuannya pun. Benda ini sebagai pencegahan. Tapi orang tak tengok benda itu.

Malaysiakini: Kenapa lesbian, seks dengan mayat dan binatang diletakkan bawah hukuman liwat?

Mohd Amar: Itu silap. Silap saya. Sebenarnya yang liwat itu hanya untuk dalam kes liwat. Lesbian, setubuh dengan binatang, mayat akan masuk dalam kategori takzir, iaitu kita akan pinda Enakmen Kanun Jenayah Kelantan 1985.

Bukan dalam kategori liwat dan hudud. Itu silap saya terangkan tempoh hari kerana bila semak balik saya silap. Sebenarnya di bawah takzir yang kita akan pinda dan masukkan dalam Kanun Jenayah Syariah 1985 iaitu, insya-Allah akan dibuat dalam sidang DUN akan datang.

Sidang DUN akan datang akan bincang secara terperinci tentang Enakmen Kanun Jenayah Kelantan 1985 dan khusus kesalahan bawah takzir sahaja.

Kalau kesalahan takzir hukumannya terserah pada hakim. Tidak ditetapkan kerana kadang-kadang kesalahan takzir itu hukumannya lebih berat daripada hudud bagi sesetengah kes.

Hukuman lesbian dan liwat lain kerana lain kaedahnya. Dari segi sains pun lain. Macam kes suami meliwat isteri ada khilaf dan dipanggil istilah syubhah.

Bila ada pandangan berbeza, hudud tak boleh buat. Suami meliwat isteri salah juga tetapi bukan bawah kesalahan hudud tapi kesalahan takzir. Bukan nak kata mereka terlepas. Tidak. Tapi di bawah kesalahan takzir mungkin lagi berat kerana mahkamah yang buat keputusan.

Boleh jadi hukuman seks dengan binatang, mayat pun lebih berat, ia atas mahkamah. Mahkamah akan tengok kes itu macam mana. Jadi seks luar tabii tidak masuk dalam kesalahan hudud dan masuk dalam kesalahan takzir.

Tetapi ada juga yang mempertikaikan kenapa orang yang lakukan rasuah tidak dikenakan apa-apa hukuman?

Rasuah itu kena jelaskan. Kalau undang-undang mengatakan rasuah itu sebahagian daripada mencuri, jadi kita potong tangan juga. Tapi apa yang ada dalam dunia sekarang lain, mencuri lain dan pecah amanah lain. Malah mencuri juga hukumannya berbeza. Dalam undang-undang sivil pun kita ada kategori yang berbeza, jadi apa salahnya dengan yang ini (hudud).

Masalah dengan potong tangan ini, kalau doktor potong tangan tak ada orang kata doktor jahat sebab doktor potong tangan, kaki nak selamatkan nyawa orang itu. Tapi Islam, nak potong tangan pencuri untuk menyelamatkan nyawa masyarakat. Jadi tujuan Islam lebih baik dari perubatan.

Perubatan hanya nak selamatkan seorang individu tetapi Islam nak selamatkan seluruh masyarakat. Kita kena tengok macam itu. Kalau dalam kampung, orang itu akan fikir banyak kali (untuk mencuri). Kalau nak mencuri, kena potong tangan, dengan sendiri orang ramai akan selamat.

Tengok hari ini, berapa ramai perempuan mati diragut, ditarik sehingga pecah kepala dan mati macam itu sahaja. Orang yang meragut dikenakan penjara empat, lima hari atau seminggu. Bunuh orang dipenjara untuk 20 tahun.

Perspektif itu penting, cara kita tengok (pelaksanaan hukuman hudud). Sebab kalau doktor potong tangan sebab kencing manis, orang tak kata doktor jahat. Sebab tujuan doktor itu untuk menyelamatkan pesakit.
 
Malaysiakini

SABAR DAN BACA DAHULU - Tukar Tiub

Posted: 22 Mar 2015 10:00 PM PDT


KOMENTAR
apa yang diluluskan dalam 
dewan undangan kelantan
bukan huhud
bukan hukum allah
jangan silap tafsir

sila rujuk  dan baca
tajuk rang undang itu:

Enakmen Kanun Jenayah Syariah II 1993 

(Pindaan 2015)

kalau hukum allah
mustahil boleh dipinda pinda

jangan bengis
jangan marah tak tentu pasal
ada politik latar belakang
ada kepentingan kuasa
ada kempen poltik
ada strateji politik
dalam usaha meluluskan enakmen ini






PAS bohong dalam p'raya lalu, kata BERSIH

BERSIH hari ini membidas PAS kerana didakwa tidak patuh pada kerangka dasar bersama Pakatan Rakyat yang disebut-sebut dalam pilihan raya umum lalu, sebaliknya "berbohong" berhubung pelaksanaan hudud.

"PAS dalam pilihan raya umum lalu isytihar mereka parti politik untuk semua, tetapi mereka bohong.

"Jangan kata kamu PAS untuk semua tetapi tutup maklumat dan tipu rakyat yang undi kamu.



KAH KAH KAH

woit
slogan kata
pas untuk semua
pas for all
sebenarnya
pas tipu semua
pas  cheated all
kah kah kah

APA PUNYA BIJAK
  
Tukar Tiub

Mat Sabu Dedah Punca Sebenar PAS Menang Besar Di PRK DUN Chempaka

Posted: 22 Mar 2015 09:00 PM PDT

 

Mat Sabu Dedah Punca Sebenar PAS Menang Besar Di PRK DUN Chempaka. Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu berkata, kemenangan besar parti itu pada pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Chempaka disebabkan tiada saingan dari parti besar seperti Barisan Nasional (BN).

Beliau berkata, kemenangan itu juga menunjukkan sokongan berterusan pengundi kepada PAS walaupun setelah ketiadaan bekas menteri besar Kelantan, Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, penyandang kerusi DUN itu.

"PAS bersyukur kerana mendapat majoriti yang lebih besar," katanya kepada pemberita selepas pengumuman keputusan PRK DUN Chempaka di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Pengkalan Chepa di sini, malam ini.

Mat Sabu Dedah Punca Sebenar PAS Menang Besar Di PRK DUN Chempaka

PAS berjaya mengekalkan kerusi DUN Chempaka apabila calonnya Ahmad Fathan Mahmood@Mahamad mengalahkan 4 calon bebas, dengan majoriti 10,092 undi. 

Sementara itu, Ahmad Fathan berkata beliau tidak menjangka mendapat kemenangan dengan majoriti yang besar

"Alhamdulillah syukur kepada Allah swt, doakan saya dapat menjalankan tugas sebaik mungkin untuk rakyat," katanya.

Timbalan Menteri Besar Kelantan Datuk Mohd Amar Nik Abdullah menyifatkan kemenangan itu sebagai kejayaan besar bagi parti tersebut.



Addin

1MDB Tiada Manfaat Untuk Negara – Dr. Mahathir

Posted: 22 Mar 2015 08:15 PM PDT

Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata beliau tidak percaya syarikat pelaburan strategik kerajaan 1MDB memberi manfaat kepada negara dalam apa jua keadaan.

Dalam wawancara oleh Clare Rewcastle Brown, seorang wartawan penyiasatan United Kingdom (UK) yang merupakan pengasas dan pengarang portal berita Sarawak Report yang kritikal terhadap kerajaan Malaysia, bekas Perdana Menteri mendakwa kerajaan 'memperjudikan wang dalam dana lindung nilai'.

Dalam wawancara pada 14 Mac lalu itu, Dr. Mahathir berkata beliau tidak berpuas hati dengan pengumuman terbaharu 1MDB bahawa dana AS$2.32 bilion yang diletakkan di Kepulauan Cayman telah ditebus sepenuhnya. Beliau juga mempersoalkan dana berbilion ringgit yang dilaburkan dalam syarikat cari gali PetroSaudi International.

Dr. Mahathir juga menuntut supaya firma pelaburan strategik itu mendedahkan 'di manakah' dana itu berada. Dalam wawancara pada 14 Mac lalu itu, Dr. Mahathir berkata beliau tidak berpuas hati dengan pengumuman terbaharu 1MDB bahawa dana AS$2.32 bilion yang diletakkan di Kepulauan Cayman telah ditebus sepenuhnya.

Beliau juga mempersoalkan dana berbilion ringgit yang dilaburkan dalam syarikat cari gali PetroSaudi International. Dr. Mahathir juga menuntut supaya firma pelaburan strategik itu mendedahkan 'di manakah' dana itu berada.

Mengulas mengenai wang itu, katanya, "Saya tidak fikir ia memberikan apa-apa fungsi. Itulah perbezaan (pendapat) saya dengan kerajaan. Saya tidak fikir kita memerlukan dana seperti ini." 
 
"Kita sudah melakukan dengan cukup baik tanpa dana…pertamanya, mereka mendapat wang untuk dipinjamkan kepada orang Arab Saudi dan mereka memasukkannya ke dalam dana lindung nilai. Kerajaan tidak perlu memperjudikan wang dalam dana lindung nilai," ujar beliau.

Dalam wawancara bersama Dr. Mahathir, Brown menekankan penolakan bekas Perdana Menteri itu terhadap syarikat pembangunan strategik 1Malaysia Development Bhd. (1MDB) dan isu-isu berkaitannya.

Wawancara itu dibuat selepas kerajaan mengarahkan Ketua Audit Negara menjalankan audit bebas ke atas akaun 1MDB.



Aktivis #KitaLawan dakwa Polis cuba tumbuk ADUN dan kasari wanita warga emas

Posted: 22 Mar 2015 07:30 PM PDT

  
PROGRAM Duduk Bantah di Dataran Merdeka sebentar tadi dicemari insiden kekasaran oleh anggota Polis yang didakwa cuba menumbuk ADUN Teja, Chang Leh Kang. Polis juga didakwa cuba mengasari wanita warga emas yang tidur di dataran.

Perkara itu didedahkan oleh salah seorang aktivis, Mandeep Karpal yang menyertai Duduk Bantah di Dataran Merdeka melalui akaun twitter miliknya.

Duduk Bantah dianjurkan oleh sekumpulan anak muda di Dataran Merdeka dan turut disertai oleh ADUN KEADILAN. Aktiviti ala 'occupy' yang dirancang dari 21 Mac itu dijangka akan diteruskan sehingga 28 Mac 2015.

‎Duduk Bantah menggesa Ketua Polis Negara berundur (#PecatIGP) lantaran tindakan Polis sebelum ini yang menangkap ramai aktivis dan pimpinan Pakatan Rakyat di bawah peruntukan undang-undang yang sudah diputuskan oleh mahkamah sebagai melanggar perlembagaan.

Inilah yang Terjadi Pada Tubuh Ketika Berhenti Merokok By canang

Posted: 22 Mar 2015 06:45 PM PDT

 
Seorang perokok mungkin pernah beberapa kali berjanji pada dirinya sendiri bahwa ia akan berhenti merokok. 

Namun, kebanyakan janji-janji tersebut terlupakan begitu saja atau terus diundur karena  masih terus menimbang-nimbang keputusan tersebut. Biasanya janji untuk berhenti merokok dibuat ketika seorang perokok mulai kehabisan napas saat berjalan menaiki tangga, ketika ekonomi keluarga terpuruk, setiap kali batuk-batuk melanda, setiap kali membandingkan kondisi fisik dengan non-perokok kemudian ia menyadari bahwa kesehatannya tidak sebaik kesehatan non-perokok.
Kapan waktu yang tepat untuk berhenti merokok? Saat ini juga adalah waktu yang tepat untuk berhenti merokok. Mengapa? Karena Dalam waktu 20 menit akan mulai merasakan manfaatnya. Penasaran berapa lama nikotin akan tetap bertahan dalam tubuh? Apa yang terjadi jika nikotin hilang dari tubuh? Berapa lama waktu yang dibutuhkan agar tubuh Anda kembali pulih dan tidak lagi berada pada risiko bahaya merokok? Berikut timeline perubahan yang terjadi ketika seseorang mulai berhenti merokok:

20 Menit setelah berhenti merokok

Efek berhenti merokok akan langsung terasa, kurang dari 20 menit setelah rokok terakhir Anda habiskan, detak jantung Anda sudah akan mulai menurun kembali ke tingkat normal.

Dua Jam setelah berhenti merokok

Denyut jantung dan tekanan darah orang yang sedang merokok relatif lebih tinggi dibanding orang yang tidak merokok. Setelah dua jam tanpa rokok, denyut jantung dan tekanan darah akan menurun mendekati normal. Ujung jari tangan dan jari kaki mungkin mulai merasa hangat. Gejala penarikan nikotin biasanya dimulai sekitar dua jam setelah rokok terakhir Anda.

12 Jam setelah berhenti merokok

Pada tingkat tinggi, karbon monoksida yang dihasilkan dari pembakaran tembakau dan dihirup sebagai bagian dari asap rokok dapat menjadi racun bagi tubuh. Walaupun ikatan karbon monoksida sangat baik untuk sel-sel darah, tetapi jika berlebihan dapat mencegah sel-sel ini dari ikatan dengan oksigen, yang pada gilirannya menyebabkan masalah jantung yang serius. Hanya dalam 12 jam setelah berhenti merokok, karbon monoksida dalam tubuh Anda menurun ke tingkat normal, dan kadar oksigen darah Anda meningkat menjadi normal.

24 Jam setelah berhenti merokok

Potensi serangan jantung bagi perokok adalah 70 persen lebih tinggi dibandingkan non-perokok. Tapi, percaya atau tidak, hanya satu hari penuh setelah berhenti merokok, risiko Anda terkena serangan jantung akan mulai turun. Tapi ini baru permulaan, masih butuh waktu agar jantung anda benar-benar tebebas dari potensi serangan jantung yang 70%.

48 Jam setelah berhenti merokok

Perokok memiliki tingkat penciuman dan mengecap rasa pada lidah yang lebih rendah dibanding non-perokok  Setelah 48 jam tanpa rokok, ujung saraf Anda akan mulai tumbuh kembali, dan kemampuan Anda untuk mencium dan mengecap rasa kembali normal. Hanya dalam beberapa saat lagi, Anda akan merasakan hal-hal yang lebih baik dalam hidup

Tiga hari setelah berhenti merokok

Pada titik ini, nikotin akan benar-benar keluar dari tubuh Anda. Pada saat ini juga gejala penarikan diri dari nikotin pada umumnya akan memuncak. Anda mungkin mengalami beberapa gejala fisik seperti mual, sakit kepala, kram, mengantuk atau kesulitan tidur, dan nafsu makan akan meningkat. Efek emosional mental juga akan timbul seperti munculnya rasa cemas, tegang dan rasa tertekan. Untuk melawan gejala mental, hiburlah diri Anda sendiri dengan berbelanja sesuatu yang baik dengan uang yang biasa anda gunakan untuk membeli rokok.

Dua sampai tiga minggu setelah berhenti merokok

Setelah beberapa minggu, Anda dapat melakukan olahraga dan melakukan aktivitas fisik tanpa merasakan sesak nafas dan kelelahan seperti yang timbul ketika anda masih merokok. Hal ini disebabkan sejumlah proses regeneratif yang mulai terjadi dalam tubuh Anda, fungsi paru-paru Anda  meningkat secara signifikan. Setelah dua atau tiga minggu tanpa rokok, paru-paru Anda mulai pulih  dan Anda akan mulai bernapas lebih mudah.

Satu sampai sembilan bulan setelah berhenti merokok

Mulai sekitar satu bulan setelah Anda berhenti, paru-paru Anda mulai regenerasi. Di dalamnya, silia - rambut seperti organel kecil yang mendorong lendir keluar - akan mulai memperbaiki diri dan berfungsi dengan baik lagi. Dengan silia sekarang mampu melakukan pekerjaan mereka, mereka akan membantu untuk mengurangi risiko infeksi. Dengan semakin membaiknya kondisi paru-paru, batuk dan sesak nafas akan terus menurun secara dramatis.

Satu tahun setelah berhenti merokok

Setelah setahun tanpa rokok, resiko penyakit jantung diturunkan sebesar 50 persen dibandingkan ketika Anda masih merokok.

Lima tahun setelah berhenti merokok

Ketika anda masih merokok, sejumlah zat dilepaskan dalam pembakaran tembakau termasuk diantaranya karbon monoksida. Hal ini menyebabkan pembuluh darah Anda menyempit yang meningkatkan risiko Anda mengalami stroke. Setelah 5 sampai 15 tahun bebas asap rokok, risiko Anda mengalami stroke adalah sama dengan seseorang yang tidak merokok.

10 tahun setelah berhenti merokok

Perokok memiliki risiko terserang kanker lebih tinggi daripada non-perokok. Kanker paru-paru adalah yang paling umum menyerang. Merokok menyumbang 90 persen kematian akibat kanker paru-paru di seluruh dunia. Sepuluh tahun setelah berhenti merokok, risiko kanker mulut, tenggorokan, kerongkongan, kandung kemih, ginjal, dan pankreas juga menurun. Untuk terhindar dari resiko ini membutuhkan waktu 10 tahun, tetapi jika Anda berhenti merokok sekarang juga berarti anda sudah mulai menghindar dari resiko tersebut dari sekarang.

15 Tahun setelah berhenti merokok

Lima belas tahun sejak berhenti merokok, risiko penyakit jantung kembali ke tingkat yang sama seperti seseorang yang tidak merokok. Anda tidak akan lagi berada pada risiko yang lebih tinggi dari normal untuk berbagai kondisi seperti serangan jantung, penyakit arteri koroner, aritmia, angina, infeksi jantung, atau kondisi yang mempengaruhi irama detak jantung Anda.

Manfaat jangka panjang

Manfaat jangka panjang dari berhenti merokok sangat fantastis. Menurut American Heart Association, orang yang tidak merokok rata-rata hidup 14 tahun lebih lama daripada perokok. Hargailah hidup anda dengan berhenti merokok mulai hari ini juga. (semoga bermanfaat)





Cananglahnie

Sandiwara Umno Hampir Terbarai? - Addin

Posted: 22 Mar 2015 06:00 PM PDT

 

Sandiwara Umno Hampir Terbarai? Barisan Nasional (BN) akan mengumumkan pendirian parti itu berhubung pelaksanaan hukum hudud di Kelantan selewat-lewatnya Selasa ini, kata Setiausaha Agung BN Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor."Pengumuman itu akan dibuat oleh Perdana Menteri dan Pengerusi BN Datuk Seri Najib Tun Razak selewat-lewatnya esok atau lusa. 

Seperti diketahui, hudud mesti mengikut Perlembagaan negara."Saya tidak kata yang kami menentang hudud. Hukum tetap hukum. Sebagai orang Islam, hukum Allah merupakan hukum.

Pihak yang memainkan (isu) ini ialah DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR)," katanya ketika diminta mengulas pendirian BN terhadap isu hukum hudud.

Tengku Adnan berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan program Pasukan Sukarelawan Program Komunikasi Untuk Perubahan Tingkah Laku (COMBI) dan Kelab Rukun Tetangga Suria (Cawangan Bunga Matahari) hari ini.

Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan pada Khamis meluluskan Rang Undang-Undang Kanun Jenayah Syariah II 1993 (Pindaan 2015) atau hudud yang hanya terpakai kepada orang Islam mukallaf sahaja apabila ia dilaksanakan kelak di negeri itu.

Sandiwara Umno Hampir Terbarai?
Bagaimanapun rang undang-undang itu hanya boleh dilaksanakan selepas diluluskan oleh Dewan Rakyat.Tengku Adnan, yang juga Menteri Wilayah Persekutuan, berkata isu hudud sebenarnya merupakan provokasi DAP dan PKR, yang cuba mengelirukan dan memecah-belahkan BN.
"Mereka ingat mereka boleh memecah-belahkan BN. Kepimpinan BN adalah berbeza kerana kami percaya pada keputusan konsensus dan kerana itulah kami mengadakan mesyuarat khas dengan semua pemimpin utama parti komponen BN untuk mendapat pandangan mengenai hukum hudud.

"Walau apapun, kita kena ikut perlembagaan. Hudud PAS adalah hudud politik," katanya.Pasukan Sukarelawan COMBI ditubuhkan agar mereka boleh mengadakan gotong-royong secara berkala terutamanya di kawasan kediaman bagi menghapuskan pembiakan dan tempat pembiakan nyamuk aedes yang menyebarkan virus denggi.

Pakatan Rakyat dijangka tidak akan berpecah

Posted: 22 Mar 2015 05:25 PM PDT


Pakatan Rakyat (PR) dijangka tidak akan berpecah sekalipun wujudnya ketidaksefahaman antara PAS, DAP dan PKR berhubung isu pindaan Rang Undang-Undang Kanun Jenayah Syariah II (1993) 2015 yang diluluskan Khamis lalu.

Pensyarah Sains Politik, Pusat Pengajian Sejarah, Politik dan Strategi, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof. Madya Datuk Dr Samsul Adabi Mamat berkata jangkaan tersebut dibuat berdasarkan beberapa kenyataan yang dibuat oleh pimpinan DAP berhubung isu berkenaan.

Jelasnya, sekalipun pimpinan DAP tidak bersetuju dengan tindakan yang dilakukan oleh rakan komponen mereka itu, namun kenyataan yang dikeluarkan hanyalah bersifat spekulatif sahaja.

"Tidak ada sebarang petunjuk yang memperlihatkan PR akan menyisihkan PAS dalam pakatan berkenaan kerana DAP atau PKR tidak boleh mengeluarkan PAS dengan sewenang-wenangnya.

"Perpecahan PR hanya akan berlaku sekiranya PAS mengumumkan untuk keluar daripada PR ataupun tindakan yang sama dilakukan oleh DAP tetapi saya melihat ia tidak akan berlaku kerana mereka berkongsi visi yang sama dan lebih besar daripada hudud iaitu untuk menumbangkan Barisan Nasional," katanya ketika dihubungi The Rakyat Post.

Beliau berkata demikian mengulas mengenai masa depan antara ketiga-tiga parti dalam PR yang dilihat mengalami keretakan selepas pindaan Rang Undang-undang Kanun Jenayah Syariah II (1993) 2015 diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan.

Tambah Samsul Adabi lagi, pimpinan PR dilihat telah berbincang mengenai perkara berkenaan dan mungkin ia adalah strategi mereka untuk memperlihatkan ketidaksefahaman itu di hadapan musuh politik mereka.

Jelasnya, secara realitinya perpecahan PR hanya akan merugikan ketiga-tiga parti berkenaan dan mewujudkan masalah terutamanya di peringkat Kerajaan Negeri Selangor.

"Sekiranya PAS yang memiliki 15 kerusi DUN keluar daripada PR, mungkin mereka akan bergabung dengan UMNO yang mana akan menjadikan jumlah kerusi keseluruhannya sebanyak 27 kerusi DUN dengan satu lagi kerusi bebas.

"DAP dan PKR hanya memiliki 28 kerusi DUN dan mungkin akan berlaku usaha untuk menarik wakil rakyat PKR untuk memihak kepada PAS dan UMNO bagi mendapatkan majoriti mudah.

"Oleh itu, perpecahan tersebut sebenarnya hanya akan merumitkan keadaan dan sukar sama sekali untuk berlaku dalam masa yang terdekat," ujarnya.


 

"Perjanjian Syaitan” Umno dan MCA

Posted: 22 Mar 2015 08:15 AM PDT

 Dr Mahathir mengakui bahawa 'pendirian tidak bertolak ansur' MCA terhadap hukum hudud pada Perhimpunan Agung MCA beberapa tahun lalu hanyalah bertujuan 'menakut-nakutkan' komuniti Cina dan bukan ditujukan kepada kaum Melayu atau umat Islam.
 
"Dia (MCA) bertujuan untuk menakutkan orang Cina, bukan orang Melayu atau Islam.Tujuan MCA nak takutkan orang Cina supaya tak sokong DAP.

"Tapi dulu pun MCA tak pernah bantah bila kita isytihar negara ini negara Islam dan kita akan amal nilai-nilai dan ajaran Islam," kata Mahathir.

'"Perjanjian Syaitan

Pengesahan Mahathir terhadap "Perjanjian Syaitan" Umno dan MCA supaya masing-masing menyebarkan pembohongan dan penipuan untuk menakut-nakutkan pengundi Cina dan Melayu bagi mendapatkan undi kaum Cina dan Melayu buat Barisan Nasional seharusnya diberi perhatian serius dan dikutuk sekeras-kerasnya oleh semua rakyat Malaysia.

Dalam 'Perjanjian Syaitan' mereka, pemimpin UMNO akan terus membisu tidak kira apa juga pembohongan yang disebarkan MCA untuk "menakut-nakutkan orang Cina".

Ia termasuklah penipuan yang pemimpin Umno sendiri tahu ia tidak berasas seperti fitnah MCA bahawa PAS dan Islam membenarkan bukan Islam dirogol atau PAS dan Islam akan membawa Malaysia kembali ke "zaman gelap".

Begitu juga pemimpin MCA akan terus membisu walaupun mereka tidak mempercayai pembohongan dan penipuan UMNO 'untuk menakut-nakutkan kaum Melayu', bahawa DAP mahu mendirikan Negara Kristian dan menghapuskan Raja-Raja Melayu serta mendirikan Republik.

Hadi: PAS keluar Pakatan? Hanya Allah yang tahu

Posted: 22 Mar 2015 06:45 AM PDT

 
"Itu dalam ilmu Allah. Saya pun tidak tahu bila saya mati."

Begitu reaksi Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang ketika menjawab soalan sama ada PAS akan keluar Pakatan Rayat selepas pindaan enakmen hudud diluluskan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan sebelum ini.

Bercakap dalam sidang media selepas Ijtimak Antarabangsa Perpaduan Ummah di Marang tengah malam tadi, beliau bagaimanapun menegaskan "kita (PAS) masih dalam Pakatan Rakyat".

Beliau juga menegaskan bahawa Pakatan adalah gabungan longgar dan masing-masing mempunyai pandangan berbeza, lapor Harakahdaily.

"Kita tidak boleh halang berbeza pandangan. Kita pernah dalam kenyataan bersama apda 2011 kita terima itu (kanun jenayah syariah) hak negeri. Kita beri peluang kepada DAP untuk tidak setuju," katanya,.

Beliau berkata, Ketua Umum PKR dan pemimpin popular DAP Lim Kit Siang turut menandatangani kenyataan bersama itu.

"Kita Melayu yang tidak lupa, bukan mudah lupa.

"Kewajipan kita bentang, setuju tak setuju tengok dulu," beliau dipetik sebagai berkata.

PKR: Hudud sandiwara Umno perangkap PAS

Posted: 22 Mar 2015 06:00 AM PDT

 
Sandiwara yang dimainkan Umno untuk memerangkap PAS mengenai isu hudud semakin menjadi-jadi walaupun Enakmen Kanun Jenayah Shariah Kelantan diluluskan pada 19 Mac 2015 yang lalu.

Dalam mesyuarat jemaah menteri yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib  Razak minggu lalu, laporan mengenai keputusan mesyuarat itu berbeza-beza mengikut sumbernya.

Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai dilaporkan menyatakan bahawa Najib menentang rang undang-undang persendirian (kuasa mahkamah syariah) yang bakal dibawa oleh presiden PAS tidak lama lagi.

Malah, Liow Tiong Lai berkata perdana menteri akan mengeluarkan kenyataan mengenai perkara itu secepat mungkin.

Sehingga kini, tidak ada satu pun kenyataan yang dikeluarkan Najib mengenai pendirian beliau dan Umno apabila rang undang-undang persendirian itu dibentangkan.

Malah, tidak ada pengesahan pun bahawa rang undang-undang persendirian itu boleh dibentangkan dalam sidang kali ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Nancy Shukri yang bertanggungjawab menyusun rang undang-undang yang dibentangkan di Parlimen menyatakan semalam bahawa besar kemungkinan rang undang-undang persendirian yang mahu dibawa presiden PAS itu tidak sempat untuk dibentangkan kerana agenda parlimen kali ini telah sarat dengan rang undang-undang yang dibawa kerajaan.

Sandiwara ini berterusan lagi di media yang rapat dengan Umno dan BN. Akhbar Sinar Harian memuatkan di muka depan bagaimana Umno menyokong penuh pelaksanaan hudud dengan tajuk "BN Sokong Hudud".

Pendirian berubah-ubah

Pada hari yang sama, saya dimaklumkan akhbar Sinchew Daily memuatkan laporan di muka hadapan bagaimana Najib menolak pelaksanaan hudud.

Pendirian Umno berubah-ubah mengikut pengundi sasaran mereka.

Ini adalah rentetan sandiwara demi sandiwara Umno untuk memecahkan Pakatan Rakyat dengan menggunakan isu hudud.

Rang undang-undang persendirian (kuasa mahkamah syariah) yang ingin dibawa presiden PAS itu hanya boleh dibentangkan dengan persetujuan Najib.

Malah, dengan semua parti selain Umno di Parlimen telah menyatakan pendirian masing-masing mengenai rang undang-undang persendirian tersebut, jika ia dibenarkan dibawa rang undang-undang persendirian (kuasa mahkamah syariah) itu hanya akan lulus jika semua 88 ahli Parlimen Umno mengundi untuk menyokongnya.

Sebab itu saya cabar presiden-presiden parti-parti komponen BN (MCA, MIC, Gerakan, PBB, PBS, UPKO, SUPP, PRS, SPDP, PPP dan LDP) yang telah menyatakan bangkangan kepada rang undang-undang persendirian itu untuk mendapatkan pendirian Najib Razak dan timbalan beliau Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam bentuk bertulis secepat mungkin.

Jika kesemua presiden-presiden parti-parti komponen BN ini gagal mendapatkan pendirian Najib dan Umno menjelang Selasa ini, lebih bermaruah jika mereka membubarkan sahaja parti masing-masing kerana jelas telah dibuli dan diperlekehkan oleh Umno dalam permainan sandiwara mengenai hudud.

Jelas parti-parti mereka tidak bernilai jika dibandingkan dengan kerjasama di antara Umno dan PAS dalam perkara ini.


RAFIZI RAMLI  naib presiden dan setiausaha agung PKR serta anggota Parlimen Pandan.
 

Berita Mengejutkan Buat PAS - Addin

Posted: 22 Mar 2015 05:15 AM PDT



Lagi Berita Menyedihkan Buat Ahli PAS. PKR hari ini mengumumkan bahawa ia tidak akan menyokong rang undang-undang persendirian mengenai hudud yang akan dibawa oleh PAS sekiranya dibentangkan di Parlimen.

Ini kerana, parti itu berkata, PAS telah mengambil keputusan secara "unilateral" (sebelah pihak) tanpa pemberitahuan kepada rakan-rakan parti komponen Pakatan Rakyat dan ia bercanggah dengan keputusan Mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat pada 8 Februari lalu.

Keputusan itu dibuat sebagai tindak balas berhubung penghantaran notis oleh Ahli Parlimen Marang yang juga Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang kepada Setiausaha Dewan Rakyat pada 18 Mac lalu yang akan membentangkan pindaan Enakmen Kanun Jenayah Syariah II di Parlimen.

Rang Undang-undang persendirian itu bertujuan untuk meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 yang akan memberi kesan kepada pindaan Kanun Jenayah Syariah II 1993 iaitu berkaitan pelaksanaan hukuman hudud di Kelantan."Kami tidak dimaklumkan tentang isi kandungan rang Undang-undang persendirian tersebut.
Lagi Berita Menyedihkan Buat Ahli PAS
Ia dicadangkan secara "unilateral" tanpa pemberitahuan kepada rakan-rakan parti komponen Pakatan Rakyat dan bercanggah dengan keputusan Mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat pada 8 Februari 2015.

"Sekiranya Rang Undang-undang Persendirian tersebut berkaitan dengan Enakmen Kanun Jenayah Syariah II Kelantan, PKR tetap dengan pendirian asal iaitu untuk tidak menyokong berdasarkan prinsip Fiqh Al-Awlawiyyat, Maslahat Ummah dan Maqasid Syariah," kata parti itu dalam kenyataan media bersamanya hari ini.

Kenyataan media itu ditandatangani oleh semua pemimpin PKR iaitu Presidennya, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail; Timbalannya Azmin Ali; Naib preside Nurul Izzah Anwar dan Shamsul Iskandar Md Akin, Rafizi Ramli; Ketua Wanita Zuraida Kamaruddin dan Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Nik Nazmi Nik Ahmad.

Setelah PKR mengiystiharkan pendirian mereka, kini parti itu menggesa supaya BN memberi penjelasan sama ada menyokong rang Undang-undang persendirian tersebut atau tidak.Ia berikutan, rang undang-undang persendirian hanya boleh dibahaskan sekiranya diluluskan oleh kerajaan.

"Mengikut Peraturan Tetap Dewan Rakyat, sebarang rang undang-undang hanya akan dibahaskan dengan restu pihak kerajaan."Hakikatnya, tidak ada seorang pimpinan tertinggi Umno atau Barisan Nasional pun yang telah membuat kenyataan terbuka dan jelas mengenai pendirian mereka berkenaan rang udang-undang Persendirian tersebut jika di bawa ke Parlimen, termasuklah Datuk Seri Najib  Razak dan timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin.

"Justeru, PKR menggesa kerajaan Umno-BN untuk menjelaskan sama ada ia merestui rang undang-undang persendirian tersebut dibahas dan diundi di Parlimen," kata kenyataan itu lagi.DAP sebelum ini telah memutuskan tidak akan menyokong rang undang-undang itu di Parlimen.

PKR mempunyai 29 kerusi di Dewan Rakyat tetapi hanya 28 ahli Parlimen sahaja yang boleh mengundi memandangkan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim sedang menjalani hukuman ppenjara.Malah terdapat juga seorang ahli Parlimen Bebas, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang sebelum ini merupakan wakil rakyat PKR.DAP dan PAS masing-masing mempunyai 37  dan 21 kerusi di Parlimen.


Sumber

Umno sokong hudud hanya untuk pecahbelah Pakatan

Posted: 22 Mar 2015 04:30 AM PDT


Satu-satunya tujuan Umno menyokong hudud sekarang ialah untuk memecahbelahkan Pakatan Rakyat (PR), menurut penganalisis politik yang mengatakan, apabila rang undang-undang itu sampai ke Parlimen, soal mengundi untuknya tidak penting kerana kerosakan sudah pun terjadi.

Mereka menolak dakwaan ahli Parlimen Umno yang menyokong hudud penting bagi memenuhi ajaran Islam, dengan mengatakan apabila tiba masanya, parti itu mungkin tidak akan menyokong rang undang-undang itu kerana ia mengundang risiko kemarahan sekutu mereka di Sabah dan Sarawak.


"Tujuan Umno menyokong rancangan hudud ialah untuk memecahkan PR. Dengan pembentangan rang undang-undang hudud di Kelantan, PR sudah di ambang kemusnahan," kata Dr Mohd Faisal Syam Abdol Hazis, pensyarah kanan Jabatan Pengajian Politik, Universiti Malaysia Sarawak (Unimas).

"PR tidak boleh diteruskan jika PAS berkeras menghidupkan semula agenda hudud. Jadi, jika PR musnah sebelum pembentangan usul itu di Parlimen, Umno boleh senang lenang tidak menyokong rang undang-undang itu bagi memastikan BN tidak terjejas."
Pengarah Merdeka Center, Ibrahim Suffian berkata, sokongan Umno terhadap hudud mungkin merupakan satu pembohongan, terutamanya memandangkan langkah itu tidak akan diterima baik oleh BN Sabah dan Sarawak.

Katanya, kemusnahan pakatan pembangkang merupakan peluang terbaik Barisan Nasional (BN) untuk terus hidup, susulan tekanan yang diterima akibat pertumbuhan ekonomi yang perlahan dan cabaran yang dihadapi kepimpinan Perdana Menteri.

"Menariknya, pemimpin kanan PAS seperti Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Datuk Haron Din terpedaya dengan rancangan bijak BN memecahbelahkan pembangkang, tanpa menyedari PAS yang akan rugi besar apabila pengundi bukan Islam menolak mereka, menyebabkan ia hilang semua kerusinya di Semenanjung.

"Saya setuju yang BN Sabah dan Sarawak tidak akan setuju dengan hudud kerana ia akan melemahkan kedudukan mereka sendiri," kata Ibrahim kepada The Malaysian Insider.

Dr Lim Teck Ghee, pengarah Pusat Kajian Dasar, juga bersetuju, sambil mengambil maklum yang masyarakat Kristian dan bukan Islam di Malaysia Timur mempunyai pegangan yang besar dari segi kebebasan beragama di negara ini.

"Tidak diketahui ramai yang Sabah dan Sarawak mempunyai jumlah penduduk bukan Islam yang besar yang undian mereka boleh menentukan gabungan parti mana yang akan memenangi kuasa di peringkat persekutuan, terutamanya ketika pilihan raya umum dengan persaingan sengit.

"Dan bukan orang bukan Islam sahaja yang bimbang dengan kes pencerobohan terhadap isu agama dan kebebasan sivil lain," kata Lim.

Bagaimanapun, Faisal berkata, sekiranya Umno mengundi menyokong rang undang-undang itu di Parlimen kelak, ia tidak akan membawa kepada perpecahan dalam Barisan Nasional (BN).

"Sabah ditadbir Umno, manakala Sarawak ditadbir sebuah parti yang dikuasai Bumiputera Islam. Umno ialah parti yang sangat dominan hinggakan parti BN yang lebih kecil tidak akan berani menarik diri daripada gabungan itu.

"Melalui naungan atau malah ancaman, gabungan itu boleh kekal," kata Faisal.

Hadi memohon membentangkan rang undang-undang persendirian itu di Parlimen ketika sesi Dewan Rakyat yang sedang berlangsung sekarang hingga 9 April, bagi membolehkan Kelantan menguatkuasakan undang-undang hudud, walaupun terdapat bantahan daripada PKR dan DAP.

Rang undang-undang bagi meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 atau Akta 355, yang mengehadkan kuasa mahkamah Syariah kepada denda maksimum RM3,000, lima tahun penjara dan enam kali sebatan.

Satu pindaan diperlukan terhadap akta ini bagi membolehkan pindaan hudud Kelantan itu dikuatkuasakan. Bagaimanapun, sekutu PAS dalam PR berkata, hudud bukan sebahagian daripada pendirian bersama pakatan itu dan ia lantang bersuara menentang.

DAP akan bermesyuarat pada Isnin bagi mengkaji semula hubungannya dengan PR, selepas merasakan "dikhianati" PAS apabila Dewan Undangan Negeri Kelantan membentangkan dan meluluskan pindaan kepada enakmen itu minggu lalu.

PKR hari ini mengumumkan ia tidak akan menyokong rang undang-undang hudud PAS itu sekiranya ia dibentangkan di Parlimen, mengatakan parti Islam itu bertindak secara unilateral dalam hal itu dan membelakangkan keputusan Majlis Pimpinan PR. – tmi



 

Pulau Tersembunyi Terletak Di Kawasan Paling Barat Dan Paling Hujung Semenanjung Malaysia

Posted: 22 Mar 2015 03:45 AM PDT



Pasti ramai tidak mengetahui akan kewujudan Pulau Perak ini yang merupakan kawasan yang amat cantik di persempadanan negara di utara semenanjung Malaysia.

Pulau Perak atau juga dikenali sebagai Tukun Perak ialah sebuah pulau kecil yang berdiri daripada sebongkah besar batuan granit kurang satu km persegi di perairan Selat Melaka, Kedah, Malaysia yang merupakan kawasan Paling Barat Dan Paling Hujung semenanjung.


Kedudukan Pulau Perak ialah Latitude: 5° 42' 0 N, Longitude: 98° 55' 60 E, iaitu lebih kurang 45 minit penerbangan dengan Nuri dari TUDM Butterworth.

Pernah dikaitkan dengan peristiwa MH370 dan sebuah helikopter Nuri pernah terhempas di sini.


Kemudahan yang ada di Pulau Perak ini adalah hanya mempunyai sebuah rumah api dan tempat radar HF Maritim Malaysia(agensi perkapalan Kerajaan Malaysia).

Selain berfungsi sebagai pusat pengawasan sempadan , pulau ini juga berperanan sebagai tempat pelindungan dan pembiakan habitat marin di Selat Melaka.


Bayangkan beban yang terpaksa ditanggung untuk memindah rangsum/bekalan, seperti air/bahan api dalam jerry cans, rangsum basah dan kering iaitu dari jeti ke tempat penginapan di atas bukit.

Untuk ke puncak pulau ini terpaksa mendaki lebih kurang 400 anak tangga.

- Siakapkeli




Harga Kereta Akan Turun Akibat GST?

Posted: 22 Mar 2015 03:00 AM PDT




Jabatan Kastam Diraja Malaysia
 
KUALA LUMPUR - Secara keseluruhannya harga kereta akan menjadi lebih murah selepas Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) diperkenalkan 1 April, kata Ketua Pengarah Kastam Datuk Seri Khazali Ahmad.

Beliau menjelaskan GST hanya enam peratus sahaja manakala cukai jualan kenderaan ketika ini ialah 10 peratus. Cukai jualan kenderaan akan dimansuhkan pada 1 April.

Khazali memberitahu Bernama, kesangsian berhubung sama ada harga akan naik atau turun wujud susulan terdapat kekeliruan dalam kalangan pengedar kereta berhubung bagaimana mereka hendak menjual kereta yang mereka telah bayar cukai jualan kereta sebanyak 10 peratus.

"Sebenarnya, Kastam akan membayar balik cukai jualan 10 peratus yang telah dibayar oleh mereka dengan syarat mereka harus menunjukkan dokumen rasmi sebagai bukti yang mereka telah membayar cukai itu dan masih belum menjual kereta berkenaan setakat 31 Mac," katanya.

Presiden Persatuan Pengedar Kereta dan Syarikat Kredit Kuala Lumpur-Selangor (KLSCDCCA) Khoo Kah Jin berkata, beliau tidak menjangkakan penurunan ketara harga kereta kerana perbezaannya mungkin diimbangi oleh harga komponen kereta yang diimport berikutan kadar tukaran asing lebih tinggi.

"Harga kereta memang akan turun iaitu dua hingga tiga peratus dengan GST," katanya.

"Namun, harga itu mungkin akan naik sedikit bergantung kepada kadar tukaran asing kerana kebanyakan komponen kereta adalah diimport, contohnya Amerika Syarikat, Eropah dan Jepun," katanya.

Khoo berkata bagi kereta terpakai, harganya juga dikenakan GST namun dimasukkan ke dalam Skim Margin bagi mengelakkan pembayaran cukai berganda.

"Pembeli (kereta terpakai) tidak akan terjejas dengan kenaikan harga kerana GST hanya dikenakan ke atas pengedar kereta terpakai berdasarkan keuntungan daripada jualan kereta.

"Sebagai contoh pengedar kenderaan terpakai membeli sebuah kereta dari seorang individu dengan harga RM30,000, kemudian menjualnya semula kepada individu lain dengan harga RM60,000, maka GST akan dikenakan ke atas kadar keuntungan RM30,000 itu sahaja," katanya. - 



Bernama

Ku Nan: Hudud PAS 'hudud politiklah'

Posted: 22 Mar 2015 02:17 AM PDT


Hudud - PAS Akhirnya Kena Kencing Dengan Umno




Setiausaha Agung BN Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor menyifatkan rang undang-undang persendirian berkaitan hudud mahu dibentangkan PAS di Parlimen sebagai "hudud politik".

Ditanya pendirian BN berhubung hasrat PAS itu, beliau berkata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak akan mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung perkara itu tidak lama lagi.

Bercakap kepada media selepas sebuah acara di Putrajaya hari ini, Tengku Adnan, yang juga menteri Wilayah Persekutuan, menegaskan bahawa PAS harus mengikuti Perlembagaan Persekutuan.

Ditanya sama ada usaha PAS bertentangan dengan perlembagaan, beliau hanya menjawab "hudud PAS hudud politiklah".

Menteri BN dan perdana menteri setakat ini masih belum menyentuh berhubung pendirian mereka dalam isu itu walaupun anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) BN Kelantan menyatakan sokongan pada usaha PAS itu.

- mkini

Tiada ulasan: