Khamis, 19 Mac 2015

Tukar Tiub

Tukar Tiub


BUKA KEDAI ROTI JALAN KARI AYAM

Posted: 19 Mar 2015 07:33 PM PDT






Ustaz Kazim umum tarik diri berceramah di televisyen

Pendakwah terkenal  Mohamad Kazim Elias atau lebih dikenali sebagai Ustaz Kazim mengumumkan menarik diri daripada menyertai sebarang program ceramah agama di televisyen.
Beliau bagaimanapun berkata bagi siaran yang sudah dirakam dan ditandatangani kontraknya, ia tetap akan diteruskan.
"Saya juga menarik diri sebagai ahli panel Forum Perdana tetapi ceramah biasa berjalan seperti biasa, cuma saya tidak lagi muncul dalam kaca televisyen melainkan dalam program 'Kalau Dah Jodoh' sebab saya masih ada kontrak dengan Astro.
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/ustaz-kazim-umum-tarik-diri-berceramah-di-televisyen#sthash.sGqS2PKw.dpuf

KAH KAH KAH

woit
kah kah kah
alang alang
jual agama ni
makin banyak persaingan
lebih baik buka


kedai roti jala kari ayam
kah kah kah

APA PUNYA NIAGA


------------

DUDUK BANTAH

Posted: 19 Mar 2015 07:00 PM PDT






KOMENTAR
duduk bantah
ini adalah tradisi anak muda
dari semanjak tahun 60'an
di zaman arwah john lenon
di zaman arwah che'
anak anak muda di kampus kampus
telah melakukan duduk bantah

ini kali kedua duduk bantah dilakukan
di dataran merdeka
kali pertama satu minngu
sebelum BERSIH 3 - 28 april 2012

sejarah berulang


DUDUK BANTAH SEMINGGU DESAK 

PECAT IGP

Ekoran siri penangkapan membabitkan para penganjur perhimpunan 'Kita Lawan' anjuran Pakatan Rakyat, satu kempen dilancarkan hari ini untuk mendesak pemecatan Ketua Polis Negara,  Khalid Abu Bakar.

ADUN PKR yang juga penganjur bersama 'Kita Lawan', Chang Lih Kang berkata selama seminggu, protes duduk 24 jam itu akan diadakan di Dataran Merdeka dari 21 Mac hingga 28 Mac.

Katanya, negara ini tidak akan bebas selagi IGP yang didakwanya tidak profesional, kekal dalam jawatannya.



KAH KAH KAH
woit
ini sudah mula
anak muda sudah bangun
anak muda bangun melawan

APA PUNYA TUUR

--------------

NAJIB MERASA TERTEKAN

Posted: 19 Mar 2015 06:09 PM PDT






KOMENTAR
inilah perangai
kerajaan tak popular
kerajaan tak ada sokonga majoriti
kerajaan dibenci orang ramai
perangainya merasa tertekan
merasa semua mensabotaj
merasa semua menentang

terus tuduh menuduh
wal hal SPAD ini 
ditubuh oleh najib

'Tambang teksi, bas naik? Jom naik jet'

Anggota exco Pemuda Umno, Ibdillah Ishak mengesyaki bahawa kenaikan tambang lebih 20 peratus untuk teksi, bas ekspres dan perkhidmatan tren Keretapi Tanah Melayu Bhd (KTMB) mungkin satu bentuk sabotaj.

Kenaikan tambang perkhidmatan KTMB dan bas ekspres itu akan berkuatkuasa pada Mei ketika pengguna terpaksa menghadapi beban Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) pada 1 April.

"Selepas SPAD umum kenaikan, sekarang KTMB pula umum kadar pelarasan tambang naik sehingga 20% bergantung kepada jarak perjalanan.



KAH KAH KAH

woit
memang rama
musuh mat mongol
dalam SPAD pun ada
dalam teksi pun ada
dalam KTM pun ada
semua nak sabotaj
kah kah kah

PADAN MUKA


------------

ANAK MUDA BANGUN MELAWAN

Posted: 19 Mar 2015 10:52 AM PDT





FACE BOOK

Wah seminggu Protes Duduk Bantah ‪#‎KitaLawan‬ dan ‪#‎PecatIGP‬. Mulai 21 sehingga 28 Mac di Dataran Merdeka. Kena kuat semangat, istiqamah dan berani hadapi polis dan DBKL. Amacam?


KAH KAH KAH

KAH KAH KAH

KAH KAH KAH

woit.... ANAK MUDA DAH MULA..kah kah

kah kah kah...LAWAN .... kah kah kah..

kah kah kah...JANGAN TAK LAWAN...kah kah

APA PUNYA TUUR




-------------

ESOK MALAM MENGHASUT DI BANGSAR UTAMA

Posted: 19 Mar 2015 06:00 AM PDT









MENGHASUT
di bangsar utama







------------

JEMPUTAN KULIAH

Posted: 19 Mar 2015 05:30 AM PDT





KULIAH 
UNIVERSITI BANGSAR UTAMA

Sejarah Idea adalah suatu bidang pengajian yang umumnya tertumpu kepada pembacaan dan analisis teks. Justeru kelas akan dilaksanakan melalui pembacaan teks dan antara-tekstualiti (intertextuality) secara intim, mendalam dan juga rinci. Pada masa yang sama teks yang dibaca dan dianalisa itu akan cuba difahami dengan menelusuri perkembangannya melalui pensejarahan makna dan juga konteks di mana teks itu terhasil.

Tidak ketinggalan aspek sejarah, latar-belakang dan kedudukan sosial serta pendirian politik penghasil teks akan turut dianalisa. Justeru kelas ini akan menumpukan kepada pembacaan dan diskusi teks, konteks dan sosok penghasil teks di dalam upaya untuk memahami sejarah idea khususnya di Malaysia ini.

SIRI KULIAH @UBU 1.0

Tajuk: 'Sejarah Pemikiran Melayu Kiri'.

Tempoh: 20th Mac-24th April 2015 

Tempat: UNIVERSITI BANGSAR UTAMA
52C, Jalan Kemuja, Off Jalan Bangsar,
Bangsar Utama, 59000 Kuala Lumpur.

Kadar sumbangan penyertaan: RM 20.00 (Kos minimum untuk cetakan makalah selama 6 minggu)

Peserta: TERBUKA KEPADA UMUM

Masa: 2030-1030 (Jumaat malam Sabtu setiap minggu)

Bermula: 20th Mac 2015

Sebarang pertanyaan sila kemukakan kepada:
E-Mail: Kelaspolitik@gmail.com/ Hadi Khalid 012-6648873

*RADIKAL LAGI KRITIKAL'








-----------

PENJUAL AGAMA MENJUAL LAGI

Posted: 19 Mar 2015 05:00 AM PDT




HEBAT
yg tanya negara mana di tadbir oleh ulamak,gua nampak si bodoh yg tanya tu bukan setakat bodoh bebal dan bangang,gua rasa lebih baik lu berhenti jadi manusia le bodoh punya orang....lu tak tahu ke negara islam iran tu di tadbir ulamak....

kau tak tahu betapa hebatnya negara islam iran tu.....bom nueklear pun ada le manusia bodoh mcm lu....aku ingat org2 bodoh mcm kau penjilat ulamak2 sesat lagi baik lu pi mampos le.......lu punya wahabi salafi lu tu menyebabkan le dan umat bodoh selama2nya on PENIAGA AGAMA
cucu mamak kutty
on 3/14/15
ULAMAK UPAHAN
Walaupun Negara2 Islam tidak ditadbir oleh Ulama secara langsung tapi pernan Ulama kaki bodek ini tidak pernah bangun dan menentang kemungkaran pemerintah yang beragama Islam tapi tidak lah Islam seperti ulama. Ulama diupah untuk menjaga kepentingan pemerintah iaitu menyiakan apa yang tidak begtul atau 'spin'ayat ayat quran bagi mensesatkan penganut agar mereka terus berukasa.


 Skandal demi skandal berlaku dalam negara ini sejak Dr.Mahathir memerintah Malaysia.dan Mahathir pun buat lupo semua skandal. Skandal berterusan sebab Ualam dan Ustaz2 pelawak dalam TV mahu hidup selesa dengan hanya menakut2kan Melayu supaya tidak lawan pemerintah. Situ pun dah spin.

 Pemerintah Islam zaman SAW adalah dari tokoh agama dan pahlawan dan penganut Islam diminta agar jangan jatuhkan pemerintah. Dalam konteks hari ini, negara amalkan demokrasi dan dalam demokrasi jatuh menjatuh memang sepagtutnya berlaku apabila berlaku rasuah dan penyelewengan dalam kerajaan. Ada Ustaz ustaz yang buat lawak dalam TV on PENIAGA AGAMA
Anonymous
on 3/14/1




---------------

ANAK BADAK NAIK JET

Posted: 19 Mar 2015 02:21 AM PDT





PELIK TETAPI BENAR
anak badak
 naik kapal terbang


FACE BOOK


Mula2 SPAD umum tambang teksi/bas ekspres naik. Kejap td KTMB umum tambang keretapi naik. Lps ni saper pulak? Dah gila ker apa? Jom naik jetlah!

KAH KAH KAH

woit
orang baik ni
dah mula marah
ini perli najib ke
atau perli rosmah
kah kah kah
naik jet ke]
naik anak badak
kah kah kah

APA PUNYA KUNTAU



---------------

GENG MADEY MULA MENYERANG

Posted: 19 Mar 2015 01:08 AM PDT






KOMENTAR
najib telah ilang arah
usik mana saja
masaalah muncul
bila tambang naik
semua harga akan naik
ini berita baik untuk menghasut


Tambang pengangkutan awam naik 20%  hingga 67%

Tambang teksi dan kereta sewa naik antara 20% hingga 67% berkuat kuasa serta merta manakala mulai 15 Mei pula tambang bas ekspres akan naik 22.6 peratus.
Kenaikan tambang itu yang diumumkan oleh Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) hari ini dibuat berikutan kenaikan kos yang ditanggung pengusaha pengangkutan awam termasuk kos penyelenggaraan.
Pengerusi SPAD Syed Hamid Albar berkata, penyelarasan kadar tambang itu dibuat selepas mengambil kira keperluan pihak pengusaha yang terbeban dengan kenaikan harga barang dan kepentingan orang ramai yang menggunakan perkhidmatan itu. – 
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/tambang-pengangkutan-awam-naik-20-hingga-67#sthash.78RJexo9.dpuf

KAH KAH KAH

woit
ni geng madey
semua kumpul
serang mat mongol
kah kah kah

APA PUNYA BEST

-------------

SEMUA BERITA BERITA BAIK

Posted: 18 Mar 2015 09:49 PM PDT




KOMENTAR
semua ini berita baik

anwar dalam jil
nurul kena tangkap
pemimpin #kita lawan ditangkap
satu dunia  jadi heboh
satu dunia memerhati
amerika mula buka mata

gst sampai
barang naik harga

ini semua peluru
untuk menghasut rakyat
bencikan kerajaan
menghasut orang ramai
bencikan parti ketuanan melayu

semua ini adalah pelampong
untuk dijual ketika titanic
hendak tenggelam


SPAD


KUALA LUMPUR - Tambang teksi dinaikkan antara RM1.25 dan RM8.00 mengikut jarak perjalanan dan lokasi, berkuatkuasa serta-merta manakala tambang bas ekspres naik 2.1 sen bagi setiap kilometer bermula 1 April ini.

Mas kahwin juga kena GST?
SHAH ALAM - Lebih kurang dua minggu lagi pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) akan dilaksanakan di negara ini, cakap-cakap mengenainya menjadi bualan kerana ramai yang...


KAH KAH KAH

woit
all are good news
berita baik
untuk menghasut
satu juta lawan GST

-----------

SABTU INI SOGO

Posted: 18 Mar 2015 09:07 PM PDT






PM PERLU SAHKAN SAMA ADA DATIN SERI ROSMAH SINGGAH DI INDIANAPOLIS UNTUK TINJAU NAIKTARAF JET BARU?

Ketika bencana banjir memuncak sekitar akhir tahun 2014, Najib  Razak terpaksa bergegas pulang dari percutian beliau dan keluarga di Hawaii. Perjalanan pulang beliau diikuti dengan rapat oleh rakyat dan beliau dilaporkan mendarat di Kota Bharu pada petang 27 Disember 2014.

Pada sekitar masa yang sama, jet peribadi yang digunakan beliau dan keluarga yang berpendaftaran 9M-NAA dilaporkan mendarat di Indianapolis sekitar jam 652 petang waktu Malaysia pada 26 Disember 2014. Mengikut semakan perjalanan 9M-NAA di lamanwww.flightradar24.com jet peribadi 9M-NAA itu kekal berada di Indianapolis selama enam hari sebelum berlepas ke Los Angeles, New York, London, Dubai dan destinasi terakhir di Bangkok.

Sehingga sekarang, pentadbiran  Najib  Razak enggan memaklumkan siapakah sebenarnya yang berada di atas pesawat 9M-NAA itu sedangkan Perdana Menteri berada di Malaysia menguruskan bencana banjir. Persoalan lebih besar yang menjadi misteri: apakah istimewanya Indianapolis sehingga pesawat 9M-NAA itu singgah selama 6 hari di situ?

Sepanjang siasatan yang dilakukan oleh NOW (National Oversight & Whistleblowers) mengenai pembelian jet peribadi baru oleh pentadbiran Najib  Razak, fakta-fakta berikut telah disahkan:

1.    Jet peribadi baru yang dibeli iaitu ACJ320 9H-AWK sebelum ini dimiliki oleh Comlux Aviation Group. Semakan di laman Comlux iaitu www.comluxaviation.com menunjukkan bahawa pengkalan untuk rekabentuk, ubahsuai dan naiktaraf kabin jet peribadi terletak di Indianapolis, Amerika Syarikat (lihat paparan dari laman Comlux yang disertakan 

bersama) 

2.    Perjanjian sewabeli jet peribadi baru ACJ320 9H-AWK ditandatangani pada 1 Disember 2014

3.    Dalam bulan Oktober 2013, Comlux telah mengumumkan bahawa ia telah selesai menaiktaraf jet peribadi kegunaan Ketua Negara Malaysia setelah kerja-kerja naiktaraf bermula dalam bulan Jun 2013

4.    Perjanjian pembelian jet ACJ320 9H-AWK menunjukkan ia melibatkan kerja-kerja naiktaraf kabin

Berdasarkan maklumat-maklumat ini, adalah tidak munasabah bahawa jet peribadi sedia ada ACJ319 9M-NAA singgah di Comlux, Indianapolis untuk kerja-kerja naiktaraf kabin kerana pesawat itu baru sahaja dinaiktaraf setahun sebelum itu.

Kita juga tahu bahawa pada 26 Disember 2014 semasa pesawat ACJ319 9M-NAA singgah di Indianapolis selama 6 hari secara misteri, Kerajaan Malaysia telah pun membeli jet peribadi baru ACJ320 9H-AWK.

Makanya, persoalan yang berlegar ialah ada kemungkinan besar penumpang yang menaiki ACJ319 9M-NAA singgah di Indianapolis untuk meninjau sendiri kerja-kerja naiktaraf jet peribadi baru yang dibeli oleh Kerajaan Malaysia.

Oleh kerana Dato' Seri Najib Tun Razak sudah pulang ke Malaysia pada ketika itu, soalan seterusnya yang berlegar ialah siapakah sebenarnya VVIP yang singgah di pengkalan Comlux yang sedang menaiktaraf jet peribadi baru yang dibeli oleh Kerajaan Malaysia?

Spekulasi yang berlegar ialah kemungkinan besar isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor adalah VVIP yang menggunakan ACJ319 9M-NAA untuk singgah di Indianapolis dan meninjau sendiri kerja-kerja menaiktaraf jet peribadi baru ACJ320 9H-AWK yang baru dibeli Kerajaan Malaysia.

Keengganan Dato' Seri Najib mengesahkan siapa VVIP yang menggunakan pesawat ACJ319 9M-NAA dan apakah tujuan pesawat itu singgah di Indianapolis selama 6 hari hanya akan menguatkan spekulasi ini, maka perkara yang terbaik ialah Dato' Seri Najib perlu mendedahkan:

1.    Siapa penumpang di atas ACJ319 9M-NAA ketika ia singgah di Indianapolis?

2.    Apakah tujuan sebenar rombongan yang menggunakan jet rasmi kerajaan itu singgah selama 6 hari di Indianapolis?

Tanpa jawapan yang telus, perkara-perkara begini akan terus menimbulkan kemarahan rakyat.


RAFIZI RAMLI
NAIB PRESIDEN/SETIAUSAHA AGUNG
AHLI PARLIMEN PANDAN




SABTU
 

---------------

KETUANAN MELAYU LAWAN TOWKAY

Posted: 18 Mar 2015 08:41 PM PDT




KOMENTAR
ini perkambangan baik
parti cukong ini telah lenyap
kerusi dimenangi bukan majoriti cina
parti cukong ini dah jadi
parti 7/11
tujuh kerusi parlimen
sebelas kerusi dun
ini parti dah nazak

NOTA
tapi mustahil
parti ketuanan melayu
berani lawan towkay

Syed Ali: MCA mahu berpisah? Silakan

Ketua Umno bahagian Cheras, Syed Ali Alhabshee mengalu-alukan hasrat MCA untuk keluar dari BN ekoran sokongan parti majoriti Melayu itu terhadap pelaksanaan hudud.

"Jika MCA berasakan sudah cukup kuat, tiada halangan untuk mereka berpisah dengan Umno, parti yang mewakili sebahagian besar orang Melayu," tegasnya.



KAH KAH KAH

woit
kah kah kah
ini mesti deal gagal
dah kena kencing
tak jadi kutim
 dengan cukong
kah kah kah
tak lama akan senyap
bila china doll  sampai
kah kah kah

CHINA DOLL SAMPAI



-----------

PANDANGAN PEMBACA

Posted: 18 Mar 2015 08:08 PM PDT










SAUDI AJEN AMERIKA
Betul cikgu. Mana negara yg dituduh sesat dan kafir...negara itu juga yg dipimpin oleh ulama dan amat ditakuti oleh musuh islam iaitu US & israel dan negara munafik iaitu saudi. Umat islam am nya bangsa melayu amat malas membuat kajian ilmiah hanya berserah pada ustaz2 yg kurang cerdik dlm soal geopolitik utk menjalankan kajian utk mereka. Kita hanya ditakutkan dgn soal akidah. Ada pula ulama2 yg dibiayai oleh kerajaan saudi utk meyemaikan fitnah2 dimasjid2 dan surau. on PENIAGA AGAMA

in response to Sudah lama saya perasan aspek maqasid dlm syariah dan ibadah khusus semacam disorok dari pengetahuan umat Islam Msia. Umat Islam kita di sebok2kan dengan soal2 remeh., by cikgu.
Publish | Delete | Spam
Anonymous
on 3/14/15

--------------

CHINA TEMBAM

Posted: 18 Mar 2015 07:34 PM PDT







BUKAN 
ini bukan china tembam
ini china baik
ini anak china berani

KOMENTAR
najib bukan lagi najib
ini dibuktikan oleh
kenyataan adik adik najib
semua menyatakan bahawa
najib sudah jadi bangaki bergerak

malah dikatakan ibu kepada najib juga
telah merasakan pekara yang sama

untuk kepastian sila tanya
datuk jamaluddin jarjis
atau dikenali juga dengan nama
datuk raba raba bontot




Jawapan serupa Najib 

dan Jho Low 

wujudkan kesangsian, 

kata DAP

Kenapa respons daripada Datuk Seri Najib Razak dan ahli perniagaan Low Taek Jho amat ketara ada persamaan ketika memberi kenyataan berhubung Low tidak pernah bekerja dengan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang kini sarat menanggung hutang, soal DAP hari ini.
Setiausaha Publisiti DAP Tony Pua berkata, kenyataan kedua-duanya serupa berhubung cara mereka gagal menjawab secara khusus soalan mengenai peranan Low atau dikenali sebagai Jho Low dalam 1MDB.
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/jawapan-serupa-najib-dan-jho-low-wujudkan-kesangsian-kata-dap#sthash.nLyXe3Q5.dpuf


KAH KAH KAH

woit
apalah budak tony
tak faham faham
china tembam itu
adalah otak najib
china tembam ini
tukang fikir
najib dah lama tamat
kena
air mandram 
dari guru ji

APA PUNYA TUUR

-------------

Tiada ulasan: