Jumaat, 20 Mac 2015

ZAKRI ALI

ZAKRI ALI


MyKad palsu berharga RM8,000 di Sabah

Posted: 20 Mar 2015 10:00 AM PDT

 
 
Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Sabah mendedahkan bahawa penjualan sekeping kad pengenalan MyKad palsu oleh sindiket yang belum dikenal pasti dalang dan lokasi operasinya, boleh mencecah sehingga RM8,000.
  
Pengarah JPN Sabah Ismail Ahmad berkata pihaknya mengetahui perkara itu selepas seorang warga asing cuba membuat pasport Malaysia di Jabatan Imigresen Kota Kinabalu bulan lepas, namun diberkas polis selepas MyKad yang digunakannya dikesan palsu oleh JPN.
  
"Kes pemilikan kad pengenalan palsu yang dikesan di Jabatan Imigresen adalah satu daripada enam kes MyKad palsu termasuk sekeping MyKad taraf Penduduk Tetap dari Januari hingga Mac tahun ini," kata beliau kepada pemberita di Kota Kinabalu, hari ini.
  
Kad pengenalan palsu itu dirampas daripada warga warga Filipina dan Indonesia sepanjang operasi bersama polis, Jabatan Imigresen, JPN dan Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCom).   
  
Beliau berkata walaupun ciri-ciri luaran kad pengenalan palsu itu hampir sama dengan MyKad sebenar kerana dibuat menggunakan mesin canggih, namun cip yang digunakan pada MyKad itu adalah kosong dan mudah dikesan oleh sistem JPN.

Sambil menegaskan pengeluaran MyKad palsu itu tiada kaitan dengan JPN Sabah, Ismail berkata suspek berkenaan telah dihadapkan di Mahkamah Majistret mengikut Seksyen 25 Akta Pendaftaran Negara 2007 (Pindaan) yang membawa hukuman sehingga dua tahun penjara atau denda sehingga RM30,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
  
"MyKad palsu ini tiada hubung kait dengan JPN Sabah...MyKad ini sama (dengan MyKad  sebenar) tetapi tidak serupa dan sistem JPN boleh mengesannya," katanya.
  
Beliau berkata ia juga tiada kaitan dengan sindiket yang membabitkan 22 pegawai JPN sebelum ini, seperti yang terkandung dalam Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI).
  
Semua 22 pegawai JPN itu ditahan mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan kad pengenalan palsu yang dihasilkan mereka telah pun dibatalkan, jelasnya.
   
Mengenai laporan media yang mendakwa Keningau sebagai daerah mempunyai pemegang kad pengenalan palsu paling ramai di Sabah, Ismail berkata JPN telah menjelaskan perkara itu kepada Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga Anggota Parlimen Keningau Tan Josepp Pairin Kitingan.
  
Pada pertemuannya dengan Pairin dua hari lepas, beliau telah menjelaskan bahawa daerah-daerah lain di negeri ini turut merekodkan banyak kes kad pengenalan palsu.
  
Sementara itu, Ismail meminta majikan sektor perladangan, perbankan, kawalan keselamatan dan  pembantu rumah supaya mengesahkan kesahihan MyKad pekerja dengan JPN bagi memastikan mereka benar-benar rakyat Malaysia.
  
-Bernama

Apakah Najib akan sekat RUU hudud?

Posted: 20 Mar 2015 08:30 AM PDT

 
Rang undang-undang hudud menjadi salah satu isu panas yang dibangkitkan semasa pertemuan di antara Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak dengan pemimpin parti komponen BN di Parlimen semalam.

Para pemimpin terbabit telah mencapai kata sepakat bahawa hudud bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan.
 
Najib juga mengakui kata sepakat itu bahawa hudud akan bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan, kata seorang pemimpin parti komponen BN kepada Malaysiakini tetapi tidak mahu namanya disiarkan.

Bagaimanapun, kata sepakat semata-mata masih mempunyai banyak ruang untuk pentafsiran seperti yang dilihat dalam perjanjian Pakatan Rakyat yang berkecai selepas PAS tetap mahu melaksanakan hukum jenayah syariah itu.

Malah pemimpin BN tersebut tidak mahu membuat sebarang tafsiran lanjut mengenainya, dengan menekankan bahawa parti komponen BN telah pun menyatakan dengan jelas bahawa kanun jenayah sivil sekarang sudah mencukupi.

Bagaimanapun, seorang lagi pemimpin parti komponen BN, yang tidak mahu disebut namanya, melihat ini sebagai jaminan bahawa Najib tidak akan membenarkan ia menjadi kenyataan di Parlimen.

Mereka berkata perdana menteri juga bersetuju untuk mengeluarkan satu kenyataan tidak lama lagi, bagi menyatakan pendiriannya.

Najib, yang juga pengerusi BN, bukan sahaja mesti mengimbangi rakan komponen tetapi juga Umno yang telah mengambil pendirian bertentangan dengan apa parti komponen BN mahu.

PAS telah pun mengemukakan notis untuk membentangkan rang undang-undang persendirian berhubung dengan hudud dalam sidang Dewan Rakyat sekarang.

Rang undang-undang ini bertujuan meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965, yang kini menghadkan hukuman yang dikenakan oleh mahkamah syariah - penjara tidak lebih tiga tahun, denda sehingga RM5,000 dan enam sebatan bagi kesalahan tertentu.

Dengan menukar had tersebut, ia akan membolehkan mahkamah syariah menjatuhkan hukuman mengikut undang-undang hudud di Kelantan, yang antara lain, termasuk direjam sehingga mati dan sehingga 80 sebatan.
 
  
Malaysiakini

Eh.....dah menopause dan dah tak laku pun nak megugut juga? Hudud: MCA, GERAKAN pula ugut keluar BN?

Posted: 20 Mar 2015 07:30 AM PDT

ismail sabri
Faiz Zainudin.

UMNO dah sokong Hudud, ini adalah isu umat Islam. Mereka tidak terkesan atau terjejas dengan hukuman yang diperkenalkan. ismail sabri

PETALING JAYA: Selepas DAP membantah kerajaan PAS Kelantan untuk melaksanakan Hudud, kini giliran MCA dan GERAKAN pula membuat ugutan untuk keluar daripada parti komponan Barisan Nasional (BN) jika UMNO terus menyokong pelaksanaan Hudud.

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, beliau kesal dengan tindakan kedua-dua parti komponan BN itu kerana tidak menghormati langsung keputusan UMNO yang menjadi tonggak umat Islam negara ini.

Katanya, MCA dan GERAKAN tidak wajar membantah keputusan UMNO untuk menyokong PAS Kelantan melaksanakan Hudud kerana ia tidak melibatkan bukan Islam. "UMNO dah sokong Hudud, ini adalah isu umat Islam. Mereka tidak terkesan atau terjejas dengan hukuman yang diperkenalkan.

Apa kesan pada mereka?" Soal Ismail dalam satu kenyataan. Sehubungan itu, beliau menggesa parti komponen BN yang bukan beragama Islam supaya tidak mencampuri urusan agama Islam.

"Saya harap perkara ini dapat dihentikan kerana kalau diteruskan, semakin lama masyarakat dalam negara ini makin tidak hormat agama lain dan ini tidak baik untuk masa depan negara.

"Dalam Perlembagaan kita uruskan sendiri urusan agama kita. Mereka tak hormati perasaan orang Islam dalam negara kita," jelasnya.

Sementara itu, seorang lagi Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Tan Sri Annuar Musa berkata, tiada sebab untuk DAP, MCA, GERAKAN, MIC untuk mencampuri urusan Hudud kerana mereka tidak mempunyai kerusi di DUN di Kelantan. "Rakyat Kelantan berhak apa lagi umat Islam di Kelantan, dari rakyat hingga ke Istana menyokong.

Apakah Kami orang Kelantan tiada hak dalam perlembagaan?, soal beliau menerusi posting terbaru Facebooknya. Jelas beliau, Islam tidak pernah menghalang kebebasan agama lain untuk melaksanakan urusan agama mereka malah menghormati semua agama. "Eloklah mereka menjaga urusan parti mereka masing-masing, tolong hormati DUN Kelantan dan pilihan rakyat Kelantan," tambahnya.

Dalam laporan akhbar Utusan Malaysia pula, PAS menyampaikan kebimbangan terhadap kemurkaan Allah lebih daripada bimbang tidak akan mendapat sokongan sewaktu Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang. Mursyidul Am PAS, Datuk Dr. Haron Din turut menyatakan keputusan PAS untuk melaksanakan hukum hudud juga tidak akan berubah malah telah menetapkan bahawa hukum hudud lebih penting untuk dilaksanakan daripada prinsip Pakatan Rakyat (PR).

"Agenda hukum hudud sudah sebati dengan PAS dan akan tetap meneruskannya walaupun mendapat tentangan daripada sekutunya dalam pakatan pembangkang," katanya kepada Utusan Malaysia.

Bukan itu sahaja, seluruh pemimnpin PAS menyedari akan berlaku pertembungan di antara PAS dengan rakan-rakan kongsinya yang mungkin beralah kemudiannya menyokong atau keras menentang. Jelas Haron lagi, PAS juga tidak pernah bersikap membelakangkan rakan sekutunya iaitu DAP dan PKR kerana memperjuangkan hukum hudud.

"Kalau perbuatan (membentangkan enakmen) itu dikatakan tikam belakang, kenapa tidak kata tikam hadapan sahaja, kita sudah beritahu dan terangkan berulang-ulang kali sampai masyarakat pun muak, PAS bukan sahaja beritahu DAP tetapi telah beritahu seluruh Malaysia dan seluruh dunia," katanya.

Posted by mountdweller

Gadis Melayu Stesen radio BFM Jadi Alat Kafir persenda hudud dikecam teruk

Posted: 20 Mar 2015 06:30 AM PDT



SEORANG gadis Melayu didakwa menghina langkah kerajaan Pas Kelantan membentang dan meluluskan undang-undang hudud di negeri itu mencetuskan kecaman hebat terhadapnya di laman sosial.

Gadis yang dikenali sebagai Aishah Tajuddin didapati melakonkan aksi (parodi) dan mengeluarkan kata-kata yang didakwa menghina hukum hudud dalam sebuah klip video yang berjudul 'Aisyah BFM Kupas Hudud di Kelantan'.

Setakat berita ini ditulis, klip video yang berdurasi 1 minit 55 saat itu, telah ditonton seramai 279,031 dan mendapat sebanyak 15,701 'share'.

Antara babak dalam lakonan itu yang memperlihatkan dia mempersendakan hudud apabila dia yang tidak berhijab tiba-tiba berubah imej (berhijab) sambil berkata "Eh sejak bila ini, oh lupa pulak mak, Kelantan", merujuk kepada kewajipan wanita untuk menutup aurat selepas undang-undang hudud diluluskan di Kelantan.

Gadis itu terus mempersendakan undang-undang pelaksanaan hukum hudud apabila mengatakan agama digunakan untuk mengaburi rakyat bagi meraih populariti politik.

"Banyak pula pindaan dia. Pastu boleh pulak MB Kelantan panggil orang yang kritik hudud ni tak beriman…Eh awak nie… tak beriman lah.

"Agama digunakan untuk mengaburi mata rakyat dari isu yang penting macam ekonomi, pentadbiran. Sama la macam isu negara ni. Orang gaduh pasal bangsa, agama tapi ekonomi negara merosot, pastu hutang kita meningkat. Bila dah sampai masanya tak tahu lah kalau hudud tu boleh isi periuk nasi kita.", katanya

Sementara pada minit terakhir, gadis itu membuat satu aksi di mana dia membuka satu bungkusan nasi lemak dan kemudian tiada nasi di dalam bungkusan itu dan berkata: "…eh tak pe la, hudud kan ada".

Berikutan itu, ratusan pengguna Facebook mengecam tindakannya malah meminta polis mengambil tindakan tegas terhadap gadis berkenaan.

"Mohon PDRM ambil tindakan," tulis Muhammad Nurudin Ramli.

Sementara itu Muhammad Noor berkata, walaupun dia berasal dari Johor, namun dia tetap menyokong pelaksanaan hudud di Kelantan.

"Aku Islam. Aku sangat-sangat sokong akan hukum hudud di Kelantan. Lagi la bahagia dan 'happy' kalau ianya dipraktikkan oleh negeriku dan satu malaysia. Hanya pesalah dan pencinta dosa sahaja yang takut akan hukuman!," tulisnya.

Sementara menurut Muhammad Izzad Salleh, walaupun dia masih belum memahami hudud secara keseluruhannya, tetapi sebagai seorang Muslim dia mengutuk tindakan gadis ini yang mempersendakan hudud dan Islam.

Sementara Mohd El-eddy Azly Ismail berharap ALLAH membuka pintu hati gadis tersebut.

"Semoga ALLAH ampunkan dosa dia dan buka pintu hati dia untuk kenali kebaikan agama Islam..semoga ALLAH berikan cahaya rahmat dan hidayah- NYA pada wanita ini.. Amin...

"Dia mungkin tidak paham atau tidak pernah dididik berkaitan agama maka mereka yg berilmu dididiklah wanita ini," tulisnya.





Bloglist Malaysia

Pemimpin PAS Wajib Baca Artikel Ini Sebelum Bentang Hudud Di Parlimen

Posted: 20 Mar 2015 05:30 AM PDT


'Friday, 20 March 2015.  Pemimpin PAS Wajib Baca Artikel Ini Sebelum Bentang Hudud Di Parlimen  Pemimpin PAS Wajib Baca Artikel Ini Sebelum Bentang Hudud Di Parlimen. PAS dinasihatkan supaya berhati-hati dengan taktik Umno dan perlu mendapatkan jaminan bertulis daripada Barisan Nasional (BN) yang mereka akan mengundi dan menyokong rang undang-undang persendirian hudud sebelum membawanya ke Parlimen, kata Rafizi Ramli.  Setiausaha agung PKR itu berkata, ini penting untuk memastikan tiada muslihat dan tipu daya daripada Umno yang pernah memangsakan PAS dengan menendang parti itu keluar BN pada 1977.  Katanya, kepimpinan PAS dan rakyat perlu berhati-hati dan waspada dengan muslihat Umno dan BN yang menggunakan ketaatan orang Islam terhadap hukum Allah sebagai muslihat politik.  Saya menasihati pimpinan PAS supaya mendapat jaminan bertulis mengenai sokongan daripada Umno dan parti komponen BN lain seperti PBB (Parti Pesaka Bumiputra Bersatu) terhadap cadangan rang undang-undang persendirian mengenai kuasa Mahkamah Syariah terlebih dulu sebelum memutuskan untuk membawanya," katanya dalam satu kenyataan hari ini.  Pemimpin PAS Wajib Baca Artikel Ini Sebelum Bentang Hudud Di Parlimen  Ahli Parlimen Pandan itu juga menggesa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan timbalannya,Tan Sri Muhyiddin Yassin menyatakan sokongan secara terbuka dan bertulis terhadap hudud di Kelantan dan berjanji akan mengundi rang undang-undang persendirian itu jika dibawa ke Parlimen.  Rafizi yang juga naib presiden PKR itu berkata, Najib dan Muhyiddin perlu mengeluarkan arahan segera secara bertulis agar setiap ahli Parlimen Umno dan parti komponen BN lain yang beragama Islam wajib menyatakan sokongan.  "Setakat ini, tiada satu kenyataan pun daripada Najib menyatakan sokongan dan arahan kepada ahli Parlimen Umno dan BN untuk menyokong cadangan rang undang-undang persendirian mengenai kuasa Mahkamah Syariah itu. "Saya khuatir Najib hingga ke akhirnya tidak akan membuat kenyataan.   Malah saya juga waspada Umno dan BN tidak akan mengeluarkan sebarang arahan agar setiap ahli Parlimen beragama Islam menyokong rang undang-undang persendirian itu jika dibawa ke Parlimen," katanya yang juga naib presiden PKR.' Pemimpin PAS Wajib Baca Artikel Ini Sebelum Bentang Hudud Di Parlimen. PAS dinasihatkan supaya berhati-hati dengan taktik Umno dan perlu mendapatkan jaminan bertulis daripada Barisan Nasional (BN) yang mereka akan mengundi dan menyokong rang undang-undang persendirian hudud sebelum membawanya ke Parlimen, kata Rafizi Ramli.

Setiausaha agung PKR itu berkata, ini penting untuk memastikan tiada muslihat dan tipu daya daripada Umno yang pernah memangsakan PAS dengan menendang parti itu keluar BN pada 1977.

Katanya, kepimpinan PAS dan rakyat perlu berhati-hati dan waspada dengan muslihat Umno dan BN yang menggunakan ketaatan orang Islam terhadap hukum Allah sebagai muslihat politik.

Saya menasihati pimpinan PAS supaya mendapat jaminan bertulis mengenai sokongan daripada Umno dan parti komponen BN lain seperti PBB (Parti Pesaka Bumiputra Bersatu) terhadap cadangan rang undang-undang persendirian mengenai kuasa Mahkamah Syariah terlebih dulu sebelum memutuskan untuk membawanya," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Pemimpin PAS Wajib Baca Artikel Ini Sebelum Bentang Hudud Di Parlimen
Ahli Parlimen Pandan itu juga menggesa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan timbalannya,Tan Sri Muhyiddin Yassin menyatakan sokongan secara terbuka dan bertulis terhadap hudud di Kelantan dan berjanji akan mengundi rang undang-undang persendirian itu jika dibawa ke Parlimen.

Rafizi yang juga naib presiden PKR itu berkata, Najib dan Muhyiddin perlu mengeluarkan arahan segera secara bertulis agar setiap ahli Parlimen Umno dan parti komponen BN lain yang beragama Islam wajib menyatakan sokongan.

"Setakat ini, tiada satu kenyataan pun daripada Najib menyatakan sokongan dan arahan kepada ahli Parlimen Umno dan BN untuk menyokong cadangan rang undang-undang persendirian mengenai kuasa Mahkamah Syariah itu. "Saya khuatir Najib hingga ke akhirnya tidak akan membuat kenyataan. 

Malah saya juga waspada Umno dan BN tidak akan mengeluarkan sebarang arahan agar setiap ahli Parlimen beragama Islam menyokong rang undang-undang persendirian itu jika dibawa ke Parlimen," katanya yang juga naib presiden PKR.
    

Addin

Pemimpin PAS Wajib Baca Artikel Ini Sebelum Bentang Hudud Di Parlimen

Posted: 20 Mar 2015 05:00 AM PDT

 
Pemimpin PAS Wajib Baca Artikel Ini Sebelum Bentang Hudud Di Parlimen. PAS dinasihatkan supaya berhati-hati dengan taktik Umno dan perlu mendapatkan jaminan bertulis daripada Barisan Nasional (BN) yang mereka akan mengundi dan menyokong rang undang-undang persendirian hudud sebelum membawanya ke Parlimen, kata Rafizi Ramli.

Setiausaha agung PKR itu berkata, ini penting untuk memastikan tiada muslihat dan tipu daya daripada Umno yang pernah memangsakan PAS dengan menendang parti itu keluar BN pada 1977.

Katanya, kepimpinan PAS dan rakyat perlu berhati-hati dan waspada dengan muslihat Umno dan BN yang menggunakan ketaatan orang Islam terhadap hukum Allah sebagai muslihat politik.

Saya menasihati pimpinan PAS supaya mendapat jaminan bertulis mengenai sokongan daripada Umno dan parti komponen BN lain seperti PBB (Parti Pesaka Bumiputra Bersatu) terhadap cadangan rang undang-undang persendirian mengenai kuasa Mahkamah Syariah terlebih dulu sebelum memutuskan untuk membawanya," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Pemimpin PAS Wajib Baca Artikel Ini Sebelum Bentang Hudud Di Parlimen
Ahli Parlimen Pandan itu juga menggesa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan timbalannya,Tan Sri Muhyiddin Yassin menyatakan sokongan secara terbuka dan bertulis terhadap hudud di Kelantan dan berjanji akan mengundi rang undang-undang persendirian itu jika dibawa ke Parlimen.

Rafizi yang juga naib presiden PKR itu berkata, Najib dan Muhyiddin perlu mengeluarkan arahan segera secara bertulis agar setiap ahli Parlimen Umno dan parti komponen BN lain yang beragama Islam wajib menyatakan sokongan.

"Setakat ini, tiada satu kenyataan pun daripada Najib menyatakan sokongan dan arahan kepada ahli Parlimen Umno dan BN untuk menyokong cadangan rang undang-undang persendirian mengenai kuasa Mahkamah Syariah itu. "Saya khuatir Najib hingga ke akhirnya tidak akan membuat kenyataan. 

Malah saya juga waspada Umno dan BN tidak akan mengeluarkan sebarang arahan agar setiap ahli Parlimen beragama Islam menyokong rang undang-undang persendirian itu jika dibawa ke Parlimen," katanya yang juga naib presiden PKR.
 
Addin

Mursyidul Am PAS ‘tanam’ DAP, PKR hidup-hidup

Posted: 20 Mar 2015 04:25 AM PDT

 

BANGI 19 Mac – DAP dan PKR hari ini 'ditanam hidup-hidup' apabila Mursyidul Am PAS, Datuk Dr Haron Din menegaskan bahawa parti itu meletakkan perjuangan menegakkan hukuman hudud sebagai ketetapan yang jauh lebih penting daripada kerjasama dalam pakatan pembangkang.

Penegasan Haron Din yang menyandang antara jawatan tertinggi dalam PAS itu merupakan satu tamparan hebat kepadaDAP dan PKR yang sejak kebelakangan ini sering memberi amaran dan kata dua kepada PAS berhubung pembentanganundang-undang hudud oleh Kerajaan PAS Kelantan.

Mursyidul Am merupakan jawatan tertinggi dalam PAS iaitu menjadi ketua kepada Majlis Syura Ulama, berbeza dengan jawatanPresiden yang mengetuai Jawatankuasa Kerja PAS Pusat. Suara Mursyidul Am kerap kali menjadi kata pemutus berkaitan sesuatuisu dan masalah yang dihadapi oleh parti itu.

"PAS tidak akan berganjak daripada prinsip asal perjuangannya," tegas Haron Din sebagaimana dilaporkan akhbar UtusanMalaysia, hari ini.

Menurut beliau, agenda hukum hudud sudah sebati dengan PAS dan parti itu akan tetap meneruskannya walaupun mendapattentangan daripada sekutunya dalam pakatan pembangkang.

"Seluruh ahli PAS terutamanya para pemimpin menyedari bahawa pada satu ketika akan berlaku pertembungan di antara PAS yang hendak menegakkan prinsipnya dengan rakan-rakan kongsinya yang mungkin beralah lalu menyokong atau berkeras menentang.

"Kalau PAS teragak-agak atau lebih mementingkan sekutunya yang menentang atau terlampau sayang dengan pakatansehingga sanggup mengorbankan prinsipnya, maka PAS tidak akan membentangkan rang pindaan hukum hudud yang sedang berlaku di Kelantan.

"PAS telah menyatakan kesungguhannya, PAS tidak bercakap sahaja, PAS melaksanakannya, PAS lebih mengutamakan hukum Allah lebih daripada hukum manusia," katanya kepada akhbar itu, hari ini.

Hubungan antara PAS dengan DAP kini semakin tegang selepas Setiausaha Organisasi DAP, Anthony Loke mendakwa PAS menikam DAP dari belakang apabila tidak menghiraukan amaran untuk tidak membentangkan pindaan enakmen itu dalam sidang DUN Kelantan.

Haron Din , PAS tidak pernah membelakangkan DAP mahupun PKR kerana perjuangan PAS menegakkan hukum hudud telah diterangkan berulang kali sehingga seluruh dunia mengetahui mengenainya.

"Kalau perbuatan (membentangkan enakmen) itu dikatakan tikam belakang, kenapa tidak kata tikam hadapan sahaja, kitasudah beritahu dan terangkan berulang-ulang kali sampai masyarakat pun muak, PAS bukan sahaja beritahu DAP tetapi telahberitahu seluruh Malaysia dan seluruh dunia," katanya.

Ketika ditanya sama ada keputusan PAS melaksanakan hukuman hudud akan menjejaskan undi daripada bukan Islam, Haron Din berkata, PAS lebih bimbangkan kemurkaan Allah daripada bimbang tidak mendapat sokongan manusia.

"Dengan lain perkataan, PAS lebih mengharapkan bantuan Allah daripada bantuan manusia," katanya.


 

Pegawai perubatan didakwa laku kelucahan melampau

Posted: 20 Mar 2015 02:30 AM PDT

'20 Mar 2015.  Pegawai perubatan didakwa laku kelucahan melampau   Seorang pegawai perubatan di sebuah hospital kerajaan dihadapkan ke Mahkamah Majistret Kuala Terengganu hari ini atas tuduhan melakukan kelucahan melampau terhadap pesakitnya.  Tertuduh Ahmad Fadhil Alias @ Ilias, 29, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Rozianti Mohamed Hanaphi.  Ahmad Fadhil, yang berasal dari Kampung Baru Gong Datuk, Mengabang Telipot, didakwa melakukan perbuatan kelucahan melampau terhadap mangsa yang berusia 20 tahun antara pukul 3.15 pagi hingga 4 pagi, 17 Januari lalu di sebuah wad hospital dekat Kuala Terengganu.  Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nur Zafirah Rosli mengikut Seksyen 377D Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum penjara sehingga dua tahun, jika sabit kesalahan.  Rozianti membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM5,000 dengan seorang penjamin sementara menunggu kes itu disebut semula pada 7 April depan.  - Bernama' Seorang pegawai perubatan di sebuah hospital kerajaan dihadapkan ke Mahkamah Majistret Kuala Terengganu hari ini atas tuduhan melakukan kelucahan melampau terhadap pesakitnya.

Tertuduh Ahmad Fadhil Alias @ Ilias, 29, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Rozianti Mohamed Hanaphi.

Ahmad Fadhil, yang berasal dari Kampung Baru Gong Datuk, Mengabang Telipot, didakwa melakukan perbuatan kelucahan melampau terhadap mangsa yang berusia 20 tahun antara pukul 3.15 pagi hingga 4 pagi, 17 Januari lalu di sebuah wad hospital dekat Kuala Terengganu.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nur Zafirah Rosli mengikut Seksyen 377D Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum penjara sehingga dua tahun, jika sabit kesalahan.

Rozianti membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM5,000 dengan seorang penjamin sementara menunggu kes itu disebut semula pada 7 April depan.


- Bernama
 

Disyaki kes dera, pengasuh ditahan reman 4 hari

Posted: 20 Mar 2015 01:30 AM PDT

Seorang pengasuh wanita ditahan reman selama empat hari bermula semalam, bagi membantu siasatan membabitkan kes mendera seorang kanak-kanak lelaki berusia enam tahun.

Penolong Kanan Pendaftar Mahkamah Majistret Shamshol Azwa Martadza membenarkan suspek direman sehingga 22 Mac ini bagi membolehkan polis menjalankan siasatan berhubung kes tersebut yang disiasat di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan.

Kanak-kanak lelaki berkenaan didapati mengalami kesan luka di seluruh bahagian badan, dipercayai akibat didera.

Sebelum ini, wanita berusia 26 tahun itu ditahan reman selama 14 hari yang berakhir semalam, bagi membantu siasatan berkaitan kes mendera adik kepada kanak-kanak lelaki berkenaan sehingga meninggal dunia pada 3 Mac lepas.

Nor Saraniya Abdullah, 3, disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan selepas mangsa didapati tidak sedarkan diri dan mengalami pendarahan di bahagian mulut di rumah pengasuhnya di Taman Klebang Jaya, Chemor.

Hasil bedah siasat terhadap kanak-kanak itu mendapati wujud unsur kekerasan dan penderaan selain punca kematian disebabkan oleh komplikasi jangkitan akibat kekurangan zat makanan.

Wanita itu ditahan pada 2.30 petang, 4 Mac lepas di Unit Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun.

- Bernama

Ustaz Kazim kecewa, tarik diri berceramah di TV

Posted: 20 Mar 2015 12:30 AM PDT

 
 
Pendakwah terkenal Datuk Mohamad Kazim Elias atau lebih dikenali sebagai Ustaz Kazim mengumumkan menarik diri daripada menyertai sebarang program ceramah agama di televisyen.

Beliau bagaimanapun berkata bagi siaran yang telah dirakam dan yang telah ditandatangani kontraknya, ia tetap akan diteruskan.

"Saya juga menarik diri sebagai ahli panel Forum Perdana tetapi ceramah-ceramah biasa berjalan seperti biasa, cuma saya tidak lagi muncul dalam kaca televisyen melainkan dalam program 'Kalau Dah Jodoh' sebab saya masih ada kontrak dengan Astro.

"Saya rasa ini adalah penampilan terakhir saya dalam forum ini (Forum Perdana), saya ucapkan terima kasih kepada RTM, kepada para sahabat dan penyokong saya," katanya dalam Forum Perdana Hal Ehwal Islam secara langsung di TV1 di Padang Astaka Sekolah Menengah Kebangsaan Dato' Kamaruddin di Batu Kurau malam tadi.

Ditemui pemberita kemudiannya, beliau berkata punca beliau menarik diri kerana beliau merasa kecewa berikutan terdapat pihak yang mengatakan beliau berdakwah untuk mencari duit sedangkan tujuannya adalah untuk membiayai Pusat Pendidikan Al-Barakah di Ipoh, Perak.

"Sebab kedua saya tidak pernah meletakkan bayaran terpulang kepada orang yang nak bagi dan duit bayaran ceramah itu dimasukkan ke sekolah tersebut.

"Saya merasa 'down' ada yang mengatakan saya (penceramah) penglipur lara sedangkan saya berceramah meninggalkan keluarga, isteri dan anak-anak untuk berdakwah, tiba-tiba dituduh sebagai penglipur lara.

"Saya mungkin terlalu keterlaluan berceramah dalam setiap saluran TV. Saya rasa saya kena beri peluang kepada penceramah lain untuk mengambil tempat saya. Jadi saya rasa saya akan berceramah di luar kaca televisyen, saya tidak menonjol seperti dulu," katanya.

Beliau berkata keputusannya itu lebih baik kerana Forum Perdana akan menjadi lebih ceria tanpa nyanyian dan "saya rasa itu yang terbaik bagi sesetengah pihak dan saya terima jika itu yang mereka mahukan."

Mengenai terdapat pihak yang mengatakan beliau berjenaka dalam menyampaikan ceramahnya, Mohd Kazim berkata itu adalah caranya untuk menarik hati pendengar.
 
"Kalau nak serius dengar hujah saya, pergi ke pondok pengajian saya dan saya tegas. Saya adalah pendakwah dan itu adalah cara saya untuk menarik hati golongan muda.

Apabila saya menyanyi, saya ketawa nanti ada orang marah saya. Orang mempertikaikan saya rasa sangat tak kena.

"Kalau yang pertikai orang tak pandai saya tak kisah, tapi yang mempertikai adalah orang alim dan saya menghormati orang alim. Jadi lebih baik saya mengundur diri.

"Saya kena hormat, lebih baik saya berceramah biasa di padang sekolah, masjid, surau tetapi tidak disiarkan dalam TV," katanya.

Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir yang selama ini menyokongnya dan menyifatkan Zambry sebagai seorang yang sangat terbuka.

- Bernama

Ambiga selia dana bantu keluarga 13 dipenjara

Posted: 19 Mar 2015 11:30 PM PDT

 
 
Aktivis terkemuka Datuk S Ambiga akan menyelia dana untuk membantu keluarga 13 orang yang menjalani hukuman penjara 10 bulan kerana membantah rampasan kuasa di Perak pada 2009.

Dana Friends of Perak 13 bertujuan untuk menyediakan bantuan bulanan RM2,000 bagi setiap keluarga sepanjang tempoh tersebut, kerana kebanyakan mereka yang dipenjara itu merupakan pencari nafkah dalam keluarga.

Pengerusi BERSIH 2.0, Maria Chin Abdullah dan Toh Kin Woon dari Penang Institute, juga akan turut menyelia dana tersebut.

Laman Facebook juga telah diwujudkan untuk menarik penderma untuk dana tersebut, yang dicadangkan semalam oleh pengerusi NGO Engage, Thomas Fann.

Dalam satu kenyataannya, Fann berkata matlamatnya adalah untuk mengumpul sumbangan yang mencukupi untuk menyediakan RM2,000 sebulan kepada setiap keluarga terlibat, dengan mendapatkan 520 rakyat Malaysia berikrar menyumbang RM50 setiap bulan selama 10 bulan, bagi menjana sejumlah RM260,000.

Bantuan itu akan diagihkan kepada keluarga berkenaan mulai April 2015 hingga Januari 2016, katanya.

Fann berkata sebarang lebihan dana itu akan digunakan untuk mengisi sebuah lagi tabung amanah yang akan diwujudkan, yang dikenali sebagai Dana Kebebasan.

Dana Kebebasan akan menyediakan bantuan kewangan kepada mereka yang dipenjara, didenda, dipecat atau ditarik balik keistimewaan kerana menyertai sesuatu perhimpunan.

Sumbangan boleh dibuat kepada Engage Network melalui nombor akaun Maybank 501271441377.

Tiada ulasan: