Jumaat, 20 Februari 2015

DIALOG RAKYAT

DIALOG RAKYAT


Pertahan golongan ulama kalau nak selamat

Posted: 20 Feb 2015 03:45 PM PST


Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz
 
 
SHAH ALAM -  Ahli Jawatankuasa Kerja Pas Pusat, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz berkata, sebagai orang politik, jika mahu selamat, mereka perlulah menjadi orang beriman dan jangan sesekali merancang jahat ke atas para ulama.

Tanpa merujuk kepada mana-mana ahli politik, Nik Abduh berkata, kenyataan tersebut merujuk kepada dirinya dan rakan 'seperjuangannya'.

"Tazkirah ini umum, saya khususkan buat rakan seperti saya iaitu ahli politik," katanya.

Mengulas lanjut, Nik Abduh berkata golongan ulama akan sentiasa dilindungi ALLAH daripada kejahatan musuh.

"ALLAH pasti mempertahankan para ulama yang mengepalai orang-orang yang beriman daripada segala kejahatan musuh luar dan dalam. Kota mereka terlalu kukuh untuk dirobohkan..," katanya.

Kenyataan terbaru ini dilihat merujuk kepada kemelut yang melanda Pas apabila dikatakan wujudnya komplot jahat untuk menggulingkan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

[ARTIKEL BERKAITAN: Phahrolrazi nafi Pasma jadi dalang]

Terbaru, Abdul Hadi tanpa merujuk mana-mana pihak mengingatkan ahli Pas tentang bai'ah dan wala' dalam perjuangan parti Islam itu.

[ARTIKEL BERKAITAN: Hadi ingatkan ahli Pas jangan khianat]

Gabungan PR juga dilihat semakin bergolak mutakhir ini termasuk dalam isu hudud dan pilihan raya pihak berkuasa tempatan (PBT).

Khairy patut fokus masalah golongan belia, kata ahli Umno

Posted: 20 Feb 2015 08:03 AM PST

THE MALAYSIAN INSIDER


 Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin Abu Bakar dinasihatkan tidak melibatkan diri dengan program jelajah kes Liwat II Datuk Seri Anwar Ibrahim yang disifatkan tidak memberi sebarang kelebihan kepada parti. – Gambar fail The Malaysian Insider, 20 Februari, 2015.Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin Abu Bakar dinasihatkan tidak melibatkan diri dengan program jelajah kes Liwat II Datuk Seri Anwar Ibrahim yang disifatkan tidak memberi sebarang kelebihan kepada parti. – Gambar fail The Malaysian Insider


Seorang ahli Umno hari ini menegur Ketua Pemuda Khairy Jamaluddin Abu Bakar, menasihatkan beliau menumpukan kepada masalah yang dihadapi golongan belia daripada menganjurkan jelajah mengenai kes Liwat II Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ketua Penerangan Umno Cawangan Pusat Bandar Taman Chempaka, Syed Rosli Syed Harman Jamalullail berkata tindakan tersebut hanya akan "back fire" (makan diri) parti Melayu  itu sendiri memandangkan kini ramai yang simpati kepada nasib ketua pembangkang tersebut.

Lebih daripada itu, beliau yang merangkap penolong setiausaha Pemuda Cawangan berkata, penganjuran program jelajah itu satu tindakan mengaibkan bagi Anwar dan keluarganya, tambahan pula ketua umum PKR tersebut kini sedang menjalani hukuman penjara.


"Road show ini juga akan 'back fire' kepada Umno kerana ramai juga antara mereka yang rasa simpati terhadap keluarga Anwar, dan jalan terbaik bagi Umno melalui Pemuda ialah meredakan suasana.

"Khairy sepatutnya lebih fokus kepada masalah yang sedang dihadapi golongan belia seperti masalah perumahan mampu milik, kos sara hidup, pendidikan yang murah, masalah mat rempit, sosial," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Syed Rosli berkata, prestasi sukan negara juga dilihat hambar dan tidak mencapai prestasi membanggakan tanpa sebarang pingat emat dalam temasya sukan antarabangsa semenjak Khairy memegang portfolio menteri belia dan sukan.

Khairy berkata pada satu forum di Kelana Jaya pada Selasa malam, program jelajah seluruh negara itu diadakan sekarang memandangkan proses kehakiman kes itu kini selesai.

Katanya lagi, selama ini Umno sering kali dituduh mempunyai konspirasi politik terhadap Anwar sejak pendakwaan 2008, bagaimanapun parti itu hanya mendiamkan diri kerana tidak mahu dianggap menghina mahkamah.

Antara lain, Syed Rosli (gambar, kiri) berkata, secara peribadinya beliau mencurigai niat sebenar Khairy sambil mendakwa terdapat khabar angin ahli Parlimen Rembau itu pernah menjadikan Anwar sebagai idolanya ketika era reformasi 1998.

"Saya banyak mendengar cerita yang Khairylah orang yang memberi pasport kepada Anwar selepas beliau dibebaskan awal pada tahun 2006 dan Khairy juga menanggap Anwar sebagai idolanya semasa reformasi tahun 1998, ketika itu Khairy masih belajar di England.

"Saya tidak mengiakan semua tuduhan tersebut, namun jikalau Khairy berani membuat kenyataan berserta sumpah mubahalah membersihkan namanya daripada tuduhan ini, saya yakin ramai akan lebih menghormati beliau.

"Kerana, ramai beranggapan yang ini semua (jelajah) hanyalah wayang kulit sahaja untuk buktikan Khairy tidak pernah menyokong Anwar," katanya.

Akhir tahun lepas, Syed Rosli dalam surat terbuka menyeru Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak meletak jawatan bagi memenuhi kehendak akar umbi.
Katanya, Najib perlu berundur demi kelangsungan Umno sebelum pilihan raya umum yang akan datang.

Syed Rosli sebelum ini pernah mencabar Khairy bagi jawatan ketua Pemuda Umno. Ketika berkempen, beliau memanggil Khairy warga Bangladesh kerana lahir di luar negara.

Tempoh Ikat Jamin Rizalman Dilanjutkan Sehingga April

Posted: 20 Feb 2015 07:53 AM PST


MSTAR ONLINE


Muhammad Rizalma
 
 
 
PETALING JAYA: Bekas kakitangan Pembantu Pertahanan di Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Wellington, Muhammad Rizalman Ismail yang dituduh menyerang seorang wanita di New Zealand, tampil di mahkamah Wellington, Khamis,lapor The New Zealand Herald.
Rizalman, 38, didakwa atas tuduhan pecah rumah dan melakukan serangan dengan niat untuk melakukan perlanggaran seksual.

Kehadirannya di mahkamah pada Khamis adalah untuk mengubah tempoh ikat jamin.

Dia ditangkap pada 9 Mei tahun lalu berhubung dakwaan cubaan pecah rumah dan serangan seksual terhadap seorang wanita berusia 21 tahun dari Wellington .

Dia didakwa pada hari berikutnya dan berdepan hukuman maksimum penjara 10 tahun bagi setiap kesalahan.

Selepas meninggalkan New Zealand dan kembali ke Malaysia di bawah kekebalan diplomatik, Rizalman telah diekstradisi ke New Zealand pada Oktober lalu.

Dia berada di bawah jaminan di alamat yang tidak didedahkan selepas menyerahkan pasportnya dan berada di bawah perintah berkurung pada waktu malam dengan perintah untuk tidak menghubungi mangsa.

Imigresen Australia Nafi Luluskan Wawancara Sirul

Posted: 20 Feb 2015 07:51 AM PST


MSTAR ONLINE


 
 
 
PETALING JAYA: Jabatan Imigresen Australia pada Jumaat nafi meluluskan wawancara televisyen dengan bekas komando polis, Sirul Azhar Umar berhubung pembunuhan model Mongolia, Altantuya Shaariibuu.

Menurut sebuah portal berita Australia, The Age, Sirul, yang kini ditahan di pusat tahanan Villawood di Sydney memberitahu sebuah portal berita tempatan bahawa dia telah berunding dengan stesen televisyen Australia untuk mengadakan sesi wawancara khas berkenaan.

The Age memetik jurucakap Jabatan Imigresen, Peter Dutton sebagai berkata bahawa jabatan itu tidak memberi kelulusan dengan mudah terhadap proses untuk menemubual tahanannya.

Beliau menambah bahawa Sirul memerlukan kelulusan peringkat tertinggi untuk merakam wawancara bersama media dengan kawalan keselamatan yang ketat.

Bagaimanapun menurut laporan itu, Dutton tidak menolak kemungkinan satu temu bual boleh diadakan pada masa akan datang jika proses permohonan yang sepatutnya dipenuhi.

Terdahulu, Ketua Penerangan PAS, Datuk Mahfuz Omar dilaporkan berkata bahawa media tempatan di Australia berpeluang untuk mengadakan sesi telesidang bersama Sirul selama 15 minit pada Isnin ini.

Bagaimanapun Ahli Parlimen Pokok Sena itu tidak menyatakan butiran lanjut mengenai perkara itu.

Sirul dan bekas Cif Inspektor Azilah Hadri didakwa membunuh Altantuya pada 2006 dan disabitkan dengan kesalahan jenayah oleh Mahkamah Tinggi pada 2009.

Pada 23 Ogos 2013, Mahkamah Rayuan membebaskan Azilah dan Sirul, berikutan rayuan dikemukakan.

Pada 13 Januari tahun ini, Mahkamah Persekutuan mengenepikan keputusan Mahkamah Rayuan menjatuhkan hukuman mati terhadap mereka.

Sirul tidak hadir di mahkamah untuk mendengar keputusan itu. Dia dipercayai telah pergi ke Australia dengan visa pelancong dan pasport yang sah tahun lalu.

'Bapuk Tua' : Jaafar Onn Harap Azwan Ali Insaf

Posted: 20 Feb 2015 05:03 AM PST

RAKYATNEWS




 
Pelakon Jaafar Onn meminta selebriti yang menghinanya dengan memanggil dia sebagai 'bapuk tua' agar insaf dengan perbuatan itu kerana ia mencerminkan kelemahan diri sendiri.

Jaafar, 64, berkata, dia sedikti pun tidak terkesan dengan hinaan berkenaan kerana sudah lali dengan pelbagai tohmahan sepanjang bergelar artis.

"Saya nak pesan di sini, saya ni orang tua. Bila nak cakap sesuatu, nak kata sesuatu, fikirkanlah dahulu kata-kata itu," katanya memetik laporan mStar Online.

Jaafar berkata demikian apabila diminta mengulas tindakan seorang personaliti hiburan popular mencercanya di laman Instagram dengan memanggil Jaafar sebagai bapuk tua selain meyamakannya dengan anjing.


Personaliti berkenaan dikatakan berbuat demikian selepas mengesyaki Jaafar telah melakukan perbuatan syirik dengan menyihirnya.

Kepada sebuah portal hiburan personaliti berkenaan bagaimanapun menafikan dia memuat naik status dan gambar Jaafar Onn sebaliknya mendakwa perbuatan itu dilakukan oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab.

Dalam pada itu Jaafar berkata dia mengetahui mengenai status hinaan itu selepas dimaklumkan seseorang selain dihubungi ramai wartawan mengenai isu itu.

Kata Jaafar, dia sudah lama tidak berurusan dengan personaliti berkenaan dan terkejut bagaimana boleh timbul isu kononnya dia menyihir individu tersebut.

Jelasnya, tiada sebab dia hendak menyihir artis berkenaan kerana mereka tidak bersaing dan masing-masing tidak mempunyai apa-apa kepentingan.

"Apa tujuan saya nak sihirkan dia? Siapa dia? Saya tidak pernah ada apa-apa urusan dengan dia pun? Jadi perlukah menuduh saya sedemikian rupa. Saya bersumpah tidak melakukan perbuatan itu," katanya.

Tambah Jaafar lagi, dia berserah kepada Allah agar memberi petunjuk kepada personaliti tersebut supaya insaf dengan perbuatannya.

Mahfuz Omar : PAS Tak Berminat Rampas Kerusi Permatang Pauh

Posted: 20 Feb 2015 04:51 AM PST

RAKYATNEWS


datuk mahfuz omar, datuk najib razak, persidangan umno, pas, dap, pkr, parti keadilan rakyat, anwar ibrahim, anwar liwat
 


KUALA LUMPUR - PAS tidak berminat 'merampas' kerusi Parlimen Permatang Pauh daripada PKR sekiranya diadakan pilihan raya kecil (PRK) kawasan itu.

Ketua Penerangannya, Datuk Mahfuz Omar berkata, pihak PAS tetap meneruskan kuota kerusi itu kekal ditandingi PKR.

"Kami (PAS) sah tak bertanding kerusi itu," katanya ketika ditanya kemungkinan parti itu mencalonkan Timbalan Presidennya, Mohamad Sabu bertanding sekiranya diadakan PRK kerusi itu.

PRK Parlimen Permatang Pauh dijangka diadakan berikutan keputusan Mahkamah Persekutuan pada 10 Februari lalu menolak rayuan akhir penyandangnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap kesalahan meliwat bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan, hampir tujuh tahun lalu.

Lelaki asing parah ditetak di Butterworth

Posted: 20 Feb 2015 04:47 AM PST

MALAYSIAKINI


 


Seorang lelaki dipercayai warga asing cedera parah selepas ditikam dan ditetak oleh beberapa suspek dalam kejadian di hadapan sebuah bank di Chain Ferry di Butterworth hari ini.
              
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara (SPU) ACP Abdul Rahman Ibrahim berkata mangsa, yang dipercayai berusia awal 20-an, ditemui orang awam yang melalui kawasan berkenaan pada 1 pagi sebelum menghubungi ambulans.
              
"Pihak Hospital Seberang Jaya (HSJ) menghubungi polis untuk memaklumkan seorang lelaki yang mengalami kecederaan parah akibat ditetak dan ditikam.
              
"Ketika polis sampai di hospital, mangsa telah dibawa ke bilik pembedahan untuk rawatan lanjut kerana keadaannya yang kritikal serta tidak sedarkan diri," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.
              
Beliau berkata berdasarkan maklumat daripada doktor yang merawat mangsa,  lelaki itu cedera akibat ditikam di bahagian perut sehingga ususnya terkeluar.

Abdul Rahman berkata pemeriksaan awal juga mendapati terdapat kesan tetak di bahagian belakang badan dan rusuk kiri serta pendarahan dalaman akibat dipukul.
              
Mangsa dipercayai diserang lebih daripada seorang lelaki dan polis sedang mendapatkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di kawasan mangsa ditemui bagi membantu siasatan kes berkenaan.
              
"Polis tidak menemui sebarang dokumen perjalanan diri pada mangsa dan setakat ini kami belum dapat menemui lelaki itu kerana dia masih belum sedar," katanya.
              
Sehubungan itu, polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung insiden itu supaya menghubungi balai polis berdekatan bagi membantu siasata mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan.

Sementara itu polis menahan seorang lelaki warga Vietnam yang disyaki terbabit dalam kes pembunuhan rakan senegaranya di Perhentian Bas Ulu Tiram di Kota Tinggi hari ini.

Suspek ditahan bagi membantu siasatan kes pembunuhan seorang operator pengeluaran lelaki, Do Quang Tuyen, 28 di Kawasan Perindustrian Kampung Lukut, Batu Ampat di sini yang meninggal dunia semasa dirawat di Hospital Kota Tinggi petang semalam akibat cedera parah ditikam.
              
Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Supt Rahmat Othman berkata suspek yang merupakan bekas rakan sekerja mangsa berusia 20 tahun, ditahan kira-kira jam 9.50 pagi tadi di perhentian bas itu.
              
"Suspek kini telah dibawa ke IPD Kota Tinggi untuk siasatan lanjut," katany yang dihubungi Bernama hari ini.
              
Menurut beliau, penahanan dibuat susulan soal siasat yang dijalankan terhadap lima rakan serumah mangsa pada pukul 5 dan 6 petang semalam.- Bernama

PKR bidas usaha jatuhkan kredibiliti Azan Ismail

Posted: 20 Feb 2015 04:45 AM PST


PKR bidas usaha jatuhkan kredibiliti Azan Ismail
 
 
KUALA TERENGGANU - PKR Terengganu membuat satu laporan polis berhubung banting yang digantung di jambatan pendek, Kampung Cina didakwa cuba menjatuhkan kredibiliti Adun Bandar, Azan Ismail yang juga Pengerusi PKR Terengganu.

Setiausahanya, Wan Bukhari Wan Mohamad berkata, walaupun tiada satu keterangan jelas merujuk kepada nama Azan, namun pihaknya percaya banting yang disertakan keterangan dalam bahasa Cina itu merujuk kepada pemimpin PKR negeri itu.

Lebih-lebih lagi menurutnya, paparan imej seorang lelaki memakai songkok pada banting tersebut hampir sama dengan gambar Azan yang dicetak sebelum ini, walaupun gambar di banting terbabit tidak berwajah.

"Keterangan dalam bahasa Inggeris pula ditulis dengan perkataan 'wanted' seolah-olah cuba mengaitkan Azan dengan perlakuan tidak elok.

"Ia dikuatkan lagi dengan keterangan dalam bahasa Cina seolah-olah YB tidak buat kerja dan mereka suruh pulangkan semula kerusi Dun Bandar," katanya kepada Sinar Harian.

Beliau berkata, keterangan dalam bahasa Cina yang ditulis dengan warna kuning bermaksud 'Pertama kali ditipu adalah naif, sekali lagi ditipu adalah bodoh' manakala yang bertulisan merah pula adalah 'Wakil rakyat halimunan, awak di mana, kembalikan undi saya."

Sehubungan itu, beliau telah membuat laporan polis di Balai Polis Kuala Terengganu, kelmarin berkenaan insiden terbabit yang dianggap berniat jahat dan cuba memecahbelahkan masyarakat berbilang kaum.

Jelasnya, pelaku juga dilihat cuba menghasut masyarakat Cina di Dun Bandar khususnya di Kampung Cina untuk membenci Adun Bandar.

Pihaknya turut menggesa pihak berkuasa mengambil tindakan segera dan menyiasat perkara itu.

"Dengan peruntukan undang-undang yang ada, ia harus disiasat serta-merta dan diberi perhatian segera," katanya.

Pas Pusat tunggu senarai calon

Posted: 20 Feb 2015 04:42 AM PST


mustafa ali
 
 

SHAH ALAM - Pas Pusat kini hanya menunggu laporan dan senarai nama daripada Pas Kelantan untuk menentukan calon layak bertanding di Dun Chempaka.

Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali berkata, senarai nama calon berpotensi akan dibincangkan mesyuarat parti itu dalam masa terdekat untuk ditapis.

"Mungkin dalam sehari dua lagi kita akan dapat senarai nama, lagi pun baru semalam (kelmarin) Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) umum tarikh pengundian.

"Kita serahkan kepada Pas Kelantan kerana mereka lebih memahami situasi di sana dan pemilihan calon," katanya kepada Sinar Harian.

Sementara itu, ditanya sama ada terdapat kemungkinan anak Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat iaitu Ahli Parlimen Pasir Mas, Nik Mohamad Abduh yang akan menggantikan bapanya sebagai calon, Mustafa berkata, beliau tidak mendengar apa-apa berhubung perkara itu.

"Saya tidak boleh cakap apa-apa buat masa sekarang soal calon kerana kita serah kepada Pas Kelantan buat pemilihan.

"Apabila dapat senarai nama calon, kita akan bincang kemudian," ujarnya.

PRK itu akan diadakan ekoran kematian Nik Abdul Aziz pada 12 Februari lalu akibat kanser prostat.

Pada PRU13 lalu, Nik Abdul Aziz (Pas) menewaskan calon BN, Wan Razman Wan Abd Razak dengan majoriti 6,500 undi.

Kelmarin, SPR mengumumkan PRK Dun Chempaka akan diadakan pada 22 Mac ini dan penamaan calon pada 10 Mac.

PM perlu gesa polis siasat semula kes Altantuya

Posted: 20 Feb 2015 04:40 AM PST


Mahfuz Omar
 
 
KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak perlu membuat gesaan agar kes model Mongolia, Altantuya Shaariibuu disiasat dan dibicarakan semula bagi mengelakkan penindasan pihak yang menjadi 'kambing hitam'.
 
Ketua Penerangan Pas, Datuk Mahfuz Omar menegaskan Najib perlu segera mengarahkan pihak polis menyiasat dakwaan bekas komando polis, Sirul Azhar Omar bahawa dia bertindak mengikut arahan ketika membunuh penterjemah itu.
 
"Saya menegaskan kembali agar PM dapat membuat gesaan agar kes ini disiasat dan dibicarakan kembali demi menegakkan keadilan dan mengelakkan penindasan kepada pihak yang di bawah.
 
"Usahlah PM resah gelisah kerana bak kata pepatah 'orang yang makan cili sahaja yang terasa pedasnya', katanya pada sidang media di Pejabat Agung Pas, di sini, hari ini.
 
Beliau berkata demikian mengulas dakwaan Sirul, yang kini ditahan di Australia mendakwa beliau menerima arahan untuk membunuh Altantuya sedangkan pembunuh 'sebenar' masih bebas.
 
Kecurigaan semakin terserlah apabila dakwaan Sirul itu disifatkan perdana menteri sebagai kenyataan mengarut sekaligus menimbulkan banyak persoalan.
 
Mengulas lanjut, Mahfuz melahirkan perasaan hairan dengan reaksi perdana menteri itu sedangkan Sirul tidak menyebut atau mengaitkan Najib dengan dakwaan itu.
 
"Perdana Menteri wajar menyatakan kepentingan untuk menyiasat dan membicarakan kembali kes ini.
 
"Kita tidak boleh menafikan kebarangkalian Sirul sudah berani membuat pendedahan itu kerana dia berada di luar cengkaman dan tekanan yang diberikan oleh pihak berkuasa di Malaysia," ujarnya.
 
Tambah Mahfuz lagi, pihak polis wajar menyiasat dakwaan Sirul itu sebelum terus menafikan kesahihan dakwaan beliau itu.
 
"Polis kena mempertahankan imej ketelusan dan keberanian untuk bertindak tanpa memilih bulu.
 
"Pihak PDRM boleh sahaja menghantar pegawai penyiasat ke Australia tanpa menunggu Sirul dibawa pulang ke Malaysia untuk menjalankan siasatan semula terhadap kes ini," katanya lagi.

Hadi ingatkan ahli Pas jangan khianat

Posted: 20 Feb 2015 04:39 AM PST


Abdul Hadi Awang
 
 

SHAH ALAM - Konflik dalaman Pas yang disifatkan kian meruncing 'memaksa' presiden parti itu mengingatkan tentang bai'ah dan wala' yang seharusnya dipegang teguh oleh setiap ahli parti berkenaan.

Bercakap menerusi satu rakaman video berjudul 'bai'ah dalam perjuangan' di laman sosial Facebook miliknya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menjelaskan tentang perkara tersebut dan mahu ahli parti Islam itu tidak melakukan perkara yang boleh merugikan Pas.

"Apabila kita menyebut tentang bai'ah ianya berkait dengan janji setia kepada perjuangan Islam yang pernah dilakukan oleh Rasulullah SAW bagi mengukuhkan seorang ahli jemaah dengan jemaah dan kesetiaannya," ujar Abdul Hadi.

Jelasnya, perkara terpenting dalam bai'ah ialah memelihara perkara yang tersirat di dalam hati manusia iaitu keimanan dan keikhlasan hati kepada ALLAH dalam perjuangan untuk menegakkan Islam.

"Menjadi rukun kepada  bai'ah khususnya di dalam perkara ketaatan mutlak iaitu kepada ALLAH  dan Rasul dan ketaatan yang tidak bermutlak yakni bersyarat kepada kepimpinan dan jemaah dalam perkara yang tidak maksiat yang tidak bercanggah dengan perintah ALLAH," tambahnya lagi.

Ahli Parlimen Marang itu berkata lagi, kesetiaan terhadap perjuangan Islam perlulah bersungguh-sungguh dan dilarang untuk mengkhianatinya.

"... khianat pada jemaah ini merupakan hal-hal yang sangat penting apabila kita melakukan bai'ah kepada kumpulan Islam kalau di negara kita adalah Pas," ujar beliau.

Sebelum ini, nama Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (Pasma) sekali lagi dikaitkan dengan gerakan mahu menjatuhkan Abdul Hadi.

Gerakan itu kembali menjadi sebutan selepas Ketua Pemuda Pas Kuantan, Noorzazilafadli Ibrahim mendakwa adanya komplot jahat dilakukan untuk menguasai Pas Pusat serta menjatuhkan Abdul Hadi.

Beliau turut menamakan beberapa nama pimpinan tertinggi Pas yang dikatakan bersekongkol bagi tujuan itu.

Jelajah liwat II perlu nasihat Peguam Negara

Posted: 20 Feb 2015 04:37 AM PST


MUSA AWANG
 
 
SHAH ALAM - Siri jelajah seluruh negara bersama peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah yang juga ketua pendakwa raya dalam kes liwat II perlu dirujuk terlebih dahulu kepada Jabatan Peguam Negara.

Presiden Persatuan Peguam Syarie Malaysia, Musa Awang berkata, ini kerana sesi penerangan awam di seluruh negara oleh Muhammad Shafee itu dikhuatiri boleh menimbulkan polemik berterusan.

"Tindakan beliau dengan adakan siri jelajah ini mungkin boleh menjadi pencetus kepada pihak lain membuat pendedahan berkaitan isu-isu lain yang pernah dibicarakan.

"Apa-apa pun, mintalah nasihat dahulu," katanya kepada Sinar Harian.

Muhammad Shafee akan mengikuti siri jelajah anjuran Umno bagi menjelaskan kes liwat II membabitkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim memandangkan proses kehakiman kes itu kini sudah selesai.

Musa berkata, pendedahan yang cuba dikemukakan Muhammad Shafee mengenai keputusan perbicaraan kes tersebut kepada umum dianggap tidak wajar daripada sudut moral.

"Jika pendedahan itu dilakukan untuk perbincangan akademik, ia tidak dianggap salah. Dari sudut undang-undang juga tiada salahnya, tetapi apabila dibuat secara terbuka, moralnya pula dilihat tidak elok," katanya.

Menurutnya, untuk lebih adil, wakil peguam bela Anwar juga perlu ada dalam sesi penerangan tersebut supaya tiada fakta berat sebelah diperoleh orang ramai.

"Mungkin ada antara fakta yang tidak betul (dikemukakan Muhammad Shafee dalam sesi penerangan itu), jadi pihak lawan tiada untuk jawab.

"Boleh jadi juga orang awam yang tidak faham mengenai undang-undang akan memberi pandangan berbeza dan berlaku kekeliruan dengan penjelasan cuba disampaikan," katanya.

Beli Barangan M’sia, menteri dukacita

Posted: 20 Feb 2015 04:26 AM PST

MALAYSIAKINI


 


Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Hasan Malek amat dukacita dengan kemelut antara Suria KLCC dan penyewanya yang sudah lama beroperasi di situ, BritishIndia, dengan berkata tindakan pihak pengurusan pusat membeli-belah ikonik terkemuka itu seolah-olah membelakangi Kempen Beli Barangan Malaysia yang dilaksanakan oleh kementerian.

Komen Hasan (kiri) kepada Utusan Malaysia itu dibuat selepas BritishIndia memfailkan saman terhadap pengurusan pusat beli-belah itu, yang mahu mengeluarkan butik itu dari premisnya ke premis lain yang dikatakan tidak strategik.

BritishIndia memohon injunksi untuk menghalang pengurusan Suria KLCC daripada bertindak demikian dan perintah halangan itu dijadualkan didengar pada 24 Februari 2015.

Peruncit tempatan itu, dalam kenyataan akhbar pada hari Selasa, berkata surat tawaran diterima pada Julai 2014 meskipun BritishIndia kekal kompetitif membayar sewa, malah pihak pengurusan masih menerima sewa pada bulan yang sama.

"Kami mendapat tahu bahawa lokasi premis BritishIndia sekarang ini dicadangkan untuk disewa kepada satu jenama fesyen asing yang sudah mempunyai lokasi sedia ada di Suria KLCC.

"Kami dibiarkan tanpa mempunyai pilihan, kami nekad mengambil tindakan undang-undang untuk melindungi hak-hak kami dan dilayan secara adil," pengasasnya, Pat Liew dilaporkan berkata.

Baca berita penuh di KiniBiz

Mahfuz cadang ada PC bersama Sirul Isnin ini

Posted: 20 Feb 2015 04:17 AM PST

MALAYSIAKINI


 


Ketua Penerangan PAS Datuk Mahfuz Omar berkata beliau akan mengadakan sidang media melalui telefon bersama bekas anggota polis Sirul Azhar Umar yang kini berada di Australia.

Sirul didapati bersalah membunuh wanita Mongolia Altantuya Shaariibuu.

MP Pokok Sena itu berkata sidang media akan berlangsung selama 15 minit bermula jam 11.30 pagi di ibu pejabat parti itu dengan menggunakan pembesar suara dan media dijemput menghadirinya.

"Saya akan buat satu lagi sidang media berkenaan Sirul. Sirul juga telah bersetuju untuk saya menelefon (guna loudspeaker) dan telesidang dengan Sirul dan semua pihak media di sini. Hari Isnin 23 Februari 11.30 pagi.

"Beliau sedia dan bersetuju untuk semua media kerana katanya tidak adil untuk satu dua media yang menghubungi beliau. Saya akan atur dan dia setuju," katanya dalam sidang medianya hari ini.

Sementara itu, Mahfuz turut menyindir Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar sebagai "demam dan perlu berjumpa doktor" selepas mempersoal mengapa Sirul "baru membuka mulut sekarang" berhubung kes tersebut.

Pada Rabu lalu, Khalid berkata pihaknya belum merancang membuka semula kertas siasatan kes pembunuhan Altantuya sehingga Sirul yang didapati bersalah, mendedahkan maklumat baru.

"Dia tak boleh respon begitu bila Sirul mengemukakan dakwaan sedemikian rupa, kenapa dulu tak bagi tahu? Eh, itu proses perbicaraan takkan kamu tak ikuti itu proses perbicaraan," katanya yang kemudiannya diiringi ketawa kecil.

Najib usahlah gelisah, kata Mahfuz

Posted: 20 Feb 2015 04:14 AM PST

MALAYSIAKINI


 


Datuk Seri Najib Tun Razak usahlah gelisah kerana hanya yang makan cili sahaja yang terasa pedasnya, kata Ketua Penerangan PAS, Datuk Mahfuz Omar sebagai mengulas kenyataan Najib semalam yang menganggap sebagai 'mengarut' kenyataan Sirul Azhar Omar yang mendakwa dia bertindak atas arahan.

Mahfuz (kiri) berkata, Sirul tidak menamakan mana-mana individu yang memberinya arahan berhubung kes pembunuhan wanita warga Mongolia, Altantuya Shaariibuu.

Oleh itu, Mahfuz yang juga ahli Parlimen Sena berkata, kenyataan Najib itu sungguh menghairankan.

"Kenapa mengarut? Siapa yang mengarut? Sirul yang mengarut atau PM yang mengarut.

"Sungguh menghairankan kerana Sirul tidaklah menyebut mahupun mengaitkan PM dengan dakwaan dia "hanya menjalankan arahan" dalam kes pembunuhan Altantuya, jadi mengapa pula PM memberi respon sedemikian rupa," katanya dalam sidang media di Kuala Lumpur hari ini.

Tak perlu bawa Sirul pulang
Menurut Mahfuz lagi, siasatan berhubung kes itu tidak perlu membawa Sirul pulang ke Malaysia kerana sebelum ini bekas tahanan ISA, Yazid Sufaat disoal siasat oleh badan perisikan FBI kerana didakwa menganggotai Al-Qaeda.

"Siasatan boleh dibuat di Australia sepertimana Malaysia pernah beri peluang kepada FBI untuk buat siasatan di Malaysia, Yazid Sufaat sewaktu ditahan ISA," katanya.

MP Pokok Sena itu berkata tidak adil jika Sirul dibawa pulang ke Malaysia untuk siasatan sedangkan beliau telah dijatuhkan hukuman gantung sampai mati dan sekiranya dibawa pulang kes ini akan ditutup.

Sebaliknya, kata Mahfuz, sewajarnya pihak polis dihantar ke Australia untuk membuat siasatan.

Sementara itu, Mahfuz berkata dokumen dan pasport ibu dan adik perempuan Sirul telah disiapkan cuma masih menunggu kelulusan visa daripada kedutaan Australia.

Beliau berkata pihaknya akan pergi ke negara itu seramai lima orang selama seminggu dan tarikh perjalanan akan dimaklumkan kelak.

Janji Najib untuk melantik Anwar sebagai Timbalan Perdana Menteri, benar ke bohong?

Posted: 19 Feb 2015 08:19 PM PST

Sekarang isu Anwar pernah di tawarkan menjadi Timbalan Perdana Menteri oleh Najib dengan tambahan 4 kerusi kabinet bagi membentuk kerajaan camporan atau apa-apa yang hendak dinamakan kerajaan itu jika ia benar-benar terjadi. Nurul Izzah, Naib Presiden PKR telah membuka isu ini di Permatang Pauh minggu lepas dan ia mendapat reaksi yang agak panas terutamanya dari pemimpin senior UMNO. Di antara yang menyangkal perjanjian rahsia ini ialah Khairy Jamaludin, Ketua Pemuda UMNO Malaysia dan Ahli Jemaah Kabinet yang termuda dalam kerajaan Malaysia itu.

Dimana Nurul tahu tentang perjanjian rahsia itu, tentulah ia diberitahu oleh bapanya mungkin sewaktu makan atau wakrtu sarapan pagi kerana mereka adalah dalam satu keluarga. Lagi pula itu adalah rahsia diantara bapa dengan seorang anaknya dan bukannya dengan pemimpin atau ahli-ahli partinya. Tentulah bapa akan memberikan anaknya segala apa yang beliau lakukan samada secara terangan atau secara gelapnya.

Tetapi di antara Najib dengan Khairy atau pemimpin UMNO tertinggi yang lain, ia tidak seperti perhubungan di antara Anwar dan Nurul. Khairy bukan ahli keluarganya dan tentulah banyak yang Najib lakukan tidak akan diberitahu kepada pemimpin UMNO terutamanya Ahli-Ahli Jemaah Kabinetnya.

Saya tidak terkejut apa yang di sebut oleh Nurul Izzah itu benar kerana yang berunding ini ialah Anwar. Memanglah Anwar berkemampuan untuk melakukan perkara seperti ini kerana beliau pandai bercakap lain dengan pemimpin-pemimpin partinya dengan apa yang beliau lakukan. Depan lain, dibelakang lain.

Begitu jugalah Najib. Najib tidak akan memberitahu apa yang beliau rundingkan secara senyap dengan pemimpin-pemimpin UMNO dan perbuatannya itu pernah di buka rahsianya oleh Naib Presiden Indonesia, Yusuf Kalla.

Bagaimana seseorang itu menafikan berlakunya perjanjian rahsia yang mereka tidak pun tahu ia berlaku? Kita tidak terkejut kerana Najib sedang menghadapi masalah krisis keyakinan dan beliau tidak mendapat sokongan kuat dari Ahli-Ahli Kabinetnya secara kuat serta mempunyai tekanan dari dalam partinya sendiri.

Najib mahu melakukan apa sahaja asalkan beliau mendapat sambungan kepada tali hayat politiknya walaupun dari mereka yang bertentangan politik dengan beliau. Disebaliknya Anwar pun dalam keadaan desperado untuk menjadi PM negara ini. Kerjasama beliau dengan PAS mahu pun DAP merupakan kerjasama sementara beliau mendapat apa yang beliau hajati, dan beliau pun diperguna oleh parti-parti dalam PKR bagi mereka mendapat sokongan tambahan untuk terus menguasai sokongan dari rakyat yang tidak berkeyakinan dengan BN lagi.

Saya yakin dengan apa yang diperkatakan oleh Nurul Izzah itu dan perjanjian rahsia tidak boleh dinafikan oleh mereka yang tidak ada dalam perundingan itu. Ini politik Malaysia. Lagi pun sememangnya kita mempunyai slogan 'the endless possibilities' dan semuanya ini adalah 'possible' untuk berlaku.


Hanya yang terlajak kesana kemari ialah penyokong masing-masing. Penyokong Anwar begitu tegar membenci Najib dan Anwar mengarak mereka kehulu kehilir untuk berdemonstrasi tanpa mereka mengetahui yang Anwar dalam senyap-senyap telah bertemu dan berbincang dengan Najib. Anwar sememangnya dari dulu seorang yang 'politically flirtatious' yang tiada batasnya. Tetapi ini tidak difahami oleh mereka yang baru hendak bercakap tentang politik atau mendekati politik negara. Bagi yang lama-lama memahaminya dengan baik. Bak kata orang jauh perjalanan banyak pengalaman.

Oleh kerana perjumpaan rahsia itu terbongkar maka ia tidak dapat terlaksana kerana masing-masing terlalu takut dengan penyokong masing-masing kerana ia belum sempat hendak di muktamadkan.

Jika ia sempat dimuktamadkan bagaimakah kedudukan mereka dalam UMNO dan Pakatan Rakyat itu? Kata orang lulus jarum lulus kelendan. Jika Anwar berjaya memenuhi dan melaksanakan apa-apa yang beliau janjikan kepada Najib, bagaimana dengan pimpinan dalam DAP dan PAS? Atau reaksi pemimpin-pemimpin PKR yang telah berpeluh dan berkeringat menentang Najib?

Oleh kerana keadaan sudah berubah elok tidak disebut lagi apa-apa perjanjian sulit di antara kedua-dua Najib dan Anwar itu, kerana tidak semestinya sentiasa mendapat apa yang kita hajati.

Anwar kini sedang menjalankan hukuman di penjara setelah diputuskan oleh Mahkamah Persekutuan bersalah dalam isu sodomi2. Najib pula sedang berhadapan dengan masalah peribadi dan kepimpinannya yang sangat serius.

Najib sedang menghampiri persimpangan. Nak terus memimpin pun bermasalah, hendak bersara pun mempunyai masalah. Seperti juga Anwar, Najib menghadapi banyak masalah kerana sikap dan kesalahan mereka sendiri.

Masing-masing pandai-pandailah mencari dan penyelesaian masalah masing-masing. Sesungguhnya mencari masalah itu mudah tetapi mencari penyelesaiannya memerlukan usaha yang tidak ada tolok banding susahnya.

Kenapa Kau Perlu Terasa & Takut Wahai Najib?

Posted: 19 Feb 2015 08:18 PM PST

KELAB GREENBOC



 
PKR: Jika tak kenal, kenapa kata mengarut?

PKR menyifatkan kenyataan "mengarut" oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini terhadap dakwaan baru bekas anggota polis khas Sirul Azhar Umar, sebagai "pramatang, mencurigakan dan wajib disiasat" polis.

Sirul sebelum ini mendakwa beliau bertindak membunuh wanita Mongolia Altantuya Shaariibu kerana "hanya mengikut arahan" dan pihak yang mempunyai motif masih bebas.

"Ini kerana Datuk Seri Najib sebelum ini pernah mengaku malah bersumpah tidak mengenali wanita bernama Altantuya Shaariibuu; jika benar beliau tidak mengenali dan tiada apa-apa kaitan, mengapa beliau memberi komen sebegini?

"Dan adakah beliau mempunyai maklumat lebih dari apa yang diketahui umum tentang perlakuan Sirul sehingga dapat memberi kesimpulan sebegitu?"
kata Pengarah Komunikasi Fahmi Fadzil.

Dalam kenyataannya hari ini, Fahmi yang juga naib ketua Pemuda PKR (AMK) berkata ulasan Najib selaku menteri kewangan turut mencetuskan persepsi umum bahawa "ada sesuatu yang tidak kena" di dalam kes itu.

"Sama seperti rakan-rakan dalam Pakatan Rakyat, saya juga berharap pihak berkuasa tidak akan berlengah untuk menyiasat perkara ini," katanya.

Sementara itu, mengulas isu yang sama, MP Gelang Patah Lim Kit Siang berkata kenyataan Najib itu tidak boleh membersihkan namanya dan membayangkan beliau tahu keadaan yang membawa kepada pembunuhan Altantuya oleh Sirul dan rakannya Azilah Hadri.

"Adakah Najib bersetuju bahawa ia adalah kelemahan besar keadilan jika Sirul dan Azila dihantar ke tali gantung manakala dalang pembunuhan Altantuya yang mempunyai motif untuk membunuhnya dan memusnahkan bukti dengan meletupkan tubuhnya dengan bahan letupan C4 dibenarkan bebas begitu saja,"
katanya. -mk

Kes Altantuya: Siasat Dakwaan Sirul - Ramkarpal

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Bukit Gelugor Ramkarpal Singh menggesa pihak polis menjalankan siasatan terhadap kenyataan bekas komando polis Sirul Azhar Umar, yang mendakwa dia telah diarahkan untuk membunuh model Mongolia Altantuya Shaariibuu.

Ramkarpal berkata tidak ada had masa untuk siasatan diteruskan walaupun sabitan telah dilakukan.

"Walaupun Mahkamah Persekutuan telah menjatuhkan hukuman mati untuk kes tersebut, itu tidak bermaksud kes ini telah berakhir.

"Memandangkan Sirul mendedahkan ada individu lain dalam kes tersebut, maka siasatan harus diteruskan secara terperinci walaupun sabitan telah dijatuhkan terhadapnya," katanya kepada pemberita selepas Ahli Parlimen Segambut Lim Lip Eng membuat laporan polis mengenai perkara itu di Balai Polis Dang Wangi di sini, pagi Khamis.

Dalam temuramah dengan Malaysiakini awal minggu ini, Sirul mendakwa dia telah diarahkan untuk membunuh Altantuya dan mereka yang terbabit dengan motif pembunuhan masih lagi bebas.

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar pula melahirkan kebimbangan terdapat pihak yang mempunyai kepentingan telah mempengaruhi Sirul untuk menyatakan perkara tidak benar.

Ramkarpal, bagaimanapun berkata tugas Khalid adalah menyiasat dan bukan membuat spekulasi mengenai perkara itu.

"Ini bukanlah pendedahan biasa yang boleh diabaikan. Rakyat ada hak untuk tahu siapa yang mengarahkan pembunuhan itu.

"Ini menunjukkan dengan jelas terdapat orang lain di sebalik pembunuhan Altantuya. Tugasnya bukan membuat spekulasi. Tugasnya adalah untuk menyiasat, "
kata Ramkarpal yang merupakan peguam mewakili keluarga Altantuya.

Sirul dan bekas Cif Inspektor Azilah Hadri didakwa membunuh model Mongolia pada tahun 2006 dan disabitkan dengan kesalahan jenayah oleh Mahkamah Tinggi pada 2009.

Pada 23 Ogos 2013, Mahkamah Rayuan membebaskan Azilah dan Sirul, berikutan rayuan dikemukakan.

Pada 13 Januari tahun ini, Mahkamah Persekutuan mengenepikan keputusan Mahkamah Rayuan menjatuhkan hukuman mati terhadap mereka.

Sirul tidak hadir di mahkamah untuk mendengar keputusan itu. Dia dipercayai telah pergi ke Australia dengan visa pelancong dan pasport yang sah tahun lalu.

Dia bagaimanapun telah ditahan pada 20 Januari oleh pegawai imigresen Australia selepas Interpol mengeluarkan notis merah dan ditahan di Pusat Tahanan Imigresen Villawood di Sydney.
-thestar

ULASAN GB

Tiba-tiba Najib menyatakan kenyataan Sirul itu mengarut. Kenapa mengarut? Bukankah kamu yang berkata kamu tak kenal Altantuya? Sekarang kamu mahu campurtangan dengan menempelak Sirul menyatakan dakwaan Sirul (mengenai pembunuhan Altantuya) itu mengarut.

Adakah kamu khuatir Sirul akan mendedahkan nama-mana VVIP yang terlibat yang mungkin ada diantaranya merupakan orang kanan kamu sendiri?

Jika tak ada apa-apa masakan tempua bersarang rendah!

Hukum kebenaran dan keadilan berjalan dan Allah itu Maha Adil. Di satu pihak kamu berjaya memenjarakan musuh politik kamu bernama Anwar. Namun di satu pihak yang lain pekung yang tersimpan lama di dalam kes p[embunuhan Altantuya akan pecah juga.

Banjir kilat landa Melaka

Posted: 19 Feb 2015 08:10 PM PST


Banjir kilat landa Melaka
 
 
BANDARAYA MELAKA - Beberapa kawasan di sini dilanda banjir kilat ekoran hujan lebat selama beberapa jam, malam kelmarin.

Antara kawasan teruk terjejas adalah Kampung Pantai, Tengkera serta Kampung Pulau Kelapa, di mana di sesetengah kawasan, air naik setinggi satu meter ekoran hujan lebat yang bermula kira-kira jam 9 malam.

Jurucakap Jabatan Pertahanan Awam (JPAM) Melaka berkata, satu pusat pemindahan dibuka di Surau Tengkera 1 bagi menempatkan satu keluarga yang terjejas dengan banjir berkenaan.

Bagaimanapun, katanya, menjelang pagi, mereka sudah mulai pulang ke kediaman mereka selepas air mulai surut.

"Anggota JPAM Melaka berada di lokasi bagi membantu mangsa-mangsa banjir," katanya di sini semalam.

Menurut jurucakap berkenaan, tiada sebarang kemalangan jiwa atau kecederaan dilaporkan dalam kejadian terbabit,

Sementara itu, seorang penduduk, Abdul Rahman Muhammad, 49, berkata, dia sekeluarga mula memindahkan barangan ke surau berhampiran kediamannya selepas ketinggian air mula meningkat.

"Saya mula menyedari air banjir semakin naik kira-kira jam 11 malam dan saya terus meminta anak saya mengangkat barang dari rumah ke surau," katanya.

MIC barah BN perlu bijak tangani

Posted: 19 Feb 2015 08:08 PM PST

Oleh Shawaliah Hadir
Post Pic



PUTRAJAYA: Kemelut MIC jika tidak ditangani segera akan menjejaskan kedudukan Barisan Nasional (BN), demikian kata penganalisis politik Profesor Madya Dr Shaharuddin Badaruddin.

Katanya, walaupun kemelut MIC itu dilihat seolah-olah sukar untuk dirungkai, kebijaksanaan Datuk Seri Najib Razak sebagai Pengerusi BN diperlukan dalam hal ini.

"Ditelan mati mak diluah mati bapak. Begitulah keadaannya sekarang. Kalau Najib sebagai Pengerusi BN terlibat atau tidak, kedua-kedua susah.

"Bagi saya ini merupakan barah kepada BN. Dari segi sejarahnya, lepas isu Hindraf … masyarakat India sukar dirapati BN. Kalau perpecahan itu tidak ditangani dengan baik ia akan menimbulkan pelbagai masalah.

"Najib harus buat keputusan walaupun ya, apa juga keputusan akan ada kesannya kepada kelompok-kelompok dalam MIC itu," katanya kepada Antarapos.

Dr Shaharuddin berkata, kemelut dialami parti komponen BN itu sebenarnya sudah mula kelihatan semenjak kepimpinan S. Samy Vellu lagi. Namun semakin meleret sehingga kini di mana kelihatannya presiden terkini G. Palanivel dan timbalannya Datuk S. Subramaniam bermusuhan dan enggan berkompromi.

"Jadi kepimpinan BN perlu membuat keputusan yang tepat. Nak pilih macam mana sekalipun sama ada buat pemilihan semua, merupakan satu isu yang timbul sejak kepimpinan Samy Vellu," tambahnya.

Pada 9 Februari lalu, ROS memutuskan bahawa MIC perlu mengadakan semula pemilihan bagi semua jawatan daripada peringkat presiden hingga cawangan parti.

Antara arahan ROS ialah anggota CWC yang dipilih pada 2009 akan memegang jawatan sebagai anggota CWC sementara sehingga proses pemilihan semula selesai sepenuhnya.
 

Kes Liwat II: Hanipa sedia debat dengan KJ dan Shafee

Posted: 19 Feb 2015 08:06 PM PST

ANTARAPOS.COM


Post Pic
 
 
 
SHAH ALAM: Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Mohamed Hanipa Maidin menyatakan kesediaan untuk berdebat dengan peguam, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah berhubung Kes Liwat II melibatkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
 
Ujar Hanipa, beliau juga bersedia berdebat dengan Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin yang mahu menjelajah ke seluruh negara bagi memberi penerangan berhubung kes itu.
 
"Saya merasa terpanggil dan Insya-Allah bersedia menyahut cabaran Shafee atau Ketua Pemuda Umno dan bersedia untuk berdebat atau berwacana sama ada dengan Shafee sendiri atau Ketua Pemuda Umno Malaysia berkaitan isu tersebut.
 
"Maka saya berharap jika respon saya ini mendapat respon balas daripada mereka berdua mudah mudahan satu sesi perdebatan terbuka akan diadakan berkenaan isu tersebut," katanya dalam satu kenyataan.
 
Shafee dalam satu program dialog Selasa lalu memberi penerangan dan pendedahan terperinci kejadian liwat yang membabitkan Anwar dengan bekas pembantu khasnya, Saiful Bukhari Azlan, sehingga membawa kepada pemenjaraan pemimpin pembangkang itu.
 
Peguam tersebut juga menyangkal dakwaan pembangkang yang menyifatkan keputusan Mahkamah Persekutuan pada 10 Februari itu konspirasi Umno-Barisan Nasional (BN), kerana semua bukti berpihak kepada pengadu kes iaitu Saiful.
 
Malah, Khairy yang turut hadir dalam dialog berkenaan juga mengumumkan Umno akan mengadakan siri jelajah ke seluruh negara bagi memberi penerangan kepada rakyat agar tidak terkeliru dengan dakwaan pembangkang.  
 
Semalam, Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek pula berkata, beliau bersedia menyediakan platform untuk sesi debat terbuka antara Shafee Abdullah dengan pihak yang mempertikai keputusan kes liwat Anwar.
 
Justeru, Hanipa yang juga Ahli Parlimen Sepang mencadangkan supaya debat itu perlu diadakan di mana-mana universiti awam dalam negara.
 
Hanipa juga mencadangkan ia disiarkan secara langsung oleh RTM atau TV3 supaya memastikan seluruh rakyat mendapat maklumat tentang debat itu.

PAS mungkin calonkan Nik Abduh di DUN Chempaka

Posted: 19 Feb 2015 08:05 PM PST

ANTARAPOS.COM


Post Pic
 
 
KUALA LUMPUR: Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, Nik Abduh Nik Abdul Aziz disebut-sebut diletakkan sebagai calon PAS di Pilihan Raya Kecil DUN Chempaka yang dijadualkan pada 22 Mac nanti.
 
Sumber dalam PAS Kelantan memaklumkan kepada Astro AWANI, Nik Abduh kemungkinan dipilih kerana beliau satu-satunya anak Allahyarham Nik Abdul Aziz yang aktif dalam politik.
 
Nik Abduh adalah juga Ahli Parlimen Pasir Mas selepas memenangi kerusi tersebut dalam Pilihan Raya Umum ke-13 yang lalu dengan mengalahkan Datuk Ibrahim Ali.
 
"Siapa lagi yang nak dicalonkan di Chempaka kalau bukan Nik Abduh? Nak pilih siapa? Nak calon yang macam mana lagi?
 
"Ini bukan soal dia (Nik Abduh) anak Nik Aziz tetapi kerana dia memang layak untuk bertanding di situ.
 
"Nik Abduh calon terbaik tidak ada orang lain, kalau ada yang letak calon lain mungkin sebab rasa Nik Abduh dah jadi ahli parlimen tak perlu bertanding di DUN.
 
"Tapi itu bukan masalah, bukan satu kesalahan," kata sumber tersebut.
 
Selain disebut akan dinamakan sebagai calon untuk kerusi DUN Chempaka, Nik Abduh juga dilihat berpotensi untuk menduduki kerusi Menteri Besar Kelantan penggal akan datang.
 
"Kalau nak diletakkan Nik Abduh sebagai MB Kelantan penggal akan datangpun satu kesalahan tetapi yang penting perlu bertanding di DUN," katanya lagi.
 
Pilihan raya kecil itu akan diadakan ekoran kematian penyandangnya yang juga bekas Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat pada 12 Februari lalu akibat kanser prostat.
 
Pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) lalu, Nik Abdul Aziz (PAS) menewaskan calon Barisan Nasional (BN) Wan Razman Wan Abd Razak dengan majoriti 6,500 undi.
 
Allahyarham mendapat 12,310 undi manakala Wan Razman memperoleh 5,810 undi. PRK DUN Chempaka adalah pilihan raya kecil kelapan diadakan selepas PRU13 pada 5 Mei 2013.
 
Tujuh PRK sebelum ini adalah PRK DUN Kuala Besut, Terengganu (24 Julai 2013); PRK DUN Sungai Limau, Kedah (4 Nov 2013); PRK DUN Kajang, Selangor (23 Mac 2014); PRK DUN Balingian, Sarawak (29 Mac 2014); PRK Parlimen Bukit Gelugor, Pulau Pinang (25 Mei 2014); PRK Parlimen Teluk Intan, Perak (31 Mei 2104) dan PRK DUN Pengkalan Kubor, Kelantan (25 Sept 2014).

Guan Eng minta tambang feri tak dinaikkan

Posted: 19 Feb 2015 08:03 PM PST

ANTARAPOS.COM


Post Pic
 
 
 
GEORGETOWN: Kerajaan negeri Pulau Pinang meminta Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang (SPPP) supaya meningkatkan mutu perkhidmatan ferinya sebelum bercadang menaikkan kadar tambang pengangkutan itu.
               
Ketua Menteri, Lim Guan Eng berkata cadangan kenaikan tambang feri itu adalah sesuatu yang tidak disangkakan dan pihaknya berharap SPPP tidak meneruskan cadangan itu selain menambah baik mutu perkhidmatan.
               
"Tetapi kalau perkhidmatan feri sama sahaja... sering rosak dan tidak ada feri baru... saya rasa ini tidak munasabah," katanya kepada pemberita di majlis rumah terbuka Tahun Baharu Cina Ketua Menter di George Town semalam.
               
Majlis itu turut dihadiri Yang Dipertua Negeri, Tun Abdul Rahman Abbas dan isteri Toh Puan Majimor Shariff serta Timbalan Ketua Menteri I dan II, Datuk Abdul Rashid Hasnon dan Prof Dr P Ramasamy.
               
Selasa lepas, SPPP bercadang membuat semakan tariff bagi perkhidmatan ferinya.
               
Mengikut cadangan itu, kadar tambang motosikal bakal dinaikkan dari RM2 kepada RM3.50; kereta dari RM7.70 kepada RM9; pejalan kaki dari RM1.20 kepada RM2 dan basikal dari RM1.40 kepada RM1.50.
               
Harga tiket bermusim untuk pelajar turut dicadang dinaikkan kepada RM6 daripada RM3 manakala dewasa kepada RM50 daripada RM30.
               
Bagi lori dua gandar empat tayar, ia dicadang untuk dinaikkan kepada RM20 daripada RM13.20 sementara bagi lori dua gandar enam tayar, kepada RM40 daripada RM27.50.
               
SPPP telah mengeluarkan notis hebahan sejak Isnin lepas dengan pekelilingnya turut diletakkan di terminal feri di sebelah pulau dan tanah besar.
               
Orang ramai boleh mengemukakan pendapat mengenai kenaikan itu sebelum atau pada 2 Mac sebelum keputusan muktamad dibuat.

Rogol berpunca daripada budaya jahiliyyah, tak menghormati perempuan

Posted: 19 Feb 2015 08:00 PM PST

steven sim 1

Oleh STEVEN SIM 


Saya biasanya tidak melayan tulisan-tulisan bodoh Ridhuan Tee.

Tapi kali ini tulisan dia melampaui batas. Dia tulis tentang perempuan dan seperti biasa, dia bercakap semacam dirinya pakar segala-galanya, termasuk seksualiti perempuan. Bukankah tuan kepada otak jijik yang membuahkan pandangan menghina terhadap perempuan ini juga adalah orang yang sama didakwa terlibat dalam plagiarisme di universiti?

Sepatutnya, orang begini tidak layak jadi pendidik, dan mana-mana media masa bermaruah pun tak akan memberikan ruang rencana kepada dia.

Kali ini, dia sudah malampaui batas. Kali ini, dia menghina bukan sahaja perempuan tetapi lelaki dengan idea gobloknya tentang mangsa rogol.

"Pendedahan dan penonjolan wanita menggiurkan dan memberahikan, menjadikan lelaki terangsang untuk merogol", kata Cina ultra kiasi bernama Tee tersebut.

Saya lelaki, dan saya kecam sekeras-kerasnya siapa-siapa yang menyalahkan mangsa rogol kerana 'menggiurkan, memberahikan, memberangsangkan'.

Itu bukan lagi kenyataan bodoh, tetapi menghina dan tidak bermoral. Perempuan bukannya objek seksual dan lelaki bukannya lemah.

"Jika ditakdirkan ramai yang tutup aurat kena rogol. Itu sudah takdir", kata Cina ultra kiasi itu lagi.

Tak tutup aurat kena rogol dikatakan kerana menggoda, tutup aurat kena rogol dikatakan kerana takdir. Dia menang semua. Inilah sifat ultra kiasi, orang Cina kata, 'manusia pun dia, hantu pun dia'.

Tetapi lebih menjijikkan ialah di bahagian penutup tulisan goblok itu, Tee si ultra kiasi berkata, ramai 'wanita bangsa saya' kurang dirogol kerana mereka lebih terbuka dan melakukan seks secara bebas.

Apa logiknya, itupun jika otak si ultra kiasi ini masih berpaksikan hukum logik. Balik-balik rogol masalahnya si perempuan-perempuan pakai ketat, perempuan tutup aurat, perempuan ditakdirkan kena rogol, perempuan seks bebas.

Saya sudah banyak kali tulis bab ini; rogol jangan salahkan mangsa.

Rogol dan keganasan terhadap perempuan berpunca daripada suatu budaya yang melihat perempuan lebih rendah daripada lelaki, dalam situasi di mana tiada kesaksamaan gender, di mana perempuan dianggap lebih afdal jika duduk di rumah sebagai penjaga tidak bergaji, segala keputusan hidupnya ditentukan oleh atau selepas merujuk kepada si lelaki, perempuan dianggap sebagai senang dipengaruhi, lemah, boleh dibuli dan perlu "dijinakkan".

Apa lagi yang boleh menjelaskan situasi di mana seorang anak gadis umurnya hanya 15 tahun dirogol bergilir-gilir oleh 38 orang lelaki di negeri Kelantan?

Ini bukan soal agama atau ras. Sebab rogol berlaku di mana-mana masyarakat.

Ini soal budaya yang gagal memartabatkan perempuan sebagai rakan kongsi setara dalam masyarakat.

Ini soal pandangan dunia yang gagal memahami Surah Al-Hujurat, ayat 13 di dalam Al-Quran serta ajaran kitab-kitab suci agama lain yang meletakkan perempuan setara dengan lelaki sebagai pengasas kepada umat manusia dan manusia itu mulia bukan disebabkan warna kulit (satu lagi benda yang gagal difahami oleh Tee si ultra kiasi) ataupun organ seks, tetapi taqwa.

Ini budaya yang tidak mengambil serius tentang kesihatan, keselamatan, kebajikan dan hak perempuan.

Budaya jahiliyyah ini yang mendorong lelaki dan perempuan, sama ada orang macam Tee si ultra kiasi sehinggalah para Menteri dan Ahli Parlimen mengeluarkan kenyataan seksis dan menghina.

Budaya ini yang mendorong bekas ketua Wanita MCA, Ng Yen Yen memberikan nasihat kepada para isteri supaya "pakai kena seksi agar suami tak lari". Budaya ini menyebabkan perempuan menghadapi diskriminasi dalam pelbagai bidang.

Dan budaya sama melahirkan manusia bersifat syaitan yang memukul dan mendera perempuan, mencabul kehormatan, dan merogol. Budaya ini menyebabkan seorang perempuan menjadi mangsa rogol setiap 15 minit di negara kita. Budaya ini mengakibatkan pencabulan dan penderaan sistemik terhadap perempuan dalam komuniti terpinggir seperti Penan.

Tee si ultra kiasi, inilah sebab utama perempuan menjadi mangsa, bukan kerana dia perempuan, tetapi kerana budaya jahiliyyah yang tidak menghormati perempuan. Justeru kalau nak lawan rogol, kena hapuskan dahulu budaya ini, dukung kesaksamaan gender dan martabatkan kaum perempuan.
Apa-apapun, selamat menyambut tahun baru Cina, Tee. – Roketkini.com

Siapa pengkhianat dalam PAS

Posted: 19 Feb 2015 07:56 PM PST

 
Baiah berkait dengan janji setia kepada perjuangan Islam yang pernah dilakukan Rasulullah.


Abdul Hadi Awang_pas_300


KUALA TERENGGANU: Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang memberi peringatan supaya ahli-ahli PAS tidak melanggar baiah dan wala' serta menjadi pengkhianat kepada jemaah.

Beliau yang berdepan dengan tekanan sekutu Pakatan Rakyat ekoran pendirian yang tidak sehaluan menegaskan, ahli-ahli PAS tidak seharusnya melakukan perkara yang hanya merugikan masa depan parti.

Dalam kenyataan terbaharu menerusi video yang dimuat naik dalam laman Facebook rasminya, Abdul Hadi menegaskan, mereka harus memahami baiah dan wala' sebagai sebahagian daripada ahli jemaah dalam persoalan yang sangat penting.

Kenyataan melalui video itu merupakan amaran beliau terhadap ahli-ahli parti yang kelihatan lebih memihak kepada Pakatan Rakyat dan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang meringkuk dalam Penjara kerana meliwat pembantu peribadinya, Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Ia juga peringatan bahawa PAS mengalami perpecahan serius apabila golongan liberal yang dikategorikan sebagai Anwarinas melakukan gerakan menyingkir beliau sebagai Presiden.

Katanya, apabila menyebut tentang baiah, perkara itu berkait dengan janji setia kepada perjuangan Islam yang pernah dilakukan Rasulullah untuk mengukuhkan seorang ahli jemaah dengan jemaah serta kesetiaannya.

"Maka yang terpenting di dalam jemaah itu ialah memelihara yang tersirat dalam hati kita, keimanan dan keikhlasan kita kepada Allah dan perjuangan untuk menegakkan Islam.

"Dalam melaksanakan apa yang dilahirkan dan menjadi hukum kepada baiah khususnya dalam perkara ketaatan dan perkara yang mutlak kepada Allah dan Rasul dan ketaatan yang tidak bermutlak, yakni bersyarat kepada kepimpinan dan jemaah dalam perkara yang tidak maksiat dan tidak bercanggah dengan perintah dan ajaran Rasul," katanya, lapor Utusan Malaysia.

Menurut beliau, wala' dan kesetiaan kepada perjuangan Islam dan jemaah seharusnya tidak berbelah-bahagi, dengan cara tidak memesongkan ahli-ahli daripada menjalankan kerja jemaah.

Di samping itu katanya, mereka perlu menghindarkan diri daripada kerja-kerja yang merugikan jemaah dan berkhidmat kepada pihak lain bagi mengelakkan dikategorikan sebagai pengkhianat.

"Ini merupakan hal-hal yang sangat penting apabila kita melakukan baiah kepada kumpulan Islam, kalau di negara kita ialah Parti Islam SeMalaysia," ujarnya.

Kes pembunuhan Altantuya: penyiasatan perlu di lakukan semula

Posted: 19 Feb 2015 04:09 PM PST

Korporal Sirul, salah seorang dari dua orang anggota keselamatan negara yang dijatuhkan hukuman gantung kerana membunuh Altantuya Sharibuu dari Monggolia sudah mula bercakap dengan media. Beliau yang sekarang di dalam tahanan pihak Immigresen Australia telah meninggalkan negara sebelum keputusan Mahkamah Persekutuan menjatuhkan hukuman mati keatas beliau dan seorang lagi anggota yang bersama-sama dihukum gantung, iaitu Ketua Inspektor Azilah yang kini berada dalam tahanan negara ini.

Walaupun beliau (Sirul) dalam tahanan di Australia, beliau masih mendapat akses kepada media massa di negara ini kerana beliau diberikan kemudahan berkomunikasi melalui internet dan telefon bimbit. Beliau telah memberitahu portal berita tempatan yang beliau sedang diminta oleh media di Australia untuk 'tell all' dalam isu pembunuhan ngeri yang dilakukan keatas Altantuya. Beliau telah memberitahu media sedikit 'input' dengan menyatakan yang pembunuh sebenar masih bebas dan berkeliaran di negara ini.

Apabila berita sebegini keluar tentunya ia akan membawa tanda tanya dan kecurigaan rakyat bukan sahaja bagi rakyat negara ini tetapi juga masyarakat antarabangsa. Sirul sempat memberitahu yang beliau adalah anggota keselamatan yang bertindak diatas arahan. Beliau bukan tidak sayang kepada PDRM atau negara tetapi beliau bertindak diatas arahan sebagai anggota keselamatan beruniform.

Satu persoalan penting ialah, siapa yang mengarahkan pembunuhan itu? Isu ini tidak terjawab dalam Mahkamah kerana pihak pendakwa tidak menumpukan tentang motif pembunuhan itu. Ratusan hari perbicaraan di Mahkamah Tinggi Shah Alam tetapi pihak pendakwa tidak pernah bertanya tentang siapa yang mengarahkan pembunuhan itu dan tidak berusaha untuk mendapatkan motif pembunuhan itu.

Motif pembunuhan itu sangat penting kerana yang dibunuh oleh Sirul dan rakannya Ketua Inspektor Azilah itu tidak mengenali mangsa pembunuhan itu dan lojiknya tidak mempunyai sebab mereka berdua melakukan pembunuhan itu.

Walau bagaimana pun Sirul belum lagi membuat keputusan untuk 'tell all' itu dan jika beliau membuka mulut dan memberitahu perkara sebenarnya maka negara akan berhadapan dengan satu lagi isu besar yang melibatkan tumpuan rakyat negara kita dan masyarakat antarabangsa.

Buat masa sekarang ini elok tidak di spekulasikan isu ini sehingga Sirul membuat keputusan samada beliau memilih untuk memberitahu segala-gala yang berlaku itu. Jika Sirul tidak memberitahu perkara sebenarnya maka beliau akan terus menjadi buruan pihak keselamatan negara untuk melaksanakan hukuman mati keatas beliau yang diputuskan oleh Mahkamah Persekutuan Negara.

Bagi orang ramai, mendapat tahu siapa yang mengaturkan pembunuhan itu atau yang mengarahkan pembunuhan itu dilakukan amat penting bagi mereka. Ini masalah nyawa manusia, bukannya nyawa haiwan liar di hutan.

Orang ramai ingi tahu siapakah yang dikatakan oleh Sirul, pembunuh sebenar yang masih bebas itu. Tiada siapa yang boleh memaksa Sirul membongkar siapa yang beliau maksudkan itu.

Tetapi jika beliau bongkarkan maka banyak persoalan yang ada di dalam benak rakyat yang ramai ini sedikit sebanyak akan terjawab. Lebih baik lagi jika dicari jalan yang halal dari segi undang-undang untuk membuka kes ini kembali dan pihak polis wajar melakukan penyiasatan semula secara terperinci berhubung dengan pembunuhan kejam ini.

Tiada ulasan: