Kelab Greenboc |
| UG: Salehuddin Mahu Bawa Isu Kenyataan Nasharuddin Ke Mesyuarat AJK PAS Pusat Posted: 18 Feb 2015 10:43 PM PST Tindakan atas bekas timbalan presiden PAS jika timbulkan kekeliruan, kata Salahudin Kenyataan bekas Timbalan Presiden PAS Nasharudin Mat Isa yang membayangkan masih wujud usaha mengadakan kerajaan perpaduan antara PAS dengan Umno akan dibincangkan dalam mesyuarat Jawatankuasa PAS Pusat awal bulan depan. Naib Presiden PAS Salahudin Ayub berkata, beliau sendiri akan membawa perkara ini dalam mesyuarat itu untuk diambil keputusan bersama. "Jika dipersetujui mesyuarat, kita boleh mengambil tindakan ke atas beliau jika didapati ia boleh menimbulkan kekeliruan di kalangan ahli," kata Salahudin kepada The Malaysian Insider. Salahudin mengulas kenyataan Nasharudin melalui sebuah stesen TV swasta tentang wujudnya cadangan kerjasama antara PAS dengan Umno bagi membentuk kerajaan perpaduan. Nasharudin membuat ulasan tersebut susulan kematian Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang selama ini dianggap penghalang utama kerajaan perpaduan antara dua parti politik terbesar Melayu di negara ini. Salahudin juga menafikan dakwaan Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (PasMa) kononnya kerajaan perpaduan Umno-PAS lebih mudah direalisasikan dengan ketiadaan Nik Aziz. "Kami pimpinan PAS memberi jaminan tidak akan ada kerjasama antara PAS dan Umno bagi membentuk kerajaan perpaduan sebagaimana yang didakwa itu," katanya kepada The Malaysian Insider. Presiden PasMa Datuk Phahrolrazi Zawawi sebelum ini berkata, ketiadaan Nik Aziz akan memudahkan laluan penyokong kerajaan perpaduan dalam PAS bergabung dengan Umno. Katanya, perkara itu semakin mula menunjukkan tanda dapat direalisasikan sejak Nik Aziz dalam keadaan uzur apabila perkembangan politik PAS dilihat sedikit beralih angin. "Segala kemungkinan boleh berlaku dan Umno saya lihat sedang atur strategi untuk pecah-belahkan PR dengan peristiwa banjir (di pantai timur). "Hubungan mesra itu nampaknya cuba diambil kesempatan oleh Umno dan sebilangan pemimpin PAS yang agak mesra dengan Umno. "Setakat ini kita lihat kemungkinan ini boleh berlaku," kata Phahrolrazi pada satu sidang media di Shah Alam, Isnin lalu. Salahudin menolak sama sekali pandangan Phahrolrazi itu. "Saya ingin mempertegaskan yang keputusan muktamar dan pendirian parti masih utuh untuk bersama Pakatan Rakyat (PR) dan tidak sekali-kali bercadang mewujudkan kerajaan perpaduan dengan Umno," kata Salahudin. Katanya, tidak mungkin sama sekali PAS akan bersama Umno bagi membentuk kerajaan perpaduan. "Saya minta semua pihak, termasuk PasMa, jangan terpengaruh dengan dakyah Nasharudin yang cuba mewujudkan suasana tidak baik dalam PAS. "Kami akan bersama mempertegaskan komitmen muktamar untuk kekal bersama dengan PR," kata Salahudin. Nasharudin merupakan bekas timbalan presiden PAS yang gagal mempertahankan jawatannya dalam muktamar PAS tahun 2011. Beliau kalah di tangan Mohamad Sabu dan Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dalam pertandingan tiga penjuru. Jawatan beliau sebagai ahli Majlis Syura Ulama PAS dilucutkan ekoran beberapa tindakan dan kenyataan beliau yang dianggap merugikan PAS. Namun begitu, beliau kekal sebagai ahli PAS walaupun membuat beberapa kenyataan negatif terhadap parti itu termasuk dilihat mengekori Presiden Umno ke beberapa tempat termasuk ke negara Arab. -TMI ULASAN GB GB sudah ulas isu ini di dalam entri: [VIDEO] Terbongkar: Projek UG Itu Memang Wujud Tanpa Pengetahuan & Restu TGNA Petikan: Akhirnya hukum kebenaran dan keadilan berjalan dan hal yang benar itu tersingkap juga.. |
| [BONGKAR] Sirul Azhar: "Saya Cuma Buat Apa Yang Diarah..." Posted: 18 Feb 2015 06:20 PM PST Sirul: Selepas Altantuya, inikah balasannya? EKSKLUSIF Bekas anggota pasukan elit polis Sirul Azhar Umar kini sugul kerana dijatuhkan hukuman mati, hanya kerana mengikut arahan. "Jika saya mati hari ini, saya tidak akan aman kerana saya cuma buat apa yang diarah dan ini balasannya yang saya dapat," katanya kepada Malaysiakini dalam satu perbualan telefon dari Australia. Beliau bagaimanapun tidak menyatakan bahawa kenyatana itu adalah pengakuan bersalah. Sirul, yang disabitkan bersalah bersama seorang lagi komando polis Azilah Hadri, juga tidak berpuas hati dengan perjalanan kesannya. Dia merasakan DSP Musa Safri, orang atasannya dan bekas pembantu (ADC) Datuk Seri Najib Abdul Razak ketika menjadi timbalan perdana menteri, patut dipanggil menjadi saksi pihak pendakwaan. 'Hujah peguam saya kuat' Mahkamah Rayuan pada 2013 membebaskan Azilah dan Sirul akibat salah arah serius Hakim Mahkamah Tinggi Shah Alam, Mohd Zaki Yasin, termasuk tidak memanggil Musa. Bagaimanapun, kata Sirul, Mahkamah Persekutuan, yang mengekalkan rayuan pendakwaan, mengabaikan perkara itu. "Mahkamah juga mengabaikan bukti DNA daripada kesan darah pada kasut yang diletakkan di dalam kereta saya dan sampel DNA saya sendiri. "Mahkamah abaikan perkara ini walaupun terdapat penghujahan kuat oleh peguam saya," katanya. Pasukan pendakwaan yang diketuai oleh Timbalan Peguam Cara Negara I Datuk Tun Abdul Majid Tun Hamzah berhujah bahawa Musa bukan saksi penting dalam perbicaraan itu dan tiada keperluan memanggilnya. Peguam Sirul, Kamarul Hisham Kamaruddin dan Hasnal Rezua Merican, pula berhujah bahawa tindakan itu telah bertukar perbicaraan silap. Gerak hati kalah kes Berhubung DNA, ahli kimia memberi keterangan bahawa terdapat kemungkinan DNA daripada kesan darah itu milik Altantuya, walaupun terdapat keraguan padanya. Dalam wawancara dengan Malaysiakini, Sirul sekali lagi menegaskan bahawa beliau menjadi "kambing hitam" dalam kes itu. Beliau juga mengaku tertekan dengan dakwaan penganalisis politik Abdul Razak Baginda (kiri) bahawa "polis jahat" bertanggungjawab membunuh Altantuya pada 2006. Razak Baginda, rakan rapat Najib, didakwa bersubahat dengan pembunuhan itu tetapi kemudian dibebaskan tanpa dipanggil membela diri. Sementara itu, menceritakan keadaannya dalam tahanan pihak imigresen Australia di Sydney, Sirul berkata semuanya baik dan dia ditempatkan seorang diri dalam bilik yang mempunyai empat katil. Ditanya kenapa beliau berlepas ke Australia sebelum keputusan mahkamah, dia berkata berdasarkan gerak hatinya, kes itu tidak akan menyebelahinya. -mk
ULASAN GB GB sudah ulas sebelum ini: Persoalan "motif pembunuhan Altantuya" masih kekal misteri. |
| You are subscribed to email updates from KELAB GREENBOC To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 1600 Amphitheatre Parkway, Mountain View, CA 94043, United States | |


Tiada ulasan:
Catat Ulasan