Kelab Greenboc |
- [EKSKLUSIF] Walaupun Sudah Islam, Tak Halang Felixia Yeap Rai Tahun Baru Cina
- Kenapa Kau Perlu Terasa & Takut Wahai Najib?
- Jelajah Isu Gentel Puting Tetek Saiful: KJ & Shafee Dikritik Menteri Di JPM
[EKSKLUSIF] Walaupun Sudah Islam, Tak Halang Felixia Yeap Rai Tahun Baru Cina Posted: 20 Feb 2015 12:55 AM PST Saya Islam, tetapi saya tak lupa asal usul, kata bekas model Playboy Sudah lapan bulan sejak bekas model Playboy Felixia Yeap memeluk Islam. Tindakan beliau pada masa itu menarik pelbagai reaksi daripada orang Islam dan bukan Islam, dengan beberapa pihak menuduhnya hanya mencari publisiti. Tetapi, wanita berusia 28 tahun dari Ipoh yang kini dikenali dengan nama Islam, Raisyyah Rania Yeap atau Rara itu berkata, keputusan itu dibuat dengan niat yang suci dan baik. Namun, sebagai seorang Islam, ia tidak menghalangnya daripada meraikan Tahun Baharu Cina dan menyertai keluarganya untuk makan besar bersama, kata beliau kepada The Malaysian Insider. Malah katanya, tahun ini beliau pertama kali menyambut kedatangan tahun baru lunar sebagai seorang Islam, membuatkannya lebih menghargai keturunan bangsanya. Berikut sebahagian daripada temu bual dengannya di mana beliau menjelaskan mengenai pandangannya terhadap perayaan dan tradisi Tahun Baharu Cina. TMI: Tahun Baharu Cina bukan perayaan agama tetapi lebih merupakan sambutan budaya. Apa pandangan anda mengenai perkara ini? Bagaimana anda menyambutnya dan memastikan ia tidak bercanggah dengan kepercayaan sebagai seorang Islam? Terdapat beberapa ritual yang dijalankan semasa sambutan berlangsung, bagaimana anda melihatnya? Rara: Ya, saya bersetuju kebanyakan perayaan Tahun Baharu Cina tiada kaitan dengan agama atau kepercayaan agama, tetapi sebaliknya satu sambutan tahun baharu dalam kalendar Cina yang kekal dengan budaya Cina yang berwarna-warni. Walaupun dahulu saya tidak mempunyai kepercayaan agama (ateis /freethinker), saya hampir tidak pernah terlibat dalam upacara berdoa atau ritual, dan saya percaya saya bukan satu-satunya yang begitu sebagaimana ia banyak dilakukan oleh orang tua pada masa kini. Oleh itu, sebagai seorang Islam kini nampaknya tidak banyak berbeza dengan keadaan di mana sebelum saya mengucapkan syahadah. TMI: Sebagai seorang Islam apakah perkara-perkara yang anda tidak akan lakukan atau akan elakkan dalam merayakan Tahun Baharu Cina? Rara: Saya menikmati perayaan budaya seperti yang lain, tetapi saya memastikan ia tidak bercanggah dengan agama saya, seperti mengelakkan semua yang haram – judi, makanan tidak halal, sembahyang dan ritual mereka serta alkohol. Saya tidak berjudi atau minum sebelum Islam, jadi semua ini mudah sahaja bagi saya, tidak banyak yang perlu dielakkan. TMI: Akan ada makan malam perjumpaan besar dengan keluarga. Bagaimana susunan hidangan untuk anda dan keluarga? Sesetengah keluarga mempunyai daging babi sebagai hidangan utama mereka. Bagaimana pula dengan anda? Rara: Ya, "Reunion Dinner" memang sangat dinanti-nantikan atau dalam bahasa Kantonis, "Tuen Yuen Farn". Kami Hakka, jadi kita akan mempunyai semua masakan Hakka seperti yang kita hidang setiap tahun, dan ya, daging babi panggang dengan salad dicelup sos manis adalah salah satu kegemaran keluarga. Bagi pinggan mangkuk saya, ibu saya menyediakan peralatan memasak yang baharu untuk saya memasak makanan halal sendiri dari rumah, dan saya akan membawa makanan yang dimasak untuk dihidang dan dimakan bersama keluarga. Ia masih sama, hanya saya menikmati hidangan berbeza daripada yang lain. Ia adalah satu simbol kebersamaan sebagai keluarga besar, setiap Tahun Baharu Cina duduk dan makan bersama-sama, dan ia sangat penting bagi semua keluarga Cina pada malam itu. Makanan hanya makanan untuk mengisi perut. Nenek saya memahami perkara ini dan dia hanya mahu saya makan di meja yang sama dengan semua orang, walaupun saya makan makanan yang berbeza. TMI: Apakah mengenai Tahun Baharu Cina yang anda suka? Rara: Perasaan semua ahli keluarga berada di rumah dan riuh rendah. Sangat seronok melihat semua ahli keluarga berkumpul di ruang tamu dan ketawa bersama mendengar jenaka bodoh dan juga masa yang terbaik untuk mengimbas kenangan dengan rakan sepermainan masa kecil. Oh, tidak lupa keseronokan balik kampung dan menikmati udara segar juga. TMI: Ceritakan sedikit mengenai persiapan Tahun Baharu Cina anda, berapa lama cuti yang anda biasa ambil bagi merayakan Tahun Baharu Cina bersama keluarga? Rara: Sebelum Islam, saya memperuntukkan maksimum 4 atau 5 hari setiap kali Tahun Baharu Cina di kampung dengan alasan saya mahu kembali bekerja dan dapatkan lebih banyak peluang kerja. Tetapi tahun ini dan seterusnya selepas Islam, saya mahu memastikan saya memperuntukkan sekurang-kurangnya 7 hingga 10 hari bersama keluarga setiap tahun, terutamanya pada Tahun Baharu Cina. Saya suka menghabiskan lebih banyak masa dengan keluarga selepas memberi keutamaan kepada kerja selama bertahun-tahun. Saya sedar, hidup ini singkat dan saya bersyukur kerana masih boleh menghargai mereka. Bagi hiasan Tahun Baharu Cina, ibu saya jarang menghiasi rumah kami kerana kami akan menghabiskan sebahagian besar masa di tempat nenek saya di kampung. Kami hanya akan membersihkan rumah bersama-sama sebelum Tahun Baharu Cina dan meletakkan beberapa lampu. TMI: Apakah perbezaan anda menyambut Tahun Baharu Cina sekarang berbanding sebelum menjadi seorang Muslim? Rara: Dahulu saya selalu membeli pakaian dan mahu memakai pakaian paling bergaya dan terkini untuk Tahun Baharu Cina tetapi kini, selepas pengalaman Raya yang pertama pada tahun lepas dan diperkenalkan kepada budaya Melayu, membeli kain dan membuat pakaian raya sendiri, saya lebih teruja untuk merekabentuk dan membuat jubah sendiri dan pakaian untuk Tahun Baharu Cina dengan motif dan gaya Cina. Ia benar-benar membuat saya tertarik untuk meneliti dan mempelajari pakaian tradisional Cina serta mendapatkan inspirasi dari sana, dengan ciri-ciri Islam dalam rekaannya. Anda akan kagum mengetahui pakaian tradisional Cina hampir sama dengan jubah dan ia longgar dan besar, sama seperti bagaimana wanita Muslimah sepatutnya pakai. Saya katakan, saya kini belajar untuk lebih menghargai akar umbi keturunan Cina saya. Alhamdulillah. -TMI |
Kenapa Kau Perlu Terasa & Takut Wahai Najib? Posted: 19 Feb 2015 10:50 PM PST PKR: Jika tak kenal, kenapa kata mengarut? PKR menyifatkan kenyataan "mengarut" oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini terhadap dakwaan baru bekas anggota polis khas Sirul Azhar Umar, sebagai "pramatang, mencurigakan dan wajib disiasat" polis. Sirul sebelum ini mendakwa beliau bertindak membunuh wanita Mongolia Altantuya Shaariibu kerana "hanya mengikut arahan" dan pihak yang mempunyai motif masih bebas. "Ini kerana Datuk Seri Najib sebelum ini pernah mengaku malah bersumpah tidak mengenali wanita bernama Altantuya Shaariibuu; jika benar beliau tidak mengenali dan tiada apa-apa kaitan, mengapa beliau memberi komen sebegini? "Dan adakah beliau mempunyai maklumat lebih dari apa yang diketahui umum tentang perlakuan Sirul sehingga dapat memberi kesimpulan sebegitu?" kata Pengarah Komunikasi Fahmi Fadzil. Dalam kenyataannya hari ini, Fahmi yang juga naib ketua Pemuda PKR (AMK) berkata ulasan Najib selaku menteri kewangan turut mencetuskan persepsi umum bahawa "ada sesuatu yang tidak kena" di dalam kes itu. "Sama seperti rakan-rakan dalam Pakatan Rakyat, saya juga berharap pihak berkuasa tidak akan berlengah untuk menyiasat perkara ini," katanya. Sementara itu, mengulas isu yang sama, MP Gelang Patah Lim Kit Siang berkata kenyataan Najib itu tidak boleh membersihkan namanya dan membayangkan beliau tahu keadaan yang membawa kepada pembunuhan Altantuya oleh Sirul dan rakannya Azilah Hadri. "Adakah Najib bersetuju bahawa ia adalah kelemahan besar keadilan jika Sirul dan Azila dihantar ke tali gantung manakala dalang pembunuhan Altantuya yang mempunyai motif untuk membunuhnya dan memusnahkan bukti dengan meletupkan tubuhnya dengan bahan letupan C4 dibenarkan bebas begitu saja," katanya. -mk
ULASAN GB Tiba-tiba Najib menyatakan kenyataan Sirul itu mengarut. Kenapa mengarut? Bukankah kamu yang berkata kamu tak kenal Altantuya? Sekarang kamu mahu campurtangan dengan menempelak Sirul menyatakan dakwaan Sirul (mengenai pembunuhan Altantuya) itu mengarut. Adakah kamu khuatir Sirul akan mendedahkan nama-mana VVIP yang terlibat yang mungkin ada diantaranya merupakan orang kanan kamu sendiri? Jika tak ada apa-apa masakan tempua bersarang rendah! Hukum kebenaran dan keadilan berjalan dan Allah itu Maha Adil. Di satu pihak kamu berjaya memenjarakan musuh politik kamu bernama Anwar. Namun di satu pihak yang lain pekung yang tersimpan lama di dalam kes p[embunuhan Altantuya akan pecah juga. |
Jelajah Isu Gentel Puting Tetek Saiful: KJ & Shafee Dikritik Menteri Di JPM Posted: 19 Feb 2015 04:03 PM PST Bahas dengan Majlis Peguam, tak perlu jelajah negara, kata menteri Jika sebelum ini pemimpin pembangkang yang membantah rancangan Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah menjelajah seluruh negara bercakap mengenai kes mahkamah Datuk Seri Anwar Ibrahim, terbaru seorang pemimpin kerajaan persekutuan juga menyuarakan ketidakpuasan hatinya. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM) Nancy Shukri hari ini mencadangkan peguam yang dilantik mengetuai pendakwaan kes Liwat II Anwar itu mengadakan perdebatan terbuka dengan salah satu pengkritik utamanya iaitu Majlis Peguam. Nancy yang bertanggungjawab di Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang JPM itu berkata, beliau secara peribadi tidak setuju cadangan Shafee untuk menyertai jelajah itu yang diumumkan Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin pada satu forum Selasa lalu. "Biar orang ramai dengar mereka (berdebat). Lakukan sekali dan cukuplah. Kemudian Shafee tidak perlu pergi ke sana sini lagi," katanya kepada media pada sambutan Tahun Baharu Cina Sarawak United People's Party (SUPP) di Kuching, Sarawak hari ini. "Saya lebih setuju kita (kerajaan persekutuan) tidak perlu lakukannya lebih-lebih sangat. Nampak tak elok (untuk kerajaan dan Shafee)." Nancy berkata, tindakan Shafee menyertai program memberi penerangan mengenai kes Anwar yang sudah diputuskan Mahkamah Persekutuan itu mungkin akan mendatangkan kesan yang sebaliknya di mana "orang ramai mungkin akan bersimpati pula dengan Anwar." Bekas Presiden Majlis Peguam Datuk Ambiga Sreenevasan berkata, tidak pernah terjadi seorang pendakwa raya menyerang tertuduh selepas mahkamah selesai menjatuhkan hukuman. Katanya, ia tidak berniat baik dan tidak wajar dilakukan kerana Anwar yang kini berada di penjara tidak dapat mempertahankan dirinya. Pengarah Eksekutif Lawyers for Liberty Eric Paulsen berkata, tindakan Shafee yang terus-terusan menyerang Anwar itu hanya menunjukkan beliau seolah-olah "tukang pukul" bagi pihak Umno yang berdendam. Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) mengatakan program jelajah itu membahayakan masa depan negara sementara Pemuda PKR mengatakan ia cubaan terdesak Umno memenangi kepercayaan rakyat. Menerangkan keputusan Shafee itu, Nancy berkata: "Shafee tidak mahu lakukan. Kerajaan tidak minta beliau melakukannya. Dia melakukannya kerana terdapat permintaan daripada badan bukan kerajaan (NGO). "Rakyat mahu dengar fakta kes daripadanya. Mereka tidak boleh membaca penghakiman itu sebab ia terlalu panjang." Katanya, mereka juga tidak dapat mengetahui fakta sebenar dengan membaca apa yang tertulis di media sosial, terutama yang ditulis golongan pro pembangkang. Nancy juga berkata, kerajaan berada di kedudukan yang sukar kerana ia sesuatu yang di luar kawalan sekiranya NGO mahu Shafee berucap. "Kita (kerajaan) tak boleh halang dia. Dia bertanggungjawab memberitahu rakyat apa sebenarnya terjadi. Selama ini, orang meraguinya kerana apa yang dilakukannya. "Dia pun dalam keadaan yang sukar – nak buat atau tidak." -TMI
|
You are subscribed to email updates from KELAB GREENBOC To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 1600 Amphitheatre Parkway, Mountain View, CA 94043, United States |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan