Kelab Greenboc |
- [BERGAMBAR] Arwah Nur Syuhada Di Kelantan Bantu Mangsa Banjir 2 Minggu Lalu
- Dewan Ulamak Suruh Ahli PAS Patuh Hadi Sampai Tahap "Menyembah"?
- [EKSKLUSIF] Bapa Syuhada Tampil Jelaskan Punca Tragedi
[BERGAMBAR] Arwah Nur Syuhada Di Kelantan Bantu Mangsa Banjir 2 Minggu Lalu Posted: 04 Feb 2015 12:51 AM PST Pemergian tragis penuntut Universiti Teknologi Mara (UiTM) Permatang Pauh, Pulau Pinang, Nursyuhada Johari, 20 petang semalam masih menjadi sesuatu yang mengemparkan negara. Walapun lelaki yang dikatakan bertanggungjawab melakukan jenayah itu telah ditahan pihak berkuasa, namun episod untuk keadilan dapat ditegakan masih jauh. Umumnya, kita semua mahukan lelaki tukang masak tersebut dibawa ke tali gantung secepat yang boleh namun ia tidak akan berlaku dengan pantas kerana masih ada proses perbicaraan mahkamah yang perlu dilalui. Seperti kes-kes lain yang mendapat perhatian ramai, kes Nursyuhada juga tidak terlepas dari menjadi buah mulut jahat sesetengah manusia. Khabar dan perkara yang tidak sihat juga disebarkan pihak tertentu yang boleh dikatakan sama tahap sakit otak mereka dengan lelaki yang mengelar Nursyuhada itu. Atas kesedaran agar jangan ada lebih banyak khabar kurang sihat bertebaran, ahli jawatankuasa sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO), Muslim Care tampil membuat penjelasan mengenai siapa adik Nursyuhada. "Dimaklumkan bahawa seorang adik yang terbunuh semalam adalah seorang yang baik, cemerlang peribadi dan antara individu yang menjandi sukarelawan Muslim Care ke Kelantan 2 minggu lepas. "Alhamdulillah sepanjang misi CUCI dan serah sumbangan, arwah dan rakan-rakannya sangat bersemangat dan berharap akan bersama sekali lagi untuk misi-misi akan datang. "Saya memohon untuk kita sentiasa bercakap yang baik walaupun terdapat pelbagai spekulasi melalui media arus perdana atau media baru. "Selaku AJK Muslim Care, yang mengatur perjalanan sukarelawan daripada utara ke pantai timur, saya sangat terkesan dengan pemergian adik Nursyuhada dan berharap agar kita semua mendoakan yang terbaik buar adik arwah Nursyuhada," katanya melalui kenyataan di sebuah media sosial. Kesungguhan dan baris cerita yang disampaikan dengan jelas memperlihatkan ketinggian budi pekerti dan kebaikkan dalam jiwa adik Nursyuhada. Sudah pasti jasa Allahyarhamah ketika di Kelantan diingati semua yang sempat merasanya. Hakikatnya, Nursyuhada masih muda dan perjalanan hidupnya masih jauh. Cuma takdir menentukan ada mangkuk ayun gila mana entah yang pada satu petang tanpa berfikir panjang mengambil keputusan akal singkat untuk meragut nyawa budak itu! Apa pun, pada masa yang sama, marilah kita menyedekahkan al-fatihah untuk adik Nursyuhada yang menjadi mangsa seorang lelaki gila. Al-fatihah. -mynewshub via c2sini |
Dewan Ulamak Suruh Ahli PAS Patuh Hadi Sampai Tahap "Menyembah"? Posted: 03 Feb 2015 08:20 PM PST Ulama PAS tak setuju bincang pilihan raya PBT, khuatir Hadi dipertikai Dewan Ulama PAS tidak bersetuju isu pelaksanaan pilihan raya Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dibentangkan dalam mesyuarat Jawatankuasa Kerja PAS Pusat akan datang kerana bimbang Datuk Seri Abdul Hadi Awang akan dipertikaikan, kata Datuk Dr Mahfodz Mohamad. Pemangku Timbalan Ketua Dewan Ulama itu berkata, pendirian presiden PAS seharusnya menjadi pendirian rasmi parti dan tidak perlu dibahaskan. "Saya akan hubungi sahabat-sahabat dalam Dewan Ulama dan saya yakin mereka akan memberi pandangan tidak bersetuju isu pilihan raya PBT dibentangkan," kata Mahfodz seperti dilaporkan Utusan Malaysia hari ini. "Sekiranya dibentangkan juga, Dewan Ulama akan akur dengan pendirian presiden PAS." Sebelum ini, Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu berkata parti Islam itu akan membincangkan isu pilihan raya PBT dalam mesyuarat parti akan datang sebelum dibincangkan dalam Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat (PR). Mahfodz berkata setakat ini, usul membincangkan isu pilihan raya PBT tiada dalam agenda mesyuarat Jawatankuasa PAS Pusat pada 8 Februari ini. "Kalau hendak bentang, boleh dibentangkan tetapi terima atau tak terima, itu wallahua'lam," katanya kepada akhbar milik Umno itu. Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Nik Abduh Nik Abdul Aziz semalam mempersoalkan sama ada sistem beraja yang diamalkan Malaysia sekarang perlu ditukar semata-mata untuk mencapai keadilan. Ahli Parlimen Pasir Mas itu membangkitkan persoalan berkenaan selepas isu pilihan raya pihak berkuasa tempatan (PBT) semakin hangat diperdebatkan di antara PAS dan DAP. "Anda perhatikan, adakah negara kita perlu menukar sistem beraja demi mencapai keadilan dengan alasan dengan adanya raja, maka keadilan akan terbantut selamanya? "Jika begitu, kita sudah terlalu jauh merajakan demokrasi dan pilihan raya. Islam menolaknya," kata Nik Abduh menerusi catatan di Facebook. Hadi sebelum ini memberi amaran pilihan raya PBT yang diperjuangkan DAP boleh melebarkan jurang antara kaum dan mendorong kepada insiden rusuhan kaum 13 Mei 1969. Katanya, desakan DAP untuk pilihan raya PBT akan menyebabkan ketidakstabilan masyarakat majmuk di Malaysia dan hanya menguntungkan kaum Cina sahaja. -TMI ULASAN GB Mengapa Dewan Ulamak takut sangat isu PBT dibincangkan di dalam Mesyuarat AJK PAS Pusat? Alasannya kerana khuatir Presiden parti dipertikaikan. Sebenarnya kenyataan presiden PAS itu telah pun dipertikaikan oleh rakyat kerana ia menjurus kepada perkauamn sempit dengan mengketengakan amaran 13 Mei berulang jika pilihanraya PBT diadakan, satu sentiment yang sebelum ini sentiasa dicanangkan oleh UMNO tapi kini disuarakan oleh Presiden Parti Islam SeMalaysia!. Mengapa jadi begitu? Apakah Dewan Ulamak mahu ahli-ahli PAS taat dan tunduk kepada semua kata-kata Presiden walaupun salah? Maksumkah beliau? Rasulullah saw sendiri yang maksum itu terbuka sifatnya apabila Rasulullah sendiri menerima kritikan. Sebelum ini GB pernah membawa kisah ini: Sampai begitu sekali, tak boleh kritik Presiden, tak boleh kritik Majlis Syura Ulama. Mereka kononnya sebagai kumpulan makhluk suci yang tidak boleh disalahi. Ini amat pertentangan dengan ajaran Islam dimana Rasulullah sendiri berlapang dada apabila dikritik. Rasulullah pernah ditanya oleh seorang sahabat: Apakah Dewan Ulamak dan MSU mahu ahli-ahli PAS sampai ke peringkat "menyembah" Presiden parti? Lan sung tak boleh dikritik, tak boleh ditegur, tak boleh disalahi? Hal ini sudah menyamai seperti kisah para alim-ulama dan pendeta-pendeta yang dijadikan Tuhan selain Allah serta mempertuhankan Nabi Isa sepertimana tercatat di dalam Al-Quran: Mereka menjadikan orang-orang alim dan rahib-rahib mereka sebagai tuhan selain Allah serta mempertuhankan al-Masih putra Maryam. Padahal mereka hanya disuruh menyembah Tuhan Yang Maha Esa. Tidak ada Tuhan (yang berhak disembah) selain Dia. Mahasuci Allah dari apa yang mereka persekutukan. (QS at-Taubah [9]: 31). Memaksa ahli-ahli PAS menerima apa saja diberikan oleh Presiden parti dan para "ulamak" adalah pemesongan pengertian wala dan thiqah serta tidak diajar oleh Islam. Hukum kebenaran dan keadilan akan berjalan sendiri dan akan membuktikan pendirian Dewan Ulamak & MSU itu SALAH! |
[EKSKLUSIF] Bapa Syuhada Tampil Jelaskan Punca Tragedi Posted: 03 Feb 2015 03:05 PM PST Jitra: Bapa kepada pelajar wanita yang maut akibat dikelar seorang lelaki semalam pernah membuat laporan polis mengenai anaknya yang sering diganggu lelaki itu sejak di Tingkatan Lima. Johari Hashim berkata, pemuda berkenaan adalah rakan sekampung anaknya dan pernah meluahkan hasrat untuk menjalin hubungan serius dengan anaknya. Namun beliau berkata, mereka sekeluarga menghalang hasrat pemuda itu kerana dia disyaki menagih dadah. "Anak saya hanya berkawan biasa. Tetapi dia mahu mengadakan hubungan serius. Anak saya pernah beritahu kami, lelaki itu selalu mengganggunya. Saya pernah telefon dan hantar SMS kepada dia supaya jangan ganggu anak saya. "Saya juga pernah membuat laporan polis empat tahun lalu. Apabila dia bekerja di Melaka, saya ingatkan dia sudah berhenti ganggu anak saya kerana anak saya tidak lagi bercerita mengenainya," katanya kepada pemberita. Anaknya Nursyuhada, 20, penuntut Universiti Teknologi Mara (UiTM) Permatang Pauh, Pulau Pinang maut selepas dipercayai dikelar seorang lelaki di Kilometer 228.2 Lebuhraya Utara-Selatan arah selatan berhampiran Bukit Gantang, Perak semalam. Johari berkata, namun selepas itu, anaknya memberitahu lelaki berkenaan masih mengganggunya. Beliau berkata, keluarga pemuda itu mengetahui kelakuannya yang pernah bertindak ganas memecahkan pintu rumahnya di Taman Hosba di sini. Beliau berkata, pemuda berkenaan pernah melarikan anaknya dengan kereta sebelum ini tetapi mereka sekeluarga menemuinya semula. "Saya sangat terkejut apabila rakan kelas anak saya menghubungi isteri saya dan memberitahu anak saya akan dicederakan sekiranya anak saya tidak mahu menaiki kereta lelaki itu. "Isteri saya cuba menghubunginya anak saya beberapa kali, tetapi panggilan telefonnya tidak dijawab. Saya juga menghubungi ibu bapa pemuda itu meminta mereka menghubungi anak mereka untuk membawa pulang anak saya," kata Johari. Beliau berkata, bapa lelaki itu kemudian menghubungi anaknya dan memaklumkan kepada Johari anaknya sudah mengelar leher Nursyuhada. Beliau juga kesal kerana lelaki itu dilapor memberitahu pihak polis bahawa dia melakukan perkara itu kerana mengalami sakit mental. Johari berkata, kali terakhir beliau bertemu anaknya ialah pada awal bulan lalu ketika menghantar anaknya di perhentian bas Shahab Perdana, Alor Setar untuk pulang ke kampus. Nursyuhada yang meninggal di Hospital Kuala Kangsar dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Cherok Mokkan pagi tadi -BERNAMA |
You are subscribed to email updates from KELAB GREENBOC To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 1600 Amphitheatre Parkway, Mountain View, CA 94043, United States |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan