Kelab Greenboc |
- [VIDEO] Rosmah Selia Naik Taraf Jet Baru?
- [BONGKAR] Cikgu Ishak Surin Kecewa Kerana Mustafa Ali Terus Bermaharajalela
- Ku Li Bidas Putrajaya: Rakyat Dibebankan GST Untuk Bayar Hutang Kerajaan....
[VIDEO] Rosmah Selia Naik Taraf Jet Baru? Posted: 18 Mar 2015 12:26 AM PDT Adakah Rosmah ke Indianapolis tinjau jet baharu, soal PKR PKR hari ini menuntut Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak memberikan penjelasan sama ada isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor berada di Indianapolis, Amerika Syarikat untuk meninjau sendiri kerja menaik taraf jet baharu yang dibeli kerajaan, kata Setiausaha Agung PKR Rafizi Ramli. Rafizi pada sidang media di lobi Parlimen hari ini berkata, spekulasi itu tersebar susulan misteri pesawat sedia ada, ACJ319 9M-NAA berada di lokasi berkenaan selama 6 hari pada 26 Disember, 2014 dan pada masa sama Putrajaya membeli jet baharu, ACJ320 9H-AWK. Rafizi berkata, siasatan yang dilakukan National Oversight & Whistleblower (NOW) mendapati jet peribadi baharu yang dibeli itu sebelum ini dimiliki Comlux Aviation Group yang berpangkalan di Indianapolis. "Perjanjian sewa beli jet peribadi baharu ACJRE0 9H-AWK ditandatangani pada 1 Disember, 2014 dan pada Oktober 2013, Comlux mengumumkan ia selesai menaik taraf jet peribadi kegunaan ketua negara Malaysia setelah kerja naik taraf bermula Jun 2013. "Perjanjian pembelian jet ACJ320 9H-AWK menunjukkan ia melibatkan kerja naik taraf kabin, berdasarkan maklumat ini adalah tidak munasabah jet peribadi sedia ada, ACJ319 9M-NAA singgah di Comlux, Indianapolis untuk kerja naik taraf kabin kerana pesawat itu baru saja dinaik taraf setahun sebelum itu," katanya, pada sidang media berkenaan. "Kita juga tahu, pada 26 Disember, 2014 semasa pesawat ACJ319 9M-NAA singgah di Indianapolis selama 6 hari secara misteri, kerajaan Malaysia sudah pun membeli jet peribadi baharu, ACJ320 9H-AWK," katanya. Sehubungan itu, ahli Parlimen Pandan itu berkata, persoalan yang berlegar ialah kemungkinan besar penumpang yang menaiki pesawat ACJ19 9M-NAA singgah di Indianapolis untuk meninjau sendiri kerja naik taraf jet peribadi baharu yang dibeli kerajaan itu. "Oleh kerana Najib sudah pulang ke Malaysia pada ketika itu, soalan seterusnya yang berlegar siapakah sebenarnya VVIP yang singgah di pangkalan Comlux yang sedang menaik taraf jet peribadi baharu yang dibeli kerajaan. "Spekulasi yang berlegar kemungkinan besar isteri perdana menteri adalah VVIP yang menggunakan ACJ319 9M-NAA untuk singgah di Indianapolis dan meninjau sendiri kerja menaik taraf jet peribadi baharu," katanya. – TMI
ULASAN GB Ferdinand Marcos tumbang kerana Imelda, begitulah Hosni Mubarak yang akhirnya ke penjara kerana Suzanne Sabet. Kedua-dua isteri presiden itu perangainya sama - boros dan gila bershopping. Wang rakyat dihabiskan untuk memenuhi nafsu kedua-dua isteri pemimpin itu. Apa kurangnya dengan isteri Najib? Tunggu hukum kebenaran dan keadilan berjalan... |
[BONGKAR] Cikgu Ishak Surin Kecewa Kerana Mustafa Ali Terus Bermaharajalela Posted: 17 Mar 2015 11:01 PM PDT Letak jawatan teguran, sedarkan kepimpinan PAS' Perletakan jawatan kepimpinan PAS kawasan Batu sebagai "teguran dan menyedarkan" kepimpinan tertinggi parti itu supaya segera menyelesaikan masalah dalaman agar tidak berlarutan sehingga muktamar ke-61 Jun ini, kata Ishak Surin. Beliau yang melepaskan jawatan yang dipertua PAS kawasan itu semalam, turut menggesa Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Timbalan Mohamad Sabu dan naib presiden berbincang pihak yang dianggapnya 'bertelagah' bagi menyelesaikan krisis dalaman parti. "Jadi kalau tak ada satu tindakan yang menyedarkan semua, pihak kami bimbang parti nanti masalah, mungkin akan celaru, lemah tapi benda ini bergantung pada pucuk pimpinan. "Tindakan kami nak sedarkan pucuk pimpinan bahawa kita perlu satu usaha bersungguh-sungguh supaya krisis tidak berlarutan. "Saya mahu dia (Datuk Seri Abdul Hadi Awang) sebagai presiden memanggil (pihak yang) bertelagah duduk semeja. Kita bincang mana salah, mana silap, yang salah kita minta maaf. "Kami tak mahu jawatan apa-apa dah. Kami cuma mahu PAS selamat macam dulu," katanya ketika dihubungi Malaysiakini. Ishak mengulas kenyataan Naib Presiden Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dan MP Khalid Samad yang dilapor menyifatkan tindakan 17 pemimpin kawasan itu meletakkan jawatan dan 'mufarakah' kerana kecewa dengan Hadi sebagai "tindakan luar biasa" dan "janggal". Sedangkan, kata kedua-dua pemimpin itu, PAS kawasan boleh itu boleh membincangkan segala masalah melalui mesyarat agung kawasan itu. Mengulas lanjut, Ishak berkata pihaknya telahpun berbincang dan sedar mengenai kesan yang bakal dihadapi ekoran tindakan mereka yang tidak bersetuju atau mengikut presiden. Terkilan dengan sikap Hadi yang mendiamkan diri berkaitan kemelut dalaman parti, Ishak berkata pemimpin PAS antaranya Mohamad dan Tuan Ibrahim boleh memainkan peranan menyelesaikannya dengan memanggil pihak yang terlibat. "Macam Tuan Ibrahim Tuan Man, dia ada tanggungjawab. Sepatutnya orang nombor dua dan tiga dalam parti (panggil mereka). Patutnya Tuan Ibrahim Tuan Man sebagai ulama, dia patut bertindak. Jumpa, tanya apa masalah dalaman. Ini bendanya. "Siapa yang rasa tak kena, kita panggil. Itu kan sebaik-baiknya. Tak kan nak biarkan orang bawah dalam PAS termangu. Kan sudah rugi tu," kata Ishak yang menegaskan tidak memusihi Hadi. Beliau turut menyuarakan kebimbangan insiden yang berlaku terhadap Mohamad dan Ketua Biro Lajnah Undang-undang, Hanipa Maidin yang diejek pada muktamar di Johor berulang kembali, malah berlaku lebih teruk dalam muktamar di Kuala Selangor kelak. "Itu sangat mengaibkan kita, rakyat nanti lihat kita bukan sebagai parti Islam. Secara peribadi, kalau tak selesai tangguh lah muktamar ni. "(Apa yang) perlu (dilakukan) sekarang ini, sebelum mukamar selesaikan kemelut yang ada," kata Ishak sambil menepis dakwaan bahawa tindakan mereka itu dibuat disebabkan "tiada perpaduan". -mk
ULASAN GB Itu isu sebenarnya mengapa PAS KAwasan Batu bermufarakah. Ada orang kata tunggulah sehingga muktamar, dedahkan dalam muktamar. Namun Cikgu Ishak sudah menyatakan: "kewangan Harakah tidak pernah diaudit walaupun perkara ini sering dibangkitkan dalam muktamar PAS." Selain dari itu, gejala "samseng" di kalangan kumpulan pro-ulama lansung tidak di indahkan. perbuatan meninggalkan dewan muktamar semasa Timbalan presiden berucap, mengeboo masa AJK PAS Pusat berhujjah, memerangkap muktamirin dengan membaca doa laknat oleh kumpulan ulamak, mengugut Pengarah LENSA, isu pembakaran kereta Dr. Hatta, isu Dr.Dzulkefli ditumbuk di pagi Suboh, isu "papagomo PAS" yang terdiri dari El-Haraki, Tok Usin Ceroi, Al-Bangi, Huzir Sulaiman dan lain-lain yang menyebar fitnah di alam siber, kes Mokhtar Senik dan Ketua Pemuda PAS Pahang yang berdemonstrasi di pejabat Agung PAS.... kesemua mereka tidak dikenakan tindakan.... kerana mereka kononnya pro-ulama walaupun berperangai syaitaniah. Tetapi yang dikenakan tindakan kesemuanya golongan professional yang ingin memperkukuhkan Pakatan Rakyat seperti Shaari Sungip dan Hasnul Baharuddin digantung, kenyataan untuk siasatan hendak dilakukan ke atas Mohamad Sabu dan Dr Hatta oleh Mustafa Ali kononnya hendak menggulingkan Presiden dan seumpamanya. Ternyata tindakan Presiden PAS yang berdiam diri menunjukkan beliau berpihak ke satu pihak iaitu pihak pro-ulamak yang berperangai syaitaniah itu. Malah Haji Hadi mengambil sikap paling teruk dalam sejarah kepmimpinan PAS, menghalau mereka yang tak bersetuju dengan kepimpinannya supaya keluar dari parti, sesuatu sikap yang bertentangan sekali dengan sikap almarhum TG Fadzil Noor yang menyatakan pemimpin PAS boleh dan sedia dikritik. Tidak mengapa, hukum kebenaran dan keadilan akan terus berjalan. Oleh kerana kita tidak mampu berbuat apa-apa, kita serah dan bertawakkal kepada Allah terhadap kumpulan pro-ulamak termasuk Presiden, Setiausaha Agong, MSU yang melampau batas itu kerana Allah terlah berfirman berkali-kali di dalam Al-Quran: "sesungguhnya Allah tidak suka kepada golongan yang melampau batas." DEMI ALLAH, Jangan takut dengan mereka walaupun mereka kononnya bergelar ulamak dan kononnya menyokong ulamak. GB sudah ulas sebelum ini. Petikan: Ketua Ulama Sedunia, Yusuf al-Qaradhawi sendiri di dalam Fiqh al-Ikhtilaf, ms. 192. berkata: |
Ku Li Bidas Putrajaya: Rakyat Dibebankan GST Untuk Bayar Hutang Kerajaan.... Posted: 17 Mar 2015 04:05 PM PDT Ekonomi sedang tenat, GST perlu ditangguhkan - Ku Li KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah, hari ini mencadangkan supaya Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) ditangguhkan memandangkan ekonomi dan kewangan awam berada di tahap yang tenat. Berucap ketika sesi perbahasan titah diraja di Dewan Rakyat hari ini, Tengku Razaleigh atau lebih dikenali dengan gelaran Ku Li berkata, GST akan menjadi tambahan beban untuk rakyat yang kini sudah terlalu banyak dibebani hutang susulan kemerosotan ekonomi negara. "Di atas perkiraan inilah saya cadangkan di dalam surat bertarikh 30hb Oktober, 2014 supaya Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) ditangguhkan memandangkan ekonomi dan kewangan awam berada di tahap yang tenat. "Rakyat juga menanggung beban hutang isi rumah yang tinggi. Oleh itu kita perlu tahu sebab musabab GST dikenakan kerana punca pendapatan ini akan menambah beban kewangan rakyat. "Rakyat berhak tahu sama ada GST yang akan dilaksanakan pada bulan April hadapan ini akan menguntungkan negara atau ia hanya untuk membayar faedah kepada si pemiutang dan pemegang bon, tujuan GST dilaksanakan tidak seharusnya dirahsiakan," katanya. Bekas presiden parti Semangat 46 itu berkata, kerajaan bertindak tidak adil jika menyalurkan bebanan hutang kepada rakyat tanpa sebarang sebab munasabah. "Jikalau beban tambahan ini dihalakan kepada rakyat tanpa alasan munasabah kita sebenarnya berlaku tidak adil. "Oleh itu suara hati kita semestinya jelas dan terang ketika memberi keterangan kepada rakyat kenapa GST perlu pada ketika ini," katanya lagi. Ahli Parlimen paling lama berkhidmat itu juga melahirkan kebimbangannya yerhadap penggunaan dana Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan Kumpulan Wang Persaraan (KWAP) untuk membantu institusi kewangan yang terlibat dalam pemberian pinjaman kepada perbadanan-perbadanan tertentu. "Dalam hal ini, kita perlu penjelasan daripada Menteri Kewangan mengenai kedudukan KWSP dan KWAP serta jumlah pelaburan dana di dalam institusi kewangan yang dibebankan dengan pemberian pinjaman," katanya. "Perdana Menteri dan Menteri Kewangan sekali-kali tidak harus berada dalam keadaan di mana terdapatnya pertelingkahan kepentingan," jelas beliau. -astroawani |
You are subscribed to email updates from KELAB GREENBOC To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 1600 Amphitheatre Parkway, Mountain View, CA 94043, United States |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan