Isnin, 30 Mac 2015

DIALOG RAKYAT

DIALOG RAKYAT


Bung: Nasib baik polis tak acu pistol ke kepala

Posted: 30 Mar 2015 08:56 AM PDT

MALAYSIAKINI


 


Perbahasan panas berlangsung di Parlimen berhubung perhimpunan Kita Lawan.

Anggota Parlimen Umno Bung Mohtar Radin berkata di sesetengah negara, polis sudah pun mengacukan senjata masing-masing.

Wakil rakyat Kinabatangan itu mengeluarkan kenyataan itu ketika bertegang urat dengan wakil PKR daripada Kapar G Manivanan.

Bung membidas pembangkang susulan kritikan terhadap polis berhubung siasatan dan tangkapan terhadap pemimpin Pakatan Rakyat dan aktivis.

Katanya pembangkang bernasib baik kerana Pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) tidak menggunakan senjata untuk menyuraikan perhimpunan.

Bung berhujah, pembangkang sering membuat masalah dengan perhimpunan mereka tetapi apabila polis bertindak, mereka mendakwa polis kejam dan menyalah guna kuasa.

Katanya, di negara lain, sewaktu penguatkuasaan polis kadang kala mengacukan pistol ke kepala.

Berang dengan kenyataan itu, Manivannan meminta Timbalan Speaker Datuk Roland Kiandee menegur Bung.




Berita Astro Awani Dikritik Kerana Laporan Berita Terkini Lee Kuan Yew Mati Secara Langsung (LIVE). Apa Respon Anda?

Posted: 30 Mar 2015 08:42 AM PDT

 

 
SEMAK KOLEKSI GAMBAR 1 DARIPADA 4 GAMBAR
astro awani



Berita Astro Awani Dikritik Kerana Laporan Berita Terkini Lee Kuan Yew Mati Secara Langsung (LIVE). Apa Respon Anda? : Servis langganan Astro yang teruk, harga yang membebankan. Itulah antara bait-bait yang keluar daripada kalangan pelanggan Astro Malaysia yang mana Berita semasa sendiri bersetuju dengan aduan demi aduan yang diberikan kepada servis dan perkhidmatan Astro yang mengecewakan. Tetapi….

Tetapi tidak untuk laporan berita dan perkongsian perbincangan serta ilmu yang dilaporkan oleh saluran berita Astro Awani sendiri jauh lebih baik daripada laporan berita media arus perdana yang lain termasuklah daripada Buletin Utama TV3, Bernama TV dan Berita perdana TV1.

BACA SINI : Negara Terkaya di Dunia 2014 : Negara Jiran Malaysia, 
(Singapura RM203,527 & Brunei RM180,171 Tersenarai)

Berita Semasa sendiri menyukai laporan berita Astro Awani berbanding saluran berita yang lain. 

Tetapi tindakan berita Astro Awani menyiaran live streaming dan siaran langsung pengebumian pengasas Singapura moden, Mr Lee Kuan Yew mendapat reaksi negatif dan kemarahan dikalangan segelintir rakyat Malaysia termasuklah saudara yang bernama Fairus Salleh, Mohd Azril Abdul Aziz dan juga Shahrul Azyzy Suria Ahmad yang melepaskan amarahnya di laman sosial Facebook :

 

Berita Astro Awani :  Berita Terkini Lee Kuan Yew Mati Secara Langsung (LIVE) Ditemplak Oleh…

"Come one, Awani, why do this coverage? Is he that important. What did he do for this country?
"Might as well provide news coverage of problems affecting the people," Fairus said
"Why is Astro Awani being pro-Singapore, don't have to do a live telecast of a dead Chinese. If it was the passing of a Malay ruler it is fine… Astro Astro, we are Malaysians in Asean why the need to do this to pay respects… Chinese will be Chinese," Mohd Azril said.
"I paid so much not for you people (Astro) to do a live coverage of this apek. If it is a Quranic recital or Ustad Azhar Idrus, I don't mind but this? Might as well cancel my Astro subscription," said one Facebook user who went by the moniker Paksu Yg Punyerr
"ASTRO P***MAK, WANT TO LIFT EVEN THIS SINGAPORE COMMUNIST STOOGE,,, WHAT IS HIS CONTRIBUTION TO ISLAM IN SINGAPORE AND MALAYSIA?" Shahrul Azyzy Suria Ahmad said.
Bagi Berita Semasa, Lee Kuan Yew adalah sebahagian daripada sejarah Malaysia. Jikalau "benar-benar tidak suka Lee Kuan Yew" sekalipun, hormatilah dia sebagai sebahagian daripada sejarah Malaysia yang ramai ingin mengetahui melalui perkongsian laporan Berita Astro Awani. Lee Kuan Yew sudah pun mati. Belajar hormati orang lain walaupun tidak sebangsa dan seagama dengan kita.

Lagipun kita, Malaysia ada "political interest"…. kita jiran yang paling hampir…. ini masuk bab diplomasi antarabangsa. Jadi Berita Semasa tidak nampak apa yang masalah besarnya tindakan Berita Astro Awani melaporkan kematian Lee Kuan Yew ini.

Banyakkan membaca. Di Singapura, ketika di awal era kemerdekaan penubuhan kerajaan Singapura, Cina Lee Kuan Yew ini yang bergaduh dan bertelagah dengan Cina Komunis gaduh cina komunis sekaligus menghapuskan komunis di kota Singapura pada masa itu.
  • Semasa Mandela mati dahulu, tiada pula yang mengadu?
  • Semasa Puteri Diana mati juga dahulu, tiada pula yang mengamuk?
  • Semasa siaran langsung perkahwinan Kate Middleton dan Putera Williams, tiada pula kedengaran suara bantahan?
  • Tetapi jangan sesekali memberi liputan kepada Cina Singapore?
  • Erm……
P/S : Ketika negara Malaysia sedang menuju negara maju, bukan sahaja ekonomi Malaysia perlu dipertingkatkan, tetapi modal insan dan juga tahap pemikiran dikalangan rakyat juga harus berubah selari dengan rakyat di negara Maju yang lain tanpa hilangnya batas ketimuran dan ciri Malaysia sebagai negara Islam.

PP/S : Satu yang Berita Semasa hormati usaha keras Lee Kuan Yew, bagaimana beliau bersama pasukannya boleh tranformasi Singapura daripada "nothing into something".

PPP/S : Hakikatnya jasa Malaysia terhadap disebalik perjalanan dan proses kemerdekaan Singapura, antara yang paling mudah dalam dunia. Susah lagi cubaan Hong Kong mendapatkan merdeka dari British. Kepada berita astro Awani teruskan dengan corak laporan berita terkini anda.


Bersetuju untuk tidak bersetuju' rosakkan Pakatan Rakyat - PasMa

Posted: 30 Mar 2015 08:38 AM PDT

Oleh Shuhaniza Said

 
Post Pic
 
 
 
SHAH ALAM: Pertelingkahan antara parti komponen dalam Pakatan Rakyat (PR) tidak akan berkesudahan selagi wujud terma 'bersetuju untuk tidak bersetuju (agree to disagree)', demikian menurut Presiden Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (PasMa), Datuk Phahrolrazi Zawawi. 
 
Kata Phahrolrazi, terma atau konsep itulah sebenarnya yang merosakkan kerjasama antara PKR, DAP dan PAS.
 
"Bersetuju untuk tidak bersetuju (agree to disagree) inilah yang merosakkan Pakatan, sebab boleh buat begitu bila belum menjadi kerajaan.
 
"Tapi kalau sudah menjadi kerajaan, adakah boleh begitu?," katanya kepada Antarapos.
 
PAS dan DAP pada ketika ini dilihat agak 'dingin' berikutan pengumuman Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng memutuskan hubungan dengan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang tetapi masih komited dengan PAS.
 
Keputusan itu dibuat ekoran PAS  bertegas mahu melaksanakan hudud di Kelantan, sedangkan dakwa DAP, hudud tidak terkandung dalam agenda bersama Pakatan Rakyat. 
 
Ini ditambah dengan tindakan Hadi yang menghantar notis usul Rang Undang-undang Persendirian itu kepada Dewan Rakyat, dan tindakan itu disifatkan DAP sebagai tidak jujur dan tidak bermaruah.
 
PAS pula mempertahankan pelaksanaan hudud kerana ia adalah agenda partinya dan pendirian itu berdasarkan konsep 'bersetuju untuk tidak bersetuju'.
 
Justeru Pahrolrazi yang juga ADUN Pengkalan Kubor itu mencadangkan agar setiap parti komponen PR mempunyai satu prosedur operasi standard (SOP) bagi menguruskan ketidaksamaan agenda perjuangan parti masing-masing. 
 
"Dari segi pendekatan, bila dah wujud Pakatan, apa-apa perkara yang nak dibuat oleh mana-mana parti komponen patut ada satu SOP. Masing-masing ada pegangan (agenda), jadi bagaimana nak diurus. 
 
"Parti dalam Pakatan tak ada SOP itu, iaitu satu kaedah untuk mengurus. Kalau nak diteruskan isu ini, mereka mesti menyelesaikan soal prinsip iaitu kalau ada perkara yang berbeza yang parti masing-masing nak bawa, bagaimana satu pendekatan perlu dibuat supaya PR terus kekal," katanya.
 
Menyentuh mengenai peranan PasMa, ujar Phahrolrazi, pihaknya tidak menolak hasrat untuk menjadi 'orang tengah' dalam mengatasi kemelut hubungan dingin kedua-dua parti itu, namun semuanya bergantung kepada kepimpinan tertinggi PR. 
 
Cuma pada ketika ini kata beliau, PasMa berusaha menyampaikan mesej kepada kepimpinan untuk membincangkan dan memikirkan kembali objektif penubuhan PR.  
 
"Mesej itu yang kita nak sampaikan sekarang kepada pimpinan. Mereka nak pertegaskan pendirian masing-masing yang berbeza, mereka akan hilang sokongan rakyat, (atau) peluang mereka. 
     
"Kalau sekiranya mereka bersendirian dalam Pilihan Raya Umum (PRU), harapan untuk menang ini terlalu nipis. Adakah mereka beri keutamaan masuk PRU nak menang, atau nak pegang prinsip masing-masing. Itu soalan yang perlu mereka jawab," ujarnya. 
 
 

Konsep 'bersetuju untuk tidak bersetuju' tidak ada masalah

Posted: 30 Mar 2015 08:34 AM PDT

 Oleh Wan Anis Ilyani Wan Mohammad Azhar

 
Post Pic

 
 
SHAH ALAM: Konsep 'bersetuju untuk tidak bersetuju' akan tetap dipertahankan meskipun Pakatan Rakyat (PR) kini dilihat sering bertelagah, tegas Datuk Iskandar Abdul Samad.
 
Pesuruhjaya PAS Selangor itu kemudiannya berpendapat tidak ada keperluan untuk mengubah konsep itu memandangkan kerjasama di antara PAS-PKR-DAP masih berjalan lancar, terutamanya di Selangor.
 
"Walaupun ada masalah tetapi kita masih boleh selesaikannya. Kita masih lagi dapat bekerjasama dan bersahabat dengan meneruskan agenda-agenda kita bersama.
 
"Di sini (Selangor) kita di dalam DUN ini terdiri daripada semua parti yang ada. Kita dapat mentadbir kerajaan dengan baik dan hari ini pun kita mendapat pujian daripada Tuanku Sultan," katanya yang ditemui pemberita di Lobi Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor, pagi tadi.
 
Iskandar yang juga ADUN Chempaka terlebih dahulu diminta mengulas kenyataan Presiden Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (PasMa), Datuk Phahrolrazi Zawawi bahawa pertelingkahan antara parti-parti komponen PR tidak akan berkesudahan selagi wujud terma 'bersetuju untuk tidak bersetuju'.
 
Menurutnya, konsep itulah yang sebenarnya merosakkan kerjasama PAS-PKR-DAP dalam beberapa hal.
 
Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali pula berpendapat konsep 'bersetuju untuk tidak bersetuju' tidak membawa masalah kepada gabungan berkenaan memandangkan sebarang keputusan yang akan dibuat turut mengambil kira pandangan ketiga-tiga parti itu.
 
"Tidak bermasalah. Di dalam Islam sendiri, kita dibenarkan untuk bersetuju untuk tidak bersetuju kerana perbezaan pendapat akan mengukuhkan sesuatu keputusan yang dibuat. Kita tidak boleh ambil sikap diktator, enggan dengar pandangan dan maklum balas daripada pihak lain. 
 
"sebagai sebuah parti yang mengamalkan prinsip demokrasi dan hak memberikan pandangan, sudah tentu kita meraikan pandangan ini. Namun akhirnya kekuatan PR adalah bertindak dan membuat keputusan atas semangat konsensus dan muafakat. 
 
"Banyak isu besar mendepani PR telah berjaya diselesaikan kerana ada permuafakatan dan konsensus di dalam kepimpinan. Dan ia mesti dipertahankan oleh semua pihak," katanya lanjut.
 
PAS dan DAP pada ketika ini dilihat agak 'dingin' berikutan pengumuman Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng memutuskan hubungan dengan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang tetapi masih komited dengan PAS.
 
Keputusan itu dibuat ekoran PAS  bertegas mahu melaksanakan hudud di Kelantan, sedangkan dakwa DAP, hudud tidak terkandung dalam agenda bersama Pakatan Rakyat. 
 
Ini ditambah dengan tindakan Hadi yang menghantar notis usul Rang Undang-undang Persendirian (RUU) bagi melaksanakan hudud di Kelantan kepada Dewan Rakyat, dan tindakan itu disifatkan DAP sebagai tidak jujur dan tidak bermaruah.
 
PAS pula mempertahankan pelaksanaan hudud kerana ia adalah hak demokrasi parti itu selain pendirian itu berdasarkan konsep 'bersetuju untuk tidak bersetuju' terhadap hukum tersebut.
 
 

GST: Kementerian Pendidikan perlu beri penjelasan nasib pelajar

Posted: 30 Mar 2015 08:31 AM PDT



Oleh Mohammad Fazril Mohd Saleh
 

Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) menyatakan kerisauan dan keresahan kami akan nasib para pelajar khususnya mahasiswa yang menuntut di peringkat pengajian tinggi selepas pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) April ini.

GST yang diuar-uarkan di media sebagai "baik" dan "dapat mengurangkan harga barangan" ternyata suatu penyelewengan daripada realiti.

Pihak kami menerima aduan daripada para mahasiswa mereka menerima notis daripada pihak pentadbiran universiti tentang kenaikan harga yuran pengajian, asrama, dan yuran berkaitan yang menyebabkan kos sara hidup mereka semakin meningkat.

Kerajaan berjanji beberapa barangan dan sektor perkhidmatan dikecualikan daripada GST. Antaranya adalah sektor kesihatan, pengangkutan awam dan pendidikan (exempted)  dan beberapa barangan keperluan asas (zero-rated).


Namun, pihak kami meragui kesan pengecualian GST atas perkhidmatan tersebut kerana penyedia perkhidmatan tetap dikenakan GST dalam kos pentadbirannya. Justeru, walaupun pengguna perkhidmatan tersebut dikecualikan daripada GST tetapi harga perkhidmatan akan tetap dinaikkan, dan mahasiswa akan menjadi mangsanya.

Mungkin sesetengah pihak menarik nafas lega setelah perdana menteri baru-baru ini mengumumkan buku-buku termasuk dalam kelompok barang perbekalan berkadar sifar. Namun begitu, akibat pelaksanaan GST, pihak pencetak dan penerbit buku tetap  akan menaikkan harga buku walaupun tanpa GST dan rakyat tetap akan terbeban dengan kenaikan tersebut.

Apatah lagi, dalam riuh rendah keresahan rakyat terhadap GST, tiba-tiba secara mengejut Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (Spad) mengumumkan kenaikan harga tambang perkhidmatan awam yang berkuat kuasa serta merta, menjadikan keadaan semakin meresahkan.

Dalam masa yang sama, pinjaman PTPTN pun dikurangkan menjadikan kehidupan kemahasiswaan semakin tertekan. Perlu diingat mahasiswa adalah kelompok tidak berkerjaya dan tiada perolehan pendapatan.

Mahasiswa juga terpaksa menanggung kesan kenaikan harga barang secara mendadak. Mereka juga perlu berbelanja untuk makanan, perkhidmatan awam, yuran pengajian, buku akademik dan peralatan pengajian.

Atas pertimbangan ini, ramai mahasiswa marah dan sesetengah mereka menyatakan bantahan secara terbuka termasuk melalui unjuk rasa dan demonstrasi. Tindakan mereka disebabkan rasa kesal terhadap janji kerajaan untuk mengutamakan rakyat.

Oleh demikian, pihak PKPIM memohon penjelasan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dalam isu kenaikan kos pendidikan dan sara hidup mahasiswa.

Kami juga mendesak menteri pendidikan dan ketua pengarah pendidikan bersuara mempertahankan nasib mahasiswa yang menjadi mangsa kenaikan harga yuran perkhidmatan pengajian dan barangan. Antara cadangan kami kepada pihak KPM ialah:

i) Kawalan harga dan pengecualian kepada mahasiswa daripada terkena impak segera GST khususnya untuk harga makanan dan minuman di kafe universiti, serta harga barangan dan perkhidmatan dalam kampus.

ii) Jaminan perlindungan kepada mahasiswa daripada kenaikan harga yuran pengajian dan servis lain seperti asrama dan perkhidmatan oleh universiti.

iii) Diskaun kepada mahasiswa untuk perkhidmatan awam, pembelian buku dan barangan pengajian. Kad Siswa 1Malaysia wajar diperluaskan penggunaannya.

Perlu dinyatakan di sini, sebagai pertubuhan mahasiswa, kami juga melakukan tinjauan dan kajian impak ini secara ilmiah. Bukanlah telahan kami ini bermaksud menafikan kesan positif GST untuk perkembangan ekonomi negara akan tetapi melihat kepada kondisi semasa ketidakstabilan ekonomi dalam negara, kami berpandangan adalah tidak sesuai untuk ia dilaksanakan.

Ternyata impak negatif lebih nyata daripada kesan positif yang diuar-uarkan oleh kerajaan selama ini.
Kegagalan KPM memenuhi tuntutan ini akan menatijahkan kesan buruk kepada mahasiswa dan tidak mustahil aksi-aksi bantahan akan terus dijalankan secara lebih agresif. –

* Penulis adalah presiden Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM).

Mulakan, baru tahu hudud

Posted: 30 Mar 2015 08:23 AM PDT


 
KEPADA pemimpin yang mengaku dirinya Islam, apa sumbangan kita terhadap Islam, terutama ketika Islam dan hukumnya dihina dan dikeji? Sebenarnya kita mahukan Islam atau tidak? Atau apakah mungkin ada yang beranggapan Islam itu menyusahkan. Hati-hati.

Macam-macam alasan diberikan bagi menunjukkan kita tidak menolak hudud. Hudud Pas lah, bukan hudud sebenarlah dan berbagai hudud lagi. Jadi, di mana hudud sebenar? Jika tidak ada yang mulakan, macam nak tahu hudud sebenar? Atau mungkin sampai kiamat baru nak buat hudud? 

Lihat saja evolusi Perlembagaan Persekutuan. Adakah ia muncul tiba-tiba? Mesti ada yang memulakan. Perlembagaan Malayan Union 1946, diperkenalkan British, ditentang Melayu dan akhirnya dimansuhkan. Kemudian, lahir Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1948.

Kemuncaknya, adalah Perlembagaan 1957, hasil muafakat bersama. Apabila Sabah Sarawak membentuk Malaysia, Perlembagaan Persekutuan Malaysia 1963 diguna pakai ke hari ini. Pendek kata, tidak akan ada yang sebenar, tanpa ada yang memulakan.

Hari ini Pas sudah mulakan. Hudud Pas itu, hududlah. Kalangan yang menggubalnya adalah pakar. Peliknya kenapa ada pemimpin Pas sendiri pun tidak yakin? Apakah mereka takut akan dikenakan hudud? Jika ada pun kelemahan dan kekurangan, perbaiki dan buatlah penambahbaikan selepas itu. Bagaimana nak jadi sempurna (sebenar) kalau tidak ada yang mulakan?

Sekurang-kurangnya dengan adanya inisiatif ini, hudud telah menjadi perbualan ramai. Yang tahu bertambah tahu dan tidak tahu menjadi tahu. Semua ini ada hikmahnya. Cuma, yang dibimbangi adalah yang tahu tetapi buat-buat tidak tahu.

Jangan salahkan atau mangsakan Pas untuk tolak hudud. Saya tidak kata hudud Pas itu sudah lengkap. Banyak ruang lagi untuk dibahaskan. Beri peluang. Lagipun di Kelantan sahaja. Ditakdirkan jika gagal sekali, yang terkesan hanya Kelantan, negeri-negeri lain masih selamat. Kenapa terlalu bersangka buruk. Bayangkan selepas ini Pas memang berjaya melaksanakan hudud dan nampak kebaikannya, adakah negeri lain akan turut serta? Tidak juga. Sebenarnya pintu hati kita sudah tertutup.

Sebab itu, saya sangat teruja apabila MB Terengganu mengucapkan tahniah dan menyokong perlaksanaan hudud di Kelantan. Beliau mengharapkan Pas akan turut mendapatkan sokongan di peringkat parlimen kelak. Inilah negarawan sebenar.

Terengganu katanya, sedia mengikut jejak langkah Kelantan melaksanakan hudud, jika rakyatnya faham dan bersedia. Buat masa ini, kerajaan negeri mahu memberi fokus tarbiah (Islamisasi) yakni dengan mendidik masyarakat terlebih dahulu.

Kata-kata ini sepatutnya keluar daripada setiap pemimpin Umno. Bukan menolak dan ada yang berkata membuang masa. Apakah mereka yang berkata ini takut akan dihududkan bila dilaksanakan nanti?

Saya bukanlah pengikut Pas, tetapi saya menyokong usaha baik yang dilakukan, apatah lagi mendaulatkan hukum ALLAH. Saya akur, ada negara Islam melaksanakan hudud telah gagal. Itu silap manusia. Jangan salahkan Tuhan. Ajaran Tuhan itu sempurna.

Jika tidak yakin dengan hudud Pas, kemukakan hudud yang sebenar. Jika tidak mampu, lebih baik diam. Jangan buat perkara pelik-pelik yang tidak menguntungkan Islam, seperti pekerja radio BFM.

Bila sudah jadi sensasi dan kontroversi, sibuk nak cover line, dengan mengatakan ini hudud Pas, bukan hudud sebenar. Malangnya, si bapa turut memihak kepada anak. Bincangkan apa yang benar, apa yang salah. Bukan memihak membuta tuli.

Jika ditakdirkan hudud yang bakal dibentangkan gagal mendapat sokongan di parlimen, sekurang-kurangnya Pas telah melakukan sesuatu. Itu lebih baik daripada mereka yang tidak yakin dan kuat menentang. Apakah kita tidak berasa malu dengan kata-kata Elaine Xian Xian (Cina Kristian) dalam FBnya.

"Hudud, Qisas, Ta'zir. Understand it before make any statement about Islam law cruel. Hudud tdk (tidak) kejam. Yang kejam hanya manusia. Jika you nampak 1 negara itu lakukan hudud kejam, itu daripada pemimpin tdk (tidak) adil & tdk (tidak) amanah. And remember that, that is not hudud. Itu cuma hukuman manusia yang mengaku hudud. Please understand it & jangan tertipu. Especially for my non Muslim friends. I tegaskan, hudud tdk (tidak) kejam. That's why we must understand what is hudud? What is Qisas? What is Ta'zir? For Muslim, hudud itu penting & pelaksana hudud pun penting. I'm people who's support hudud. Kerana i nampak undang2 (undang-undang) ini adil dengan kajian i. And congratulation again to Kelantan. May God ease everything. Everything will become smoothly with full of bless."
 
* Prof Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah, INSPIRE/PPI, UniSZA
 
 

Ditahan lagi: Benjy berdepan hukuman gantung?

Posted: 30 Mar 2015 08:21 AM PDT


Benjy Benjy
 
 
 
BEKAS pelakon, Benjy atau nama sebenar Khaeryll Benjamin Ibrahim berdepan  hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan selepas ditahan bersama peralatan dan bahan kimia yang biasanya digunakan untuk memproses syabu.

Benjy, 37, disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

Menurut laporan media tempatan, dadah jenis syabu seberat lebih 1.3kg juga ditemui bersama anak lelaki tunggal kepada pelakon Allahyarham Azean Irdawaty itu.

Benjy ditahan dalam satu sekatan jalan raya di hadapan sebuah stesen minyak di Pagoh, semalam.

Hukuman penjara penerbit filem, anak kekal

Posted: 30 Mar 2015 08:16 AM PDT

SINAR HARIAN

kes mahkamah
 
 
 
KUALA LUMPUR - Mahkamah Tinggi di sini mengekalkan hukuman penjara dan denda terhadap penerbit filem serta dua anak perempuannya atas kesalahan menerima deposit tanpa lesen sah dan kegiatan pengubahan wang haram.
  
Hakim Datuk Mohd Azman Husin membuat keputusan itu selepas meneliti hujahan dan rekod rayuan Datuk Adzhar Sulaiman dan dua anak perempuannya iaitu Noradzma dan Noradzrin yang diwakili peguam C Vignesh Kumar dan PG Cyril.
  
Pada 3 Oktober 2011, Mahkamah Sesyen menjatuhi hukuman penjara dan denda terhadap Adzhar, dan dua anak perempuannya kerana menerima deposit tanpa lesen sah berjumlah lebih RM100 juta dan kegiatan pengubahan wang haram RM59 juta antara Julai 2006 dan Januari 2009.
  
Adzhar dihukum penjara dua tahun dan didenda RM1 juta bagi kesalahan menerima deposit tanpa lesen dan Noradzma dihukum penjara setahun dan didenda RM500,000 bagi kesalahan yang sama.
  
Bagi kesalahan pengubahan wang haram, Adzhar dihukum penjara lima tahun, Noradzma dihukum penjara tiga tahun dan Noradzrin dihukum penjara setahun.

Sementara itu, Noradz Travel & Services merupakan syarikat berasaskan pelancongan yang diterajui oleh tiga beranak itu juga turut didenda RM5 juta kerana kesalahan menerima deposit tanpa lesen yang sah.
  
Dalam penghakimannya, Hakim Mohd Azman berkata mahkamah mendapati Hakim Mahkamah Sesyen Rozana Ali tidak bersifat berat sebelah ketika mendengar dan membuat keputusan seperti dihujahkan.
  
"Semasa Hakim Rozana mendengar kes ini, suaminya yang dikatakan pernah menjadi pelabur bukan lagi menjadi rakan kongsi kongsi kepada perayu," katanya.
  
Katanya, kesemua perayu sememangnya mengambil deposit daripada peserta-peserta dan mahkamah turut mendapati mereka terlibat secara langsung dalam kegiatan pengubahan wang haram itu.
  
Beliau berkata, pihak pendakwaan berjaya membuktikan intipati-intipati pertuduhan. Selain itu, Hakim Mahkamah Sesyen telah menimbangkan pembelaan kesemua perayu dengan wajar.

"Oleh itu, mahkamah berpendapat adalah selamat untuk menolak rayuan perayu-perayu," katanya.
  
Bagaimanapun, Hakim Mohd Azman membenarkan permohonan peguam untuk menangguhkan hukuman sementara menunggu rayuan di Mahkamah Rayuan.
  
Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya Mahadhir Mohd Khairudin dan Mohd Farez Rahman. - Bernama


[GAMBAR] Gambar Terbaru Awal Ashaari Selepas Terlibat Kemalangan Dasyat

Posted: 30 Mar 2015 08:06 AM PDT

KELAB GREENBOC



 
 
Awal Ashaari kemalangan di Melaka

PENGACARA terkenal, Awal Ashaari dilaporkan terlibat dalam kemalangan di Lebuhraya Plus ketika dalam perjalanan ke siaran langsung Melodi di Melaka, semalam.

Berita itu dimaklumkan wartawan Melodi, Zuan Azmi melalui akaun Instagram miliknya, kira-kira jam 12.30 tengah hari semalam.

"Saya ingin memaklumkan bahawa pengacara Melodi, Awal Ashaari terlibat dalam kemalangan jalan raya di Lebuhraya Plus berdekatan R&R Ayer Keroh Melaka arah selatan.

"Awal ditemani Izuan Mokhtar dalam perjalanan untuk siaran langsung Melodi dari Jom Heboh Stadium Ayer Keroh," tulisnya.

Zuan turut berkongsi gambar keadaan kereta Awal yang remuk teruk.

Menurutnya lagi, Awal telah dibawa ke Hospital Melaka untuk menerima rawatan.

"Awal sudah dibawa ke Hospital Melaka oleh ambulans dan saya masih berada di lokasi kemalangan menunggu pegawai penyiasat dan 'towing'. Dalam pemerhatian saya, Awal tidak mengalami sebarang kecederaan serius. Sama-sama kita doakan untuk Awal," katanya lagi.

Sementara itu, isterinya, Scha Al Yahya ketika ditemui di hospital berkenaan berkata, Awal hanya mengalami cedera ringan di bahagian mulut dipercayai akibat terhentak ketika kemalangan itu.

Dalam pada itu, Zuan berkata, tempat Awal sebagai pengacara Melodi digantikan oleh penerbit Micheal dan Liza Hot Fm.

Awal Ashaari Trauma Akibat Kemalangan - Scha Alyahya

PETALING JAYA: Isteri kepada pengacara Awal Ashaari iaitu Scha Alyahya memberitahu suaminya mengalami sedikit trauma selepas terbabit dalam kemalangan jalan raya pada Ahad.

Bagaimanapun, Scha, 32, berkata, mereka bersyukur apabila pemerikasaan sinar-X yang dilakukan di Hospital Melaka terhadap Awal tidak menunjukkan sebarang kecederaan serius.

"Alhamdulillah dia baik dan saya bersyukur dia tidak mengalami sebarang kecederaan yang serius selepas pemerikasaan semalam (Ahad).

"Dia beritahu saya apa yang dia rasa cuma sedikit trauma sahaja," katanya kepada mStar Online, ketika dihubungi di sini, Isnin.

Awal Ashaari terlibat dalam kemalangan di Lebuh Raya Utara Selatan (Plus) berdekatan Hentian Rawat & Rehat (R&R) Ayer Keroh, Melaka arah Selatan, pagi Ahad selepas kereta BMW yang dinaiki milik rakannya Izuan Mokhtar terbabas sehingga rosak teruk.

Awal bersama Izuan dalam perjalanan ke program Jom Heboh yang diadakan di Melaka bagi mengendalikan program siaran langsung Melodi.

Awal kemudian dibawa ke Hospital Melaka bagi membuat rawatan lanjut sementara Azuan yang memandu kenderaan berkenaan tidak mengalami kecederaan.

Dalam pada itu Scha berkata, Awal kini sudah dipindahkan ke sebuah pusat perubatan swasta di Kuala Lumpur pada petang Ahad.

Namun, setakat ini dia masih lagi dalam pemerikasaan pihak hospital sebelum dibenarkan pulang.

"Dia sudah dipindahkan di sini (Kuala Lumpur) dan mungkin dalam beberapa hari lagi dia akan keluar. Semua itu bergantung kepada keputusan dan pemeriksaan doktor," ujarnya.

Sementara itu, usaha mStar Online untuk menghubungi Awal tidak berjaya kerana dia masih memerlukan rehat yang cukup.

Bagaimanapun, pada malam Ahad, Awal memuat naik status Instagram memberitahu tentang keadaannya kini dan berterima kasih kepada orang ramai yang membantu mengeluarkannya daripada kenderaan akibat kemalangan itu.
-mstar


ULASAN GB

Awal, Allah masih menyayangimu.... jadi beringatlah selalu kepadaNya...


Ahli Parlimen Islam diminta sokong usul Abdul Hadi

Posted: 30 Mar 2015 07:54 AM PDT


Abdul Hadi Awang  
Hadi Awang


KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen beragama Islam dinasihat menyokong pembentangan usul peningkatan bidang kuasa mahkamah syariah yang akan dibentangkan pada Dewan Rakyat nanti.

Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, berkata, usul tersebut yang akan dibawa oleh beliau sendiri akan dibentang sebelum 9 April ini.

Jelasnya lagi, pembentangan usul tersebut hanya untuk orang Islam dan tidak melibatkan agama lain.

"Usul ini akan dibawa ke Dewan Rakyat supaya Dewan meminda Akta Mahkamah Syariah Bidang Kuasa Jenayah 1992. Saya mengusulkan supaya Dewan meminda satu peruntukan dalam akta ini iaitu Seksyen 2.

"Bidang kuasa mahkamah syariah kini hanya boleh menjatuhkan hukuman sebanyak tiga tahun penjara, denda RM 5,000 dan enam sebatan sahaja. Jadi saya minta ahli Parlimen menyokong usul saya supaya peruntukan akta tersebut boleh dipertingkat dan ditambah baik," katanya dalam satu sidang media, hari ini.

Beliau berkata, usul yang akan dibawa merupakan usul persendirian Abdul Hadi dan tidak bersangkutan dengan parti.

"Usul ini bukan hanya meliputi mahkamah syariah di Kelantan sahaja bahkan negeri-negeri di negara ini. Adalah penting bagi majoriti ahli Parlimen menyokong usul ini.

"Adalah tidak wajar sekiranya Perlembagaan tidak berpihak kepada usul ini," katanya lagi.


Pas tidak bincang hubungan dengan PR

Posted: 30 Mar 2015 07:51 AM PDT


Mohamad Sabu Mohamad Sabu
 
 
 
KUALA LUMPUR - Status hubungan Pas dalam PR tidak dibincang dalam mesyuarat hari ini," kata Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu.

Beliau menegaskan Pas akan terus mengekalkan perjuangannya bersama PR walau terus dilanda konflik bersama parti komponen PR.

"Perkara itu (hubungan Pas-PR) tidak dibincangkan dalam mesyuarat hari ini. Kami (Pas) akan kekal bersama Pakatan Rakyat," katanya dalam sidang media selepas tamat Mesyuarat Khas Pas Pusat, hari ini.

Satu Mesyuarat Khas Pas telah berlangsung bagi membincangkan beberapa perkara yang dibangkitkan akhir ini termasuk berhubung isu hudud dan hubungan dengan PR.

Sementara itu, Mohamad turut menolak dakwaan terdapat perbincangan berhubung hubungan Pas dengan DAP.

"Kami tak bincang mengenai hal ini. Apa pun kami tetap bersama PR," katanya.

Sebelum ini, DAP telah memutuskan hubungan dengan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang serta memaksa pemimpin tersebut keluar parti.

Ia susulan daripada ketegasan Abdul Hadi yang membawa Rang Undang-undang Persendirian hudud ke Dewan Rakyat.


Surat terbuka gesa tangguhkan GST

Posted: 30 Mar 2015 02:33 AM PDT




Oleh Tuan Ibrahim Tuan Man 


Melihat rakyat marhaen berpusu-pusu memasuki pasaraya membeli pelbagai barangan keperluan dengan kuantiti yang banyak pada hujung minggu yang lalu menggambarkan kerisauan yang mendalam di kalangan rakyat terhadap GST.

Situasi tersebut adalah sama seperti yang disaksikan di stesen minyak pada malam terakhir sebelum harga minyak diumumkan naik pada hari keesokannya.

Fenomena ini menunjukkan rata-rata pembeli merasakan harga barangan akan meningkat selepas 1 April ini.Majoriti negara di dunia ini melaksanakan GST sebagai sumber pendapatan.

GST tidak pernah diperlukan selama ini di negara kita kerana negara Malaysia sebenarnya kaya dengan sumber asli.

Sejak zaman Tun Abdullah Ahmad Badawi sehinggalah sekarang, kita mula kedengaran hutang negara menjadi semakin meningkat menghampiri 55% GDP.

Kita mula mendengar penyelewengan dan salahguna dana awam yang semakin meruncing setiap tahun di dalam laporan audit tahunan.

Selepas itulah, baru kita terdengar negara Malaysia tiba-tiba memerlukan GST untuk memperbetulkan defisit kewangannya.

Ketika rakyat masih samar-samar mencari jawapan, tanpa sedar, GST bakal menemui rakyat Malaysia dalam 2 hari lagi.

Persoalannya, apakah negara sudah bersedia dengan GST?

Apakah kerajaan sudah melakukan persiapan yang cukup dan melakukan simulasi terhadap apa yang akan berlaku bilamana GST terlaksana?

Jika ya, apakah impak kepada rakyat yang berpendapatan rendah dan sederhana (RM5000 ke bawah)? Apakah kesannya kepada hutang seisi rumah? Tanpa GST, rata-rata rakyat marhaen sudah hidup dalam keadaan hutang sekeliling – bagaimana pula selepas GST?

Bagaimana pula dengan golongan pencen dan tua? Apakah kerajaan sudah membuat simulasi kesan GST terhadap mereka? Apakah semua ini sudah dikaji, dan daripadanya terhasil satu tindakan susulan untuk membantu mereka selepas GST terlaksana?

Selain itu, apakah kerajaan sudah membuat simulasi kadar inflasi untuk 3, 6 dan 12 bulan seterusnya sejurus GST dilaksanakan? Jika ya, sekadar pertanyaan, apakah kerajaan sudah ada satu pelan tindakan sekiranya kadar inflasi melebihi kadar yang dijangkau kerajaan untuk mengelakkan rakyat tertekan dan terbeban?

Bukan itu sahaja, apakah GST akan menyebabkan peningkatan kadar penggangguran kerana mungkin ada perniagaan-perniagaan bermodal sederhana yang terpaksa mengurangkan kakitangan untuk menampung kos perniagaan yang meningkat kerana GST? Apakah kerajan sudah melakukan simulasi terhadap situasi ini? Jika ya, apakah hasilnya?

Ada juga yang tertanya-tanya mengenai kesan GST pada yuran di universiti awam? Apakah pelajar yang sedang mengaji perlu membayar 6% tambahan kepada pemprosesan yuran universiti dan apa-apa kos pentadbiran universiti yang lain termasuk bayaran peperiksaan dan juga graduasi?

Bagaimana pula dengan pihak PTPTN, apakah kerajaan sudah mengkaji apakah wajar pelajar diberikan pinjaman tambahan untuk menampung kos kehidupan mereka selepas GST terlaksana?

Apakah saluran sudah disediakan untuk para pengguna yang menjadi mangsa untuk mendapatkan pampasan sekiranya mereka terbayar GST kepada barangan yang sepatutnya dikecualikan GST?

Bagaimanakah para pengguna boleh mengenalpasti mana satu kedai yang boleh mengenakan GST mahupun tidak?

Bagaimana pihak kastam dapat memantau kutipan GST haram daripada mereka yang tidak layak mengenakan GST?

Pokoknya, apakah kita sebagai satu negara sudah bersedia dengan GST?

Maaf. Sebagai rakyat Malaysia, saya rasa tidak lagi bersedia. Dan saya yakin ramai lagi yang bersetuju dengan saya.

Saya percaya ramai rakyat biasa hanya sekadar bersedia dan tahu mereka terpaksa berbelanja lebih apabila GST terlaksana tanpa mengetahui apa-apa yang lain dan kesannya.

Kerajaan pula dilihat hanya menyibukkan diri untuk menyakinkan rakyat, GST tidak akan menyebabkan peningkatan kos sara hidup daripada tugas untuk memastikan perlaksanaan GST tidak bermasalah.

Melihat bagaimana kerajaan tiba-tiba tidak mengenakan GST pada buku pada saat-saat akhir sebelum melaksanakan GST menyakinkan saya lagi, kerajaan masih tidak bersedia sepenuhnya untuk melaksanakan GST.

Saya merasa perlunya kerajaan melaksanakan tempoh percubaan GST selama tiga bulan, contohnya di Langkawi, untuk menilai keberkesanan sistem GST yang ada sebelum ia dilaksanakan di seluruh negara.

Kepada perdana menteri Datuk Seri Najib Razak, inilah masanya untuk mendahulukan rakyat. Jangan perjudikan nasib rakyat dengan perlaksanaan GST yang masih tidak menentu dan stabil.

Justeru itu, saya memohon agar kerajaan menangguhkan perlaksanaan GST sekurang-kurangnya untuk 6 bulan untuk memastikan segala impak pada negara dan rakyat dapat diminimakan. Lebih baik jika kerajaan dapat memansuhkannya sahaja dan fokus kepada usaha menangani rasuah dan ketirisan dengan cara lebih efektif.

* Tuan Ibrahim Tuan Man merupakan Naib Presiden PAS.

Melanggar persepsi kontroversi hudud

Posted: 30 Mar 2015 02:20 AM PDT



Oleh Timmy Say


Cakap-cakap 1: Asal-usul Pakatan Rakyat

Mengikut sejarah, sejak penubuhan PKR selepas Datuk Seri Anwar Ibrahim dipenjara pada 1998, PAS dan PKR sudah menjalin kerjasama politik.

Hubungan PAS-PKR tidak pernah putus sehingga hari ini. Ini tidak seperti DAP yang memutuskan hubungan dengan Barisan Alternatif pada 2001.

Pada 2007, ketika kempen "Asal Bukan Umno" mendapat sambutan meluas, DAP tetap membuat deklarasi bahawa mereka tidak akan bekerjasama dengan PAS, meskipun PAS dan PKR sudah bekerjasama.

"Kita terima agama Islam adalah agama rasmi negara tetapi kita tidak akan bekerjasama dengan PAS untuk menjadikan Malaysia sebuah negara Islam" – itulah kata-kata mendiang Karpal Singh pada 25 Januari 2007

Setelah menang 5 negeri di 2008, barulah Pakatan Rakyat (PR) dibentuk dengan gabungan PAS-PKR bersama DAP untuk mentadbir Selangor, Pulau Pinang dan Perak.

Cakap-cakap 2: PAS sudah berjanji membuang hudud apabila masuk PR

PAS tidak pernah membuat deklarasi tidak lagi memperjuangkan Islam dan terus berpegang pada dokumen dasar bersama PR yang hanya melibatkan perkara dipersetujui bersama.

Dokumen itu dibentangkan pada Konvesyen PR pertama iaitu pada 19 Disember 2009, 21 bulan selepas kemenangan besar PRU13.

Perbezaan antara tiga parti hanya diketepikan seperti yang disebut Presiden PAS, Tuan Guru Abdul Hadi Awang ketika konvesyen pertama - "Dahulukan perkara yang disepakati dan mengambil masa dengan sabar dalam perkara yang masih berbeza".

Oleh itu, perbezaan antara tiga parti hanya ditangguhkan perbincangan dan bukan dibuang ke dalam tong sampah, sebagaimana ada yang percaya bahawa PAS berjanji melupakan hasrat memperjuangkan hudud selepas bersama PR.

Cakap-cakap 3: Hudud memecahkan PR?


Mereka yang memperjuangkan hudud, iaitu PAS, jarang menyebut untuk keluar daripada PR. Malah, mereka rayu agar diberi ruang demokrasi yang merupakan hak kerajaan memerintah di Kelantan untuk membawa usul hudud ini mengikut peruntukan yang diberikan perlembagaan negara. PAS tidak menghalau mereka yang tidak bersetuju dengan hudud untuk keluar daripada PR. Sebaliknya mereka meraikan perbezaan ini dengan prinsip bersetuju untuk tidak bersetuju.

Mereka yang membantah hudud dibentangkan di Kelantan pula selalu mendesak agar PAS dikeluarkan daripada PR jika inginkan hudud atau membuat deklarasi bahawa PR akan mati jika PAS Kelantan membentangkan hudud.

Apakah tidak benar kalau ada orang mengatakan bahawa mereka yang menentang hudud ini sebenarnya yang ingin memecahkan PR, kerana mereka yang memperjuangkannya jarang menyebut ingin PR berpecah?

Cuma terfikir, kalau setakat cadangan membuat pembentangan pun sudah mendapat reaksi sekeras ini, bayangkan jika benar hudud dapat dilaksana nanti, apakah ada yang akan menyarankan agar PAS dan Kelantan keluar Malaysia?

Cakap-cakap 4: PAS ditipu Umno?


Ada Umno atau tidak, PAS tetap tidak akan berganjak daripada cita-citanya.

Umno bergembira selama ini kerana DAP tidak putus-putus mengumumkan PR akan berpecah sekiranya PAS bertegas dengan cita-citanya. Kerana itu, Umno betul-betul yakin PR akan pecah jika PAS terus memperjuangkan hudud.

Namun begitu, apa yang dijangka Umno itu tidak betul. PR tetap tidak pecah meskipun nampak sangat goyah.

Hadiah yang dinanti-nantikan Umno iaitu negeri Selangor, tetap ditadbir seperti biasa. PR berjalan seperti biasa di Selangor. Meskipun di peringkat pusat, PR bergaduh, tetapi Selangor tetap menjadi pengikat ketiga-tiga parti bersama.

Pendeknya, PR tetap enggan berpecah. Ini menyebabkan bola ini kembali kepada Umno dan Najib. Tetiba mereka pula yang tersepit dengan soalan, "Kamu sokong hudud ke tak?"

Yang bagusnya, persoalan ini sudah selesai di kalangan PR. PAS sokong, DAP tidak sokong dan PKR masih samar-samar pendirian sebenar mereka. Tapi mereka tak pecah, negeri Selangor ditadbir seperti tiada apa yang berlaku.

Umno pula macam mana? Siapa yang kena tipu akhirnya? Cuba renungkan

Azmin kutuk serbuan polis di pejabat PKR

Posted: 30 Mar 2015 02:17 AM PDT

MALAYSIAKINI


 


Timbalan presiden PKR Azmin Ali mengutuk serbuan polis ke atas ibu pejabat parti itu semalam dan juga penahanan setiausaha agungnya Rafizi Ramli.

Katanya, ketua polis negara Tan Sri Khalid Abu Bakar perlu bertanggungjawab ke atas tindakan "kejam" seperti itu.

"Ia tindakan tidak mengikut perlembagaan dan satu penyalahgunaan kuasa dan merupakan serangan ke atas pembangkang secara umum.

"Kami menuntut polis menghentikan serta-merta gangguan dan tindakan angkuh ini," katanya dalam satu kenyataan.

Beliau, yang juga MB Selangor, berkata ramai individu yang ditahan polis dalam operasi ke atas perhimpunan Kita Lawan merupakan para wakil rakyat.

"Mereka terikat dengan sumpah jawatan mereka sebagai wakil rakyat untuk berkhidmat kepada rakyat.

"Bukan sahaja 'Kita Lawan' satu bentuk protes yang dibenarkan mengikut perlembagaan tetapi usaha untuk menyekat aktiviti seperti ini juga berniat untuk menghalang para pemimpin ini daripada menjalankan tugas mereka.

"Ini samalah seperti menghina hak perlembagaan dan kebebasan rakyat dan menjejaskan kedaulatan undang-undang," katanya.

Dalam nada sama, ketua Angkatan Muda PKR Nik Nazmi Nik Ahmad berkata polis juga tidak perlu membawa Rafizi ke pejabat parti itu dan juga merampas peralatan pejabat.

"Kami kesal dalam isu-isu melibatkan masyarakat sivil dan parti-parti lawan Umno-BN polis mengambil pendekatan yang keterlaluan," katanya.

Beliau melihat bahawa tangkapan seperti itu hanya bertujuan untuk menakut-nakutkan masyarakat.

"Namun sebagaimana dilihat akhir-akhir ini, tangkapan demi tangkapan hanya menyemarakkan lagi semangat rakyat khususnya anak muda untuk melawan kezaliman dan menuntut keadilan," katanya.


Hadi: ‘Saya tak pasti masa depan Pakatan Rakyat’

Posted: 30 Mar 2015 02:15 AM PDT


Hadi awang Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang
 
 
 
KUALA LUMPUR - Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengakui bahawa masa depan Pakatan Rakyat dalam keadaan 'tidak pasti' susulan isu Rang Undang-Undang Persendirian berkaitan hudud yang ditentang dua rakan sekutunya.

Tambah Abdul Hadi, untung nasib perikatan pembangkang yang ditubuhkan selepas PRU 2008 itu bukan berada di tangannya.

"PR punyai masa hadapan? Saya tak tahu," katanya kepada pemberita ketika ditemui di Bangunan Parlimen hari ini.

Sementara itu, mengulas mengenai perjuangan Pas  dalam menegakkan pelaksanaan hukum hudud, beliau berkata tiada laluan mudah bagi tujuan tersebut.

" Tiada yang mudah dalam perjuangan, Namun Insya-ALLAH, Pas  ada alternatif lain," ujarnya lagi.

Mengulas lanjut mengenai perkara itu, Abdul Hadi berkata, beliau bersedia untuk bersemuka dengan mana-mana pihak yang ingin berbincang mengenai perkara itu.

"Saya baru balik dari luar negara, saya bersedia untuk jumpa dengan semua, termasuk kerajaan, saya terbuka untuk berbincang," ujarnya lagi.

Terdahulu Abdul Hadi pada 18 Mac memohon kepada Parlimen untuk membentangkan rang undang-undang hudud untuk meminda Akta Mahkamah Syariah 1965, bagi membolehkan Enakmen Jenayah Syariah II 1993 (Pindaan 2015) Kelantan dapat dilaksanakan mengikut perundangan Islam.

Namun, usaha itu telah mencetuskan konflik di antara rakan Pas, iaitu DAP dan PKR yang sama sekali tidak bersetuju dengan langkah Abdul Hadi tersebut sehinggakan berlakunya krisis antara mereka.

[ ARTIKEL BERKAITAN: Pas bincang status dalam PR Isnin ]


Khidmat monorel tergendala, tayar terbakar

Posted: 30 Mar 2015 02:13 AM PDT

MALAYSIAKINI


 


Perkhidmatan Monorel dihentikan sementara berikutan tayar sebuah gerabak perkhidmatan itu terbakar dalam kejadian di Stesen Titiwangsa pagi ini.
  
Ketua Pegawai Operasi Bomba Kuala Lumpur Shamsol Maarif Saibani berkata pihaknya menerima panggilan pukul 8.52 pagi tentang kebakaran itu dan tiba di tempat kejadian kira-kira lima minit kemudian.
  
Beliau berkata sebaik tiba, kesemua penumpang diarahkan keluar dan pihak pengendali monorel diarahkan mengalihkan gerabak yang terbakar ke satu tempat jauh dari bangunan.
  
"Sekarang operasi memadam masih dijalankan," katanya ketika dihubungi.
  
Beliau berkata 22 anggota dan tiga jentera dikejarkan ke tempat kejadian.Bernama


 

Menteri gesa peniaga ikut cara Mydin, serap GST

Posted: 30 Mar 2015 02:09 AM PDT

SINAR HARIAN

Hasan Malek Hasan Malek
 
 
 
KUALA LUMPUR - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) menggesa lebih ramai peniaga mencontohi pasaraya Mydin yang memutuskan untuk menyerap enam peratus Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST).
 
Menterinya, Datuk Seri Hasan Malek berkata, langkah Mydin itu disambut baik kementerian kerana dapat membantu menjayakan inisiatif yang diambil kerajaan bagi mengukuhkan ekonomi negara.
 
"Ini yang kita alu-alukan kepada peniaga yang memikirkan kepentingan negara diutamakan lebih daripada keuntungan sendiri.
 
"Ini diharapkan akan menjadi contoh kepada peniaga lain. Pada saya apa sahaja tindakan yang kerajaan ambil melalui GST adalah sebenarnya untuk kesejahteraan rakyat dan pengukuhan ekonomi," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen hari ini.
 
Semalam, Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan memuat naik iklan yang dikeluarkan Mydin melalui laman Twitternya mengenai penyerapan GST yang bakal dilaksanakan secara sukarela oleh syarikat runcit itu apabila GST dilaksanakan Rabu ini.
 
Ditanya mengenai kemungkinan syarikat lain mengikut jejak langkah Mydin, Hasan berkata, beliau lebih mengalukan syarikat berkenaan mengumumkan sendiri pendirian masing-masing.
 
Beliau berkata, melalui pertemuan antara KPDNKK dan beberapa wakil industri baru-baru ini, persetujuan pematuhan agar tidak menjadikan GST sebagai alasan memanipulasikan harga dan tidak menaikkan margin keuntungan bersih mulai 2 Januari 2015 hingga 30 Jun 2016, telah dicapai.
 
Katanya, antara wakil yang hadir ialah Persekutuan Pekilang-Pekilang Malaysia (FMM), Persatuan Pengusaha Stesen Minyak Malaysia (PDAM) dan Persatuan Peruncitan Malaysia (MRA).
 
"Ini amat digalakkan sebagai tanda sokongan kepada GST berkat penglibatan yang dibuat kerajaan secara dari hati ke hati," katanya.
 
Mengulas mengenai aduan pengguna mengenai beberapa barangan keperluan asas yang dilaporkan tiada stok di pasaran, Hasan menasihatkan pengguna melaporkan segera kepada KPDNKK di talian bebas tol 1-800-886-800.
 
Dalam pada itu, beliau berkata aplikasi MyKira GST yang diperkenalkan KPDNKK juga membantu rakyat memantau harga barangan yang dimanipulasikan selepas cukai itu dilaksanakan.
 
"Kita juga akan lancar Pusat Gerakan Anti Pencatutan petang ini bagi memudahkan media dan orang ramai mengetahui maklumat terkini mengenai aduan serta tindakan yang diambil kementerian terhadap peniaga yang mengambil kesempatan," katanya. - Bernama 
 
 

Dua ADUN PKR didakwa di mahkamah

Posted: 30 Mar 2015 02:04 AM PDT

MALAYSIAKINI


 


Dua wakil rakyat PKR, ‎Chang Lih Kang dan Tan Kar Hing, dituduh menghalang tugas penjawat awam dalam satu ketegangan di Dataran Merdeka minggu lalu.

Dua ADUN Perak ini bersama empat lagi aktivis dituduh di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur setelah tempoh reman mereka tamat hari ini.

Mereka didakwa bawah Seksyen 186 Kanun Keseksaan dan Seksyen 353 Kanun Keseksaan.


GST: Peniaga Cina pesimis prospek ekonomi

Posted: 30 Mar 2015 02:03 AM PDT

MALAYSIAKINI


 


Masyarakat perniagaan Cina secara umumnya lebih pesimis terhadap prospek ekonomi pada 2015 dan 2016 ekoran pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST).

Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Kajian Sosioekonomi Gabungan Dewan Perniagaan dan Perindustrian Cina Malaysia (ACCCIM) Peck Boon Soon berkata tahun ini antara tahun-tahun paling pesimis untuk masyarakat perniagaan Cina dalam tempoh sepuluh tahun.

"Penyebab utama adalah pelaksanaan GST yang akan bermula pada 1 April, dan juga kejatuhan harga minyak mentah serta dasar kerajaan untuk membendung spekulasi harta tanah," kata Peck.

Menurut laporan kajian berhubung keadaan ekonomi Malaysia untuk separuh kedua 2014, sebanyak 66.3 peratus responden menyatakan kurang yakin terhadap prospek ekonomi Malaysia.

Untuk prospek 2016, sebanyak 51.2 peratus responden melihat masa depan yang suram.

Dapatan itu menunjukkan tahap pesisis di kalangan masyarakat perniagaan untuk tahun ini dan tahun depan meningkat dengan ketara.


MP: Malaysia kuasai BI? Buktinya di pejabat PM

Posted: 30 Mar 2015 01:57 AM PDT

MALAYSIAKINI


 


Seorang ahli parlimen tidak yakin dengan kenyataan timbalan menteri pendidikan bahawa penguasaan bahasa Inggeris di negara ini lebih baik daripada penguasaan bahasa itu di Singapura.

Ong Kian Ming mempertikai kenyataan P Kamalanathan baru-baru ini bahawa Malaysia berada di tangga teratas dalam penguasaan bahasa itu di Asia.

Sabtu lalu, timbalan menteri itu merujuk Indeks Kepetahan Berbahasa Inggeris yang dijalankan oleh EF Education First, sebuah laman web kajian di Sweden yang meneliti penggunaan bahasa itu di kalangan ahli perniagaan.

"Kita berada pada nombor satu dan anda pasti gembira kerana Singapura berada di belakang kita. Dan bukannya saya dakwa," kata Kamalanathan.

Ong menunjukkan beberapa keterangan gambar di laman web Pejabat Perdana Menteri (PMO) yang mempunyai tatabahasa Inggeris yang lintang-pukang dan memalukan.

Dalam kenyataannya, imej pertama menerangkan kehadiran perdana menteri di upacara penghormatan terakhir Lee Kuan Yee tetapi membawa maksud bekas perdana menteri Singapura itu meninggal dunia di Parlimen.

Ia berbunyi: "Prime Minister Najib Razak and his wife, Rosmah Mansor present to pay their last respects to the late first Prime Minister of Singapore, Lee Kuan Yew, who had died in Parliament today.

 




"(Keterangan foto) ini teks asal. Ia telah disunting selepas menerima banyak aduan daripada pengguna Internet. Tetapi masih ada beberapa kesilapan," kata ahli parlimen DAP Serdang.

Imej kedua keterangan foto yang disertakan dalam kenyataan Ong pula membawa maksud Lee, sebelum menghembuskan nafas terakhir, ditahan di hospital besar Singapura.

Keterangan asal berbunyi begini: "Kuan Yew died at 3:18am yesterday at the Singapore General Hospital after being detained in hospital since February 5 for pneumonia severe. He was 91 years old."

Ong berkata beliau tidak yakin kelemahan-kelemahan ini satu kes yang terpencil tetapi membayangkan penguasaan buruk bahasa itu di negara ini.




PKR cari alternatif agar Anwar diampun

Posted: 30 Mar 2015 01:53 AM PDT

MALAYSIAKINI


 


Timbalan Presiden PKR Azmin Ali berkata, beliau akan berbincang dengan keluarga Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mengusahakan cara lain bagi mendapatkan pengampunan bagi ketua umum partinya itu.

Katanya, langkah itu akan dilakukannya memandangkan Lembaga Pengampunan melupuskan petisyen yang difailkan oleh keluarga ketua pembangkang itu.

Menurut Azmin, beliau juga akan berbincang dengan peguam bagi memastikan Anwar mendapat pengampunan daripada Yang Di-pertuan Agong.

"Saya akan berbincang dengan pihak keluarga dan pihak peguam Anwar untuk melihat apakah saluran lain yang boleh dikemukakan," katanya.

Azmin bercakap kepada pemberita di bangunan DUN Selangor selepas perasmian mesyuarat pertama penggal ketiga DUN ke-13 di Shah Alam hari ini.

Peguam Kanan Persekutuan Amarjeet Singh minggu lalu mendedahkan bahawa Lembaga Pengampunan melupuskan petisyen yang difailkan oleh keluarga Anwar.

Keputusan itu bakal menyebabkan Anwar hilang kelayakan sebagai ahli parlimen dan ketua pembangkang.

Keputusan Lembaga Pengampunan itu juga telah diberi kepada keluarga Anwar dalam bentuk afidavit.

Peguamnya kini masih menunggu pengesahan daripada Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur berhubung keputusan tersebut.

Permohonan berkenaan difailkan oleh anggota keluarga Anwar pada 24 Februari lalu mengikut Peraturan 113, Peraturan Penjara 2000.

Peruntukan itu memberi peluang kepada para banduan untuk mengemukakan petisyen kepada Yang di-Pertuan Agong, sultan atau raja atau yang dipertua negeri.

Menurut peruntukan itu, seseorang banduan boleh memohon pengampuman seberapa segera selepas sabitan, dan seterusnya selepas tiga tahun dan selang dua tahun selepas itu.


Exco: Jangan sensitif slogan #KitaLawan

Posted: 30 Mar 2015 01:46 AM PDT

MALAYSIAKINI


 


Kerajaan Selangor meminta agar kerajaan pusat tidak menimbulkan sebarang isu berhubung slogan "#KitaLawan" yang akan digunakan pasukan negeri itu dalam temasya SUKMA 2016 di Sarawak tahun depan.

"Kita gunakan (slogan) 'ini kalilah' pada 2013 dan prestasi kita baik. Mereka tidak bangkitkan masalah," kata exconya, Amirudin Shari.

Ungkapan "ini kalilah" sering digunakan sebagai slogan anti-BN dari kalangan aktivis Sabah semasa kempen pilihan raya umum ke-13 pada Mei 2013.

Slogan yang digunakan oleh pasukan Selangor ke SUKMA pada tahun itu adalah "Kali inilah".

Beliau menjawab kenyataan dari Majlis Sukan Negara (MSN) dan juga Timbalan Mentgeri Belia dan Sukan, Datuk M Saravanan yang menggesa kerajaan Selangor tidak menggunakan slogan "#KitaLawan" kerana didakwa bersifat politik.

Mengulas perkara itu, Amirudin berkata, NSC dan Saravanan terlalu sensitif dalam isu berkenaan tanpa sebarang alasan munasabah.

"Apa yang kita lakukan adalah melancarkan satu logo dan slogan. Ini hanyalah tiga peratus daripada keseluruhan persiapan kita. Perkara ini mungkin berubah sebelum 2016.

"Jadi buat masa ini, saya tidak mahu buang masa dengan para pengkritik. Saya mahu fokus perhatian pada pembangunan sukan di Selangor dan persediaan untuk SUKMA," katanya.

Kita Lawan merupakan slogan bagi kumpulan aktivis yang mengadakan perhimpunan setiap hari Sabtu di Kuala Lumpur sejak ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dipenjarakan pada 10 Februari.

Kini, ia berkembang daripada satu kumpulan yang mendesak Anwar dibebaskan menjadi pergerakan yang mendesak Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar dipecat, dan juga pemansuhan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST).


Ada penumpang AirAsia kena GST awal

Posted: 30 Mar 2015 01:44 AM PDT

MALAYSIAKINI


 


Walaupun Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) akan mula diperkenal Rabu ini, penumpang AirAsia mungkin harus memeriksa resit mereka untuk memastikan mereka tidak dicukaikan lebih awal.

Seorang penumpang yang menempah tiket pada 26 Mac mendapati beliau dikenakan GST, untuk penerbangan pada 3 April.

Bagaimanapun, kata penumpang itu, pegawai AirAsia yang menguruskan aduannya memberitahu bahawa ia "kes terpencil" susulan "kesilapan sistem".

"Setakat ini hanya kes saya yang disedari mereka, jadi tidak jelas berapa tiket dikenakan (GST)," kata PinPing Tan di Facebook.

Tan juga memuat naik resit menunjukkan beliau dikenakan bayaran 24sen GST, dikenakan terhadap bayaran pemprosesan RM4.000.

AirAsia berjanji akan memulangkan semula bayaran GST dikenakan sebelummasanya itu, katanya.

"Siapa terlibat, tolong beritahu AirAsia. Mereka mahu dengar daripada kamu," katanya.

Malaysiakini sudah menghubungi AirAsia untuk mendapatkan ulasannya.


Tiada ulasan: