Ahad, 1 Februari 2015

Kelab Greenboc

Kelab Greenboc


[U-TURN TERHEBAT] Mana Yang Benar? Hudud Dulu Atau Putrajaya Dulu?

Posted: 01 Feb 2015 01:15 AM PST


Presiden PAS tidak tunduk

Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menegaskan pilihan raya Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) mustahil untuk dilaksanakan berikutan beberapa aspek termasuk daripada segi struktur masyarakat negara ini.

Ketika berucap merasmikan program anjuran parti itu di Kampung Telaga Daing, Seberang Takir, di Kuala Terengganu, malam tadi, beliau mengingatkan DAP agar memahami pilihan raya itu tidak boleh dibuat sewenang-wenangnya kerana tertakluk di bawah Kerajaan Persekutuan, lapor Utusan Online.

"Apabila timbulnya polemik perdebatan antara Setiausaha Agung (Datuk Mustapa Ali) dengan DAP berkait pilihan raya PBT, kita ada pendirian dalam masalah ini. Kita kena sedar PBT ada kaitan dengan Kerajaan Pusat dan ada kementerian. Kita tidak boleh langgar begitu sahaja selagi kita tidak dapat menguasai Kerajaan Pusat. Kita kuasai dulu Kerajaan Pusat," ujarnya.

Abdul Hadi baru-baru ini melahirkan kebimbangan pilihan raya PBT mampu mencetuskan suasana tidak stabil dan melebarkan jurang masyarakat sekali gus menjadi 'api dalam sekam' untuk mengulangi peristiwa 13 Mei yang disifatkan sebagai titik hitam dalam sejarah negara.

Kenyataannya mengejutkan DAP dan Rabu lalu, Mustafa pula melepaskan geram dengan mencabar Lim Guan Eng bersemuka berikutan dakwaan Ketua Menteri Pulau Pinang itu bahawa beliau tidak jujur berhubung pelaksanaan pilihan raya PBT.

Mustafa yang menyifatkan Guan Eng sebagai seorang bermulut celupar menegaskan, Setiausaha Agung DAP itu ada menghubunginya berkenaan hasrat parti tersebut untuk melaksanakan pilihan raya PBT namun dibuat selepas beberapa hari cadangan berkaitan diluluskan dalam sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang.

Dalam pada itu, Abdul Hadi berkata, PAS sebagai parti Islam amat menekankan penglibatan semua lapisan masyarakat dalam memastikan pengurusan bandar berjalan lancar dan adil.

"PAS menerima hakikat wujud masyarakat majmuk di Malaysia. Menerima orang Cina dan India yang dipaksa penjajah datang ke sini. Kita terima hakikat ini dengan cara menyelesaikan masalah dan pada kita cara itu adalah menerusi ajaran Islam yang adil termasuk dalam hal politik.

"Adil dalam masalah politik itu turut membabitkan pengurusan bandar, maka untuk menguruskan bandar tak boleh melibatkan orang bandar sahaja, pilihan raya yang dicadangkan itu, orang bandar yang mengundi padahal yang menghidupkan bandar bukan goloongan itu tetapi termasuklah petani, nelayan dan semua pihak," katanya. -FMT


Amar: Hudud lebih penting dari Putrajaya

WAWANCARA Menawan Putrajaya merupakan perkara kedua selepas pelaksanaan hudud, kata Timbalan Menteri Besar Kelantan Datuk Mohd Amar Nik Abdullah.

Beliau juga mendakwa bahawa ia tidak kisah sekiranya PAS dikeluarkan dari Pakatan Rakyat oleh sekutunya - DAP dan PKR yang menentang hudud - asalkan matlamat parti Islam itu tercapai.

Menurut Amar, PAS mesti melaksanakan hudud dengan apa cara sekalipun, walaupun jika ia perlu bekerjasama dengan Umno.

Katanya, ini kerana tiada jaminan bahawa parti itu akan dibenarkan untuk berbuat demikian walaupun jika Pakatan memerintah kerajaan pusat.

"Persoalannya ialah bukan sama ada kita akan tawan Putrajaya. Ada sesetengahnya memberitahu kita bahawa jika kita berjuang untuk hudud, kita tidak akan menang Putrajaya.

"Tapi lihat pada 2013, kita tukar dari negara Islam kepada negara kebajikan, dan kita benarkan bukan Islam guna 'kalimah' Allah dan kita masih tak menang (Putrajaya)," katanya.

Sehubungan, kata Amar, dalam melaksanakan Islam, Putrajaya adalah perkara kedua.

"Jika mereka (Pakatan) berbuat demikian (keluarkan PAS dari Pakatan), kita akan menerimanya," kata Amar, yang menjadi jurucakap parti itu tentang pada hudud.
-malaysiakini 24/12/14


ULASAN GB

Sebelum ini TMB Kelantan Nik Amar menyatakan hudud lebih penting dari Putrajaya. Tetapi di Himpunan HARAP 3.1 di Telaga Daing Terengganu, di dalam isu PBT, Presiden PAS menyatakan tidak mungkin untuk laksanakan PBT kerana ia tertakluk di bawah Kerajaan Persekutuan, oleh itu kena kuasai dulu Kerajaan Pusat.

Bagus punya kona baring! Kelmarin para ulamak PAS menhentam Lim Guan Eng dan DAP di atas alasan PBT boleh menyebabkan 13 Mei. Setelah dikritik bahawa ucapan beliau itu lebih menjurus kepada perjuangan assabiyah Melayu, sekarang beliau tukar alasan: PBT di bawah kekuasaan kerajaan Persekutuan.

Baiklah, jika demikian kita berhujjah semula. Islam (kebenaran) itu tertegak dengan hujjah.

Jika PBT itu di bawah kekuasaan kerajaan Persekutuan dan Parlimen, apa kurangnya dengan Hudud? Bukankah ia juga tertakluk kekuasaan kerajaan Persekutuan dan Parlimen?

Kerajaan Persekutuan dan Parlimen yang dikuasai BN berhak untuk menolak hudud sesuka hati sekalipun mulut beberapa kerat pemimpin mereka kononnya menyokong hudud. Apa yang kita tahu dasar UMNO BN memang telah lama menolak hudud.

Bukankah itu bererti Pakatan Rakyat perlu menguasai Putrajaya dan Parlimen?


Dan jika itu matlamat utama apasal ulamak-ulamak sibuk dok menghentam rakan-rakan dalam Pakatan Rakyat? Bermula dari Mustafa Ali, kemudian disokong oleh Tuan Presiden sendiri, kemudian disambut oleh Nik Abduh & Nasruddin Tantawi, kemudian Haron Din, Khairuddin At-Takiri dan dari ahli MSU Hj Mahfodz Mohammed?

Bukankah itu melambang betapa cetek dan dangkal pemikiran para ulamak dalam PAS? Bagaimana ahli hendak dipaksa menghormati mereka jika Presiden sendiri sudah melakukan U-Turn paling tajam?

Hukum kebenaran dan keadilan berjalan... menampakkan bahawa golongan Geng Ulamak di dalam PAS tidak ikhlas di dalam perjuangan mereka. Tidak berkeupayaan menjadi pemimpin, jauh sekali menjadi uswatun-hasanah, contoh tauladan terbaik yang ada pada diri Rasulullah. Mereka memutar lidah dan mengubah kenyataan sepanjang masa.

Hukum kebenaran dan keadilan akan berjalan terus... bahawa perjuangan Geng Ulamak ini adalah BATIL dan tidak akan dapat melawan KEBENARAN.

[TERKESIMA] 1MDB Pinjam RM2 Billion Dari Ananda Krishnan Bayar Hutang Bank

Posted: 31 Jan 2015 08:20 PM PST


Dilaporkan bahawa 1MDB terpaksa berhutang RM2 bilion dari Ananda Krishnan untuk membayar hutangnya kepada Maybank dan RHB yang sudah tiga kali tertangguh.

Dulu, Ananda Krishnan sudah mendapat durian runtuh kerana aset IPP dijual pada harga yang hampir dua kali lebih tinggi. Sekarang Ananda tambah untung dari faedah atas pinjaman yang diberikan. Lebih teruk, dilaporkan pinjaman dari Ananda itu beserta syarat bahawa beliau akan menjadi pemegang saham utama dalam syarikat tenaga 1MDB yang mahu disenaraikan, demikian tulis Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli di dalam akaun facebooknya semalam.

"Saya pun akan jadi billionaire kalau saya dapat layanan macam Ananda!', tulisnya sinis.

Beliau mempersoalkan di mana suara-suara yang dengan angkuh mengaku kononnya 1MDB ada aset yang cukup jadi jangan dibimbang walaupun hutangnya besar?

Perdaana Menteri, DS Mohd Najib Razak di dalam program 'Soal Jawab' terbitan TV3 minggu lalu, berkata memang benar syarikat itu mempunyai hutang yang besar, namun jika dibandingkan antara aset dan liabiliti, asetnya jauh lebih baik berbanding liabiliti.

Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan pula menafikan 1MDB menghadapu menghadapi masalah besar selain persepsi negatif terhadap syarikat tersebut.

Untuk rekod, terbaru 1MDB telah mencatatkan kerugian sebelum cukai sejumlah RM668.55 juta pada tahun kewangan 31 Mac 2014. Hutang berkumpulnya ialah RM41 Bilion.



Mengakhiri tulisannya di facebook, Rafizi Ramli menyatakan "sekarang telah terbukti hutang RM2 bilion pun tak boleh dibayar dan sudah kena jual harta, apatah lagi bila hutang itu RM41 bilion."

"Gelagatnya sama seperti skandal lembu dan kondo dahulu. Mulanya dipertahankan sehingga ke titisan darah lembu terakhir tetapi bila sudah kantoi: saya yang dedahkan pula didakwa di mahkamah," bidasnya.

Sebelum ini, bekas Perdana Menteri, Tun Mahathir turut menyelar Najib mengenai isu 1MDB. Katanya, duit untuk 1MDB bukan daripada lebihan kewangan Negara. Ia dihutang. Berbillion ringgit dihutang yang menambah hutang Negara dengan amat tinggi.

Mahathir berkata, Malaysia akan jadi muflis seperti Argentina jika hutang terlalu banyak.

"Berbilion ringgit dihutang yang menambah hutang negara yang tinggi. Hutang negara mesti dibayar. Jika tidak, kita akan muflis seperti Argentina", tambahnya.


Terpaksa mengemis Ananda Krishnan, tindakan 1MDB memalukan

Tindakan 1MDB 'mengemis' kepada jutawan Ananda Krishnan untuk membayar hutang tertunggak bukan sahaja memalukan, malah menunjukkan syarikat itu memang menghadapi masalah kewangan serius.

Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara Tony Pua berkata, langkah terdesak tersebut juga membuktikan bahawa tidak ada institusi pinjaman kini bersedia untuk memberi sebarang pinjaman kepada 1MDB berikutan skandal kewangan mereka.

"Tindakan 1MDB serta kerajaan terpaksa tunduk dan bergantung kepada hubungan baik dengan Ananda untuk menyelesaikan hutang adalah sangat memalukan.

"Bukankah 1MDB sebelum ini mendakwa pelaburan kontroversi mereka di Kepulauan Cayman berjumlah RM3.9 bilion sudah ditebus?" soalnya dalam satu kenyataan, hari ini.

The Edge Financial Daily semalam melaporkan Ananda bersetuju meminjamkan sehingga RM2 bilion kepada 1MDB sebagai bantuan menyelesaikan hutang syarikat dengan Maybank Bhd dan RHB Bank Bhd yang perlu dijelaskan akhir bulan ini.

Pinjaman RM2 bilion akan diperoleh selepas Ananda menyuntik wang ke dalam Powertek Investment Holdings Sdn Bhd (PIH).

Namun, langkah itu akan memberikan Ananda pegangan majoriti terhadap PIH dan menyebabkan 1MDB kehilangan kawalan kepada PIH, sebuah prospek yang tidak dapat dipertahankan dari segi politik.

Tony yang juga Setiausaha Publisiti DAP menambah, ia turut akan memberi kelebihan kepada Ananda sekaligus menjadikan 1MDB sebagai tebusan selepas ini
-Roketkini


Tiada ulasan: