Nuffnang

Pengikut

Kelab Greenboc

sumber :-

Kelab Greenboc


Kumpulan Pro-Ulama Bawa Budaya Samseng Dalam PAS...

Posted: 08 Feb 2015 01:08 AM PST


Ahli PAS tuduh Hatta dalang gulingkan Hadi

Sekumpulan ahli PAS hari ini menganjurkan perhimpunan di hadapan ibu pejabat parti itu di Kuala Lumpur mendakwa Pengarah Pilihan Raya Dr Mohd Hatta Ramli menjadi dalang kepada usaha menggulingkan Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Kumpulan yang diketuai Ketua Pemuda PAS Kuantan Noorzazilafadli Ibrahim itu menuntut Dr Hatta yang juga ahli Parlimen Kuala Krai agar meletakkan jawatan kerana cuba menggulingkan presiden.

Dengan menaikkan kertas pemidang tertulis "pecat Hatta dan konco-konco" dan "kami dikhianati Hatta Ramli", mereka berhimpun menyambut ketibaan pimpinan PAS yang akan mengadakan mesyuarat jawatankuasa pusat hari ini.


Pakatan Rakyat (PR) dijadualkan akan bermesyuarat petang ini dan pimpinan ketiga-tiga parti PKR, PAS dan DAP akan hadir ke ibu pejabat parti Islam itu petang ini.

Semalam Norzalilafadli menjemput media untuk hadir hari ini bagi menyerahkan memorandum terbuka bagi mendesak seorang ahli jawatankuasa (AJK) PAS Pusat meletakkan jawatan.

Katanya ianya bertujuan mendedahkan nama dan bukti gerakan konspirasi menjatuhkan presiden PAS dan kepimpinan ulama.

Ketika Dr Hatta berhempas pulas di Kuala Krai untuk membantu mangsa banjir di kawasannya, kumpulan ini mendesaknya meletakkan jawatan.

Hadi dijangka akan mempengerusikan mesyuarat PAS Pusat pagi ini.

Dr Hatta pernah terlibat dalam mesyuarat pertama Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (PasMa) 31 Ogos tahun lepas di Kota Baru, Kelantan. – TMI

ULASAN GB

Sebelum ini GB pernah meminta agar PAS Perlu Serius Benteras Budaya Samseng Di Dalam Parti. Tetapi seruan GB tidak diindahkan. Almaklum ... GB cum ahli biasa PAS.

Akibat daripada tiada keseriusan untuk membenteras budaya samseng itu maka sekumpulan ahli PAS sekali lagi membawa budaya UMN O ke dalam parti, berhimpun untuk kononnya mendesak supaya mememcat beberapa orang pimpinan PAS yang tidak mereka sukai.

Budaya sedemikian belum pernah berlaku di dalam PAS sebelum ini.

Sebelum ini bila ada yang meminta Presiden PAS meletakkan jawatan, kumpulan pro-ulamak ini memberitahu tunggulah semasa muktamar kerana Hj.Hadi dilantik melalui muktamar. Tetapi kini kumpulan pro-ulama ini juga yang kini mendesak beberapa pimpinan tertinggi PAS meletak jawatan, dan mereka tidak pula perlu menunggu muktamar sebaliknya berhimpun menyerahkan memorandun ke Pejabat PAS.

GB pernah mengulas sebelum ini:

Gejala budaya samseng semakin menjadi-jadi di dalam PAS dan lebih memalukan ia dilakukan oleh kumpulan yang mendakwa diri mereka pro-ulama dan bergelar "ustaz". Semasa di Muktamar PAS yang lalu sudah ada unsur samseng di dalam PAS, sekumpulan "50 gagak hitam" yang meninggalkan dewan semasa Timbalan presiden berucap dan ada kumpulan yang memboo semasa AJK PAS Pusat Hanipa Maidin berucap. Apakah ini akhlak Islam yang ditonjolkan oleh kumpulan yang mendabik dada menyatakan kononnya mereka pro-ulama, pro-MSU, pro Presiden?

Selepas daripada tindakan keluar muktamar dan mengeboo ucapan penangguhan seorang AJK PAS Pusat, mereka sekali lagi membuat kacau dengan sekumpulan pemuda kononnya pro-ulamak berbadan besar yang telah mengepung Safwan Anang, Pengarah Eksekutif LENSA berhampiran bangunan pejabat PAS. Safwan bukan saja dikepung malah beliau diugut akan dipukul.

Kesemua budaya berkenaan adalah budaya samseng dan budaya liar yang jauh dari akhlak Islamiah ... tetapi tiada sebarang tindakan diambil hanya semata-mata kerana mereka kononnya kumpulan pro-ulamak.

PASMA dituduh penebuk kapal PAS, mereka dituduh membentuk jemaah di dalam jemaah. Sekarang hukum kebenaran dan keadilan berjalan siapa yang sebenarnya "penebuk kapal" yang bakal menghancurkan PAS? Siapa yang membina jemaah dalam jemaah jika bukan golongan yang dinamakan pro-ulamak ini?

Imej PAS terus tercemar dengan insiden-insiden di atas. Apatah lagi ianya disertai dengan beberapa pimpinan ulamak seperti Mokhtar Senik, Setiausaha Dewan Ulamak PAS Pahang, yang pernah satu ketika dikaitkan dengan gerakan Al-Maunah yang diharamkan dan Ketua Penerangan Dewan Ulamak PAS Perak, Nor Azli Musa yang pernah diberi gelaran Ustaz Taliban.

Sekali lagi GB meminta agar PAS mengambil sikap yang serius terhadap hal ini sebelum parti terus menjadi hancur binasa akibat gejala samseng yang dilakukan oleh golongan pro-ulama ini.

Budaya liar dan keterlaluan ini wajar dibenteras sebelum ia menjadi lebih parah. Kita khuatir akan tiba di suatu masa, budaya liar ini menjadi dominan di dalam PAS sama seperti PERKASA dan yang sewaktu dengannya.

p/s sekadar makluman, tindakan golongan pro-ulamak di atas sentiasa mendapat liputan media massa UMNO ...tahniah!

Pak Samad Said Tegur Hj Hadi, "Tunaikan Tanggungjawab Kamu!"

Posted: 07 Feb 2015 08:40 PM PST


Tinggalkan Pakatan kalau tak hadir mesyuarat, kata Pak Samad kepada Hadi

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang perlu meninggalkan Pakatan Rakyat (PR) jika enggan menghadiri mesyuarat gabungan tersebut esok (hari ini), kata Datuk A Samad Said.

Sasterawan negara yang mesra dengan panggilan Pak Samad itu berkata, Hadi perlu serius memberikan komitmen dalam PR kerana itu merupakan tanggungjawab pemimpin.

"Kamu mahu bergabung tetapi tak nak hadir. Apakah ertinya gabungan itu? Mesti ada rasa rendah diri dan sedikit rasa tolak ansur,"
kata Samad kepada The Malaysian Insider dalam satu wawancara di Kuala Lumpur hari ini.

"Kalau tidak mahu ikut, jangan masuk. Duduk di luar saja. Saya fikir kadang-kadang pemimpin ini bermain di celah-celah akhbar. Dengan begitu, dia rasa agak terapung kuasanya.

"Yang jadi masalah Hadi sahaja. Hadi kata 'jangan dipaksa saya hadir'. Itu bukan paksa, itu tanggungjawab."


Hadi berkata malam kelmarin Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng tidak berhak menentukan sama ada beliau perlu hadir atau tidak ke mesyuarat Majlis Pimpinan PR yang dijadualkan esok.

Menjawab persoalan yang ditimbulkan pimpinan DAP, selaras dengan resolusi Jawatankuasa Eksekutif Pusatnya (CEC) Selasa lepas yang mengatakan pemimpin DAP hanya akan menghadiri mesyuarat jika ia dihadiri wakil PAS, Hadi mengatakan dia tidak terikat dengan sesiapa.

"Dia (Lim) tidak berhak menentukan saya hadir atau tidak hadir. Terpulang kepada saya hadir ke, tidak hadir. Saya bukan anak murid sekolah, kita tengok dululah.

"Tengok hari mesyuarat inilah, saya hadir ke tidak hadir. Saya tidak bergantung dengan sesiapa saya nak hadir," katanya.

Samad berkata Hadi menjadi penghalang kepada hubungan dalam PR, sekali gus merencatkan potensi pemimpin berpotensi dalam PAS.

Katanya, sekiranya Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar dipenjarakan, maka kemungkinan besar parti dalam PR akan berpecah.

"Masuk politik perlu memikirkan nasib bangsa yang harus dibaiki. Itu tugas mereka. Bukan untuk memperkekalkan diri kita dalam satu pergolakan kuasa.

"Saya bayangkan PR akan pecah. Lebih-lebih lagi kalau Anwar dipenjarakan. Tidak mustahil PAS akan ada anak gantinya. PasMa boleh menyelamatkan dengan bergabung bersama PKR dan DAP. PAS sendiri akan pecah dua.

"Pasma boleh besar. Ia bukan dikira ramai orangnya tetapi mutu orang yang tahu apa yang diinginkan Malaysia dan orang yang mahu asas gabungan ini tumbuh dengan sihat," katanya merujuk kepada kumpulan pro PR yang lahir daripada PAS Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia.

Bekas pengerusi bersama Bersih 2.0 itu turut melihat kepimpinan Anwar masih relevan walaupun tidak berupaya mendamaikan pergolakan di antara PAS dan DAP.

Katanya, kredibiliti Anwar dapat dilihat apabila ketua umum PKR itu masih relevan dalam arena politik walaupun berdepan dengan pelbagai tekanan luar.

"Usia sebenarnya hikmah. Tidak bererti orang tua yang melalui pengalaman yang begitu perit sejak umur 20-an boleh diketepikan saja begitu. Itu andaian bagi orang yang tidak mahu Anwar berada dalam lingkungan kuasa.

"Kehadiran Anwar lebih penting kerana sudah menghimpun semua pengalaman. Dia tahu bagaimana individu itu kaya. Orang begini boleh membetulkan.

"Saya tidak nafi memang ada orang gelojoh. Anwar watak konsisten. Ini watak yang benar-benar setia apa yang diperjuangkan dan mengetahui apa yang dilakukan kalau dia berkuasa," katanya kepada The Malaysian Insider.

Selasa ini, Anwar akan berada di dalam kandang Mahkamah Persekutuan menantikan keputusan rayuan liwatnya yang berlarutan sejak 10 tahun lalu.

Pada September 2004, keputusan majoriti 2-1 mahkamah membebaskan beliau dan adik angkatnya Sukma Darmawan Sasmitaat Madja daripada tuduhan melakukan hubungan seks luar tabii bersama Azizan Abu Bakar yang merupakan pemandu Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, isteri kepada Anwar.

Dalam kes liwat keduanya, Mahkamah Rayuan tahun lalu menjatuhkan hukuman terhadap ahli Parlimen Permatang Pauh itu kerana melakukan salah laku seksual terhadap bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan, di sebuah unit kondominium di Desa Damansara, di Bukit Damansara, Kuala Lumpur pada 26 Jun 2008.

Pada 2012, hakim perbicaraan, Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah membebaskan Anwar atas alasan integriti sampel diragui.

Bagaimanapun, Zabidin menerima Saiful sebagai saksi berkredibiliti. Keputusan Mahkamah Persekutuan pada 10 Februari ini akan menentukan sama ada testimoni Saiful mampu membalas ruang-ruang kosong dalam hujah pasukan pembelaan Anwar. – TMI

ULASAN GB

GB sudah ulas semalam. GB katakan bahawa Keangkuhan Itu Ada Harganya!

Memanglah terpulang kepada Presiden PAS itu untuk hadir atau tidak. Namun hukum kebenaran dan keadilan akan berjalan. TANGGUNGJAWAB, apabila tidak dilaksanakan Haji Hadi perlu menerima padahnya. Haji Hadi bukan saja dilaporkan ponteng mesyuarat PR, malah ponteng persidangan parlimen... (walaupun dipilih rakyat dan dibayar gaji untuk menghadiri persidangan Parlimen).

Haji hadi nampaknya tidak mahu belajar dari Hukum Kebenaran dan Keadilan. Beberapa bulan yang lepas, beliau baru saja dibawa ke kandang orang salah di mahkamah kerana saman RM2 juta kerana memfitnah.

Walaupun plaintif tidak berjaya didalam samannya, tetapi maruah Haji Hadi yang punah dan musnah apabila Hakim Datuk Mohd Yazid Mustafa di dalam penghakimannya berkata :

"Mahkamah mendapati kata-kata yang disebut Abdul Hadi dalam ucapannya pada malam berkenaan adalah sebagai kata-kata yang berunsur fitnah.

Bercita-cita nak jadi Perdana Menteri Malaysia tetapi dari awal sudah menampakkan keangkuhan dan gagal menjalankan tanggungjawabnya. Mana mungkin boleh tercapai cita-cita nya itu jika demikian sikapnya?

Comments (0)

BLOG - BLOG PAKATAN RAKYAT