Isnin, 16 Februari 2015

DIALOG RAKYAT

DIALOG RAKYAT


Sekretariat khas BN bantu selesai krisis MIC

Posted: 16 Feb 2015 03:37 PM PST

SINAR HARIAN

Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor semasa sidang media berhubung isu parti MIC di Putrajaya, hari ini. Turut sama ialah Setiausaha Kerja BN, Datuk Abu Khamis (kanan).  - Foto Bernama Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor semasa sidang media berhubung isu parti MIC di Putrajaya, hari ini. Turut sama ialah Setiausaha Kerja BN, Datuk Abu Khamis (kanan). - Foto Bernama
 
 
PUTRAJAYA - Mesyuarat peringkat tinggi BN hari ini mencadangkan penubuhan sebuah sekretariat khas bagi membantu MIC membuat pembersihan semua cawangan, bahagian serta menjalankan proses pemilihan semula parti mengikut perlembagaan MIC.

Setiausaha Agung BN Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata, sekretariat itu dicadang ditubuhkan secepat mungkin dan dipengerusikan Setiausaha Kerja BN Datuk Abu Khamis serta dianggotai parti komponen BN yang tidak berkaitan dengan kaum India seperti MCA dan Gerakan.

Perkara itu dicadangkan dalam satu mesyuarat yang dihadiri Pengerusi BN Datuk Seri Najib Tun Razak, Timbalan Pengerusi BN Tan Sri Muhyiddin Yassin, Timbalan Presiden MIC Datuk Seri Dr S.Subramaniam dan beliau sendiri, kata Tengku Adnan pada sidang akhbar di sini.

Beliau berkata Presiden MIC Datuk Seri G.Palanivel tidak hadir pada mesyuarat yang diadakan di Pejabat Perdana Menteri itu tetapi menghantar khidmat pesanan ringkas kepada Najib memaklumkan isterinya sakit dada.

Beliau menghantar wakil, Naib Presiden MIC Datuk S.Sothinathan yang tidak dibenarkan masuk menghadiri mesyuarat itu.

Tengku Adnan berkata kepimpinan tertinggi BN hanya ingin berjumpa dengan Palanivel dan Dr Subramaniam untuk menyelesaikan kemelut MIC, dan bukannya Sothinathan.

"Cadangan itu telah dipersetujui Dr Subramaniam, manakala Palanivel belum menyatakan beliau. Kami berharap perkara ini dapat dipersetujui hari ini," katanya.

Menurut Tengku Adnan, beliau telah memaklumkan kepada Sothinathan yang  menunggu di luar bilik mesyuarat mengenai cadangan penubuhan sekretariat itu dan Sothinathan menegaskan kepada beliau, cadangan itu tidak akan memberi kuasa kepada presiden.

Tengku Adnan berkata antara cadangan lain mesyuarat itu ialah untuk terus mengguna pakai Jawatankuasa Kerja Pusat (CWC) 2009 sehingga pemilihan baharu, manakala semua sembilan jawatan lantikan oleh presiden MIC pada 2009 tidak diambil kira.

"Kami juga cadangkan bahawa dalam tempoh pemilihan baharu ini, presiden tidak boleh melantik sembilan jawatan baharu.

"Selepas sekretariat menyelesaikan isu pembersihan cawangan dan bahagian, barulah kita akan minta jawatankuasa pemilihan MIC yang dipersetujui bersama Tan Sri K.Kumaran (pengerusi jawatankuasa pemilihan jawatan presiden 2013) untuk mempengerusikan jawatankuasa itu dan menjalankan proses pemilihan," katanya. -Bernama

Bajet 2015: Bayaran pencen tidak jejas

Posted: 16 Feb 2015 03:34 PM PST

SINAR HARIAN


bajet2015
 
 
MELAKA - Langkah penjimatan kerajaan dalam bajet 2015 tidak menjejaskan pembayaran pencen bagi pesara jabatan dan agensi persekutuan, negeri serta badan berkanun di seluruh negara.
 
Pengarah Bahagian Pasca Perkhidmatan, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) Datuk Yeow Chin Kiong berkata, ini kerana pencen dan pembayarannya telah termaktub di bawah Perlembagaan Persekutuan dan peruntukannya tidak bergantung pada bajet tahunan.
 
"Pembayaran pencen tidak disentuh atau langsung tiada perubahan. Ia termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan dan jauh sekali niat kerajaan untuk mengusiknya," katanya kepada pemberita selepas Program Jalinan Kasih Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB)-JPA, di Ujong Pasir di sini, hari ini.
 
Mengulas lanjut, beliau berkata kenaikan kadar pencen sebanyak dua peratus juga tidak terjejas dengan penstrukturan semula bajet tersebut.
 
Katanya, sehingga kini bilangan penerima pencen di seluruh negara adalah 623,000 orang dan melibatkan pembayaran berjumlah RM11 bilion setahun.

Dalam perkembangan lain, Chin Kiong berkata pihaknya sentiasa mencari peluang membantu pesara yang memerlukan bantuan sebagai sebahagian tanggungjawab sosial korporat dan juga dalam usaha merakyatkan perkhidmatan awam.
 
"Kakitangan awam juga perlu memberi sedikit perhatian bagi menghulurkan bantuan kepada golongan yang memerlukan mengikut kemampuan yang ada dan secara tidak langsung memberi nilai tambah dalam perkhidmatan kita," katanya.
 
Terdahulu beliau meluangkan masa melawat pesara MBMB Mahmood Tamby Ahmad, 87, yang terlantar akibat sakit tua dan menyampaikan sumbangan barangan keperluan berupa makanan, katil dan kerusi roda untuk kegunaannya.
 
Turut hadir Datuk Bandar MBMB Datuk Zainal Hussin.
 
Sementara itu, anak perempuan Mahmood, Rohana, 45, berkata dia bersyukur kerana bapanya masih menerima bayaran pencen untuk membeli keperluannya.
 
"Kami mempunyai sembilan adik-beradik namun masing-masing mempunyai gaji yang kecil namun Alhamdulillah bayaran pencen yang diterima ayah meringankan beban yang ada," katanya. - Bernama

Ketua Hakim: Saya 'bukan cabut'

Posted: 16 Feb 2015 03:32 PM PST

SINAR HARIAN

Ketua Hakim Negara Tun Arifin Zakaria Ketua Hakim Negara Tun Arifin Zakaria
 
 
PUTRAJAYA - Ketua Hakim Negara, Tun Arifin Zakaria berkata, beliau tidak beredar meninggalkan bilik mahkamah bila Datuk Seri Anwar Ibrahim melancarkan 'serangan' terhadap beliau dan empat hakim lain yang mengekalkan sabitan sodominya Selasa lepas.
 
"Pendekatan saya mudah. Bila saya rasa ia tidak adil, saya hanya beredar. Kami boleh tangguhkan perbicaraan dan itu yang saya lakukan. Menangguhkan perbicaraan.
 
"Saya 'bukan cabut'", kata beliau kepada pemberita di sini hari ini.

 "Saya tangguhkan perbicaraan untuk menenangkan suasana," kata Arifin, dan menyatakan beliau tidak mendengar apa yang diperkatakan Anwar pada hari itu.
 
Ditanya sama ada beliau ada berasa hati dengan Anwar, Arifin menjawab beliau tidak menyimpan "perasaan" terhadap sesiapa dan beliau menjalankan tugasnya
dengan penuh ikhlas.
 
Tentang sama ada akan diambil prosiding komital terhadap Anwar berikutan kenyataannya mengenai badan kehakiman semasa mitigasi pada 10 Feb, Arifin berkata tidak ada komen, dan menegaskan itu hal lain dan beliau tidak tahu.

Pada 10 Februari lalu, Arifin dan empat hakim lain yang membicarakan rayuan Anwar terhadap sabitan sodominya beredar meninggalkan bilik Mahkamah Persekutuan bila pemimpin pembangkang itu menyelar mereka dari kandang tertuduh, menuduh mereka bersekongkol dengan tuan politik mereka.
 
Beberapa minit kemudian, hakim-hakim itu masuk semula ke bilik mahkamah dan menyampaikan keputusan mereka terhadap rayuan Anwar mengenai hukumannya, mengekalkan hukuman penjara lima tahun kerana meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan pada 2008.
 
Awal hari itu, Mahkamah Persekutuan menolak rayuan terakhir Anwar terhadap sabitannya.
 
Dalam ucapannya di majlis mengangkat sumpah jawatan hari ini untuk empat hakim yang masing-masing dinaikkan kedudukan di Mahkamah Persekutuan, Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Tinggi, Arifin memberi amaran bahawa tindakan sewajarnya akan diambil terhadap mereka yang mencemar kemuliaan dan integriti badan kehakiman.
 
Beliau berkata, badan kehakiman terbuka kepada kritikan tetapi tidak akan membiarkan tuduhan tidak berasas di media sosial dan forum awam.

Pada 10 Februari, Arifin dan empat hakim lain yang membicarakan rayuan Anwar terhadap sabitan sodominya beredar meninggalkan bilik Mahkamah Persekutuan bila pemimpin pembangkang itu menyelar mereka dari kandang tertuduh, menuduh mereka bersekongkol dengan tuan politik mereka.
  
Beberapa minit kemudian, hakim-hakim itu masuk semula ke bilik mahkamah dan menyampaikan keputusan mereka terhadap rayuan Anwar mengenai hukumannya, mengekalkan hukuman penjara lima tahun kerana meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan pada 2008.
  
Awal hari itu, Mahkamah Persekutuan menolak rayuan terakhir Anwar terhadap sabitannya.
  
Dalam ucapannya di majlis mengangkat sumpah jawatan hari ini untuk empat hakim yang masing-masing dinaikkan kedudukan di Mahkamah Persekutuan, Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Tinggi, Arifin memberi amaran bahawa tindakan sewajarnya akan diambil terhadap mereka yang mencemar kemuliaan dan integriti badan kehakiman.
  
Beliau berkata, badan kehakiman terbuka kepada kritikan tetapi tidak akan membiarkan tuduhan tidak berasas di media sosial dan forum awam.

"Saya tegaskan bahawa mahkamah memandang serius sebarang tingkah laku yang mencemar kemuliaan dan integriti badan kehakiman dan tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan sewajarnya," kata beliau.
  
Arifin berkata, kritikan tidak berasas terhadap mahkamah akan melemahkan perjalanan kehakiman dan menghakis keyakinan awam terhadap institusi itu.
  
Beliau berkata, serentak dengan penyebaran teknologi komunikasi, terdapat ramai dalam masyarakat yang tidak segan silu dan tidak rasa bersalah melemparkan sindiran tentang segala perkara yang berlaku di sekeliling mereka.
 
"Seolah-olah menganggap tindakan mereka dapat diterima bila mereka membuat kenyataan menerusi media sosial seperti Facebook, Twitter, Instagram dan YouTube yang mempunyai pengikut yang semakin bertambah - sekalipun kritikan seumpama itu tidak ada justifikasinya, dan boleh dipersoalkan.
 
 Arifin mengingatkan hakim agar sentiasa menegak dan mempertahankan kebebasan badan kehakiman dengan membuat keputusan yang adil berasaskan prinsip undang-undang yang sah.

Beliau berkata, kebebasan badan kehakiman adalah perkara paling utama dalam pentadbiran negara dan Perdana Menteri dikehendaki menjamin kebebasan institusi itu di bawah Akta Suruhanjaya Kehakiman 2009.
  
Arifin juga mengingatkan pihak-pihak lain khususnya peguam agar tidak bertindak menentang undang-undang bila menyuarakan rasa tidak puas hati terhadap keputusan mahkamah.
  
Beliau berkata, tanggungjawab integriti kehakiman tidak terletak pada bahu Perdana Menteri dan para hakim semata-mata, tetapi perlu dipertahankan oleh pihak awam.
 
"Dengan penuh kesedaran, saya mesti nyatakan, perkara mengenai perjalanan kehakiman di negara ini perlu diserahkan sepenuhnya kepada badan kehakiman tanpa gangguan.
  
"Badan kehakiman mestilah dilihat sebagai institusi yang bertugas memberi keadilan kepada rakyat tanpa mengira kaum, agama dan kepercayaan dalam menegakkan prinsip pemisahan kuasa yang demokratik.
  
"Badan kehakiman mestilah juga dilihat sebagai pemelihara Perlembagaan dan pelindung hak rakyat," kata Arifin.

Terdahulu, hakim Mahkamah Rayuan Datuk Zaharah Ibrahim, 62, mengangkat sumpah sebagai hakim Mahkamah Persekutuan, sementara hakim Mahkamah Tinggi Datuk Zamani A. Rahim, 64, dinaikkan pangkat hakim Mahkamah Rayuan.
  
Dua Pesuruhjaya Kehakiman Vazeer Alam Mydin Meera, 53; dan Datuk Douglas Cristo Primus Sikayun, 63, disahkan sebagai hakim-hakim Mahkamah Tinggi.  - Bernama

BN tak perlu hampiri PRK Permatang Pauh, Chempaka – Kit Siang

Posted: 16 Feb 2015 04:32 AM PST

Kit Siang

Roketkini.com


SERDANG – Barisan Nasional disaran menjauhi pilihanraya kecil di kedua-dua kawasan Parlimen Permatang dan juga DUN Chempaka yang bakal menjelang.

Saranan itu dibuat dengan tegas oleh Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang dalam ceramah sulong solidariti bersama Datuk Seri Anwar Ibrahim anjuran parti tersebut di Balakong semalam.

"Saya rasa mereka (Umno-BN) tidak akan bertanding di Chempaka, tetapi mereka akan bertanding di Permatang Pauh.

"Kalau mereka menitikberatkan perpaduan, saya seru Umno dan BN untuk tidak menghampiri Chempaka dan Permatang Pauh," ujar Ahli Parlimen Gelang Patah tersebut.

Menurut beliau, Pakatan Rakyat sememangnya sedang berhadapan beberapa dugaan, manakala pemergian Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat Khamis lalu merupakan satu pukulan yang amat hebat kepada pakatan PAS, DAP dan PKR.

Namun Kit Siang percaya sekiranya Mursyidul-am PAS itu masih ada, beliau pastinya bersetuju agar Pakatan Rakyat kembali kepada dua prinsip yang menjadi rahsia kejayaan Pakatan.

"Yang pertama ialah Dasar Bersama; walaupun ada beberapa perbezaan, kita ketepikan; manakala yang kedua ialah prinsip konsensus yang memerlukan persetujuan ketiga-tiga parti dalam apa sahaja perkara," jelasnya menerangkan petua kejayaan Pakatan menjelang PRU ke-14 akan datang.
Beliau terlebih dahulu memberi amaran bahawa Umno dan BN akan berusaha memburukkan krisis yang melanda Pakatan akhir-akhir ini dengan tujuan memecah-belahkan perikatan politik enam tahun itu.

Menurutnya, Umno-BN akan memperguna senario dua pilihanraya kecil yang bakal berlangsung ini demi memajukan agenda mereka bagi menghancurkan Pakatan Rakyat supaya mereka boleh selamat dalam PRU ke-14.

Kit Siang meramalkan bahawa Umno-BN tidak akan bertanding di Chempaka dengan alasan bahawa keutamaan di Kelantan ialah untuk membina semula negeri tersebut yang dilanda musibah banjir akhir tahun lalu.

Sedangkan parti pemerintah itu sudah pasti akan bertanding di Permatang Pauh, yang merupakan kerusi PKR.

Ura-ura kerajaan perpaduan antara Umno dan PAS kian hangat sejurus Nik Aziz meninggal dunia, memandangkan beliau sahajalah alasan usaha perpaduan itu tidak berjaya. – Roketkini.com

Tanam padi 5 kali 2 tahun lonjak pendapatan pesawah

Posted: 16 Feb 2015 04:22 AM PST

Oleh: NAEEM RAFFI


TANJUNG KARANG: Pelaksanaan tanaman padi lima kali dalam tempoh dua tahun mampu menampung permintaan tinggi pasaran dan meningkatkan pendapatan pesawah.

Exco Permodenan Pertanian dan Industri Asas Tani, Zaidy Abdul Talib berkata kajian dan percubaan ke arah itu masih diteruskan dengan kerjasama Jabatan Barat Laut Selangor.

YB Zaidy serah bantuan bekalan hasil padi Sg. Burong (7)

"Jabatan Pertanian Selangor telah melaksanakan program ini tetapi terdapat beberapa halangan terutamanya berkaitan bekalan air," katanya.

Beliau berkata demikian selepas Majlis Penyerahan Bantuan Baja Mikrob Biodcomposer di Parit Tiga, Kampung Sungai Burong, di sini, hari ini.

Hadir sama, Timbalan Pengarah Jabatan Pertanian Selangor, Mohd Abidin Ariffin dan Pegawai Pertanian Daerah Sabah Bernam, Mohamad Izwan Hasan.

"Setakat ini, sudah ada segelintir pesawah menjalankan penanaman padi tiga kali setahun.

"Kajian masih dijalankan berhubung kesuburan tanah, bekalan air dan beberapa elemen lain sebelum ia dilaksanakan menyeluruh," katanya.

Selangor merupakan negeri tertinggi pengeluaran hasil padi dengan purata 6.15 tan metrik semusim berbanding dengan purata negara yang hanya 4.49 tan metrik semusim.

"Seramai 9,057 pesawah Selangor puratanya ramai komited dan ada sebahagian daripada mereka berjaya capai tahap pengeluaran padi 10 metrik tan sehektar semusim," katanya.EZY

Menteri: Pembatalan Kidex dibawa ke Kabinet

Posted: 16 Feb 2015 04:20 AM PST

SELANGOR KINI


SHAH ALAM: Isu pembatalan projek Lebuhraya Kinrara-Damansara (Kidex) akan dibawa ke Mesyuarat Kabinet dalam masa terdekat, kata Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Fadillah Yusof.

Fadillah berkata, beliau tidak boleh memberikan sebarang komen berhubung isu berkenaan kerana membabitkan Kabinet dan Kerajaan Negeri.

Fadillah Yusof"Saya akan meneliti terlebih dahulu alasan Dato' Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali berhubung pembatalan Kidex yang diumumkan beliau.

"Selepas itu, saya akan merujuk perkara ini kepada Kabinet dan akan membuat kenyataan rasmi selepas segala yang berkaitan diselesaikan," katanya ketika dihubungi Selangor Kini.

Terdahulu, Kerajaan Selangor hari ini mengumumkan pembatalan projek berkenaan ekoran kegagalan syarikat konsesi mematuhi tiga syarat ditetapkan, sebelum 14 Februari lalu.

Pusat patut contohi ketegasan MB batal projek Kidex

Posted: 16 Feb 2015 04:17 AM PST

Oleh: AFIX REDZUAN


SHAH ALAM: Kerajaan Pusat patut mencontohi ketegasan Kerajaan Selangor yang membatalkan projek Lebuhraya Kinrara Damansara (Kidex) yang selama ini menjadi pertikaian berhubung keperluan projek itu.

Adun Damansara Utama, Yeo Bee Yin, berkata syarikat konsesi diberikan masa cukup untuk membuktikan kepada Kerajaan Negeri bahawa projek itu relevan dilaksanakan.

kidexNamun selepas tempoh diberikan, syarikat konsesi masih gagal berbuat demikian.

"Keputusan yang bagus. Kerajaan Selangor telah memberikan masa cukup kepada mereka namun pemaju tidak berkeupayaan untuk membuktikan manfaat pembinaan projek ini.

"Menteri Kerja Raya perlu mencontohi tindakan Kerajaan Selangor," katanya ketika dihubungi Selangorkini.

Speaker DNS, Hannah Yeoh
menerusi lama twitter menyambut baik pendirian tegas Kerajaan Selangor membatalkan projek itu.

"(Satu) pendirian tegas," katanya ketika membalas twitter Dato' Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali.

Adun Bukit Gasing, Rajiv Rishyakaran berkata Kerajaan Selangor kini perlu memberikan fokus kepada pelan pembangunan pengangkutan awam bagi mengatasi masalah kesesakan jalan raya.

"Saya menyokong pendirian dan keputusan Menteri Besar dalam isu ini memandangkan Kerajaan Selangor memberikan syarat khas (kepada syarikat konsesi) namun gagal dipatuhi.

"Selepas ini, Kerajaan Selangor perlu memberikan fokus kepada pelan pembangunan pengangkutan awam seperti yang dibuat di Singapura," katanya.

Kerajaan Selangor hari ini mengumumkan pembatalan projek berkenaan ekoran kegagalan syarikat konsesi mematuhi tiga syarat ditetapkan sebelum 14 Februari 2015.EZY

Masyarakat India terpinggir akibat politik perkauman UMNO-BN

Posted: 16 Feb 2015 04:15 AM PST

kit siang

 Roketkini.com


PETALING JAYA : Isu gangsterisme dalam masyarakat India berpunca akibat terpinggirnya kaum itu selama beberapa dekad akibat kegagalan pembinaan negara dan dasar kerajaan kata Ketua Ahli Parlimen DAP Lim Kit Siang.

Ahli Parlimen Gelang Patah itu berkata demikian dalam pelancaran buku Dr Carl Vadivella Belle berjudul 'Tragic orphans:Indians in Malaysia' di Petaling Jaya, semalam.

Menurutnya, banyak masalah membelenggu masyarakat India, namun paling utama adalah masalah 'gangsterisme'.

"Masalah gangsterisme semakin parah beberapa tahun ini, baik dari segi bilangan, penjenayah dan banduan di penjara.

"Kemasukan gangster ke sekolah untuk menakut-nakutkan dan mengganggu pelajar serta kekejaman dilakukan terhadap mangsa serupa dengan apa yang dilakukan kumpulan militan Islamic State.

"Mereka sanggup memotong anggota badan dan memancung kepala mangsa mereka,"ujarnya.

Dalam pada itu Kit Siang menyelar sikap Perdana Menteri dan barisan kabinet yang gagal mengurus keharmonian negara

Ini termasuk isu keceluparan Datuk Ismail Sabri mengeluarkan kenyataan perkauman menuduh masyarakat Cina menindas orang Melayu.

"Ini bukan saja hal kesombongan Ismail Sabri, tetapi kita mempunyai Kabinet dan Perdana Menteri yang boleh dipaksa untuk menerima alasan keterlaluan.

"Masalah mikro gangsterisme di kalangan India ini adalah ekoran masalah makro iaitu keterpinggiran masyarakat India selama beberapa dekad.

"(Ini) menunjukkan kegagalan dasar-dasar pembinaan bangsa oleh Barisan Nasional selama beberapa dekad," tegas Kit Siang.

Justeru itu, Kit Siang menyeru penubuhan sebuah 'Rekonsiliasi Nasional' tanpa mengira kaum dan agama bersama parti-parti politik dan gerakan masyarakat sivil.

"Ini (rekonsiliasi nasional) untuk menyelamatkan Malaysia dari menjadi sebuah 'negara gagal' dan prinsip kita adalah untuk memastikan tidak ada warga menjadi 'anak yatim yang menyedihkan'' di Malaysia ini," ujarnya. – Roketkini.com

Awas taktik ‘pecah-belah’ BN guna PRK Chempaka dan Permatang Pauh

Posted: 16 Feb 2015 04:13 AM PST

lim_kit_siang

Roketkini.com


KUALA LUMPUR: Parti Pakatan Rakyat dinasihat berhati-hati dengan taktik pecah-belah dan menimbulkan kesangsian menggunakan pilihanraya kecil (PRK) DUN Chempaka di Kelantan, dan Permatang Pauh di Pulau Pinang.

Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang berkata, UMNO dijangka mendalangi plot baru untuk melemahkan Pakatan Rakyat dengan menimbulkan perpecahan dan kesangsian, antaranya melalui helah tidak bertanding dalam pilihanraya kecil DUN Chempaka di Kelantan, manakala berusaha sedaya-upaya memenangi Parlimen Permatang Pauh.

Rancangan itu boleh 'dibaca' berdasarkan kenyataan Pengerusi Umno Kelantan, Datuk Mustapa Mohamad, Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin dan Presiden Gerakan Datuk Mah Siew Keong yang diberi 'lampu hijau' untuk menyatakan secara terbuka berhubung cadangan agar BN tidak bertanding di DUN Chempaka.

"Saya tidak ragu-ragu. Itu strategi UMNO-BN merancang plot baru untuk cuba membawa perpecahan kepada Pakatan Rakyat.

"Ini memberikan semacam alasan untuk mengaburi gerakan politik berdasarkan kenyataan sedemikian," kata Kit Siang dalam satu kenyataan hari ini.

Sementara itu, Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng dalam kenyataan berasingan berkata, UMNO akan mengubah strateginya dengan menumpukan kekuatan ke PRK Permatang Pauh, dengan tujuan 'menyelesakan' PAS.

Antaranya melalui kenyataan Pengerusi Umno Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed bahawa BN tidak perlu meletakkan calon di DUN Chempaka, selepas penyandangnya, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat meninggal dunia.

Mustafa turut mencadangkan BN tidak bertanding DUN Chempaka, sebaliknya menumpukan kepada pemulihan pasca banjir di negeri itu.

Tegas Guan Eng, hujah sedemikian begitu lemah dan tidak meyakinkan.

"Berbeza dengan keengganan UMNO Kelantan, Pengerusi UMNO Pulau Pinang Zainal Abidin Osman pula menyatakan akan bertanding di Permatang Pauh kerana yakin dapat melakukannya dengan baik.

"Cadangan bertanding PRK di satu dari dua kerusi adalah strategi tersusun untuk memaksimakan kekuatan dan sumber UMNO.

"Untuk membantu kemenangan di kerusi Permatang Pauh, UMNO tidak akan bertanding di Chempaka bagi 'menggembirakan' PAS, selain menjauhkan diri dari serangan Ibrahim Ali keatas Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat " kata Guan Eng.

Sementara itu, pengarah pilihan raya PAS, Dr Mohd Hatta Ramli seperti dilaporkan Malaysian Insider berkata, BN perlu konsisten dalam keputusannya tidak bertanding di DUN Chempaka, dengan turut tidak bertanding di Parlimen Permatang Pauh.

Tambahnya, BN menyifatkan pilihan raya kecil (PRU) Kajang tahun lepas sebagai pembaziran dan membebankan rakyat, dan hujah tersebut harus masih diterima pakai.

"Kalau pendirian mereka konsisten, ia bukan sahaja isu banjir di Kelantan, tetapi juga jumlah perbelanjaan besar dan bagaimana ia membebankan rakyat.

"(Mereka berkata) kita baru saja selesai pilihan raya umum, oleh itu hujah sama yang diberikan ketika PRK Kajang lalu patut diterima sekarang.

"Sekiranya mereka merasakan tidak perlu bertanding di Chempaka, saya percaya keputusan sama perlu dibuat mengenai Permatang Pauh," kata Dr Hatta pada satu sidang media hari ini.

Dalam pada itu kata Dr Hatta, PAS sedia menghadapi PRK Chempaka dan percaya pengundi tidak melupakan jasa Nik Aziz kepada mereka.

Ahli Parlimen Kuala Krai itu menambah, PAS akan membantu PKR berkempen di Permatang Pauh, selepas kerusi itu diisytihar kosong oleh Suruhanjaya Pilihan Raya kelak.

"Kami akan ada di sana. Kami ada ADUN di Permatang Pasir. Jadi merupakan kewajiban memastikan kerusi DUN itu memberi sokongan sepenuhnya kepada PKR.

"Di Penanti dan Seberang Jaya juga kami ada sokongan kuat. Kami akan memastikan kerusi ini kekal di tangan PR sehingga pilihan raya umum akan datang," kata Dr Hatta. – Roketkini.com

Anak M'sia ketuai projek patukan ular di Myanmar

Posted: 15 Feb 2015 11:02 PM PST

MALAYSIAKINI


 


Seorang penyelidik kelahiran Malaysia kini mengetuai projek antarabangsa untuk menyelamatkan nyawa beribu-ribu orang yang mati setiap tahun akibat patukan ular berbisa di Myanmar.

Dr Peh Chen Au, pensyarah kanan klinikal, Fakulti Ubat-ubatan, Universiti Adelaide, berkata patukan ular merupakan masalah kesihatan awam utama di Myanmar, terutama dalam kalangan penduduk miskin yang bekerja di kawasan pertanian seperti di sawah padi.

Dr Peh, yang berasal dari Taiping, Perak tetapi kemudian bersekolah di Pulau Pinang dan Singapura sebelum datang ke Australia, berkata walaupun angka sebenar tidak diketahui, tetapi dianggarkan 2,000 orang mati setiap tahun akibat patukan ular di Myanmar, majoriti disebabkan kegagalan ginjal akut akibat patukan.

Jabatan Hal Ehwal Luar dan Perdagangan (DFAT) Australia telah menawarkan A$42.3 juta (RM117.63 juta) kepada universiti tersebut bagi projek selama tiga tahun untuk membantu meningkatkan pengurusan pesakit patukan ular di Myanmar.

Selain itu, menjalin perkongsian dengan pengeluar anti venom terkemuka Australia, bioCSL - untuk meningkatkan kualiti, kuantiti dan kebolehsediaan anti venom.

Pasukan penyelidik itu bekerjasama dengan badan-badan industri dan kerajaan di Myanmar untuk mengenal pasti dan melaksanakan perubahan yang berpotensi untuk menyelamatkan nyawa.

"Melalui gabungan sistem penjagaan kesihatan berkualiti dan penyelidikan selain mempunyai industri anti venom yang terkemuka, Australia berada dalam kedudukan untuk memainkan peranan kepimpinan global melalui usaha kemanusiaan ini," Dr Peh dipetik sebagai berkata dalam siaran media yang dikeluarkan oleh universiti itu.

Dr Peh, 51, yang juga pakar perubatan ginjal di Royal Adelaide Hospital, berkata patukan ular merupakan satu daripada penyakit tropika yang paling diabaikan di dunia.

Patukan berbisa dari Russell viper - satu daripada ular paling berbisa di Myanmar - perlu diberi rawatan anti venom dalam tempoh satu hingga tiga jam yang pertama, jika tidak pesakit menghadapi risiko mengalami kegagalan gingal teruk dan menyebabkan kematian.

"Malangnya, bagi kebanyakan mangsa patukan ular, mereka berada di kawasan terpencil yang kurang sedikit bagi anti venom, dan sering mereka tidak menerima rawatan yang diperlukan dalam tempoh itu," kata Dr Peh.

Ahli-ahli lain pasukan itu ialah Prof Madya Julian White dan Dr Afzal Mahmood, kedua-duanya dari Jabatan Toksinologi, Hospital Wanita dan Kanak-kanak Adelaide dan Jabatan Pediatrik dan Kesihatan Reproduktif universiti berkenaan.

Prof White berkata: "Beberapa daripada ular paling berbisa di dunia terdapat di Australia tetapi pada hakikatnya hanya 600-1,000 patukan ular dilaporkan setiap tahun, dan menyebabkan beberapa kematian.

"Myanmar mencatatkan sekurang-kurangnya 14,000 kes patukan ular setiap tahun - anggaran bersifat konservatif tetapi angka sebenarnya mungkin tiga kali lebih tinggi daripada itu."

Dr Afzal, berasal dari Pakistan, berkata kerajaan Myanmar membantu dengan memberi subsidi bagi kos rawatan anti venom, tetapi kos tambahan seperti pengangkutan dan penginapan perlu ditanggung sendiri oleh pesakit.- Bernama

Muhyiddin: Saya tak mahu MIC dibubarkan

Posted: 15 Feb 2015 10:58 PM PST

MALAYSIAKINI


 


Kepimpinan MIC perlu memberi kepercayaan sepenuhnya kepada Datuk Seri Najib Tun Razak, selaku Pengerusi Barisan Nasional (BN), untuk menyelesaikan krisis kepimpinan parti itu, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Timbalan Perdana Menteri berkata usaha menyelesaikan masalah kepimpinan MIC akan bertambah sukar sekiranya pemimpin parti itu engkar mengikuti formula yang telah dipersetujui bersama Pengerusi BN sebelum ini.

"Saya fikir adalah lebih baik ikut formula yang telah dipersetujui oleh Perdana Menteri. Jikalau tidak mahukan pandangan kita, terserah kepada MIC untuk selesaikan sendiri," katanya.

Muhyiddin, yang juga Timbalan Pengerusi BN, berkata demikian pada sidang media selepas menghadiri perjumpaan bersama ketua-ketua jabatan daerah Langkawi dan pemimpin UMNO Bahagian Langkawi di Langkawi, Ahad.

Beliau berkata Presiden Datuk Seri G. Palanivel dan timbalannya Datuk Seri Dr S. Subramaniam perlu bersatu dan menyerahkan kepada Pengerusi BN dan beliau untuk menyelesaikan krisis dalaman parti kaum India itu.

"Ia akan menjadi sukar apabila anda telah bersetuju dengan Perdana Menteri dan kemudian anda berkata tidak setuju. Bukan sahaja tidak bersetuju tetapi mula mempersoalkan banyak perkara. Ini tidak akan menyelesaikan masalah," katanya.

Beliau berkata arahan Pendaftar Pertubuhan (RoS) untuk parti itu mengadakan semula pemilihan semua jawatan adalah selaras dengan perlembagaan parti MIC, sambil menafikan dakwaan kononnya RoS menyebelahi satu-satu pihak.

Muhyiddin mahu pemimpin-pemimpin MIC melihat masalah dalaman yang mereka hadapi itu secara holistik dan menyelesaikannya tanpa mengambil kira kepentingan peribadi.

"Kita tidak mahu masyarakat India kecewa dengan apa yang berlaku dalam MIC, dan lari daripada BN. MIC perlu terus kekal kuat untuk memperjuangkan kepentingan semua masyarakat India negara ini," katanya.

Menurutnya, pada ketika ini, krisis dalaman MIC itu tidak mungkin dapat diselesaikan oleh pemimpin-pemimpin parti itu sendiri.

Muhyiddin berkata beliau tidak dapat membayangkan perkara terburuk yang mungkin berlaku terhadap MIC sehingga menyebabkan parti komponen BN itu dibubarkan.

"Jika serah pada MIC sedia ada, saya minta maaf...terus terang saya katakan parti itu mungkin berada dalam keadaan tak menentu. Saya tidak mahu bayangkan yang terburuk. Saya tidak mahu melihat MIC sampai ke tahap parti itu dibubarkan," katanya.

Katanya, beliau dan Perdana Menteri tidak mempunyai sebarang kepentingan peribadi dalam permasalahan parti itu serta tidak menyokong mana-mana pihak dalam krisis tersebut, sama ada Palanivel mahupun Dr Subramaniam. - Bernama

Tiada Internet tapi Anwar 'tulis' Facebook

Posted: 15 Feb 2015 10:57 PM PST

MALAYSIAKINI



 
 
 
Ia mungkin aneh bagi sesetengah apabila lelaki yang dipenjara boleh mengemaskini akaun Facebook dan meminta belas ihsan untuk keluar menziarahi majlis pengebumian.

Bagaimanapun perkara itu tidak pelik bagi Jabatan Penjara kerana media sosial banduan masih boleh diuruskan oleh pihak lain.

Perkara itu dijelaskan jabatan itu selepas Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim 'memuat naik' status di Facebook pada hari pengebumian bekas menteri besar Kelantan Datuk Nik Aziz Nik Mat.
"Cuma minta sedikit ihsan untuk beri sedikit penghormatan tetapi apakan daya.

"Dari jauh doa dan sentiasa dalam kenangan," menurut status yang dipertikai itu.

Gambar hitam putih turut dimuat naik bersama status itu, tiga hari selepas Anwar merengkok di penjara Sungai Buloh selepas kalah dalam kes Liwat II pada bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Ia mempamerkan saat-saat gembira Anwar bersama allahyarham Nik Aziz pada suatu masa.

Kedua-dua mereka kelihatan tersenyum mesra ketika bergambar bersama enam orang kanak-kanak di ruang tamu sebuah rumah.

Perkara itu dipertikaikan di Internet, menyebabkan Jabatan Penjara semalam tampil dengan penjelasannya.

"Tiada kemudahan Internet untuk Anwar Ibrahim dipenjara.

"Sesiapa boleh operate (kendalikan) Facebook dan Twitter beliau dari luar," tulis jabatan penjara di Twitter semalam.

Anwar dijatuhkan hukuman penjara lima tahun bermula 10 Februari lalu namun, sehingga kini akaun Facebook dan Twitter miliknya masih aktif.
 

Demo PKR sambut Anwar di mahkamah esok

Posted: 15 Feb 2015 10:52 PM PST

MALAYSIAKINI


 


PKR menggesa orang ramai berkumpul di Kompleks Mahkamah Jalan Duta di Kuala Lumpur esok bagi menunjukkan sokongan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim yang akan dibawa keluar sebentar daripada penjara ke tempat itu.

Anwar dijadual akan dibawa untuk prosiding kes saman fitnah terhadap Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman pada jam 8.30 pagi.

Nora Danish: Belajar dari kesilapan

Posted: 15 Feb 2015 10:41 PM PST


Nora Danish - Foto oleh SYAIFUL AZUAN Nora Danish - Foto oleh SYAIFUL AZUAN
 
 
JIKA diselak lembaran diari seni wanita bernama Nora Danish ini, pelbagai onak ranjau telah pun ditempuhi sepanjang 10 tahun berkecimpung di dalam bidang seni ini.

Mula menarik perhatian penonton menerusi lakonannya dalam sitkom Puteri pada tahun 2005, pemilik nama sebenar Nora Mohd Danish Hanif ini mengambil keputusan untuk mengakhiri zaman bujangnya pada 2006-ketika namanya mula mendaki ke puncak.

Namun baru sahaja melayari alam bahagia, rumah tangga Nora di uji dengan badai yang akhirnya membawa kepada penceraiannya dengan Toh Muda Rizal Ashram Ramli atau Jejai pada 2008.

Tidak pernah menunjukkan erti patah semangat, Nora semenjak itu memulakan hidup baru dengan putera tunggalnya, Putra Rayqal Ramli Rizal Ashram.

Sejak itu, dia nama Nora sering menjadi perhatian ramai, tidak kira kerana lakonan, mahupun usikan kontroversi yang sering menyapa perjalanannya.

Bagaimanapun satu demi satu ditelan wanita berusia 32 tahun ini tanpa sedikit pun menunjukkan erti kekalahan.

Namun sekeping gambar yang menunjukkan Nora memegang tangan seorang aktor, yang juga merupakan gandingannya dalam satu filem pertengahan tahun lalu sehingga menimbulkan rasa kurang senang si isteri, memberi pengajaran buatnya.

Ujar Nora dek kerana peristiwa itu, dia agak takut dan khuatir untuk menjayakan babak romantis dengan aktor Faizal Hussien dalam filem terbaru mereka, Gudang Kubur.

Dalam filem tersebut, Nora membawakan watak Zarra, isteri kepada Anwar yang dijayakan Faizal.

"Sejujurnya Nora memang takut dan sukar untuk menjayakan babak romantik dengan abang Faizal. Walaupun berlakon dengannya menjadi salah satu impian Nora, tapi Nora risau.

"Mujurlah abang Faizal banyak membantu, buat lawak supaya Nora tak rasa janggal dengannya. Tak sangka senang bekerjasama dengannya dan abang Faizal pun tak sombong," jelasnya yang ditemui media baru-baru ini.

Tambahnya sejak peristiwa itu juga, dia cuba mengehadkan sentuhan dengan aktor yang sudah berkahwin bagi menggelakkan salah faham berulang.

"Nora sekarang memang cuba hadkan setelah apa yang berlaku, sebab Nora kalau boleh memang nak elakkan babak-babak yang berpegangan.

"Sebab kadang-kadang isteri orang kita tak tahu perasaan dan hati mereka. Jadi bagi Nora, lepas ini kita lebih mainkan hati, cara pandang itu dan pergerakan bahasa badan," katanya.

Di tebak pengalamannya berlakon dalam filem seram terbitan Mangkin Prestij ini, Nora berkata, dia bersyukur kerana tidak mengalami apa-apa kejadian pelik sepanjang terlibat dalam penggambaran filem tersebut.

"Alhamdulillah watak Nora dalam filem ini tidaklah sesukar seperti Nora lakonkan dalam filem Pengantin Malam.

"Nora juga tidak alami apa-apa gangguan atau perkara pelik, apatah lagi pihak produksi memang mengamalkan untuk mengadakan kenduri doa selamat sebelum penggambaran bermula dan turut membaca doa di lokasi, setiap kali sebelum memulakan penggambaran," katanya.

Buka kafe

Dalam pada itu, di tebak mengenai perniagaan kafe yang dikatakan milik Nora di Bangsar, aktres tersebut segera mengiakannya.

Ujar Nora, kafe yang diberi nama Kopi XOXO itu adalah hasil kerjasamanya bersama empat lagi rakan.

"Ya, Nora bersama empat lagi rakan akan membuka sebuah kafe yang terletak di Jalan Riong, Bangsar.

"Antara sebab utama kami memilih untuk menceburi perniagaan ini adalah kerana kami suka makan, memasak. Jadi sesiapapun yang mengunjungi kafe ini bolehlah makan-makan, melepak dan bergosip bersama rakan-rakan mereka," katanya.

Di tanya mengapa memilih untuk bergabung seramai lima orang, Nora berkata : "Bagi Nora bila bergabung berlima, kita ada lima idea. Soal keuntungan kita letak satu bab lain. Tapi yang penting adalah kepuasan," katanya yang enggan mendedahkan kos pembukaan kafe tersebut.

Sementara itu, bagai tidak lengkap andai tidak mengusik perihal hubungannya dengan Nedim Nazri, Nora berkata, setakat ini belum ada sebarang perancangan untuk mendirikan rumah tangga dalam masa terdekat ini.

"Kalau Nora berkahwin, Nora tidak akan rahsiakan perkara ini kerana tidak akan ada majlis besar-besaran.

"Kalau diberitahu dalam masa singkat pun, mungkin cuma ingin umumkan tarikh pernikahan kerana Nora tak rancang akan bersanding," ujarnya yang menafikan sengaja menayangkan percintaannya kepada umum.

Pas tetap sedia bertanding Dun Chempaka

Posted: 15 Feb 2015 10:39 PM PST


Mohamad Sabu (dua kanan) dan Tuan Ibrahim (kanan) pada sidang media, semalam. Mohamad Sabu (dua kanan) dan Tuan Ibrahim (kanan) pada sidang media, semalam.
 
 
TEMERLOH – Pas tetap bersedia sekiranya Umno bercadang untuk tidak meletak calon pada PRK Dun Chempaka dan perkara itu bukan sesuatu yang dianggap baharu.

Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu berkata, Umno pernah tidak meletak calon di kerusi Dun Penanti sebelum ini dan jika mereka bercadang untuk tidak bertanding di Dun Chempaka, Pas tetap bersedia dengan kemungkinan ada calon dari Bebas.

"Dari segi calon pula kita belum memutuskan sesiapa, negeri (Pas negeri) belum buat keputusan," katanya pada sidang media selepas perjumpaan tertutup antara Dewan Harian Pas Pusat yang dihadiri semua pimpinan Pas termasuk Presiden, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dengan Pas Pahang di Markas Pas Kampung Sungai Gau di sini, semalam.

Mohamad atau lebih dikenali Mat Sabu berkata, lantikan Mursyidul Am Pas yang baharu akan diputuskan Majlis Syura yang akan berbincang selepas tempoh bertenang nanti.

Azmin batalkan projek Kidex

Posted: 15 Feb 2015 10:37 PM PST


Azmin Ali Azmin Ali
 
 
SHAH ALAM - Kerajaan Selangor bertindak membatalkan Projek Lebuhraya Kinrara-Damansara (Kidex) susulan kegagalan syarikat konsesi itu mematuhi syarat-syarat yang ditetapkan pada tarikh akhir 15 Februari 2015.

Menteri Besarnya, Mohamed Azmin Ali berkata, memandangkan tarikh tamat perjanjian sudah  berakhir namun dalam tempoh berkenaan tidak ada satu pun syarat yang dipatuhi Kidex.

"Kerajaan negeri dengan ini mengumumkan pembatalan projek lebuhraya bertingkat berkenaan.

"Kerajaan Selangor mengamalkan pendekatan mengambil kira pandangan orang ramai dalam menentukan kelulusan sesebuah projek agar ia membawa manfaat menyeluruh," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Menurut beliau, kerajaan negeri telah menggunapakai maklum balas orang ramai yang terbabit untuk menetapkan syarat - syarat khusus yang perlu dipatuhi.

"Kerajaan Negeri juga berpendirian bahawa pembinaan lebuhraya dalam Negeri Selangor perlulah bermanfaat bukan sahaja kepada pengguna lebuhraya tetapi juga dinikmati oleh penduduk di mana lebuhraya itu dibina.

"Pendirian ini telah diluluskan dalam pembentangan Belanjawan Negeri Selangor 2015 di Persidangan Dewan Negeri Selangor pada 24 November 2014," katanya.

Hatta nafi bakar kereta ada kaitan jatuhkan Hadi

Posted: 15 Feb 2015 10:30 PM PST


Mohd Hatta Mohd Ramli Mohd Hatta Mohd Ramli
 
 
KUALA LUMPUR - Ketua Pengarah Pilihanraya Pas, Dr Mohd Hatta Ramli menafikan kejadian cubaan bakar ke atas keretanya, Sabtu lalu ada kaitan dengan pendedahan terbaru berhubung dakwaan usaha menjatuhkan Presiden, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Beliau yang juga Ahli Jawatankuasa Pas Pusat memberitahu kes tersebut sedang dalam siasatan polis.

"(Kes bakar kereta ada kaitan dakwaan terbaru kaitkan Abdul Hadi?) Tiada kaitan.

"Polis sedang siasat. Unit K9 telah dihantar ke rumah saya dan saya yakin mereka akan temui sesuatu," katanya pada sidang media, di Pejabat Ahli Parlimen Lembah Pantai, hari ini.

Hatta adalah antara lima pemimpin tertinggi Pas yang dikaitkan sebagai dalang untuk menjatuhkan Presiden, Datuk Seri Abdul Hadi Awang oleh Ketua Pemuda Pas Kuantan, Noorzazilafadli Ibrahim, baru-baru ini.

Kereta miliknya jenis Toyota Fortuner itu mengalami kerosakan kecil apabila cuba dibakar dipercayai perbuatan khianat di kediamannya di Desa Aras, Ampang.

[ARTIKEL BERKAITAN: Kereta Dr Hatta Ramli cuba dibakar]

TGNA - Insan yang kaya

Posted: 15 Feb 2015 04:03 PM PST

ASPAN ALIAS



Allahyarham Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat (TGNA) dihormati ramai sehingga akhir kalamnya. Sebabnya adalah 'obvious', iaitu kerana beliau seorang ulamak yang memainkan peranan membentuk dan landskap politik negara terutamanya sejaka 20 tahun terakhir dalam hidupnya. TGNA dianggap sebagai seorang yang merendah diri dan hidup begitu 'simple' dan beliau tidak memerlukan rumah yang besar seperti pemimpin-pemimpi  UMNO dan sesetengah pimimpin PAS sendiri.

Di mana beliau tinggal sebelum memegang jawatan Menteri Besar di situ jugalah beliau duduk dan tinggal semasa memegang jawatan Menteri Besar itu. Bagaimana beliau berpakaian sebelum menjadi Menteri Besar begitu jugalah pakaiannya semasa dan sesudah menjadi Menteri Besar. Beliau tidak berubah cara hidup beliau walaupun beliau merupakan salah seorang pemimpin besar negara ini.

Beliau tidak ke sana ke mari dengan jet-jet mewah dan mempunyai isteri yang memegang pelbagai jawatan serta mempunyai pengaruh terhadap pimpinan beliau setiap masa. Malahan ramai yang tidak mengetahui nama isteri beliau. Di Singapura dahulu tidak ada siapa yang mengetahui nama isteri Lee Kuan Yew sampailah isterinya meninggal dunia, barulah namanya timbul. Itu pun sekarang ramai yang sudah lupa nama mendiang isterinya termasuk diri saya sendiri.

TGNA tidak mempunyai kehidupan yang glamour tetapi beliau tetap pemimpin besar kerana beliau betul-betul memilih cara hidup yang wasatiyah seperti saranan Dato' Seri Najib. Akhirnya yang bercakap tentang wasatiyah membelanjakan wang rakyat dengan begitu boros dan TGNA yang tidak melaungkan istilah wasatiyah tetap hidup dengan wasatiyah yang sebenarnya wasatiyah.

Ramai di antara kita yang beranggapan TGNA adalah seorang yang tidak kaya-raya dan tidak pula miskin kerana beliau berbelanja mengikut keupayaaan beliau dan tidak banyak menggunakan wang rakyat untuk kepentingan keluarga dan peribadi beliau.

Tetapi akhirnya terbukti TGNA merupakan orang yang terkaya di antara pemimpin-pemimpin negara. Semasa kematian beliau dua hari lepas, terbukti yang TGNA merupakan pemimpin yang teramat kaya. Berita kematian beliau telah diterima dengan begitu terharu oleh rakyat tanpa mengira kefahaman politik dan bangsa dan budaya. Beliau dihormati oleh ramai manusia bukan sahaja dalam negara ini tetapi berita kematiannya diketahui umum di peringkat antarabangsa.

Inilah kekayaan yang sebenarnya yang setiap umat perlu cari. Mahu tidak mahu kita wajar menerima kenyataan yang TGNA merupakan pemimpin yang terkaya melebihi kekayaan yang ada pada pemimpin-pemimpin besar yang lain. TGNA telah menunjukan betapa fakirnya banyak pemimpin-pemimpin yang lain semasa kematiannya.

Saya begitu kagum melihat keramaian rakyat yang datang menziarahi jenazah beliau. Saya yang tidak berkesempatan untuk ke Kota Bharu hanya melihat lautan manusia yang membanjiri Kota Bharu di hari pengkebumian beliau. Inilah kekayaan pemimpin ini yang sangat terserlah dan boleh dilihat dengan mata kepala kita sendiri.

Dalam kehidupan ini, bagaimana kita memulakannya tidak begitu penting, tetapi yang paling penting ialah bagaimana kita mengakhiri kehidupan kita. Segala amal dan ibadah serta ubudiyah dan amal sedekah kita itu semata-mata untuk mencari kekayaan di dunia dan akhirat. Kita mahu mati dalam kalimah dan seterus berbahagia di alam yang kekal itu nanti. Bagi mereka yang berjaya untuk mencapai kekayaan ini, mereka adalah kekayaan yang sejati dan sebenarnya.

Kekayaan wang ringgit bukan lagi setaraf dengan kekayaan jiwa kita. Kita boleh menjadi orang yang kaya dengan wang ringgit tetapi jiwa mereka masih fakir dan tidak bernyawa. Bagi mereka yang kaya jiwanya boleh dianggap sebagai seekor ikan yang hidup bertahun-tahun dalam lautan masin yang dalam, tetapi tidak terpengaruh dengan keadaan masin persekitaran dalam lautan yang luas itu. Jika ikan yang hidup dan berjiwa ini dikeluarkan dari lautan yang dalam dan masin itu, ia akan tetap tidak masin dan terpengaruh dengan keadaan sekeliling yang mencabar itu.

Sebaliknya, jika kita kaya tetapi fakir jiwa, kita boleh dianggap sebagai ikan mati yang akan hanyut mengikut arus, atau dalam bahasa Inggerisnya 'swimming with the flow'. Mereka ini ibarat ikan mati yang jika dimasukkan ke dalam air yang masin buat beberapa ketika dan dijemur, ikan itu akan menjadi ikan kering masin, kerana elemen masin itu telah meresap ke dalam ikan mati itu. Ikan masin kering ini selalunya akan terbuka matanya tetapi tidak bernyawa kerana sudah menjadi ikan masin yang akan digulai dan dimakan sebagai hidangan yang enak.

Kalau dilihat dari zahiriahnya ada tanda-tanda besar yang TGNA merupakan pemimpin yang sangat kaya, malahan lebih kaya daripada ramai pemimpin-pemimpin yang lain. Pembanjiran puluhan ribu manusia berbilang kaum dihari pengkebumian beliau tiga hari lepas jelas menampakkan bagaimana kayanya TGNA pemimpin politik dan masyarakat yang sangat popular itu.

Sesungguhnya TGNA adalah seorang yang paling kaya yang kita lihat dalam sejarah negara kita. Beliau kaya dalam erti hakikatnya yang sebenar.

Saya berdoa  agar rohnya sebaris dengan roh-roh aulia, ambia-ambia serta syuhada.

Dari pembaca bibir hingga mata-mata gelap

Posted: 15 Feb 2015 04:00 PM PST

MALAYSIAKINI


 


Ketika Mahkamah Persekutuan menyampaikan keputusan dalam kes Liwat II melibatkan Datuk Seri Anwar Ibrhaim Selasa lepas, terdapat beberapa perkara tidak dilaporkan media.

Sebagai contoh, ramai pihak sedar bahawa ramai pemerhati antarabangsa hadir sepanjang kes itu, daripada prosiding di peringkat mahkamah lebih rendah lagi.

Bagaimanapun, berhubung jumlah anggota polis Cawangan Khas, ramai yang tidak sedar berhubung perkara itu.

Bukan itu sahaja, pegawai daripada Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA), Kementertian Komunikasi dan Multimedia juga turut hadir.

Malah pegawai risikan tentera juga dipercayai memantau kes itu, walaupun mereka lebih sukar dicam.

Mereka ini antara pihak yang mengambil tempat di bahagian kerusi awam di mahkamah Kuala Lumpur dan Putrajaya dan bergaul selamba dengan pemberita, penyokong parti, anggota keluarga dan pemerhati.

Sepanjang tugasan panjang saya membuat liputan kes itu, saya masih ingat bagaimana terdapat seorang anggota polis wanita selalu hadir perbicaraan.

Kepakarannya – daripada apa yang saya difahamkan – membaca bibir.

Beliau tidak berada di situ untuk mengikuti perbicaraan kes liwat tetapi membaca bibir Anwar, terutamanya berhubung apa yang diperkatakannya dengan peguam.

Solat Jumaat pertama di Pulau Ketam minggu lalu

Posted: 15 Feb 2015 03:57 PM PST

MALAYSIAKINI


 


Minggu lepas menjadi hari bersejarah bagi masyarakat Islam di Pulau Ketam, Klang apabila solat Jumaat buat pertama kalinya berjaya dilangsungkan di kampung nelayan itu.

Malah, pada hari itu, bukan hanya penduduk tempatan tetapi warganegara asing, yang dipercayai menjadi majoriti masyarakat Islam setempat, turut hadir menunaikan tanggungjawab.

Seorang aktivis Angkatan Belia Islam Malaysia Mohd Azlan Sharif berkata kewajipan itu berjaya ditunaikan walaupun balai Islam di pulau kecil didominasi masyarakat Cina itu sudah berdiri sejak 90-an lagi.

Program itu dikelolakan oleh Pejabat Agama Daerah Klang.

Azlan bagaimanapun melihat kehadiran pada program pertama itu masih kurang walaupun dipercayai terdapat lebih 1,000 pekerja Indonesia beragama Islam dan sekurang-kurangnya 50 penduduk Islam di situ.

Sebelum ini orang Islam di Pulau Ketam menunaikan solat Jumaat dengan menyeberang laut ke Pelabuhan Klang, tidak jauh daripada situ.

Pulau Ketam dikatakan mula dihuni masyarakat Cina yang lari daripada menjadi sasaran tentera Jepun ketika pendudukan negara matahari terbit itu di Tanah Melayu.

Demo besar pro-Anwar bulan depan

Posted: 15 Feb 2015 03:55 PM PST

MALAYSIAKINI


 


Beberapa kumpulan anak muda hari ini mengumumkan pembentukan gabungan longgar dinamakan "KITA LAWAN" dan menyatakan hasrat mereka mengadakan perhimpunan di ibu negara minggu depan.

Gabungan parti-parti politik dan NGO itu merancang aktiviti itu sebagai reaksi terhadap pemenjaraan Datuk Seri Anwar Ibrahim minggu lepas.

"Hasil perbincangan bersama, kami telah merangka rancangan tindakan dan akan mengadakan perhimpunan pada 7 dan 8 Mac," kata pengarah strategi Pemuda PKR (AMK) dalam sidang media di Kuala Lumpur.

Ketuanya Nik Nazmi Nik Ahmad menggesa orang ramai hadir dalam perhimpunan yang pada jam 4 petang di pusat membeli belah Sogo itu.

Katanya, KITA LAWAN juga menggesa kesemua pemimpin Pakatan Rakyat menyertai perhimpunan itu.

Mereka juga mahu Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak meletakkan jawatan atas dakwaan terlibat dalam konspirasi politik, seperti didakwa Anwar, dan menuntut pembaharuan sistem kehakiman negara.

Selepas 22 tahun, presiden MIC dicabar

Posted: 15 Feb 2015 03:53 PM PST

MALAYSIAKINI


Timbalan Presiden MIC Datuk Seri Dr S. Subramaniam hari ini membuat keputusan untuk mencabar Datuk Seri G. Palanivel untuk jawatan nombor satu parti pada pemilihan semula parti berkenaan.

Pengumuman itu menyaksikan bakal berlaku persaingan sengit selepas 22 tahun jawatan presiden tidak dipertandingkan. Semalam, Palanivel turut mengesahkan pendirian beliau untuk mempertahankan jawatannya itu.

Dr Subramaniam ketika mengumumkan untuk mencabar presiden parti berkata:

"Saya membuat keputusan ini setelah melihat keadaan MIC sebegini, demi kepentingan masyarakat India, anggota parti dan bagi memastikan masa depan parti cerah," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Perjumpaan Bersama Ketua Cawangan dan Bahagian di sini, hari ini.

Turut hadir bagi menyatakan sokongan ialah Naib Presiden Datuk M. Saravanan, Ketua Pemuda C. Sivarraajh, Ketua Wanita M. Mohana serta lebih 2,000 anggota MIC termasuk ketua bahagian serta cawangan.

Kali terakhir parti berusia 68 tahun tersebut mengadakan pemilihan jawatan presiden ialah pada 1993, apabila Presiden MIC ketika itu Datuk Seri S. Samy Vellu dicabar S. Subramaniam yang lebih dikenali sebagai 'Jumbo Maniam'. Samy Vellu bagaimanapun menang.

Dr Subramaniam yang juga Menteri Kesihatan berkata keputusan itu turut diambil berikutan akar umbi parti yang telah hilang kepercayaan serta keyakinan terhadap Palanivel yang gagal menyelesaikan kemelut yang melanda MIC sejak kebelakangan ini.

Pada 9 Feb lepas, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata parti komponen Barisan Nasional itu perlu mengadakan pemilihan semula untuk semua jawatan yang dipilih antara April dan Julai tahun ini untuk mengelak daripada dibatalkan pendaftarannya akibat kemelut parti itu.

Beliau juga mendakwa parti itu tidak menyaksikan sebarang perubahan positif dan hanya berada dalam keadaan inersia sejak lima tahun ini.

Dr Subramaniam yang juga Anggota Parlimen Segamat berkata krisis MIC perlu diselesaikan dengan segera bagi meraih kembali sokongan serta keyakinan masyarakat India pada pilihan raya umum akan datang.

Mengenai kenyataan Palanivel yang menggantung keahlian bekas Setiausaha Agung A. Sakthivel, Dr Subramaniam berkata ia tidak sepatutnya berlaku dan Sakthivel belum menerima sebarang surat berhubung perkara itu secara rasmi.

Krisis MIC timbul selepas perbezaan pendapat apabila Pendaftar Pertubuhan (RoS) membatalkan pemilihan tiga jawatan naib presiden dan 23 jawatan Jawatankuasa Kerja Pusat (CWC) pada pemilihan agung parti yang diadakan di Melaka pada November 2013 berikutan aduan penyelewengan.

Dalam surat bertarikh 5 Dis 2014, RoS mengarahkan MIC mengadakan pemilihan semula untuk jawatan itu dalam tempoh 90 hari.

Konflik parti bertambah hangat apabila Palanivel meminta RoS supaya menarik balik semua suratnya sebelum Selasa ini dengan mendakwa ia bercanggah dengan akta pertubuhan dan perlembagaan parti serta mengancam akan mengambil tindakan undang-undang jika tidak berbuat demikian. - Bernama

Subramaniam cabar Palanivel jawatan presiden

Posted: 15 Feb 2015 03:49 PM PST

SINAR HARIAN

S Subramaniam
 
 
KUALA LUMPUR - Timbalan Presiden MIC, Datuk Seri Dr S. Subramaniam hari ini membuat keputusan untuk mencabar Datuk Seri G. Palanivel untuk jawatan nombor satu parti pada pemilihan semula parti berkenaan.

Pengumuman itu menyaksikan bakal berlaku persaingan sengit selepas 22 tahun jawatan presiden tidak dipertandingkan. Semalam, Palanivel turut mengesahkan pendirian beliau untuk mempertahankan jawatannya itu.
  
Dr Subramaniam ketika mengumumkan untuk mencabar presiden parti berkata: "Saya membuat keputusan ini setelah melihat keadaan MIC sebegini, demi kepentingan masyarakat India, anggota parti dan bagi memastikan masa depan parti cerah," katanya.
  
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Perjumpaan Bersama Ketua Cawangan dan Bahagian di sini, hari ini.
  
Turut hadir bagi menyatakan sokongan ialah Naib Presiden Datuk M. Saravanan, Ketua Pemuda C. Sivarraajh, Ketua Wanita M. Mohana serta lebih 2,000 anggota MIC termasuk ketua bahagian serta cawangan.
 
Kali terakhir parti berusia 68 tahun tersebut mengadakan pemilihan jawatan presiden ialah pada 1993, apabila Presiden MIC ketika itu Datuk Seri S. Samy Vellu dicabar S. Subramaniam yang lebih dikenali sebagai 'Jumbo Maniam'. Samy Vellu bagaimanapun menang.
  
Dr Subramaniam yang juga Menteri Kesihatan berkata, keputusan itu turut diambil berikutan akar umbi parti yang telah hilang kepercayaan serta keyakinan terhadap Palanivel yang gagal menyelesaikan kemelut yang melanda MIC sejak kebelakangan ini.
  
Pada 9 Februari lepas, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata parti komponen Barisan Nasional itu perlu mengadakan pemilihan semula untuk semua jawatan yang dipilih antara April dan Julai tahun ini untuk mengelak daripada dibatalkan pendaftarannya akibat kemelut parti itu.
  
Beliau juga mendakwa parti itu tidak menyaksikan sebarang perubahan positif dan hanya berada dalam keadaan inersia sejak lima tahun ini.
  
Dr Subramaniam yang juga Ahli Parlimen Segamat berkata krisis MIC perlu diselesaikan dengan segera bagi meraih kembali sokongan serta keyakinan masyarakat India pada pilihan raya umum akan datang.
  
Mengenai kenyataan Palanivel yang menggantung keahlian bekas Setiausaha Agung A. Sakthivel, Dr Subramaniam berkata ia tidak sepatutnya berlaku dan Sakthivel belum menerima sebarang surat berhubung perkara itu secara rasmi.
  
Krisis MIC timbul selepas perbezaan pendapat apabila Pendaftar Pertubuhan (RoS) membatalkan pemilihan tiga jawatan naib presiden dan 23 jawatan Jawatankuasa Kerja Pusat (CWC) pada pemilihan agung parti yang diadakan di Melaka pada November 2013 berikutan aduan penyelewengan.
  
Dalam surat bertarikh 5 Disember 2014, ROS mengarahkan MIC mengadakan pemilihan semula untuk jawatan itu dalam tempoh 90 hari.
  
Konflik parti bertambah hangat apabila Palanivel meminta ROS supaya menarik balik semua suratnya sebelum Selasa ini dengan mendakwa ia bercanggah dengan akta pertubuhan dan perlembagaan parti serta mengancam akan mengambil tindakan undang-undang jika tidak berbuat demikian. - Bernama

10 laluan berisiko maut di Terengganu

Posted: 15 Feb 2015 03:48 PM PST

SINAR HARIAN


Gambar hiasan - Foto Bernama Gambar hiasan - Foto Bernama
 
 
KUALA TERENGGANU - Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Terengganu mengenal pasti 10 jalan utama di negeri ini sebagai berisiko kemalangan maut setiap kali musim perayaan.

Pengarah JPJ Terengganu, Abdul Rahman Emang Anyie berkata jalan berkenaan ialah di tiga di Kemaman, masing-masing dua di Dungun dan Setiu, dan masing-masing satu di Marang, Kuala Nerus dan Besut.

Jalan terbabit ialah di KM 138 Jalan Kuala Terengganu-Kuantan (Cheneh, Kemaman), KM 107 Jalan Kuala Terengganu-Kuantan (Kg Labohan, Kemaman), KM 28 Jalan Kuala Terengganu-Kuantan (hadapan Stesen Penguat kuasa Kijal, Kemaman), KM 68.9 Jalan Kuala Terengganu-Kuantan (Simpang Tanjung Jara, Dungun) dan KM 75 Jalan Kuala Terengganu-Kuantan (hadapan stesen penguat kuasa Bukit Besi, Dungun).

Katanya jalan lain ialah di KM 68 Jalan Kuala Terengganu-Kota Baharu (Jalan Pantai Kampung Saujana, Setiu), KM 74 Jalan Kuala Terengganu-Kota Baharu (hadapan Stesen Penguat kuasa Air Sejuk, Setiu), KM 30 Jalan Kuala Terengganu-Kuantan (Kampung Pulau Kerengga, Marang), KM 30 Jalan Kuala Terengganu-Kota Baharu (Kampung Lingai, Kuala Nerus),dan KM 90 Jalan Kuala

Terengganu-Kota Baharu (Kampung Anak Ikan, Besut).

Justeru, katanya, JPJ meningkatkan pemantauan berkala di semua lokasi terbabit yang sering menyumbang kepada kadar kemalangan di negeri ini.

"Tumpuan yang lebih akan diberikan kepada lokasi kerap berlaku kemalangan ini dan kita juga telah memulakan Ops Statik sebagai satu usaha dan langkah pencegahan.

"Lazimnya bilangan kenderaan akan bertambah khususnya apabila dekat dengan musim perayaan seperti Tahun Baharu Cina ini. Jadi anggota kita akan bertugas selama 16 jam di lokasi yang dikenal pasti," kata Abdul Rahman kepada pemberita selepas melancarkan Ops Motosikal di sini, malam tadi.

Dalam ops tersebut yang dijalankan di Jalan Batu Buruk di sini selama tiga jam hingga 12 tengah malam tadi, sebanyak 55 saman dikeluarkan kepada penunggang motosikal atas pelbagai kesalahan selain turut menyita sebuah motosikal yang tamat tempoh cukai jalan dan kereta klon.

Abdul Rahman berkata, JPJ akan memantau di jalan-jalan yang telah dikenal pasti dari 12 hingga 27 Feb ini bagi memastikan pengguna jalan raya mematuhi undang-undang jalan raya, sekali gus memberi kesedaran bahawa terdapat anggota JPJ mengadakan pemantauan.

"Antara kesalahan yang diberi tumpuan oleh JPJ seperti pemandu atau menunggang motosikal gagal mematuhi lampu isyarat, memandu di lorong kecemasan, tidak memakai topi keledar, memotong garisan berkembar serta memotong di garisan berkembar," katanya.

Beliau berkata selain itu pihaknya juga turut mengadakan pemeriksaan bas ekspres di Terminal Bas Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) bagi memastikan semua bas yang digunakan berada dalam keadaan selamat.

Jelasnya, pihaknya juga meneruskan penguatkuasaan secara penyamaran sebagai penumpang ekpress bagi mengesan pemandu bas yang melakukan kesalahan-kesalahan di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987. – Bernama

Speaker serah notis Dun Chempaka kepada SPR

Posted: 15 Feb 2015 03:45 PM PST


Speaker Dun Kelantan Datuk Abdullah Yaakob memegang surat kekosongan Dewan Undangan Negeri (Dun) Kawasan N.06 Chempaka (kanan) dan salinan sijil kematian penyandang Dun Chempaka, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat semasa mengadakan sidang media di pejabatnya di Kota Bharu hari ini. - Foto Bernama Speaker Dun Kelantan Datuk Abdullah Yaakob memegang surat kekosongan Dewan Undangan Negeri (Dun) Kawasan N.06 Chempaka (kanan) dan salinan sijil kematian penyandang Dun Chempaka, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat semasa mengadakan sidang media di pejabatnya di Kota Bharu hari ini. - Foto Bernama
 
 
KOTA BHARU - Berikutan kekosangan kerusi Dun Chempaka, selepas kematian penyandangnya, Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, Speaker Dun Kelantan, Datuk Abdullah Ya'kub akan menyerahkan notis kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hari ini.
 
Abdullah berkata, notis tersebut akan dihantar menerusi serahan tangan kepada Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd. Yusof sendiri di Kuala Lumpur.
 
"Kini terserah kepada SPR untuk menentukan tarikh penamaan calon serta pengundian bagi Pilihan Raya Kecil (PRK).
 
"Berdasarkan kepada Perkara 46(5) Bahagian Pertama Undang-undang Perlembagaan Tubuh Kerajaan Negeri Kelantan telah memperuntukkan kekosongan kerusi Dun perlu diisi dalam tempoh masa 60 hari,"katanya dalam satu sidang media di sini hari ini.
 
Nik Abdul Aziz yang menghidap kanser prostat menghembuskan nafas terakhir pada jam 9.40 malam di rumahnya di Pulau Melaka, kira-kira satu jam selepas dibawa keluar daripada Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian, Khamis lalu.
 
Jenazah bekas Menteri Besar itu selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Pulau Melaka pada pukul 10.55 pagi Jumaat.
 
Dalam Pilihan Raya Umum Ke-13, Allahyarham Nik Abdul Aziz menewaskan calon Barisan Nasional (BN), Wan Razman Wan Abdul Razak dengan majoriti 6,500.
 
Mursyidul Am Pas itu memperolehi sebanyak 12,310 undi manakala Wan Razman memperolehi 5,810 undi.

Tiada ulasan: