Khamis, 19 Mac 2015

ZAKRI ALI

ZAKRI ALI


Inilah Aisyah Tajuddin Gadis Bodoh Yang Hina Hudud

Posted: 19 Mar 2015 10:30 PM PDT

 


Video yang telah viral oleh seorang wanita cantik bernama Aisyah telah mendapat reaksi daripada orang ramai khususnya. Tujuan video tersebut adalah untuk mengutuk pelaksanaan hudud di negeri Kelantan tetapi sebenarnya beliau secara sedar atau tak sedar, dia sebenarnya telah menghina dan mempersendakan Islam.

Lihatlah daripada komen2 dalam instagramnya semuanya memberi komen balas yang panas dan dikecam hebat. Inilah pembalasan daripada netizen di dunia.

Semoga Aisyah sedar dengan tindakannya yang tidak disenangi oleh ramai orang.


Orang Umno jadi ketua badan propaganda Kerajaan Pusat cetus kebimbangan ramai

Posted: 19 Mar 2015 09:45 PM PDT

Tugas baharu pemimpin Umno Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi sebagai ketua badan propaganda Putrajaya bukan saja menimbulkan kebimbangan di kalangan pemimpin pembangkang tetapi di kalangan pemimpin partinya.

Puad yang merupakan ahli Majlis Tertinggi (MT) Umno baru-baru ini dilantik sebagai ketua pengarah Jabatan Hal Ehwal Khas (Jasa) bagi menggantikan Datuk Fuad Hassan yang meninggal dunia kerana serangan jantung Disember tahun lepas.

Ketua Umno Bahagian Pulai Datuk Nur Jazlan Mohamed berkata, pelantikan Puad merupakan satu kejutan kepadanya memandangkan bekas timbalan menteri pendidikan itu masih memegang jawatan tertinggi parti.

"Saya tidak menyangka beliau sanggup melepaskan kedudukannya sebagai ahli Majlis Tertinggi Umno dan ketua bahagian Batu Pahat untuk mendapatkan kedudukan sebagai ketua pengarah Jasa sepertimana yang digariskan kerajaan," kata pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) itu kepada The Malaysian Insider.

Jasa merupakan agensi kerajaan di bawah seliaan Kementerian Komunikasi dan Multimedia dan di antara objektif penubuhannya adalah mengekalkan perpaduan dengan menangkis dakyah, fitnah serta ekstremisme agama di kalangan rakyat Malaysia.

Jasa sebelum ini dikritik ahli politik pembangkang sebagai membazirkan wang pembayar cukai untuk propaganda kerajaan Barisan Nasional (BN). Apabila dihubungi, Puad memberitahu beliau sudah memulakan tugas sebagai ketua pengarah Jasa.

"Benar saya dilantik menjadi ketua pengarah Jasa baru, dan sudah mula masuk pejabat," kata bekas ahli Parlimen Batu Pahat itu kepada The Malaysian Insider.

Apabila ditanya sebagai ketua pengarah Jasa, apakah beliau meletak jawatan sebagai MT Umno, Puad berkata tidak perlu dilakukan. "Saya tidak perlu meletakkan jawatan sebagai MT Umno, kerana ini hanya jawatan kontrak selama tempoh 2 tahun," katanya.

Puad merupakan antara pemimpin Umno yang terkenal dengan kenyataan berunsur perkauman dan dilihat bertentangan dengan objektif Jasa itu sendiri. Puad pernah mempertahankan Perkasa dengan mengatakan tidak adil menggelar kumpulan tersebut sebagai "rasis" kerana perkataan itu tidak wujud dalam budaya Melayu.

Bagaimanapun Nur Jazlan berkata, Puad pastinya tidak akan berdepan dengan masalah menggalas tugas baru memandangkan beliau seorang pemimpin berpengalaman dan dapat membezakan antara tanggungjawab dan pendirian politik.

"Saya menjangkakan beliau dapat menggalas tanggungjawabnya sebagai pegawai kerajaan demi kepentingan rakyat dan meninggalkan pendirian lamanya, " katanya.

Tetapi Setiausaha Agung PKR Rafizi Ramli percaya pelantikan Puad sebagai ketua pengarah Jasa akan menyebabkan Pakatan Rakyat (PR) akan lebih teruk diserang agensi kerajaan itu.

"Kebimbangan kita ialah reputasi Puad sebelum ini yang sering memainkan isu perkauman dan kini menjadi ketua pengarah Jasa, kita jangka lebih banyak serangan selepas ini, tapi Pakatan tetap bersedia," katanya.

Ahli Parlimen Pandan itu turut membidas tindakan kerajaan kerana sinonim dengan budaya melantik pemimpin Umno yang kalah dalam pilihan raya ke dalam jabatan kerajaan. "Puad ini sudah tidak diterima rakyat, beliau kalah di Parlimen Batu Pahat pada pilihan raya umum lalu.

"Dan kini dilantik menjadi ketua pengarah Jasa, diletak jawatan dalam kerajaan bertujuan menghidupkan semula politik mereka walhal rakyat sudah menolak beliau," katanya.

Kebimbangan sama turut dikongsi pemimpin DAP apabila mempersoalkan apa akan terjadi kepada agensi kerajaan yang seharusnya berperanan menyampaikan komunikasi dan maklumat kepada rakyat sekiranya pemimpin mereka jelas bersikap perkauman.

Ahli Parlimen Bukit Bendera Zairil Khir Johari berkata, meskipun tidak terkejut dengan pelantikan itu, beliau kecewa kerana merasakan pelantikan Puad sebagai ketua pengarah Jasa bukan tindakan wajar.

"Satu pelantikan yang tidak wajar kerana Puad pernah mempertahankan Perkasa sebagai pertubuhan tidak rasis.

"Kita khuatir Jasa akan dipolitikkan dan akan digunakan utk memperkuatkan kuasa politik Umno dan Barisan Nasional," katanya.

Posted & copy by RAKYAT MARHAEN

Tambang Komuter pun naik harga?

Posted: 19 Mar 2015 09:00 PM PDT

 
KTM Berhad (KTM) hari ini mengumumkan kadar tambang baharu bagi perkhidmatan KTM Komuter dengan peningkatan sehingga RM7.10 berkuat kuasa 1 Mei.

KTM dalam satu kenyataan berkata, perbezaan kadar tambang sehala yang baharu berbanding tambang sedia ada adalah bergantung kepada jarak perjalanan daripada 1 stesen ke stesen yang lain. 

Ia turut memaklumkan kadar baharu diskaun tiket sebanyak 20% bagi pemegang tiket tambah nilai, diskaun antara 18% hingga 26% kepada pemegang pas mingguan serta diskaun 19% hingga 35% bagi pemegang pas bulanan, bergantung kepada jarak perjalanan.

Sementara itu, pengguna warga emas, orang kurang upaya (OKU) dan kanak-kanak berusia antara 4 hingga 12 tahun pula akan terus menikmati tambang konsesi pada kadar 50% daripada tambang tunai yang baharu.

"Seperti yang sedia maklum, perkhidmatan KTM Komuter menunjukkan peningkatan yang ketara dari aspek ketepatan masa perjalanan dan tahap keselesaan penumpang sejak penggunaan tren baharu enam koc mulai tahun 2012.

"Penggunaan tren baharu 6 koc yang sangat konsisten prestasinya melonjak ketepatan masa perkhidmatan KTM Komuter dari hanya 17% pada 2011 kepada 97% pada 2014," kata KTM.

Ia berkata, pelarasan tambang itu dilaksanakan selepas mendapat kelulusan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) yang kadar baharunya turut dikecualikan cukai barangan dan perkhidmatan (GST). 

Kali terakhir KTM melaksanakan pelarasan tambang ialah pada Februari 2003.

Pengerusi SPAD, Tan Sri Syed Hamid Albar hari ini turut mengumumkan penyelarasan kadar tambang teksi dan kereta sewa antara 20% hingga 67% berkuat kuasa serta merta manakala pada mulai 15 Mei, tambang bas ekspres akan naik 22.6%.

Kenaikan tambang dibuat selepas mengambil kira keperluan pihak pengusaha yang terbeban dengan kenaikan harga kos termasuk kos penyelenggaraan serta demi kepentingan orang ramai yang menggunakan perkhidmatan itu.

Bermula 1 April, orang ramai boleh mendapatkan maklumat lanjut mengenai kadar tambang baharu di semua stesen KTM Komuter, laman sesawang KTM Berhad di www.ktmb.com.my atau mengubungi Pusat Panggilan KTMB 1300-88-5862 lapor Bernama

Ridhuan Tee, kenapa sanggup burukkan bapa sendiri untuk pertahankan dakwaan?

Posted: 19 Mar 2015 08:25 PM PDT

Ridhuan Tee Hina Bapa Sendiri Untuk Bodek Ismail Sabri?

 

PETALING JAYA: Apabila anda mendakwa diri lebih baik daripada orang lain dan cuba melaga-lagakan antara kaum di negara ini, menghina bapa sendiri dalam proses itu hanya membuktikan betapa hipokritnya anda. Bukankah salah satu asas dalam setiap agama adalah menghormati ibubapa?

Itulah yang dilakukan pensyarah kontroversi Profesor Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah apabila beliau memilih untuk mempertahankan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berhubung desakan agar beliau memohon maaf di atas kenyataan "boikot peniaga Cina".


Dalam artikelnya di Sinar Harian 16 Mac lalu, Ridhuan berkata menurut sudut pandang akademik, fakta yang dinyatakan Ismail tidak salah dan tidak mustahil peniaga akan mengambil kesempatan daripada keadaan (dengan mengaut untung dan tidak menurunkan harga selaras dengan penurunan harga minyak.

Beliau menghuraikan hujahnya dengan memburukkan arwah bapanya, dengan berkata: "Masih teringat sewaktu kecil dahulu, saya disuruh oleh arwah bapa saya, seorang peniaga kedai runcit, di kampung Melayu, supaya mencampurkan minyak petrol dengan minyak tanah, beras putih dengan beras merah (perang), mengubah timbangan dan lain-lain lagi. Pendek kata, apa sahaja yang boleh memberikan keuntungan lebih, saya diminta melakukannya walaupun perbuatan itu salah.

Pengarah dan Pengerusi Islamic Renaissance Front (IRF) Dr Ahmad Farouk Musa berkata, walaupun bapa Ridhuan bukan beragama Islam, tindakan Ridhuan adalah salah kerana Islam mengajar umatnya untuk menghormati ibubapa dan tidak memburuk-burukkan mereka.



"Tindakan beliau tidak Islamik," katanya kepada Semut Harian.

Ahmad Farouk berkata, kenyataan Ismail Sabri bersifat umum, maka ia tidak disokong oleh data empirikal.

"Tidak pernah ada kajian yang membuktikan tuduhan itu. Misalnya, orang berkata jika hudud dilaksanakan, kadar jenayah akan berkurang kerana semakin berat hukuman, semakin kurang jenayah.

"Namun, tiada data yang dapat membuktikannya. Malah, kajian menunjukkan kadar jenayah berkurang apabila meningkatnya kesamaan sosial dan ekonomi seperti di negara Scandinavia. Anda boleh buat kenyataan tanpa sokongan data empirikal tetapi ia tidak bermakna apa-apa," katanya lagi.

Katanya, hujah yang disokong dengan satu kes sahaja dipanggil sebagai "bukti anekdot" dalam komuniti saintifik.

"Bukti anekdot tidak diterima sebagai undang-undang. Dalam kata lain, sifat tamak bukan sahaja ada dalam masyarakat Cina. Ketamakan adalah sifat buruk manusia yang boleh ada dalam mana-mana masyarakat," katanya.

Pada 2 Februari lalu, Ismail Sabri didakwa menyeru orang Melayu melalui Facebook untuk memboikot peniaga Cina bagi menekan mereka agar menurunkan harga. Beliau kemudiannya memadamkan posting itu dan menjelaskan, beliau menjelaskan kenyataannya ditujukan kepada peniaga Cina yang licik, bukan masyarakat Cina secara keseluruhan.

Menteri itu dilaporkan enggan memohon maaf, walaupun tindakan undang-undang sudah pun dimulakan oleh Adun DAP Setiawan Datuk Ngeh Koo Ham.

Dalam artikelnya, Ridhuan berkata: "Ultra kiasu terus menekan Datuk Seri Ismail Sabri agar meminta maaf ke atas kenyataannya mengenai kenaikan harga, yang ditujukan khas kepada peniaga Cina yang mengambil kesempatan.

"Saya amat yakin jika Ismail meminta maaf, mereka akan bercanang dan menepuk tangan. Mereka akan jaja merata. Saya tidak nafikan memohon maaf itu satu amalan yang mulia dan amat dituntut dalam Islam. Tetapi dalam kes ini, ternyata telah dipolitikkan.

"Seseorang itu perlu jujur ketika memohon maaf, dan ia sepatutnya terhadap hal yang memang jelas beliau bertanggungjawab. Jangan meminta maaf hanya semata-mata untuk menjernihkan suasana."

Walaupun Ridhuan barangkali layak digelar Melayu di bawah Artikel 160 Perlembagaan Persekutuan, beliau tidak boleh memadam hakikat yang beliau lahir sebagai seorang Cina, dan keluar dari Rahim seorang ibu Cina.

Apabila seseorang mengkritik masyarakat Cina dan menuduh mereka mempunyai ciri-ciri yang tidak baik, adakah Ridhuan sedar yang kritikan itu juga terpakai kepadanya?

Jika ciri-ciri itu dikaitkan dengan sesuatu kaum, beliau tidak boleh berhenti menjadi Cina dan maka turut memiliki ciri-ciri itu juga, bukan?

Sudah tiba masanya generalisasi berdasarkan kaum dan agama dihentikan sepenuhnya.

Salahkan individu yang membuat kesalahan tersebut, bukan seluruh kaum atau agamanya.

Dipetik Dari Semut Harian

Gay, lesbian dikira liwat dalam enakmen hudud, kata timbalan MB Kelantan OLEH HASBULLAH AWANG CHIK

Posted: 19 Mar 2015 01:45 AM PDT


Timbalan Menteri Besar Kelantan Datuk Mohd Amar Nik Abdullah (dua dari kanan) ketika Menteri Besar Datuk Ahmad Yakob membacakan pindaan rang undang-undang hudud di DUN Kelantan, hari ini.

Timbalan Menteri Besar Kelantan Datuk Mohd Amar Nik Abdullah (dua dari kanan) ketika Menteri Besar Datuk Ahmad Yakob membacakan pindaan rang undang-undang hudud di DUN Kelantan, hari ini.

Pindaan terbaru Enakmen Kanun Jenayah Syariah II 1993 (Pindaan 2015) tidak melepaskan hukuman terhadap golongan sejenis seperti gay dan lesbian kerana golongan itu akan dihukum mengikut kesalahan liwat, kata Datuk Mohd Amar Nik Abdullah.

Timbalan menteri besar Kelantan itu berkata, walaupun fasal mengenai golongan berkenaan digugurkan dalam pindaan enakmen berkenaan tetapi hukuman tetap akan dikenakan kepada golongan itu.

"Kita tak payah sebut semua. Sebab gay dan lesbian termasuk dalam liwat secara automatik.

"Gugur tak apa, yang penting hukuman tu ada," katanya kepada pemberita di perkarangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan di Kota Baru hari ini. – 19 Mac, 2014.

- See more at: http://www.themalaysianinsider.com.

Suhakam: Polis mesti hormat hak MP

Posted: 19 Mar 2015 01:00 AM PDT

 
 
Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) kesal atas tindakan polis yang tidak mematuhi prinsip keistimewaan parlimen kerana menggunakan Akta Hasutan 1948 untuk menyiasat ucapan ahli parlimen di dalam Dewan.

Pengerusi Suhakam, Tan Sri Hasmy Agam berkata pihak berkuasa perlu menghormati dan mendukung keistimewaan Parlimen supaya anggota yang dipilih itu dapat menjalankan tugas dan memberi pandangan tanpa rasa takut atau pilih kasih.

"Suruhanjaya menekankan bahawa hak kebebasan bersuara di Parlimen tidak boleh dicabar atau menjadi asas kepada prosiding jenayah.

"Oleh itu, adalah penting untuk ahli parlimen diberi jaminan kebebasan daripada pendakwaan jenayah, tindakan sivil di Mahkamah atau tindakan disiplin yang berlebihan," katanya.

Isnin lalu, MP Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar ditahan di bawah Akta Hasutan berhubung tindakannya yang membacakan sebahagian daripada ucapan bapanya, ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam persidangan Dewan Rakyat.

Kandungan ucapan itu antara lainnya mengkritik para hakim yang menyabitkan Anwar dengan kesalahan Liwat II.


Malaysiakini.

T E R K I N I !!! PANAS - Shafee pernah terlibat dalam jenayah pemalsuan dan penyembunyian fakta

Posted: 19 Mar 2015 12:15 AM PDT

 

Selepas mengarahkan siasatan terhadap Shafee, kerana mengesyaki Shafee berkemungkinan telah melakukan satu kesalahan, Abdul Gani melantiknya sebagai timbalan pendakwa raya.

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen DAP (Bukit Gelugor) Ram Karpal Singh hari ini membidas tindakan Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail yang bertindak melantik Tan Sri Shafee Abdullah sebagai timbalan pendakwaraya dalam mengendalikan kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim sedangkan Shafee didakwa melakukan kesalahan jenayah sebelum ini.

Menurut beliau, tindakan Abdul Gani amat mengelirukan kerana pada 3 Januari 2014 satu perintah menyiasat di bawah Seksyen 108 (2) dan Seksyen 376 Kanun Prosedur Jenayah oleh Peguam Negara terhadap kesalahan di bawah Seksyen 199 Kanun Keseksaan untuk kes rayuan jenayah berdasarkan laporan Datuk Mat Zain terhadap Shafee,

Mengikut laporan, Shafee membuat dua kesalahan iaitu sengaja membuat kenyataan palsu dalam afidavit jawapan dan menyembunyikan fakta material yang ada kaitan dengan prosiding rayuan jenayah kes Liwat II.

 

"Selepas mengarahkan siasatan perlu dibuat terhadap Shafee, beliau dilantik pula sebagai timbalan pendakwa raya.

"Ini bermakna peguam negara sendiri telah mengesyaki Shafee berkemungkinan telah melakukan satu kesalahan," katanya ketika berucap di Dewan Rakyat hari ini.

Sehubungan itu, Abdul Gani diminta bertanggungjawab ke atas tindakan melantik individu yang dikatakan telah melakukan kesalahan jenayah kerana ia melibatkan kepentingan dan dana awam.

Selain itu, Ram turut mempersoal tindakan Peguam Negara yang bertindak melantik Shafee sedangkan beliau merupakan penasihat undang-undang UMNO dan Barisan Nasional (BN) dan mempunyai hubungan yang sangat rapat dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

"Apa kepentingan melantik orang yang berkait rapat dengan UMNO dan Barisan Nasional (BN)," tanya beliau lagi.

Pada masa sama Ram juga mempertikai tindakan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Nancy Syukry yang membuat pengumuman tentang bayaran caj guaman sebanyak RM1,000 oleh kerajaan untuk megendalikan kes liwat Anwar.

"Sedangkan pengumuman tersebut perlu dibuat oleh Menteri Kewangan kerana ia melibatkan dana negara.

"Adakah ini benar dan disahkan oleh Menteri Kewangan?," soalnya.

Copy Paste Dari FreeMalaysiaToday

Posted by Jeebond BLM.

Mustahil untuk percaya pada PAS lagi, kata Ambiga OLEH‎ LOOI SUE-CHERN

Posted: 18 Mar 2015 11:30 PM PDT


Datuk Ambiga Sreenevasan menganggap tindakan PAS membawa kembali rang undang-undang hudud ke Dewan Undangan Negeri merupakan satu pengkhianatan terhadap Pakatan Rakyat.

Datuk Ambiga Sreenevasan menganggap tindakan PAS membawa kembali rang undang-undang hudud ke Dewan Undangan Negeri merupakan satu pengkhianatan terhadap Pakatan Rakyat.

Pemimpin masyarakat sivil dan bekas presiden Majlis Peguam, Datuk Ambiga Sreenevasan berkata PAS mengkhianati amanah rakyat yang mengundi mereka melalui platform Pakatan Rakyat (PR), selepas parti Islam itu membentangkan rang undang-undang di Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan bagi memperkenalkan hudud di negeri itu.

Katanya, beliau terkejut dan kecewa dengan PAS yang membawa kembali undang-undang kanun keseksaan Islam itu – satu langkah yang katanya melanggar polisi bersama PR dan satu pengkhianatan terhadap pengundi PAS berdasarkan platform bersama dengan sekutu DAP dan PKR.

"Selepas ini, hampir mustahil bagi mereka mendapatkan semula kepercayaan itu," katanya kepada The Malaysian Insider hari ini.

Ambiga berkata kerajaan Kelantan pimpinan PAS perlu serius dalam meneliti keutamaan negeri tersebut, memandangkan negeri itu baru sahaja dilanda banjir terburuk dalam sejarah.

"Negeri ini dan penduduknya belum pun mula pulih daripada banjir dahsyat, dan ia tidak kelihatan seperti agenda utama bagi kerajaan negeri itu," katanya.

Ambiga yang merupakan bekas presiden Majlis Peguam dan bekas pengerusi bersama Bersih 2.0 berkata, hudud juga bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan yang menyatakan Malaysia adalah sebuah negara sekular.

"Penggubal undang-undang negeri Kelantan tidak sepatutnya membentangkan rang undang-undang seperti itu di Dewan Undangan Negeri.

"Mereka berusaha meyakinkan orang bukan Islam yang hudud tidak akan dikenakan ke atas mereka tetapi melihat cara bagaimana mereka melanggar perjanjian bersama dan kenyataan dalam kertas Jakim yang didedahkan dalam media... sukar untuk berasa selesa dengan jaminan itu. "

Dilaporkan tahun lepas, kertas kerja Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) berkata orang bukan Islam tertakluk kepada undang-undang Syariah dan semua undang-undang perlu diharmonikan dengan prinsip-prinsip Islam.

"Tanpa mengira perkara ini, isu utama pada pandangan saya adalah Perlembagaan rang undang-undang ini," kata Ambiga.

Ambiga berkata beliau juga terkejut dengan pindaan itu, termasuklah hukuman mati kepada yang murtad, dan ia tidak boleh diterima kerana istilah seperti "kafir" akan digunakan.

Ketika membentangkan rang undang-undang itu, Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob berkata Kanun Keseksaan Islam tidak sepatutnya ditentang, dengan menambah mereka yang menggelarnya kejam dan tidak berperikemanusian dan membuat tuduhan liar.

Beliau juga berkata mereka yang mengkritik ialah orang yang tidak beriman dan hudud ialah jawapan kepada jenayah kerana ia ditentukan Allah.

"Manusia tidak mempunyai hak untuk menolak atau mengubah undang-undang Syariah yang ditetapkan dalam Islam.

"Pemerintah Islam bertanggungjawab untuk melaksanakannya kerana ia boleh menyelesaikan apa-apa jenis jenayah yang berlaku di negara ini.‎

"Melaksanakan undang-undang jenayah Syariah juga bukanlah mengenai memelihara kuasa politik, seperti yang didakwa sesetengah pihak," kata Ahmad hari ini di Kota Baru.

- See more at: http://www.themalaysianinsider.com.

Tiada ulasan: