Rabu, 18 Mac 2015

ALHUSSEYN

ALHUSSEYN


Najib dikerumuni dan dikuasai ramai kaki ampu

Posted: 18 Mar 2015 09:00 AM PDT

 Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak tidak mampu dijatuhkan melainkan ditekan dengan isu kontroversi yang melibatkannya dengan pengurusan wang negara dan isu peribadi, kata wartawan veteran Datuk A Kadir Jasin.

 Bekas Ketua Pengarang Kumpulan News Straits Times (NSTP) itu berkata, isu terbabit adalah 1Malaysia Development Berhad (1MDB), Pembangunan PFI Sdn Bhd, SRC International Sdn Bhd dan kejayaan bekas anggota UTK, Sirul Azhar Umar meloloskan diri ke Australia yang akan memaksa perdana menteri mengundurkan diri.

 "Maaf cakaplah kalau saya kata, Dr Mahathir, Ku Li dan Daim serta orang ramai yang sependapat dengan mereka akan kecewa kerana Najib tidak akan berubah dan tidak akan mengundurkan diri," katanya merujuk kepada Tun Dr Mahathir, Tengku Razaleigh Hamzah dan Tun Daim Zainuddin.

 "Hanya paksaan atau keterpaksaan berkaitan isu seperti 1MDB, pembangunan PFI Sdn Bhd, SRC International Sdn Bhd dan kejayaan Sirul Azhar Umar memboloskan diri ke Australia akan memaksa Mohd Najib mengundurkan diri," katanya dalam tulisan di blog The Scribe A Kadir Jasin hari ini.

 Kadir berkata sedemikian sebagai responsnya terhadap ucapan Ahli Parlimen Gua Musang di Dewan Rakyat semalam yang menegur pentadbiran Najib supaya memansuhkan cukai barangan dan perkhidmatan (GST). 

 Katanya, gesaan pemimpin veteran Umno itu tidak akan mengubah tindak-tanduk Najib kerana ia umpama mencurah air ke atas daun keladi.

 Katanya, salah satu sebab adalah ahli Parlimen Pekan itu merupakan watak terkawal dan terhutang budi kepada terlalu banyak pihak.

 Malah katanya, Najib dikerumuni dan dikuasai ramai penggilap epal (kaki ampu) dan "jemuan" yang tidak akan membenarkan beliau berubah apatah lagi mengundurkan diri.

 "Bagi meringkaskan pengistilahan, saya singkatkan golongan ini sebagai PEJ – penggilap epal dan 'jemuan'," katanya. - Baca lagi di sini

Hurey ! PAS Kelantan berjaya bawa Hudud ke Parlimen.....

Posted: 18 Mar 2015 06:00 AM PDT

Kesemua ADUN Umno Kelantan menyokong pindaan Enakmen Kanun Jenayah Syariah II 1993 yang dibentangkan hari ini bagi membolehkan pelaksanaan hukuman hudud di negeri itu.

 Memulakan perbahasan Rang Undang-undang itu dengan nada sebak, ADUN Kok Lanas Datuk Md Alwi Che Ahmad berkata Umno negeri itu akan bersama-sama kerajaan negeri "menghadapi segala rintangan" bagi melaksanakan hukuman hudud.

 Beliau yang juga ketua penerangan Umno Kelantan itu berkata, sokongan supaya hukuman jenayah Islam itu dilaksanakan juga adalah kerana Allah.

 "Saya sokong hudud ini kerana Allah. Umno sokong juga kerana Allah, bukan kerana politik. Kita akan hadapi masalah yang sama. Mereka datang dari pelbagai kumpulan untuk halang apa yang kita buat.

 "Saya bimbang kerajaan negeri terpaksa menghadapi banyak perkara. Maka, marilah kita bersama-sama bersahabat menghadapi rintangan ini," kata Md Alwi yang berucap kira-kira setengah jam bermula 12.30 pm.

 Umno mempunyai 12 orang ADUN di Kelantan..

 Selepas menyampaikan perbahasan, Speaker DUN, Datuk Abdullah Ya'kub berkata, beliau berharap agar Md Alwi berucap daripada hati.

 "Terima kasih kepada Yang Berhormat di atas ucapan yang dilahir daripada hati," kata Abdullah.

 Mahu Umno zahir sokongan

 Sementara itu, Timbalan Menteri Besar Kelantan Datuk Mohd Amar Nik Abdullah meminta supaya semua ADUN Umno menzahirkan sokongan mereka esok semasa pengundian bagi meluluskan rang undang-undang hudud itu.

 Mohd Amar yang juga pengerusi teknikal Jawatankuasa Kanun Jenayah Syariah II itu berkata lagi, apa yang paling penting ialah memastikan enakmen itu diluluskan untuk dibawa ke Parlimen. 

 "Cakap sahaja (sokong) tak guna. Kita tengok esok. Sokongan mulut OK. Tapi dalam dewan ini, bila mengundi baru bermakna.

 "Esok kita akan buka untuk undian, masa itu yang akan menentukan," katanya ketika ditemui pemberita selepas sidang DUN di Kompleks Kota Darulnaim.

 Mengulas ketidakhadiran ADUN Salor Datuk Husam Musa dan ADUN PKR Mohd Roslan Puteh hari ini, Mohd Amar berkata perkara itu tidak menjadi masalah memandangkan esok merupakan hari penentuan bagi rang undang-undang itu.

"Tak apalah tak datang (hari ini), kita nak mengundi esok. Apa masalahnya? Sebab esok kita nak mengundi, kalau dia tak datang pun tak apa. Tunggu esok sahajalah," katanya lagi.sumber

Komen al-Husseyn:
 Sebagaimana pengakuan Nik  Amar sendiri bahawa apa yang paling penting ialah memastikan enakmen itu diluluskan untuk dibawa ke Parlimen

 Apakah hanya untuk dibawa ke parlimen maka Nik Amar akan bergembira? Apakah yang akan berlaku di parlimen nanti? Mustahil sekiranya Nik Amar tidak mampu meramalkannya. Bagi Nik Amar, yang penting ianya berjaya dibawa ke parlimen nanti! Hurey yip-yip hurey!!

Apakah 122 suara Umno di parlimen akan
sokong Hudud Kelantan?
 Nik Amar jangan ghairah sangat dengan sokongan Umno Kelantan. Persoalan yang paling penting ialah , apakah kesemua 122 ahli parlimen Umno di parlimen akan menyokong apabila dibentangkan nanti?

 Biarlah kita bersangka yang baik, bahawa PM Najib dan konco-konconya akan bersetuju memberikan laluan sebagaimana yang telah diperlihatkan oleh Umno Kelantan.

Tidak mustahil 122 MP Umno akan sokong kerana semua perkara diatas kehendak Allah. Samalah juga Allah mampu melakukannya keatas kesemua 38 MP DAP ...

 Dan selepas ini nanti dalam masa yang terdekat, kita juga mahu lihat Hj Hadi pula akan melakukannya bagi membolehkan pelaksanaan hukuman hudud di Trengganu....Kita hanya mampu tunggu dan lihat .....

Husam: Ku Li perlu berani realisasi kritikannya

Posted: 18 Mar 2015 03:00 AM PDT

PAS mencabar MP Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah merealisasikan kritikannya terhadap Datuk Seri Najib Tun Razak dengan membawa usul menolak kepimpinan perdana menteri di Dewan Rakyat.

 Ia ekoran ucapan bekas menteri kewangan itu yang membahaskan titah ucapan Yang di-Pertuan Agong di Dewan Rakyat semalam, yang menyentuh prestasi ekonomi dan politik negara bawah pentadbiran Najib.

 Cabaran tersebut dikemukakan oleh Naib presiden PAS Datuk Husam Musa supaya pemimpin yang mesra dipanggil Ku Li itu, tidak hanya mengkritiknya dalam ucapan semata-mata tanpa melaksanakannya.9

 "Bukankah beban kewajipan membetulkan keadaan negara turut terletak di bahu YBM (Yang Berhormat Mulia) Ku Li? Apakah tindakan yang beliau boleh ambil? Adakah kata-katanya hari ini di Dewan Rakyat, hanya untuk diucapkan atau untuk dilaksanakan, bermula dari diri beliau sendiri?

 "Jika sekalipun puncak tindakan patriotik seperti itu tidak mampu dilakukan, saya percaya banyak lagi tindakan bersama ahli Parlimen dari kelompok meletakkan negara sebagai pertimbangan utama mengatasi parti, boleh lakukan untuk kepentingan negara.

 "Jika tidak, YBM Ku Li juga akan tersenarai sebagai mengkhianati rakyat dan negara pada satu masa akan datang," kata Husam dalam kenyataan semalam.

Dalam ucapannya semalam, Ku Li antara lain menggesa MP supaya berani membuat keputusan untuk berkhidmat dan tunduk kehendak rakyat dengan memenuhi ikrar sebagai anggota Dewan Rakyat.

 Selain itu, Ku Li turut menggesa MP membuat keputusan berdasarkan suara hati dengan menerima atau menolak sesuatu cadangan demi kepentingan rakyat walaupun bertentangan dengan kehendak parti demi menegakkan kedaulatan rakyat dan pengundi.

 Menyambut baik ucapan Ku Li, Husam turut mencadangkan kepada pemimpin BN itu supaya menubuhkan dan mempengerusikan kaukus Parlimen untuk memantau hutang negara, dengan menjemput anggota parlimen dari parti politik yang berbezauntuk menganggotainya.

 Malah bagi mengotakan ucapannya, Husam turut menggesa Ku Li menyokong usul tergempar untuk mengutuk tindakan Ketua Polis Negara (KPN) Tan Sri Khalid Abu Bakar susulan penahanan MP Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar.sumber

Bukti Bukan Konspirasi : Pencalonan pelbagai calon presiden menunjukkan kekecewaan di dalam parti itu

Posted: 17 Mar 2015 11:30 PM PDT

Lembu dipegang pada talinya, manusia
dipegang pada kata-katanya...
  Sentimen "Asal Bukan Hadi" dilihat mendapat momentum di kalangan pemimpin akar umbi PAS selepas beberapa kawasan menamakan calon lain untuk mencabar penyandang Datuk Seri Abdul Hadi Awang dalam pemilihan parti pada Jun.

  Bercanggah dengan dakwaan "konspirasi" untuk menjatuhkan presiden PAS itu, penganalisis Ibrahim Suffian mengatakan trend terbaru ini lahir kerana kekecewaan terhadap kepimpinan parti Islam itu pada hari ini.

 "Saya tidak fikir terdapat konspirasi tetapi hanya kekecewaan yang semakin berkembang. Jadi secara semula jadi, orang akan mula bercakap tentangnya dan cuba memintanya meletakkan jawatan atau memaksanya mengubah gaya kepimpinan," kata pengarah Merdeka Center itu kepada The Malaysian Insider.

"Perkembangan di peringkat akar umbi seperti peletakan jawatan beramai-ramai PAS kawasan Batu, pencalonan pelbagai calon sebagai presiden menunjukkan kekecewaan di dalam parti itu," katanya. 

 Fakta 4 PAS kawasan mencalonkan pelbagai individu sebagai calon presiden menunjukkan kekecewaan umum berbanding pergerakan tersusun satu kumpulan untuk menggantikannya dengan seorang calon mereka, kata Datuk Wan Abdul Rahim Wan Abdullah.

  Yang dipertua PAS Kota Baru itu berkata, jika kumpulan anti Hadi berkonspirasi menjatuhkan presiden, sudah tentu mereka hanya akan menamakan seorang calon untuk melawannya.

 Sebaliknya PAS Kota Baru mencalonkan Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, Kota Tinggi dan Batu Sapi mencalonkan Datuk Husam Musa manakala Shah Alam pula cuba mencalonkan Ahmad Awang, tetapi hanya kalah 6 undi.

 "Ini membuktikan kami tidak ada penyelarasan, tiada perancangan, tidak ada mesyuarat sulit atau konspirasi untuk menjatuhkan presiden.

 "Yang ada hanyalah kesepakatan kepimpinan perlu berubah untuk menghadapi suasana semasa," kata Wan Abdul Rahim yang memulakan langkah dengan menamakan Tuan Ibrahim apabila PAS Kota Baru bermesyuarat baru-baru ini.

 Timbalan pengarah pilihan raya PAS itu berata, 85% pengundi bukan Islam menyokong mereka semasa Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) lalu, tetapi selepas 2 tahun, kepimpinan parti Islam itu berjaya menghilangkan separuh daripada sokongan tersebut.

 Wan Abdul Rahim berkata, mengikut kajian terbaru hanya tinggal 38% saja bukan Islam yang menyokong PAS.

 "Senario ini bukan khayalan tetapi realiti. Ini bermakna PAS di Johor akan kembali ke status quo asalnya tanpa sebarang kerusi manakala 15 kerusi yang dimenangi PAS di Selangor tidak selamat lagi," katanya.

 Walaupun 3 daripada 4 PAS kawasan sudah mengadakan mesyuarat agung dan menamakan calon lain sebagai presiden, masih banyak lagi kawasan yang belum mesyuarat menjelang muktamar pada Jun.9

 Mereka mempunyai masa sehingga 21 April 2015 untuk bermesyuarat dan membuat keputusan siapakah calon presiden pilihan mereka.

 Ibrahim berkata, walaupun 4 PAS kawasan tersebut tidak dilihat terkoordinasi untuk melakukan perubahan kepimpinan, keadaan ini mungkin akan berubah.

 "Buat masa sekarang mereka tidak kelihatan terkoordinasi, tetapi sebab terdapatnya 3 bulan lagi dan lebih banyak pencalonan akan dilakukan, mereka mungkin duduk bersama dan mencapai konsensus tentang siapa yang mereka rasakan layak untuk mencabar Hadi," kata Ibrahim.

 Bagaimanapun, Ibrahim berkata Hadi bukanlah calon yang mudah dikalahkan dalam pemilihan PAS dan parti itu mungkin berharap beliau akan meletakkan jawatan daripada membiarkan pertandingan berlaku dan memecah belah parti.

Buat masa ini, PAS sudah mencipta sejarah: buat pertama kalinya, calon lain layak untuk mencabar Hadi selepas naib presiden Husam mendapat dua pencalonan untuk bertanding jawatan tertinggi parti itu.

 Husam pernah dicalonkan pada 2011 untuk jawatan itu daripada PAS kawasan Bukit Bintang tetapi terus menolaknya dan tidak menerima pencalonan seterusnya.

 Menjelang muktamar 2013 lalu, PAS Padang Serai di Kedah cuba mencalonkan yang dipertua mereka untuk mencabar Hadi, namun hanya mendapat 1 pencalonan saja dan tidak layak bertanding.

 Kerusi presiden PAS tidak pernah dicabar sejak zaman kepimpinan Yusof Rawa dan tiada calon yang pernah mendapat cukup pencalonan untuk mencabar presiden sedia ada. – 18 Mac, 2015.~ sumber

12 penunjuk perasaan bantah pelantikan MB Perak dipenjara 10 bulan

Posted: 17 Mar 2015 08:38 PM PDT

Pencetus tunjuk perasaan Kuala
Kangsar 2009
Mahkamah Rayuan Putrajaya hari ini menjatuhkan hukuman denda RM5,000 dan 10 bulan penjara kepada 12 yang terlibat dalam tunjuk perasaan membantah pelantikan Menteri Besar Perak Datuk Seri Zambry Abdul Kadir selepas kerajaan Pakatan Rakyat (PR) dijatuhkan pada 2009.

 Semua 12 penunjuk perasaan itu kemudiannya terus dibawa ke penjara untuk menjalani hukuman.

 Hakim membuat keputusan itu dengan menolak keputusan Mahkamah Sesyen dan Mahkamah Tinggi sebelum ini.

 Mahkamah Sesyen menjatuhkan hukuman RM5,000 dan 2 tahun penjara sebelum ini manakala Mahkamah Tinggi menjatuhkan hukuman denda RM5,000 tetapi tiada hukuman penjara di samping membebaskan 3 daripada mereka. – 18 Mac, 2015.~ SUMBER

Nak tahu kepada siapa PM Najib isytihar asetnya?

Posted: 17 Mar 2015 05:30 PM PDT

 Saranan pemimpin veteran Umno, Tengku Razaleigh Hamzah mencadangkan agar ahli Parlimen melakukan pengisytiharan harta disambut baik oleh Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan Barisan Nasional (BNBBC) Tan Sri Shahrir Samad.

Ahli Parlimen Gua Musang itu berkata, pengisytiharan harta itu perlu dibuat secara berkala dengan penubuhan sebuah badan bebas yang dibentuk melalui Akta Parlimen.

Tengku Razaleigh atau lebih dikenali sebagai Ku Li dalam ucapan membahaskan titah Agong hari ini menyarankan pengisytiharan harta, bertujuan mengelakkan berlakunya pertelingkahan kepentingan.

 Tetapi yang pelikya, Ahli Parlimen Johor Baru itu tidak bersetuju dengan penubuhan badan bebas yang dicadangkan Ku Li.

 "Saya tidak rasa Ku Li meminta ahli Parlimen untuk membuat pengisytiharan harta secara terbuka cukuplah pergi SPRM, mereka satu badan unik kerana ada juga unit Parlimen, kita tidak perlu tubuh satu badan bebas untuk mengendalikan hal pengisytiharan harta," katanya. Baca lagi di sini

Tapi lawak paling terbaik abad ini ialah dari Shahidan Kasim. Menurutnya semua ahli parlimen BN telah mengisytiharkan aset mereka dan ini telah menjadi amalan biasa untuk beberapa waktu ....

 Shahidan berkata pengisytiharan itu dibuat kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

 "Kami telah melakukan itu. Semua orang telah mengisytiharkan aset masing-masing, iaitu amalan biasa. Kami telah berbuat demikian untuk masa yang lama," kata Shahidan.

Dah kalau gitu, kepada siapa pula Najib isytihar asetnya? Tentu kepada Rosmah kan Shahidan?? Kan? kan??

Tiada ulasan: