Isnin, 30 Mac 2015

Tukar Tiub

Tukar Tiub


JANGAN JADI BODOH

Posted: 30 Mar 2015 07:08 PM PDT






KOMENTAR
mengadu kepada siapa
ini kerajaan rosmah najib
ini kerajaan zalim
anak muda jangan buang masa
anak muda jangan hina diri
anak muda jangan hilang pedoman
jangan mengadu ngadu
jangan jadi manai
jadi anak muda
jadi manusia berani
bangun dan susun
atur dan gempur

yakinlah dunia ini
akhirnya adalah milik anak muda!


SHAH ALAM - Penuntut di institusi pengajian tinggi (IPT) mengadu menerima notis daripada pihak pentadbiran universiti mengenai kenaikan harga yuran pengajian, yuran asrama dan yuran berkaitan yang didakwa susulan pelaksanaan GST...

Presiden Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM), Mohammad Fazril Mohd Saleh berkata, ini menyebabkan kos sara hidup mereka semakin meningkat.
 
"Kerajaan berjanji beberapa barangan dan perkhidmatan dikecualikan daripada GST. Antaranya sektor kesihatan, pengangkutan awam dan pendidikan.
 
"Namun, kami meragui kesan pengecualian GST ke atas perkhidmatan tersebut kerana penyedia perkhidmatan tetap dikenakan GST dalam kos pentadbirannya. Walaupun pengguna perkhidmatan  dikecualikan dari GST tetapi harga perkhidmatan akan tetap dinaikkan dan mahasiswa akan menjadi mangsanya," katanya


KAH KAH KAH

woit
mengadu pada sapa
jangan jadi bangang
pakat ramai ramai
susun baik baik
kumpul banyak banyak
atur kompak kompak
sikat
turun jalan raya
ini saja jawabnya

APA PUNYA TUUUR

-------------

BERITA BARU MASUK

Posted: 30 Mar 2015 06:50 PM PDT







BERITA BARU MASUK

diberitakan
tiga pengarang malaysian insider
akan dibawa ke hadapan hakim
pada jam 11:00 pagi
malam tadi mereka
tidor di rumah pasong
dang wangi

mereka bertiga:
lionel morais
amin iskandar
zulkifli Sulong
ditangkap atas tuduhan
akta hasutan 1948
akta baginda queen



------------

TANDA TANDA SUDAH SAMPAI

Posted: 30 Mar 2015 06:38 PM PDT







KOMENTAR
ini adalah tanda tanda
ini adalah tanda dan makna
dari semenjak zaman berzaman
inilah tanda tanda 
hari hari akhir sebuah kerajaan yang zalim
inilah tanda tanda bahawa rakyat
setapak demik setapak bangun melawan



Polis, SKMM serbu portal, tiga editor ditangkap

Lebih 10 pegawai Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dan polis lewat petang ini menyerbu pejabat portal berita The Malaysian Insider (TMI) di Petaling Jaya.


KAH KAH KAH

woit
kah kah kah
tangkap tangkap tangkap
bila suharto nak jatuh
bila marcos nak jatuh
bila shah iran nak jatuh
ada dua pekara berlaku
pertama: ramai kena tangkap
kedua: ramai kena tangkap
kah kah kah

JANGAN SILAP BACA


--------------

PERLU LAGI KE?

Posted: 30 Mar 2015 06:00 PM PDT






Dakwa peserta #kita lawan kerana hina mahkamah – Ibrahim Ali

 | March 30, 2015
Dalam usaha untuk membebaskan Anwar Ibrahim, mereka mengadakan demonstrasi yang boleh mendatangkan bahaya kepada negara.
KUALA LUMPUR: Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa),  Ibrahim Ali menggesa peserta-peserta yang menyertai himpunan #KitaLawan didakwa atas kesalahan menghina mahkamah.
Beliau berkata, sekiranya perkara tersebut dibiarkan, ianya akan menjadi rujukan apabila seseorang yang disabitkan salah di mahkamah, akan wujud pertikaian sehingga mencetuskan demonstrasi.
"Apabila wujudnya pertikaian ini, mereka akan mengatakan hakim tidak adil dan hakim tidak betul. Dalam usaha untuk membebaskan Anwar Ibrahim, mereka mengadakan demonstrasi yang boleh mendatangkan bahaya kepada negara," katanya..


KAH KAH KAH

woit
kah kah kah
perlukah sesiapa
menghina mahkamah
perlu lagi ke
korek korek korek

KAH KAH KAH



--------------------

TURUN LAGI KE JALAN RAYA

Posted: 30 Mar 2015 05:30 PM PDT







#KITALAWAN MANIFESTASI KEMENANGAN ANAK MUDA

TERUS LAWAN – HIMPUNAN 1 MEI 2015  
Himpunan #KitaLawan 28.03.2015 telah berlangsung dengan aman dan penuh semangat. Siri tangkapan dan kekerasan terhadap pimpinan rakyat dan aktivis menjelang perhimpunan ternyata langsung tidak memberi tekanan kepada anak muda untuk menyuarakan isu-isu rakyat, malah kami hadir dalam suasana harmoni sebagai simbolik untuk meraikan perkahwinan terulung negara sebelum pelaksanaan GST.
Selepas menerima pelbagai ugutan dan tindakan kekerasan, semalam telah terbukti bahawa #KitaLawan merupakan gerakan anak muda yang akan kekal menjadi igauan dan mimpi ngeri mereka yang zalim dan salah guna kuasa.
Walaupun pergerakan Himpunan semalam terbantut kerana KLCC telah dikepung polis, kami mengucapkan terima kasih kepada anggota keselamatan yang bertugas semalam. Ternyata arahan Ketua Polis Negara (IGP) untuk kerahan anggota maksima semalam memberi gambaran sebenar ketakutan Najib Razak dan terpisahnya kehidupan beliau yang penuh kemewahan disebalik kerakusan kuasa dengan realiti kehidupan rakyat biasa yang dihantui dengan kesusahan dan kesengsaraan.
Himpunan semalam yang bersurai dengan aman turut memberikan kemenangan kepada anak muda. Pihak polis telah bersiap sedia untuk melakukan tangkapan besar-besaran dan seolah-olah mengharapkan akan berlakunya kekecohan ternyata hampa. Ini jelas telah mengecewakan IGP yang telah hilang pedoman bagaimana untuk menghentikan semangat #KitaLawan yang terus meningkat bukan sahaja menuntut perletakkan jawatan Najib Razak tetapi juga lantang bersuara agar beliau dipecat sebagai Ketua Polis Negara.
Kebuntuan dan kekecewaan IGP adalah amat jelas. Selepas rakyat berhimpun dan bersurai secara aman, beliau masih ingin melakukan tangkapan sebagai peringatan kepada rakyat bahawa beliau masih relevan dan berkuasa. Syabas kepada Fariz Musa, Khalid Samad, dua mahasiswa yang ditangkap kerana memakai baju hitam dan lebih ramai aktivis yang akan ditangkap selepas ini. Tangkapan mereka adalah symbol dan manifestasi keberanian anak muda melawan pemerintah yang zalim yang terus menerus menindas rakyat biasa.
Walaupun anak muda terus ditekan, rencana #KitaLawan akan terus diperhebatkan. Selagi Anwar Ibrahim tidak dibebaskan, selagi Najib Razak tidak berundur, selagi Khalid Abu Bakar tidak dipecat dan selagi kerakusan GST tidak dihentikan, kami anak muda akan terus lawan. Kami percaya kebangkitan anak muda ini mendapat dokongan dan sokongan rakyat Malaysia.
#KitaLawan akan terus bina kekuatan dan kami akan terus merencanakan isu-isu rakyat. Maka, Sekretariat menyeru kepada semua rakyat Malaysia untuk bersiap sedia turun beramai-ramai ke Kuala Lumpur pada Himpunan #KitaLawan 1 Mei 2015.
Lagi ditekan, lagi #KitaLawan
 
29 MAC 2015
SEKRETARIAT #KITALAWAN





----------------

DARI USTAZ COOL

Posted: 30 Mar 2015 05:00 PM PDT





FACE BOOK


Tukar Tiub pernah cakap pada mula2 tercetus kejadian di syria bahawa Malaysia akan buat satu undang2 seperti ISA.
Kemudiannya, Tukar tiub selalu ulang, apabila kehadiran Obama ke Malaysia, Obama main Golf dengan Najib, kejadian melibatkan MH370 dan MH17, dengan kejadian di syria, dengan kewujudan ISIS dll, akan mewujudkan satu badan seperti ISA atas alasan hindari keganasan
hari ini, akhar melaporkan wujudnya Rang Undang-undang Pencegahan Keganasan 2015 (Pota) yang mengandungi peruntukan penahanan terus tanpa perbicaraan yang tidak bolah dicabar di mahkamah.
Ternyata, apa Tukar Tiub cakap itu adalah benar..





-------------------

BERITA BERGAMBAR

Posted: 30 Mar 2015 11:09 AM PDT





DARI LOKAP JINJANG
KE RUMAH PASONG DANG WANGI
UNTUK SOAL SIASAT


DARI TINGKAT 9 
RUMAH PASONG DANG WANGI
MELIHAT DEMO #KITALAWAN
DI JALAN RAYA


TOPI YANG HILANG


BEBAS DARI LOKAP
 TOPI BARU DARI  RUMAH PASONG

------------

BERITA BAIK DARI TUKAR TIUB

Posted: 30 Mar 2015 10:44 AM PDT



BERITA BAIK


satelah empat hari ilang
tukar tiub kembali
menemui pembaca

satelah empat hari 
tersadai dalam lokap
rumah pasong jinjang
tukar tiub kembali
memecah &
 membawa berita
#kita lawan

segala ucapan  salut
segala ucapan mengutuk
segala ucapan mencaci
tukar tiub
diterima dengan ucapan
terima kaseh

NOTA
topi kesayangan tukar tiub
telah hilang ketika
bergelut dengan gerombolan
yang menangkap tukar tiub
dari dalam perut teksi


 -----------

Tiada ulasan: