Ahad, 1 Mac 2015

ALHUSSEYN

ALHUSSEYN


Presiden dan JKPP izinkan Dr Dzulkifli debat dengan Uztaz Haraki, Siapa berani sambut?

Posted: 01 Mar 2015 08:23 AM PST

Dr Dzulkefly Ahmad 2 hrs · 

 Salam.. Sementara kami menumpu membuat serangan ke atas seteru politik dengan mendedahkan pelbagai kebejatan dan kebobrokan tadbir-urus kewangan dan ekonomi negara, seumapama isu 1-MDB, FGV, Hutang negara dan kejatuhan nilai RM, ada pulak 'ustaz2 haraki' yg giat 'menyerang' kami dan nak perjatuh kami. Telah kami katakan cukuplah...tapi nampaknya jadi macam budak..lagi ditegah lagi menjadi2..kerja2 ini hanya memberi peluru kepada seteru-lawan politik kita.

Berpada2 sahabat2ku...kami bukanlah jahil sangat tentang Islam dan disiplin ilmunya....kerana PAS sejak berzaman khasnya era Al-Marhum Ust Fadzil Noor telah 'mengustazkan' kami..ada diantara kami yang telah mendapat 'Tarbiyah Haraki' sejak zaman student lagi.....

 Saya juga telah mendapat izin TG Presiden dan Mesy PAS Pusat untuk mengadakan 'wacana-bahas-debat'... pilih 'setting' yang 'tuan2 lebih selesa...untuk semua tuduhan tuan2 yang kami ini 'sesat, songsang, 'liberal' atau pengamal liberalsime agama' dapat kita wacana, bahas atau debatkan secara mendalam dan tuntas..mungkin secara tertutup....kalau cara itu lebih wajar.

 Harap jangan dihampakan.....dengan segala rendah hati saya memohon. AlLahu Musta'an!

Adakah Tuan Hj Hadi sudah sedia mengundur diri?

Posted: 01 Mar 2015 04:25 AM PST

Nostalgia : Masjid Rusila 1982
 Tuan Guru Haji Hadi yang dihormat, 

 Saya hanyalah seorang ahli PAS yg kerdil. Sewaktu saya bertugas dan tinggal di Dungun di sekitar akhir 70-an dahulu, saya sering berulang ke Rusila dengan motor kapcai selepas subuh, setiap Jumaat untuk mengikuti pengajian tafsir yg tuan sampaikan.  Saya adalah antara ratusan yang hadir dan sangat mengkagumi ilmu tuan. Tidak siapa yang dapat menafikan kewibawaan tuan mengenainya.

Dulu-dulu tuan sering sampaikan hadis ini kepada kami melaui ceramah-ceramah tuan dan juga pengajian.
  "Orang-orang biasa bertanya kepada Rasulullah SAW tentang kebaikan sementara aku biasa bertanya kepada beliau tentang keburukan karena bimbang jangan-jangan aku terkena keburukan itu. 
Maka aku bertanya, "Wahai Rasulullah, dahulu kami dalam masa jahiliah dan keburukan, lantas Allah datang dengan membawa kebaikan ini, maka apakah setelah kebaikan ini akan ada keburukan lagi?"
 Nabi menjawab, "Ya." 
 Saya bertanya, "Apakah sesudah keburukan itu akan ada kebaikan lagi?" 
 Beliau menjawab, "Ya, tapi ketika itu sudah ada kabut." 
 Saya bertanya, "Apa yang anda maksud dengan kabut itu?" 
 Beliau menjawab, "Adanya satu kaum yang memberikan petunjuk dengan selain petunjuk yang aku bawa. Engkau kenal mereka namun pada saat yang sama engkau juga mengingkarinya." 
 Saya bertanya, "Adakah setelah kebaikan itu akan ada keburukan lagi?" 
 Nabi menjawab, "Ya, yaitu adanya da'ie-da'ie yang menyeru menuju pintu jahannam. Siapa yang memenuhi seruan mereka, niscaya mereka akan menghempaskan orang itu ke dalam jahannam." 
 Aku bertanya, "Wahai Rasulullah, tolong beritahukanlah kami tentang ciri-ciri mereka!" 
 Nabi menjawab, "Mereka memiliki kulit seperti kulit kita, juga berbicara dengan bahasa kita." 
 Saya bertanya, "Lantas apa yang anda perintahkan kepada kami ketika kami menemui hari-hari seperti itu?" 
 Nabi menjawab, "Hendaklah kamu selalu bersama jamaah kaum muslimin dan imam (pemimpin) mereka!" 
 Aku bertanya, "Kalau pada waktu itu tidak ada jamaah kaum muslimin dan imam bagaimana?" 
 Nabi menjawab, "Hendaklah kamu jauhi seluruh firqah (kelompok-kelompok) itu, sekalipun kamu menggigit akar-akar pohon hingga kematian meregutmu dalam keadaan kamu tetap seperti itu." (Hadis Riwayat Al-Bukhari dan Muslim )
  Lalu tuan nasihatkan kami supaya menjauhi parti atau jemaah yang bukan memperjuangkan Islam, walaupun orang-orangnya memiliki kulit seperti kulit kita, juga berbicara dengan bahasa kita untuk menyelamatkan diri dari murka Allah. 

 Kami ikuti nasihat tuan, kami patuhi kata-kata tuan - lalu kami menjauhi mereka dan menganggap pembawa kabut itu adalah Umno!

 Tuan juga sering membacakan hadis Nabi yg membawa maksud : 
Bukan dari kalangan kami , sesiapa yang menyeru kepada 'asobiyyah, Bukan dari kalangan kami, sesiapa yang berjuang atas semangat 'asobiyyah, Bukan dari kalangan kami mereka yang terbunuh kerana asobiyyah.
 Kemudian tuan jelaskan kepada kami, Umno adalah parti Kebangsaan Melayu yang hanya memperjuangkan 'asobiyyah Melayu.

 Lalu kami turuti nasihat tuan itu. Kami patuhi kata-kata tuan sebab kami takut mati sebagai jahiliah. Kami takut Nabi tidak akan terima kami nanti. Kami menganggap, bahawa mereka yang menyeru, berjuang dan sanggup mati kerana asobiyyah itu adalah Umno; tidak akan diterima oleh Nabi...

 Tapi semua itu kini sudah berubah. Setelah kami semua turuti nasihat tuan dengan memusuhi dan membenci Umno, Tuan sendiri telah berubah melalui kata-kata tuan sewaktu di wawancara yang disiarkan dalam akhbar Harakah pada bil 1514, 15-18 Februari 2010 di muka surat N10 yang bertajuk: 


 'Tiada percanggahan dengan MB Kelantan - Presiden PAS'. 
 Soalan: Dahulunya, PAS pernah kata Umno kafir. Dalam isu penyatuan ini macam mana hendak betulkan keadaannya? 
 Jawapan tuan: ………..Apa yang berlaku ialah anjakan paradigma dalam Umno sendiri yang tidak lagi mengatakan politik suku agama suku. Dan tidak lagi menghina hukum-hukum Islam, tidak ada lagi budaya dalam Umno. Ini kejayaan yang dapat kita (PAS) laksanakan. Ini kejayaan dakwah yang kita (PAS) sampaikan bagi menyedarkan umat kita, bangsa kita dalam perkara (batas iman dan kufur) ini. Sepatutnya, kita tidak boleh bertelingkah dalam masalah ini dan PAS sendiri pernah minta diadakan muzakarah secara ilmu. 
 Ada sesetengah bercakap seolah-olah tuan meludah ke langit dengan merujuk kepada Amanat Hadi 1981.

 Pendirian boleh berubah-ubah mengikut masa dan waktu. Tetapi prinsip menegakkan kebenaran dan apa yang haq tetap berkekalan sehingga akhir hayat. Saya hanya kesedihan bila mengenangkan Tragedi Memali...alfateha untuk as-Syahid Ibrahim Libiya dan rakan-rakan yang terkorban kerana teguh mempertahankan prinsip dalam menegakan kebenaran dan yang haq!

 Memang saya pemah mengkagumi dan menyanjungi tuan tetapi tidak kerana membuta-tuli sehingga menafikan langsung kelemahan tuan sebagai manusia biasa.  

  Apakah saya tidak boleh berubah sikap terhadap tuan? Waima tuan sendiri telah jauh berubah. Tuan adalah umpama seorang bapa yang harus bertindak adil tanpa memihak kepada sesiapa melainkan kepada kebenaran yang hakiki.Namun tuan gagal bertindak wajar dalam menangani kemelut dalaman parti.        
Apakah Hj Hadi turut merestui demo ini?
 Demo pemuda di hadapan pejabat Agong PAS pada 8 Februari yang lalu adalah diluar adab kesopanan sebagai sebuah jemaah Islami. Tetapi tuan hanya berjalan dicelah-celah pendemo tanpa ambil peduli apa yang sedang berlaku.
 Mustahil tuan Haji Hadi tidak nampak slogan-slogan
fitnah keji yang menghina pimpinan parti sendiri.
 Tuan Hj Hadi, 

 Multaqa' Ulama yang baru lalu, penuh dengan lontaran fitnah sesama jemaah dengan mengeluarkan pelbagai gelaran kepada mereka yang berbeza pendapat. Bukan berbeza dari segi hukum hakam agama, tetapi berbeza pendapat dari segi percaturan, strategi, dan pendekatan politik yang tetap berada pada landasan Syariat. 

 Dari Timbalan Presiden PAS, hinggakan semua AJK PAS Pusat diserang bertubi-tubi bukan sahaja dalam blog, FB, dan ruang siber tanpa sempadan tetapi juga dalam program-program anjuran Dewan Ulama dan juga Lajnah Tarbiyah Pemuda!


 Maka lahirlah label-label Munafiq Haraki, Islam liberal, Jebon, Anti Ulama, malahan Syetan dan ugutan seperti akan ditelan oleh harimau dan babi – semua ini adalah mentakfirkan sesame ahli jemaah. 

Malah tuan turut melabel anak buah sendiri sebagai penghkhianat, broker dan barua! Seolah-olah mereka ini tiada pegangan akidah Islam.Ini amat memualkan kerana datangnya dari kalangan yang mengaku sebagai ulama'. Adakah ini kerja-kerja amal Islami?

 Ini semua adalah rentetan tindakan pemuda yang menghina Timbalan Presiden PAS, Tn Hj Mohamad Sabu dengan keluar untuk 'kencing' beramai-ramai dan juga do'a laknat yang diungkap untuk mereka yang tidak sehaluan pendapat.

 Dan kemuncaknya telah dijadikan sebagai isu pertembungan Ulama dan Professional dalam PAS.

 Tuan Hj Hadi, 

Kita telah lihat bagaimana pertembungan pendapat berlaku dikalangan pemimpin Umno sesame sendiri. Mahathir mengkritik PM Najib dengan begitu hebat dan lantang sekali. Namun mereka tidak pula gelar menggelar. Najib dan lain-lain pemimpin Umno tidak pula suruh Mahathir keluar parti!

 Berbeza sekali dengan apa yang berlaku dalam PAS hari ini yang begitu celupar dengan label-label hodoh. Malah ada yang menyuruh mereka yang tidak sependapat supaya keluar parti.

 Sikap gelar menggelar oleh sekawan Dewan Ulama' (Multaqa' Ulama) dan beberapa kalangan Pemuda PAS (Geng Demo dan Geng Kencing Berjemaah) adalah menggambar sikap taksub atau fanatik melampau hingga melahirkan sikap sombong, bongkak, ego dan bangga terhadap diri dan kumpulan sendiri. Dari Timbalan Presiden PAS, hinggakan semua AJK PAS Pusat diserang bertubi-tubi dalam blog, FB, dan ruang siber tanpa sempadan

 Bukankan taksub dan fanatik melampau itu jelas bertentangan dengan Islam. Bukankah Islam telah mengingatkan kita supaya sederhana dalam melakukan apa saja. Jangan sampai berlebihan.


 PAS bukan hanya telah menggantikan kelaku buruk Umno! Malah lebih buruk dari Umno kerana PAS melakukannya atas nama Islam! Kesemua kemelut ini hanya membuktikan kelemahan pimpinan tuan telah gagal membendung barah yang semakin parah. 

  Maka ini saya menyeru agar tuan mengundurkan diri demi kebaikan PAS. Lagi pun telah lama tuan telah berura-ura untuk mengundurkan diri dari terlibat aktif dalam parti. Memandangkan tahap kesihatan tuan sendiri yang agak tidak mengizinkan, maka elok sangat sekiranya tuan menolak segala pencalonan untuk tuan mempertahankan jawatan Presiden. Berilah laluan kepada yang lain. Berundurlah tuan dengan cara terhormat....

Ahli PAS Kena Bijak Menghadapi Fitnah Media

Posted: 28 Feb 2015 10:16 PM PST

  Kalian tentu kini sudah nampak jelas keadaan yang sebenar tentang apa yang telah berlaku dan sedang berlaku dalam PAS yang dulunya agak samar-samar. Kalian bacalah sendiri, samada kalian rasa nak marah atau terasa lucu, terpulanglah kepada kalian....

 Selepas baca artikel dibawah ini, sila dengar pula pendedahan 'CyberTrooper Umno' yang menyamar sebagai ahli PAS sewaktu berucap di pentas Muktamar PAS suatu ketika dulu di sini.



Kenyataan Media 

 Parti Islam Se-Malaysia (PAS) mengingatkan setiap ahli agar bijak dalam membaca sebaran berita di internet khususnya dalam blog, facebook dan juga media massa lainnya. Pada waktu ini PAS mendapati semakin banyak tuduhan liar dilontarkan oleh CyberTrooper Umno yang menyamar sebagai ahli PAS atau wakil pimpinan PAS di dalam media alternatif ini. 

 PAS mendapati mereka mengunakan isu Unity Goverment dan juga cadangan Tuan Guru Datuk Nik Abd Aziz Nik Mat bagi menunjukan bahawa PAS kini berpecah. 

 Pemimpin Umno seperti Najib Tun Razak, Muhyiddin Yasin dan Zahid Hamidi bersilih ganti menangguk di air keruh dengan memberikan komen seolah-olah PAS kini sedang berpecah yang mana sebahagiannya mengambarkan seperti ada kumpulan dalam PAS yang mahu bergabung dalam Umno, sebahagian lagi mahu Mursyidul Am dan Presiden letak jawatan. 

  Dalam ucapan Muktamar yang lepas, telah dijelaskan oleh Presiden, Tuan Guru Dato Seri Abdul Hadi Awang, bahawa PAS tiada hasrat untuk bergabung dengan Umno dan isu Unity Goverment tidak berbangkit lagi.

  Sehubungan dengan itu, kewujudan fitnah seolah-olah wujudnya pertemuan sulit pimpinan PAS yang Pro Unity Goverment dan Pro-Erdogan wajar difahami ahli sebagai satu gerak kerja saraf Umno untuk memecahkan parti ini kepada dua kelompok.

 Sesungguhnya tiada sebarang pertemuan sulit yang dilaporkan dan belum ada bukti yang diterima diperingkat kepimpinan PAS tentang kewujudan dua kumpulan ini melainkan individu-individu yang berbeza pandangan dengan pimpinan. 

  PAS melihat, selain jalan Musyawarah perlu juga Laporan Disiplin dibuat bagi mengesahkan setiap tuduhan yang dibuat untuk memudahkan kita mengetahui asal punca masalah ini.

 Lembaga Disiplin PAS juga membuka ruang yang seluas-luasnya terhadap mana-mana pimpinan dan ahli yang mempunyai bukti mengenai fitnah ini atau mereka-mereka yang menyebarkan berita bahawa terdapat segelintir pimpinan PAS sedang berusaha membawa PAS bergabung dengan Umno untuk membuat Laporan Disiplin.

 Jika ada laporan dan bukti yang sahih kita akan membuat keputusan, walaupun yang didakwa itu Mursyidul Am, Presiden atau mana-mana pemimpin tertinggi parti sekalipun. 

  PAS yakin kerja-kerja fitnah CyberTrooper Umno dan mereka-mereka yang kononnya menjadi ahli PAS tetapi bekerja untuk Umno akan mati dengan sendirinya jika sebarang Laporan Disiplin gagal dibuat dan tiada sebarang pembuktian diserahkan kepada pihak Lembaga.

 PAS meminta ahli bertenang dan tidak membuat sebarang ulasan terbuka mengenai perkara ini dan memberikan ruang kepada pemimpin bermusyawarah bagi mencari punca masalah ini.

 Gunakanlah saluran yang ada (Lembaga Disiplin) bagi mencari kebenaran dan menguatkan Ukhuwah dalam parti.

 Marilah kita bersama-sama melakukan solat hajat moga mereka yang cuba menganiaya parti ini diberikan hidayah oleh Allah untuk menginsafi perbuatan mereka.

 Kita mohon pada Allah semoga PAS dileraikan dari belenggu fitnah dan perjuangan kita terus mendapat hidayah dariNya. 

Ust. Idris Ahmad 
Ketua Penerangan PAS Pusat - sumber

Tengok nih....Siapa pula perlekeh PM Najib dan keluarga!

Posted: 28 Feb 2015 05:00 PM PST


 Anak bekas timbalan perdana menteri Datuk Mohd Tamrin Abdul Ghafar, yang juga bekas ahli PAS, penuh yakin Datuk Seri Mohd Najib Razak tidak akan berani menyaman Harakah kerana beliau tidak akan sanggup "mendedahkan" dirinya di mahkamah.

 "Aci kerat kelingking saya kalau perdana menteri berani saman Harakah," katanya menggunakan perumpamaan membawa maksud beliau sanggup memotong jarinya sekiranya perdana menteri benar-benar menyaman lidah rasmi PAS itu.

 Bercakap kepada The Malaysian Insider, Tamrin berkata, Najib sebelum ini pernah menghantar surat ugutan menyaman portal Malaysiakini dan dua ahli Parlimen Pakatan Rakyat (PR) - Rafizi Ramli (Pandan) dan Tony Pua (Petaling Jaya Utara) - namun ia tidak dilaksanakan sehingga kini.

 "Saya tidak nampak dia, isterinya Datin Seri Rosmah Mansor dan anak tirinya Riza Aziz berani ke mahkamah untuk mendedahkan segala kelemahannya," katanya merujuk anak Rosmah hasil perkahwinan terdahulunya.- Baca lagi di sini

Tiada ulasan: