Kelab Greenboc |
- Bukankah Presiden PAS Sendiri Katakan Hak DAP Untuk Tolak Hudud?
- PAS-UG Sudah Ada "Papagomo"nya Sendiri Bernama "Tok Usin Ceroi"
- [TERBUKTI] Grup Pro-Ulamak Mahu PAS Bentuk Kerajaan Bersama UMNO BN
Bukankah Presiden PAS Sendiri Katakan Hak DAP Untuk Tolak Hudud? Posted: 24 Feb 2015 12:35 AM PST Pas: Kalau tak suka, DAP boleh keluar PR KOTA BHARU - Pas memberi amaran kepada DAP supaya tidak mengugut parti itu keluar dari komponen PR kerana mahu meneruskan ageda perlaksanaan Enakmen Kanun Jenayah Syariah II, kata Timbalan Setiausaha Agung Pas, Datuk Takiyuddin Hassan. Sebaliknya, Ahli Parlimen Kota Bharu itu berkata, DAP yang perlu bertindak keluar dari gabungan tersebut jika tidak bersetuju dengan cara dan perjuangan yang dilakukan oleh Pas. Beliau mengulangi pendirian Pas Kelantan untuk meneruskan perlaksanaan undang-undang ini termasuk membentangkan rang undang-undang pindaan di sidang Dun negeri pada 19 Mac serta membawa ke parlimen dalam tempoh terdekat. "PR bukan kepunyaan DAP, kita juga tak ada ketua, kalau dia tak setuju dia boleh keluar, kenapa nak suh kita keluar,"katanya semasa memberi penerangan kepada media berhubung perlaksanaan Enakmen Kanun Jenayah Syariah II Kelantan di sini semalam. Sementara itu Timbalan Menteri Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata, masa depan PR, termasuk kemungkinan gabungan itu berpecah bergantung kepada tindakan DAP. "Dap tidak boleh keluarkan kita, tidak ada hak, kalau suami boleh ceraikan isteri, tetapi sekarang tiada istilah suami isteri," katanya. -SH ULASAN GB Cukup pelik bagaimana kini ulamak-ulamak PAS boleh mengeluarkan kenyataan yang berbeza dengan Presiden PAS sendiri, Hj.Hadi Awang. Sedangkan kenyataan Haji Abdul Hadi Awang sendiri menyatakan bahawa DAP berhak tolak hudud malah katanya hudud bukan keutamaan perjuangan PAS: DAP berhak menyatakan pendirian termasuk tidak bersetuju dengan pelaksanaan hukum hudud. Malah Hj. Hadi sebelumnya pernah menyatakan bahawa hudud bukan sesuatu yang menjadi keutamaan walaupun ia akan dilaksanakan sekiranya Pakatan Pembangkang mengambil alih tampuk pemerintahan negara. Hadi: Hudud hanya dilaksana jika cukup syarat Tak tahulah GB jika Presiden PAS sendiri sudah membuat "U-Turn" mengenainya sepertimana di dalam beberapa kes seperti kes Menteri Besar Selangor, kes pil kuda & komunis dalam PRU13 dan lain-lain. |
PAS-UG Sudah Ada "Papagomo"nya Sendiri Bernama "Tok Usin Ceroi" Posted: 23 Feb 2015 09:05 PM PST Audio bukti Mat Sabu rancang guling presiden PAS tersebar Kumpulan penyokong ulama dan presiden PAS hari ini mendedahkan satu rakaman audio yang didakwa sebagai taklimat dibuat Mohamad Sabu untuk menjelaskan kembali serangan ke atasnya. Laman Facebook Tuc Tok Usin Ceroi menamakan audio itu sebagai bukti rakaman timbalan presiden PAS itu sedang memberikan taklimat untuk kerja memburukkan dan menjatuhkan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang. Ini serangan kedua selepas Pengarah Pilihan Raya PAS Dr Mohd Hatta Ramli menjadi sasaran pendedahan perbincangan dalam aplikasi Whatsapp yang mendedahkan kononnya beliau dalang dalam usaha menjatuhkan Hadi, tetapi ahli Parlimen Kuala Krai itu menafikannya dan mendesak siasatan dibuat. Laman Facebook Tuc Tok Usin Ceroi kini menjadi akaun popular kumpulan pro ulama selepas laman El-Haraki. Audio berdurasi 2.10 minit itu memuatkan suara yang dikatakan milik Mohamad atau dikenali sebagai Mat Sabu, memberi taklimat kepada rakannya untuk membuat serangan balas terhadap serangan ke atasnya. Dalam transkrip audio rakaman suara itu, beliau dikatakan berkata bertemu dengan pimpinan PAS peringkat kawasan bagi membuat penjelasan. "Secara umumnya presiden dianggap ulama hebat dan maksum perlu di'deny' (nafikan)," kata suara rakaman yang mirip suara Mat Sabu itu. Suara itu seterusnya meminta penjelasan dibuat ke peringkat bawah, "Bukan dalam bentuk ceramah, bukan dalam bentuk blog, dalam bentuk menemui yang dipanggil pimpinan yang kemungkinan menjadi perwakilan." Transkrip rakaman itu turut menyatakan, "Mereka tidak boleh menerima bila saya kata itu adalah pendapat peribadi. Saya kata ialah, bila Syura keluar dari pandangan mesyuarat, itu pandangan peribadi. Keputusan mesyuarat itu adalah keputusan jemaah." Menurut laman Facebook itu, audio yang mereka sebarkan adalah bahagian pertama daripada lebih banyak pendedahan yang mereka lakukan. Sebelum ini, laman Facebook tersebut membuat pengumuman beberapa kali untuk mendedahkan apa yang dikatakan sebagai bukti selepas demonstrasi mendakwa Dr Hatta dibuat di hadapan Pejabat Agung PAS. Dalam demonstrasi pimpinan Ketua Pemuda PAS Kuantan Fadhil Ahmad yang turut disertai bapa saudaranya yang juga ketua dewan ulama PAS Pahang, Mokhtar Senik, Dr Hatta didakwa menjadi dalang mahu menjatuhkan Hadi. Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali berjanji akan menyiasat demonstrasi dan juga kandungan memorandum itu. -TMI ULASAN GB Kan GB dah kata sebelum ini, golongan pro-ulama atau ringkas UG ini adalah terdiri dari anak-dididik iblis. Sudah diberikan liputan meluas oleh media pro-UMNO termasuk siaran TV3, sama dengan keistimewaan yang diperolehi oleh papagomo original satu ketika dulu. Sekadar berani melakukan fitnah dan melempar tuduhan tetapi tidak pernah berani untuk bertanggungjawab ke atas semua fitnah dan tuduhannya. Buktinya papagomo versi UG ini yang bernama Tok Usin Ceroi tidak hadir walaupun telah berjanji untuk menyertai debat bersama YB Khalid Samad. Bukankah sama saja perangainya itu macam papagomo? Semlm lagi aku dh buat status bahawa tok usin ceroi pondan takkan dtg bdebat dgn yb khalid samad. Tapi dtg pula jebon dia bgtahu tok usin kompom dtg punya sbb mustahil tok usin ceroi yg hebat bcakap soal jihad dan syahid serta penyokong ulamak itu sedayus itu takut utk berdebat. Dan kini tiba-tiba dia sebarkan audoa Mat Sabu... entah ya entahkan tidak suara Mat Sabu. Sebiji stail papagomo dan cyber trooper UMNO. Katakanlah betul itu suara Mat sabu, namun ia lansung tidak ada kena -mengena dengan usaha nak gulingkan Hj hadi sebagai Presiden. "Secara umumnya presiden dianggap ulama hebat dan maksum perlu di'deny' (nafikan)," kata suara rakaman yang mirip suara Mat Sabu itu. Dimana salahnya? Yang dikatakan ialah "perlu dinafikan bahawa Hj hadi itu dianggap ulama hebat dan maksum. Jadi tak betulkah itu? Apakah mereka yang pro-ulama menganggap Hj Hadi sebagai maksum? Komen seorang sahabat: Kalaupun betul rakaman Haji Mat Sabu tu tak nampak yang Haji Mat Sabu hendak menjatuhkan Presiden PAS. Sungguh sudah terdesak golongan pro-ulamak ini sehingga modus operandi tajaan iblis pun digunakan semata-mata kerana TAKSUB! Hukum kebenaran dan keadilan akan terus berjalan. Golongan pro-ulama dengan kaedahnya itu akan terus ditimpa kehinaan di sebalik kekalahan. Men"jebon"kan orang lain, tuduhan itu akan kembali kepada diri mereka sendiri. Itu SUNNATULLAH. |
[TERBUKTI] Grup Pro-Ulamak Mahu PAS Bentuk Kerajaan Bersama UMNO BN Posted: 23 Feb 2015 05:05 PM PST Pemimpin PAS cadang Hadi bentuk kerajaan dengan Umno, laksana hudud Selepas kematian Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, buat pertama kalinya, aktivis dan pemimpin PAS secara terbuka mencadangkan Datuk Seri Abdul Hadi Awang menggabungkan parti Islam itu dengan Umno dan Barisan Nasional (BN) bagi membentuk kerajaan persekutuan dan melaksanakan hudud secara sistematik. Seorang pemimpin PAS Terengganu Roslan Ismail yang juga bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Besi memberikan cadangannya itu melalui akaun Facebooknya. "Jika saya di tapak Tuan Guru Presiden, saya akan gunakan ruang ini untuk melakar satu sejarah terharum kepada rakyat Malaysia dengan bergabung dengan Umno/BN untuk membentuk kerajaan persekutuan dan melaksanakan hudud secara sistematik selepas ini," tulis Roslan. Roslan membuat cadangan itu selepas kematian allahyarham Nik Aziz yang menjadi penentang utama kerjasama politik antara PAS dengan Umno. Roslan ketika dihubungi The Malaysian Insider mengesahkan beliau membuat tulisan itu di Facebooknya. Ini kenyataan terbuka pertama daripada pemimpin dan aktivis PAS agar parti Islam itu bekerjasama dengan Umno khasnya untuk melaksanakan hudud. Roslan sebelum ini menulis dengan marah membantah kenyataan Ahli Parlimen Puchong Gobind Singh Deo yang berkata PAS bukan lagi sebahagian komponen Pakatan Rakyat (PR) jika bertegas bentang rang undang-undang pindaan hudud di sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan pada 18 Mac ini. "Kenapa DAP bersungguh sangat menghalang PAS melaksanakan syariat Islam? Jika PR berjaya tumbangkan BN, adakah kerajaan baru itu akan memberi ruang kepada PAS melaksanakan hudud? "Bagi sesetengah kalangan, pelaksanaan hudud perlu kepada ruang masa untuk memberi penerangan dan pemahaman kepada rakyat, tetapi, dengan pendirian DAP yang sebegini keras dan konsisten, saya tidak nampak PR akan mengizinkan PAS melaksanakan hudud walaupun berjaya menguasai kerajaan pusat," tulis Roslan. Bekas Naib Presiden PAS Ahmad Awang sebelum ini berkata, terdapat kecenderungan yang jelas di kalangan pimpinan PAS untuk bersama dengan Umno walaupun sentiasa dinafikan oleh mereka. Tulis Roslan, ketika PAS kecil dan baru merangkak, tiada siapa pun yang nampak. "Malah ketika bertahalluf siyasi dengan Perikatan pun, PAS ditendang begitu saja," katanya. Hari ini, katanya, PAS sudah subur mekar, semua pihak mula nampak kepentingan dan peranannya dalam mencerna hala tuju politik negara. Roslan seterusnya menulis:"Bukankah perjuangan kita di dalam PR pun kerana ingin melaksanakan perintah Allah ini? "Soal integriti, ketelusan, rasuah dan kepincangan boleh ditangani dengan memperkuatkan SPRM dan lain-lain jabatan yang berkaitan," katanya. Beliau berkata, soal Umno dan BN akan mengkhianati PAS lagi selepas ini ketentuan Allah dan "kita tidak boleh meneka kebijaksanaan Allah di dalam mengatur urusan-Nya". "Ketika itu, saya boleh pejam mata dengan penuh kepuasan," katanya. Tulisan Roslan disambut baik aktivis Umno Dungun, Jame Taib yang menyifatkan pandangan itu sangat baik. "Alhamdulillah.... insya-Allah dipermudah oleh Allah jika kedua-dua parti politik yang berdaftar ini dapat bersatu. Atas dasar Islam, kita cuba satukan perbezaan yang ada," tulis Jame. "Jazakallah ustaz atas lontaran pandangan yang tulus dan berani. Pandangan ini sebenarnya mewakili ramai pemerhati politik di luar sana." -TMI
ULASAN GB Bila bukti sudah ada diakui sendiri oleh tubuh badan yang menulis iaiatu Roslan Ismail, bekas ADUN Bukit Besi bahawa beliau berhasrat untuk mencadangkan Kerajaan Perpaduan PAS - UMNO, ia amat bertentangan dengan keputusan Muktamar PAS bertahun-tahun yang membuat resolusi memperkukuhkan Pakatan Rakyat. Tindakan beliau jelas satu pengkhianatan terhadap amanah ahli-ahli PAS. Justeru itu, Muktamar akan datang perlu hapuskan golongan UG ini. |
You are subscribed to email updates from KELAB GREENBOC To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 1600 Amphitheatre Parkway, Mountain View, CA 94043, United States |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan