ZAKRI ALI |
- Selangor tentukan pilihan raya PBT Ahad ini, kata Azmin OLEH JAMILAH KAMARUDIN
- Bukan Islam bubar kahwin dulu, baru daftar mualaf
- 'Tiada mesyuarat tanpa Hadi'
- SPR terima 64 bantahan sempadan semula S'wak
- Ismail sibuk, polis belum ambil keterangan
- VIDEO - ‘PAS tiada pilihan, perlu berdiri tegak bersama Anwar’
- Father, teen daughter killed in Sabah horror accident by muguntan vanar
- VIDEO - Kemelut PR: Tidak Boleh Dipandang Remeh - Anwar
- Ismail Sabri Pasti Tidak Sanggup Dengar Berita Ini
- Maksud Sebenar Bacaan Dalam Solat - By canang
- Ada "DURI DALAM DAGING" Rupanya......
- Apa? Kita bakal beli seliter minyak RM1 ?
- Ribuan Orang Yang Kononnya NGO-NGO Berhimpun Menyokong ULAMA Datuk Ustaz Kazim Elias ??
- Siapa sebenarnya perdana menteri? KOMENTAR OLEH AMIN ISKANDAR, PENGARANG BERITA
- Susulan seruan boikot, masa depan Ismail Sabri di Bera goyah, kata penganalisis OLEH ANISAH SHUKRY
- ‘Saya akan terus kekal,’ kata Anwar OLEH DIYANA IBRAHIM
- KEADILAN UNTUK ANWAR ATAU KEADILAN UNTUK RAKYAT?
- PAS: Penyokong Ismail seperti 'mabuk todi'
- Awas kalau parkir 'macam celaka'
- Saya nak makan nasi lemak, beras dibeli dari siapa?! BERNAS!!
- Mahfuz: Siapa tahu kes Altantuya tampillah...!!
- SIMPTOM AWAL GANGGUAN JIN SYAITAN.. - By canang
- ARTIS LELAKI BERBOGEL DENGAN MODEL WANITA...SIAPAKAH GERANGANNYA
- Cara mengenal madu asli: 80%
- Taufik Bijak.. Saya Sukakan Lelaki Bijak kata Fazura
Selangor tentukan pilihan raya PBT Ahad ini, kata Azmin OLEH JAMILAH KAMARUDIN Posted: 05 Feb 2015 11:30 PM PST Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali berkata negeri akan membuat keputusan berhubung pilihan raya pihak berkuasa tempatan selepas mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi Pakatan Rakyat Ahad ini. Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali berkata negeri akan membuat keputusan berhubung pilihan raya pihak berkuasa tempatan selepas mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi Pakatan Rakyat Ahad ini. Selangor akan membuat pendirian sama ada mahu meneruskan pilihan raya pihak berkuasa tempatan (PBT) atau tidak selepas mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi Pakatan Rakyat (PR) Ahad ini, kata Mohamed Azmin Ali. Menteri besar Selangor itu berkata, pihaknya mahu menunggu majlis itu berbincang terlebih dahulu sebelum mencapai keputusan muktamad. "Ahad ini ada satu mesyuarat. Perkara ini akan dibincangkan," katanya pada satu sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Pasukan Khas Pembersihan Daerah Petaling di Bangunan Setiausaha Kerajaan (SUK) di Shah Alam, hari ini. Ditanya cadangan ahli Parlimen DAP, Dr Ong Kian Ming yang mahu projek perintis pilihan raya PBT diadakan di Petaling Jaya, Azmin berkata perkara itu masih di peringkat perbincangan. Katanya, sebelum ini kerajaan negeri pernah berbincang tetapi perlu juga mendapat pandangan daripada PBT mengenai polisi yang akan diguna pakai mengikut kesesuaian. "Kita belum ada keputusan muktamad. Perkara ini akan dibawa kepada Majlis Pimpinan PR," katanya. Selasa lalu, Ong, wakil rakyat Serdang, mencadangkan Petaling Jaya dipilih sebagai kawasan pertama proses pemilihan ahli majlis menerusi pilihan raya. "Ini bukan isu DAP bertegas untuk melaksanakan atau tidak, tetapi ia adalah isu perundangan dan Pulau Pinang sudah membawa kes berkenaan ke Mahkamah Persekutuan tetapi ditolak. "Di Selangor, berkemungkinan percubaan pilihan raya PBT akan diadakan di Petaling Jaya tetapi belum ditentukan. Kami harap ia boleh dicuba," katanya. Pilihan Raya PBT merupakan antara manifesto PR Selangor semasa Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) dua tahun lalu yang dibentangkan menteri besar terdahulu, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim. Isu itu menjadi pertikaian apabila Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang melahirkan kebimbangan ia akan menimbulkan semula ketegangan kaum seperti tragedi 13 Mei 1969. Azmin, yang juga timbalan presiden PKR, turut menepis desas-desus beliau akan menggantikan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai ketua pembangkang sekiranya keputusan Mahkamah Persekutuan tidak memihak kepada ketua umum PKR itu. "Dia tidak akan masuk penjara. Dia akan dibebaskan," katanya yakin The Malaysian Insider | ||
Bukan Islam bubar kahwin dulu, baru daftar mualaf Posted: 05 Feb 2015 10:45 PM PST Seorang bukan Islam perlu membubarkan perkahwinannya yang terdahulu sebelum dibenarkan berdaftar sebagai mualaf di Negeri Sembilan, kata Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan. Selain itu, katanya mereka juga perlu membuat akuan berkanun yang menyatakan telah memeluk Islam. Beliau berkata dua perkara tersebut adalah antara cadangan peraturan baharu yang akan dikuatkuasakan berkaitan mualaf dalam Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Sembilan) 2003. "Cadangan peraturan baharu ini akan menjadikan enakmen tersebut lebih mantap, mengelakkan kontroversi dan paling penting sekali, Islam tidak akan terjerumus, dihina, dikeji dan dicerca hanya disebabkan oleh perbuatan seorang mualaf," katanya. Beliau berkata demikian pada sidang media selepas majlis penyampaian taklimat Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) kepada yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz ibni Almarhum Tuanku Munawir, di Seremban, hari ini. Mohamad, yang juga Pengerusi MAINS, berkata peraturan baharu terhadap mualaf di negeri itu bertujuan menjaga kesucian Islam dan mempertahankan agama itu daripada dikutuk dan dihina hanya kerana perbuatan bersifat individu. Katanya pembubaran perkahwinan itu perlu dilakukan sekiranya pasangan mualaf berkenaan tidak mahu sama-sama memeluk Islam yang menjadikan institusi perkahwinan itu tidak lagi mempunyai sebarang makna. "Mengikut hukum Islam mereka tidak boleh lagi hidup bersama. Mahu tidak mahu terpaksa bubar. Jika dia sudah masuk agama Islam baru hendak bubarkan, itu yang kadang-kadang timbul masalah. "Lebih baik dia bubarkan sebelum didaftarkan sebagai mualaf. Langkah ini penting bagi mengelak perbuatan berebut jenazah apabila seorang mualaf meninggal dunia," katanya. Beliau berkata peraturan baharu itu telah mendapat perkenan Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan dan ia tidak perlu dibentangkan ke Dewan Undangan Negeri (DUN) tetapi hanya memerlukan kelulusan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri. -Bernama | ||
Posted: 05 Feb 2015 10:00 PM PST Setiausaha agung DAP Lim Guan Eng sudahpun bersedia untuk menyertai mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat yang dijadualkan pada hari Ahad ini di Kuala Lumpur. Beliau bertegas bahawa perbincangan pada mesyuarat itu akan berdasarkan "fakta dan bukan fitnah". Ditanya mengenai perkara itu, Lim berkata mesyuarat tersebut sepatutnya sudah lama diadakan, dan menegaskan bahawa kesemua pemimpin utama DAP, PAS dan PKR perlu hadir. DAP menerima jaminan bahawa Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang akan menghadiri mesyuarat tersebut, kata Lim kepada pemberita di Pulau Pinang. "Kami diberi jaminan bahawa hadi akan hadir, jika tidak mesyuarat tidak akan diteruskan. "Keputusan ini dibuat oleh anggota jawatankuasa pusat, bukan saya. Kami tidak bertindak keseorangan kerana ia keputusan secara kolektif dan semua pemimpin mesti hadir. "Kemudian barulah kita boleh anggap pertemuan itu mesyuarat majlis pimpinan Pakatan," katanya lagi. Lim berkata beliau akan hadir ke mesyuarat itu bagi mewakili DAP, manakala ketua pembangkang yang juga ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mewakili parti berkenaan. "Ada orang enggan memahami bahawa setiausaha agung DAP merupakan ketua parti. Ada yang faham, ada yang tidak faham," katanya. Ditanya mengenai agenda dalam mesyuarat tersebut, Lim berkata beliau tidak mahu menimbulkan spekulasi. Beliau enggan mengulas dakwaan bahawa konflik di antara parti beliau dan PAS akan diselesaikan dalam mesyuarat tersebut. "Ia bergantung sama ada ia akan dapat diselesaikan," katanya. Antara isu yang dikaitkan dengan keretakan dalam Pakatan itu adalah pendirian PAS dan DAP dalam isu pelaksanaan hudud dan juga pilihan raya kerajaan tempatan. Malaysiakini | ||
SPR terima 64 bantahan sempadan semula S'wak Posted: 05 Feb 2015 09:15 PM PST Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menerima sebanyak 64 bantahan berhubung syor Kajian Semula Persempadanan Bahagian-bahagian Pilihan Raya bagi negeri Sarawak. Setiausaha SPR Datuk Abdul Ghani Salleh dalam satu kenyataan hari ini berkata SPR akan meneliti setiap representasi bantahan sama ada ia memenuhi syarat bagi sesi siasatan tempatan diadakan atau sebaliknya. "Sekiranya siasatan tempatan akan diadakan, tarikh dan masa sesi siasatan tempatan akan dimaklumkan melalui surat yang akan dikeluarkan oleh SPR kepada pihak-pihak terlibat," katanya. Menurutnya, bantahan yang diterima sepanjang tempoh sebulan pameran yang berakhir semalam menunjukkan peningkatan ketara berbanding 2005 iaitu sebanyak 26 bantahan. Berdasarkan Jadual ke-13 Perlembagaan Persekutuan, siasatan tempatan akan diadakan oleh SPR bagi mendengar representasi bantahan syor yang diterima daripada kerajaan negeri, pihak berkuasa tempatan atau sekumpulan orang seramai 100 atau lebih yang nama mereka ditunjukkan dalam daftar pemilih semasa bagi bahagian-bahaian pilihan raya berkenaan. -Bernama | ||
Ismail sibuk, polis belum ambil keterangan Posted: 05 Feb 2015 08:30 PM PST Polis masih belum merekodkan kenyataan Datuk Seri Ismail Sabri berhububg kenyataan kontroversi oleh menteri pertanian dan industri asas tani itu di Facebook. Seorang jurucakap polis berkata, menteri berkenaan kini sibuk dengan jadual kerja yang ketat. Bagaimanapun, pasukan tersebut akan merekodkan kenyataan menteri berkenaan secepat mungkin, katanya. Menurut Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar, polis sepatutnya merekodkan kenyataan menteri itu semalam. Bagaimanapun, ia mungkin dijadualkan semula kerana menteri itu perlu menghadiri mesyuarat kabinet. Ismail disiasat mengikut Seksyen 505 Kanun Keseksaan kerana mendorong ketakutan dan kegentaran kepada awam. Ia ekoran kenyataan Ismail di Facebook yang menggesa pengguna Melayu memboikot peniaga Cina yang tidak menurunkan harga barang. Malaysiakini | ||
VIDEO - ‘PAS tiada pilihan, perlu berdiri tegak bersama Anwar’ Posted: 05 Feb 2015 07:55 PM PST | ||
Father, teen daughter killed in Sabah horror accident by muguntan vanar Posted: 05 Feb 2015 07:30 PM PST The driver of the Toyota Prado four-wheel drive vehicle Lim Get Liong and his 19-year-old daughter Lim Ser Yun were killed on the spot after their vehicle crashed into the oncoming Shell lorry tanker at KM103 Sandakan-Lahad Datu on Wednesday. The 43-year-old lorry driver from Sandakan suffered chest injuries and was admitted to the Kinabatangan hospital, according to the police on Thursday. Lim was on his way from Sandakan towards Lahad Datu when the accident occurred at 5.10pm. Investigations are under way and the bodies have been sent to the hospital for a post-mortem. THE STAR ONLINE | ||
VIDEO - Kemelut PR: Tidak Boleh Dipandang Remeh - Anwar Posted: 05 Feb 2015 07:00 PM PST | ||
Ismail Sabri Pasti Tidak Sanggup Dengar Berita Ini Posted: 05 Feb 2015 06:15 PM PST Exco muda Pulau Pinang Afif Bahardin kini turut serta memperlekeh menteri pusat Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob kerana menyarankan orang Melayu memulaukan peniaga Cina yang enggan menurunkan harga barang. Afif hari ini menghamburkan gelaran "dangkal dan bodoh" kepada menteri pertanian dan industri asas tani itu."Tiada sesiapa memaksa seseorang membeli barang daripada kedai yang mahal atau murah."Orang ramai lakukannya atas kehendak sendiri," kata Afif. Bercakap dalam sidang media di Seberang Jaya semalam, beliau berkata Ismail Sabri gagal memahami perkara yang harus ditangani. Perkara itu, katanya, menggambarkan kurangnya kawalan kerajaan terhadap harga barang asas seperti beras dan gula. Beliau membangkitkan kenapa menteri itu membangkitkan isu berkaitan harga di kedai makan mahal ketika ada kebimbangan golongan bawahan terjejas dengan pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) April ini. "Mana dia cadangan menteri untuk tangani kebimbangan oleh kumpulan masyarakat ini?" soal exco kesihatan dan pembangunan luar bandar itu. Addin | ||
Maksud Sebenar Bacaan Dalam Solat - By canang Posted: 05 Feb 2015 05:45 PM PST Semoga dengan itu, kita lebih khusyuk dalam ibadah kita dan menambah kekuatan iman kita, insyaa Allah. Mari kita fahamkan betul-betul maksud atau makna bacaan dalam solat. Maksud Sebenar Bacaan Dalam Solat1) Takbiratul-Ihram / Takbir:ALLAHU AKBAR - Allah Maha Besar. 2) Doa Iftitah:Doa Iftitah dalam rumi Allahu akbar kabiraw-walhamdu lillahi kathiraw-wasubhanallahi bukrataw-wa-asila. Wajjahtu wajhia lillazi fataras sama-wati wal-ardha hanifam-muslimaw-wama ana minal-musyrikin. Inna solati wanusuki wamahyaya wamamati lillahi rabbil'alamin.La syarikalahu wabiza-lika umirtu wa ana minal muslimin. Maksudnya: Allah Maha Besar dan segala puji bagi Allah dengan banyaknya. Maha suci Allah sepanjang pagi dan petang. Aku hadapkan wajahku bagi Tuhan yang mencipta langit dan bumi, dengan suasana lurus dan berserah diri dan aku bukan dari golongan orang musyrik. Sesungguhnya solatku, ibadatku, hidupku, matiku adalah untuk Allah Tuhan sekelian alam. Tidak ada sekutu bagiNya dan kepadaku diperintahkan untuk tidak menyekutukan bagiNya dan aku dari golongan orang Islam. 3) Al-Fatihah:Al-Fatihah dalam rumi:Bismi Llâhi r-rahmâni r-rahîm Al-hamdu liLlâhi rabbi l-`âlamîn Ar-rahmâni r-rahîm Mâliki yawmi d-dîn Iyyâka na`budu wa'iyyâka nasta`în Ihdina s-sirâta l-mustaqîm Sirâta llazîna an`amta `alayhim ghayri l-maghdhûbi `alayhim wala dh-dhâllîn Maksudnya: Dengan nama Allah yang maha Pemurah lagi maha Mengasihani. Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam. Yang maha pemurah lagi maha mengasihani. Yang menguasai hari pembalasan. Hanya Engkaulah yang kami sembah dan hanya kepada Engkau kami mohon pertolongan. Tunjukilah kami jalan yang lurus. Iaitu jalan orang-orang yang Engkau kurniakan nikmat kepada mereka, bukan jalan mereka yang Engkau murkai dan bukan jalan mereka yang sesat. 4) Bacaan ketika rukuk:SUBHANA RABBIYAL 'ADZIMI WABIHAMDIH. (3 KALI) Maksudnya: Maha Suci TuhanKu Yang Maha Besar dan dengan segala puji-pujiannya. 5) Bacaan ketika bangun dari rukuk:SAMI'ALLAHU LIMAN HAMIDAH. Maksudnya: Allah mendengar pujian orang yang memujinya. 6) Bacaan ketika iktidal:(RABBANA LAKAL HAMDU.) Wahai Tuhan kami bagi Engkaulah segala pujian.7) Bacaan ketika sujud:SUBHANA RABBIYAL A'LA WABIHAMDIH. (3 KALI) Maksudnya: Maha suci TuhanKu yang Maha Tinggi dan dengan segala puji-pujiannya. 8) Bacaan ketika duduk di antara dua sujud:RABBIGHFIRLI WARHAMNI WAJBURNI WARFA'NI WARZUQNI WAHDINI WA'AFINI WA'FU 'ANNI. Maksudnya: Ya Allah, ampunilah dosaku dan rahmatilah daku, lindungilah daku, angkatlah darjatku, rezekikan daku, berilah aku petunjuk, selamatkanlah daku dan maafkanlah akan daku. 9) Bacaan ketika Tahiyat Awal:Bacaan Tahiyat Awal dalam rumi: Attahiyyatul Mubarakaatush sholawaatuth thayyibatu lillaah, Assalaamu'alaika ayyuhan nabiyyu warahmatullaahi wabarakaatuh, Assalaamu'alaina wa'alaa 'ibaadillaahish shoolihiin. Asyhadu allaa ilaaha illallaah, Waasyhadu anna Muhammadan rasuulullaah. Allahhumma sholli 'alaa Saidina Muhammad wa 'ala aalihi Saidina Muhammad" Maksudnya: Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah. Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya. Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh. Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah. Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad. 10) Bacaan ketika Tahiyat Akhir:Bacaan Tahiyat Akhir dalam rumi: Attahiyyatul Mubarakaatush sholawaatuth thayyibatu lillaah, Assalaamu'alaika ayyuhan nabiyyu warahmatullaahi wabarakaatuh, Assalaamu'alaina wa'alaa 'ibaadillaahish shoolihiin. Asyhadu allaa ilaaha illallaah, Waasyhadu anna Muhammadan rasuulullaah. Allahhumma sholli 'alaa Saidina Muhammad wa 'ala aalihi Saidina Muhammad (#) kamaa sholaita 'ala saidina Ibrahiim wa 'ala aalihi saidina Ibrahiim, wa baarik 'ala saidina Muhammad wa 'ala aalihi saidina Muhammad, kamaa baarakta 'ala saidina Ibrahiim wa 'ala aalihi saidina Ibrahiim, fil alamina innaka hamiidum majiid." Maksudnya: Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah. Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya. Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh. Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah. Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad dan ke atas keluarganya. Sebagaimana Engkau selawatkan ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim. Berkatilah ke atas Muhammad dan atas keluarganya sebagaimana Engkau berkati ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim di dalam alam ini. Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji lagi Maha Agung. 11) Doa Qunut:Bacaan Doa Qunut dalam Rumi: Allah hummah dini fiman hadait. Wa'a fini fiman 'afait. Watawallani fiman tawalait. Wabarikli fimaa a'tait. Waqinii syarramaa qadzait. Fainnaka taqdhi wala yuqdha 'alaik. Waiinahu layadziluman walait. Walaa ya'izzuman 'adait. Tabaa rakta rabbana wata'alait. Falakalhamdu 'ala maaqadzait. Astaghfiruka wa'atubu ilaik. Wasallallahu 'ala Saidina Muhammad. Wa'ala alihi wasahbihi Wasallam. Maksudnya: Ya Allah, berilah aku petunjuk sebagaimana orang-orang yang telah Engkau tunjuki. Sejahterakanlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau sejahterakan. Pimpinlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau pimpin. Berkatilah hendaknya untukku apa-pa yang telah Engkau berikan padaku. Jauhkanlah aku daripada segala kejahatan yang telah Engkau tetapkan. Sesungguhnya hanya Engkau sahajalah yang menetapkan, dan tidak sesiapapun yang berkuasa menetapkan sesuatu selain daripada Engkau. Sesungguhnya tidak terhina orang yang memperolehi pimpinanMu. Dan tidak mulia orang-orang yang Engkau musuhi. Telah memberi berkat Engkau, ya Tuhan kami dan maha tinggi Engkau. Hanya untuk Engkau sahajalah segala macam puji terhadap apa-apa yang telah Engkau tetapkan. Dan aku minta ampun dan bertaubat kepada Engkau. Dan Allah rahmatilah Muhammad, Nabi yang ummi dan sejahtera keatas keluarganya dan sahabat-sahabatnya. Salam Sejahtera ke atas kamu berserta rahmat Allah. Semoga bermanafaat untuk semua. Sebarkan ilmu, sebarkan bahagia! #sumber Ustaz Zainal Abidin | ||
Ada "DURI DALAM DAGING" Rupanya...... Posted: 05 Feb 2015 05:15 PM PST Hebat AJK PAS seorang nie.. siap jadi Pensyarah Universiti lagi.. Kjaan BN relax aja tak ambil tindakan...Jadi Pengarah Operasi Pusat Penyelidikan PAS dan dalam waktu yang sama menjadi Pensyarah di Universiti Malaya.... Hebat tak beliau.. bukan apa kami sekadar nak memberikan persoalan... jika dahulu barang sesiapa yang berkhidmat dalam jabatan kerajaan BN pakai umuq tak panjanglah jawatan tersebut.... nak kena transfer atau nak kena pecat....tunggulah salah satu akan menyusul.... Tetapi mamat seorang ini beliau begitu relax dan sempoi sahaja menjadi Pensyarah Universiti Malaya.... dan dalam waktu yang sama menjadi Pengarah Operasi Penyelidikan PAS.... hebat sungguh PAS sekarang nie.... Antara kehebatan beliau ialah menembak sesama sendiri bagi cempera dalam PAS & PR... ini antara keratan di fb beliau..... | ||
Apa? Kita bakal beli seliter minyak RM1 ? Posted: 05 Feb 2015 04:45 PM PST Dato' Dr Nazri Khan,Ketua Penyelidik Runcit Affin Investment Bank, seorang yang cukup terkenal kerana acapkali kali dipanggil untuk memberikan analisa dan kajiannya melalui media-media arus perdana. Kali ini Dato' Dr Nazri Khan menulis di facebooknya untuk berkongsi apa yang beliau jangkakan akan berlaku di sepanjang tahun 2015 ini berdasarkan pemerhatian yang dilakukan baru-baru ini. Antaranya ialah : 2015 akan menyaksikan permulaan penggabungan bank mega di Malaysia. Menjangka Bank Malaysia yang terbesar untuk dilahirkan dengan lebih daripada RM100 bilion modal pasaran tahun depan 2015 akan menyaksikan Malaysia akhirnya melaksanakan Cukai Perkhidmatan yang baik pada kadar 6% (terendah di ASEAN) selepas perancangan yang panjang sejak tahun 1992, Perdana Menteri Mahathir dan Anwar Ibrahim, era Menteri Kewangan. Malaysia adalah yang ketiga negara ASEAN lepas untuk melaksanakan GST. 2015 isu-isu ekonomi yang akan paling hangat kejatuhan ringgit, kejatuhan harga minyak, kenaikan inflasi, kenaikan kadar faedah, hutang isi rumah meningkat, aliran keluar wang haram dan Model Ekonomi Baru Rancangan Ekonomi Malaysia ke-11. 2015 isu-isu politik yang akan menjadi paling hangat 1MDB Berhad, Keputusan kes liwat Anwar Ibrahim, Akta hasutan, Hudud Row, Kerajaan Perpaduan, Kumpulan Felda, Malaysia Airlines Berhad dan Model Baru Politik UMNO. Mengharapkan untuk melihat kebangkitan suhu politik Malaysia kerana konfrantasi antara Melayu liberal dan ektrem Melayu. 2015 akan melihat minyak malah lebih murah daripada air. Dalam tempoh lima bulan, harga minyak telah jatuh dari USD 110 kepada USD55 setong. Sekarang kos RM1 untuk membeli seliter minyak, bandingkan untuk air yang RM2 seliter. Ironinya, RON 95 dan Milo Tarik tidak jatuh sebanyak. Al-Husseyn. | ||
Ribuan Orang Yang Kononnya NGO-NGO Berhimpun Menyokong ULAMA Datuk Ustaz Kazim Elias ?? Posted: 05 Feb 2015 04:00 PM PST Ribuan kalau perkiraan bekas Menteri UMNO. Dalam kepala puak-puak songkok hitam nih hanya Datuk Kazim sahajalah ulama, hanya dia sajalah Ustaz yang mereka boleh terima pakai bila berceramah. Lain-lain yang telah diiktiraf ulama seperti Tuan Guru Fadhil Noor, Tuan Guru Nik Aziz, Tuan Guru Haji Hadi, Tuan Guru Haron Din dicaci, dihina tidak pula hangpa pertahan. Pemimpin UMNO kata parti pimpinan Tuan Guru di atas adalah parti sesat. Kononnya bersatu teguh mempertahankan ulama. Ulama dunia hangpa pertahanlah, ulama sebenar yang sepatutnya kita dok berdamping hangpa tinggal, hangpa hina dan caci. Hangpa dok pertahan apa, dah memang dia dok mengata orang Cina dalam ceramah dia. Susah sangat nak terima hakikat, benda dah lepas dah pun hangpa sendiri yang dok panjang-panjangkan cerita sampai berhimpun bagai, selepas ini geng ayahanda pula dengar-dengar cerita nak berhimpun untuk Datuk Kazim. tikaq buloh | ||
Siapa sebenarnya perdana menteri? KOMENTAR OLEH AMIN ISKANDAR, PENGARANG BERITA Posted: 05 Feb 2015 08:00 AM PST Kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad bercanggah berhubung kenyataan Facebook seorang menteri Kabinet yang berbaur perkauman, timbul persoalan siapa sebenarnya perdana menteri di negara ini. Kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad bercanggah berhubung kenyataan Facebook seorang menteri Kabinet yang berbaur perkauman, timbul persoalan siapa sebenarnya perdana menteri di negara ini. Kenyataan Datuk Seri Najib Razak dan Tun Dr Mahathir Mohamad semalam berhubung tindakan perkauman seorang menteri Kabinet menimbulkan persoalan tentang siapakah yang sebenarnya memimpin Malaysia pada hari ini. Perdana menteri yang sebelum ini memperkenalkan konsep 1Malaysia mempertahankan Datuk Seri Ismail Sabri Yaacob walaupun menggugat keharmonian Malaysia dengan menimbulkan kebencian orang Melayu terhadap kaum Cina. Sementara Dr Mahathir yang sudah lebih 10 tahun meninggalkan pentadbiran negara menegur menteri pertanian dan asas tani itu agar mencari punca sebenar dan tidak menyalahkan kaum tertentu berhubung kenaikan harga barang. "Itu cara yang negatif menyelesaikan masalah. Cari puncanya," kata Dr Mahathir merujuk kepada gesaan Ismail agar kaum Melayu memboikot perniagaan kaum Cina. "Mungkin dia tidak fikir apa dia cakap, kalau dia fikir baik-baik, dia tidak akan kata boikot barang jualan orang Cina." Tindakan Najib mempertahankan ahli politik dari Pahang itu mungkin disebabkan 92 ketua Umno bahagian yang berhimpun di Putrajaya semalam menyatakan sokongan secara terbuka kepada Ismail berhubung kenyataan perkaumannya itu. Jurucakap kepada kumpulan itu, Ketua Umno Bahagian Bukit Mertajam Datuk Musa Sheikh Fadzir berkata mereka menyokong penuh kenyataan Ismail dan akan berdiri di belakangnya sekiranya dikenakan tindakan. Apakah Najib takut kepada 92 ketua Umno bahagian ini? Ini menimbulkan persoalan tentang kedudukan Najib sekarang, apakah beliau seorang perdana menteri Umno atau perdana menteri Malaysia? Ironinya, Dr Mahathir yang sebelum ini dikatakan bersimpati kepada kumpulan berhaluan kanan Melayu membuat kenyataan sebagai seorang negarawan demi mempertahankan asas pembentukan Malaysia. Malaysia ditubuhkan Tunku Abdul Rahman Putra Al- Haj pada 1963 sebagai sebuah negara yang berbilang kaum dan agama. Selepas rusuhan kaum 13 Mei, 1969 melibatkan kaum Melayu dan Cina, perdana menteri kedua Tun Abdul Razak Hussein yang merupakan ayah kepada Najib berusaha mengembalikan Malaysia ke landasan sebenar. Walaupun singkat tempoh pemerintahan, Razak berusaha sehingga akhir hayatnya untuk mengembalikan perpaduan nasional berbanding Najib yang sanggup memusnahkannya hanya kerana mahu terus kekal memimpin Umno. Hari ini, menteri Kabinet lain juga tidak ada yang berani melakukan perkara betul dengan menegur Ismail yang mungkin dirasuk emosinya ketika menulis di Facebook. Termasuklah "jaguh-jaguh progresif" di Facebook dan Twitter sebelum dilantik menyertai Kabinet. Mungkin inilah kualiti kepimpinan yang ada di Malaysia pada hari ini sehinggakan tindakan Dr Mahathir menegur Ismail semalam mengembalikan harapan kepada negara. Walaupun Dr Mahathir sudah tidak lagi memimpin negara, sekurang-kurangnya pengaruhnya yang besar dalam Umno dan di kalangan orang Melayu diharapkan dapat mengawal emosi kaum majoriti itu daripada melakukan perkara tidak waras terhadap kaum Cina. Inilah realiti Malaysia pada hari ini, rakyat terpaksa mengharapkan kepimpinan daripada seorang yang sudah lebih 10 tahun meninggalkan Kabinet berbanding perdana menteri sedia ada. – 5 Februari, 2015. - See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article | ||
Susulan seruan boikot, masa depan Ismail Sabri di Bera goyah, kata penganalisis OLEH ANISAH SHUKRY Posted: 05 Feb 2015 07:15 AM PST Komen berbaur perkauman yang dibuat Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menjejaskan sokongan kepadanya di kawasan Parlimennya di Bera, kata penganalisis. Komen berbaur perkauman yang dibuat Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menjejaskan sokongan kepadanya di kawasan Parlimennya di Bera, kata penganalisis. Komen yang dibuat Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada Ahad, menyeru pengguna Melayu memboikot peniaga Cina, tidak akan membawa kebaikan kepadanya di kawasan Parlimennya Bera, di mana pengundi Cina membentuk lebih satu perempat daripada penduduk di situ. Walaupun menteri pertanian dan asas tani itu kini dalam penggal ketiga mewakili rakyat kawasan itu, sokongan terhadapnya didapati semakin berkurangan setiap kali pilihan raya. Pada 2013, beliau menang tipis dalam satu pertandingan tiga penjuru, dengan hanya 2,143 undi majoriti. Beliau mendapat 21,669 undi, sementara lawannya daripada PKR Zakaria Abdul Hamid memperoleh 19,526 dan seorang calon Bebas, Mohamad Wali Alang mendapat 670 undi. Menurut laporan, kawasan Parlimen itu mempunyai 50,997 pengundi dengan 16,319 daripadanya kaum Cina. Terdapat 30,088 pengundi Melayu dan selebihnya mereka yang dalam kategori Lain-lain. Penganalisis politik dan Ahli Parlimen DAP Dr Ong Kian Ming berkata, kebanyakan daripada 32% penduduk Cina di Bera mengundi pembangkang dan masa depan Ismail bergantung kepada usahanya memperbaiki keadaan untuk memenangi kembali hati rakyat jika mahu kekal di situ. "Seramai 60% pengundi Cina di Bera mengundi pembangkang pada 2013. Kerusi Dewan Undangan Negeri di bawah Bera, iaitu Teriang, merupakan kubu kuat DAP selama enam pilihan raya umum," Ong memberitahu The Malaysian Insider. "Tetapi, sekiranya Ismail hendak mengekalkan kerusinya dan memenangi sokongan Cina, beliau mesti memohon maaf kerana membuat kenyataan tersebut," katanya. Teguran Ong itu dibuat selepas menteri itu menulis kenyataan kontroversi di Facebooknya, menggesa pengguna Melayu melakukan boikot itu dalam usaha menentang peniaga yang enggan menurunkan harga barang dan membuat keuntungan ketika kerajaan sudah menurunkan harga runcit minyak. "Maaf saya beri pandangan, selain daripada KPDNKK (Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan) yang patut gunakan Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan untuk ambil tindakan kepada peniaga yang naikkan harga barang tanpa sebab munasabah, kuasa terbesar ada pada pengguna. "Majoriti pengguna adalah Melayu, Cina adalah minoriti, kalau Melayu boikot perniagaan mereka, tentu mereka tiada pilihan untuk turunkan harga barang," tulisnya di akaun Facebooknya pada Ahad. Ismail juga menyebut tentang restoran kopitiam OldTown White Coffee, dimiliki OldTown Bhd, mengatakan ahli Parlimen Beruas Datuk Ngeh Koo Ham memiliki saham di dalamnya. "Lihat sahaja OldTown White Coffee, diragui baru-baru ini. Tapi masih orang Melayu gagal untuk boikot. Lebih-lebih lagi pemiliknya dikatakan keluarga Ngeh, DAP Perak yang terkenal anti-Islam. "Selagi Melayu tidak berubah, selagi itu Cina ambil kesempatan untuk tindas Melayu," katanya. Bagaimanapun, Ismail berdiri teguh dengan kenyataannya dan enggan meminta maaf apabila diberi amaran oleh Ngeh. "Saya tak akan tarik balik kenyataan dan tidak akan meminta maaf," katanya semalam pada satu himpunan yang diadakan penyokongnya di Pusat Dagangan Dunia Putra pada Isnin dan pada himpunan satu lagi diadakan ketua Umno bahagian di Putrajaya semalam. Penganalisis politik Wan Saiful Wan Jan, pengarah Institut Demokrasi dan Hal Ehwal Ekonomi (Ideas) berkata, mana-mana rakyat Malaysia akan tidak senang dengan kenyataan Ismail itu, walau daripada kumpulan etnik mana sekalipun. "Saya rasa, reaksi sesiapa saja yang berfikiran waras, baik Melayu mahupun Cina, dan yang percaya kepada perpaduan rakyat Malaysia, akan rasa meluat. "Dan saya fikir, atau paling kurang harap, pengundi Cina akan ingat ini apabila melontarkan undi kelak." Penduduk Cina di Bera ramai yang tinggal di Teriang, di mana mereka membentuk 69% pengundi pada 2013 berbanding 26% Melayu dan 4% India. BN secara tradisinya meletakkan calon Gerakan untuk kerusi itu sementara dua kerusi DUN lain, Guai dan Kemayan - kedua-duanya kawasan majoriti Melayu - ditandingi wakil Umno. Pemangku Pengerusi Gerakan Pahang Tee Yew mengakui, perasaan komuniti Cina terluka dengan kenyataan Ismail, dan menambah, masa depan BN di negeri itu kini bergantung kepada bagaimana partinya akan menerangkan isu itu kepada penduduk tempatan. "Sama ada komen Ismail akan menjejaskan pengundi atau tidak, bergantung kepada bagaimana kita merasionalkan isu ini di peringkat bawahan. Mereka ini rajin bekerja, dan boleh jadi emosional dengan perkara seperti ini. "Gerakan sudah tentu tidak setuju dengan beliau. Jadi, apa yang kami perlu sampaikan kepada rakyat sekarang ialah, kita perlu tinggalkan isu ini dan beri lebih tumpuan kepada perkara lebih penting, seperti keperluan harian kita," katanya, sambil menambah, banyak masa terbuang menangani isu provokasi antara kaum ini. Katanya, beliau berharap Gerakan dapat terus menukar paradigma rakyat Malaysia supaya tidak terlalu menumpukan kepada kaum masing-masing, sebaliknya lebih berminat bergerak sebagai satu bangsa demi mencapai Wawasan 2020. Bagaimanapun, beliau enggan menyatakan sama ada Ismail patut memohon maaf atau tidak, mengatakan ia terpulang kepadanya. – 5 Februari, 2015. - See more at: http://www.themalaysianinsider.com | ||
‘Saya akan terus kekal,’ kata Anwar OLEH DIYANA IBRAHIM Posted: 05 Feb 2015 06:30 AM PST Published: 5 February 2015. Datuk Seri Anwar Ibrahim menolak yang Pakatan Rakyat (PR) perlu mencari pengganti bagi mengisi jawatan Ketua Pembangkang yang bakal dikosongkannya. Datuk Seri Anwar Ibrahim menolak yang Pakatan Rakyat (PR) perlu mencari pengganti bagi mengisi jawatan Ketua Pembangkang yang bakal dikosongkannya. Datuk Seri Anwar Ibrahim optimis beliau tidak akan disabitkan bersalah dalam rayuan kes liwatnya, sekaligus menolak yang Pakatan Rakyat (PR) perlu mencari pengganti bagi mengisi jawatan Ketua Pembangkang yang bakal dikosongkannya. "Kita patut menjangkakan apa yang terbaik dan daripada fakta, undang-undang amat jelas memihak pada saya. "Perbicaraan ini mesti digariskan berdasarkan undang-undang bukan politik. Jadi, 'the show must go on' (kita teruskan seperti biasa) dan saya akan kekal, insyaAllah," katanya pada sidang media selepas merasmikan peluncuran buku Dr Syed Husin Ali, di Shah Alam hari ini. Beliau berkata demikian apabila ditanya adakah PR kini sedang dalam perancangan mencari calon sesuai menggantikannya sekiranya beliau disabitkan bersalah oleh Mahkamah Persekutuan 10 Februari ini. – 5 Februari, 2015. - See more at: http://www.themalaysianinsider.com. | ||
KEADILAN UNTUK ANWAR ATAU KEADILAN UNTUK RAKYAT? Posted: 05 Feb 2015 05:45 AM PST Kita tidak pernah tahu bagaimana untuk bangkit melawan. Kita tidak pernah mahu tahu.. bahawa kita ditipu setiap hari. Kita sentiasa takut kerana ketakutan itu adalah teman kita sejak kecil... Mereka ada di mana-mana.. seperti hantu yang bersembunyi di balik pntu. Datang seorang yang selalu rela menjadi mangsa...membela ketakutan kita. Dia rela di penjara di zaman mudanya, masih rela dipenjara ketika dia di puncak kuasa.. Kini mungkinkah dia akan dipenjarakan lagi ?? Kini tepuk dada tanyalah jiwa perjuangan dalam hati kita.. Apa yang kita mahukan sebenarnya?. Kekayaan dan hidup mewah? Pangkat dan nama yang masyhur? Atau kemuliaan di sisi Tuhan Allah Azzawajalla... Belumkah masanya kita saling memaafkan? Belumkah masanya kita bangkit untuk anak-anak generasi masa depan? Ayohlah!! KEADILAN UNTUK ANWAR ADALAH KEADILAN UNTUK KITA. KEADILAN UNTUK ANWAR ADALAH KEADILAN UNTUK RAKYAT SELURUHNYA.. UNTUK NUSA DAN BANGSA KITA..! INSYAALLAH !! AAMIIN... | ||
PAS: Penyokong Ismail seperti 'mabuk todi' Posted: 05 Feb 2015 05:00 AM PST Ketua Penerangan PAS Datuk Mahfuz Omar mempertikaikan tindakan 92 ketua Umno bahagian di seluruh negara yang menyokong gesaan Datuk Seri Ismail Sabri supaya memboikot perniagaan kaum Cina. Mahfuz mengumpamakan tindakan pemimpin Umno bahagian itu sebagai "membuta tuli bagai orang mabuk meminum todi". Anggota parlimen Pokok Sena itu juga berkata pihak tersebut sepatutnya mendesak kerajaan supaya menurunkan harga barang bawah kawalannya terlebih dahulu. "Sepatutnya mereka berhimpun di depan pejabat perdana menteri sebab kerajaan yang bertanggungjawab kena turunkan harga kawalan, bukan peniaga. "Sehingga hari ini kerajaan tidak pula menyatakan hasrat untuk menurunkan harga barang bawah kawalan mereka. Pentingnya para pemimpin Umno bahagian itu menyatakan sokongan dengan berlandaskan fakta. "Usahlah menyokong membuta tuli bagaikan orang yang mabuk meminum todi," katanya pada sidang media di ibu pejabat PAS hari ini.
Mahfuz turut mempersoalkan kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang membela tindakan menteri pertanian dan industri asas tani itu. Ini kerana, kata Mahfuz yang juga pesuruhjaya PAS Kedah, kenyataan Ismail di Facebook itu jelas menggesa supaya memboikot perniagaan kaum Cina. "Perdana menteri juga memilih jalan yang sama untuk membela menteri kabinet tersebut. "Sekiranya kenyataan itu dikeluarkan oleh pemimpin parti pembangkang, pasti pihak berkuasa sepantas kilat ingin mengheret ke mahkamah atas dakwaan Akta Hasutan," katanya. Ismail sebelum ini menggesa agar orang ramai memboikot perniagaan orang Cina sekiranya mahu menurunkan harga barang. Bagaimanapun, Ismail berkata, gesaannya itu merupakan saranan supaya pengguna dapat menggunakan kuasa mereka mendesak harga barangan diturunkan. Malaysiakini | ||
Awas kalau parkir 'macam celaka' Posted: 05 Feb 2015 04:15 AM PST Hati-hati apabila meletakkan kenderaan. Jangan menyusahkan orang lain. Ini kerana anda bukan sahaja boleh menjadi objek cemuhan tetapi juga mungkin dimalukan di Internet. Laman Facebook You Park Like An Asshole (Malaysia) mengambil inisiatif itu dengan memuat naik gambar-gambar kenderaan yang diletakkan secara mementingkan diri sendiri. Setakat ini kumpulan itu dapat menarik sebanyak lebih 18,000 ahli untuk menyertainya sejak diwujudkan enam bulan lalu. Menurut pengendali laman itu, Facebook itu bertujuan memberi maklumat kepada masyarakat dan mendidik pengguna lebih berdisiplin. Antara gambar yang dimuat naik termasuk parkir senget atau tidak masuk dalam petak, meletakkan kenderaan di petak Orang Kurang Upaya (OKU) dan parkir berganda di tepi jalan sehingga menghalang pengguna lain. Laman itu juga memuat naik beberapa keping gambar motosikal yang diparkir di petak letak kereta. Facebook itu juga menjadi tempat orang ramai melepaskan kemarahan. Ini dilihat melalui beberapa nota berang yang antaranya berbunyi "Kepada si celaka, anak perempuan 17 tahun aku parkir lagi baik daripada kau", "Dulu kecil-kecil tak nak mati, dah besar menyusahkan orang" dan "Pandai bawa kereta, bodoh parkir". Malaysiakini | ||
Saya nak makan nasi lemak, beras dibeli dari siapa?! BERNAS!! Posted: 05 Feb 2015 03:30 AM PST BERNAS milik siapa?! Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhari!! Makan nasi lemak, takkan tanpa minuman, so order kopi o! Air buat kopi, jika tinggal di Johor beli dari Aliran Ihsas Resources, milik siapa? Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhari! Minum kopi mesti campur gula! Gula di Malaysia, dua pengeluar sahaja MSM & MSR, MSM milik felda, 20% saham dimiliki Tan Sri Syed Mokhtar; MSR milik TanSri Syed Mokhtar sepenuhnya! OK, cakap banyak sekarang nasi sudah sejuk, mahu panaskan! Guna gas stove, Gas Malaysia milik siapa? Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhari! Guna microwave oven, elektrik, TNB beli elektrik dari siapa? IPP! IPP terbesar di Malaysia Malakoff, milik siapa?! Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhari!! Sekarang tak nak makan nasi, pergi McD sahaja la... naik motor! Motor Kriss, keluaran MODENAS! Modenas milik siapa?! Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhari!! Tak nak naik motor, naik kereta! Kereta apa? Proton! Proton milik DRB HICOM! DRB HICOM milik siapa?! Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhari!! Tak nak beli Proton la.. Beli Honda saja... Honda Malaysia milik siapa? Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhari! Beli kereta nak buat pinjaman perbankan islam, pergi Bank Muamalat! Bank Muamalat milik siapa?! Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhari! Kereta kena ada insurans coverage! Insurance beli dari siapa? Uni Asia Insurance! Uni Asia milik siapa?! Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhari!! Nak ambil road tax, kena pergi PUSPAKOM! Puspakom milik siapa? Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhari!! Ok la tak nak naik kereta! Naik keretapi lagi senang! Landasan keretapi siapa buat?! MMC! MMC milik siapa?! Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhari! Sekarang, dia pun nak ambil alih KTMB!! Ok tak nak guna keretapi ambil kapal terbang saja la... nak pergi Johor! Senai Airport milik siapa? Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhari! Tak nak ambil keretapi, kapal terbang, naik kapal laut sahaja la... Pergi Pelabuhan Tanjung Pelepas! Tanjung Pelepas Port milik siapa?! Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhari! Tak nak pergi Tanjung Pelepas, pergi Johor Port! Johor Port milik siapa? MMC! MMC milik siapa?! Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhari!! Ok la... orang KL, naik MRT sahaja la... (apabila siapa) Projek MRT, siapa kontraktor terbesar?! MMC! MMC milik siapa?! Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhari!! Macam ni la... tak nak keluar rumah langsung! Duduk rumah, hantar surat sahaja! Apabila nak hantar surat, kena lekat setem! Apabila kita lekat setem sahaja, kita sudah bayar Tan Sri SyedMokhtar Al Bukhari, kerana POS Malaysia pun sudah diswastakan!! Tahniah Tan Sri! You earn this all, on your own!! Malaysia is not Malaysians anymore, its YOURS!! Entirely yours!! And the Malays complain the Chinese are oppressing them??? So kalau dia tak turun harga, macam mana orang lain boleh turun harga? | ||
Mahfuz: Siapa tahu kes Altantuya tampillah...!! Posted: 05 Feb 2015 02:45 AM PST Ketua Penerangan PAS Datuk Mahfuz Omar berkata, pihak yang mengetahui motif pembunuhan Altantuya Shaariibuu sepatutnya tampil dengan berani bagi memastikan kredibiliti institusi kehakiman dan polis terus dihormati. Mengulas kenyataan bekas ketua polis negara Tan Sri Musa Hassan semalam, Mahfuz turut mempersoalkan mengapa hukuman mati dijatuhkan terhadap individu yang tidak mempunyai kaitan serta motif untuk membunuh Altantuya. "Sebab itu kita persoalkan apa motif (pembunuhan) sebab yang ada hubungan dengan Altantuya ialah Razak Baginda. "Jadi apa hubungan Sirul dan Azilah?" katanya pada sidang media di ibu pejabat PAS hari ini. Posted & copy by RAKYAT MARHAEN. | ||
SIMPTOM AWAL GANGGUAN JIN SYAITAN.. - By canang Posted: 05 Feb 2015 02:00 AM PST SIMPTOM AWAL GANGGUAN JIN SYAITANI 1) Sakit kepala selepas waktu asar ke atas. 2) Badan terasa berat dan malas. 3) Sukar mendapat jodoh. 4) Badan terasa bisa-bisa. 5) Sakit ketika ziarah orang meninggal. 6) Sukar tidur malam. 7) Sakit pinggang tanpa sebab. 8 ) Sakit dada bila waktu asar keatas. 9) Mimpi melihat binatang seperti ular dan sebagainya. 10) Bermimpi bayi atau menyusukan bayi. 11) Bermimpi jatuh dari tempat tinggi. 12) Bermimpi di tempat yang kotor. 13) Sakit anggota badan tertentu seperti kaki selepas waktu asar. 14) Ada terasa benda bergerak dibawah kulit. 15) Bayi kerap menangis. 16) Bunyi guli jatuh diatas syiling. 17) Suami isteri kerap bertengkar walau perkara kecil. 18) Sayang melampau-lampau pada orang yang baru dikenali. 19) Malas beribadat. 20) Nyanyuk ketika usia lanjut. 21) Panas baran. 22) Sikap berubah secara mendadak. 23) Gelisah dan panas ditengkuk bila dengar al-quran. 24) Suka melakukan tabiat buruk. 25) Kerap sendawa bila mendengar al-quran. 26) Kerap keguguran. 27) Gagal melakukan hubungan kelamin. 28) Mengantuk bila dengar al-quran. 29) Bermimpi seram yang menakutkan. 30) Darah haid turun lebih 15 hari. 31) Batuk yang berpanjangan. 32) Selalu ditindih ketika tidur. 33) Kuat berangan. 34) Terlalu rasa rendah diri dan tidak berkeyakinan. 35) Nafsu seksual yang melampau. 36) Selalu melihat kelibat dirumah. 37) Terasa diri selalu diperhatikan. 38) Mandul. 39) Kerap mendengar sesuatu bisikan. 40) Melihat jin secara terus. 41) Sakit mental atau gila. LA ILAHA ILLALLAH WAH DAHU LAA SYARIKALAH, LAHUL MULKU WA LAHUL HAMDU, WA HUWA ALA KULLI SYAI'IN QADIR. (tidak ada sembahan kecuali Allah, Robb satu-satunya dan tiada sekutu bagi-Nya, hanya milik-Nya-lah segala puji, dan dia adalah maha berkuasa atas segala sesuatu). Cananglahnie Amalkan zikir di atas 100x tiap2 pagi & petang selama sebulan, insyaAllah diri anda akan dipagar dan gangguan jin pun akan beransur hilang. SHARE Kredit kpd page : Kami bersama ulamak | ||
ARTIS LELAKI BERBOGEL DENGAN MODEL WANITA...SIAPAKAH GERANGANNYA Posted: 05 Feb 2015 01:15 AM PST Seorang model dan pelakon yang pernah mencetuskan kontroversi sebelum ini sekali lagi menggemparkan industri hiburan tanah air apabila gambarnya berbogel bersama seorang model tersebar di media sosial. Gambar pelakon lelaki itu berbogel dan sedang duduk bersama seorang model wanita yang hanya memakai seluar dalam, kini menjadi viral dalam WhatsApp dan Facebook walaupun kesahihannya belum dapat dipastikan. Dipercayai gambar artis lelaki yang berusia lewat 20-an itu diambil kira-kira lima tahun lalu tetapi mula dimuat turun sejak beberapa minggu lalu. Seorang kakitangan kerajaan di sini yang hanya mahu dikenali sebagai Zainal, 25, berkata, gambar itu diperolehnya minggu lalu dan kini menjadi viral dalam kalangan rakan dan kumpulan WhatsApp yang disertainya. Katanya, pada mulanya dia terkejut tetapi selepas diamati gambar berkenaan sangat mirip dengan artis lelaki berkenaan dan perkara itu turut diakui rakan yang lain. "Saya tidak tahu mengapa gambar ini disebarkan sekarang jika betul artis berkenaan yang kurang popular terlibat kerana lakonannya tetapi isu-isu panas yang menjadi tajuk berita dirinya sebelum ini. "Bagi menjernihkan keadaan artis lelaki berkenaan perlu tampil memberi penjelasan atau penafian. Jika tidak bersalah atau dianiaya, segera membuat laporan polis," katanya ketika ditemui di sini hari ini. Sebelum ini, artis lelaki berkenaan yang pernah menjadi pelakon tambahan dalam beberapa filem termasuk satu cerita ala gangster, kini dilihat lebih banyak berlakon sebagai pelakon tambahan dalam drama tempatan. Malah, beberapa tahun lalu, kisah percintaannya bersama rakan artis wanita yang kini sudah bergelar isteri kepada seorang pengarah terkenal, menjadi isu panas apabila gambar bercium mereka mula tersebar di media sosial. Selain itu, pelakon lelaki itu pernah dituduh memukul dan mencekik teman wanitanya namun dinafikannya sebelum berpisah dengan teman wanitanya itu. Zainal berkata, dalam era internet ketika ini, penafian semata-mata tidak dapat membantu sebaliknya perlu disertakan dengan bukti dan perbuatan itu amat memalukan sebagai seorang yang beragama Islam. Katanya, golongan artis perlu mengetahui batas-batas mereka sebagai seorang Islam dan menjadi pelakon atau penyanyi bukan tiket untuk bebas melakukan apa sahaja kerana mereka akan menjadi ejen perosak kepada anak muda. Lantak HANGPA La..... | ||
Posted: 05 Feb 2015 12:30 AM PST Madu yang ada dalam pasaran adalah palsu (Gambar) Tranungkite Madu asli atau palsu? Itulah persoalan yang kerap ditanya setiap kali didekati penjual madu di jalanan. Pada hakikatnya, madu palsu memang wujud di pasaran hari ini (mungkin disebabkan harga tinggi untuk sesetengah jenis madu seperti madu tualang). Malah, ada yang percaya 80% madu yang berada di pasaran adalah madu palsu! Bagi mereka yang yakin akan khasiat madu dan mengamalkan pengambilan madu, perkara yang paling sukar ialah untuk mendapatkan bekalan madu yang asli dan berkualiti. Tertipu duit mungkin perkara kecil, yang lebih penting adalah kesihatan diri dan keluarga tidak terjamin dan boleh memudaratkan badan. Jadi, pengetahuan dan pengalaman dalam cara membezakan madu asli dan palsu amat penting. Bagi madu asli pula, anda boleh menggunakan cara-cara di bawah untuk memastikan tahap keaslian dan kualitinya. Madu asli tidak mengeras di dalam peti sejuk. Madu asli tidak akan dihurungi semut. Pelik, tetapi benar! Madu adalah satu-satunya makanan manis yang tidak disukai oleh semut. Hanya madu palsu yang mengandungi gula pemanis akan dimakan semut. Madu asli akan mengumpal di dalam air. Sesudu madu asli yang dituangkan di dalam air (tanpa dikacau) akan mengumpal dan jatuh di dasar air. Madu palsu akan bercampur dengan air (sebanyak mana bergantung kepada kandungan air di dalamnya). Madu asli tidak putus bila ditarik. Madu asli yang ditarik tinggi hanya akan membentuk alur yang halus apabila mengalir turun dan tidak putus. Madu palsu (atau madu asli yang mempunyai kandungan air yang tinggi) akan putus-putus pengalirannya. Madu putih selalunya palsu. Madu putih yang selalunya dikatakan royal jelly oleh penjual jalanan biasanya adalah palsu. Pertama, royal jelly biasanya hanya diperoleh dalam kuantiti yang sangat sedikit dan jarang memenuhi satu botol (seperti botol-botol yang dijual di jalanan). Bayangkan, produk yang mengandungi royal jelly beberapa gram sudah mencecah ratusan ringgit. Kedua, royal jelly perlu sentiasa disejukkan kerana khasiatnya sensitif kepada suhu. Oleh itu, royal jelly tidak sesuai dijual di jalanan. Cara ini seumpama lagenda kerana tidak ramai yang berjaya menggunakannya, walaupun dengan madu asli. Ini kerana hanya madu yang benar-benar segar mengandungi enzim-enzim aktif yang 'memasak' kuning telur. Sekiranya anda mendapat madu yang boleh 'memasak' kuning telur, madu tersebut adalah benar-benar berkualiti dan segar! Madu asli mempunyai komposisi gula tertentu. Cara yang paling tepat untuk membezakan madu asli dan palsu adalah dengan menjalankan ujian makmal. Madu asli dan tulen mempunyai nisbah komposisi glukosa dan fruktosa antara 0.30 – 1.35 sahaja. Madu palsu sukar untuk menyamai nisbah ini. Kerengga | ||
Taufik Bijak.. Saya Sukakan Lelaki Bijak kata Fazura Posted: 04 Feb 2015 11:45 PM PST BAGI yang mengikuti perkembangan Nur Fazura di Instagram pasti perasan dia telah memuatnaik gambar-gambar 'manis' bersama penyanyi Singapura, Taufik Batisah. Ia sekaligus mengundang usikan nakal di kalangan peminat yang mengatakan kedua-dua juri Maharaja Lawak Mega 2014 (MLM2014) itu mungkin sedang bercinta. Bagaimanapun menerusi Malaysian Digest, Nur Fazura memberitahu dia dan Taufik sebenarnya rakan lama dan tidak lebih daripada itu. "Memang sejak dulu lagi kami berkawan baik tetapi hubungan rapat kami tidaklah sampai selalu bermesej. Kalau berjumpa pun sekadar bertegur sapa dan berbual perkembangan masing-masing. "Sekarang ini, mungkin kami nampak lebih rapat sebab setiap minggu jadi juri MLM. "Saya suka berkawan dengannya kerana dia seorang yang bijak dan saya sukakan lelaki bijak," jelasnya. Oh, begitu ya rupanya… Sebelum ini, Nur Fazura pernah dikaitkan dengan deejay warga Amerika, Randy Seidman, namun turut dinafikannya. Hmm, agak-agaknya siapalah jejaka yang akan berjaya menambat hati pelakon jelita itu nanti? Sama-samalah kita nantikan… |
You are subscribed to email updates from ZAKRI ALI To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 1600 Amphitheatre Parkway, Mountain View, CA 94043, United States |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan