Jumaat, 27 Februari 2015

DIALOG RAKYAT

DIALOG RAKYAT


[MENARIK] Khalid Samad Jawab Mokhtar Senik Siri I & II

Posted: 27 Feb 2015 04:30 AM PST

KELAB GREENBOC



 

Jawapan YB Khalid Samad di bawah ini terhadap tohmahan golongan ulamak yang diwakili oleh Ketua Dewan Ulamak PAS Pahang, Mokhtar Senik di bawah ini sangat menarik. Bacalah....

Adakah Kau Lupa? (Bahagian I & II)

Beberapa hari yang lepas saya telah diforwardkan sebuah tulisan melalui WhatsApp yang kononnya datang dari Mokhtar Senik iaitu Ketua Dewan Ulama PAS Pahang. Dalam tulisan ini nama saya telah disebut beberapa kali sebagai salah seorang yang ingin memalukan TGHH dengan tujuan menjatuhkannya. Saya harap tulisan itu bukan datangnya dari Mokhtar Senik dan saya yakin beliau sebagai Ketua Dewan Ulama Pahang tidaklah sebodoh itu. Ianya tulisan yang hanya layak dikeluarkan oleh seorang Ketua Dewan Juhala' bukan Ketua Dewan Ulama'.

Namun demikian, walaupun saya yakin ianya bukan dari Mokhtar Senik, biarlah saya jawab tuduhan tersebut satu persatu. Dan untuk memudahkan, biarlah saya gunakan gelaran 'MS' semasa menjawab. Ianya tidak ditujukan kepada Mokhtar Senik kerana saya tidak tahu dengan pasti ianya tulisan beliau, walaupun setakat ini masih tiada sebarang penafian yang dikeluarkan oleh beliau.

1. KENYATAAN 10 AHLI PARLIMEN MENYOKONG KENYATAAN TGNA

Peristiwa ini berlaku pada bulan Julai 2009. TGNA telah mengeluarkan kenyataan menolak sebarang usaha kerjasama dengan UMNO/BN termasuk Unity Government dan menyeru PAS mengukuhkan PR sepertimana yang diputuskan dalam Muktamar 2009 yang baru sahaja belalu. Menyahut seruan TGNA, maka 10 Ahli Parlimen membuat kenyataan menyokong seruannya.

Mengikut Mokhtar Senik (MS), kenyataan menyokong TGNA adalah bertujuan memalukan TGHH. Maka MS seolah-olah mendakwa beliau kasyaf dan tahu niat sebenar 10 Ahli Parlimen PAS tersebut, iaitu bukan untuk menyokong TGNA sangat tetapi untuk memalukan TGHH! Tidak sangka saya, keluarkan kenyataan menyokong TGNA pun dianggap salah! Dan sekiranya menyokong kenyataan TGNA memalukan TGHH, maka adakah dimaksudkan TGNA juga ingin memalukan TGHH melalui kenyataannya! Dakwaan bodoh!

Adakah kau lupa, wahai MS, apa yang telah berlaku sebelum itu, iaitu pendedahan Abdullah Badawi bahawa adanya rundingan rahsia dengannya oleh wakil PAS; permohonan maaf Dato Mahfuz kepada semua ahli PAS kerana membuat penafian adanya rundingan dengan UMNO, sedangkan ada; dan sebagainya. Akhirnya Nasharuddin dan Mustapha Ali, kalau tidak silap saya, dimarahi TGNA dan mereka berdua memohon maaf. Tiada pula TGHH dianggap terbabit. (Sila tonton video di bawah ini).


Bagaimana MS mengaitkan isu ini dengan TGHH saya pun tidak tahu. Kalau TGHH terlibat maka sudah pasti TGHH pun turut minta maaf dan beliau akan pertahankan Nasharuddin apabila digugurkan dari Majlis Syura Ulama. Akan tetapi tidak. Tiada siapa mengaitkan TGHH dalam isu ini kecuali MS. Oleh itu, bukan kami yang ingin memalukan TGHH tetapi sebaliknya MS sendiri dengan mengaitkan TGHH dalam isu ini.

Hakikat bahawa kisah yang berlaku pada 2009 turut diungkit kembali menunjukkan betapa terdesaknya MS untuk membuat 'kes pertuduhan' terhadap saya dan 9 orang Ahli Parlimen. Itu pun atas hujjah bodoh iaitu kesalahan menyokong kenyataan TGNA! Kalau bawa ke mahkamah bebas, sudah pasti dibuang kes. Lagipun sejak 2009, TGHH telah menang tanpa bertanding jawatan Presiden dalam muktamar 2011 dan 2013. Maka bagaimana ingin dikaitkan dengan dakwaan adanya usaha menjatuhkan DS Presiden sejak 2009 lagi? Sekiranya benar dakwaan tersebut, tidakkah sepatutnya pada 2011 ada yang mencabar Presiden?

2. SEMINAR KHAS UNTUK PERLEKEHKAN DS PRESIDEN

MS sebut juga satu seminar khas yang dakwanya diadakan khas untuk memperlekehkan dan memalukan DS Presiden. Ianya diadakan pada 2009 juga dan di Dewan KUIZM, Markas PAS Taman Melewar. Pembentang kertas kerja adalah Professor Dr. Abu Hassan dan Professor Dr. Aziz Bari. Kedua-dua pembentang kertas kerja mendedahkan kelemahan DS Presiden di depan ahli PAS secara terbuka dan amat sangat memalukan DS Presiden.

Adakah kau lupa, wahai MS, seminar itu merupakan seminar tertutup. Khas untuk pimpinan sahaja. Tiada wartawan dan tiada media. Ianya seminar khas bertujuan mengenal pasti kelemahan PAS dan pimpinannya dari kaca mata masyarakat umum. Ianya bertujuan untuk mengenal pasti kelemahan PAS yang perlu diatasi supaya PAS boleh berperanan dengan lebih cemerlang lagi sehingga menjadi pemimpin kepada PR. Maka penerimaan terhadap PAS oleh masyarakat umum dikemukakan berdasarkan culaan yang dilakukan dan seterusnya tindakan yang perlu diambil.

Dalam erti-kata lain, sememangnya PAS ingin mendengar kritikan dan teguran supaya kita dapat perkukuhkan kedudukan kita. Oleh itu kita tidak bolehlah merasa terkejut atau tersentak dengan laporan yang diterima. Namun, apa yang dilaporkan tidak semestinya kesemuanya dipersetujui.

Saya tahu, MS jenis yang tidak biasa mendengar kritikan dan teguran. MS lebih selesa sekiranya terus dan sentiasa disajikan halwa telinga iaitu puji-pujian dan dilambung tinggi. Gelaran ulama' dan waris para nabi sentiasa ingin diulang-ulangkan. Maaf, walaupun itu mungkin kesukaan MS tetapi bagi kami, mencari formula yang boleh melonjakkan imej PAS sebagai parti Islam yang membela semua golongan yang tertindas di dalam masyarakat adalah lebih penting. Oleh itu teguran dan kritikan lebih bernilai dan diinginkan dari pujian yang melambung-lambung. Berhati-hati dengan puji-pujian.

Saya masih ingat bahawa walaupun TGHH sememangnya tersentak dengan sikap berterus-terang dua pembentang kertas-kerja tersebut, namun beliau tetap setia menulis segala yang ditegur mereka. Beliau tidak melihatnya sebagai serangan peribadi tetapi teguran berhubung kelemahan yang perlu diatasi. Ada yang diterima dan digunapakai, ada juga yang ditolak atas sebab tertentu.

Walau apa pun, peristiwa seminar ini lebih menaikkan imej DS Presiden di kalangan pimpinan yang hadir dari menjatuhkan imej beliau. DS Presiden dilihat sebagai pemimpin yang sanggup mendengar teguran dan kritikan, sebahagiannya berhubung diri DS Presiden sendiri dan ini adalah sifat yang terpuji bukan sifat yang keji. Tapi MS tidak akan mampu faham hujjah ini.

Bagi otak yang semacam MS, hanya puji-pujian sahaja yang bernilai. Sesiapa menegur dan mengkritik, dia musuh dan mesti dijatuhkan walaupun melalui fitnah yang keji. Fitnah menjadi halal dan diharuskan MS menjadikan PAS parti yes-man, pembodek dan pengampu? Buatlah parti sendiri, jangan rosakkan PAS. Sejak bermulanya kepimpinan ulama dalam PAS pada 1982, PAS telah menjadi parti yang sentiasa terbuka untuk ditegur dan dikritik. Itulah hasil latihan ulama sebenar.

Sekali lagi peristiwa yang sudah berlalu hampir 6 tahun lepas yang diungkitkan. Ini jelas membuktikan betapa terdesaknya golongan ini untuk mencanangkan propoganda palsu bahawa ada komplot tersusun rapi sejak 2009 untuk menjatuhkan DS Presiden. Sambil mereka pula adalah penyokong DS Presiden yang tulin. Maka undilah mereka demi DS Presiden!

3. HARAKAH MENYIARKAN TULISAN DR. AZIZ BARI

Turut dibangkitkan oleh MS adalah sokongan saya dan Hanipa Maidin terhadap penulisan Dr. Aziz Bari yang 'menghentam' Presiden dan penyiaran artikel beliau di dalam Harakah. Saya pun sebenarnya tidak ingat bila saya pernah menyuarakan sokongan kepada tulisan Dr. Aziz Bari. Mungkin MS boleh ingatkan. Atau dia sekadar menembak semberono sahaja.

Tetapi, Adakah kau sudah lupa wahai MS, bahawa Harakah itu di bawah pengurusan pihak lain, bukan kami berdua. Maka apa kena-mengena kami berdua dengan penyiaran tulisan Dr. Aziz Bari dalam Harakah dengan kami?

Adakah yang dimaksudkan MS ialah Harakah juga terlibat dalam usaha menjatuhkan DS Presiden, sedangkan Lembaga Harakah turut dipilih dan diputuskan beliau? Adakah dilihat begitu lemah kepimpinan DS Presiden sehingga menguruskan akhbar parti pun TGHH tidak mampu? Sehingga terpaksa dicampuri oleh orang seperti MS? Sekali lagi saya tanya, MS ingin bela DS Presiden atau menjatuhkan imejnya?

Sememangnya Harakah akhbar parti. Namun ianya ingin mempunyai sikap yang terbuka. Yang mengkritik dan memuji turut disiarkan. Ianya bukan akhbar propoganda macam akhbar parti kommunis. Itu dasar yang mungkin telah diputuskan dan dipersetujui semua, termasuk DS Presiden. Saya tidak tahu kerana saya bukan ahli lembaganya.

Sepertimana yang telah saya nyatakan sebelum ini, tidak semestinya teguran dan kritikan dilihat sebagai sesuatu yang negatif. Malahan ianya boleh membantu seseorang untuk menjadi lebih baik dan lebih berkesan. Ahli pun akan memahami pandangan orang lain terhadap PAS dan salah faham mereka terhadap apa yang sedang diusahakan.

4. SAFWAN ANANG DAN LENSA

Seterusnya dikisahkan memorandum dari NGO yang bernama LENSA yang dibawa pemimpinnya iaitu Safwan Anang. Memorandum itu mengkitik peranan PAS yang dilihat banyak menimbulkan perbalahan dalam PR sehingga menjadi liabiliti kepada PR. Maka memorandum itu meminta PAS keluar dari PR.

Saya tidak nampak mengapa ini dikaitkan juga dengan usaha menjatuhkan DS Presiden. Itu pandangan sebuah NGO. Hak merekalah untuk untuk menyerahkan memorandum dan menyuarakan pandangan mereka. Walaupun Safwan Anang itu ahli PAS, tetapi memorandum itu atas nama NGO yang bukan milik PAS. Dalam LENSA itu pun tidak semestinya semua ahlinya merupakan ahli PAS. Itu pandangan mereka maka perlu diterima memorandum tersebut dan buktikanlah sebaliknya.

Dan, adakah kau sudah lupa, wahai MS, bahawa memorandum itu bukan ditujukan kepada Presiden seorang tetapi PAS keseluruhannya? Termasuk juga pimpinan lainnya. Kenapa MS menujukannya hanya kepada DS Presiden dan sebagai usaha menjatuhkan DS Presiden?

5. HANIPA MAIDIN DAN ISU PILIHAN RAYA PBT

Turut juga ditimbulkan isu pilihan raya PBT yang mana pandangan Hanipa Maidin berbeza dengan pandangan DS Presiden. Ini dianggap memalukan Presiden dan bertujuan menjatuhkan DS Presiden.

Saya melihat seolah-olah MS beranggapan bahawa perbezaan pendapat dalam PAS tidak boleh dizahirkan. Sekiranya ianya dizahirkan, maka semestinya niatnya adalah untuk memalukan dan menjatuhkan Presiden.

Saya ingin bertanya MS, kalau begitu, bagaimana ingin diyakinkan masyarakat bahawa perbezaan pendapatan diraikan PAS dan diterima sebagai sesuatu yang membina? Mengapa sikap positif ini perlu disembunyikan dan sebaliknya ingin dizahirkan sikap negatif pada masyarakat iaitu perbezaan pendapat tidak dibenarkan? Bagaimana PAS mahu didik masyarakat agar saling menghormati perbezaan pendapat dan menzahirkan amalan 'adaabul ikhtilaf'?


Adakah dianggap ketiadaan perbezaan itu satu kekuatan? Adakah kau sudah lupa wahai MS, bahawa dalam Seerah Rasulullah (SAW) dan khulafah Ar-Raasyidiin, persoalan khilaf dan perbahasan berhubung khilaf diketahui dan sering dizahirkan? Tidakkah sepatutnya segala khilaf dan perbahasan itu ditutup Allah sekiranya ianya merosakkan imej Rasulullah (SAW) dan para khulafah Ar-Raasyidiin? Oleh kerana ianya bukan bukti kelemahan dan sebaliknya kekuatan, maka itulah sebab mengapa wujudnya khilaf dizahirkan Allah.

Ada yang mengatakan cara tulisannya menghina Presiden. Saya membaca tulisan Hanipa yang ditulis beliau semasa di luar negara, agak tertib dan beradab. Malangnya beliau menulis dalam Bahasa Inggeris dan mungkin oleh kerana itu MS tidak mampu memahami sepenuhnya. Hanipa bermula dengan "I beg to differ..." yang bererti "Saya memohon dengan penuh rendah diri untuk berbeza pandangan.." Kalimat 'beg' itu bererti 'memohon, merayu, mengemis' dan 'begger' iaitu orang yang 'beg'. Beggar bermaksud peminta sedekah.

Begitu juga dengan kalimat "with the greatest of respect.." membawa erti "dengan penghormatan yang setingginya..".

Tulisan Hanipa, setakat yang saya ikuti tiada menggunakan istilah 'munafik haraki, jebon, pengkhianat dan sebagainya yang malangnya banyak digunakan oleh golongan lain.

Oleh itu apa sebenarnya masalahnya dengan tulisan Hanipa?

6. DEMONSTRASI FADHLI IBRAHIM

Akhirnya ditulis berhubung demonstrasi Fadhli Ibrahim. Maka ingin digunakan lima peristiwa di atas sebagai justifikasi untuk diadakan demonstrasi tersebut. Kononnya ianya sama.

Adakah kau sudah lupa, wahai MS, yang lima di atas merupakan teguran dan kritikan serta perbezaan pandangan yang kesemuanya ada kaitan dengan imej PAS di kaca mata masyarakat. Fadhli Ibrahim bukan membuat sesuatu yang merupakan teguran atau kritikan atau perbezaan pandangan. Fadhli Ibrahim membawa tuduhan pengkhianatan dan konspirasi. Ianya merupakan permasalahan dalaman yang hanya mendedahkan wujudnya kelemahan dan perbalahan dalaman parti kepada pihak luar. Melalui pendedahan ini tiada sebarang manfaat diperolehi parti dan ia hanya memungkinan perbalahan dalaman dieksploitasi oleh pihak luar.

Yang dibawa Fadhli Ibrahim sebenarnya tidak perlu kepada demonstrasi atau sidang media. Ia hanya memerlukan surat yang ditujukan kepada DS Presiden, SUA dan Pengerusi JK Disiplin. Dan disertakan semua bukti untuk tindakan mereka selanjutnya. Atau adakah JK Disiplin juga tidak dipercayai MS?

Kalau semua 'organ' PAS tidak dipercayai, termasuk yang dilantik dan dipantau DS Presiden sendiri, maka tidakkah sebenarnya MS sedang 'mengkondemkan' kepimpinan DS Presiden sendiri sebagai lemah dan tidak berkesan? Atau sebenarnya MS sendiri tidak faham implikasi dari apa yang diucapkannya?

Sekiranya selepas menyerahkan surat aduan, tiada apa-apa tindakan selepas beberapa minggu, dan kelihatan macam ianya ingin ditutup sahaja kesnya, maka dalam keadaan begitu demonstrasi mungkin boleh dilakukan. Itu pun tanpa memberi butiran terperinci kepada media tetapi sekadar meminta tindakan penyiasatan diambil. Ini adalah kerana, dikhuatiri orang yang dituduh berdasarkan mesej whatsapp dan bukti sampingan (circumstantial evidence) ada hujjahnya maka akhirnya memburukkan nama orang tersebut secara pre-mature (atau terlalu awal).

Tidak boleh dinafi, ada juga yang menganggap sememangnya itulah tujuannya. Yang tertuduh ingin diburukkan namanya sebelum pemilihan tahun ini. Dan dinaikkan juga barisan nama lain sebagai 'hero' pembela DS Presiden. Iaitu mereka yang hadir bersama semasa demonstrasi tersebut. Diharapkan bukan begitu niatnya....

KESIMPULAN

Tulisan 'masihkah anda ingat' yang dikeluarkan atas nama Mokhtar Senik sebenarnya mengunakan hujjah yang pada hakikatnya lemah dan tidak bernilai. Diungkitkan peristiwa silam yang tiada niat buruk terhadap DS Presiden tetapi ditafsirkan melalui hati yang berpenyakit sehingga didakwa sebaliknya. Dilakukan itu dengan tujuan untuk 'memutihkan' tindakan demonstrasi Fadhli Ibrahim yang merupakan tindakan kurang bijak dan tiada manfaat kepada parti. Kalau ada manfaat pun, ianya sekadar untuk memburukkan nama tertentu dan menonjolkan nama tertentu yang lain.

Oleh yang demikian, Ana benar-benar berharap agar tulisan tersebut bukan dari Ketua Dewan Ulama' PAS peringkat Negeri kerana jelas ianya bukan kelas Ulama' sama sekali.

WaLlahu 'Alam
KHALID SAMAD

Masihkah Anda Ingat

1. Masihkah anda ingat ...

Pada 18 Jun 2009, seramai 10 orang Ahli Parlimen PAS mengadakan satu Sidang Media Khas di Parlimen kononnya untuk berdiri teguh dibelakang Tuan Guru Nik Abdul Aziz bagi "memalukan" Tuan Guru Haji Abdul Hadi yang difitnah kononnya mahu membawa PAS masuk Barisan Nasional.

Antara 10 Ahli Parlimen itu ialah Dr Hatta Ramli, Khalid Samad, Dr Mariah, Dr Dzulkefli Ahmad, Kamarudin Jaafar, Dr Mujahid Rawa dan lain - lain. Mereka secara terbuka menolak gagasan Presiden PAS Tuan Guru Hj Abdul Hadi dan membawa fitnah kononnya Presiden PAS mahu bergabung dengan UMNO dengan gagasan yang dikemukakan iaitu Kerajaan Perpaduan (Unity Government) atau disebut sebagai Kerajaan Tanpa Pembangkang.

2. Masihkah anda ingat ...

Pada 7 Nov 2009, Mereka mengadakan Seminar Politik di Taman Melewar dengan membariskan Dr Abdul Aziz Bari dan Dr Abu Hassan Hasbullah untuk "memalukan" Presiden PAS Tuan Guru Hj Hadi Awang dengan kritikan pedas secara terbuka terhadap Tuan Guru Presiden dihadapan ahli - ahli PAS. Presiden PAS seperti "dibicarakan" oleh mereka dihadapan ahli PAS sendiri. Mereka mendedahkan segala kelemahan Tuan Guru Presiden dengan menggunakan lidah ahli akademi kononnya dan ia dilakukan secara terbuka.

3. Masihkah anda Ingat ...

Sebahagian pimpinan PAS Pusat seperti Khalid Samad dan Hanipa Maidin memberi sokongan dan menerima baik Dr Abdul Aziz Bari dalam beberapa siri penulisan beliau "menghentam" Tuan Guru Presiden PAS kepada khalayak ramai, termasuk memuatkan artikel menghentam Presiden dan PAS dalam Harakah sedang Harakah adalah lidah rasmi parti telah dijadikan alat untuk menjatuhkan air muka Presiden parti sendiri.

4. Masihkah anda Ingat ...

Pada 30 Sept 2014, Seorang ahli PAS bernama Safwan Anang (AJK Jabatan Ketua Pemuda PAS Malaysia) dengan menggunakan nama Ngo LENSA menyerahkan memorundum di hadapan Pejabat Agong PAS lalu mengadakan sidang media secara terbuka mendesak supaya PAS keluar daripada Pakatan Rakyat kerana menganggap PAS menjadi liabiliti kepada Pakatan Rakyat dan punca kepada perpecahan dalaman Pakatan Rakyat.

5. Masihkah anda Ingat ...

Pada 25 Jan 2015 , AJK PAS Pusat Hanipa Maidin mengeluarkan kenyataan terbuka di media menyanggahi kenyataan Tuan Guru Presiden PAS mengenai isu Pilihanraya Kerajaan Tempatan menggunakan nama demokrasi untuk bebas menyanggah secara terbuka.

Nota :
Semua mereka dianggap hero. Sebahagian terus menang dan dipilih sebagai AJK PAS Pusat. Kononnya mereka penegak demokrasi. Berani dan pembawa idea bernas menuju pembentukan PAS Baru.

Malang apabila Ustaz Fadhli Ibrahim Ketua DPP Kawasan Kuantan tampil menyerahkan memorundum kepada Setiausaha Agong PAS Pusat bersama bukti yang kukuh disokong dokumen akuan bersumpah mengenai penglibatan Group Hawaii Five O yang turut dianggotai oleh Dr Hatta Ramli sebagai Pengarah Pilihanraya PAS Pusat dalam melancarkan geraksaraf menjatuhkan sesama sendiri termasuklah ..

1. Dr Hatta bocorkan secara terperinci apa yang dibincang dalam mesyuarat PAS Pusat.
2. Dr Hatta arahkan serang 4 exco dan bela dua ADUN yang melompat.
3. Dr Hatta arah sabotaj keputusan Presiden dan Majlis Shura.
4. Aiman Athirah minta lakukan serangan saraf kepada Istana Selangor.
5. Aiman Athirah arah buat kempen gantikan pemimpin PAS (Presiden).
6. Mazhar suruh lancarkan kempen jatuhkan Cikgu Pa.
7. Mazhar arah sebar semula video lucah yang cuba dikaitkan dengan Cikgu Pa.
Dan lain-lain lagi. Disebab ini SD, mereka yang nama didedahkan boleh saman.

Persoalan ...

Kenapa Ust Fadhli Ibrahim dianggap pesalah? dianggap memecahkan PAS sedang ia berusaha mahu menyingkirkan pengkhianatan dalam PAS. Kenapa tidak beri hak serupa kepada Ust Fadhli dalam mengemukakan memonya kepada pucuk pimpinan ?

Atau apakah kerana dakwaan Ust Fadhli itu terkena batang hidung mereka sendiri maka ia anggap salah ? Sementara tindakan dari group mereka untuk dihempaskan kepada Presiden parti dan PAS itu sendiri , maka ia adalah benar dan berlunaskan demokrasi ?

Mokhtar bin Senik
Ketua Dewan Ulamak PAS Pahang.

ULASAN GB

Hukum kebenaran dan keadilan telah, sedang dan akan terus berjalan.

Yang nyata: geng yang mendakwa dan mendabik dada sebagai pro-ulamak dan pembela TGHH telah terpukul dan dipukul oleh TGHH sendiri dan Setiausaha Agung PAS, Mustafa Ali.



Amacam?

Aktivis wanita hasrat tanding PRK Chempaka

Posted: 27 Feb 2015 04:17 AM PST

ANTARAPOS.COM


Post Pic
  
 
 
KUALA LUMPUR: Seorang wanita yang bergiat aktif dalam pertubuhan bukan kerajaan (NGO) berhasrat bertanding sebagai calon bebas pada pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Chempaka di Kelantan pada 22 Mac ini.
 
Yang Dipertua Kelab Bumi Rahmat Kelantan, Fadzillah Hussin, berikrar memberi tumpuan kepada perpaduan dan kesatuan masyarakat Melayu di kawasan itu selain menyatupadukan semula masyarakat Melayu di Kelantan.
 
"Saya akan menumpukan kepada perpaduan ummah dengan menyatukan kembali orang Melayu di Kelantan yang saya lihat berpecah belah antara PAS dan Barisan Nasional (BN)," katanya.
 
Fadzillah, 55, yang juga Yang Dipertua Pertubuhan Keturunan Paduka Raja Cik Siti Wan Kembang Malaysia turut bertekad menjaga adat warisan Melayu serta dasar-dasar kerajaan dan bukan hanya mahu mencapai kepentingan peribadi dalam politik semata-mata.
 
Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita pada majlis Seminar Institusi Raja (Siraj) III: Pemerintahan Diraja Dalam Manuskrip Melayu di Menara Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) di sini, hari ini.
 
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan tarikh PRK Dun Chempaka 22 Mac depan manakala penamaan calon 10 Mac.
 
Kerusi DUN Chempaka kosong berikutan kematian penyandangnya, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat akibat kanser prostat pada 12 Februari lalu.
 
Pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13), Nik Abdul Aziz yang juga Mursyidul Am PAS menang di kerusi DUN Chempaka dengan majoriti 6,500 undi.
 
Bekas Menteri Besar Kelantan itu mendapat 12,310 undi manakala calon BN, Wan Razman Wan Abd Razak memperoleh 5,810 undi.

Kuok kekal terkaya di Malaysia

Posted: 27 Feb 2015 04:14 AM PST

ANTARAPOS.COM


Post Pic
 
 
 
SINGAPURA: Tan Sri Robert Kuok dan beberapa hartawan perniagaan tempatan mengekalkan kedudukan masing-masing dalam Senarai Individu Terkaya Malaysia anjuran Forbes, biarpun kekayaan mereka terbukti terjejas akibat penurunan harga minyak dan ringgit.
 
Kuok, 91, yang menjalankan perniagaan termasuk minyak sawit, gula, hartanah dan perhotelan, terus mengungguli kedudukan teratas bagi tahun ke-10 berturut-turut.
 
Kekayaannya bagaimanapun, susut AS$200 juta kepada AS$11.3 bilion.
 
Menurut Forbes, Kuok Group menguasai beberapa syarikat yang tersenarai di Hong Kong, Malaysia serta Singapura.
 
Kedudukan seterusnya disandang T. Ananda Krishnan dengan kekayaan bernilai AS$9.7 bilion; Tan Sri Quek Leng Chan (AS$5.6 bilion); Tan Sri Lim Kok Thay (AS$5.5 bilion); Tan Sri Teh Hong Piow (AS$5.4 bilion); Tan Sri Lee Shin Cheng (AS$4.6 bilion); Tan Sri Yeoh Tiong Lay (AS$3 bilion); Tan Sri Syed Mokhtar AlBukhary (AS$2.9 bilion); Goh Peng Ooi (AS$1.55 bilion) dan Tan Sri Lee Oi Hian serta Datuk Lee Hau Hian AS$1.45 bilion.
 
Nilai kekayaan Ananda yang merupakan taikun telekomunikasi, turut susut sebanyak AS$1.6 bilion kepada AS$9.7 bilion, sebahagiannya akibat kejatuhan saham Bumi Armada yang juga syarikat perkhidmatan telaga minyak luar pesisir.
 
Aset telekomunikasi mewakili separuh kekayaannya menerusi pemilikannya dalam Maxis, kata Forbes.
 
Tan Sri Quek Leng Chan berganjak ke tempat ketiga daripada keempat sebelum ini, biarpun kekayaannya susut sebanyak AS$800 juta bagi tempoh setahun lepas kepada AS$5.6 bilion.
 
Beliau yang memiliki Hong Leong Co, mempunyai kepentingan dalam pelbagai sektor daripada makanan kepada kewangan selain pelaburan dalam sektor minyak dan gas (O&G) serta pegangan dalam firma Indonesia Samudra Energy, syarikat Malaysia Scomi Energy Services, Alam Maritim Resources dan firma Singapura, Ezion yang menjadi pembekal sokongan untuk perkapalan dan telaga minyak.
 
Senarai terkini Forbes itu turut dibarisi empat muka baharu iaitu taikun hartanah Khoo Cheng Hai di tempat ke-45 dengan nilai kekayaannya AS$285 juta selepas sahamnya dalam KSL Holdings berlipat ganda; pakar pembungkusan Lim Teck Meng daripada Scientex (tempat ke-46 dengan kekayaan AS$280 juta); hartawan fabrikasi minyak-perkapalan Coastal Contracts Ng Chin Heng (tempat ke-47, AS$275 juta) hartawan hartanah dan pengasas bersama United Overseas Australia, Kong Chong Soon (tempat ke-50, AS$240 juta).
 
Taikun kasino Tan Sri Lim Kok Thay daripada Genting Group menduduki tempat keempat dengan kekayaan bernilai AS$5.5 bilion, merosot daripada AS$6.5 bilion tahun lepas berikutan penyederhanaan ekonomi China yang menjejaskan sektor perjudian dan hiburan rantau ini.
 
Bagaimanapun, kekayaan yang dimiliki beberapa hartawan yang tersenarai, terjejas teruk terutama mereka yang memiliki pelaburan atau berkaitan sektor minyak.
 
Tan Sri Mokhzani Mahathir yang juga pelabur dalam firma perkhidmatan minyak dan gas iaitu SapuraKencana Petroleum, turut menyaksikan kekayaannya susut kepada AS$700 juta berbanding AS$1.2 bilion, tahun lepas.
 
Namun, tidak semua hartawan Malaysia berdepan cabaran sedemikian.
 
Tan Sri Lau Cho Kun yang juga taikun kelahiran Sabah, mencecah status hartawan bertaraf 'bilionaire' dan muncul individu ke-15 terkaya di Malaysia menerusi hasil perladangan dan perdagangan dengan nilai kekayaannya AS$1.08 bilion.
 
Beliau adalah pemegang saham terbesar dalam Hap Seng Consolidated Bhd.
 
Kekayaan taikun perisian, Goh Peng Ooi meningkat kira-kira AS$450 juta kepada AS$1.55 bilion dan tersenarai ahli perniagaan kesembilan terkaya di Malaysia.
 
Firma miliknya, Silverlake Axis kini membekalkan perisian kewangan kepada 40 peratus bank di serata Asia Tenggara.
 
Antara syarat untuk tersenarai tahun ini adalah pemilikan kekayaan minimum AS$240 juta iaitu meningkat daripada AS$220 juta.
 
Senarai penuh boleh diperolehi di www.forbes.com/malaysia dan edisi terbaharu Forbes Asia.

Saya 'Larikan' Anak Darah Daging Sendiri" - Rozana Misbun

Posted: 27 Feb 2015 03:34 AM PST

MSTAR ONLINE


Rozana Misbun gembira akhirnya dapat bertemu anak kandungnya sendiri selepas beberapa bulan terpisah gara-gara kes mahkamah.
 
 
 
PETALING JAYA: Isteri Awie iaitu Rozana Misbun, menempelak suaminya  sambil menyifatkan penyanyi rock itu mahu mencari publisiti murah dengan membangkitkan pula isu yang tidak relevan iaitu soal melarikan anak.

Rozana, 36, dalam satu mesej panjang lebar kepada mStar Online pada Jumaat berkata, dua anak yang dikatakan itu, Putra Ahmad Rezzki, 7, dan Puteri Qasseh Antasha, 5, berada dalam keadaan sihat, selamat dan bahagia bersamanya.

"Saya tiada sebarang motif lain selainkan ingin bersama anak-anak sebaliknya saya menjalankan tanggungjawab saya sebagai ibu kandung untuk membesarkan mereka yang masih kecil dengan penuh kasih sayang dan perhatian," katanya.

Rozana berkata demikian sebagai respons kepada tuduhan Awie seperti dilaporkan media pada Jumaat kononnya dia telah melarikan dua anaknya itu di sekolah tanpa memaklumkan kepada penyanyi itu terlebih dahulu.

Seorang lagi anak hasil perkahwinan Rozana dan Awie iaitu Putra Ahmad Merrah, 8, masih berada bersama penyanyi tersebut.

Pada 27 Januari lalu, Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Lumpur memberikan hak penjagaan sementara kepada Rozana tiga orang anaknya itu sehingga perintah kekal di keluarkan.

Dengan perintah itu, Awie atau Ahmad Azhar Othman, 47, selaku responden hanya diberikan hak melawat di kediaman anak-anak tersebut selama dua jam sebanyak dua kali sebulan iaitu pada hari Sabtu dan Ahad pada minggu pertama dan ketiga dengan memaklumkan kepada Rozana.

Awie turut mempunyai dua lagi anak hasil perkahwinan terdahulunya dengan penyanyi Arni Nazira iaitu Puteri Aleeya Antasha, 15, dan Puteri Aleefa Antasha, 13.

Ikuti komen Rozana berhubung tuduhan terbaharu Awie terhadapnya.


Gambar terbaharu yang dikirimkan Rozana menyaksikan kemanjaan anaknya, Putri Qasseh Antasha.

Apa yang boleh Rozana katakan terhadap tuduhan Awie kononnya Rozana melarikan anak-anak?

Istilah 'larikan anak' tu macam tak kena sebab Putra Ahmad Rezzki dan Putri Qasseh Antasha adalah anak kandung saya. Saya tak larikan anak orang lain tapi anak daripada darah daging saya sendiri!
Lagipun perintah makhamah bertarikh 27 Januari 2015 secara sah dan nyata telah memberi hak penjagaan anak-anak kepada saya sehingga hak penjagaan kekal diputuskan kelak.

Awie  berkata, kenapa Rozana tidak maklumkan kepadanya untuk mengambil anak-anak?

Nak maklumkan macam mana lagi sebab setiap kali saya beritahunya untuk ambil anak pada sekian-sekian masa di rumahnya di Ukay Bistari (Ampang, Selangor) secepat kilat anak-anak saya disembunyikan dan dilarikan ke tempat lain. Baru-baru ini dia bawa anak-anak sembunyi di rumah kakaknya di Rawang.

Cubaan saya untuk berjumpa anak-anak walaupun saya diberikan hak telah dibuat secara berhemah beberapa kali. Disebabkan ikhtiar saya itu terus-menerus gagal, maknanya saya terpaksa membuat keputusan untuk mengambil anak-anak di sekolah.

Awie mendakwa terdapat anggota polis bersenjata ke sekolah ketika Rozana mahu 'melarikan' anak-anak?

Saya harap Awie berhentilah berhalusinasi dan tahu membezakan antara fantasi dan realiti. Soal polis berpakaian preman, bersenjata semua tu, ia tidak wujud sama sekali.

Apakah motif Awie menuduh sedemikian?

Saya faham Awie perlukan publisiti bagi melariskan konsertnya. Tapi tolonglah jangan heret saya dan anak-anak dalam kancah itu. Saya tak perlukan publisiti murahan macam ini untuk meraih perhatian sebab saya hanyalah seorang ibu yang hanya memperjuangkan hak untuk anak-anak yang cuba dinafikan oleh Awie.

mStar Default Image
Awie

Ada dakwaan, Rozana halang Awie berjumpa anak-anak?
 Siapa kata saya tak bagi Awie jenguk anak-anak? Dia boleh saja berbuat demikian pada waktu dan tempoh masa seperti yang tertera dalam perintah mahkamah. Kalau dia nak menghubungi saya menerusi telefon untuk berbual dengan Rezzki dan Qasseh pun, tak jadi masalah. Saya akan benarkan.

Adakah Rozana mahu uruskan pertukaran sekolah anak-anak?

Apabila mahkamah syariah memutuskan bahawa sijil nikah kami palsu, maka secara automatik, sijil kelahiran atau surat beranak anak-anak menjadi tidak sah dari sudut undang-undang kerana sijil nikah itulah yang tertera pada sijil kelahiran anak-anak.

Urusan pertukaran sekolah memang saya sedang usahakan namun ia tertangguh kerana  melibatkan banyak pihak termasuklah JPN (Jabatan Pendaftaran Negara).

Bagi saya tak perlulah hantar anak ke sekolah swasta yang mahal yurannya. Tun Mahathir dulu pun bersekolah di sekolah kerajaan saja tapi tengoklah kejayaannya sebagai pemimpin dikagumi dunia.

Bagaimana hubungan anak-anak sejak bersama Rozana?

Anak-anak sekarang dengan saya dah macam kembar siam. Tak boleh berenggang langsung. Qasseh siap bagi isyarat pada saya, bila dia bangun dari tidur, celik mata setiap pagi, dia mahu saya ada di sisi dia. Kalau tidak dia akan menangis dan merajuk sepanjang hari.

"Saya Bukan Bimbang Soal Bayar Cukai" - Siti Nurhaliza

Posted: 27 Feb 2015 03:31 AM PST


Oleh: MOHD AL QAYUM AZIZI


Siti menyangkal dakwaan kononnya dia mempunyai harta kekayaan sebanyak RM50 juta.
 
 
 
PETALING JAYA: Penyanyi Datuk Siti Nurhaliza Tarudin menjelaskan perasaan kurang senangnya dengan pendedahan kononnya beliau sebagai wanita ketiga terkaya di Malaysia bukan kerana bimbang perlu membayar cukai pendapatan.

Siti, 36, sebaliknya beliau bimbang dengan laporan yang dikeluarkan oleh portal savemoney.com itu akan mengancam keselamatannya dan keluarga jika perkara itu menjadi perhatian ramai.

"Sebagai seorang warganegara Malaysia saya sentiasa melaksanakan tanggungjawab membayar cukai tanpa sebarang masalah dan tidak perlu bimbang mengenai hal itu.

"Saya bukan bimbang tentang cukai tetapi keselamatan saya yang mungkin terancam dengan laporan yang tidak tepat itu. Jujur saya kurang senang dengan perkara itu," katanya kepada mStar Online.

Beliau berkata demikian sebagaoi mengulas laporan portal savemoney.com yang menyenaraikan Siti sebagai wanita ketiga terkaya di Malaysia dengan nilai kekayaan RM50 juta.

Dalam pada itu, Siti berkata, beliau kurang pasti atas dasar apakah pihak berkenaan menilainya dengan jumlah itu dan menganggap ia sebagai satu tanggapan dan andaian.

"Saya faham artikel berkenaan sekadar andaian dan tanggapan dalam mencerminkan yang hebat-hebat tentang wanita di Malaysia tetapi ia sama sekali tidak benar.

"Saya sendiri kurang tahu atas penilaian apakah mereka menganggarkan saya mempunyai harta kekayaan RM50 juta," katanya.

Sementara itu, Siti berkata, sebagai penyanyi dan usahawan, dia berharap laporan yang dikeluarkan tersebut akan menjadi kenyataan pada suatu hari nanti.

Malah kata Siti, beliau sentiasa menyimpan impian untuk mencapai tahap lebih tinggi dalam hidupnya dan sedang berusaha ke arah tersebut.

"Belum lagi tahap itu, tetapi siapa yang tidak mahu mempunyai nilai kekayaan sebanyak RM50 juta? Saya sendiri memasang impian untuk mencapai tahap itu suatu hari nanti.

'Solidariti bukan tutup tekanan dalaman Umno'

Posted: 27 Feb 2015 03:29 AM PST

MALAYSIAKINI



 
 
 
Himpunan solidariti Datuk Seri Najib Abdul Razak bersama barisan pemimpin Umno bahagian tiada kaitan dengan tekanan dalaman parti termasuk isu berkaitan keluarga pemimpin BN itu.

Sebaliknya ia diadakan untuk menunjukkan sokongan kepada perdana menteri bagi berdepan tekanan antarabangsa dan pembangkang, kata seorang pemimpin Umno.

Sambil menegaskan "tiada perpecahan dalam Umno", ketua Umno Cheras Datuk Seri Syed Ali Alhabshee berkata pertemuan 8 Mac ini bertujuan bertukar-tukar fikiran demi keutuhan parti dan pentadbiran negara.

"Tidak (ada kena mengena dengan perkara itu). Sebenarnya kami mencadangkan supaya pertemuan itu diadakan setahun dua kali. Kami mahu bertukar-tukar fikiran, idea dan maklumat untuk mempertahankan parti.

"Sekarang (banyak) polemik dan tohmahan (dibangkitkan) melalui media asing. Dalam Umno, tidak ada perpecahan. Yang menimbulkan isu adalah pembangkang. Mereka ini tidak ada kerja lain," katanya.

Syed Ali menjawab soalan Malaysiakini sama ada perhimpunan solidariti ketua-ketua bahagian Umno itu berkaitan dengan masalah-masalah yang dihadapi Najib, termasuk hutang syarikat pelaburan negara 1Malaysia Development Bhd (1MDB) dan ura-ura pergeseran dalam keluarga Najib.

Ketika dihubungi pagi ini, Syed Ali berkata apabila pembangkang kehabisan modal untuk menyerang perdana menteri, mereka mengalihkan serangan itu kepada kepada isterinya Rosmah Mansor.

"Beliau mahu buat apa, beliau punya pasallah," katanya dengan nada tinggi.

Rosmah menarik perhatian sekali lagi minggu ini, termasuk media antarabangsa, susulan kenyataannya tentang harga tinggi dandanan rambutnya sehingga mencecah RM1,200.

Namanya juga dikaitkan dalam laporan akhbar berpengaruh The New York Times awal bulan ini berkaitan pembelian hartanah mewah di Amerika Syarikat yang melibatkan seorang ahli perniagaan yang dikatakan dengan keluarga Najib.

The Star hari ini melaporkan cadangan untuk mengadakan pertemuan itu dicetuskan oleh sekumpulan ketua Umno bahagian dan setakat ini seramai 170 daripada 191 pemimpin bahagian Umno mengesahkan kehadiran mereka.

Syed Ali juga berkata: "(Selepas ini) saya yakin (sokongan akan bertambah) untuk kepentingan parti, negara dan kami tidak ada kepentingan peribadi."

Akhbar itu turut memetik beberapa ketua Umno bahagian yang menyokong himpunan tersebut, termasuk ketua Umno Kinabatangan Datuk Bung Moktar Radin yang mahu mendengar Najib menjelaskan secara terus pelbagai isu termasuk berkaitan 1MDB dan ekonomi negara.
 

Multaqa PAS 'bagai simbah minyak ke api'

Posted: 27 Feb 2015 03:27 AM PST

AHMAD AWANG

 

 


ULASAN Terlebih dahulu saya ingin ucapkan tahniah kepada jawatankuasa penganjur atas berlangsungnya program Multaqa Ulama II yang baru sahaja selesai diadakan.

Usaha untuk menghimpunkan keseluruhan ahli PAS yang berlatarbelakang pendidikan agama melalui suatu multaqa adalah satu usaha besar yang sudah pastinya penuh cabaran.

Mungkin tidak salah kalau dikatakan ianya merupakan usaha menghadirkan keseluruhan kekuatan dan kemampuan ulama' PAS dari seluruh negara demi menzahirkan peranan dan pengaruh ulama' di dalam PAS.

Oleh kerana ia digambarkan sebagai 'program mega' yang begitu sifatnya, maka tidak salah kalau dikatakan bahawa harapan rakyat, dan ahli PAS khususnya, pasti begitu tinggi.

Mungkin diharapkan bahawa ia akan menjelaskan lagi arah tuju PAS sebagai rakan Pakatan Rakyat, yang sambil bergerak dalam kerangka gabungan ini, dapat mencapai aspirasi perjuangannya.

Sudah pasti seluruh rakyat mengharapkan kemelut yang berterusan dalam Pakatan, entiti politik yang dilihat sebagai harapan rakyat untuk menggantikan BN, akan dapat ditamatkan atau paling kurang dilunturkan hasil multaqa ini.

Kemungkinan diharapkan bahawa golongan ulama' akan memberi nasihat dan tunjuk ajar yang berpaksikan carian mereka daripada khazanah keilmuan Islam yang begitu luas sehingga segala masalah dan perbalahan dapat diatasi berlandaskan al-Quraan dan sunnah.

Bagi ahli PAS pula, pastinya harapan yang tinggi bahawa perbalahan dalaman yang seolah-olah tidak terurus, sehingga mengusutkan lagi perasaan ukhuwwah dan silaturrahim dalam PAS itu sendiri, akan akhirnya dapat ditangani melalui kata-kata permata yang akan dihasilkan dari multaqa ini.

Kerana semestinya golongan ulama' yang berkumpul melalui multaqa ini akan dapat melihat dan merasai keperluan menyelesaikan perbalahan yang semakin meruncing.

Di mana hasilnya?

Sewajarnya golongan ulama' akan memberikan peringatan berhubung soal ukhuwwah dan persaudaraan dalam Islam. Sudah pasti kesan dari multaqa ini adalah penyatuan hati dan merapatkan saf, bukan sebaliknya.

Malangnya, apa yang diharapkan jelas tidak tercapai. Rakyat yang mengharapkan pembelaan kerana bakal ditimpa berbagai corak tekanan, sama ada ekonomi, sosial mahupun politik sudah pasti berasa hampa dan kecewa.

Bukan sekadar tidak memenuhi harapan bahawa Pakatan dapat dikukuhkan dan ditunjukkan jalan ke arah kerjasama yang lebih mantap dan bermakna, malah diungkitkan pula permasalahan-permasalahan yang dihadapi dan kemungkinan tergadainya prinsip Islam dengan penyertaan PAS dalam Pakatan.

Secara umum ia merupakan usul yang sama seperti usul multaqa ulama' yang dianjurkan dua tahun lepas yang meminta tahalluf siyaasi (kerjasama politik) 'dikaji semula'.

Tetapi setelah ditegur dan dikritik, maka diperjelaskan bahawa 'kajian semula' itu bermaksud "kaji semula ke arah memperbaiki dan mempekukuhkan lagi"!

Kalau benar itulah yang dimaksudkan pada ketika itu, maka di mana hasil kajiannya? Tidakkah hasil kajian itu patut dikemukakan dalam Multaqa II, lebih-lebih lagi dalam keadaan suasana perbalahan yang dihadapi dewasa ini?

Sudah pasti cadangan-cadangan dari Multaqa Ulama II ke arah pengurusan perbalahan dan penyelesaiannya amat sangat dialu-alukan. Malangnya, cadangan sedemikian rupa tidak sama sekali dikemukakan. Sebaliknya diulang kembali kekhuatiran dan ketakutan yang sama.

Begitu juga hampa dan kecewa pastinya ahli PAS yang sedang melihat perbalahan dalaman yang semakin meruncing.

Pecahkan atau kukuhkan Pakatan?

Multaqa ulama tidak menyediakan kata-kata hikmah serta kaedah bijaksana bagaimana ianya perlu diurus dan ditangani. Apa yang dilakukan sebaliknya adalah menyimbah lagi minyak ke atas api yang sedang membara, tidak mendatangkan penyelesaian tetapi sebaliknya merumitkan lagi.

Ia seolah-olah mengesahkan tuduhan-tuduhan liar bahawa ada pihak  yang membawa fahaman sekular liberal dalam PAS, adanya usaha menjatuhkan presiden dan sebagainya.

Sedangkan itu semua pertuduhan yang bersifat rambang. Adakah perlu majlis sebesar dan sepenting Multaqa Ulama II membincangkannya tanpa pernah dibuat "tabayyun" dan membawa bukti lalu terus menjatuhkan hukuman?

Agenda apa sebenarnya yang diutamakan oleh multaqa ini? Mengusahakan perpecahan Pakatan atau pengukuhannya? Mengusahakan kesatuan saf dalaman PAS atau merenggangkannya?

Yang dilihat, ia dianjurkan hanya pada tahun pemilihan. Yang dilihat multaqa menghasilkan usul pecah-belah dan persengketaan.

Adakah benar persepsi sebahagian bahawa program-program liqa', neqad, ijtima'dan multaqa itu sendiri tidak lain melainkan usaha kempen untuk menjatuhkan pihak tertentu dan menaikkan yang lain?

Amat malanglah sekiranya ia benar sehingga tumpuan usaha ulama' yang dibawa dari seluruh negara adalah untuk memburuk-burukkan pimpinan tertentu dan menjatuhkan mereka dan menaikkan golongan sendiri.

Politiking sempit sebegini tidak layak bagi ulama', apatah lagi dengan menggunakan nas-nas al-Quran dan hadis yang tidak kena pada tempatnya.


Bahagian kedua diterbitkan esok: Ulama bukan tiket dapat pujian, dokongan




AHMAD AWANG seorang tokoh ulama PAS yang disegani. Selain berpengalaman sebagai ahli akademik dan birokrat agama dalam kerajaan, beliau pernah memimpin Persatuan Ulama Malaysia (PUM) selama 17 tahun.

MB: Kidex digugurkan dari draf struktur S'gor

Posted: 27 Feb 2015 03:22 AM PST

MALAYSIAKINI


 


Menteri Besar Selangor Azmin Ali memutuskan agar cadangan pembangunan Projek Lebuhraya Kinrara Damansara (Kidex) tidak dimasukkan dalam draf Rancangan Struktur Negeri Selangor (RSN) 2035.

Beliau berkata agensi kerajaan negeri itu "tidak akan mengambil kira" projek itu sewaktu menyediakan draf rancangan itu.

Langkah itu selaras dengan keputusan mesyuarat exco Selangor yang membatalkan pembangunan projek lebuh raya itu pada 17 Februari lalu, katanya.

Dengan itu, mesyuarat yang dijadualkan pada 10 Mac untuk mendengar maklum balas ke atas projek itu juga dibatalkan.

"Pendengaran bagi perkara-perkara lain adalah diteruskan," katanya Azmin dalam satu kenyataan petang ini.

Menurutnya lagi, pembatalan itu selaras dengan pendirian tegas kerajaan negeri mengambil tindakan terhadap kegagalan pemaju untuk memenuhi syarat yang ditetapkan.

Pemegang konsesi projek itu sebelum ini optimis bahawa mereka masih mempunyai masa untuk memenuhi syarat yang ditetapkan dalam kontrak projek itu.

Isu mengenai projek itu juga dilaporkan akan dibincangkan di Kabinet bagi mencari penyelesaian.

PM mahu siasatan sekolah tiada dinding

Posted: 27 Feb 2015 03:21 AM PST

MALAYSIAKINI



 


Perdana menteri meminta Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa menyiasat dan mengambil tindakan berhubung dakwaan wujudnya sebuah sekolah yang beroperasi tanpa infrastruktur lengkap dengan keadaan kelasnya tidak berdinding dan berkhemah dipercayai di Tuaran, Sabah.

Datuk Seri Najib Tun Razak dalam akaun Twitternya berkata: "TS KSN@AliHamsa55 siasat dan ambil tindakan untuk bantu jika benar. Ini tidak patut berlaku."

Najib mengeluarkan arahan itu dalam reaksinya kepada pemilik Twitter @saroki19 hari ini setelah menghantar gambar keadaan sekolah itu dengan hashtag #SchoolWithNoWall kepada perdana menteri.

Saroki19 menyiarkan gambar itu, dengan satu daripada gambar menunjukkan sebuah kelas beratapkan zink dan bertiang besi tanpa dinding dengan kelengkapan beberapa meja kayu, kerusi plastik, papan putih dan kipas dinding.

Sekeping lagi gambar menunjukkan sebuah kelas hanya beroperasi di bawah sebuah khemah.

Sekeping lagi gambar menunjukkan sebuah papan tanda yang tertera: 'Selamat Datang. Sekolah Kebangsaan Penimbawan, Peti Surat 130, 89208, Tuaran, Sabah'.

Bagaimanapun, Saroki19 tidak memberi penjelasan terhadap gambar yang disiarkan berhubung kedudukan sekolah itu dan tarikh gambar itu dirakamkan.

Perdana menteri hari ini mengadakan lawatan sehari ke Sarawak dan merasmikan beberapa program termasuk menyempurnakan majlis peletakan batu asas Hospital Pakar Minor Sri Aman yang membabitkan kos RM200 juta, di Sri Aman.- Bernama

Tinjauan: Hanya 18% responden Cina puas hati prestasi PM

Posted: 27 Feb 2015 03:19 AM PST

MALAYSIAKINI


 


Satu kajian oleh Merdeka Centre mendedahkan bahawa hanya 18 peratus responden dari kalangan masyarakat Cina berpuas hati dengan prestasi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak.

Manakala hanya 13 peratus percaya negara ini sedang menuju ke arah yang betul di bawah kepimpinannya.

Secara keseluruhan, 39 peratus responden dari semua kumpulan etnik, berkata negara ini menuju ke arah yang betul manakala 47 peratus lagi berpendapat sebaliknya.

Bagi persepsi terhadap kerajaan mengikut garis etnik pula, tinjauan itu mendapati hanya 11 peratus responden Cina menyatakan "gembira".

Daripada 1,800 orang responden, 30 peratus adalah dari kalangan masyarakat Cina.

Peratusan itu mungkin lebih rendah sekiranya tinjauan itu - yang dijalankan pada bulan Januari - dijalankan bulan ini, ekoran gesaan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk SeriIsmail Sabri Yaakob supaya orang Melayu memboikot peniaga Cina.



 

Polis cadang lokasi demo pro-Anwar

Posted: 27 Feb 2015 02:49 AM PST

MALAYSIAKINI


 


Polis menawarkan lokasi baru kepada penganjur perhimpunan pro-Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 7 Mac, kata ketua Pemuda DAP Teo Kok Seong.

Menurutnya, polis tidak bersetuju dengan cadangan untuk mengadakan perhimpunan tersebut di depan kompleks beli-belah Sogo.

"Kami ditawarkan tempat di Padang Merbok atau Stadium Merdeka oleh ketua polis daerah Dang Wangi (Zainol Samah)," katanya.

Bercakap selepas pertemuan dengan polis hari ini, beliau menambah, polis berpendapat lalu lintas lebih mudah dikawal jika ia diadakan di lokasi alternatif.

Pertemuan kira-kira sejam turut disertai ketua Pemuda PKR Nik Nazmi Nik Ahmad dan aktivis pelajar Adam Adli.

Teo menambah, Nik Nazmi memberitahu polis bahawa kumpulan NGO dan Pakatan Rakyat masih berminat meneruskan perhimpunan itu, yang dikenali #KitaLawan, depan Sogo.

Kumpulan ini Kita Lawan muncul sebagai bantahan pada keputusan kes liwat dan pemenjaraan Anwar pada 10 Februari.

Selain perhimpunan bulan depan, mereka juga menganjurkan tunjuk perasaan setiap Sabtu di Sogo mulai tarikh tersebut.

Teo bagaimanapun turut menegaskan bahawa Kita Lawan belum menolak tawaran polis itu sehingga mereka mencapai keputusan baru.

Minggu lalu, Nik Nazmi dan Adam ditangkap berhubung perhimpunan tersebut. Bersama Adam, pemimpin PKR Fariz Musa ditahan polis sejurus selepas perhimpunan 21 Februari.

Nik Nazmi ditahan di rumahnya pada sebelah malam keesokan harinya.

RM7,500 ganti peti surat besi atasi surat penduduk hilang

Posted: 27 Feb 2015 02:41 AM PST

Oleh: NAZLI IBRAHIM


SUBANG JAYA: Isu kehilangan surat termasuk dokumen penting milik penduduk rumah Pangsa Kos Rendah PJS 7, Bandar Sunway selesai selepas 420 peti surat kediaman di situ diganti dengan peti surat yang lebih berkualiti.

Peti surat di 10 blok rumah pangsa itu diganti selepas mendapat peruntukan berjumlah RM7,500 daripada Pejabat Adun Subang Jaya, Hannah Yeoh.

Naib Pengerusi Badan Pengurusan Bersama (JMB) Rumah Pangsa Kos Rendah PJS 7, Abd Rahman Punar berkata peti surat di rumah pangsa itu diganti kerana sudah terlalu uzur berikutan tidak pernah diganti sejak mula diduduki 20 tahun lalu.

"Sebelum ini peti suratnya diperbuat daripada papan sahaja. Mudah rosak terutama bila selalu terkena tempias air hujan dan air basuhan penduduk tingkat atas tetapi sekarang dengan diperbuat daripada plat besi lebih tahan lama dan selamat.

"Terima kasih banyak-banyak YB Hannah untuk peruntukan ini," kata Abd Rahman dalam sidang media di Balai Masyarakat di rumah pangsa terbabit di sini, hari ini.

Hannah berkata, selain peruntukan bagi mengganti peti surat baru, pejabat beliau turut menyalurkan peruntukan sejumlah RM400 kepada Ahli Majlis untuk masyarakat disitu membeli 50 lampu hiasan bagi kegunaan setiap kali menjelang Tahun Baru Cina.

"Selepas tamat perayaan Tahun Baru Cina, JMB akan simpan lampu hiasan ini supaya boleh digunakan pada tahun-tahun akan datang.

"Sejak beberapa tahun ini banyak kemudahan di bandar Sunway dah dinaik taraf termasuk kemudahan awam untuk kanak-kanak di sini seperti taman permainan mini," kata Hannah.EZY

Pilihan Raya Kecil :Rakyat rugi jika BN tak bertanding Chempaka

Posted: 26 Feb 2015 08:54 PM PST


Oleh ZULKIFLI YAHAYA

 
BN berura-ura (dan disahkan dengan kenyataan Najib Razak 25 Feb) tidak akan menyertai pilihanraya kecil DUN Chempaka, ekoran pemergian Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat.

 Jika ia benar-benar berlaku maka ini bukanlah kali pertama BN tidak sertai pilihanraya kecil, sekalipun rekod pencapaian BN dalam mana-mana PRK sering memihak kepada mereka.

BN pernah pulaukan PRK Penanti tahun 2009 yang diadakan ekoran peletakan jawatan ADUNnya yang juga selaku Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang, Mohammad Fairus Khairuddin. Alasan yang diberikan kerana PRK itu tidak perlu diadakan kerana ia hanya untuk menyelesai masalah dalaman PKR. Tidak wajar rakyat diheret sama dan PRK hanya menghabiskan wang rakyat. Itu hujah BN.

KeADILan sekali lagi mengheret rakyat menyelesaikan masalah dalaman mereka apabila ADUN Kajang meletakkan jawatan bagi memberi laluan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim (kemudiannya bertukar tangan kepada Datuk Seri Dr. Wan Azizah Ismail) sebagai calon. Berdasarkan prinsip yang dipegang pada PRK Penanti, BN sepatutnya tidak sertai PRK Kajang tetapi fatwa politik BN boleh berubah ikut selera mereka. Calon MCA yang mewakili BN kalah di tangan Presiden KeADILan, Datuk Seri Dr. Wan Azizah.

PRK Chempaka sangat mudah untuk dijangka. Di hampir kesemua negeri yang bermajoriti Melayu, peratus pengundi tegar sangat tinggi, tidak kira pengundi tegar itu BN atau PAS. Chempaka adalah kawasan pengundi tegar PAS yang diwakili Tok Guru sejak sekian lama. Satu kontena wang emas pun jika dilabur BN belum tentu dapat mengubah pengundi tegar PAS untuk mengundi BN. Kekalahan BN sudah dijangka sebelum ayam berkokok lagi.

BN mempunyai pilihan, sertai pilihanraya sekadar untuk mengurangkan majoriti PAS. Perkara itu tidaklah mustahil untuk dilakukan kerana setiap kali PRK mereka turun dengan jentera kerajaan Pusat. Nampaknya ia tidak jadi pilihan bagi BN kali ini.

Alasan yang diberikan di sebalik cadangan tidak sertai PRK yang diberikan oleh para pemimpin Umno ialah menghormati Almarhum Tok Guru. Alasan lain ialah mahu beri penumpuan untuk pulihkan mangsa banjir di Kelantan. Kedua alasan sangat lunak didengar. Tidak mengapalah, tak perlulah diulas alasan yang diberikan kerana dalam politik apa saja alasan boleh dicipta, sekalipun selepas keputusan dibuat.

Cuma malangnya apabila BN tidak meletakkan calon dalam PRK adalah rakyat di kawasan tersebut. Mereka hilang tuah untuk dapat nikmat pembangunan. Gurauan kasar rakyat Malaysia yang sering didengar ialah "Tunggu wakil rakyat mati, barulah kerajaan BN nak bantu rakyat." Senario itu tidak dapat dinafikan oleh sesiapa pun.

Apabila tiada PRK maka tiadalah kementerian-kementerian yang turun dari Pusat untuk mengagihkan projek. Projek yang turun pula bukan bertaraf untuk sebuah kawasan DUN tapi biasanya peruntukan dari kementerian untuk sebuah negeri. Menteri akan turun dari rumah ke rumah. Biasanya setiap kali PRK, kerajaan Pusat akan menghabiskan puluhan juta ringgit. Siapa menang tidak penting tapi rakyat dapat nikmat yang besar dan luarbiasa sekali. Contohnya untuk PRK Anak Bukit 2002, rakyat dapat sebuah kompleks pentadbiran Persekutuan. Untuk PRK Pendang, rakyat dapat jalan susur keluar dari lebuhraya PLUS ke Pendang. Pilihanraya PRK Manek Urai, rakyat dapat sebuah jambatan yang bernilai jutaan ringgit.

Semua tokoh politik, artis, selebriti, ahli sukan dan pendakwah akan turun berkampung. Duit ditabur macam daun getah kering. Setiap masalah rakyat dari sekecil perkara akan selesai sekelip mata.

Dalam PRK Sungai Limau rakyat berpeluang membeli gula, beras, minyak dan macam-macam keperluan harian dengan harga RM1 sekilogram. Apabila ditanya pada menteri, jawapannya

"Memang sudah lama dirancang, cuma kebetulan berlaku masa pilihanraya." Betul, banyak perkara kebetulan yang muncul dalam PRK. Rakyat suka semua perkara kebetulan yang muncul itu. Jika BN tidak bertanding tentulah rakyat tidak dapat apa-apa.

Apapun, PAS tidak harus leka dibuai kenyataan lunak mengapa BN enggan sertai PRK Chempaka. Umno tetap Umno. BN tetap BN. Perancangan atau strategi musuh politik, mesti cekap dihidu. Tidak harus lurus bendul atau sekurang-kurangnya ambil sikap berwaspada (hazar).

Keutamaan BN sekarang ialah memecahkan Pakatan Rakyat. Pelbagai cara telah diteroka, sebahagiannya berjaya. Dengan BN tidak bertanding di Chempaka, mereka cuba mewujudkan suasana kondusif Umno-PAS. Sebaliknya dalam PRK Permatang Pauh, BN akan letak calon mencabar PKR. BN akan hadapi PKR dengan agresif.

Ada pihak mengandaikan akan terdapat kalangan pemimpin PAS yang tidak bersungguh-sungguh membantu PKR di Permatang Pauh lantaran terhutang budi di Chempaka. Sukar untuk berlaku kemungkinan itu tetapi ia boleh dilihat sebagai satu percubaan Umno untuk merenggangkan parti-parti komponen Pakatan Rakyat.

Bagi PAS, sama ada BN tidak sertai PRK Chempaka atau sebaliknya; ia sama sahaja. Malahan sebahagian ahli yang sempurna tarbiyah sangat mengharap berlaku PRK kerana ia medan terbaik untuk menyumbang bakti kepada perjuangan Islam. Jika BN letak calon, maka ia boleh membakar semangat jihad PAS.

Persatuan: Kopitiam tak boleh turunkan harga

Posted: 26 Feb 2015 08:44 PM PST

MALAYSIAKINI


 


Kenaikan atau penurunan harga petroleum tidak mempengaruhi harga senarai makanan yang dijual di kopitiam di Kuala Lumpur dan Selangor.

Ini kerana, operator kopitiam setiap kawasan menetapkan harga berlainan kerana dipengaruhi faktor lain seperti kadar sewa dan upah pekerja, kata Persatuan Pengusaha Kedai Kopi dan Teh Cina Selangor dan Kuala Lumpur.

Presidennya Hang Chin Peng justeru berkata setakat ini tiada cadangan untuk menurunkan harga makanan dalam menu.

"Dahulu sewaktu harga petrol dan tarif elektrik naik, harga kami kekal.

"Di kawasan bandar, harga sewa dan upah pekerja adalah lebih tinggi.

"Oleh sebab itu, ada tempat harga kopinya sekitar RM1.40 sehingga RM1.60 dan ada tempat harga kopinya pula antara RM1.70 ke RM1.80," katanya.

Hang juga memberi jaminan bahawa tiada sebarang kenaikan harga akan berlaku jika harga petrol naik semula seperti sebelum ini.

"Kami tidak akan menaikkan harga kami walaupun harga petrol naik," kata Hang.

Sebilangan pengguna kini merungut apabila penurunan harga petrol di pasaran tidak menyebabkan harga barang keperluan harian serta makanan turut turun.

Ini kerana, harga barang keperluan harian dan makanan kebiasaannya turut naik apabila harga petrol dinaikkan.

Pakatan: Zahid boleh izin Anwar ke Parlimen

Posted: 26 Feb 2015 08:40 PM PST

MALAYSIAKINI


 


Kuasa untuk membenarkan Datuk Seri Anwar Ibrahim menghadiri sidang Parlimen bermula 9 Mac ini terletak dalam bidang kuasa menteri dalam negeri dan bukan peguam negara seperti dinyatakan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi semalam, kata Pakatan Rakyat.

"Kita sebagai peguam menulis kepada Zahid pada 25 Februari untuk membenarkan Anwar keluar dari penjara Sungai Buloh ke bangunan Parlimen pada 9 Mac sehingga 9 April ini," kata peguamnya N Surendran.

Ramuan rahsia buat anda jadi gemuk

Posted: 26 Feb 2015 08:22 PM PST

MALAYSIAKINI


 


Para penyelidik percaya bahawa pengemulsi (emulsifiers) – ramuan tambahan dalam makanan - boleh menambah berat badan dan meningkatkan kadar untuk menghidap penyakit seperti kencing manis, kolitis dan penyakit Crohn.

Penyakit Crohn adalah sejenis penyakit keradangan usus (IBD), menyebabkan bengkak dan masalah saluran usus, manakala colitis merupakan radang usus besar (kolon, usus buntu dan rektum).

Pengemulsi – yang semulajadi dan sintetik - digunakan untuk membuat makanan berkrim dan menjadi tebal serta memanjangkan tempoh tamat penggunaannya.

Penyelidikan baru mendapati pengemulsi komersial mempunyai struktur kimia yang serupa dengan bahan pencuci yang mempunyai kesan negatif ke atas badan.

Hasil ujian awal ke atas tikus, penyelidik di Georgia State University mendapati beberapa pengemulsi ini menjejaskan keseimbangan bakteria baik dalam badan dan mengakibatkan radang usus – dan proses itu menyebabkan penyakit kencing manis dan dan menambah berat badan.

Satu penyelidikan yang diterbitkan dalam Nature, memberi tumpuan kepada dua pengemulsi ini - polysorbate 80 dan carboxymethylcellulose - bahan tambahan yang paling biasa dijumpai seperti dalam ais krim, marjerin, mayonis, sos berkrim, roti dibungkus dan banyak lagi makanan yang diproses.

"Kami merasakan terdapat beberapa faktor bukan genetik di luar sana, ada faktor alam sekitar, yang boleh menjelaskan mengenai peningkatan dalam penyakit-penyakit radang yang kronik," kata Pakar imunologi Georgia, Andrew Gewirtz

"Dan kami menyangka bahawa pengemulsi adalah calon yang baik kerana ia sentiasa ada dan secara kasarnya, penggunaannya selaras dengan peningkatan penyakit-penyakit ini. Tetapi kami terkejut dengan kesannya yang begitu kuat," tambahnya. - Independent

Dua pekerja ditemui mati tertimbus tanah

Posted: 26 Feb 2015 08:18 PM PST

MALAYSIAKINI



 
 
Dua pekerja kontrak warga Bangladesh ditemui mati akibat tertimbus dalam timbunan tanah ketika melakukan kerja di tapak pembinaan sebuah kilang di Jalan Kampung Banir, Batu 3, Temoh, dekat Tapah, semalam.

Ketua Polis Daerah Tapah, Supt. Som Sak Din Keliaw berkata dalam kejadian kira-kira pukul 4.30 petang itu, kedua-dua mangsa terlibat dalam kerja-kerja menggerudi tanah bagi proses pengujian di kawasan tapak pembinaan itu.

Semasa alat penggerudian ditarik ke atas oleh pengendali jentera gerudi, berlaku gelongsoran tanah ke bawah menyebabkan dua pekerja itu tertimbus, katanya ketika dihubungi.

Beliau berkata mangsa pertama, Ikbal Hossain, 32, ditemui kira-kira pukul 6 petang di kedalaman tiga meter dari permukaan manakala rakannya Md Abu Talib, 30, ditemui pada jarak enam meter dari mangsa pertama, 40 minit kemudian.

Katanya mayat kedua-dua mangsa berjaya dikeluarkan dengan bantuan jentera pengorek di tapak pembinaan serta 17 anggota Balai Bomba dan Penyelamat Tapah.

Mayat kedua-dua mangsa dibawa ke Hospital Tapah untuk bedah siasat. - Bernama

Kadir: Kenapa nafi adik PM hak untuk menjawab?

Posted: 26 Feb 2015 08:17 PM PST

MALAYSIAKINI



 


Dengan tidak menyiarkan kenyataan oleh empat adik beradik Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak, maka media arus perdana telah melanggar peraturan asas kewartawanan, iaitu hak untuk menjawab.

Mantan ketua pengarang kumpulan New Straits Times, Datuk A Kadir Jasin (kanan, bawah) berkata empat adik beradik Najib itu hanya menjawab apa yang telah diterbitkan mengenai bapa mereka di akhbar-akhbar berkenaan dan di tempat lain.

"Adalah jelas bahawa media arus perdana telah tidak mengamalkan hak untuk menjawab," katanya kepada Malaysiakini berhubung sekatan media terhadap kenyataan adik beradik Najib itu.

Dalam kenyataan itu, Nazir, Johari, Nizam, dan Nazim Razak menyuarakan keprihatinan mereka terhadap penjelasan Pejabat Perdana Menteri kepada New York Times (NYT) bahawa kekayaan Najib datangnya daripada peninggalan arwah bapa mereka, Perdana Menteri Malaysia yang kedua, Tun Abdul Razak Hussein.

Kadir berkata sekiranya akhbar-akhbar berkenaan tidak menyiarkan kenyataan PMO, maka mereka tidak ada obligasi untuk menyiarkan jawapan adik beradik Najib itu. Bagaimanapun, jika sebaliknya, maka mereka harus berbuat demikian.

"Apa yang penting untuk diberi perhatian di sini ialah mesti ada sesuatu yang sangat tidak kena dengan kenyataan PMO itu untuk mendorong mereka, bukan setakat menjauhkan diri dari isi kandungan kenyataan itu, tetapi juga untuk menuduh ianya telah mencemarkan imej arwah bapa mereka," katanya.


 
Kadir, bagaimanapun, tidak mahu membuat spekulasi sama ada akhbar-akhbar berkenaan menerima tekanan untuk tidak menyiarkan jawapan dari adik beradik Najib itu.

Sementara itu, ketika dihubungi, Nazir (kiri) enggan mengulas mengenai isu sekatan media itu.

Dalam emelnya kepada Malaysiakini, Nazir berkata beliau tidak ada komen tambahan mengenai perkara itu.

Paul Phua warganegara Montenegro

Posted: 26 Feb 2015 08:15 PM PST

MALAYSIAKINI


 


EKSKLUSIF Berdasarkan Perlembagaan Persekutuan Malaysia dan fail rasmi di Montenegro, Paul Phua, secara teknikalnya, bukan lagi warganegara Malaysia.

Bukti baru berkaitan dengan rangkaian perniagaan Phua di Montenegro dan hubungan dengan pegawai tinggi kerajaan di negeri Balkan itu, menunjukkan dia telah menjadi warganegara Montenegro.

Perlembagaan Persekutuan Malaysia tidak membenarkan dua kerakyatan, dan sesiapa yang menerima kewarganegaraan negara lain, secara otomatik, hilang kerakyatan Malaysia.

Menurut laporan siasatan oleh portal berita popular Montenegro, Vijesti, Phua telah diberikan kewarganegaraan Montenegro selepas dicadangkan secara peribadi kepada Perdana Menteri di negara ini, Milo Đjukanović.

Phua, yang didakwa seorang anggota kanan kongsi gelap antarabangsa, menerima kerakyatan Montenegro kerana beliau adalah seorang yang "berkepentingan khas bagi negeri itu, saintifik, ekonomi dan lain-lain kepentingan Montenegro."

Dia dianugerahkan kewarganegaraan Montenegro antara Oktober 2013 dan Oktober 2014.

Malaysiakini bulan lalu melaporkan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Zahid Hamidi telah menulis surat kepada Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI), membersihkan Phua daripada kaitan dengan kongsi gelap 14K yang berpangkalan di Hong Kong.

Zahid juga menyatakan bahawa Phua, yang berasal dari Sarawak dan menghadapi tuduhan menjalankan perjudian haram di Amerika Syarikat, membantu Malaysia dalam projek-projek keselamatan negara.

Tiada ulasan: