Rabu, 4 Februari 2015

dollah yankee

dollah yankee


Balasungkawa Mat Tarzan 1931-2015

Posted: 04 Feb 2015 06:07 AM PST



Mat Tarzan, ramai yang tak kenal siapa dia. Telah kembali ke rahmatullah pada hari thaipusam kelmarin. Mat Tarzan @ Ahmad Ali ni bukan saja seorang 'body-builder', tapi dia juga seorang yang pandai masak dan seorang penyanyi yang baik juga.

Dia juga ada lah orang yang mula-mula sekali dalam Malaysia yang telah membuat terjunan 'bungy-jumping' di Langkawi pada tahun 1993 bila sukan ini pertama kali di perkenalkan di Malaysia.

Dia juga pernah menjadi residen artis di beberapa buah kelab malam sekitar bandar raya Georgetown pada tahun 1990an.

Semasa zaman 'tengah naik', Mat Tarzan selalu menjelajah ke seluruh negara untuk menunjukan kelebihan kekuatan yang dimiliki, antaranya ialah membengkokan besi dengan menggunakan leher, bergelut dengan ular sawa yang besar-besar, berjalan dan menggolekan badan diatas kaca yang dipecahkan dan banyak lagi aksi-aksi 'stunt' yang sangat luar biasa.

Pada tahun sekitar 1950an dan 1960an, pusat hiburan nombor 1 di Pulau Pinang ini ialah di New World Park, Lorong Swatow. Dan Mat Tarzan adalah merupakan tarikan pengunjung-pengunjung ke kelab itu bila ada 'Mat Tarzan Show'.

Mat Tarzan juga pernah menjuarai kejohanan bina badan 'Mr.Penang' pada tahun 1958 dan 1962 serta berdozen-dozen lagi kejuaraan bina badan lain. Sehingga hari kematian nya Mat Tarzan tetap 'strong' dan akan tetap makan telor mentah ayam kampung sebanyak 10 biji sekali gus sebulan sekali.

Kuat mana pun  Mat Tarzan, dia meninggal sebab cedera dikepala selepas jatuh dari motor setelah bergesel dengan sebuah kereta.

AL'Fatehah

dollah yankee -
Cuba kita teka..Mat Tarzan ni pro siapa? BN atau PR? Kah..Kah..Kah..

Tiada ulasan: