Kelab Greenboc |
Hudud: Ayam Terlepas Tangan Berbau Tahi! Posted: 21 Mar 2015 11:48 PM PDT Umno sokong hudud hanya untuk pecahbelah Pakatan, kata penganalisis Satu-satunya tujuan Umno menyokong hudud sekarang ialah untuk memecahbelahkan Pakatan Rakyat (PR), menurut penganalisis politik yang mengatakan, apabila rang undang-undang itu sampai ke Parlimen, soal mengundi untuknya tidak penting kerana kerosakan sudah pun terjadi. Mereka menolak dakwaan ahli Parlimen Umno yang menyokong hudud penting bagi memenuhi ajaran Islam, dengan mengatakan apabila tiba masanya, parti itu mungkin tidak akan menyokong rang undang-undang itu kerana ia mengundang risiko kemarahan sekutu mereka di Sabah dan Sarawak. "Tujuan Umno menyokong rancangan hudud ialah untuk memecahkan PR. Dengan pembentangan rang undang-undang hudud di Kelantan, PR sudah di ambang kemusnahan," kata Dr Mohd Faisal Syam Abdol Hazis, pensyarah kanan Jabatan Pengajian Politik, Universiti Malaysia Sarawak (Unimas). "PR tidak boleh diteruskan jika PAS berkeras menghidupkan semula agenda hudud. Jadi, jika PR musnah sebelum pembentangan usul itu di Parlimen, Umno boleh senang lenang tidak menyokong rang undang-undang itu bagi memastikan BN tidak terjejas." Pengarah Merdeka Center, Ibrahim Suffian berkata, sokongan Umno terhadap hudud mungkin merupakan satu pembohongan, terutamanya memandangkan langkah itu tidak akan diterima baik oleh BN Sabah dan Sarawak. Katanya, kemusnahan pakatan pembangkang merupakan peluang terbaik Barisan Nasional (BN) untuk terus hidup, susulan tekanan yang diterima akibat pertumbuhan ekonomi yang perlahan dan cabaran yang dihadapi kepimpinan Perdana Menteri. "Menariknya, pemimpin kanan PAS seperti Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Datuk Haron Din terpedaya dengan rancangan bijak BN memecahbelahkan pembangkang, tanpa menyedari PAS yang akan rugi besar apabila pengundi bukan Islam menolak mereka, menyebabkan ia hilang semua kerusinya di Semenanjung. "Saya setuju yang BN Sabah dan Sarawak tidak akan setuju dengan hudud kerana ia akan melemahkan kedudukan mereka sendiri," kata Ibrahim kepada The Malaysian Insider. Dr Lim Teck Ghee, pengarah Pusat Kajian Dasar, juga bersetuju, sambil mengambil maklum yang masyarakat Kristian dan bukan Islam di Malaysia Timur mempunyai pegangan yang besar dari segi kebebasan beragama di negara ini. "Tidak diketahui ramai yang Sabah dan Sarawak mempunyai jumlah penduduk bukan Islam yang besar yang undian mereka boleh menentukan gabungan parti mana yang akan memenangi kuasa di peringkat persekutuan, terutamanya ketika pilihan raya umum dengan persaingan sengit. "Dan bukan orang bukan Islam sahaja yang bimbang dengan kes pencerobohan terhadap isu agama dan kebebasan sivil lain," kata Lim. Bagaimanapun, Faisal berkata, sekiranya Umno mengundi menyokong rang undang-undang itu di Parlimen kelak, ia tidak akan membawa kepada perpecahan dalam Barisan Nasional (BN). "Sabah ditadbir Umno, manakala Sarawak ditadbir sebuah parti yang dikuasai Bumiputera Islam. Umno ialah parti yang sangat dominan hinggakan parti BN yang lebih kecil tidak akan berani menarik diri daripada gabungan itu. "Melalui naungan atau malah ancaman, gabungan itu boleh kekal," kata Faisal. Hadi memohon membentangkan rang undang-undang persendirian itu di Parlimen ketika sesi Dewan Rakyat yang sedang berlangsung sekarang hingga 9 April, bagi membolehkan Kelantan menguatkuasakan undang-undang hudud, walaupun terdapat bantahan daripada PKR dan DAP. Rang undang-undang bagi meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 atau Akta 355, yang mengehadkan kuasa mahkamah Syariah kepada denda maksimum RM3,000, lima tahun penjara dan enam kali sebatan. Satu pindaan diperlukan terhadap akta ini bagi membolehkan pindaan hudud Kelantan itu dikuatkuasakan. Bagaimanapun, sekutu PAS dalam PR berkata, hudud bukan sebahagian daripada pendirian bersama pakatan itu dan ia lantang bersuara menentang. DAP akan bermesyuarat pada Isnin bagi mengkaji semula hubungannya dengan PR, selepas merasakan "dikhianati" PAS apabila Dewan Undangan Negeri Kelantan membentangkan dan meluluskan pindaan kepada enakmen itu minggu lalu. PKR hari ini mengumumkan ia tidak akan menyokong rang undang-undang hudud PAS itu sekiranya ia dibentangkan di Parlimen, mengatakan parti Islam itu bertindak secara unilateral dalam hal itu dan membelakangkan keputusan Majlis Pimpinan PR.
ULASAN GB Maka berlakulah apa yang dinamakan "krisis Hudud". Bagi ulama PAS ia kini sudah menjadi keutamaan. Walaupun Hj. Hadi sebelum ini menyatakan Hudud bukan Keutamaan. Tiada istiqamah. Dan berlakukah tikam menikam. Mereka lupa akan hukum alamiah, hukum kebenaran dan keadilan bahawa: satu hari anda menikam orang lain, anda bakal ditikam pula. "Sunatullah" tidak pernah berdusta, dan sunnatullah juga tidak pernah berubah. Itu janji Allah swt. Ada pula berkata, "kita tak hiraukan niat UMNO BN kerana ikhlas tak ikhlas itu bukan urusan manusia". Tetapi mereka terlupa dengan pesanan Rasulullah saw supaya jangan masuk lubang biawak dua kali. Mengapa bodoh sangat? Ada pula yang berhujjah, kita hendak mencapai redha Allah, walaupun tak ke Putrajaya. Kita kata: kita hendak ke Putrajaya bersama dengan redha Allah. Kedua-duanya itu berbeza dari sudut tekad dan implikasinya. Memang benar kata Ustaz Kamal Koh Abdullah, bahawa yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran. Hudud terlepas, hubungan dengan rakan PR punah ranah dan dan matlamat ke Putrajaya musnah. Dengan kata lain, ayam terlepas tangan berbau tahi.... |
Nak Buat Camana... Hudud Lebih Utama Dari PR Kata Mursyidul Am... Posted: 21 Mar 2015 04:10 PM PDT PKR tidak akan sokong "private bill" Pas di Parlimen PKR sudah menjelaskan sikap dan pendiriannya tidak akan menyokong Rang Undang-Undang (RUU) persendirian yang akan dikemukakan Pas berhubung Enakmen Jenayah Syariah II Kelantan ke parlimen seperti mana dibentang dan diluluskan dalam Dewan Undangan Negeri Kelantan, tiga hari lepas. Pernyataan tidak sokong itu berdasarkan kepada dua sebab, pertama, pembentangan enakmen itu tidak diberi tahu oleh pihak Pas akan isi kandungan rang undang-undang itu dan ia dibuat secara "unilateral" tanpa memberi tahu rakan-rakan komponen Pakatan Rakyat. Sebab kedua ialah, sekiranya rang undang-undang persendirian berkaitan dengan Enakmen Kanun Jenayah Syariah II itu, KEADILAN tetap dengan pendirian asal, iaitu untuk tidak menyokong prinsip-prinsip Fiqh Al-Awlawiyyat, Maslahat Ummah dan Maqasia Syariah. Dengan pendirian itu ia membuka ruang polemik baru lebih luas lagi mengenai Hudud di kalangan parti Pakatan Rakyat. Tindakan PKR itu dibuat mendahului keputusan bakal diambil DAP yang akan membuat penentuan berhubung tindakan Pas Kelantan itu pada Isnin depan. Apakah pendirian PKR dan DAP itu sama yang kemudiannya membawa kepada satu perhitungan baru mengenai hubungan dan kerjasama politik antara Pas dengan PKR dan DAP? Pernyataan PKR itu ditanda tangani oleh pimpinan tertinggi parti itu diketuai Dr Wan Azizah Wan Islam, Mohamed Azmin Ali, Nurul Izzah Anwar, Shamsul Iskandar Md Akin, Nik Nazmi Nik Ahmad, Zuraidah Kamaruddin dan Rafizi Ramli. Berikut adalah kenyataan penuh mengenai sikap dan pendirian PKR yang diemail kepada blog ini. -mso 21 Mac 2015 RANG UNDANG-UNDANG PERSENDIRIAN MENGENAI KUASA MAHKAMAH SYARIAH Ini lanjutan daripada Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan yang telah meluluskan Enakmen Jenayah Syariah II Kelantan 1993 (pindaan 2015) atau hukum hudud. KEADILAN membuat ketetapan tidak boleh menyokong Rang Undang-Undang Persendirian tersebut atas pertimbangan-pertimbangan berikut: 1. Kami tidak dimaklumkan tentang isi kandungan RUU Persendirian tersebut. Ia dicadangkan secara "unilateral" tanpa pemberitahuan kepada rakan-rakan parti komponen Pakatan Rakyat dan bercanggah dengan keputusan Mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat pada 8 Februari 2015. 2. Sekiranya RUU Persendirian tersebut berkaitan dengan Enakmen Kanun Jenayah Syariah II Kelantan, KEADILAN tetap dengan pendirian asal, iaitu untuk tidak menyokong berdasarkan prinsip Fiqh Al-Awlawiyyat, Maslahat Ummah dan Maqasid Syariah. Mengikut Peraturan Tetap Dewan Rakyat, sebarang RUU hanya akan dibahaskan dengan restu pihak kerajaan. Hakikatnya, tidak ada seorang pimpinan tertinggi Umno atau Barisan Nasional pun yang telah membuat kenyataan terbuka dan jelas mengenai pendirian mereka berkenaan RUU Persendirian tersebut jika di bawa ke Parlimen, termasuklah Dato' Seri Najib Tun Razak dan timbalan beliau Tan Sri Muhyiddin Yassin. Justeru, KEADILAN menggesa kerajaan UMNO-BN untuk menjelaskan sama ada ia merestui RUU Persendirian tersebut dibahas dan diundi di Parlimen. YB Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail Presiden KEADILAN YAB Azmin Ali Timbalan Presiden KEADILAN YB Nurul Izzah Anwar Naib Presiden KEADILAN YB Shamsul Iskandar Md Akin Naib Presiden KEADILAN YB Rafizi Ramli Setiausaha Agung merangkap Naib Presiden KEADILAN YB Zuraida Kamaruddin Ketua Wanita KEADILAN YB Nik Nazmi Nik Ahmad Ketua Angkatan Muda KEADILAN
ULASAN GB Ada dua senario yang menyentap rasa .... ulama bersukaria berselfie sakan tatkala ada rakyat Kelantan mangsa banjir yang masih menderita tinggal di khemah.. saksikanlah Jikalah mangsa-mangsa banjir itu tahu ulama-ulama PAS sedang gian berselfie... apakah dan bagaimanakan perasaan mereka agaknya? Dan diberitakan juga hampir RM1 juta digunakan untuk menganjurkan Ijtima Ulama Antarabangsa Ke 3 untuk kempen muktamar mengangkat ulamak. Jikalah berakal dan bergama, bukankah lebih baik wang sejuta itu digunakan untuk mangsa banjir... Catatan Dhuha. Fiqh Awaliyyat menurut ulama PAS: HUDUD! Otak letak kat mana? Hukum kebenaran dan keadilan akan terus berjalan... GB mengutuk ulamak? Bukan... Hukum kebenaran dan keadilan mendedahkannya... |
You are subscribed to email updates from KELAB GREENBOC To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 1600 Amphitheatre Parkway, Mountain View, CA 94043, United States |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan