"BERANI KERANA BENAR!" |
Cara Pulihkan Mesej Whatsapp untuk Telefon Android Posted: 25 Mar 2015 06:00 PM PDT Oleh:Azimah Zulkafli Mungkin tidak salah jika dikatakan bahawa aplikasi permesejan Whatsapp ialah darah daging kepada telefon pintar. Ia menjadikan perhubungan sosial lebih cepat, mudah dan lebih peribadi berbanding perkhidmatan SMS dan media sosial. Maka, pasti banyak maklumat penting yang tersimpan di dalamnya. Jadi, apakah yang perlu dilakukan jika sejarah perbualan Whatsapp anda tiba-tiba lesap ? Selalunya, isu mesej Whatsapp hilang terjadi akibat perkara-perkara berikut: 1. Tidak sengaja memadam sebahagian atau semua perbualan 2. Menyahpasang aplikasi Whatsapp daripada telefon 3. Bertukar ke telefon pintar baru 4. Reset telefon pintar Bagi sebab-sebab 1-3, ada kemungkinan besar sejarah perbualan boleh didapatkan kembali. Secara lalai (default), aplikasi Whatsapp akan membuat backup pada pukul 4 pagi setiap hari. Namun begitu, anda juga boleh membuat backup secara manual dengan menekan Setting>Chat Settings>Backup Conversations. Malangnya, ia tidak boleh dilakukan sekiranya peranti di'reset' kerana semua aplikasi dan fail (termasuk fail backup) akan turut terpadam. Cara restore untuk sebab 1 dan 2: 1. Nyahpasang aplikasi Whatsapp daripada peranti anda. 2. Muat turun dan pasang sekali lagi Whatsapp pada peranti. 3. Buka aplikasi. Anda akan diminta untuk memasukkan nombor telefon. Pastikan anda memasukkan nombor telefon yang sama seperti yang digunakan sebelum ini. 4. Whatsapp akan mencari sekiranya terdapat backup kepada mesej anda. Jika ada, skrin anda akan memaparkan mesej "Message backup found! Would you like to restore your message history from backup?" Klik Restore. 5. Mesej-mesej yang terkandung dalam backup terakhir Whatsapp anda akan dipaparkan semula. Cara restore untuk sebab 3: 1. Sebelum mengaktifkan Whatsapp pada telefon baru, pastikan anda membuat backup secara manual pada telefon lama. 2. Hubungkan telefon lama anda kepada PC. Melalui PC, cari folder Whatsapp pada storan telefon, kemudian salin (copy) folder tersebut dan simpan di PC anda. 3. Muat turun dan pasang aplikasi Whatsapp pada peranti baru. Jangan aktifkan dahulu. 4. Pergi ke File Manager dan cari folder Whatsapp. Namakan semula folder tersebut kepada apa-apa nama lain. 5. Melalui sambungan kepada PC, masukkan folder Whatsapp yang lama ke storan telefon baru anda. 6. Kini anda boleh mengaktifkan Whatsapp pada telefon baru. Pastikan anda memasukkan nombor telefon yang sama dan tekan Restore apabila Whatsapp menjumpai fail backup anda. Perlu diingat, langkah-langkah di atas hanya berkesan jika folder Whatsapp yang mengandungi fail backup masih wujud dan tidak ditindih oleh backup baharu yang tidak mengandungi sejarah perbualan lama. Proses backup sebenarnya sangat penting bukan sahaja untuk aplikasi Whatsapp, tetapi untuk keseluruhan peranti pintar anda. Maka, jadikan proses backup satu amalan rutin supaya anda tidak kehilangan maklumat penting jika perkara yang tidak diingini berlaku kepada peranti anda.Lebih baik jika fail-fail backup anda turut disalin ke PC atau ke storan awan (cloud). Rasa leceh sedikit tak mengapa, lebih baik beringat sebelum kena! |
Kaum yang hanya pandai berkata-kata Posted: 25 Mar 2015 06:00 PM PDT Oleh SYAFIQ AL-JITRAWY DARI Abdullah Bin Mas'ud katanya: Bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda, "Tiap-tiap nabi yang diutus sebelum aku mempunyai pengikut-pengikut dan sahabat-sahabat yang terpilih dari umatnya masingmasing, mereka itu berpegang kepada contoh nabinya dan menuruti perintahnya, kemudian setelah zaman itu berlalu mereka disambung oleh generasi yang hanya pandai berkata, tetapi tidak bekerja, bekerja tetapi tidak mengikuti ajaran nabinya. "Sesiapa menentang kaum itu dengan kekerasan, mukminlah ia, menentangnya dengan perkataan, mukminlah juga, dan menentang dengan hatinya mukmin juga, dan telah habislah iman dari orang-orang yang tidak menentang kemungkaran, walaupun dengan hatinya." (Riwayat Muslim). Hadis Nabi bukan teori konspirasi, tetapi Nabi telah beri satu panduan jelas kepada ahli jemaah dan umat Islam pada zaman kini dalam usaha membangunkan Islam. Nabi telah mengingatkan kepada kita bahawa akan wujud kaum yang cuma pandai beridealisme tetapi tidak buat kerja Islam. Suka berwacana tetapi tidak beramal menegakkan Islam. Mereka pandai kritik tetapi tidak tahu hendak membangunkan umat Islam. Realiti kini, cara mudah menarik perhatian orang ramai dalam ucapan adalah dengan menjaja ayat-ayat bombastik. Keluarlah ayat-ayat yang hebat didengar seperti fiqh futuristik, fiqh ikhtilaf, maqasid syariah, wasatiyyah dan lain-lain tetapi pelaksanaannya bertentangan dengan maksud asal ayat-ayat itu. Kaum kedua adalah bila mereka buat kerja, mereka tidak suka mengikut apa yang Nabi ajar. Mereka suka cari idea-idea selain dari apa yang Nabi ajar. Mereka menyangkakan idea-idea mereka lebih hebat dari al-Quran dan Sunnah. Nabi perjuangkan Islam untuk seluruh manusia di dunia, tetapi mereka hanya sayangkan negara dan negeri mereka sahaja. Betapa kecilnya skop mereka. Jika kita menentang kaum ini maka kita beriman, jika kita tidak menentang kaum ini takuttakut kita digolongkan dengan kaum tidak beriman. Kerja mendamaikan pertembungan hak dan batil adalah kerja mungkar, kerana menyusahkan kerja menegakkan hak dan memanjangkan jangka hayat batil. Badiuzzaman Said Nursi menentang Mustafa Kamal Atarturk yang sedang mensekularkan Turki tibatiba ada orang Islam yang kerjanya berzikir sahaja, pergi guna ayat-ayat al-Quran untuk mendamaikan pertembungan itu. Dalam hadis ini, Nabi memandaikan otak kita dengan tidak sebut nama individuindividu tertentu sahaja sebagai batil. Nabi memandaikan otak kita juga dengan tidak sebut nama institusi tertentu sahaja sebagai batil. Tetapi Nabi memandaikan otak kita dengan menyebut sifatsifat kaum ini. Maksudnya kaum ini ada sifat-sifat yang sama. Mereka boleh berada di manamana sahaja dan mereka tetap perlu ditentang. Sifat mereka sama sahaja sama ada mereka ada dalam Umno, PKR, DAP atau PAS. Jika kita bukan sebahagian dari kaum ini, jangan kita memandai-mandai menyamakan ciri-ciri mereka dengan kita (bersikap seperti kaum ini atau saja acah-acah bersikap seperti mereka). Takut-takut kita digolongkan dengan mereka di akhirat kelak. >> Penulis ialah mahasiswa Unisel. |
You are subscribed to email updates from BERANI KERANA BENAR To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 1600 Amphitheatre Parkway, Mountain View, CA 94043, United States |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan