Selasa, 17 Februari 2015

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI


Apa Yang Shafee Tak Puas Hati Lagi Sampai Nak Bersumpah Di Mekah Bagai...

Posted: 17 Feb 2015 02:49 PM PST

INGAT SYAFEE....INI KEJADIAN YANG ALLAH DAH TUNJUKKAN....BAGAIMANA MOKHTAR DUGONG( GELARAN PADA MASA ITU) YANG MEMANG TERKENAL DENGAN SIKAP DEGILNYA SAMA SEPERTI ANDA
 
 
 
Ni saya dapat dari FB. Selamat membaca.

Cumanya ada penambahan satu lagi.

Khairuddin Abu Hasan yang menjadi aktor utama dalam buku 50 Dalil sekarang di dapati bankrupsi walaupun telah bernikah dgn pelakon Ummi Aida.

Khabarnya apartment mewah beliau juga terpaksa dilelong.

Sila  lihat imej di bawah



NASIB PELAKON KES LIWAT 1 (1998).

Hakim kanan Mahkamah Persekutuan, Datuk S Augustine Paul meninggal dunia pada 2010 di Hospital Selayang. Beliau yang berusia 65 tahun, difahamkan meninggal dunia kerana penyakit barah.

Ummi Hafilda Ali: Salah seorang dalang utama dalam konspirasi Anwar, telah digugurkan menjadi anak kepada bapanya sebelum beliau meninggal. Azmin Ali yang sebapa dengan Ummi mengesahkan perkara tersebut.

Azizan Abu Bakar: Rakan konspirasi Ummi, telah terlibat dalam kemalangan kereta, menyebabkan kematian isterinya. Dia kemudian ditangkap kerana khalwat dan mengaku berzina depan hakim syariah lalu dihukum enam bulan penjara.

Rahim Nor: Bekas Ketua Polis Negara pertama dimasukkan ke penjara, hilang pencen, tiada siapa mahu dekat dengan dia kini.

Aziz Samsuddin: Ketua dalang dalam konspirasi terhadap Anwar, juga terlibat dalam kemalangan jalan raya dan isterinya juga meninggal dunia (selepas beliau bersumpah bahawa beliau tidak terlibat dalam konspirasi). Apabila mereka mengambil jenazah isterinya daripada hospital, didapati sekeping cek bernilai RM3 juta padanya, iaitu pemberian rasuah bagi meluluskan kontrak kepada sebuah syarikat Cina.

Peguam Negara (Mohtar Abdullah) pada masa itu, yang bertanggungjawab menyediakan perbicaraan Anwar. Dia berada dalam koma selama setahun, setelah jatuh dan terhentak kepalanya, semasa mengalami angin ahmar. Para doktor di Pusat Perubatan Subang terpaksa membelah buka tengkoraknya bagi mengurangkan bengkak pada otaknya tetapi mereka tidak dapat menutupnya semula kerana bengkaknya tidak surut. Tengkorak itu, akhirnya ditampal dengan hanya menggunakan pita mengelak otaknya daripada terkeluar. Apabila akhirnya dia mati, kepalanya mengecut dan mereka yang melihatnya pada masa kematiannya, mengatakan dia nampak seakan-akan kepala kera. Sesuai benar dengan orang yang tidak menggunakan otaknya semasa hidup dan mempermainkan sistem kehakiman!

Dr Ristina Majid, seorang lagi dalang konspirasi? Dia didapati mabuk tunggang-langgang semasa anak buahnya yang diserahkan kepadanya untuk dijaga, mati lemas dalam kolam renang. Bapanya juga telah tidak mengakunya sebagai anak sehingga dia mati, bapanya tidak memaafkannya atas apa yang telah dia lakukan ke atas Anwar. Dr Ristina juga mati kerana angin ahmar semasa berada dalam satu persidangan di Jakarta dan menemui ajal tanpa mendapat keampunan bapanya. Dr Ristina sebenarnya, ingin benar mengahwini Aziz Samsudin, tetapi Aziz menolak. Dan Azizan Abu Bakar buat seketika pernah bekerja dengan Dr Ristina sebagai pemandunya.

Penulis Buku Fitnah '10 Dalil Anwar Tidak Boleh Jadi PM" iaitu Khalid Jafri juga koma sebelum mati. Buku itu menjadi asas kes Fitnah 1 DS Anwar.


 APA YANG KHAIRY DAN SYAFEE TAK PUAS HATI TERHADAP DSAI



Kes liwat melibatkan Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim dengan Saiful Bukhari Azlan tidak habis-habis menghadirkan cerita pelik dan ganjil buat kita semua. 

Jika semasa perbicaraan dulu, sudah banyak cerita pelik dan ganjil ini didedahkan kepada umum, disiarkan dalam media dan menjadi perbualan ramai, kini ia berterusan lagi walaupun episod mahkamah telah pun berakhir dan Anwar sudah berada dalam penjara.

Setelah Anwar disabitkan bersalah oleh Mahkamah Persekutuan serta dihukum penjara selama lima tahun, adalah perkara biasa jika pihak yang tertuduh merasa tidak puas hati dengan hukuman yahg dijatuhkan itu.

Sebab itu, tiada yang hairannya jika Anwar terus menyatakan sabitan kepadanya adalah bermotifkan politik dan bertujuan membunuh karier politiknya. Tidak pelik juga jika ahli keluarga Anwar bersama penyokongnya terus meluahkan simpati dan mengadakan pelbagai demo bagi membantah hukuman itu.

Tiada yang ganjil dan luar biasa juga jika peguambela Anwar terus bercakap menyatakan rasa tidak puas hati dengannya.

Ia boleh dikatakan normal dan biasa bilamana pihak yang kalah terus bersuara dan menuntut keadilan.

Tetapi tentulah pelik, ganjil dan luar biasa bila pihak yang menang terus menerus bercakap cuba meyakinkan orangramai mengenai keputusan yang telah dibuat oleh lima hakim Mahkamah Persekutuan itu.

Inilah yang berlaku dalam kes Anwar Ibrahim ini. Setelah beliau didapati bersalah dan kini sedang menghuni Penjara Sungai Buloh, ketua pasukan pendakwaraya, Shafee Abdullah ternampak begitu sibuk bercakap di sana sini mengenai perbicaraan dan hukuman yang telah diterima oleh Ketua Pembangkang itu.

Beliau bukan saja bercakap dengan banyak media mengenai perbicaraan dan hukuman yang diterima Anwar, malah tidak habis-habis menyatakan keyakinannya bahawa Anwar memang bersalah dan sah meliwat Saiful.

Di suatu ketika itu, Shafee yang lebih dikenal sebagai peguam UMNO juga menyatakan beliau sanggup bersumpah di Mekah untuk membuktikan keyakinannya bahawa Anwar tetap bersalah.

Tidakkah perbuataan Shafee ini pelik, ganjil dan luar biasa? Apa tujuannya beliau bercakap sedemikian rupa sedangkan beliau adalah pihak yang menang?  Bukankah Anwar sudah dijatuhkan bersalah dan menerima hukuman?

Pihak yang menang sepatutnya bergembira dan meraikan kemenangan, bukannya bersungut tidak henti-henti?

Kenapa tak habis-habis bercakap secara terbuka cuba meyakinkan rakyat sedangkan beliau adalah ketua pasukan pendakwaraya ketika perbicaraan saja dan bukannya ahli politik?

Adakah Shafee sendiri tidak yakin dan ragu-ragu dengan keputusan mahkamah itu? Atau beliau sedang didatangkan Tuhan dengan perasaan bersalah dalam hatinya ketika ini?

Tidak cukup dengan bercakap melalui media, pada 17 Februari ini ( Selasa), Shafee  juga turut  hadir memperkatakan mengenai perbicaraan dan hukuman yang diterima Anwar itu dalam sebuah majlis dialog anjuran Akademi Kepimpinan Kapten Hussein atau AKHI yang dipunyai oleh Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia.

Barangkali ada benarnya saranan bekas Peguam Negara, Abu Talib Othman agar khidmat Shafee sebagai timbalan pendakwaraya dalam kes perbicaraan Anwar segera ditamatkan agar beliau berhenti bercakap mengenai kes yang sudah pun berakhir itu.

Kata Abu Talib lagi, kes Anwar ini tidak seharusnya terus mendapat komen lanjut, sebaliknya tindakan itu seperti mengesahkan lagi dakwaan pelbagai pihak bahawa ianya berunsur dan bermotifkan politik.

Apakah dengan membawa Shafee hadir dalam program anjurannya itu,  Khairy Jamaluddin juga mahu orangramai terus melihat kes Anwar ini dari segi politik?

Dengan bersetuju hadir di program anjuran AKHI yang dinaungi oleh sebuah entiti politik, tidak mustahil juga jika selepas ini Shafee  akan turut bersetuju hadir dalam banyak program lain anjuran UMNO bahagian dan cawangan di seluruh negara untuk bercakap dan mewajarkan hukuman yang telah dijatuhkan kepada Anwar itu. 

Nampaknya NGO Tibai dan "Tolak Individu Bernama Anwar Ibrahim" yang sudah pun dibubarkan sehari selepas Ketua Pembangkang itu didapati bersalah atas alasan tiada keperluan lagi meneruskannya, sudah pun ada bakal penggantinya iaitu Shafee Abdullah, seorang peguam terkenal yang disebut-sebut ramai sebagai bakal  Peguam Negara selepas ini.

Berada di luar atau di dalam penjara, Anwar terus menghantui ramai orang dengan aura dan pengaruhnya. (SH 16/02/2015)

Biasanya hanya pihak yang kalah terus bercakap, tapi Shafee walaupun menang terus sibuk juga bersungut...



Makluman mengenai program anjuran AKHI ini sudah tersebar sejak beberapa hari lalu...

(RAKAMAN) Presiden PAS Sokong Persempadanan Semula SPR

Posted: 17 Feb 2015 06:07 AM PST


 SEKARANG CAMANA TN GURU ??? KHALID BAGI DUIT KE PECACAI DIA...SO TAK ADA SEBUT APA PUNG?

 

  http://www.malaysiawaves.net/

 

Monday, February 16, 2015


Ini alamat yang amat membimbangkan.

Sepanjang sejarah pilihanraya Malaysia, setiap persempadanan semula akan menguntungkan UMNO.

Mustahil SPR akan bertindak adil kerana SPR adalah salah sebuah BIRO dalam UMNO.

Namun, tampaknya Presiden PAS menyokong persempadanan semula dengan alasan PAS akan dapat banyak kerusi.

Sedarkah Haji Hadi bahawa kerusi2 yang dicipta oleh SPR hanya untuk kemenangan UMNO dan BN?

Apa guna PAS dapat bertanding banyak kerusi kalau PAS kalah di semua kerusi tersebut? Kalau Pakatan Rakyat pun turut sama kalah dengan teruk?


TRANSKRIP RAKAMAN:".....tak apalah….Tetapi kerjasama boleh berlaku. Boleh berlaku kerjasama. Kerjasama contohnya, untuk pecahan kawasan pilihanraya.Yang boleh menambahkan kerusi-kerusi PAS.

Ini boleh kita buat. Dinamakan ta'awun – ta'awun, sefahaman untuk tolong menolong menambahkan kerusi-kerusi PAS!Ini boleh kita kerjasama. Ada pula rakan kita tak mahu dapat 50 ; PAS dapat 10 kerusi cukuplah!

Ada orang PAS yang macam tu!9Kalau ada orang PAS macam tu, keluar PASlah! [Allahu akbar]
Kalau ada orang PAS macam itu! Ini, dgn sebab ada perbincangan.Dan di mana tahalluf ini fleksibel. Ada keanjalan dia. Kita tidak jumud. Kita tidak boleh dipaksa dalam tahalluf ini. Orang nak paksa kita…untuk."


Masanya Haji Hadi melepaskan jawatan Presiden dan ganti Tok Guru Nik Aziz sebagai Mursyidul Am.

Kalau tidak akan tersungkurlah PAS dengan lebih teruk lagi.


Sipnosis Nasib Pelakon2 Fitnah Liwat 1

Posted: 17 Feb 2015 05:50 AM PST


Sipnosis Nasib Pelakon2 Fitnah Liwat 

Ni saya dapat dari FB. Selamat membaca.

Cumanya ada penambahan satu lagi.

Khairuddin Abu Hasan yang menjadi aktor utama dalam buku 50 Dalil sekarang di dapati bankrupsi walaupun telah bernikah dgn pelakon Ummi Aida.

Khabarnya apartment mewah beliau juga terpaksa dilelong.

Sila  lihat imej di bawah



NASIB PELAKON KES LIWAT 1 (1998).

Hakim kanan Mahkamah Persekutuan, Datuk S Augustine Paul meninggal dunia pada 2010 di Hospital Selayang. Beliau yang berusia 65 tahun, difahamkan meninggal dunia kerana penyakit barah.

Ummi Hafilda Ali: Salah seorang dalang utama dalam konspirasi Anwar, telah digugurkan menjadi anak kepada bapanya sebelum beliau meninggal. Azmin Ali yang sebapa dengan Ummi mengesahkan perkara tersebut.

Azizan Abu Bakar: Rakan konspirasi Ummi, telah terlibat dalam kemalangan kereta, menyebabkan kematian isterinya. Dia kemudian ditangkap kerana khalwat dan mengaku berzina depan hakim syariah lalu dihukum enam bulan penjara.

Rahim Nor: Bekas Ketua Polis Negara pertama dimasukkan ke penjara, hilang pencen, tiada siapa mahu dekat dengan dia kini.

Aziz Samsuddin: Ketua dalang dalam konspirasi terhadap Anwar, juga terlibat dalam kemalangan jalan raya dan isterinya juga meninggal dunia (selepas beliau bersumpah bahawa beliau tidak terlibat dalam konspirasi). Apabila mereka mengambil jenazah isterinya daripada hospital, didapati sekeping cek bernilai RM3 juta padanya, iaitu pemberian rasuah bagi meluluskan kontrak kepada sebuah syarikat Cina.

Peguam Negara (Mohtar Abdullah) pada masa itu, yang bertanggungjawab menyediakan perbicaraan Anwar. Dia berada dalam koma selama setahun, setelah jatuh dan terhentak kepalanya, semasa mengalami angin ahmar. Para doktor di Pusat Perubatan Subang terpaksa membelah buka tengkoraknya bagi mengurangkan bengkak pada otaknya tetapi mereka tidak dapat menutupnya semula kerana bengkaknya tidak surut. Tengkorak itu, akhirnya ditampal dengan hanya menggunakan pita mengelak otaknya daripada terkeluar. Apabila akhirnya dia mati, kepalanya mengecut dan mereka yang melihatnya pada masa kematiannya, mengatakan dia nampak seakan-akan kepala kera. Sesuai benar dengan orang yang tidak menggunakan otaknya semasa hidup dan mempermainkan sistem kehakiman!

Dr Ristina Majid, seorang lagi dalang konspirasi? Dia didapati mabuk tunggang-langgang semasa anak buahnya yang diserahkan kepadanya untuk dijaga, mati lemas dalam kolam renang. Bapanya juga telah tidak mengakunya sebagai anak sehingga dia mati, bapanya tidak memaafkannya atas apa yang telah dia lakukan ke atas Anwar. Dr Ristina juga mati kerana angin ahmar semasa berada dalam satu persidangan di Jakarta dan menemui ajal tanpa mendapat keampunan bapanya. Dr Ristina sebenarnya, ingin benar mengahwini Aziz Samsudin, tetapi Aziz menolak. Dan Azizan Abu Bakar buat seketika pernah bekerja dengan Dr Ristina sebagai pemandunya.

Penulis Buku Fitnah '10 Dalil Anwar Tidak Boleh Jadi PM" iaitu Khalid Jafri juga koma sebelum mati. Buku itu menjadi asas kes Fitnah 1 DS Anwar.

Jadual Himpunan Solidariti di hadapan penjara Sungai Buloh

Posted: 17 Feb 2015 03:42 AM PST

Jadual Himpunan Solidariti di hadapan penjara Sungai Buloh

KUALA LUMPUR 17 FEB: Malam pertama selepas dijatuhkan hukuman penjara lima tahun di penjara Sungai Buloh, penyokong Ketua Umum KEADILAN, Saudara Anwar Ibrahim bersolidariti di depan pintu masuk penjara dengan slogan dan nyalaan lilin.

Timbalan Presiden KEADILAN, Mohamed Azmin Ali bersama anak-anak Anwar; Mohd Ihsan, Nurul Nuha dan Nurul Iman mendoakan kesejahteraan dan kebebasan Anwar Ibrahim. #BebasAnwar #KitaLawan #March2Freedom
Timbalan Presiden KEADILAN, Mohamed Azmin Ali bersama anak-anak Anwar; Mohd Ihsan, Nurul Nuha dan Nurul Iman mendoakan kesejahteraan dan kebebasan Anwar Ibrahim. #BebasAnwar #KitaLawan #March2Freedom

Ahli keluarga Anwar dilihat turut serta dalam perhimpunan yang melibatkan pelbagai lapisan kaum dan agama.

Pelbagai acara dilakukan seperti ceramah, bacaan puisi dan sebagainya. Perhimpunan akan diadakan sehingga Anwar dibebaskan dari kezaliman pemerintah.

Berikut jadual Cabang-cabang yang akan bersolidariti di hadapan penjara untuk malam ini dan seterusnya.

17 Feb Selasa 9-11pm
Cabang Sabak Bernam & Sg Besar

18 Feb Rabu 9-11pm
Cabang Ampang & Pandan

19 Feb Khamis 9-11pm
Cabang Tg Karang & Kuala Selangor

20 Feb Jumaat 9-11pm
Cabang Kapar & Puchong

21 Feb Sabtu 9-11pm
Cabang Kelana Jaya & PJS

22 Feb Ahad 9-11pm
Cabang Kuala Langat & Sepang

23 Feb Isnin 9-11pm
Cabang PJU/Ulu Langat

24 Feb Selasa 9-11pm
Cabang Serdang


* Minta kerjasama semua pihak jaga kebersihan kawasan

Rafizi: Pakatan akan pastikan agenda musuh politik Anwar gagal

Posted: 17 Feb 2015 03:21 AM PST

Rafizi: Pakatan akan pastikan agenda musuh politik Anwar gagal

(Oleh Azuan Ab Rahman)

PETALING JAYA 17 FEB: Pemenjaraan Saudara Anwar Ibrahim merupakan agenda politik Umno bagi menyekat karier politik Ketua Umum KEADILAN itu sekaligus menghentikan kemaraan Pakatan Rakyat.

Setiausaha Agung KEADILAN, Rafizi Ramli merungkai empat matlamat sebenar di sebalik pemenjaraan Anwar oleh musuh politik bekas Timbalan Perdana Menteri itu.

DSAIJelasnya, musuh politik Anwar berharap gabungan Pakatan Rakyat yang menafikan majoriti Umno Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya umum lalu bakal berpecah dengan ketiadaan Anwar.

Malah kata Ahli Parlimen Pandan itu, mereka juga berharap KEADILAN yang diterajui Anwar bakal bergolak dan melalui tempoh masalah dalaman yang sukar sehingga melemahkan parti itu.

"Media Umno boleh main isu, tetapi majoriti rakyat percaya ia merupakan agenda politik bertujuan untuk membunuh karier politik Anwar," kata Rafizi pada sidang media di ibu pejabat parti, selepas berkesempatan bertemu Anwar, yang dipanggil memberi keterangan di Mahkamah Jalan Duta pagi tadi.

Sambungnya, hukuman penjara ke atas Anwar itu dilakukan ketika negara sedang berhadapan krisis ekonomi yang meruncing serta dalam situasi Umno bergolak.

"Mereka juga berharap serangan Pakatan Rakyat kepada BN dalam isu-isu berhubung salah guna kuasa, rasuah dan isu-isu rakyat akan berkurangan kerana fokus akan beralih kepada menuntut pembebasan Anwar.

"Dan matlamat utama mereka adalah supaya Anwar dilupakan dengan desakan demi desakan agar beliau berundur dari politik bagi memberi ruang kepada pemimpin muda," jelas Rafizi lagi.

Justeru, beliau mengingatkan jika keempat-empat matlamat tersebut tercapai, bermakna agenda sebenar di sebalik pemenjaraan Anwar oleh lawan politiknya itu berjaya dan mereka terus akan berkuasa.
"Oleh yang demikian, menjadi tanggungjawab semua pihak yang cintakan kebebasan dan keadilan di negara ini untuk terus menggembleng tenaga bagi memastikan keempat-empat matlamat tersebut tidak tercapai.

Bebas 

"Apabila kita KEADILAN dan Pakatan Rakyat berjaya mengukuhkan muafakat dan terus menumpukan fokus menewaskan Umno BN dengan membawakan idea-idea berkait kepentingan rakyat, ketika itu mereka akan hilang punca dan tewas," ujarnya.

Tegas Rafizi lagi, bagi menidakkan matlamat Umno BN yang mahu melihat Pakatan lemah, kejutan akan dibuat bagi menghalang usaha mereka meruntuhkan permuafakatan gagasan itu.

"Mereka sangat berharap Pakatan Rakyat akan bergolak, yakinlah KEADILAN dan Pakatan akan terus kukuh.

"Kita akan lihat selepas ini, isu-isu rakyat akan dijaguhi secara bersama di antara PAS, DAP dan KEADILAN sendiri sebagai lambang bagi meneruskan perjuangan Saudara Anwar Ibrahim," kata Rafizi yang kini fokus untuk menumbangkan Umno BN.


Tiba masa Hadi ganti Nik Aziz Mursyidul Am PAS

Posted: 17 Feb 2015 03:05 AM PST

 OLEH: Pukul Canang


Masanya telah tiba untuk Presiden PAS Tuan Guru Hadi Awang tidak menerima pencalonan ke jawatan presiden dalam Muktamar pemilihan PAS, Jun depan.

Pemergian Nik Aziz buat selama-lamanya membenarkan Hadi yang beberapa kali uzur pada 2014 untuk berfikir ke arah tugas yang lebih mudah dalam parti. Mursyidul Am tidaklah seberat tanggungjawab presiden dan bakal membenarkan Hadi lebih banyak berehat serta menumpukan perhatian kepada usaha dakwah sebagaimana yang dilakukannya sejak puluhan tahun lalu.

Hadi paling layak
Mursyidul Am perlu dipilih dalam kalangan ulama dan bukannya profesional. Mursyidul pula adalah jawatan yang memerlukan seseorang yang berpengalaman dalam gerakan siasah. Timbalan Mursyidul Am Dr Haron Din tidak sesuai untuk dianggat ke kedudukan tersebut.

Meski pun Haron pernah menjadi Naib Yang Di Pertua (Presiden) PAS pada era kerajaan perpaduan PAS – BN 1971 – 1978 namun Haron tidak berpengalaman dalam menguruskan PAS sejak 1978. Beliau menyepikan diri dari jemaah. Kemudian muncul semula sebagai ahli agama yang dekat dengan Anwar Ibrahim serta mendapat beberapa kelebihan daripada pemimpin Umno itu pada era 1990an.

Haron juga tidak bersifat meraikan pendapat dalam kalangan ahli PAS dan Pakatan Rakyat. Beliau lebih senang dengan kelompok tertentu dalam parti sahaja. Sementara Haron menganggap media Utusan Malaysia yang menjadi musuh PAS sebagai bukan musuh dan kenyataan beliau sering dipetik media berkenaan. Sesetengahnya bertentangan dengan polisi Pakatan. Haron seolah-olah masih di era 1990an dan memakai gelaran 'ulama Pak Sheik Anwar' yang berpengaruh dalam kerajaan BN.

Calon yang paling layak selepas Nik Aziz suatu ketika dahulu adalah Ketua Dewan Ulama Haron Taib. Bagaimanapun, Haron terlebih dahulu dijemput Allah berbanding Nik Aziz. Terdapat perbezaan pendapat dalam penggunaan kalimah Allah antara Haron Din dan Haron Taib.

Pengalaman Hadi


Menurut sumber yang dekat dengan Haron Taib, Ketua Dewan Ulama itu tidak mempersoalkan penggunaan kalimah Allah yang tidak ijmak dilarang oleh ulama-ulama digunakan oleh bukan Islam. Haron Taib hanya melarang jika ia disalahgunakan. Dan memang berlaku penyalahgunaan, kerana itu wujud alasan menghalangnya. Sementara Haron Din melarang terus penggunaannya. Meraikan pelbagai kaum dan agama adalah penting dalam tugas Mursyidul Am dan tidak melayakkan Haron Din mengambil alih tempat Nik Aziz.

Hadi mempunyai pengalaman dalam meraikan pelbagai agama. Hadi tidaklah ekstrem dalam tempoh 1999 – 2012. Hanya selepas beliau dikepung oleh puak UG PAS maka pandangannya sedikit berubah. Namun beliau lebih memahami keadaan masyarakat majmuk Malaysia berbanding Haron Din.

Wujud keperluan pemimpin ulama PAS memujuk Hadi untuk mengisi jawatan Mursyidul Am dan melantik Tuan Ibrahim Tuan Man sebagai presiden baharu secara tertib.

Tuan Ibrahim bekas pensyarah kanan UiTM mempunyai pandangan yang lebih dekat dengan generasi muda PR. Beliau amat percaya dengan penyatuan PR mampu menumbangkan BN. Keyakinan beliau kepada PR lebih kuat berbanding ulama tradisional PAS yang tidak pernah berkerjasama dengan orang-orang Umno dalam mana-mana period kehidupan mereka.

Tuan Ibrahim biar pun bekerja di institusi pendidikan totok Umno tetapi beliau tidak sama sekali terpengaruh dengan ideologi mahu pun pujukan parti berkenaan. Tuan Ibrahim juga pemimpin yang sangat jujur dan tidak berputar belit. Penelitian politik beliau tajam dan tidak memerlukan penasihat berbanding kebanyakan ulama PAS lain yang memerlukan penasihat kerana mereka lebih mengutamakan hal-hal 'mengajar dan ceramah' berbanding menilai suasana politik.

Krisis dalaman PAS tidak mungkin selesai sekiranya presiden tidak bertukar tangan. Kepimpinan yang lebih 'muda' akan mengukuhkan jemaah. Pelbagai pihak akan ingin mencuba pemimpin baharu dan itu menyebabkan mereka akan bersatu melawan musuh yang satu: Umno BN.

Tuan Ibrahim diyakini

Walaupun Tuan Ibrahim kelihatan kurang pengalaman dalam PAS dan dilihat masih muda namun kewibawaannya lebih terkehadapan berbanding ulama-ulama lain. Nik Amar misalnya terlalu keras jika mahu dicalonkan ke jawatan presiden. Kewibawaannya menghadapi krisis kemanusiaan di Kelantan tahun lalu juga tidak lebih baik daripada Husam Musa yang banyak mendapat pujian.

Apatah lagi dalam keadaan PAS diselubungi pelbagai masalah dalaman. Hanya pemimpin yang benar-benar diyakini sahaja akan mampu menyatukan puak-puak yang bertelagah. Kepimpinan yang diperlukan PAS apabila Anwar masuk ke dalam penjara dan rakyat mula marah adalah kepimpinan yang bijaksana.

PAS perlukan strategis sebijak Fadzil Noor. Beliau berjaya menjalin kerjasama dengan puak Reformasi biar pun Ketua Dewan Ulama Haron Taib menentang keras kerjasama tersebut.

Ketegasan dan kebijaksanaan Fadzil membawa keuntungan lumayan kepada PAS. Pemimpin hari ini yang menghadapi keadaan politik ulangan 1998 -1999 juga perlu menggunakan strategi Fadzil mengubah kemarahan rakyat kepada undi menyokong PAS.

Dengan strategi Hadi dan puak UG yang 'terlebih sudu dari kuah' sering bertelagah di media, bukan sahaja kemarahan rakyat terhadap kes Anwar tidak memberi untung kepada PAS malah penyokong sedia ada pun akan kecewa dan mendiamkan diri serta tidak keluar mengundi dalam pilihan raya.

'Kenapa larang sertai PasMa, bukan Umno?

Posted: 17 Feb 2015 02:14 AM PST


Ketiadaan Nik Aziz mudahkan laluan kerajaan perpaduan, kata PasMa

Posted: 17 Feb 2015 12:49 AM PST


Bagi tok lebai dan cikgu agama , minta tolong faham...jangan marah orang yang sokong PASma sebab hangpa perlu tau bahawa ini memang semangat tok lebai nak join UG . Hangpa marah sebab Anwar nak ambk alih Selangor tapi hangpa tak ulas pula bila Presideng nak join Umno bentuk kerajaang perpaduang di Selangor...Macamana la hangpa ni/??

Presiden Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (PasMa) Datuk Phahrolrazi Zawawi berkata, kemungkinan besar satu kerajaan perpaduan boleh dibentuk ekoran masa depan Pakatan Rakyat yang dilihat tidak menentu dan hubungan antara parti komponen yang masih longgar. – Gambar fail The Malaysian Insider, 17 Februari, 2015.Presiden Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (PasMa) Datuk Phahrolrazi Zawawi berkata, kemungkinan besar satu kerajaan perpaduan boleh dibentuk ekoran masa depan Pakatan Rakyat yang dilihat tidak menentu dan hubungan antara parti komponen yang masih longgar. – Gambar fail The Malaysian Insider, 17 Februari, 2015.

 Ketiadaan Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat memudahkan laluan penyokong kerajaan perpaduan dalam PAS bergabung dengan Umno, kata Datuk Phahrolrazi Zawawi.

Presiden Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (PasMa) itu berkata, kemungkinan besar satu kerajaan perpaduan boleh dibentuk kerana pada masa sama, masa depan Pakatan Rakyat (PR) dilihat tidak menentu dan hubungan antara PAS, PKR dan DAP masih longgar.

Katanya, perkara itu semakin mula menunjukkan tanda dapat direalisasikan sejak Nik Aziz dalam keadaan uzur apabila perkembangan politik PAS dilihat sedikit beralih angin.


"Segala kemungkinan boleh berlaku dan Umno saya lihat sedang atur strategi untuk pecah-belahkan PR dengan peristiwa banjir (di pantai timur).
  "Hubungan mesra itu nampaknya cuba diambil kesempatan oleh Umno dan sebilangan pemimpin PAS yang agak mesra dengan Umno.

"Setakat ini kita lihat kemungkinan ini boleh berlaku," katanya dalam sidang media di Shah Alam, hari ini.

Phahrolrazi berkata, Nik Aziz yang meninggal dunia akibat kanser prostat Khamis lepas dan bekas Presiden PAS Datuk Fadzil Mohd Noor yang meninggal dunia pada 2002 merupakan pemimpin yang paling lantang menolak usaha kerjasama PAS-Umno.

Ketiadaan mereka, katanya, membuka ruang mudah bagi penyokong kerajaan perpaduan meneruskan cita-cita mereka.
Sambil mendakwa Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang sendiri menyokong usaha kerajaan perpaduan, beliau yang juga Yang di Pertua PAS Kawasan Kuala Kedah berkata: "Presiden pun nampak tak seperti dulu. 20 tahun dulu dia nampak keras, sekarang agak (longgar) sedikit.

"Begitu juga dengan pemimpin yang lain, tak seperti dulu. Mereka mula membuka ruang, terutamanya dari segi kerjasama di Kelantan membantu mangsa banjir," kata Phahrolrazi.

Pada masa sama, ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pengkalan Kundor itu menjangkakan Hadi berpotensi kekal sebagai presiden dalam pemilihan parti Mei ini.

Katanya, beliau mendapati masih ada ramai ahli di akar umbi yang menyokong ahli Parlimen Marang itu.

Beliau mengakui mendengar desas-desus wujudnya usaha dalam PAS "menggulingkan" Hadi pada muktamar tahunan parti akan datang, tetapi ia masih sekadar di peringkat perbincangan.

"Kalau ditanya sejauh mana kedudukan presiden, dia masih lagi kuat kalau masih mahu bertanding.

"Jadi, keputusan muktamar amat penting kerana ia akan menentukan hala tuju gabungan PR," katanya.

Ditanya mengenai kemarahan akar umbi terhadap Pengarah Pilihan Raya PAS Pusat Dr Mohd Hatta Ramli yang didakwa cuba menjatuhkan Hadi, bekas exco Kedah itu enggan mengulas lanjut dan menafikan penglibatan PasMa.

"Kita tak terlibat. Kita tegaskan, berhubung tuduhan kita nak jatuhkan presiden, kita tak ada mekanisme, sebab yang tentukan ialah perwakilan.

"Kita tak ada peranan nak tentukan naik turun presiden. Kita dituduh sebab kita diseret dalam isu pertembungan dalam PAS.

"Kita nak menafikan. Tak ada kempen nak jadikan pertukaran presiden sebahagian agenda mesyuarat. Tak ada," katanya. – 17 Februari, 2015.

Tiada ulasan: