Kelab Greenboc |
- Rafizi Bidas JPM Perguna Nama Agong Dalam Isu Beli Jet Peribari Najib
- PAS Bersama UMNO Restui Tindakan PDRM Tangkap Nurul Izzah?
- "BARUA" Terus Menimpa Haji Hadi... PAS Batu Bermufarakah!
Rafizi Bidas JPM Perguna Nama Agong Dalam Isu Beli Jet Peribari Najib Posted: 17 Mar 2015 01:32 AM PDT Jangan libatkan Agong dalam pembelian jet peribadi baharu Najib, kata Rafizi Setiausaha Agung PKR Rafizi Ramli menyelar jawapan kerajaan yang mengatakan pembelian jet peribadi baharu menjimatkan kos dan mendedahkan kos pembelian jet peribadi baharu Datuk Seri Najib Razak itu bernilai RM465.4 juta. Ahli Parlimen Pandan itu turut menyelar tindakan Jabatan Perdana Menteri semalam yang mengheret nama baik Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah untuk "menghalalkan" pembelian jet peribadi baharu itu. "Tindakan ini tidak bertanggungjawab kerana rakyat dapat membezakan berapa kali Yang di-Pertuan Agong terlibat di dalam lawatan rasmi ke luar negara berbanding dengan perdana menteri," kata Rafizi yang juga naib presiden PKR pada sidang media di lobi Parlimen hari ini. "Bagi tempoh 2008 hingga 2013 seperti jawapan Parlimen kepada soalan Ahli Parlimen Taiping Nga Kor Ming, kerajaan terpaksa membayar kos RM44 juta bagi semua lawatan ke luar negara melibatkan Datuk Seri Najib Razak," katanya. Semalam, Rafizi mendedahkan ketika rakyat berdepan dengan kenaikan harga barangan, pentadbiran Najib membeli sebuah jet peribadi baharu dengan sewenang-wenangnya. Rafizi mendakwa, jet berkenaan ialah tambahan kepada 5 jet sedia ada yang dimiliki Putrajaya setakat ini, termasuk Boeing Business Jet. "Pembelian sebuah lagi jet peribadi baharu yang kini di bawah pendaftaran 9H-AWK siap dicat dengan logo 1Malaysia membuktikan pentadbiran Najib terus bergelumang dengan keborosan dan pembaziran pada kala negara masih dikejutkan dengan skandal kewangan 1Malaysia Development Berhad (1MDB)," katanya. Sehubungan itu, Rafizi mencabar Najib memperincikan setiap perjalanan jet peribadi milik kerajaan dan siapa yang menggunakan pesawat tersebut sebagai menyokong jawapan membabitkan penggunaan Yang di-Pertuan Agong. "Saya mencabar Najib memperincikan setiap perjalanan jet peribadi milik kerajaan dan siapakah menggunakan jet peribadi termasuklah Boeing Business Jet (BBJ) dan Airbus Commercial Jetliner (ACJ 319) sedia ada. "Berapa kali sebulan jet ini digunakan hingga jumlah jet sedia ada tidak mencukupi dan perlu ditambah lagi," katanya. Rafizi berkata, alasan menyatakan pembelian dibuat bagi menggantikan jet lama kerana terlalu berusia juga tidak diterima pakai kerana tempoh penggunaan sebuah jet komersial antara 20 hingga 25 tahun bila diselenggarakan mengikut jadual seperti amalan industri penerbangan. "Jet BBJ yang dimiliki kerajaan Malaysia hanya berusia 16 tahun dan tidak digunakan sekerap jet komersial kerana digunakan sekali sekala bagi keperluan rasmi kerajaan. "Saya menasihati perdana menteri berterus terang dan tidak menggunakan pegawai di Jabatan Perdana Menteri untuk mengelak daripada menjawab isu ini," katanya. – TMI
|
PAS Bersama UMNO Restui Tindakan PDRM Tangkap Nurul Izzah? Posted: 16 Mar 2015 09:05 PM PDT penahanan Nurul Izzah cetus kemarahan penyokong Penahanan Ahli Parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar mencetuskan kemarahan ratusan penyokong Pakatan Rakyat (PR) yang mengadakan protes di hadapan Pusat Tahanan Reman Jinjang malam ini bagi membantah tindakan pihak berkuasa itu. Protes tersebut yang bermula kira-kira jam 9 malam bukan sahaja dihadiri penyokong, bahkan pemimpin tertinggi PR, termasuk Presiden Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail yang juga merupakan ibu kepada Nurul Izzah. Dr Wan Azizah berkata tindakan pihak berkuasa yang menahan anaknya tidak sesekali akan melemahkan semangatnya. Malah beliau juga percaya dengan penindasan berterusan pihak berkuasa, akan menyemarakkan semangat juang bukan sahaja pada dirinya, tetapi juga rakyat Malaysia yang akan turut bangkit melawan ketidakadilan tersebut. "Malam ini panas, tetapi panas bukan kerana cuaca, panas kerana Nurul Izzah," katanya berucap di hadapan Balai Polis Jinjang, Kuala Lumpur. Meneruskan ucapannya, ibu kepada Nurul Izzah dan isteri kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim itu mempersoalkan apa salah anaknya yang hanya menjalankan tugas sebagai ahli Parlimen melontarkan pendapat. "Sebagai seorang ahli Parlimen, apa salah untuk kita menyuarakan suara? Namun inilah kekuatan kita bersama rakyat, ia lebih kuat. "Kita akan bangun membela rakyat semua dizalimi, bukan kerana kita Cina, India, Melayu atau sebagainya, tetapi kerana kita anak Malaysia. "Hari ini yang ditahan mungkin ialah suami, anak saya, namun kita tidak akan sesekali lemah semangat, kita akan terus lawan sehingga menang," katanya sambil disambut laungan "reformasi" oleh penyokong. Nurul Izzah yang juga naib presiden PKR hadir di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi bagi merakamkan keterangan mengenai perhimpunan #KitaLawan namun ditahan mengikut Akta Hasutan kerana ucapannya di Parlimen yang dikatakan menghina institusi kehakiman. Protes yang diadakan malam ini bertujuan mengutuk tindakan pihak polis, termasuk menuntut pelepasan N?urul Izzah serta aktivis Mandeep Sigh dan Adam Adli. Penyokong yang hadir bukan sahaja bertindak membakar lilin di hadapan balai polis Jinjang, mereka turut menjelang sepanduk "Bebas Izzah", "Saya Nurul Izzah tangkap saya" dan "Undur Najib". Antara yang turut memberi ucapan dalam perhimpunan ini ialah adik kepada Nurul Izzah, Nurul Ilham, Sasterawan Negara Datuk A.Samad Said, ayah kepada aktivis Adam Adli, Abdul Halim dan beberapa pemimpin PR seperti Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad. Nurul Ilham dalam ucapannya menceritakan detik-detik yang sukar untuk menerangkan kepada anak Nurul Izzah tentang keadaan ibunya. "Semasa penahanan Nurul Izzah, makciknya (Nurul Nuha) menjaga dan membawa mereka ke balai polis, Nur Safiyah bertanya kenapa dengan mama? "Dalam keadaan sukar, Nurul Nuha menjelaskan dengan cara Safiyah boleh faham, bahawa ibunya seorang wanita tabah," katanya di hadapan kira-kira 300 hadirin. Samad yang pernah menjadi pengerusi bersama Bersih 2.0 berkongsi kesedihan atas nasib Anwar yang melalui penderitaan berdekad lamanya. Bagaimanapun katanya, kerana penindasan dan ketidakadilan maka bangkit suara anak muda yang menyambung perjuangan. "Jadi benarlah, kalau satu Nurul ditahan, maka ada empat lagi Nurul yang muncul," kata Samad. Sementara Nurul Nuha dilihat tidak menyembunyikan emosi marahnya dengan lantang menegaskan penahanan Nurul Izzah tidak akan melemahkan semangatnya. "Benar saya marah, bukan sahaja bapa saya ditangkap, kakak saya juga ditangkap tetapi ia tidak akan mendiamkan saya, kita akan terus berjuang menentang ketidakadilan," katanya. – TMI
ULASAN GB Di ketika seluruh rakyat Malaysia mengutuk penangkapan dan penahanan Nurul Izzah, nampaknya ada juga beberapa pihak yang "berdiam diri" seolah-olah "menyokong" penahanan tersebut. Kita amat memmmahami dengan sikap UMNO kerana mereka jelas sekoelompok rakya yang kejam dan zalim, kerana pihak PDRM memang sentiasa cepat dan tangkas untuk bertindak ke atas pimpinan Pakatan Rakyat tetapi tidak akan melakukan perkara yang sama ke atas pemimpin-pemimpin UMNO. TETAPI anehnya, sejak semalam, GB tertanya-tanya dimana kenyataan-kenyataan pemimpin tertinggi PAS terhadap isu ini. Apakah mereka turut merestui tindakan PDRM menahan Nurul Izzah? Apakah PAS bergandingan tangan dengan UMNO supaya pemimpin-pemimpin PR ditangkap dan ditahan? Yang ada cuma secebis laporan Harakahdaily yang memetik kenyataan bantahan Sdra Lim Kit Siang. Mana suara Presiden? Mana kenyataan Setiausaha Agong? Ketiadaan suara dan kenyataan bantahan dari kedua-dua pemimpin tertinggi PAS ini memberi persepsi umum bahawa mereka sudah bersama UMNO untuk menghalalkan semua tindakan polis terhadap pemimpin-pemimpin Pakatan. Kita bukan berburuk sangka. Tetapi banyak isu sebelum ini seolah-olah Presiden, SUA dan ulama-ulama PAS bersama dengan UMNO tetapi tidak dengan Pakatan Rakyat seperti isu pilihanraya PBT dimana Haji Hadi dan Mustafa Ali menentang pilihanray PBT kerana kononnya akan mewujudkan 13 Mei - satu alasan yang benar-benar sama dengan UMNO. Begitu juga dengan isu persempadanan semula SPR, Presiden PAS pernah mengumumkan PAS bersetuju dengan tindakan SPR tersebut walaupun Pakatan menentangnya. Dalam hal-hal tersebut, pendiriannya sama dengan pendirian UMNO. Sungguh mengecewakan. Jika demikian pasifnya Presiden PAS terhadap isu-isu yang melibatkan kepentingan bersama Pakatan Rakyat, sudah sewajarnya para muktamirin tahun ini menukarkan Presiden PAS kepada orang lain. |
"BARUA" Terus Menimpa Haji Hadi... PAS Batu Bermufarakah! Posted: 16 Mar 2015 04:20 PM PDT PAS Batu berpisah daripada kepimpinan pusat, kecewa dengan Hadi Ahli jawatankuasa PAS kawasan Batu mengumumkan untuk bermufarakah (berpisah) dengan kepimpinan pusat selepas presiden Datuk Seri Abdul Hadi Awang dilihat gagal menyelesaikan isu berbangkit di dalam parti. Yang Dipertua Kawasan Batu Ishak Surin berkata, keputusan bermufarakah itu diambil selepas disepakati 17 daripada 25 ahli jawatankuasa kawasan itu untuk meninggalkan jawatan mereka dalam parti. "Kami di antara pemegang jawatan dalam PAS kawasan Batu maka dengan ini mengisytiharkan mengambil tindakan bermufarakah daripada kepimpinan PAS yang ada sekarang dan juga bermufarakah daripada memimpin PAS kawasan Batu sehinggalah kepimpinan PAS positif kepada realiti politik sebenar, stabil dan ikatan ukhwah kembali segar sesama ahli dan rakan Pakatan Rakyat (PR). "Kami mengadakan sidang media hari ini bertujuan menyatakan rasa kecewa, sedih dan kesal terhadap kepimpinan PAS Pusat khususnya Hadi yang gagal bertindak menangani isu dalaman sehingga tercetusnya krisis berlarutan dalam parti," katanya. Ishak berkata demikian dalam satu sidang media yang dihadiri ahli jawatankuasa PAS Batu di Markas Tarbiah di Kuala Lumpur hari ini. Beliau berkata, krisis semasa PAS kini merupakan yang terburuk sejak kepimpinan ulama diperkenalkan pada 1982 iaitu selepas presiden PAS ketika itu Datuk Mohd Asri Muda dijatuhkan 30 tahun lalu. Katanya, melalui tindakan mufarakah itu diharapkan Hadi selepas ini dapat menjadi tokoh pendamai meredakan krisis dalam dengan kata-kata nasihat, kenyataan tegas dan amanat kepada semua pihak di dalam parti. "Kami berharap presiden dapat membetulkan keadaan apabila budaya melabel, menggelar dan menuduh dalam kalangan pimpinan PAS serta ahli dengan label buruk seperti munafik harki, syaitan, babi, iblis tua, kafir, liberal, komunis, jebon dan lain-lain. "Tetapi kami lagi kecewa apabila presiden sendiri turut melabelkan ahli parti sebagai barua dan broker. Budaya ini ada yang dilakukan secara rasmi dalam pelbagai program parti seperti Liqa Fikri, Hiwar Siasi termasuklah Muktamar PAS ke-60 lalu. Ishak berkata, selepas pengumuman berkenaan juga diharapkan Hadi dapat mengukuhkan hubungan tahaluf siasi dengan PR kerana dalam banyak perkara PAS dilihat menjadi pemain tegar mengeruhkan keadaan. Katanya, mutakhir ini sebahagian pemimpin PAS menyerang PKR dan DAP serta pemimpinnya secara peribadi tanpa rasa silu dan tidak langsung menyerang Umno dan pimpinannya. "Malah isu rakyat seperti GST, kenaikan harga barang, kemiskinan, gejala sosial, penyelewengan dan lain-lain terbiar begitu saja. Seolah-olah berdasarkan senario ini Pakatan retak menunggu belah. "Kami sangat mahukan pencerahan daripada presiden mengenai pelbagai dakwaan mengenai kerajaan perpaduan seperti yang dibangkitkan bekas presiden PAS Nasharuddin Mat Isa mengakui isu kerjasama dengan Umno sebenarnya sejak 2008 dan diputuskan Majlis Syura Ulama," katanya. Ahli Jawatankuasa PAS Pusat Mohamed Hanipa Maidin pada minggu lalu berkata sikap pihak tertentu yang terus mencanangkan kesempurnaan Hadi tanpa mendedahkan kelemahan presiden PAS itu hanya akan membawa kerosakan kepada parti. Katanya, pimpinan juga perlu berani menyatakan masalah yang sedang dihadapi parti bagi membolehkan ia diselesaikan. "Saya sering tegur dalam mesyuarat, mereka yang rosakkan presiden PAS ialah mereka yang menyokong presiden bawa rebah. "Mereka tidak mahu menyatakan presiden ada kelemahan, berasakan presiden semuanya sempurna. Inilah golongan yang merosakkan PAS. Dia tahu presiden lemah tetapi tak menyuarakannya," katanya. Hadi semalam mendapat pencalonan pertama untuk jawatan presiden PAS apabila berjaya mengalahkan Ahmad Awang dalam mesyuarat agung kawasan Shah Alam. Penyandang kerusi presiden itu mendapat 78 undi manakala bekas naib presiden PAS itu mendapat 72 undi pada satu proses pengundian yang dijalankan untuk pencalonan jawatan tertinggi dalam parti itu. Pencalonan Ahmad yang sudah lama melepaskan semua jawatan dalam PAS itu disifatkan sebagai usaha mengenepikan Hadi ekoran perpecahan ketara yang sedang berlaku dalam PAS sekarang. Sebelum ini, PAS Kota Bharu mencalonkan Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man manakala PAS Kota Tinggi mencalonkan Datuk Husam Musa untuk jawatan itu. PAS kawasan Parit Sulong dan Batu Sapi yang juga selesai mengadakan mesyuarat agung dipercayai akan mencalonkan nama selain Hadi sebagai presiden. Kedua-dua kawasan itu setakat ini menyerahkan kepada ahli jawatankuasa yang baharu dilantik bagi membuat pencalonan. Dalam mesyuarat tersebut, PAS kawasan Shah Alam mencalonkan Mohamad Sabu supaya dikekalkan sebagai timbalan presiden manakala Salahudin Ayub, Husam dan Tuan Ibrahim sebagai naib presiden. – TMI. ULASAN GB Besar bahana perkataan BARUA yang diucapkan oleh Haji Hadi di muktamar tahun lepas. Satu demi satu "barua" menimpanya. GB sudah ulas sebelum ini. Petikan: Hukum kebenaran dan keadian akan berjalan. Tutur yang baik akan menerima hal yang baik sementara turtur yang buruk akan menerima hal yang buruk kepada si penuturnya. Kepada kumpulan pro-ulama, teruskan mencaci dan memaki. Kita sama-sama akan melihat bahana dari cacian dan makian itu menimpa tidak lain kepada kumpulan mereka sendiri. Jangan sampai kata tidak ada orang yang menegur. GB sudah lama dan banyak kali menegur, tetapi tidak diindahkan. |
You are subscribed to email updates from KELAB GREENBOC To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 1600 Amphitheatre Parkway, Mountain View, CA 94043, United States |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan