Ahad, 22 Februari 2015

Kelab Greenboc

Kelab Greenboc


Hebat Multaqa Ulama Tapi Takut Kepada PasMA...

Posted: 22 Feb 2015 01:42 AM PST


Dewan Ulama lancar 'perang' terhadap PasMa

Dewan Ulama PAS hari ini melancarkan "perang" terhadap Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (PasMa), menggesa Majlis Syura Ulama dan Jawatankuasa Kerja PAS Pusat mengambil tindakan disiplin ke atas mana-mana pemimpin dan ahlinya yang terlibat dalam gerakan itu. Pemangku Ketua Dewan Ulama Datuk Ahmad Yakob berkata, PasMa secara terang-terangan masih bergiat aktif sedangkan Majlis Syura Ulama sendiri mengeluarkan arahan agar ahlinya tidak terlibat dengan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) tersebut.

"Ini jelas satu usaha merosakkan PAS dan menghancurkan dari dalam serta memecahbelahkan PAS.

"Ini dapat disaksikan apabila banyaknya kenyataan ahli PasMa jelas menyerang dan melanggar dasar PAS, bahkan lebih teruk lagi mereka mengeluarkan kata-kata menghina presiden PAS (Datuk Seri Abdul Hadi Awang)," katanya pada ucaptama di Multaqa Ulama Semalaysia II di Serdang, Selangor hari ini.

Beliau juga mengingatkan yang sebarang pelanggaran terhadap arahan Majlis Syura Ulama dan keputusan presiden merupakan satu kesalahan mandatori dalam undang-undang PAS.

Ia menjadi satu kesalahan walau apa alasan dan sebab yang diberikan serta siapa pun yang terlibat melakukannya, tanpa mengira jawatan yang disandangnya, kata Ahmad yang juga menteri besar Kelantan.

Katanya, keputusan Majlis Syura Ulama dan presiden agar ahli PAS menjauhi PasMa dan tidak terlibat dengan segala aktiviti mereka mempunyai banyak asas.

"Antaranya ialah, wujud aliran pemikiran songsang dalam individu yang terlibat dengan PasMa, yang bersetuju dengan ajaran liberalisme atau Islam liberal," katanya.

Beliau berkata demikian kepada kira-kira 1,000 perwakilan yang menghadiri multaqa sehari anjuran Dewan Ulama PAS itu yang bagaimanapun tidak dihadiri presiden parti Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Antara lain, beliau juga turut membidas satu pakatan yang mendakwa terdapatnya gerakan dalaman untuk menjatuhkan presiden terdiri daripada kalangan pemimpin PAS Pusat serta ahli jawatankuasanya (AJK).

"Sekiranya benar dakwaan tersebut, Dewan Ulama PAS meminta kepada pihak yang membuat dakwaan supaya membuat laporan displin bagi memastikan isu tersebut tidak berlarutan dan berpanjangan.

"Satu siasatan dalaman boleh dilakukan. Sekiranya tiada laporan displin dibuat, ia akan mengundang budaya tuduh menuduh tidak berkesudahan," katanya.

Pada 8 Februari, sekumpulan ahli PAS menganjurkan perhimpunan di hadapan ibu pejabat parti itu di Kuala Lumpur, mendakwa Pengarah Pilihan Raya Dr Mohd Hatta Ramli menjadi dalang kepada usaha menggulingkan Hadi.

Menuntut peletakan jawatan Dr Hatta yang juga ahli Parlimen Kuala Krai, kumpulan yang diketuai Ketua Pemuda PAS Kuantan Noorzazilafadli Ibrahim itu membuktikan dakwaan mereka melalui satu akuan berkanun dan cetakan paparan skrin telefon daripada WhatsApp.

Ahmad hari ini turut menggesa Majlis Syura Ulama dan Jawatankuasa Displin menyegerakan siasatan mengenai dakwaan tersebut.

"Ataupun ditubuhkan sebuah jawatankuasa khas yang bukan dianggotai AJK PAS Pusat untuk menyiasat berkenaan laporan dakwaan tersebut sama ada benar atau sebaliknya.

"Pihak kami memandang serius terhadap dakwaan tersebut kerana ia melibatkan persoalan wala' dan akhlak yang boleh merosakkan imej parti berasaskan Islam," katanya.

Selain itu, beliau turut menegaskan, kerajaan Kelantan tetap akan melaksanakan hukum hudud pada tahun ini meskipun ada pihak yang memainkan sentimen tidak puas hati.

"Ini tidak lain hanya kerana pemikiran liberal yang merosakkan akidah semakin menular di kalangan ahli PAS yang menyokong PasMa, dan mereka sanggup memberikan wala' (kesetiaan) mereka kepada pemimpin parti lain, tetapi tidak kepada Presiden PAS," katanya.

Pada masa sama, Ahmad memberi amaran, meskipun konsep tahaluf siyasi diamalkan sesama parti komponen Pakatan Rakyat, namun ia tidak boleh membelakangkan parti itu sendiri.

"Perlu diingat oleh ahli PAS, di kala kita bertahaluf, jangan sampai ada berlaku wala' kepada rakan tahaluf. Kita bekerjasama untuk mencapai tujuan disepakati, tanpa mengenepikan dasar PAS," katanya.

Semalam, dalam satu rakaman video yang dimuatnaik di Facebook miliknya, Hadi mengingatkan ahli parti supaya tidak mengkhianati parti atau melakukan sesuatu yang merugikan parti.

"Kesetiaan ialah menghindarkan diri daripada melakukan kerja-kerja yang merugikan jemaah, berkhidmat kepada pihak yang lain lebih daripada jemaah, atau pun khianat kepada jemaah.

"Ini merupakan hal-hal yang sangat penting apabila kita melakukan bai'ah (perjanjian) kepada kumpulan Islam," kata Hadi sambil menjelaskan yang dimaksudkan dengan jemaah itu ialah satu kumpulan Islam, dan dalam konteks Malaysia, ia merujuk kepada PAS. – TMI

ULASAN GB

Tiba-tiba PasMA dijadikan musuh. Majlis Multaqa Ulama PAS dijadikan medan untuk "membelasah" saudara separti dan seagama

Hikmah yang tersembunyi: PasMA mendapat publisiti besar-besaran secara percuma. Terima kasih para ulama.

Ulama sanggup mengisytiharkan "perang' terhadap PasMA. Hebat PasMA. Anda digeruni oleh para ulama PAS sehingga mereka mengisytiharkan perang. Tetapi takut nak pecat. GB tertunggu-tunggu juga mereka memecat ahli-ahli PasMA tetapi sehingga ke hari ini mereka tidak berbuat demikian. Apa pasal tarak berani?

Hanya kerana nak mempertahankan Presiden, mereka juga menghentam Mat Sabu secara terbuka. Sedangkan Mat Sabu dipilih oleh Muktamar. Kini cadangkan juga mana-mana ulamak yang dah perasan hebat tampil ke hadapan untuk bertanding apa-apa jawatan untuk menentang Mat Sabu. Hj.Mahfodz Mohamed ada berani? Zuhdi Marzuki ada berani? Ahmad Yaakob? Nik Amar? Mokhtar Senik? Malah jika Hj Hadi dipertandingkan satu lawan satu dengan Mat Sabu pun belum tentu Mat Sabu tewas!


Ahli-ahli PAS lebih kenal Mat Sabu dan lebih menghargai jasa dan sumbangannya terhadap parti berbanding dengan para ulama yang yang berretorika tetapi amat jarang kelihatan berjuang bersama rakyat.

Sementara yang seorang lagi ulama punyalah taksub kepada Hj Hadi sampai kata kalau tak sokong Haji Hadi letak jawatan. Sedangkan Fasal 7 (1) dengan JELAS, TERANG dan NYATA menegaskan bahawa KEKUASAAN PAS adalah dipegang oleh MUKTAMAR TAHUNAN.


Muktamar mempunyai kuasa yang paling tinggi dan paling luas serta paling muktamad. Muktamar boleh memansuhkan kewujudan Majlis Syura Ulamak jika mahu. Perlu diambil perhatian bahawa Majlis Syura, JKPP dan semua badan di dalam PAS hatta PAS sendiri boleh dimansuhkan atau dibubarkan atas kehendak Muktamar.

Muktamar pernah menurunkan Dato Asri Muda sebagai Presiden PAS, dan insyaAllah muktamar juga boleh/akan menurunkan Hj Hadi sebagai Presiden PAS dengan cara yang serupa. Ia adalah satu perkara yang biasa di dalam pemilihan. PAS bukan milik kelompok ulamak malah bukan milik Hj Hadi. Pertukaran Presiden telah berlaku berkali-kali di dalam parti dan ahli-ahli PAS berhak untuk mencalonkan, berkempen dan memilih sesiapa saja yang mereka fikir layak untuk dipilih sebagai Presiden.


Jika ada yang berkempen memburukkan Hj Hadi maka ia adalah akibat dari tindakan buruk yang dilakukan oleh Hj Hadi sendiri. Itu sunnatullah. Kamu melakukan sesuatu yang buruk terhadap orang lain maka yang buruk juga akan menimpa kamu. Kamu BARUAkan orang maka barua itu akan berbalik kepada kamu. Kamu memfitnah orang bab pil kuda, maka dosa fitnah itu berbalik kepada kamu dimana meskipun Shamsul PKR tewas di mahkamah tetapi maruahnya tidak hilang berbanding dengan maruah Hj.Hadi dimana mahkamah memutuskan "memang ucapan Hj Hadi itu berunsur fitnah!" Dimana letak maruah seorang Presiden parti Islam yang telah diisytiharkan oleh mahkamah sedemikian rupa?

Kamu mengaibkan Wan Azizah secara terbuka, satu hari kamu akan diaibkan dengan serupa....itu sunnatullah....



Akhir sekali tak payahlah GB ulas panjang iaitu seorang perwakilan ulamak menyatakan dalam PAS banyak syaitan. Jika dalam PAS banyak syaitan kamu para ulamaklah iblisnya... tak begitu?


Apasal, kamu bertanya? Sebab kamu yang mengistiharkan perang kepada para ahli jemaah, kamu (para ulamak) mengeluarkan kata-kata nista seperti Barua, Babi dan seumpamanya. Siapa yang mengajar kamu para ulamak untuk berbahasa kesat seperti itu jika bukan Sang Iblis?

Bersungguh-sungguh Ke Putrajaya, Maka Itulah Redha Allah, Wahai Ulama!

Posted: 21 Feb 2015 09:20 PM PST


Reda Allah lebih penting daripada menang pilihan raya, kata ulama PAS

Kemenangan dalam pilihan raya dan seterusnya menawan Putrajaya bukan agenda utama PAS, kerana parti Islam itu lebih mementingkan keredaan Allah, kata Datuk Mohd Amar Nik Abdullah hari ini.

Timbalan menteri besar Kelantan itu berkata, berbeza dengan parti politik yang lain, walaupun PAS pada dasarnya menyertai pilihan raya untuk membentuk kerajaan, ia menekankan yang segala tindakan perlu dirujuk pada kehendak agama.

"PAS tidak seperti parti politik lain seperti PKR, DAP dan Umno. PAS merupakan gerakan Islam yang mempunyai matlamat lebih tinggi dan lebih mulia, iaitu keredaan Allah.

"Itu perbezaan jelas PAS antara parti politik lain. Kita mahu menang tapi biarlah kemenangan itu diredai Allah," katanya dalam ulasan ucaptama Multaqa Ulama Semalaysia II di Serdang, Selangor hari ini.

Bercakap di hadapan hampir 1,000 ahli PAS, beliau turut menggesa anggotanya yakin terhadap kepimpinan Presiden Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

"Ada yang ura-ura nak tukar presiden. Itu kerana kita tidak yakin atas dasar dan perjuangan. Kita perlu yakin bagaimana sekalipun," katanya.

Terdahulu, Pemangku Ketua Dewan Ulama Datuk Ahmad Yaakob dalam ucaptamanya berkata, wujud aliran "pemikiran songsang" di kalangan ahli PAS apabila timbul suara hendak mengetepikan pelaksanaan syariat Islam demi mencapai kemenangan dalam pilihan raya.

"Aliran pemikiran tajaan Barat ini dilihat bertapak dalam PAS yang membuatkan sebilangan anggota PAS tersasar matlamat sebenar perjuangan Islam iaitu mendaulatkan Syariat Allah.

"Golongan ini mencari kemenangan bukan dengan mengikuti manhaj (kaedah) yang diredai Allah berdasarkan Syariah tetapi lebih kepada mengutamakan matlamat walaupun caranya berlawanan dengan panduan Quran dan Hadis," kata Ahmad.

Mengulas ucapan itu, Amar berkata, sekiranya ditakdirkan Allah, PAS tetap akan menang seperti pada pilihan raya umum 2004 contohnya, di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Senggarang, Johor, kawasan yang dikenali kubu kuat Barisan Nasional.

"Siapa sangka PAS boleh menang di kawasan kubu kuat Umno. Johor itu merupakan kubu kuat mereka. Hampir mustahil kita boleh menang. Tapi itu semua kerana kebesaran Allah dan kekuasaannya.

"Tapi tengok cara Tuhan buat macamana. Tuhan beri PAS menang di kerusi Senggarang. Ia kerana kehendak Allah," katanya.

Selain itu beliau berkata, parti Islam itu tidak memilih siapa yang bakal membarisi kepimpinan hadapan parti asalkan calon tersebut dari kalangan orang Islam.

"Kita tidak kisah siapa pun, asalkan beliau seorang Islam, macam (pasukan) bola Red Wariors (pasukan Kelantan), tidak kisah siapa pun asalkan yang gol itu dari pasukan Red Wariors," katannya.

Timbalan menteri besar Kelantan itu turut mendakwa Tengku Razaleigh Hamzah merupakan tokoh politik yang bertanggungjawab menjatuhkan PAS dan menyebabkan parti itu kehilangan Kelantan.

"Ku Li 'master mind'nya. (Tetapi) Ku Li juga orang yang bertanggungjawab mengembalikan kemenangan kepada PAS, dengan mengembalikan jawatan menteri besar kepada Tok Guru (Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat). Ini semua kehendak Allah," katanya.

Pada masa sama, Amar juga membidas Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (PasMa) seperti dalam ucaptama Ahmad yang menggesa tindakan diambil terhadap ahli PAS yang menyertai pertubuhan bukan kerajaan itu.

"Cuba kaji latar belakang mereka (dalam PasMa). Semua mereka tidak diterima PAS. Dengan itu, kita tidak haruslah melayan mereka," katanya sambil mengingatkan jangan ada di kalangan ahli PasMa yang menjadi perwakilan menyertai multaqa tersebut. –TMI



ULASAN GB

Sungguh janggal pendapat yang menyatakan "kita hendak mendapatkan redha Allah, bukan semata-mata untuk menawan Putrajaya."

Ia hanya alasan simpliistik yang sedap untuk didengar tetapi penyerlahan sifat hipokrit dalam perjuangan.

Saya beri satu anekdot mudah seperti ini:

Seorang guru asrama menanya seorang murid yang malas belajar tetapi rajin berqiamu-lail. Mengapa engkau tidak mahu belajar, tetapi hanya berqiamu-lail sepanjang malam?

Menjawablah murid itu: saya pentingkan redha Allah, saya tak pentingkan kejayaan di dalam peperiksaan.

Sedangkan Allah sendiri tidak menyuruh pelajar berkenaan berbuat demikian kerana keredhaan Allah adalah rahsiaNya dan Allah tentulah lebih redha kepada pelajar itu jika pelajar itu belajar bersungguh-sungguh daripada beliau berqiam setiam malam.

Jika demikian guru itu berkata, lebih baiklah engkau jangan bersekolah, duduk di rumah dan berqiam sepanjang masa kerana di sekolah masing-masing bertanggungjawab untuk belajar bersungguh-sungguh di samping melakukan qiam."

Itu kisah pertama. Yang di bawah ini kisah kedua:

Pernah berlaku di zaman Rasulullah seorang lelaki sibuk menekuni ibadahnya kepada Tuhan dengan mengasingkan diri dan tidak melakukan apa-apa kerja.

Semua makan-minumnya dipaksa kepada siisterinya untuk menyediakannya. Dan siisteri terpaksa bekerja membanting tulang untuk menanggung keluarganya.

Apabila hal ini sampai ke pengetahuan Rasulullah, maka Rasulullah pun menjawab: "semua pahala ibadah lelaki itu akan menjadi milik isterinya yang bersusah payah menyediakan makan-minum dia dan anak-anaknya."

Jadi soal "redha Allah" itu bukan mainan bibir dan tafsiran seseorang manusia.

Apabila kita telah bersama untuk membuat keputusan menyertai politik negara maka tentulah perlu berusaha bersungguh-sungguh untuk menang pilihanraya. Disitulah letaknya redha Allah. Begitulah juga apabila kita membuat keputusan bertahaluf siyasi dengan Pakatan Rakyat, tentulah kita perlu bersungguh-sungguh untuk menawan Putrajaya. Dengan itulah caranya kita mencapai "keredhaan Allah".

Jika tidak apa pasal mahu sertai politik dan pilihanraya, apasal mahu sertai Pakatan Rakyat jika bukan untuk menang pilihanraya dan tawan Putrajaya. Samalah kes pelajar di atas tadi, kenapa datang ke sekolah duduk asrama tetapi tak mahu belajar?

Ketara sangat kenyataan Nik Amar itu lansung tidak boleh dijadikan sandaran untuk ahli-ahli PAS dan hairannya beliau dikatakan seorang ulama!

Ingat: Rasulullah SAW pernah menyatakan bahawa Allah SWT menyayangi hamba-Nya yang sentiasa melakukan kerja dengan cara yang terbaik dan bersungguh-sungguh.

Sabda Baginda SAW yang maksudnya: "Sesungguhnya Allah suka seseorang daripada kamu jika dia melakukan sesuatu kerja, dia melakukannya dengan bersungguh-sungguh." (Hadis riwayat Muslim).

Rasulullah saw sendiri bersungguh-sungguh berjuang dan berperang di medan peperangan Badar, Uhud dan Khandak sehingga akhirnya berjaya menakluk kota Mekah... demi menegakkan daulah Islamiyah....

Bersungguh-sungguh dalam sesuatu pekerjaan, bersungguh-sungguh untuk ke Putrajaya, bersungguh-sungguh untuk menumbangkan sistem pemerintahan yang zalim dan bobrok, maka di situlah sebenarnya "redha Allah", bukan seperti yang diucapkan oleh Nik Amar.

Cukup memalukan PAS dan umat Islam seluruhnya dengan pandangan songsang dan sesat seorang yang dikatakan ulamak seperti Nik Amar di atas.

p/s setiap yang menyertai jemaah perlu bekerja bersungguh-sungguh untuk menegakkan menegakkan kebenaran dan keadilan. Masing-masing dengan peranan masing-masing. Seorang yang bekerja di peringkat cawangan atau kawasan memainkan peranan masing-masing, begitulah juga jika seroang itu memilih alam siber seperti blogger dan seumpamanya, mestilah bersunggu-sungguh di dalam melakukan kerja-kerja berkenaan, barulah kita akan berolehi kejayaan, dunia dan akhirat.

Tiada ulasan: