Khamis, 19 Februari 2015

DIALOG RAKYAT

DIALOG RAKYAT


Tegar menderita kesusahan semula selepas menjadi mangsa penipuan

Posted: 19 Feb 2015 02:48 AM PST

ANTARAPOS.COM


Post Pic
 
 
 
SHAH ALAM: Penyanyi cilik Indonesia yang mencipta nama di Malaysia, Tegar Septian atau Tegar, dilaporkan kini menderita kesusahan semula di kampungnya, dengan ibunya kembali menjadi pengemis jalanan selepas penyanyi itu menjadi mangsa penipuan.
 
Memetik laporan Berita Harian, sumber yang juga bekas pegawai perhubungan awam syarikat rakaman naungan Tegar berkata, penyanyi yang popular menerusi lagu 'Aku yang dulu bukanlah yang sekarang' itu kini hilang sumber pendapatan.
 
Dikatakan Tegar menjadi mangsa penipuan pengurus barunya yang dikenali sebagai 'A', yang mana penyannyi berusia 13 tahun itu juga pernah menjadi penipuan pengurus lamanya. 
 
"Saya simpati dengan Tegar. Dia kini berada di kampung kerana tidak bekerja lagi. Pasport Tegar juga dilarikan A. 
 
"Tegar terpaksa menolak tawaran membuat persembahan di Malaysia kerana tiada pasport," ujar sumber berkenaan.
 
Sumber itu juga memberitahu A seorang warga Singapura , dan kini dipercayai berada di Kuala Lumpur.
 
"Tegar pernah memberitahu ibunya bahawa dia tiada wang kerana A membelanjakannya sesuka hati," katanya.
 
Dalam pada itu, bekas pengurus Tegar yang dikenali sebagai Arif Dollah menafikan dirinya melarikan pasport dan gitar kesayangan penyanyi cilik itu.
 
"Jika saya melarikan pasportnya, kenapa tidak membuat laporan polis? Biar pihak berkuasa melakukan siasatan dan saya bersedia memberikan kerjasama. Saya hairan kenapa sekarang isu ini ditimbulkan sedangkan saya dan Tegar berpisah pada 25 Januari lalu.
 
"saya menyerahkan Tegar kepada ibu dan bapa tirinya selepas selesai Anugerah Dahsyat di Jakarta. ibu dan bapa tiri Tegar mahu membawa pulang anak mereka ke kampung di Jakarta. Sepatutnya kami bertemu selepas dua hari tetapi Tegar tidak muncul.
 
"Bagaimanapun timbul pelbagai isu yang cukup sukar dan terlalu peribadi untuk saya nyatakan. Saya hanya menerima mesej menyatakan saya tidak diperlukan lagi sebagai pengurus," ujarnya yang dipetik akhbar berkenaan. 

Rizalman kembali ke mahkamah New Zealand untuk perbicaraan

Posted: 19 Feb 2015 02:45 AM PST

ANTARAPOS.COM


Post Pic
 
 
 
SHAH ALAM: Pegawai Waran di Kedutaan Malaysia di New Zealand, Muhammad Rizalman Ismail yang berhadapan tuduhan cubaan rogol gadis warganegara berkenaan, akan kembali ke kandang mahkamah hari iini bagi menyambung perbicaraan.  
 
Rizalman, 38, dijangka tampil ke Mahkamah Daerah Wellington hari ini bagi mendengar pertuduhan yang dihadapinya, lapor media negara berkenaan.
 
Pada 9 Mei 2014, Rizalman didakwa mengekori Tania Billingsley, 21,  sebelum memecah masuk rumah gadis itu di pinggir bandar Wellington dan menyerang dengan niat melakukan pencabulan seksual. Beliau kemudian didakwa di atas pertuduhan berkenaan. 
 
Bagaimanapun, beliau pulang ke Malaysia tidak lama selepas itu menggunakan imuniti politik.
 
Pada Oktober 2014, Rizalman diterbangkan dari Kuala Lumpur ke New Zealand di bawah kawalan polis dan bermalam dalam tahanan di Auckland sebelum menaiki penerbangan seterusnya ke Wellington.
 
Rizalman yang merupakan pembantu staf pertahanan di Suruhanjaya Tinggi yang pejabatnya terletak di Wellington itu, boleh dihukum penjara sehingga 10 tahun jika sabit kesalahan.
 
Dalam perbicaraan sebelum ini pada November 2014, Rizalman berjaya dalam permohonan ikat jaminnya, bagaimanapun diperintahkan menyerahkan pasportnya dan dilanjutkan waktu berkurung ke atasnya daripada 10 malam hingga 7 pagi kepada 7 malam hingga 7 pagi.
 
Syarat lain ikat jamin, termasuk tidak mendekati pengadu atau mengunjungi kawasan Wellington meliputi kawasan pinggir Newton dan Berhampore dan Cuba Street dikekalkan.

Altantuya: Sirul Sudah Punyai Peluang Dedah Semuanya - KPN

Posted: 19 Feb 2015 02:44 AM PST


Oleh: NATASHA JOIBI


 
Khalid Abu Bakar.
 
 
KUALA LUMPUR: Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar mempersoalkan mengapa baharu sekarang bekas koperal Unit Tindakan Khas (UTK) Polis Sirul Azhar mahu "memberitahu semua" sedangkan dia mempunyai tiga peringkat berbeza dalam perbicaraannya untuk melakukan perkara itu.

Khalid menyuarakan kebimbangannya terhadap pihak yang berkepentingan yang mungkin mempengaruhi Sirul untuk berbohong.

"Saya fikir masyarakat boleh membuat pertimbangan mereka sendiri berhubung perkara ini. Dia senyap selama ini. Kenapa baru sekarang nak beritahu semua?

"Saya bimbang pihak tertentu yang berkepentingan dalam perkara ini cuba untuk mempengaruhinya supaya berbohong," katanya.

Menurut Khalid, golongan ini cuba mengambil kesempatan terhadap undang-undang ekstradisi Australia, yang tidak membenarkan negara ini membawa pulang mereka yang disabitkan hukuman mati sehingga jaminan diberikan bahawa hukuman mati tidak akan dikenakan.

"Kita tidak akan ditekankan oleh pihak ini untuk memulakan siasatan baru terhadap kes ini kerana ia tidak perlu," katanya kepada pemberita pada majlis pelancaran Ops Selamat pada Rabu.

Sirul dan bekas Anggota Unit Tindakan Khas (UTK) Cif Inspektor Azilah Hadri didakwa kerana membunuh model warga Mongolia, Altantuya Shaariibuu pada 2006 dan disabitkan atas kesalahan itu oleh Mahkamah Tinggi pada 2009.

Pada 23 Ogos 013, Mahkamah Rayuan membebaskan Azilah dan Sirul Azhar berikutan rayuan itu.
Pada 13 Januari tahun ini, Mahkamah Persekutuan mengetepikan keputusan Mahkamah Rayuan dan mensabitkan hukuman mati.

Sirul tidak hadir ke mahkamah bagi mendengar keputusan kes itu.

Dia dipercayai telah pergi ke Australia dan memasuki negara itu menggunakan visa pelancong dan pasport yang sah pada tahun lalu.

Dia ditahan oleh pegawai imigresen Australia pada 20 Januari lalu selepas Polis Antarabangsa (Interpol) mengeluarkan notis merah.

Bekas koperal itu kini ditahan di Pusat Tahanan Villawood di Sydney.

Famieza, Penyanyi Lagu 'Getaran' Meninggal Dunia

Posted: 19 Feb 2015 01:57 AM PST


LIHAT VIDEO DI SINI



PETALING JAYA: Penyanyi Famiza Zulkifli, yang mendapat sambutan hangat pada tahun 1989 dengan lagu Getaran, meninggal dunia malam Rabu malam kerana masalah jantung.

Famiza, yang lebih dikenali dengan nama Famieza, meninggal dunia di Hospital Kuala Lumpur (HKL) kira-kira pukul 11.20 malam.

Beliau berusia 43 tahun.

Penyanyi itu telah disebut-sebut menjadi salah seorang daripada artis tempatan terawal yang memperkenalkan irama R & B dan muzik jazz di negara ini.

Beliau akhirnya meninggalkan industri hiburan untuk membuka syarikat kecantikan dan kosmetik sendiri, Muslimah Skincare and Cosmetic Manufacturing Sdn Bhd, yang berpangkalan di Kedah.

Jenazah Famieza dijangka akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Seri Muda di Gombak.

Rosyam Nor Terlibat Kemalangan

Posted: 19 Feb 2015 01:54 AM PST


Oleh: MOHD AL QAYUM AZIZI


Rosyam tidak mengalami sebarang kecederaan dalam kemalangan itu.
 
 
PETALING JAYA: Pelakon dan penerbit, Datuk Rosyam Nor terselamat daripada kemalangan yang berlaku di Jalan Universiti berdekatan dengan Pusat Asasi Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) di sini pada malam Rabu.

Rosyam berkata, ketika kejadian kira-kira pukul 10 malam itu, kereta jenis Peugeot miliknya terbabas dan melanggar pembahagi jalan selepas hilang kawalan akibat hujan lebat.

"Alhamdulillah tiada apa-apa yang serius berlaku dan tidak melibatkan kenderaan lain, cuma kemalangan kecil sahaja.

"Ketika kejadian kenderaan saya hilang kawalan ekoran hujan lebat sebelum melanggar pembahagi jalan," katanya kepada mStar Online, Khamis.

Dalam pada itu Rosyam berkata, kereta miliknya itu mengalami kerosakan teruk namun bersyukur terselamat daripada sebarang kecederaan.

"Akibat hentaman kuat kereta tidak boleh bergerak kerana tayar pecah selain beberapa bahagian lain juga mengalami kerosakan," katanya.

Sehubungan itu Rosyam berkata, satu laporan polis dibuat di balai polis berdekatan pada petang Khamis berhubung insiden itu.

Cabaran debat terbuka disahut

Posted: 19 Feb 2015 01:47 AM PST


Hanipa Maidin
 
 
SHAH ALAM – Selepas Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli menyahut cabaran ketua pendakwa raya kes liwat II, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah dan Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin Abu Bakar untuk berdebat secara terbuka, Ahli Parlimen Sepang, Hanipa Maidin hari ini tampil menyahut cabaran.

Hanipa yang juga Ahli Jawatankuasa Kerja (AJK) Pas Pusat bagaimanapun berkata, perdebatan tersebut perlu bersyarat iaitu diadakan di mana-mana Institusi Pengajian Tinggi Tempatan (IPTA) dan mendapat siaran langsung dalam stesen TV tempatan.

"Saya terpanggil dan insya-ALLAH bersedia menyahut cabaran Shafee atau Ketua Pemuda Umno tersebut dan bersedia untuk berdebat atau berwacana sama ada dengan Shafee sendiri atau Khairy berkaitan isu tersebut.

"Perdebatan tersebut hendaklah juga dalam masa yang sama disiarkan secara langsung oleh RTM atau TV3 supaya rakyat di negara ini mendapat maklumat secara langsung tentang apa yang dikatakan oleh ahli-ahli panel," katanya dalam satu  kenyataan, hari ini.

Beliau berkata demikian mengulas hasrat Ketua Pemuda Umno itu membuat "road show" sesi penjelasan di seluruh negara untuk menangkis dakwaan wujudnya konspirasi politik dalam kes liwat membabitkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Selasa lalu, program bertajuk Dialog Bersama Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah anjuran Akademi Kepimpinan Kapten Hussein diadakan di Kelana Jaya.

[ ARTIKEL BERKAITAN: 'Saya hanya bentang fakta kes' ]

Kata Hanipa lagi, beliau berharap Muhammad Shafee atau Khairy dapat memberi respon terhadap tawaran beliau supaya berdebat terbuka itu dapat direalisasikan dalam masa terdekat.

"Jika Muhammad Shafee tidak selesa untuk berdebat dengan saya, saya bersedia berdebat dengan Ketua Pemuda Umno Malaysia berkaitan isu yang sama," ujarnya.

Sementara itu, semalam Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli  turut tampil menawar diri untuk berdebat secara terbuka berhubung isu sama.

"Saya akan cabar KJ berdebat mengenai kes ini," katanya sambil berkata Khairy perlu berani untuk bercakap dengan PKR bukannya 'syok sendiri'.

MP gesa polis siasat dakwaan baru Sirul

Posted: 19 Feb 2015 01:40 AM PST

MALAYSIAKINI


 


MP DAP Segambut Lim Lip Eng membuat laporan polis berhubung dakwaan bekas anggota pasukan unit tindakan khas Sirul Azhar Umar mengenai motif dan pihak yang memberikan arahan kepada beliau dan rakan sejawatnya Azilah Hadri.

Mereka berdua disabitkan kesalahan membunuh wanita Mongolia Altantuya Shaariibuu dan berdepan hukuman mati.

Lim membuat laporan polis itu di Balai Polis Dang Wangi pagi ini selepas membaca satu artikel yang memetik Sirul di The Sydney Morning Herald semalam.

Artikel itu bertajuk "Convicted Malaysian cop Sirul Azhar Umar breaks silence about death of model Altantuya Shaariibuu".

"Saya membuat laporan ini agar satu siasatan dimulakan ke atas kenyataan Sirul tersebut yang serius khususnya berkenaan siapa yang mempunyai motif tersebut dan mengarahkan pembunuhan Altantuya Shaariibu," laporan polis itu dipetik.

Lim yang juga seorang peguam turut melampirkan satu salinan tulisan itu sebagai rujukan kepada pihak polis.

Laporan media Australia itu memetik Sirul sebagai berkata beliau bertindak membunuh wanita itu kerana "beliau hanya mengikut arahan dan orang penting dengan motifnya masih lagi bebas".

Dalam laporan eksklusif Malaysiakini semalam, Sirul - yang kini ditahan oleh imigresen Australia – mempersoal akibat yang ditanggungnya hanya kerana mengikut arahan.

Ketika dihubungi Malaysiakini pagi ini, Lim berkata pendedahan terbaru itu membolehkan Ketua Polis Negara (IGP) Tan Sri Khalid Abu Bakar membuat siasatan baru berhubung perkara itu.

"Saya rasa IGP kena buat siasatan (baru). Sebagai IGP, beliau tidak boleh kata mungkin ada orang memperalatkan dia (Sirul). Ini satu kenyataan yang tidak bertanggungjawab.

"Sebagai IGP, siasatan belum mula, kenapa nak buat keputusan. Tutup mulut dan buat siasatan," katanya.

Diminta mengulas mengenai reaksi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang menyifatkan pendedahan Sirul itu sebagai "mengarut", Lim hanya hanya menjawab dengan memberi pepatah Melayu "siapa makan cili, dia terasa pedas."

"Sirul tak sebut (siapa). (Jadi) kerajaan mesti buat siasatan. Hantar pasukan penyiasat dan ambil kenyataan daripada Sirul," katanya.

Pua: Perjanjian 1MDB-Petrosaudi 'penipuan'

Posted: 19 Feb 2015 01:35 AM PST

MALAYSIAKINI


 


Ahli Parlimen DAP, Tony Pua menyelar tindakan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang membuat perjanjian usaha sama dengan syarikat PetroSaudi Holdings.

Pua, yang menggelar tindakan itu sebagai satu "penipuan", berkata, 1MDB didakwa memeterai perjanjian usaha sama itu pada 2009 dengan pelaburan sebanyak AS$1 bilion.

Bagaimanapun, katanya, usaha sama itu telah mempunyai hutang "sedia ada" dalam bentuk pinjaman sebanyak AS$700 juta daripada PetroSaudi yang diambil wang tersebut daripada syarikat induknya, PetroSaudi International.

Selain itu, Sarawak Report hari ini turut mendedahkan tentang perjanjian usaha sama itu dan bagaimana 1MDB terpaksa membayar dua pertiga daripada pelaburan awal untuk membayar balik pinjaman rakan niaganya itu.

"Ini adalah lubang pertama yang 1MDB gali untuk dirinya sendiri menyebabkan semua lubang besar berikutnya digali untuk menutup penipuan ini!

"Adakah penyangak ini akan membayar jumlah itu?" kata Pua yang jugaMP Petaling Jaya Utara di lama Facebooknya hari ini.

KiniBiz sasar lebih jauh untuk tahun ke-3

Posted: 19 Feb 2015 01:32 AM PST

MALAYSIA KINI


 


Hari ini genap dua tahun KiniBiz beroperasi secara rasmi dan portal berita perniagaan itu berazam mempertingkatkan lagi perkhidmatannya dengan inisiatif-inisiatif baru.

Dilancarkan pada 19 Februari 2013, KiniBiz mengisi lompong berita perniagaan yang adil dan tidak memihak serta menyajikan laporan dan analisis mendalam dalam sesuatu isu.

Dalam tempoh dua tahun ini, kata ketua pegawai eksekutif editor dan pengasasnya P Gunasegaram, maklum balas diterima daripada pembaca amat menggalakkan.

KiniBiz mula beroperasi dengan pasukan kecil pada Januari 2013 diikuti pelancarannya pada bulan selepas itu.

Portal itu sudah menyiarkan pelbagai laporan eksklusif dan menyentuh hampir 60 isu.

Aktivis: Gong Xi Fa Chai, tolaklah GST

Posted: 19 Feb 2015 01:30 AM PST

MALAYSIAKINI


 


Gabungan Bantah GST mahu berdebat dengan menteri perdagangan dalam negeri, koperasi dan kepenggunaan dan menteri kewangan berhubung pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST).

Penyelaras gabungan itu, S Arutchelvan berkata cukai tersebut tidak sepatutnya dilaksanakan sekarang, memandangkan keadaan rakyat yang masih lagi berdepan kesusahan.

"Kerajaan guna televisyen dan radio setiap hari mengatakan GST ini bagus. Hari ini kita buat 'flash mob' disemua tol utama untuk menuntut GST dibatalkan. Kalau tak nak batal, tangguhkan dulu kerana rakyat kini merana dan menderita.

"Kita mahu minta debat dengan menteri berkenaan iaitu menteri perdagangan dan kewangan. Dan kita juga akan buat demonstrasi besar pada 21 Mac bagi tuntut bantah GST," katanya kepada KiniTV.

Sementara itu, seramai kira-kira 15 orang berhimpun dengan mengadakan perhimpunan di plaza tol Bandar Baru Bangi semalam bagi membantah pelaksanaan GST.

Mereka membawa sepanduk yang bertulis "tolak GST" dan "Gong Xi Fa Chai" dan berdiri di sepanjang tol sempena orang ramai balik ke kampung untuk perayaan Tahun Baru Cina.

Menurut Arutchelvan lagi, gabungan itu turut mengadakan aktiviti sama di beberapa tol di seluruh negara antaranya di plaza tol Juru dan Skudai.

Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan berkata kenaikan harga barangan daripada pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) bermula dari 1 April 2015 hanya bersifat "sementara" dan "sekali sahaja".

Malah, kata MP Pontian itu, pelaksanaan cukai tersebut tidak akan dipinda kerana kerajaan telah membuat pelbagai persediaan.

Konvensyen PKR jadi himpunan untuk Anwar

Posted: 19 Feb 2015 01:26 AM PST

MALAYSIAKINI


 


Konvensyen PKR yang dijadualkan pada Mac depan akan ditukar menjadi Himpunan Solidariti Anwar Ibrahim.

Naib Presiden PKR Rafizi Ramli berkata, himpunan itu diadakan bertujuan untuk memberi penerangan dan taklimat kepada pemimpin akar umbi parti di seluruh negara untuk melawan BN habis-habisan.

"Memang kita dah buat keputusan kita akan ubah tema konvensyen. Ia bukan hanya soal Datuk Seri Anwar Ibrahim, tetapi ia kerana soal lain dan kita akan lawan BN habis-habisan.

"Dulu semasa konvensyen kita bincang tentang isu parti dan lain-lain tetapi saya rasa sekarang tak sesuai cakap mengenai perkara itu. Lebih baik kita buat gerak kerja untuk lawan BN. Sebab itu kita ubah tema konvensyen jadi himpunan solidariti dan guna kesempatan itu untuk beri taklimat dan penerangan," katanya ketika dihubungi Malaysiakini.

Selain itu, dalam kenyataan media yang dikeluarkannya, Rafizi berkata telah membentangkan 16 program di peringkat dalam negara dan antarabangsa sebagai gerak kerja kepada biro politik parti.

Menurut kenyataan itu lagi, pada 7 Mac depan, konvensyen dengan tema himpunan solidariti itu akan berkumpul di Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC) sehingga tengah hari bagi memberi tugasan dan pengarahan kepada akar umbi.

Kemudian, mereka akan bergerak ke pusat membeli-belah Sogo bagi menyertai demonstrasi #KitaLawan yang dianjurkan oleh Anggota Muda PKR (AMK) dan gabungan NGO anak muda.

"Arahan-arahan ini akan dikeluarkan ke ibu pejabat di seluruh negara dalam masa dua, tiga hari ini. Selepas ini dengan tugasan yang khusus dan sokongan yang lebih tersusun, kurangkan ber-WhatsApp dan lebihkan di luar, insya-Allah itu cara terbaik kita bebaskan DSAI (Datuk Seri Anwar Ibrahim) dan hancurkan Umno," katanya.

Nisbah Hutang Isi Rumah di Malaysia VS Pendapatan Boleh Guna (146%). Singapore, Korea Selatan, US, UK Pun Kalah. Kenaikan Harga Rumah (2007 – 2Q2014) Naik 67%!

Posted: 18 Feb 2015 08:57 PM PST


SEMAK KOLEKSI GAMBAR 1 DARIPADA 4 GAMBAR
hutang isi rumah



Nisbah Hutang Isi Rumah di Malaysia VS Pendapatan Boleh Guna (146%). Singapore, Korea Selatan, US, UK Kalah Pun Kalah. Kenaikan Harga Rumah (2007 – 2Q2014) Naik 67%! Sejarah ekonomi di beberapa ekonomi terbesar di dunia termasuklah negara Amerika Syarikat telah menunjukkan kepada dunia yang mana masalah hutang isi rumah yang sangat tidak mampan telah menjadi teras utama disebalik tragedi kemelesetan dan kegawatan ekonomi pada tahun 2008.

Inilah yang ditunjukkan dalam satu laporan khas yang dikeluarkan sendiri Mckinsey Global Institute (MGI) baru-baru ini berkenaan hutang isi rumah bagi negara-negara di dunia. Hutang isi rumah tidak boleh dibuat main contoh hutang pinjaman rumah, ia sangat sensitif terhadap krisis dan kemelesetan dek kerana peminjam akan terus bergelut untuk membayar balik hutang pinjaman rumah mereka.

 

Semakan Laporan McKinsey Global Institute (MGI) : Nisbah Hutang Isi Rumah di Malaysia VS Pendapatan Boleh Guna

Berdasarkan semakan Berita Semasa terhadap McKinsey Global Institute (MGI) mendapatkan kenaikan harga rumah di Malaysia yang berlaku antara tahun 2007 hingga tahun suku kedua tahun 2014 telah mencatatkan angka yang boleh Berita Semasa agak mengejutkan iaitu kenaikan sekitar 67% sekaligus :
  • Malaysia diangkat sebagai salah sebuah negara yang tersenarai dalam senarai negara yang memiliki hutang isi rumah dibanding pendapatan boleh guna rakyat Malaysia yang sangat tidak lestari (Belanda, Korea Selatan, Kanada, Sweden, Australia, Malaysia, dan Thailand)
  • Malaysia bersama-sama dengan Thailand mempunyai hutang isi rumah vs pendapatan boleh guna yang sudah setahap negara maju
  • McKinsey Global Institute (MGI) meletakkan nisah hutang isi rumah kepada pendapatan boleh guna rakyat bagi negara membangun berada pada kadar purata 121% berbanding Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) berbanding 280% untuk negara maju
  • Nisbah Hutang isi rumah Malaysia VS pendapatan boleh guna rakyat Malaysia adalah 146% daripada pendapatan sekarang melampaui tahap hutang isi rumah di Amerika Syarikat (99%) dan United Kingdom (133%) pada 2Q14
Mckinsey Global Institute (MGI) memberikan amaran supaya Malaysia memantau masalah hutang isi rumah yang semakin melampaui jangkauan pendapatan boleh guna rakyat Malaysia sekarang ini bagi mengelakkan ia terdedah kepada risiko yang lebih serius.

Hakikatnya, hari ini nisbah hutang isi rumah berbanding pendapatan boleh guna rakyat negara ini dikategorikan sebagai antara yang tertinggi di dunia, sehingga mampu negara membanguna seperti Malaysia mampu mengalahkan negara maju yang lain termasuklah Singapura, Korea Selatan, Amerika Syarikat, United Kingdom. Ia membuatkan Berita Semasa tertanya-tanya, apakah puncanya dan bagaimana boleh menjadi seteruk ini?

P/S : Anda boleh semak gambar-gambar dan butiran laporan yang telah Berita Semasa sertai di galeri gambar atas

PP/S : Hari ini juga Kanada dijangka sedang berhadapan dengan krisis dengan kerana data ini. Berhati-hati…

Umno Permatang Pauh Mahu BN Tanding PRK

Posted: 18 Feb 2015 08:45 PM PST



Akan menggunakan pendekatan berbeza - pendekatan lembut bukan mengadakan serangan terhadap calon pembangkang


undibn


PETALING JAYA: Kesemua 92 Umno cawangan di Permatang Pauh mahu Barisan Nasional (BN) bertanding pada pilihan raya kecil (PRK) parlimen itu yang dijangka diadakan berikutan penyandangnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim disabitkan bersalah dan dihukum penjara di atas kes liwatnya.

Ketua Umno bahagiannya, Datuk Mohd Zaidi Mohd Said berkata, kesemua cawangan sebulat suara dengan pendirian untuk parti bertanding pada kerusi parlimen itu dalam mesyuarat yang membincangkan perkara tersebut, lapor mStar Online.

"Kita akan menyampaikan harapan kita (BN bertanding dalam PRK Permatang Pauh) kepada Perdana Menteri dan Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak dan kita akan memberikan ruang kepadanya untuk memilih calon.

"Kita berharap dengan PRK ini… sebagai satu kempen yang bersih kerana kita tidak mahu didakwa dan difitnah memancing undi pada pilihan raya kecil nanti," tambahnya.

"Kita akan menggunakan pendekatan berbeza – pendekatan lembut dan meminta pengundi untuk mengundi BN berbanding mengadakan serangan terhadap calon pembangkang," katanya.

Mahkamah Persekutuan pada 10 Februari lalu memutuskan Anwar gagal dalam rayuan terakhirnya terhadap sabitan meliwat bekas pembantu peribadinya Mohd Saiful Bukhari Azlan dengan mengekalkan hukuman penjara lima tahun.

Sehingga kini, belum ada tanda-tanda beliau memohon pengampunan daripada Yang di-Pertuan Agong.

Buru mereka, gesa peguam Shaariibuu

Posted: 18 Feb 2015 08:32 PM PST

MALAYSIAKINI


Polis patut membuka semula siasatan ke atas pembunuhan ngeri Altantuya Shaariibuu berikutan pendedahan terkini oleh Sirul Azhar Umar yang disabit membunuh wanita Mongolia itu, kata peguam Ramkarpal Singh.

Ramkarpal, yang juga peguam keluarga Altantuya, berkata adalah menjadi tugas polis untuk membuka semula siasatan ekoran pendedahan Sirul itu.

Siasatan baru perlu memberi fokus kepada siapa yang mengarahkan dua anggota polis itu membunuh Altantuya, katanya, memandangkan pendedahan Sirul bahawa dia diarah dan orang dengan motif untuk membunuh, masih bebas.

"Ini bukanlah pendedahan biasa yang boleh diabaikan. Rakyat ada hak untuk tahu siapa yang mengarahkan pembunuhan itu," katanya dalam satu kenyataan.

Sirul dan Azilah Hadri telah dijatuhi hukuman mati kerana membunuh Altantuya tetapi motif pembunuhan itu tidak dinyatakan.

Jalan Taiping Villa terputus akibat tanah runtuh

Posted: 18 Feb 2015 08:28 PM PST

MALAYSIAKINI


Kejadian tanah runtuh kawasan perumahan di Jalan Taiping Villa, Taman Taiping dekat Ipoh, menyebabkan laluan utama sepanjang 100 meter itu terputus, Rabu.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Taiping, Hasna Rashid berkata kejadian kira-kira pukul 7.35 malam berlaku apabila bukit setinggi 15 meter runtuh dan pokok-pokok tumbang ke atas jalan itu.

"Dua buah rumah enam meter dari bukit terbabit terjejas apabila runtuhan mengenai pagar rumah berkenaan manakala pencawang elektrik Tenaga Nasional Berhad (TNB) tertimbus," katanya ketika dihubungi BERNAMA.

Beliau tidak menolak kemungkinan kejadian itu berpunca daripada hujan lebat sejak petang.

Hasna berkata tiada mangsa terlibat dan ketika kejadian penghuni rumah berkenaan tiada di rumah.

Beliau berkata kerja mengalihkan pokok dan tanah runtuh sedang dijalankan oleh pihak kontraktor.

"Anggota bomba sedang membuat pemantauan di lokasi kejadian. Agensi terlibat adalah Jabatan Kerja Raya, polis, TNB dan Lembaga Air Perak," katanya. - Bernama

Lawak Dol...Sesudah Anwar Dipenjara, KJ Nak Bawa Shafee Jelajah Seluruh Negara Pulak!!

Posted: 18 Feb 2015 08:27 PM PST

shahbudindotcom


Ini betul-betul lawak. Lebih lawak daripada program Maharaja Lawak. Setelah hadir dalam program dialog anjuran Akademi Kepimpinan Kapten Hussein atau AKHI yang dipunyai oleh Pemuda UMNO Malaysia, peguam yang mengetuai pasukan pendakwa dalam kes liwat Anwar Ibrahim, Shafee Abdullah dilaporkan akan menjelajah ke seluruh negara pula.

Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin ketika mengumumkan demikian berkata, penting untuk UMNO mengenengahkan kes liwat itu kepada orang awam kerana selama ini ia sering dikaitkan dengan konspirasi politik.

Untuk itu, katanya, program penerangan seterusnya yang melibatkan Shafee akan diadakan di Pulau Pinang pula selepas ini.

Dua hari lalu blog ini telah melahirkan rasa pelik, ganjil dan luar biasa dengan tindakan Shafee yang terus bercakap dengan banyak media dan sedia menghadiri dialog anjuran AKHI untuk bercakap berkaitan kes liwat itu sedangkan Anwar sudah pun dijatuhkan hukuman dan kini sedang berada di penjara.

Sebagai pihak yang telah memenangi kes, beliau sepatutnya lebih bergembira dan meraikan kemenangan itu, bukannya tidak habis-habis cuba meyakinkan rakyat dengan perjalanan kes dan hukuman yang telah dijatuhkan.

Seterusnya blog ini juga menyebut, "dengan bersetuju hadir di sebuah program anjuran AKHI yang dinaungi oleh sebuah entiti politik, tidak mustahil jika selepas ini Shafee juga akan turut bersetuju hadir dalam banyak program anjuran UMNO cawangan dan bahagian di seluruh negara untuk bercakap dan mewajarkan hukuman yang telah dijatuhkan keatas Anwar."

Nah, kini semuanya terbukti benar. Hukuman penjara keatas Anwar benar-benar akan dijadikan modal politik untuk kepentingan UMNO dan BN. Tidak cukup dengan kejayaan memenjarakannya, selepas ini  Ketua Pembangkang itu akan terus dilanyak semahu-mahunya oleh KJ dan Shafee melalui program ke seluruh negara yang akan dirancang.

Barangkali ini akan menjadi kes paling pelik dalam dunia di mana setelah tertuduh dijatuhkan hukuman dan menghuni penjara, pihak yang menang kes tidak henti-henti menjelajah ke seluruh negara untuk terus meyakinkan rakyat mengenai hukuman yang telah dijatuhkan itu.

Rupa-rupanya memenjarakan Anwar masih belum mencukupi bagi UMNO. Bukan saja profesor undang-undang di universiti turut pening kepala dengan gelagat pendakwa ini, bahkan  (meminjam kata-kata penulis buku terkenal, Yahaya Ismail) - tentulah beruk, kera, monyet dan lotong di hutan pun turut kehairanan dengannya.

Ini kerana, dalam program jelajah itu di mana Anwar yang diserang dan dilanyak itu tidak mampu lagi melawan atau menyerang balas kerana sudah pun berada di dalam penjara.

Dalam adat berkelahi, kalau musuh sudah tidak mampu melawan lagi, adalah memalukan jika kita terus memukulnya. Hanya "gangster pondan" saja sanggup memukul musuh yang dalam keadaan tangan atau kakinya  sedang terikat.

Lalu, apakah yang UMNO mahu sebenarnya? Anwar bebas pun diserang, setelah dipenjara juga diserang. Ketika bebas tidak mampu dibunuh pengaruhnya, selepas di penjara juga tetap ditakuti.

Betul-betul lawak dol...

Di sisi lain, ada pula yang berandaian bahawa Pemuda UMNO mengadakan program jelajah ke seluruh negara ini adalah bertujuan untuk menghidupkan terus nama Anwar dalam hati rakyat dan sekaligus menambahkan lagi simpati terhadap Ketua Pembangkang itu.

KJ dan Pemuda UMNO, kata mereka, bukan tidak tahu bahawa selama ini bekas-bekas pemimpin PKR yang pernah bersama dengan perjuangan Anwar juga telah gagal meyakinkan rakyat dengan isu-isu peribadi, moral dan liwat Ketua Umum PKR itu kerana rakyat sebenarnya telah muak dengan hal-hal sedemikian.

Nallakaruppan, Umi Hafilda, Zulkifli Noordin dan NGO Tibai adalah antara nama-nama  yang selama ini hidup bermodalkan isu peribadi dan moral berkaitan Anwar terapi di manakah mereka sekarang? 

Apakah kejayaan mereka? Adakah Anwar, PKR dan PR makin lumpuh atau bertambah kukuh dek serangan mereka?

Lalu, apa muslihatnya KJ dan Pemuda UMNO meniru pendekatan yang gagal itu, bahkan cuba membawa Shafee pula dalam apa yang dilakukannya itu?

Berita Tamil BERNAMA TV tak dapat ke udara

Posted: 18 Feb 2015 08:26 PM PST

MALAYSIAKINI


 


Masalah melibatkan stesen televisyen BERNAMA TV yang belum diselesaikan sepenuhnya menjurus kepada siaran berita dalam bahasa Tamil tidak dapat ke udara.

Pengurus Besar Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (BERNAMA), Datuk Zulkefli Salleh berkata penyelesaian penuh kepada masalah BERNAMA TV sedang diusahakan.

"Setakat ini, penyelesaian jangka pendek dicapai. Penyelesaian jangka panjang mungkin mengambil sedikit masa lagi," katanya.

Ketua Pemuda MIC, Sivarraajh Chandra, Rabu memohon penjelasan berhubung kekecewaan pengikut setia berita Tamil BERNAMA TV ekoran ketiadaan siaran berita tersebut.

Dalam pada itu, Zulkefli menjelaskan gaji pekerja BERNAMA TV bagi bulan Januari telah dibayar dan gaji bulan Februari juga akan dibayar seperti dijanjikan.

Beliau menegaskan bahawa bagi memastikan masalah BERNAMA TV tidak terus berlanjutan, entiti itu sedang mengambil langkah untuk mengurangkan kos operasinya.

BERNAMA TV ditubuhkan pada 2008 bagi menguruskan siaran berita 24 jam dan BERNAMA memiliki 33 peratus ekuiti dalam BERNAMA TV Synergy Sdn Bhd, syarikat usahasama yang menubuhkan BERNAMA TV.

BERNAMA TV menghadapi masalah ekoran hasil pendapatan syarikat yang tidak dapat menampung kos operasinya termasuk pembayaran upah dan gaji.

Pada 9 Feb lepas, BERNAMA TV tidak beroperasi seperti biasa berikutan sebahagian petugasnya tidak hadir bertugas ekoran kegagalan syarikat pengendali membayar gaji mereka bagi bulan Januari.

Pada 12 Feb, Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek mengadakan pertemuan dengan kira-kira 100 pekerja BERNAMA TV untuk membincangkan masalah dan masa depan stesen televisyen berkenaan.- Bernama

Diskaun 10% di Lebuhraya Cheras-Kajang

Posted: 18 Feb 2015 08:22 PM PST

MALAYSIAKINI


 


Pengguna Lebuhraya Cheras-Kajang akan menikmati diskaun 10 peratus bagi tempoh 24 jam bermula 12.01 tengah malam pada Khamis bersempena perayaan Tahun Baharu Cina.

Grand Saga Sdn Bhd, pemegang konsesi lebuh raya, juga mengedarkan 1,500 kad Touch N' Go selagi bekalan masih ada.

Ini menurut kenyataan yang dikeluarkan Taliworks Corporation Berhad, yang Grand Saga ialah anak syarikatnya.

Shafee jaja Liwat II ke Pmtg Pauh

Posted: 18 Feb 2015 08:21 PM PST

MALAYSIAKINI


 


Peguam kanan Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah dijangka akan meneruskan jelajah untuk meriwayatkan perkara sensasi dalam kes Liwat II  ke kubu kuat Datuk Seri Anwar Ibrahim – Permatang Pauh.

Malaysiakini difahamkan, penganjur program itu bercadang untuk mengadakannya secara tertutup untuk "jemputan sahaja" di Politeknik Seberang Perai pada 21 Februari ini.

Promosi program tersebut dikesan tersebar di kalangan pengguna saluran sembang WhatsApp yang meminta individu berminta mengesahkan kehadiran mereka.

"Program Khas bersama Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah mengenai isu perundangan berhubung kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim", mesej itu dipetik.

Ketika dihubungi Malaysiakini, individu yang enggan disiarkan namanya itu berkata, program itu bukan diadakan untuk pelajar tetapi bagi ahli badan perhubungan BN negeri.

Program anjuran Umno Pulau Pinang itu pada awalnya dikatakan akan diadakan di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Pulau Pinang, juga di Permatang Pauh.

Seorang pegawai di bahagian hal ehwal pelajar kampus UiTM tersebut ketika dihubungi mengesahkan program seumpama itu tidak akan berlangsung di situ.

Shafee yang merupakan pendakwa utama dalam perbicaraan Liwat II mendedahkan pelbagai butiran sensasi berhubung kes itu dalam program anjuran Pemuda Umno di Kelana Jaya pada malam tadi.

Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin dalam ucapannya di program tersebut berkata BN tidak akan berdiam diri lagi dalam kes Liwat II.

Najib: Dakwaan Sirul 'mengarut'

Posted: 18 Feb 2015 08:14 PM PST

MALAYSIAKINI


 


Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menyifatkan dakwaan bekas anggota polis elit Sirul Azhar Umar bahawa dia bertindak atas arahan sebagai "mengarut".

Beliau berkata demikian ketika menghadiri majlis sambutan Tahun Baru Cina MCA di ibu pejabat parti itu di Kuala Lumpur.

Dalam wawancara melalui telefon dengan Malaysiakini, Sirul mendakwa beliau hanya mengikut arahan dan pihak yang mempunyai motif untuk membunuh Altantuya Shaariibuu masih bebas.

‘Itu gambar semasa Anwar masih bebas’

Posted: 18 Feb 2015 08:05 PM PST

SINAR HARIAN

'Itu gambar semasa Anwar masih bebas'
 
 
KUALA LUMPUR - Gambar Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang memegang telefon bimbit yang menjadi viral di media sosial merupakan gambar beliau semasa menghadiri perbicaraan di Mahkamah Persekutuan Putrajaya pada 10 Februari lepas dan bukannya ketika di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, semalam.
 
Timbalan Pengarah Dasar Kepenjaraan Ibu Pejabat Penjara Malaysia, Supri Hashim berkata, ketika itu Anwar masih seorang awam yang bebas dan masih di luar kawalan pihak penjara.
 
"Pemeriksaan dan kawalan pengiringan secara dekat dan ketat mendapati tiada telefon diberi atau dibawa oleh Anwar sepanjang beliau dibawa ke Mahkamah Tinggi Jalan Duta.
 
"Adalah ditegaskan bahawa tatacara pengiringan dan kawalan ke atas Anwar adalah selaras dengan ketetapan Akta Penjara 1995 dan Peraturan Penjara 2000," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.
 
Baru-baru ini telah tersebar gambar Anwar di laman sosial yang mempertikaikan kehadiran beliau di Mahkamah Tinggi Jalan Duta, semalam, untuk memberi keterangan dalam kes saman fitnah yang difailkannya terhadap Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman dalam keadaan tidak bergari, memegang telefon bimbit dan memakai pakaian sendiri.

Semalam, Anwar sedang menjalani hukuman penjara, hadir di Mahkamah Tinggi untuk memberi keterangan dalam kes saman fitnah yang difailkan olehnya terhadap Anifah.

 Mengenai pakaian, Supri berkata setiap banduan yang dibawa untuk menghadiri perbicaraan di mahkamah dibolehkan memakai pakaian sendiri kecuali jika banduan berkenaan tidak ada pakaian atau tidak mempunyai pakaian sendiri yang bersesuaian.

 "Ketika dibawa ke mahkamah Jalan Duta, Anwar memakai pakaian sendiri, kemeja lengan panjang berwarna kebiru-biruan manakala gambar yang diviralkan di media sosial adalah pakaian berwarna lain.
 
Supri berkata berhubung isu gari pula, banduan yang dibawa ke luar dari penjara tidak semestinya bergari seperti ketika banduan dibawa menghadiri perbicaraan.
 
"Prosedur ini dilaksanakan kepada semua banduan dan bukan hanya ke atas Anwar sahaja. Prosedur sama diguna pakai ketika membawa Anwar ke mahkamah.

"Gari digunakan ke atas banduan berisiko, cuba melarikan diri, berpotensi mencederakan diri atau orang lain. - Bernama

Wan Azizah patut tanding Permatang Pauh

Posted: 18 Feb 2015 08:01 PM PST


Wan Azizah patut tanding Permatang Pauh
 
 
TIDAK sampai seminggu lagi, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan disahkan hilang kelayakan sebagai ahli Parlimen, juga jawatan ketua pembangkang mengikut Perkara 48 (4) Perlembagaan Persekutuan setelah disabitkan dengan kesalahan meliwat Saiful Bukhari Azlan oleh Mahkamah Persekutuan 10 Februari lalu.

Pakatan setakat ini bagaimanapun belum membuat apa-apa keputusan mengenai siapa yang akan mengambil alih tempat Anwar sebagai Ketua Pembangkang Dewan Rakyat.

Partinya, PKR juga belum membuat keputusan mengenai siapa calon yang akan bertanding mempertahankan kerusi Parlimen Permatang Pauh.

Bagi pemerhati, keputusan untuk memilih ketua pembangkang kali ini tidak semudah dahulu. Ini kerana hubungan antara parti dalam pakatan pembangkang pada masa ini diketahui tidak begitu bahagia.

Dalam keadaan ini, sudah pasti tidak mudah untuk dibuat keputusan siapa yang paling layak dalam kalangan pemuka parti untuk mengetuai wakil mereka di Parlimen, yang boleh diterima baik oleh semua pihak.

Menteri Besar Selangor, Azmin Ali baru-baru ini ada membuat kenyataan mengenai kesediaan beliau untuk dipertimbangkan sebagai ketua pembangkang.

Memanglah tidak salah bagi Azmin untuk membuat kenyataan seperti itu namun bagi pemerhati, kenyataannya itu sedikit sebanyak boleh mengundang perdebatan.

Ini kerana beliau sudah sedia memikul tanggungjawab berat sebagai menteri besar yang memerlukan sepenuh komitmen dan tumpuan.

Kereta dua wakil rakyat DAP kena pecah

Posted: 18 Feb 2015 07:58 PM PST


Kereta dua wakil rakyat DAP kena pecah
 
 
SEREMBAN - Dua kereta milik wakil rakyat dari DAP dipecah individu tidak dikenali dalam satu kejadian di kawasan letak kereta sebuah restoran di Rahang di sini, malam kelmarin.

Dalam kejadian jam 10.30 malam itu, Adun Repah, S Veerapan dan Adun Senawang, P Gunasekaran, sedang menikmati makan malam di restoran terbabit bersama beberapa lagi Adun DAP negeri ini.

Veerapan kerugian hampir RM2,000 apabila komputer riba yang ditinggalkan di dalam kereta jenis Honda CRV itu dilarikan pencuri, manakala Gunasekaran rugi kira-kira RM200 apabila cermin sisi belakang kereta jenis Mercedes Benz miliknya pecah.

Veerapan memberitahu, dia menyedari cermin keretanya pecah selepas majlis makan malam berakhir.

"Saya terperanjat melihat cermin sisi belakang kanan pecah dan mendapati beg mengandungi komputer riba dalam kereta turut hilang," katanya.

Sementara itu, Gunasekaran berkata, dia bernasib baik kerana tiada barang berharga ditinggalkan dalam keretanya.

Saya hanya rugi RM200 kerana terpaksa baiki cermin yang pecah.

"Saya tidak pasti siapa lakukan perkara ini. Saya minta polis menyiasat perkara ini," katanya sambil mengesahkan telah membuat laporan polis.

Tiada ulasan: