Ahad, 8 Mac 2015

DIALOG RAKYAT

DIALOG RAKYAT


[BERGAMBAR] Jika Benar, Maka Ia Adalah "Kerja-kerja Bodoh" Pro-Ulama

Posted: 08 Mar 2015 08:01 AM PDT

KELAB GREENBOC



 
Di dalam kesibukan rakyat bangkit untuk berdemontrasi #kitalawan petang semalam, tiba-tiba tersebar sekeping gambar palsu yang tertera "Undur Hadi" di dalam portal The Malaysian Insider.

Gambar itu dipercayai dilakukan untuk memburukkan demonstrasi berkenaan oleh kumpulan yang tidak menyetujui penganjurannya. Ia dilakukan untuk meraih simpati ahli PAS kononnya demonstrasi yang diadakan bertujuan untuk "menggulingkan" Hj. Hadi sebagai Presiden PAS.

Ketua Pemuda PAS, Suhazan Kayat telah menegur portal berkenaan yang menyebarkan gambar super-imposed itu.



The Malaysian Insider telah tampil memohon maaf di atas gambar yang disiarkan itu tentang peserta demonstrasi #Kitalawan yang berkumpul di hadapan Pejabat Agung PAS di Kuala Lumpur memegang banner dan poster bertulis "Undur Hadi", merujuk kepada Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Penyiaran gambar tersebut berlaku kerana kesilapan yang tidak disengajakan dan The Malaysian Insider tidak berniat untuk melakukan sabotaj kepada sesiapa, jelas portal berkenaan.

Gambar tersebut sudah dikeluarkan petang semalam sebaik sahaja The Malaysian Insider menyedari ianya merupakan gambar palsu‎ dan tidak datang daripada kakitangan kami, tambahnya.

Berikut ialah video yang merakamkan keadaan sebenar di depan Pejabat Agong PAS.

LIHAT VIDEO DI SINI


Ramai pemimpin PAS turut hadir di dalam demontrasi yang mendesak "Undur Najib". Namun yang nyata kumpulan pro-ulamak tidak menyertainya. Mereka mungkin lebih selesa untuk bersama UMNO dan tidak bersama-sama dengan rakan-rakan di dalam Pakatan Rakyat di dalam demonstrasi semalam.

Oleh kerana tidak kelihatan kelibat kumpulan pro-ulama (baca: UG) di dalam demontsrasi semalam, maka ramai yang menyatakan bahawa gambar edit itu adalah kerja tangan-tangan mereka bagi memburuk-burukkan demontsrasi berkenaan.

Jika benarlah ia dilakukan oleh kumpulan pro-ulama, maka apa yang dikatakan sebelum ini bahawa kumpulan pro-ulama ingin membawa PAS keluar dari Pakatan Rakyat nampaknya menjadi semakin benar dan tindakan tersebut jelas bertentangan dengan resolusi-resolusi Muktamar PAS bertahun-tahun iaitu untuk memperkukuhkan Pakatan Rakyat.

GB gembira dengan apa yang berlaku itu kerana ia mendedahkan sikap dan perwatakan sebenar watak pro-ulamak. Oleh kerana tindakan mereka itu bertentangan dengan resolusi muktamar maka Muktamarlah nanti yang bakal menghukum kumpulan tersebut.

Hukum kebenaran dan keadilan terus berjalan.... wajah dan sikap mereka yang sebenar akan terus terdedah...

Berikut pula ialah foto-foto pemimpin Pakatan Rakyat termasuk PAS yang ada turut serta di demonstrasi semalam.






Berikutan Saman Terhadap Tony Pua, Apakah Jeritan "Hidup Najib" Akan Lebih Bergema Pada 8 Mac Nanti?

Posted: 08 Mar 2015 04:33 AM PDT

shahbudindotcom.


Sesiapa pun dapat merasakan kedudukan Najib Razak sebagai Perdana Menteri sudah mulai "goyang" ketika ini. Serangan dan penolakan terhadapnya bukan lagi sekadar mainan media atau cakap-cakap di kedai kopi saja, malah sudah menular menjadi denyut nadi dan kehendak majoriti rakyat.

Semua kelompok masyarakat sudah semakin terbuka memperkatakan mengenai nasib dan masa depannya serta mulai bertanya, berapa lama lagikah Najib mampu bertahan?

Ada yang berkata Najib akan "pergi" sebaik majlis perkahwinan anak perempuannya selesai pada 29 Mac ini dan ada juga berani bertaruh pengundurannya akan berlaku sebelum Jun ini.

Isu-isu yang mengelilingi Najib secara umumnya sudah terlalu sarat dan tidak boleh diperbaiki lagi. Ia lebih mungkin menjadikannya tertolak atau tersingkir lebih awal daripada jawatannya, berbanding ditemui jalan penyelesaiannya.

Daripada kesemua isu yang ada sekarang ini, skandal berkaitan 1MDB nampaknya menjadi semakin berat hari demi hari dan dengan pelbagai pihak tidak henti-henti membangkitkannya, ia pastilah juga menjadikan tidur Najib tidak lagi senyenyak dulu.

Meskipun demikian dan walaupun semakin digegak-gempitakan bahawa isu-isu yang semakin sarat kebelakangan ini, disertakan dengan kepimpinannya yang lemah, lebih mungkin menyebabkan BN kalah dalam pilihanraya akan datang, Najib masih belum menampakkan tanda-tanda ingin berundur.

Najib tergambar ingin terus bertahan selagi terdaya walaupun kerisauan turut tergambar melalui beberapa perubahan dan tindakannya kebelakangan ini. Di samping mulai menukar gaya kepimpinannya kepada lebih Melayu dengan berjanji mempertahan agenda Melayu selagi ada bulan dan bintang, Najib juga sedia secara terbuka menunjukkan sokongan yang dimilikinya.

Selain menghadiri Himpunan Kebangkitan Melayu di Stadium Bukit Jalil minggu lalu, Najib dijangka sekali lagi mempamerkan sokongan yang dimilikinya dalam Perhimpunan Solidariti Ketua-Ketua UMNO Bahagian pada Ahad, 8 Mac ini di PWTC.

Daripada 191 Ketua UMNO Bahagian seluruh negara, sehingga ini dilaporkan seramai 173 daripadanya sudah menyatakan kesediaan  hadir untuk mengangkat tangan sambil menjerit-jerit menyatakan sokongan kepada Perdana Menteri.

Himpunan Solidariti 8 Mac ini, selain berujuan untuk menyatakan Najib masih memiliki sokongan daripada UMNO, ia juga secara tidak langsung mengesahkan kerusi yang didudukinya sudah tidak sekukuh dulu lagi.

Adalah dijangka, lebih banyak lagi perhimpunan menyatakan sokongan akan diadakan selepas ini. Najib juga dijangka akan meluangkan lebih banyak masa menghadiri perhimpunan seperti  ini untuk menunjukkan sokongan yang dimilikinya. Seperti biasa, umpama pokok yang hampir tumbang atau kerusi yang mulai bergoyang, Najib akan menerima apa saja bentuk kayu yang sanggup menjadi penahannya.

Dalam masa yang sama, bagi menunjukkan beliau masih pemimpin yang tegas dan kononnya berwibawa, semalam juga Najib mengumumkan untuk meneruskan tindakan saman yang diambilnya terhadap Tony Pua, Setiausaha Publisiti DAP berkaitan 1MDB yang sebenarnya sudah lama diancamnya sebelum ini.

Beberapa bulan lalu, Najib telah mengumumkan mahu mengambil tindakan saman terhadap Tony Pua jika enggan meminta maaf atau menarik balik kenyataan yang dibuatnya berhubung 1MDB.  Selain itu, Najib juga menghantar ancaman yang sama kepada Rafizi Ramli, Harakahdaily dan Pengarah Urusannya, Dr. Rosli Yaakob.

Meskipun Tony Pua sejak awal mengatakan tidak akan meminta maaf atau menarik balik kenyataannya, persoalannya kenapa baru semalam tindakan saman itu diteruskan? Kenapa tidak sebelum ini?

Apakah tindakan saman ini untuk menunjuk-nunjuk kepada Ketua UMNO Bahagian yang bakal berhimpun pada 8 Mac ini mengenai ketegasan kepimpinannya dan tindakannya yang tidak mengalah dalam isu1MDB yang menjadi perbualan hangat itu?

Adakah tindakan saman ini akan menjadi "point" penting untuk memperolehi lebih sokongan dan menjadikan jeritan "Hidup Najib" akan lebih bergema daripada Ketua-Ketua Bahagian nanti?

Selain urusan ke mahkamah boleh dilewat-lewatkan, perlu diingatkan bahawa UMNO juga mempunyai sejarah pernah menarik balik tindakan saman terhadap Tian Chua dalam isu Lahad Datu dan Mustafa Ali, Setiausaha Agung Pas berkaitan isu penyebaran video lucah sebelum ini.

Mungkinkah saman Najib terhadap Tony Pua ini juga hanya acah-acah dan untuk menjaga hati Ketua-Ketua UMNO Bahagian sebelum 8 Mac ini saja?

Rakyat bukan suka-suka nak buat demonstrasi

Posted: 08 Mar 2015 04:16 AM PDT

 
Itu adalah hak rakyat yang tidak boleh diketepikan atau dipandang ringan


Che Rosli Che Mat


PETALING JAYA: "Hak rakyat untuk buat demonstrasi asalkan tidak mengganggu ketenteraman awam dan mereka pun bukan suka-suka nak buat. Pas sokong tetapi jangan sampai timbul provokasi hingga jadi huru hara,".

Itu kata Ahli Parlimen Hulu Langat, Che Rosli Che Mat ketika diminta mengulas mengenai perhimpunan rakyat di pusat Kuala Lumpur petang semalam.

Katanya, apa yang dibuat oleh kumpulan penyokong Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim itu adalah hak rakyat yang tidak boleh diketepikan atau dipandang ringan.

"Biarlah mereka buat dan tak perlu diganggu selagi tidak berlaku kekecohan. Bagi saya, apabila rakyat membuat demonstrasi begitu, kerajaan perlulah melihat kenapa ada tindakan begitu.

"Rakyat bukan suka-suka nak buat demonstrasi tetapi mereka buat melibatkan hukuman ke atas Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim," katanya kepada MalaysiaGazette.

Che Rosli ditemui ketika mengadakan Gotong Royong Perdana Mencegah Denggi di Taman Seri Nanding, Hulu Langat pagi tadi.

Semalam, satu perhimpunan aman diadakan di Kuala Lumpur bagi membantah keputusan mahkamah yang menjatuhkan hukuman penjara lima tahun ke atas Anwar berhubung kes liwat dengan pembantu peribadinya, Saiful Bukhari Azlan.

Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail kini sedang membuat rayuan pengampunan daripada Yang Dipertuan Agong.

"Apa yang dibuat oleh Wan Azizah itu kami sokong penuh tetapi untuk pusingan pertama ini, kami tidak menandatangani apa-apa dokumen sokongan.

"Biarlah Wan Azizah uruskan dan kami menyokong dari belakang. Jika ada rayuan pusingan kedua, kami pemimpin Pas akan bersama Pakatan Rakyat untuk turunkan tandatangan menyokong usaha Wan Azizah," katanya.

Ujar Che Rosli, dia yakin rakyat akan terus bersama PR untuk menyokong pembebasan Anwar.

Bukan Usaha Terancang.....bah.akhir.

Posted: 08 Mar 2015 04:01 AM PDT

BAHAGIAN -1
BAHAGIAN -2

Dimana duit samaada untung atau pembayaran oleh Petrosaudi disimpan? Kenapa tidak di simpan dalam negara kita sendiri? RM7-8 billion bukan sedikit jumlah nya.

Saya kurang yakin duit2 itu semua ada di Cayman Islands. Cayman Islands mungkin hanya tempat syarikat didaftarkan sahaja. Duit sebenarnya mugkin ada di Switzerland. 

Dengan para pemimpin kerajaan- kita tidak boleh percaya apa lagi dah. Urusniaga di Cayman Islands hanya mungkin tektik mengalih pandangan daripada dimana lokasi wang berbillion Ringgit tersebut sebenarnya berada. 

Dan semua bisness mendaftar syarikat di tempat seperti Cayman Islands ini untuk apa? Orang melakukan demikian ialah untuk menyembunyikan transaksi, untuk launder money atau menyalurkan wang melalui situ ke akaun2 tersembunyi di tempat lain.

Mungkin apa2 lebihan dari 1MDB sudah pun dilaburkan dalam dana2 yang tersenarai yang jika dijual sekarang hanya mengakibatkan kerugian yang tidak boleh diterima. Jika itu berlaku, semua orang akan tahu sebetulnya pegawai2 1MDB tidaklah secerdik seperti mula2 diistiharkan dengan bangga nya oleh Shahrol Helmi- CEO pertama 1MDB. 

Kemana mamat ini pergi? Adalah menarik jika kita dapat panggil Shahrol Helmi untuk bercerita tentang 1MDB. Terkencing Najib agak nya. 

Dan jika ianya dipinjamkan secara fraud tanpa cagaran atau security kepada peminjam seperti pak2 Arab atau perniagaan2 lain, duit tersebut akan tidak dibayar kembali. JIka dilakukan demikian- siapa yang authorise? JHo Lo? Dengan sokongan dari Pengerusi 1MDB? Menteri Kewangan Malaysia? 

Sebagai contoh; PetroSaudi kata semua wang tersebut sudah dipulangkan- 1MDB pula kata ya semua sudah dipulangkan- Jho Low kata semua wang sudah dipulangkan- mana buktinya? 

Saya hendak tanya puak UMNO- dalam kes ini pelaburan kita diurus oleh budak2 cina tidak mengapa pula. Kalau kita dengar cakap2 orang UMNO dan surrogates mereka- macam disuruhnya kita bunuh semua oang Cina. Maka saya serulah orang2 UMNO yang masih siuman- sedarlah hipokrasi pemimpin UMNO terutama Najib. 

Najib tidak perlu diselamatkan. Hendak selamat buat apa? Takkanlah jika Najib tak jadi pemimpin UMNO atau PM- dunia orang Melayu akan kiamat? Langit tidak runtuh untuk orang Pekan jika Najib tak jadi PM. Tun Razak yang jauh lebh hebat dari Najib dari segi perwatakan dan temperament dan dari segi inteligence meninggal- tidak pun Malaysia kiamat dan Pekan hilang dari peta. 

Seperti yang penah saya nyatakan bertahun dahulu- apa yang jadi jika Najib bukan PM ialah para pengampu2nya di Pekan akan beratur disepanjang jambatan Sultan Abu Bakar dan pakat ramai2 terjun kedalam Sungai Pahang. Yang mati dan patah riuk kaki tangan atau cedera apa , terserahlah kepada nasib.

Kita tak tahu dimana wang itu telah hilang- itulah sebab nya mengapa 1MDB tidak mampu servis hutang2 nya bila hutang2 itu matang dan inilah sebab nya mengapa pengurusan 1MDB menyembunyikan 'pelaburan' yang mereka lakukan dalam balance sheet yang disebut sebagai "segregated portfolios". Dan pelaburan dalam segregated portfolios ini tidak mencerminkan nilai pasaran. Kenapa misteri ini? 

Dan orang UMNO kena sedar bahawa salah satu pengurus dana 1MDB ialah firma Hong Kong yang dipilih oleh siapa? Oleh JHo Low budak Cina yang memilih pengurus dana pun cina juga. Sekali lagi- orang UMNO jangan hendak temberang dan membohong suruh orang membenci Cina sedangkan hampir semua pemimpin UMNO berbisnes dengan Cina. Rakyat sudah meluat mengenai hipokrasi puak2 umno ini. 

Itulah sebab nya mengapa 1MDB tidak pernah menerbitkan penyata2 kewangan nya secara penuh atau dalam bentuk ringkasan dalam website rasmi nya. Kalau tak ada perkara yang mahu disembunyikan apa yang hendak ditakutkan?

Sudah terang dan nyata kepada semua yang ada sedikit intelligence kecuali orang UMNO, bahawa PM najib sedang mengatur langkah untuk menyalahkan hutang RM46 billion ini atas kepala Jho Lo dan kunco2 nya. 

PM najib seperti biasa, berserta cabinet yang terdiri dari 35 orang, 2 orang bekas CEO dan Arul Kanda akan cuci tangan dan menjustifikasikan kehilangan RM46 billion ini kepada 1001 punca. 

Menyalahkan Jho LO tidak mendatangkan kudis sebab dia akan terus berkubang di lokasi mewah di Beverly Hills, California sambil minum  Pina Colada  atau Singapore Gin Sling cocktails, berparti di Paris dan St.Moritz dan dengar sini- ketawa terbahak bahak berjalan ke bank2 yang tidak boleh disentuh di Cayman Islands atau Switzerland.

Dengan segala musibah yang dilakukan oleh pemimmpin nombor satu- soalan saya ialah- nak selamatkan Najib itu mengapa? 

Artikel ini saya tulis sebagai suatu adaptasi dari artikel asal oleh Donplaypuks disini. Penghargaan saya kepada Encik Donplaypuks. 


BN Tak Taja Calon PRK Chempaka

Posted: 08 Mar 2015 03:59 AM PDT

RAKYATNEWS


alt


 
KOTA BHARU  - Barisan Nasional (BN) tidak menaja atau menyokong mana-mana calon yang akan bertanding pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Chempaka pada 22 Mac ini.

Pengerusi BN Kelantan Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata BN tetap dengan keputusan tidak bertanding pada PRK tersebut kerana bagi memberi tumpuan kepada usaha pemulihan pasca banjir di negeri ini dan perpaduan ummah.

"Mana-mana pihak yang mendakwa kita hendak menaja mana-mana calon untuk bertanding, itu adalah tidak betul," katanya kepada pemberita selepas merasmikan seminar pemerkasaan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKKP) dan penyampaian watikah pelantikan pentadbir mukim dan penggerak
masyarakat Kelantan di Kota Bharu hari ini.

Mustapa yang juga pengerusi badan perhubungan Umno Kelantan diminta mengulas dakwaan pihak tertentu kononnya Umno akan menaja calon bebas untuk bertanding pada pilihan raya kecil tersebut.

"Apabila kita (BN) buat keputusan untuk tidak bertanding, kita ikhlas dan tetap dengan pendirian untuk tidak terlibat dalam  pilihan raya kecil tersebut," katanya.

Kerusi itu kosong berikutan kematian penyandangnya, yang juga bekas menteri besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat akibat kanser prostat pada 12 Feb lepas.


Hishammuddin : PAC Jawab Semua Tuduhan Terhadap 1MDB

Posted: 08 Mar 2015 03:57 AM PDT

RAKYATNEWS


 


LANGKAWI  - Jawatankuasa Kira-kira Wang Awam Malaysia (PAC) menerusi satu jawatankuasa dwipartisan akan menjawab semua tuduhan yang dilemparkan berhubung 1Malaysia Development Bhd (1MDB) bagi memastikan hasil siasatan lebih telus.

Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata, semua pihak perlu menghentikan sebarang tuduhan tidak berasas dan memberikan kepercayaan kepada PAC.

"Kita perlu menyelesaikan isu ini, dan sangat penting ia dilakukan tanpa melibatkan emosi atau di dalam dakwaan tidak berasas," katanya selepas menghadiri Jawatankuasa Penyelarasan Peringkat Menteri bagi Pameran Antarabangsa Maritim dan Udara Langkawi (LIMA) 2015, hari ini.

Hishammuddin turut mengesahkan beliau dan menteri Kabinet yang lain telah diberi taklimat oleh Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB, Arul Kandasamy dan juga barisan auditor.

Katanya, usul bagi penyusunan semula 1MDB telah dibentangkan kepada Kabinet.

"Saya boleh mengesahkan bahawa kami (anggota Kabinet) telah diberi taklimat. Auditor turut mengesahkan bahawa pengauditan telah dibuat dan selesai, dan kami menerimanya.

"Kedua, penyusunan semula ekonomi strategik 1MDB telah dibentangkan dan saya bersetuju dengan kenyataan terdahulu Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bahawa Kabinet akan memberi ruang kepada auditor untuk mempertahankan keputusan mereka.

Turut hadir di mesyuarat berkenaan adalah Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Nazri Aziz; Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Datuk M Saravanan; Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Abdul Aziz Kaprawi dan Komander Angkatan Tentera DiRaja Malaysia, Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin.

Berikrar bahawa 1MDB akan berdepan dengan tindakan undang-undang sekiranya didapati melakukan kesalahan, Datuk Seri Najib Razak mengarahkan Ketua Audit Negara untuk mengesahkan akaun syarikat secara bebas dan memberi maklumat berkenaan kepada PAC.

1MDB yang ditubuhkan oleh Kerajaan Persekutuan pada 2009 untuk memacu pelaburan strategik, dikritik hebat selepas mengumpul hutang sebanyak RM49 bilion dan kini didakwa berdepan dengan masalah aliran tunai serta-merta.


Ketua penerangan Pemuda Umno Labuan mati akibat langgar treler

Posted: 08 Mar 2015 03:37 AM PDT

THE MALAYSIAN INSIDER

 


























Ketua penerangan Pemuda Umno Labuan yang terlibat dalam kemalangan jalan raya membabitkan sebuah trailer minggu lepas, meninggal dunia di hospital di Labuan pada jam 7.30 malam semalam.

Ketua polis Labuan Supt Adzhar Othman berkata mangsa sedang menunggang motosikal Honda Ex5 untuk ke kawasan Rancha-Rancha dari Pulau Enoe, bila kejadian itu berlaku di Sungai Keling, Labuan pada kira-kira 2 petang 28 Februari.

"Dia gagal mengawal motosikalnya bila terserempak dengan sebuah treler panjang yang menghalang trafik, lalu melanggarnya.

"Dia tersepit di bawah trak berkenaan dengan kepalanya cedera parah," kata Adzhar dalam satu kenyataan. Mangsa berusia 32 tahun, dikenali sebagai Khairil Anuar Syawal dari Simpang Banting 0205, Kampung Tanjung Aru.

"Kami membuka kertas siasatan terhadap kejadian itu," katanya.

Adzhar berkata kemalangan seumpama itu sering diperkatakan oleh orang ramai.

Ini mendorong polis untuk melancarkan operasi besar-besaran tidak lama lagi bagi menjejaki pemandu lori yang tidak bersopan terutama yang mengendali trak panjang, katanya.

"Bukan dengan tujuan menghukum, tetapi untuk mendidik... pengguna jalan raya lain tidak menjadi mangsa pemandu tidak bersopan."

"Saya pernah dihalang oleh trailer panjang semasa memandu di kawasan Patau-Patau. Ini membahayakan pemandu lain," katanya. – Bernama

Syed Ali Alhabshee: Senjata kemusnahan baru yang dimiliki Umno Baru

Posted: 08 Mar 2015 03:34 AM PDT



Oleh Mariam Mokhtar


Syed Ali Alhabshee, ketua bahagian Umno Baru Cheras Umno mencabar pimpinan Pakatan Rakyat terutamanya Tony Pua dari DAP agar mengisytiharkan aset. Pada 3 Mac, beliau memberi amaran kepada gabungan pembangkang bahawa mereka tak perlu bimbang, sekiranya kekayaan mereka terhasil melalui kaedah "jujur". Handal betul!

Cabaran Syed Ali ialah contoh terbaik salah satu amalan Umno Baru, di dalam mengalih pandangan umum. Beliau cuba memanipulasi rakyat dan mengalih pandangan daripada berita sensasi, yang menyebabkan Umno Baru mendapat pandangan negatif.

Strategi Umno Baru ini diperlukan bagi membolehkan mereka mendapat ruang dan mengawal kerosakan. Lebih mustahak, bagi mengelak berita dan publisiti negatif.

Syed Ali hadir apabila skandal 1MDB terbongkar serta keluarga Najib dihambat kewujudan penuh kemewahan.

Amat tidak wajar Syed Ali mendakwa Pua melakukan serangan peribadi ke atas bapa Najib. Mengapa ketua Umno Baru Cheras itu tidak membuka minda sambil membaca media alternatif atau akhbar New York Times, berbanding hanya mentelaah Utusan Malaysia?

NYT membongkar kisah "warisan harta" keluarga Najib sambil memperincikan gaya hidup mewah keluarga Perdana Menteri dan anak tirinya, yang mengecap glamor di Hollywood. Masalah Najib semakin meruncing apabila empat adik-beradiknya mengeluarkan kenyataan kehidupan sederhana bapa mereka, perdana menteri kedua Tun Abdul Razak Hussein.

Jadi Najiblah yang menyebabkan nama keluarganya tercalar, bersama-sama Wanita Pertama Malaysia Rosmah Mansor.


Syed Ali gagal menyedari bahawa PM itu hidup serba mewah, walaupun hanya mendapat gaji RM23,000 sebulan. Ramai yang cuba menerapkan nasihat Wanita Pertama tentang berjimat cermat, dengan menabung sejak remaja, sehingga mereka juga mampu membeli intan berlian bernilai jutaan ringgit. 

Walaupun hanya kakitangan junior HSBC London, anak tiri Najib mampu membeli apartmen jutaan dolar di New York dan Hollywood. Setiap beg tangan Hermès-Birkin yang dimiliki Wanita 
Pertama pula sama nilai dengan pendapatan setahun rakyat Malaysia.

Dengan memanipulasi rakyat dan menyebabkan kita menilai aset pemimpin Pakatan Rakyat, Umno Baru sedang mengawal kemusnahan. Bukannya Syed Ali tidak sedar implikasi kekayaan yang tidak dapat dijelaskan. Beliau sedar dan seperti Umno Baru, takut kesannya kepada Najib dan kerajaannya.

Najib dan Wanita Pertama dan pemimpin Umno mengingatkan rakyat agar berjimat cermat, tetapi mereka melaram ke sini dan sana sambil membeli belah.

Setiausaha politik DAP Teoh Beng Hock mati secara misteri selepas ditemubual pegawai SPRM, bagi menjawab dakwaan korupsi selepas pembelian bendera. Jumlah keseluruhannya RM2,400. Kematian pegawai kastam Ahmad Sarbarni juga masih belum diselesaikan. Katanya beliau mahu mendedahkan amalan rasuah di kalangan pegawai kastam.

Hidup mereka diperiksa selok belok. Namun kekayaan PM dan Wanita Pertama tidak dipersoal Syed Ali. SPRM pula berlengah dan bersikap seperti pegawai Maharaja Ming yang dikembiri.

DAP, cukuplah dengan hudud! Tangani isu lebih penting

Posted: 08 Mar 2015 03:31 AM PDT




Oleh Ng Kee Seng


Terlalu banyak yang telah ditulis dan diperkata tentang cadangan perlaksanaan hukum hudud di Malaysia selama lebih tiga dekad.Fakta dan hujahnya telah kedengaran berulang kali dan rakyat Malaysia tentunya kecewa dengan apa yang dilaungkan golongan pentaksub agama hari ini, sehingga ada yang menggesa hudud dilaksanakan ke atas golongan bukan Islam.

Pandangan cetek sebegitu sebenarnya hanya memberi tanggapan tentang sikap ekstremis golongan pentaksub itu.

Bagaimana kanun jenayah Islam boleh dilaksanakan ke atas penganut bukan Islam? Mengapa pula orang bukan Islam dapat dikenakan hukum hudud sekiranya kita tidak percaya dengan agama Islam?

Apa yang boleh diperkata golongan pentaksub itu sekiranya hukum ajaran lain dikenakan ke atas mereka pula? Cukup-cukuplah.

Jangan buang masa melayan kerenah golongan sebegitu.

Agama sebenarnya suci dan harus diamalkan di hati. Ia tidak wajar menjadi alat politik, dilakukan secara paksaan dan melalui intimidasi. Oleh itu, pada pandangan saya, lebih baik "jaga tepi kain sendiri". Ini dasar yang terbaik fikir saya. Jangan sampai kita mengekang kebebasan beragama dan dilarang mengamalkan apa yang kita percayai.

Salah satu faktor lagi yang kerap dimainkan ialah ketakutan terhadap hukuman hudud itu sendiri. Bukan itu sesuatu yang wajar difikirkan umat Islam? Apa kena orang bukan Islam dengannya, sedangkan hudud hanya untuk orang Islam?

Jelas sekali, ini sebenarnya bukan tentang ketakutan orang bukan Islam terhadap hudud tetapi bagaimana umat Islam hendak melaksanakannya. Orang bukan Islam tak wajar kalut, dan seharusnya "jaga tepi kain sendiri".

Ianya masalah perlaksanaan hukum hudud serta tanggapan serong tentang Tuan Kecil (Little Napolean) di dalam pentadbiran, atau lebih tepat dalam kerajaan BN yang diterajui Umno.

Kepimpinan Umno-BN tidak dapat, selepas 58 tahun, membawa penutup kepada permasalah hudud ini secara ikhlas dan adil agar kebebasan beragama dapat ditegakkan.

Sikap tidak bertoleransi di dalam agama merupakan intipati pentadbiran hari ini, di mana golongan pentaksub bebas berkata apa sahaja. Malangnya, pendakwaan dan tindakan yang dilakukan berat sebelah.

Adakah tindakan berhujah tentang hudud baik bagi semua rakyat yang cintakan keamanan?

Sudah terlalu banyak diperkata tentang bagaimana Umno-BN bersifat cakap tak serupa bikin. Itu sebabnya dinasor pupus berjuta tahun lalu kerana enggan berubah.

Di dalam Pakatan Rakyat, DAP tidak dapat berubah selari dengan masa dan berfikir di luar kotak dalam isu hudud.

DAP kekal berkeras di dalam menghalang cadangan perlaksanaan hudud, dan imejnya dilihat anti Islam. Jangan salahkan Umno melabel DAP sebagai anti-Islam.

Mengapa DAP tidak boleh berubah? Mengapa tidak DAP menyokong sahaja PAS melaksanakan hudud dengan syarat hanya umat Islam boleh dikenakan kanun jenayah tersebut? Orang bukan Islam tidak sewajarnya diheret sama.

Ya, DAP perlu menegakkan hak semua rakyat Malaysia, terutama apabila ada pihak yang cuba menekan pihak lain di dalam beragama.

Tetapi janganlah sampai DAP dilihat anti-Islam. Fikir secara rasional dan cari solusi masalah ini.

Atau mungkin sikap anti-Islam dan anti-hudud DAP berpunca kurang kepercayaan kepada PAS?

Namun agak aneh kerana DAP berterusan enggan membenarkan PAS dan umat Islam melakukan tuntutan di dalam agama mereka, berkaitan perlaksanaan hukum hudud.

Di satu forum di Pulau Pinang anjuran Suaram, ahli majlis MPPP Syerleena Abdul Rashid disoal bagaimana perasaannya apabila DAP menghalang umat Islam yang mahukan hudud.

Kata beliau: "Saya orang Islam dan menerima pelbagai doktrin agama, dan kerana saya ahli DAP, orang mempersoal samada saya Islam. Secara peribadi, saya fikir kita perlu fokus kepada isu penting di negara ini.

"Mari kita bincangkan sistem pendidikan, sesuatu yang kita sedar dilanda masalah."
Jawapannya dilihat cubaan mengelak tetapi mendapat pujian kerana tidak gentar melayan persoalan tersebut. Tidak adil menyalahkan Syerleena kerana enggan menjawapnya secara terang-terangan.

Terdapat banyak lagi perkara lain yang perlu dipantau pemimpin Malaysia selain hudud. Kita harap jawapan Syerleena didengar semua pemimpin di dalam DAP di dalam membincangkan isu hudud ini.
Tiadakah solusi lebih baik daripada DAP selepas 60 tahun membincangkan hudud di Malaysia?


Siapa ganti Anwar di Parlimen?

Posted: 08 Mar 2015 03:28 AM PDT

 OLEH EILEEN ENG


Persoalan siapa yang bakal dilantik menjadi pemangku Datuk Seri Anwar Ibrahim terus menjadi tanda tanya sementara menunggu rayuan pengampunan beliau daripada Yang di-Pertuan Agong. – Gambar fail The Malaysian Insider, 8 Mac, 2015.Persoalan siapa yang bakal dilantik menjadi pemangku Datuk Seri Anwar Ibrahim terus menjadi tanda tanya sementara menunggu rayuan pengampunan beliau daripada Yang di-Pertuan Agong. – Gambar fail The Malaysian Insider. 



Sidang Dewan Rakyat pertama pada 2015 menyaksikan ketiadaan ketua pembangkang, perkara tidak pernah terjadi dalam sejarah Malaysia, susulan keputusan Jabatan Penjara ‎tidak meluluskan permohonan Datuk Seri Anwar Ibrahim menghadiri pembukaan Parlimen oleh Yang di-Pertuan Agong.

Sebelum ini, tempoh pemilihan jawatan ketua pembangkang yang terganggu separuh jalan akan digantikan secepat mungkin oleh rakan mereka.

Datuk James Wong daripada ‎Parti Kebangsaan Sarawak (Snap) merupakan ketua pembangkang pada Ogos 1974, akan tetapi dua bulan kemudian beliau ditahan mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) untuk tempoh beberapa tahun.

‎Beliau digantikan rakan partinya Edmund Langgu Saga sehingga Snap menyertai gabungan pemerintah Barisan Nasional pada 1976. ‎Insiden sama berlaku kepada pemimpin veteran DAP, Lim Kit Siang, ketua pembangkang paling lama dalam sejarah Malaysia (1975-1999) yang ditahan di bawah ISA selama 18 bulan semasa Operasi Lalang 1987.

‎Pada ketika itu, Ahli Parlimen Bukit Bintang Tan Sri Lee Lam Thye mengambil peranan sebagai pemangku ketua pembangkang sementara pemangku ketua digalas Sim Kwang Yang, juga daripada DAP.

Anwar kini sedang menjalani hukuman penjara lima tahun bagaimanapun keluarganya memfailkan petisyen pengampunan kepada Yang Dipertuan Agong.

Sementara menunggu keputusan petisyen, Anwar masih lagi merupakan ketua pembangkang dan ahli Parlimen Permatang Pauh.

‎Dengan Anwar dihalang daripada menjalankan tugas di Parlimen membangkitkan persoalan siapakah yang akan dilantik menjadi pemangku ketua pembangkang sementara menunggu rayuan pengampunan daripada Agong.

"Kita seharusnya bertemu pada Jumaat akan tetapi (Datuk) Nik Abdul Aziz (Nik Mat) meninggal dunia," kata Lim merujuk kepada kematian mursyidul am PAS pada 12 Februari lalu.

Pemilihan MIC boleh diteruskan

Posted: 08 Mar 2015 03:19 AM PDT

SINAR HARIAN


Datuk Dr S Subramaniam Datuk Dr S Subramaniam
 
 
 
GEORGETOWN - Pemilihan semula parti MIC masih boleh diteruskan walaupun terdapat pihak memfailkan permohonan semakan kehakiman bagi membatalkan arahan Pendaftar Pertubuhan (RoS) itu.
  
Timbalan Presiden MIC, Datuk Seri Dr S Subramaniam berkata, parti berkenaan boleh terus berbuat demikian melainkan jika mahkamah mengarahkan sebaliknya.
  
Beliau berkata, pemilihan semula parti itu perlu dilakukan segera bagi mengelak pendaftaran MIC dibatalkan, sekali gus merugikan masyarakat India di negara ini.
  
"Saya sering menyatakan bahawa sebenarnya ini adalah cerita sedih dan melepaskan peluang yang ada.
  
"Kita boleh menghentikannya dengan pelbagai cara sepanjang proses ini, malangnya dalam setiap peringkat, kurang tindakan sehingga menjadi teruk dan sekarang bertambah buruk apabila dibawa ke mahkamah," katanya kepada pemberita selepas mengadakan pertemuan dengan cawangan-cawangan MIC Pulau Pinang, di sini hari ini.  
  
Krisis dalaman MIC tercetus selepas RoS membatalkan pemilihan bagi jawatan tiga naib presiden dan 23 anggota Jawatankuasa Kerja Pusat (CWC) pada Perhimpunan Agung MIC di Melaka pada November 2013.
  
Dalam surat bertarikh 5 Disember 2014, RoS mengarahkan MIC mengadakan pemilihan semula bagi jawatan berkenaan dalam tempoh 90 hari.
  
Presiden MIC, Datuk Seri G Palanivel, pada 14 Februari lepas, meminta RoS menarik balik semua surat kerana mendakwa ia bercanggah dengan perlembagaan parti dan
akta pertubuhan serta mengancam mengambil tindakan undang-undang jika RoS tidak berbuat demikian.
  
Mengulas lanjut, Dr Subramaniam menegaskan Palanivel bertanggungjawab untuk menyelesaikan krisis yang dihadapi MIC ketika ini dan tidak sepatutnya membiarkan perkara itu berlarutan sehingga boleh menjejaskan parti itu.
  
Ditanya siapa yang bertanggungjawab memimpin parti itu ketika ini, beliau berkata: "CWC...ini satu-satunya badan yang dinyatakan oleh RoS untuk berbuat demikian...malah, CWC juga boleh bertindak melantik jawatankuasa dan melaksanakan pemilihan semula parti". - Bernama


Harun Salim Bachik meninggal dunia

Posted: 08 Mar 2015 03:17 AM PDT

Harun Harun Salim Bachik



PELAWAK tanah air, Harun Salim Bachik atau nama sebenarnya Haron Aminar Rashid Salim meninggal dunia selepas rebah di hentian Rehat dan Rawat di Bukit Merah Lake Town, Perak petang tadi.

Mengesahkan berita tersebut, rakannya, Afdlin Shauki berkata, kejadian berlaku sewaktu Allahyarham sedang dalam perjalanan dari Pulau Pinang menuju ke Kuala Lumpur.


"Innalillah.. Tolong doakan dan sedekahkan al-fatihah untuk sahabat saya yang telah pulang ke rahmatullah. Dia bukan saja kawan baik, berbakat tetapi sangat baik orangnya dan meninggalkan keluarganya yang tersayang.

"Semoga ALLAH SWT meletakkan beliau bersama roh orang-orang yang baik... Assalammualaikum abangku," katanya seperti yang dipetik menerusi Facebooknya.
Menurut Afdlin lagi, ketika kejadian, Allahyarham turut ditemani anaknya.

Jenazahnya bakal dikebumikan di kediamannya di Desa Pandan, Kuala Lumpur.


Jho Low dakwa PM lulus pinjaman AS$500 juta 1MDB kepada PetroSaudi, lapor Sarawak Report

Posted: 07 Mar 2015 10:38 PM PST

THE MALAYSIAN INSIDER


Laporan yang disiarkan oleh Sarawak Report berkenaan dakwaan ahli perniagaan Low Taek cuba memintas Bank Negara Malaysia (BNM) bagi kelulusan pinjaman 1MDB keada PetroSaudi. – Gambar sarawakreport.org, 8 Mac, 2015. Laporan yang disiarkan oleh Sarawak Report berkenaan dakwaan ahli perniagaan Low Taek cuba memintas Bank Negara Malaysia (BNM) bagi kelulusan pinjaman 1MDB keada PetroSaudi. – Gambar sarawakreport.org.



Dalam usaha mempercepatkan pinjaman AS$ 500 juta 1Malaysia Development Berhad (1MDB) kepada PetroSaudi International (PetroSaudi) pada 2010, ahli perniagaan Low Taek Jho didakwa cuba memintas Bank Negara Malaysia (BNM) dengan mendakwa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak meluluskan pinjaman, menurut maklumat Sarawak Report hari ini.

Jho Low didakwa memberitahu PetroSaudi kelulusan BNM untuk pinjaman tidak diperlukan kerana ia akan menyebabkan "kelewatan",kata Sarawak Report, memetik email antara tokoh-tokoh yang terlibat dalam perjanjian itu.

Dalam perbualan dikatakan antara Low dengan Pengarah PetroSaudi Patrick Mahony melalui BlackBerry Messenger pada 2010. Ahli perniagaan itu berkata "Kementerian Kewangan meluluskan (pinjaman). Bukan BNM kerana kita tidak fikir BNM diperlukan."

Low juga mendakwa "PM yang juga FM (menteri kewangan)" menandatangani pinjaman itu sendiri, walaupun Mahony mengulang permintaan bagi penjelasan rasmi tentang mengapa kelulusan BNM tidak diperlukan. "Dakwaan ini muncul bagi mengesahkan perdana menteri terlibat sepenuhnya dalam rundingan ini dan secara peribadi menandatangani pinjaman oleh 1MDB untuk PetroSaudi, tanpa diluluskan oleh Bank Negara," tulis Sarawak Report.

"Ia juga mengesahkan Jho Low bertindak sebagai wakil di antara perdana menteri /menteri kewangan mengenai perkara tersebut dengan PetroSaudi."

Laman web itu menambah "pakar-pakar dikaitkan dengan Bank Negara" mengesahkan Low bersalah dan BNM sepatutnya diberitahu mengenai pinjaman itu.

Sarawak Report berkata Low juga memberitahu Mahony yang 1MDB akan bertanggungjawab sepenuh ke atas pinjaman, walaupun syarikat pelaburan strategik hampir tidak terlibat dalam perbincangan.

Mahony kemudian menghantar semua perbualan melalui e-mel kepada Pengarah PetroSaudi Tarek Obaid, sambil menambah tarikh sepadan dengan perjanjian pinjaman Murabaha  AS$500 juta antara 1MDB dan PetroSaudi pada 26 Julai 2010.

Sarawak Report berkata tidak jelas sama ada kelulusan BNM kemudiannya diperolehi tetapi ia menimbulkan persoalan ambil alih Najib dalam perjanjian itu.

"Ia menimbulkan persoalan mengapa menteri kewangan dan lembaga menandatangani tanpa menyemak perkara itu dengan Bank Negara, memandangkan ia diperlukan?

"Keseluruhan pertukaran sekali lagi memusnahkan segala cadangan yang Jho Low hanya terlibat berperanan sebagai perunding apabila ia melibatkan rundingan antara PetroSaudi dan 1MDB," tulis Sarawak Report.

Ia berkata minat Low faedah urusan itu didedahkan selepas dokumen mendedahkan sebanyak AS$ 160 juta pinjaman dihantar ke akaun syarikat Good Star, yang didakwa dikawal beliau.

Kaitan 1MDB dengan PetroSaudi diketahui hujung minggu lalu selepas Sarawak Report mendakwa Low merancang usaha sama pada 2009 di antara kedua-dua syarikat untuk menyalurkan AS$700 juta daripada 1MDB.

Sarawak Report mendakwa PetroSaudi bersetuju untuk bertindak sebagai "wakil"  bagi pihak Low dalam urus niaga seterusnya, dan firma itu tidak mempunyai kekayaan atau asetnya sendiri.

Usaha sama itu gagal hanya enam bulan kemudian, tetapi 1MDB terus menjalankan urus niaga dengan PetroSaudi, dan meminjamkan lagi AS$ 500 juta pada 2010, dan AS$300 juta pada Mei 2011, atas sebab-sebab yang tidak pernah didedahkan.

Pendedahan Sarawak Report mendorong ahli politik pembangkang, bekas pemimpin Umno dan badan-badan anti-rasuah menuntut siasatan menyeluruh ke atas 1MDB, dan memberi tekanan kepada Najib, yang juga menteri kewangan dan pengerusi lembaga penasihat 1MDB.

Najib pada Rabu mengarahkan Ketua Audit Negara menyemak akaun 1MDB selepas Kabinet diberi taklimat mengenai akaun syarikat dan diberitahu tuduhan terhadapnya adalah berkaitan urus niaga dengan pihak ketiga seperti PetroSaudi.

Dalam kenyataan yang sama, Najib berkata selepas taklimat oleh 1MDB dan juruauditnya Deloitte, Kabinet melahirkan keyakinan tiada salah laku dalam 1MDB serta keinginan agar syarikat terus dibenarkan melaksanakan hasil cadangan kajian strategiknya.

‘Saya malu, pasukan ditaja tiada padang latihan’

Posted: 07 Mar 2015 10:29 PM PST

SINAR HARIAN
 

 Terengganu Pemain Terengganu, Paulo Rangel (kiri) berjaya mengelirukan pemain Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Obbina Nwaneri dalam perlawanan Liga Super di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah di Kuala Terengganu , malam tadi. - Foto Bernama
 
 
 
JURULATIH Terengganu, Abdul Rahman Ibrahim mengakui kegagalan anak buahnya meraih tiga mata penuh ketika menentang Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dalam saingan Liga Super di sini malam tadi, berpunca daripada kelemahan mental pemainnya.
 
Malah, Abdul Rahman juga tidak menolak faktor peralihan padang latihan kepada padang rumput tiruan yang menyebabkan pemain terpaksa mengerah lebih tenaga, telah menjejaskan corak permainan mereka.
 
"Saya lihat pemain hanya mampu bertahan sekitar 70 minit. Baki masa selebihnya, mereka keletihan kerana latihan di padang rumput tiruan memerlukan tenaga yang banyak dan kita belum biasa dengan padang (rumput tiruan) itu.
 
"Saya rasa malu, pasukan yang ditaja oleh kerajaan negeri sepenuhnya tidak ada (disediakan) padang untuk latihan," katanya kepada pemberita selepas perlawanan itu, di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah di Kuala Terengganu.
 
Pada masa ini, pasukan Terengganu terpaksa menjalani latihan di padang rumput tiruan berikutan padang rumput biasa yang digunakan untuk sesi latihan sebelum ini, sedang menjalani proses pengubahsuaian.

Pada perlawanan tersebut, Terengganu gagal memanfaatkan beraksi di laman sendiri apabila sekadar seri 2-2 menentang ATM.
 
Biarpun skuad Penyu mendahului 2-0 ke atas ATM yang diberi jolokan 'The Gladiators' pada satu ketika hasil jaringan penyerang import kelahiran Brazil, Paulo Rangel pada minit ke-32 dan 48, kedudukan itu tidak bertahan lama iaitu selepas 60 minit permainan.
 
Penyerang import ATM, Jerry Nelson Palacios pantas mengambil peluang menjaringkan gol pertama pada minit ke-68, sebelum Christie Jayaseelan menyamakan kedudukan selang lima minit kemudian ekoran kealpaan barisan pertahanan Terengganu.
 
Sementara itu, jurulatih ATM, B. Sathianathan berkata keputusan seri itu telah meningkatkan semangat pemain, selepas mereka tewas tiga perlawanan sebelum ini, daripada empat perlawanan.
 
"Keputusan ini (seri) menunjukkan tanda-tanda ATM akan kembali bangkit dan saya meminta pemain mengekalkan momentum permainan untuk perlawanan seterusnya," kata beliau. - Bernama


Tak ada cubit puting seperti Shafee sebut

Posted: 07 Mar 2015 10:21 PM PST

MALAYSIAKINI


 



Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah nampaknya telah "menyedapkan lagi" keterangan secara tertutup yang diberikan oleh Mohd Saiful Bukhari Azlan dalam kes liwat melibatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Dalam ceramah pertamanya dalam siri jelajahnya pad 17 Februari, seminggu selepas Mahkamah Persekutuan mengekalkan sabitan dan hukuman penjara ke atas ketua pembangkang itu, Shafee yang dilantik oleh kerajaan untuk mengendalikan pendakwan kes itu, berkata: "Anwar mencubit-cubit dia punya puting".

Shafee menceritakan perkara itu yang didakwa berlaku sebelum kejadian liwat tersebut, kepada hadirin di ceramahnya di Kelana Jaya, yang telah disiarkan secara langsung.

Turut hadir ialah Ketua Pemuda Umno Malaysia, Khairy Jamaluddin, yang mempertahankan hak peguam itu menceritakan kes itu kepada orang awam.

Malaysiakini telah menyemak transkrip mahkamah bagi prosiding secara tertutup itu dan mendapati tidak ada insiden mencubit itu disebut.
          
Satu-satunya bahagian yang menyebut tentang puting Saiful dalam kes itu ialah apabila doktor Hospital Kuala Lumpur memberi keterangan menggunakan swab kapas untuk mendapatkan sampel dari putingnya.

Semasa forum awam itu, Shafee berkata Anwar telah meminta Saiful membawa beberapa dokumen ke satu unit di kondominium Desa Damansara di Kuala Lumpur sehari sebelum kejadian itu.

Bagaimanapun, semakan ke atas transkrip mahkamah itu mendapati Anwar tidak mengarahkan Saiful secara langsung ataupun ada sebarang arahan dari sesiapa kepada Saiful sehari sebelum kejadian liwat itu, untuk mengambil dokumen itu.

Transkrip dari mahkamah dan keterangan saksi-saksi mendedahkan bahawa Anwar memberitahu ketua kakitangan, Ibrahim Yaacob pada hari yang sama dengan kejadian itu - 26 Jun 2008 - bahawa dia telah tertinggal beberapa dokumen di pejabat dan meminta seseorang untuk menghantarnya.

Ibrahim kemudian mengarahkan Saiful untuk menghantar dokumen-dokumen itu ke unit kondo tersebut.


‎Sementara  itu, dalam respons ringkasnya kepada pertanyaan Malaysiakini berhubung perkara itu, Shafee berkata: "Baca keseluruhan rekod rayuan, anda akan menemuinya! Begitu jelas sekali keterangan itu!"
 
 

Ada ambil kesempatan sempena pemilihan PAS'

Posted: 07 Mar 2015 10:19 PM PST

MALAYSIAKINI



 
 
 
PAS mendakwa terdapat pihak mengambil kesempatan menjelang pemilihan parti itu Jun depan dengan tindakan ganas menyerang dan membakar kereta pemimpin PAS.

"PAS sedar ada pihak yang sedang menangguk di air keruh sempena pemilihan parti di Jun," kata naib presidennya Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man
.
Beliau menyeru ahli dan pemimpin PAS supaya tidak memberi peluang kepada kumpulan itu mengeruhkan keadaan.

Katanya, sebagai parti Islam yang menerima demokrasi, mereka patut menunjukkan ketinggian disiplin, akhlak, sikap kerterbukaan melebihi parti-parti lain.

Tonjolkan kebaikan diri, dan hormatilah saingan masing-masing tanpa perlu melakukan apa-apa di luar batas disiplin parti.," katanya.

Setakat ini dua anggota jawatankuasa pusat PAS menjadi mangsa keganasan, iaitu  Dr Dzulkefly Ahmad yang diserang dengan objek keras di bahagian muka dan Dr Hatta Ramli yang keretanya dibakar di hadapan rumah.

Dalam kenyataannya hari ini, Tuan Ibrahim serangan kepada ahli politik pembangkang mengingatkan kepada tragedi hampir sama dalam tahun 60-an, apabila Abdul Samad Gul ditetak sekembalinya daripada ceramah.

"Dalam era politik kini, insiden begini tidak sepatutnya berlaku.
Ia menggambarkan masih wujud suasana tidak selamat di kalangan ahli politik," katanya.

Pemilihan PAS yang akan berlangsung beberapa bulan lagi dilihat antara yang terpanas dalam sejarah parti Islam itu setakat ini. 
 
 

'Tak timbul soal berpecah jika cabar Hadi'

Posted: 07 Mar 2015 10:14 PM PST

MALAYSIAKINI


 


Tidak timbul soal perpecahan jika ada pihak ingin mencabar jawatan presiden pada Muktamar Tahunan ke-61 PAS Pusat Jun depan, tegas Timbalan Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa.

Beliau berkata, ada kemungkinan berlaku pertandingan pada pemilihan kali ini walaupun ada yang menyatakan jawatan presiden yang disandang Datuk Seri Abdul Hadi Awang tidak perlu dicabar.

Menurut Mujahid secara tradisinya jawatan presiden PAS memang tidak pernah dicabar selepas zaman bekas presiden parti Islam itu Tan Sri Asri Muda yang meletak jawatan pada Oktober 1982.

"Tetapi masa berlalu, ahli (PAS) lebih matang. Apabila ada satu pencalonan untuk kerusi presiden, walaupun dianggap tidak pernah dibuat, tetapi secara perlembagaan ia bukan satu kesalahan kerana PAS mengamalkan demoraksi," kata Mujahid kepada pemberita di George Town hari ini.

Beliau berkata cabaran untuk jawatan presiden mungkin berlaku kerana ahli mengharapkan pemimpin yang boleh membawa hasrat parti dalam keadaan sekarang.

"Faktor Pakatan Rakyat (PR) juga mempengaruhi trend pencalonan seolah-olah ada dalam PAS yang melihat PR perlu dikekalkan dan untuk mengekalkannya, ia memerlukan pemimpin yang dinamik, terbuka dan boleh bekerjasama dengan rakan sekutu," katanya.

Mujahid, yang juga anggota Parlimen Parit Buntar berpendapat pertandingan jawatan presiden harus diterima secara terbuka dan memahami semangat serta pengaruh perlembagaan parti yang mengamalkan pemilihan secara demokratik.

Ditanya mengenai kebimbangan berlaku pergolakan dalam parti jika jawatan presiden dicabar, Mujahid berkata ia perkara biasa dalam mana-mana parti.

"Begitulah tanggapannya akan berpecah...tetapi apabila memahami secara matang kita bertanding, kalau menang maka kemenangan itu adalah atas pemilihan perwakilan, kalau kalah juga ia atas pemilihan pewakilan.

"Jadi kalau kita kata demokrasi, kita bersedia untuk menang dan kalah. Tidak timbul soal nak pecah.

"Saya tidak bersetuju kalau selepas pertandingan menjadikan parti itu pecah, dan juga tidak bersetuju atas alasan itu kita kata jangan bertanding.

"Kita harus kembali kepada semangat bersaing," katanya. - Bernama


 

Nik Nazmi ditangkap kerana 'Kita Lawan'

Posted: 07 Mar 2015 10:05 PM PST

MALAYSIAKINI


 


Exco kerajaan Selangor Nik Nazmi Nik Ahmad ditahan polis selepas hadir ke ibu pejabat polis daerah (IPD) Dang Wangi, Kuala Lumpur hari ini.

"(Beliau) dibawa ke balai polis Jinjang, akan ditahan reman hingga esok," kata Pengarah Komunikasi PKR Fahmi Fadzil melalui Twitter.

Nik Nazmi ditahan bawah Seksyen 9(5) Akta Perhimpunan Aman (PAA) dan Seksyen 143 Kanun Keseksaan berkaitan perhimpunan haram.

Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seri Setia itu pagi ini hadir untuk memberi keterangan berhubung perhimpunan setiakawan dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim di ibu negara semalam.

Peguamnya Melissa Sasidaran (kanan) berkata Nik Nazmi ditahan pada jam 12.20 tengah hari tadi kerana gagal memberikan notis 10 hari sebelum demonstrasi "Kita Lawan", seperti diperuntukkan dalam PAA.

Sementara itu, isteri beliau Imaan Abdul Rahim berkata sudah menjangkakan tangkapan akan dibuat ke atas suaminya.

"Ini sudah dijangka, kini kita mendoakan yang terbaik," kata  isteri kepada ketua Pemuda PKR (AMK) itu.

Semalam pemimpin AMK Saifullah Zulkifli turut ditahan polis di Masjid Jamek, Kuala Lumpur.

Ribuan orang hadir dalam perhimpunan di ibu negara semalam bagi menyatakan setiakawan dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dipenjara di Sungai Buloh atas kesalahan meliwat. 


Tok Guru beraksi!

Posted: 07 Mar 2015 10:01 PM PST


SELEPAS Asar pada petang 24 Oktober 2001, hari terakhir penggambaran peringkat pertama, kami telah berpeluang membuat penggambaran Tok Guru di kebunnya yang terletak tidak jauh daripada rumahnya.

Tok Guru ke kebun membawa sebilah parang panjang dan selaras senapang patah. Dengan memakai baju T putih, berseluar panjang, berkain pelekat, berkopiah dengan sepasang boot getah, Tok Guru menyusuri jalan sunyi kampung menuju ke kebunnya.

Selain menebas semak samun di kebun, Tok Guru juga akan menembak tupai-tupai yang sering memakan buah kelapa dan buah-buahan lain di kebunnya itu.

Walaupun aku dan Dinsman cuba sedaya mampu sepanjang penggambaran ini tidak meminta Tok Guru beraksi atau melakonkan pergerakan dan rutin hidup hariannya tetapi ketika membuat penggambaran Tok Guru menebas dan menembak tupai di kebunnya, aku telah melanggar pantang yang kami setujui bersama sebelum ini.

Ada dua shot Tok Guru diminta beraksi. Atas permintaan jurukamera, Tok Guru diminta untuk menghalakan muncung senapangnya ke arah kamera. Shot kedua ialah shot yang aku minta supaya Tok Guru mengayunkan parangnya betul-betul dari depan kamera sehingga ke arah atas kamera.

Aku tunjukkan kepada Tok Guru aksi yang aku mahu rakamkan. Selepas sekali rehearsal, Tok Guru sudah faham pergerakan yang aku mahukan. Bila jurukamera sudah bersedia, aku pun laungkan ungkapan sejagat pengarah filem seantero dunia – action!

Itulah kali pertama dan terakhir aku mengarah Tok Guru. Itu jugalah momen paling mahal buat aku sebagai pengarah filem. Aku pasti tidak akan lupa sehingga bila-bila.
Penggambaran sekuen Tok Guru berkebun banyak meninggalkan kenangan kepada aku dan Dinsman.

Kami menyaksikan bagaimana yakin dan pasrahnya seorang hamba ALLAH kepada Sang Penciptanya. Kami diberitahu selalunya Tok Guru seorang diri akan ke kebunnya yang terletak tidak jauh daripada rumahnya itu. Membersihkan dan menebas semak belukar di kebunnya kadang-kadang sehingga satu atau dua jam tanpa ada pengawal keselamatan.

Aku dan Dinsman terfikir di kebun yang sunyi dan berbelukar ini sentiasa membuka peluang kepada mereka yang berniat jahat untuk melakukan sesuatu tidak baik kepada Tok Guru.

Perasaan yang kami rasakan ini dicatatkan oleh Dinsman dalam majalah Tamadun, edisi November 2001 – sambil melihat Tok Guru Menteri Besar yang berbadan kecil itu menebas-nebas pohon renek atau memotong ranting-ranting pokok - saya membayangkan  di hari-hari lain apabila dia berbuat demikian bersendirian – "ah, orang ini memang betul-betul pasrah," bisik hati kecil saya.

Saya menyatakan perasaan hati saya kepada Nasir. Rupanya Nasir pun sedang memikirkan hal yang sama. Dan kemudian  apabila Nasir menyatakan rasa keprihatinan kami itu kepada Tok Guru, kata Nasir, Tok Guru senyum mendengarnya.

Tok Guru berkata kepada aku, "kito ado ALLAH!" Satu lagi pengalaman yang sukar aku dan Dinsman lupakan ialah insiden ketika lawatan Tok Guru ke Tok Bali, pekan di pinggir pantai jajahan Pasir Putih.

Lawatan Tok Guru untuk melihat perkembangan Tok Bali yang dirancangkan menjadi pusat pendaratan ikan terbesar. Menurut Pok Ya, pegawai pengawal peribadi Tok Guru memberitahu Dinsman yang Tok Guru akan bertolak sendiri terus daripada rumahnya pada jam 8 pagi.

Tidak bersama dengan rombongan Menteri Besar dari kompleks pejabat Menteri Besar di Kota Darulnaim yang bakal bertolak jam 8.45 pagi. Kami membuat keputusan untuk pergi sendiri dan bertemu Tok Guru dekat jambatan yang merupakan landmark atau mercu tanda di Tok Bali.

Kami tiba jam 9 pagi dan terus mencari Tok Guru dan Pok Ya  di jambatan yang dijanjikan. Tetapi kelibat Tok Guru dan Pok Ya tidak kelihatan. Kami bergerak ke arah jalan menghala ke sungai di bawah jambatan kerana aku ingin merakam establishing shot.

Alangkah terkejutnya kami bila ternampak Pok Ya melambai-lambai kami dari sebuah kedai kopi kampung berdekatan. Tok Guru sedang bersarapan sambil menikmati suasana pagi yang segar dan tenang dengan Pok Ya dan drebarnya di bahagian depan kedai kopi.

Pengalaman ini dinukilkan oleh Dinsman dalam majalah Tamadun, edisi yang sama seperti berikut – Suasana sungguh tenang. Tidak ramai orang di kedai kopi itu. Hanya ada dua orang lain di bahagian dalam kedai. Di luar kedai kelihatan dua ekor kambing sedang berjalan cari makan.

Beberapa ekor kucing bermain di bawah meja. Sememangnya aku kagum dengan cara hidup Tok Guru yang tidak banyak kerenah dan tidak mementingkan protokol. Aku lihat Tok Guru sungguh cool dan so sweet – meminjam kata-kata anak muda sekarang.

Paling menarik perhatian aku ialah rakyat Tok Guru pun cool tidak kecoh-kecoh dengan kehadiran Tok Guru di kedai kopi itu. Sepanjang penggambaran dokumentari ini, aku lihat suasana sebegini bukan di Tok Bali sahaja. Di mana-mana pun Tok Guru berinteraksi bebas dengan rakyat.

Suasana serupa aku saksikan ketika  melakukan penggambaran peringkat kedua pada 28 November 2001 bersamaan 12 Ramadan 1422. Di masjid sebuah kampung di kawasan Pantai Cahaya Bulan, sebelum berbuka puasa Tok Guru memberi tazkirah seperti lazimnya di mana-mana masjid di Kelantan ketika bulan Ramadan.

Selepas berbuka puasa dengan sedikit kuih, Tok Guru mengimamkan solat Maghrib. Seusai solat Maghrib baharulah Tok Guru dan jemaah lain menikmati makanan yang berat. Aku lihat Tok Guru relaks sahaja makan nasi bungkus dan duduk bersila bersama jemaah lain.

Tiada hidangan khusus dan istimewa untuk Tok Guru. Memang sempoi dan mengusik hati aku melihat mudah dan santainya Tok Guru bergaul mesra dengan rakyatnya. Suasana ini berjaya kami rakamkan tanpa disedari oleh Tok Guru.

Memang benar kata pepatah Melayu, ular menyusur akar tidak akan hilang bisanya. Jangan seperti ular lidi memanjat dahan yang tinggi tetapi tetap tidak berbisa. Contoh kehidupan yang diamalkan oleh Tok Guru banyak mengajar aku apa itu zuhud dan kesederhanaan dalam menjalani hidup yang sementara di dunia ini.

Selain berpeluang berinteraksi dengan Tok Guru ketika penggambaran filem dokumentari ini, aku juga berpeluang bertemu dan berinteraksi dengan Tok Guru di beberapa kesempatan yang lain.

Di antaranya, di program perjumpaan dan dialog Tok Guru dengan golongan seniman yang diadakan di Rumah Seri Kelantan, Jalan Stonor, Kuala Lumpur pada 31 Oktober 2002. Aku hadir bersama dengan penyajak dan penulis, Dinsman, Pak Salleh  Bakar dan  Razali Endun, penyanyi Ito Mohd dan Ghani Datuk Talib, gitaris Blues Gang serta kartunis Zunar.

Kami merupakan golongan seniman dan karyawan terawal dan mungkin yang pertama mengorak langkah untuk mendapatkan pandangan dan penjelasan daripada Tok Guru berkaitan kegiatan kesenian melibatkan sastera, nyanyian, muzik, filem, lukisan termasuk kartun dan teater.

Banyak pandangan dan penjelasan menarik daripada perspektif Islam mengenai kegiatan seni dan hiburan dikemukakan oleh Tok Guru dalam sesi dialog itu. Aku akan ceritakan pada minggu depan. InsyaALLAH.

Minggu ini genaplah setahun aku menulis untuk kolum Lantera. Artikel sulung aku, Tiga dekad karyawan rebel tersiar pada 9 Mac 2014. Sejak itu setiap minggu  aku tidak pernah gagal menyumbang tulisan untuk Lantera.

Alhamdulillah, sehingga minggu ini aku masih berupaya berkongsi pengalaman dan pandangan berkaitan penglibatan aku dalam industri filem Melayu dan drama untuk televisyen tempatan kita.


Exco Selangor cabar kepimpinan Umno

Posted: 07 Mar 2015 10:00 PM PST


Dr Daroyah Alwi Dr Daroyah Alwi
 
 
 
SHAH ALAM - Exco Negeri Selangor turut mencabar kepimpinan Umno untuk berani tampil mengisytiharkan harta seperti yang disaran Ketua Umno Cheras, Datuk Seri Syed Ali Alhabshee.

Exco Pelancongan, Alam Sekitar, Teknologi dan Hal Ehwal Pengguna, Elizabeth Wong Keat Ping berkata, pengisytiharan harta sudah dibuat Kerajaan Negeri Selangor sejak tahun 2008 lagi.

"Kita sudah buat lama pun, sejak 2008 lagi kita dah buat. Semua Exco negeri, adun termasuk menteri besar perlu membuat pengisytiharan harta.

"Jika mahu desak Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali buat mengisytiharkan harta, mereka juga patut desak Presiden Umno untuk buat perkara yang sama," katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Menurut Elizabeth, Umno sepatutnya malu kerana PR sudah lama melaksanakan perkara tersebut.

"Pengisytiharan harta ini juga boleh buktikan yang kerajaan negeri selama ini telus dan kita tidak ada masalah pun untuk buat perkara itu kerana memang setiap wakil rakyat perlu mengisytiharkan harta sepertimana yang dicadangkan Dun," katanya.

Dalam pada itu, Exco Kesihatan, Kebajikan, wanita dan Keluarga, Dr Daroyah Alwi berkata, tiada masalah untuk seseorang wakil rakyat itu membuat pengisytiharan harta.
"Menteri besar pun patut isytihar harta dan itu tidak menjadi masalah. Kami Exco pun semua buat pengisytiharan harta termasuk juga dengan Adun. Menteri besar juga sudah memandangkan beliau ialah adun dan juga ahli parlimem," katanya.

Sebelum ini, Syed Ali kesal kerana ada pihak terus mempertikaikan kekayaan keluarga perdana menteri mencabar pemimpin Pakatan mengisytiharkan harta dan beliau mendakwa Azmin dan isterinya 'memiliki aset yang meragukan'.


Zakat kepada bukan Muslim relevan

Posted: 07 Mar 2015 09:56 PM PST


DR MOHD ASRI ZAINUL ABIDIN DR MOHD ASRI ZAINUL ABIDIN
 
 
 
ALOR SETAR - Pemberian zakat kepada mualaf dan bukan Muslim dapat membantu memelihara keindahan Islam berikutan kebelakangan ini Islam sering disalah tafsir malah dituduh sebagai agama yang negatif.

Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin berkata, pendapat yang membolehkan zakat bahagian mualaf diberikan kepada bukan Muslim dengan tujuan dakwah relevan untuk masa kini.

"Jika kita bimbang aktiviti dakwah agama lain menggunakan sumbangan kewangan dan bantuan, mengapa tidak kita mengamalkan pendapat para ulama yang membolehkan pemberian zakat mualaf kepada bukan Muslim untuk menarik minat mereka terhadap Islam," katanya.

Menurutnya, sekiranya institusi zakat memainkan peranan dengan betul, ia dapat membangunkan umat Islam, dakwah Islam dan membina imej masyarakat Islam yang positif.

"Jika zakat diuruskan dengan baik, banyak yang dapat dilakukan," katanya.

Mohd Asri berkata, selain peruntukan zakat kepada bukan Muslim atas nama mualaf, para ulama juga berbeza pendapat tentang peruntukan zakat fakir miskin kepada bukan Muslim.

"Majoriti berpendapat tidak boleh. Dr Yusuf al-Qaradawi mentarjihkan bahawa ia dibolehkan. Antara dalil, Saidina Umar ketika membaca firman ALLAH SWT dalam Surah al-Taubah ayat 60: 'Sesungguhnya sadaqat (zakat) itu untuk golongan fakir, di zamanku mereka itu adalah Ahli Kitab (Yahudi dan Kristian), Riwayat Ibn Abi Syaibah," katanya.

Menurutnya, sarjana fekah sepakat bahawa peruntukan zakat tidak boleh diberikan kepada kuffar yang memerangi Islam atau golongan kafir harbi (Surah al-Mumtahanah 8-9).

"Namun bagi yang tidak memerangi Islam; sama ada warganegara Islam, yang ada perjanjian keamanan dengan kerajaan Islam, anak-anak dan wanita kafir harbi yang bapa mereka memerangi tetapi mereka tidak terlibat, boleh diberikan peruntukan zakat mualaf atau fakir miskin ini," katanya.

Mohd Asri berkata, isu zakat sama ada boleh diberikan kepada bukan Muslim adalah khilafiyyah (perbezaan pendapat) dalam kalangan sarjana fekah.

"Imam al-Syafi'i berpendapat tidak boleh. Pendapat sama dikeluarkan sarjana fekah lain. Disebut dalam karyanya al-Umm: Golongan mualaf (mereka yang dijinakkan hati) sesiapa yang masuk Islam.

Tidak diberikan zakat kepada musyrik untuk menjinakkannya dengan Islam. Jika ada berkata: Ketika peperangan Hunain, Nabi beri kepada sebahagian mualaf kalangan musyrikin. (Jawapan) itu pemberian dari harta fai (harta rampasan) atau harta Nabi SAW sendiri. Bukan harta zakat," katanya.

Menurutnya, pendapat itu menjadi pegangan Mazhab al-Syafi'i. Berdasarkan asas kekufuran itu menghalang bukan Muslim menerima peruntukan zakat.

"Sebahagian menyatakan mereka boleh menerima zakat atas peruntukan 'al-muallafah qulubuhum' iaitu yang dijinakkan hati mereka kepada Islam," katanya.

Mohd Asri berkata, inilah pendapat yang ditarjihkan (dinilai lebih kuat penghujahannya) oleh Dr Yusuf al-Qaradawi, berdasarkan itu, boleh diberikan zakat bahagian mualaf kepada bukan Muslim yang berpengaruh dalam masyarakat diharap pemberian itu menggalakkan dia atau pengikut menerima Islam.

"Pendapat ini disokong pelbagai riwayat yang mana Nabi SAW memberikan kepada pemimpin Arab yang masih kafir seperti Sofwan bin Umayyah," katanya.

Katanya, walaupun Mazhab al-Syafi'i dan selainnya menyatakan mereka yang sudah menganut Islam dan kisah Nabi SAW memberikan harta kepada pembesar Arab (kafir) diambil dari peruntukan selain zakat, ada ayat al-Quran menunjukkan Nabi memberi zakat kepada bukan Muslim.

"Firman Allah: Surah al-Taubah (58-59) Dr Umar Sulaiman al-Asyqar: jelas golongan ini mendapat zakat, pemberian itu untuk menjinakkan hati mereka kepada Islam," katanya.


ATM nafi terlibat bawa peserta #kitalawan

Posted: 07 Mar 2015 09:53 PM PST


ATM nafi terlibat bawa peserta #kitalawan
 
 
 
SHAH ALAM - Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menafikan kenderaan miliknya digunakan untuk membawa peserta perhimpunan #kitalawan seperti yang tersebar di laman sosial Facebook, semalam.

ATM dalam satu kenyataan menegaskan bahawa kenderaan awam yang tertera perkataan 'Feri Sekolah Angkatan Tentera Malaysia' itu sebenarnya adalah milik sebuah syarikat swasta.

"ATM ingin menegaskan bahawa kenderaan tersebut bukan milik ATM. ATM tidak terlibat di dalam aktiviti yang dimaksudkan sepertimana yang telah disebarkan.

"Kenderaan yang dikenal pasti adalah milik syarikat swasta yang menyediakan perkhidmatan Feri Sekolah untuk anak-anak ATM dari kuaters ATM ke sekolah-sekolah dalam kawasan Kuala Lumpur setiap hari persekolahan sahaja," kata kenyataan itu.

Gambar kenderaan terbabit tersebar di laman sosial semalam yang memaparkan kenderaan itu telah digunakan untuk mengangkut peserta-peserta perhimpunan #kitalawan di Dewan Sivik, Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ).

Dalam pada itu, ATM telah menghubungi dan mengesahkan bahawa kenderaan itu telah disewa oleh pengguna awam lain dan perkara di luar kawalan pihaknya.

"Pihak ATM telah mengarahkan syarikat tersebut memberikan penjelasan rasmi beserta laporan berhubung kejadian itu yang telah mencemarkan nama baik ATM dan akan mengkaji semula langkah-langkah serta tindakan susulan," kata kenyataan itu lagi.

Sehubungan itu, ATM menegaskan sekali lagi bahawa kejadian yang tersebar itu tiada kena mengena dengan pasukan keselamatan itu dan menyeru masyarakat agar tidak mempercayai penyebaran maklumat palsu itu.


Kehilangan MH370 dibayangi teori konspirasi

Posted: 07 Mar 2015 09:51 PM PST

SINAR HARIAN

Analisis Berita
 
 
 
HARI ini, 8 Mac genap setahun kehilangan pesawat Malaysia Airlines Penerbangan MH370 dari Kuala Lumpur ke Beijing, dan di sebalik gerakan mencari besar-besaran yang pernah dilancarkan dalam sejarah penerbangan, nasib pesawat Penerbangan MH370 masih menjadi misteri.

Ketika usaha mencari yang diketuai Australia diteruskan di Lautan Hindi, semakin banyak pihak ingin tahu bagaimana dan mengapa pesawat Boeing 777 yang canggih serta membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal boleh hilang dari skrin radar tanpa dapat dikesan.

Rata-rata pihak berkuasa serta pakar penerbangan masih bingung mengenai kehilangan MH370.

Mereka percaya hanya kotak hitam pesawat itu boleh menjelaskan mengapa ia menyimpang daripada laluan penerbangan dan kemudian menghala ke selatan merentasi Lautan Hindi yang luas.

Kurangnya fakta serta kekeliruan yang berlaku di peringkat awal kehilangan MH370 mencetuskan pelbagai andaian yang tidak berasas.

Pada masa yang sama, dalam tempoh yang singkat muncul ramai 'pakar penerbangan' yang tidak diundang melontarkan teori masing-masing mengenai kehilangan MH370.

Pelbagai teori konspirasi mengenai nasib MH370 muncul satu demi satu namun tiada satu pun yang dapat memberikan petunjuk kukuh apa yang sebenarnya berlaku dalam penerbangan MH370 itu. 

PELBAGAI TEORI 

Menjelang setahun kehilangan MH370, muncul lagi teori konspirasi dan yang terkini oleh Jeff Wise, wartawan sains dan penulis.

Beliau mendakwa kononnya pesawat malang itu dirampas atas arahan Presiden Rusia, Vladimir Putin dan diterbangkan ke satu landasan terbang terpencil di Kazakhstan.

Persoalannya ialah mengapa pula Putin mahu merampas kapal terbang Malaysia?   

Pada 3 Mac, seorang juruterbang kanan Boeing 777 mendakwa kononnya‎  MH370 berlegar di ruang udara Pulau Pinang iaitu kampung halaman juruterbang itu seolah-olah mengucapkan selamat tinggal sebelum penerbangan pesawat itu  menjunam ke laut.

Kapten Simon Hardy mengemukakan teori ini berdasarkan data MH370 dan perkara ini telah diterbitkan dalam majalah Flight International serta laman sesawang flightglobal.

Teori Hardy mengingatkan semula kesangsian awal tentang kemungkinan juruterbang MH370 Kapten Zaharie Ahmad Shah dengan sengaja melencongkan pesawat itu.

Bagaimanapun, sehingga hari ini masih belum ada bukti untuk menyokong dakwaan itu.

Pada bulan Disember 2014, bekas Ketua Pegawai Eksekutif sebuah syarikat penerbangan Perancis, Marc Dugain menulis artikel enam halaman yang disiar dalam Paris Match mendakwa kononnya pihak Amerika mungkin telah menembak jatuh MH370 ketika ia terbang menghampiri pangkalan tentera AS di atol Diego Garcia di Lautan Hindi.

Pihak tentera AS didakwa kononnya berbuat demikian kerana cemas pangkalan itu akan diserang ala-9/11.

Tentera AS didakwa telah menyembunyikan insiden itu tetapi kedutaan AS di Kuala Lumpur menyangkal dakwaan ini dan menyatakan tidak ada petunjuk bahawa MH370 telah terbang berhampiran pangkalan tentera Amerika itu.

Mantan perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamed juga mempunyai andaiannya sendiri apa yang mungkin telah berlaku kepada MH370.

Dalam blognya kira-kira dua bulan selepas pesawat itu hilang, beliau menulis "orang tertentu" telah merampas pesawat itu daripada juruterbangnya menggunakan kawalan jarak jauh.

Hujah beliau berdasarkan kepada paten yang diterima oleh Boeing pada tahun 2006 untuk "sistem pendaratan automatik anti pengganas" yang apabila diaktifkan, mengambil alih semua kawalan daripada juruterbang untuk membawa pesawat komersial ke lokasi pendaratan yang ditentukan.

Bagaimanapun, Dr Mahathir tidak menyebut siapa "orang tertentu" itu di sebalik komplot berkenaan. Nampaknya masih belum ada jawapan kepada kehilangan  MH370.

LEBIH BANYAK HIPOTESIS  

Mereka yang muncul dengan teori konspirasi berasa syak dengan semua yang ada dalam MH370 termasuk kargo serta penumpangnya.

Mereka mendakwa kononnya ia membawa kargo berbahaya yang menyebabkan kebakaran di dalam pesawat ataupun melumpuhkan sistem pengendalian kapal terbang.

Antara kargo MH370 ialah bateri lithium ion yang mudah terbakar. Apakah bateri itu ada kaitan dengan nasib pesawat itu seperti kebakaran yang berlaku dalam pesawat South African Airways, penerbangan 295 pada tahun 1987?

Mereka juga mendakwa kononnya 20 petugas firma semi-konduktor berpangkalan di Texas sebagai dalang kerana peralatan yang mereka bawa mempunyai  kemampuan menyekat radar. Peralatan yang dihasilkan sendiri oleh firma itu didakwa kononnya telah melumpuhkan sistem MH370.

Bagaimanapun, tanpa pemeriksaan suara kokpit dan perakam data serta bangkai pesawat, teori-teori ini boleh diibaratkan sebagai serkap jarang semata-mata.    

Ada juga yang menuding jari kepada dua penumpang rakyat Iran yang menaiki pesawat itu menggunakan dokumen perjalanan palsu.

Adakah mereka pengganas yang merampas pesawat untuk membawanya ke destinasi yang tidak diketahui atau mensabotajnya.

Interpol kemudiannya mendedahkan kedua-dua orang itu tidak mempunyai sebarang kaitan dengan mana-mana kumpulan pengganas. Mereka berdua hanyalah dalam perjalanan untuk mendapatkan suaka di Eropah.

Ada juga yang membuat teori kelakar seperti kapal terbang itu dirampas makhluk asing. Seorang bomoh Malaysia mendakwa kononnya MH370 dirampas orang bunian dan berada di awang-awangan. Semua ini menjadikan tragedi sedih MH370 sebagai bahan lawak jenaka.

DOKUMENTARI DAN FILEM MENGENAI MH370

Hanya dua bulan selepas MH370 hilang, muncul treler filem penuh kontroversi mengenai nasib pesawat itu di Pesta Filem Cannes yang dihasilkan pengarah India, Rupesh Paul.

Laporan CNN dengan tepat menggambarkan respons terhadap treler filem bertajuk "The Vanishing Act: The Untold Story of the Missing Malaysian Plane" itu.

Kata CNN, "Sekiranya ada anugerah di Pesta Filem Cannes untuk pengeluaran filem yang begitu memalukan, sudah tentu ia akan dimenangi pengeluar filem seram baru yang menceritakan kisah 'sebenar' pesawat Malaysia Airlines yang masih hilang."

Dokumentari The National Geographic mengenai MH370 lebih berhati-hati dalam menggambarkan semua kemungkinan termasuk kegagalan struktur kapal terbang  itu.

Bagaimanapun, ia masih tidak dapat menjawab apa yang sebenarnya berlaku dalam MH370.

Memandangkan semakin ramai yang ingin tahu tentang kehilangan MH370 yang penuh misteri itu, lebih banyak teori konspirasi dijangka muncul pada masa hadapan atau sehingga kotak hitam dan perakam data penerbangan dijumpai.

Amat menarik apabila banyak juga teori konspirasi yang menyamakan kehilangan MH370 dengan teori konspirasi berhubung pembunuhan Presiden AS, John F.Kennedy termasuk kerajaan telah menyembunyikan maklumat penting selepas insiden itu.

Justeru jangan terkejut sekiranya teori konspirasi MH370 berterusan pada masa akan datang seperti mana teori konspirasi di sebalik pembunuhan John F Kennedy berlarutan selama lebih lima dekad. 

RUANGAN SISI DETIK-DETIK TERAKHIR MH370 

MH370 berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur di Sepang pada pukul 12.41 pagi menuju Beijing dengan 227 penumpang dan 12 orang anak  kapal.

MH370 adalah penerbangan perkongsian kod dengan China Southern Airlines. Pesawat jenis Boeing 777-200 ER itu dipandu juruterbang veteran, Zaharie Ahmad Shah.

Penumpangnya termasuk 153 warga China, 38 (Malaysia), 12 (Indonesia), enam (Australia), tiga (Perancis), empat (Amerika), dua (Ukraine), dua (New Zealand), dua (Kanada), dan masing-masing seorang dari Rusia, Taiwan, Itali, Belanda dan Austria.

Belum sampai sejam penerbangan, ketika pesawat itu menghampiri Igari Waypoint di mana ia akan diserahkan kepada kawalan trafik udara Ho Chi Minh City, ia hilang daripada skrin radar. 

"Good night Malaysian three seven zero" adalah perkataan terakhir datang daripada kokpit. Tidak ada isyarat kecemasan dipancarkan.

Kapal terbang itu kemudiannya dikesan oleh radar tentera Malaysia apabila ia melencong dari laluan penerbangannya dan melintasi Semenanjung Malaysia dan menghala ke Laut Andaman.

Ping komunikasi antara pesawat dan rangkaian satelit membuat rumusan pesawat itu terus terbang sehingga pukul 8.19 pagi ke arah selatan Lautan Hindi.   

Bagaimanapun, lokasi sebenar masih belum dapat ditentukan. Gerakan mencari yang melibatkan banyak negara dikerahkan tetapi tidak berhasil.

Australia mengetuai peringkat kedua gerakan mencari MH370 dan kosnya dilaporkan semakin melambung. - Bernama


Rakyat Malaysia wanita terkaya di Australia

Posted: 07 Mar 2015 09:44 PM PST

SINAR HARIAN

Rakyat Malaysia wanita terkaya di Australia
 
 
 
MELBOURNE - AUSTRALIA . Rakyat Malaysia, Vicky Teoh, yang memiliki kekayaan dianggar berjumlah A$938 juta, sekali lagi dinobatkan sebagai Wanita Paling Kaya Di Australia Melalui Usaha Sendiri oleh majalah BRW (Business Review Weekly).

Vicky, 57, dan suaminya, David Teoh, 58, berhijrah dari Malaysia pada 1986 dan mengasaskan TPG Telecom.

Menurut BRW, Vicky memiliki sebahagian besar saham TPG dan memainkan peranan aktif dalam penubuhan perniagaan baharu keluarga itu seperti Oscar Wylee, yang terlibat dengan perniagaan runcit cermin mata secara dalam talian.

Kekayaan peribadi keluarga Teoh itu meningkat hampir sekali ganda pada tahun lepas kepada A$2 bilion (RM5.7 bilion), daripada A$1.06 bilion (RM3.0 bilion) sebelumnya.

Senarai Wanita Terkaya BRW itu, yang diterbitkan bersempena sambutan Hari Wanita Antarabangsa, menonjolkan 30 wanita paling kaya di Australia melalui usaha sendiri.

Menurut majalah itu, untuk layak disenaraikan dalam senarai berkenaan, seseorang wanita mestilah berusaha sendiri untuk meraih kekayaan, bukan dengan mewarisinya daripada generasi terdahulu.

Jutawan perlombongan, Gina Rinehart tidak dimasukkan dalam senarai itu kerana beliau mewarisi kekayaan daripada bapanya, Lang Hancock, walaupun wanita itu mencapai kejayaan besar dalam perniagaan.

Jika digabungkan kekayaan yang dimiliki 30 wanita yang terdapat dalam senarai itu, jumlahnya ialah A$5.4 bilion (RM15.3 bilion), bertambah daripada$4.5 bilion (RM12.8 bilion) pada 2014, dengan setiap individu mencatat peningkatan kekayaan.

Wanita kedua paling kaya selepas Vicky Teoh ialah Charlotte Vidor dari Toga Hotels Group, yang memiliki kekayaan dianggarkan berjumlah A$360 juta (RM1.02 bilion). - Bernama


Tiada ulasan: