DIALOG RAKYAT |
- Hukum penjara lima tahun Anwar tidak terlalu berat, kata Mahkamah Persekutuan
- MH370: Mejar Zaidi Saksi Kes Saman Terhadap Kerajaan Malaysia
- Pakatan Rakyat kehilangan ayam tambatan: bak kata pepatah Melayu, mati ayam mati tungau
- Pasar raya dikesan tipu pelanggan
- Pakatan Rakyat hilang Nik Aziz, Anwar selang 2 hari - Mujahid Yusof
- SPR: PRK tak mungkin diadakan serentak
- MB: TGNA rapatkan saf kepimpinan Pakatan
- Notis kerusi Dun Chempaka diterima minggu depan
- Anwar sampai mesej sedih perginya Nik Aziz
- Permohonan Anwar ziarah Nik Aziz ditolak
- 3 sekeluarga maut selepas pulang ziarah Nik Aziz
- Tribut Tok Guru Nik Abdul Aziz, yang dikagumi dari jauh
- Kerajaan Najib akan menyesal penjarakan Anwar – Ambiga Sreenevasan
- Berita Gembira Untuk Perubahan
- Siapa urus akaun FB bila anda mati?
- Puluhan ribu hadiri pengkebumian Nik Aziz
- Zunar dibebaskan dengan jaminan polis
- Datuk Hasbullah Awang Kembali Ke Rahmatullah -updated
- Al-Fatihah...perginya pemimpin ulung
- Tingkat keselamatan di 81 kem PLKN
- AG perjelas kenapa dakwa Anwar Seksyen 377B
- Terkini: Al-Fatihah :Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat Meninggal Dunia
- Makluman kepada mereka yang ingin ziarah
- Tuan Guru gigih kembalikan Islam memerintah
- Takziah mencurah-curah untuk Nik Aziz
Hukum penjara lima tahun Anwar tidak terlalu berat, kata Mahkamah Persekutuan Posted: 13 Feb 2015 07:22 AM PST THE MALAYSIAN INSIDER Hukuman penjara lima tahun dikenakan terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi kesalahan meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan tujuh tahun lalu, tidak terlalu berat, menurut Mahkamah Persekutuan. Ketua Hakim Negara Tun Arifin Zakaria berkata mahkamah tertinggi itu mengekalkan sabitan dan hukuman penjara yang diputuskan Mahkamah Rayuan selepas menimbangkan keseriusan kesalahan meliwat dan fakta bahawa Anwar telah mengambil kesempatan atas kedudukannya sebagai majikan kepada seorang mangsa yang masih muda. Beliau berkata demikian dalam penghakiman bertulis setebal 116 muka surat yang dikeluarkan hari ini. Beliau merujuk kepada satu kes undang-undang yang menyebut bahawa menjatuhkan hukuman merupakan soal budi bicara, mahkamah yang mendengar rayuan perlu teliti dalam mentafsirkan hukuman yang dikenakan oleh mahkamah lebih rendah. Dalam keputusan sebulat suara, Hakim Arifin berkata berhubung rayuan balas pihak pendakwaan untuk menambah tempoh hukuman penjara, panel hakim yang diketuainya berpandangan bahawa hukuman tidak boleh dikatakan sebagai tidak memadai yang memerlukan campur tangan mahkamah tertinggi. Oleh itu, katanya mahkamah menolak rayuan Anwar untuk mengenepikan sabitan dan hukuman penjara itu, dan rayuan balas pihak pendakwaan. "Hukuman diputuskan oleh Mahkamah Rayuan dengan ini disahkan," kata Hakim Arifin yang mengetuai panel lima hakim yang turut dianggotai Presiden Mahkamah Rayuan Tan Sri Md Raus Sharif dan hakim Mahkamah Persekutuan Tan Sri Abdull Hamid Embong, Tan Sri Suriyadi Halim Omar dan Datuk Ramly Ali. Pada 10 February, Anwar gagal dalam rayuan akhirnya bagi mengenepikan sabitan dan hukuman penjara lima tahun itu selepas Mahkamah Persekutuan menolak rayuannya. Arifin, semasa membacakan penghakiman pada hari berkenaan, berkata panel yakin sepenuhnya yang melampaui keraguan munasabah bahawa Mohd Saiful telah diliwat oleh Anwar dan beliau (Anwar) tidak menimbulkan sebarang keraguan munasabah terhadap kes pihak pendakwaan, dan dengan itu pihak pendakwaan telah berjaya membuktikan kesnya melampaui keraguan munasabah. Beliau berkata keterangan saintifik (perubatan dan bukti DNA) dikemukakan oleh pihak pendakwaan jelas menunjukkan sel sperma milik Anwar ditemui dalam bahagian bawah dan atas rektum Mohd Saiful. "Satu-satunya penjelasan yang logik bagi keadaan ini adalah PW1 (Saksi Pertama Pihak Pendakwaan Mohd Saiful) semestinya telah diliwat oleh perayu (Anwar)," katanya. Anwar diwakili pasukan 15 peguam bela yang diketuai Datuk Seri Gopal Sri Ram yang merupakan bekas hakim Mahkamah Persekutuan. Empat belas lagi peguam bela ialah Ramkarpal Singh Deo, Gobind Singh Deo, Sangeet Kaur Deo, N.Surendran, R.Sivarasa, J.Leela, Latheefa Koya, Lim Choon Khim, Eric Paulsen, Michelle Yesudas, Shahid Adli Kamaruddin, Zaleha Al-Hayat, Jeremy Vinesh Anthony dan Mohamed Aliff Bolkin. Peguam Kanan Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah mengetuai pihak pendakwaan dalam rayuan itu, dibantu Timbalan Pendakwa Raya Datuk Mohamad Hanafiah Zakaria. Mahkamah Rayuan mendapati Anwar, 67, bersalah meliwat Mohd Saiful, kini berumur 30 tahun, di Unit 11-5-1 Kondominium Desa Damansara, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara, di sini antara 3.10 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun, 2008. Pertuduhan mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan itu membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan jika sabit kesalahan. Sebanyak 27 saksi pihak pendakwaan termasuk saksi utama Mohd Saiful, dan lapan saksi pihak pembelaan termasuk Anwar memberi keterangan dalam perbicaraan yang mengambil masa hampir tiga tahun di Mahkamah Tinggi yang turut mendapat perhatian di seluruh dunia. Pada 9 Januari, 2012, Mahkamah Tinggi melepaskan dan membebaskan Anwar daripada pertuduhan itu atas alasan mahkamah tidak pasti 100% dengan integriti sampel yang diambil untuk ujian DNA daripada mangsa. Mahkamah memutuskan sampel itu mungkin telah diusik sebelum ia sampai ke Jabatan Kimia untuk analisis. Bagaimanapun, Mahkamah Rayuan mengubah penghakiman Mahkamah Tinggi dan mendapati Anwar bersalah terhadap pertuduhan meliwat Mohd Saiful dan memutuskan hakim perbicaraan telah terkhilaf dalam dapatannya berhubung sampel itu yang dibuat berdasarkan keterangan dua saksi pakar yang dipanggil pihak pembelaan. Hukum penjara lima tahun Anwar tidak terlalu berat, kata Mahkamah PersekutuanKetua Hakim Negara Tun Arifin Zakaria berkata mahkamah tertinggi itu mengekalkan sabitan dan hukuman penjara yang diputuskan Mahkamah Rayuan selepas menimbangkan keseriusan kesalahan meliwat dan fakta bahawa Anwar telah mengambil kesempatan atas kedudukannya sebagai majikan kepada seorang mangsa yang masih muda. Beliau berkata demikian dalam penghakiman bertulis setebal 116 muka surat yang dikeluarkan hari ini. Beliau merujuk kepada satu kes undang-undang yang menyebut bahawa menjatuhkan hukuman merupakan soal budi bicara, mahkamah yang mendengar rayuan perlu teliti dalam mentafsirkan hukuman yang dikenakan oleh mahkamah lebih rendah. Dalam keputusan sebulat suara, Hakim Arifin berkata berhubung rayuan balas pihak pendakwaan untuk menambah tempoh hukuman penjara, panel hakim yang diketuainya berpandangan bahawa hukuman tidak boleh dikatakan sebagai tidak memadai yang memerlukan campur tangan mahkamah tertinggi. Oleh itu, katanya mahkamah menolak rayuan Anwar untuk mengenepikan sabitan dan hukuman penjara itu, dan rayuan balas pihak pendakwaan. "Hukuman diputuskan oleh Mahkamah Rayuan dengan ini disahkan," kata Hakim Arifin yang mengetuai panel lima hakim yang turut dianggotai Presiden Mahkamah Rayuan Tan Sri Md Raus Sharif dan hakim Mahkamah Persekutuan Tan Sri Abdull Hamid Embong, Tan Sri Suriyadi Halim Omar dan Datuk Ramly Ali. Pada 10 February, Anwar gagal dalam rayuan akhirnya bagi mengenepikan sabitan dan hukuman penjara lima tahun itu selepas Mahkamah Persekutuan menolak rayuannya. Arifin, semasa membacakan penghakiman pada hari berkenaan, berkata panel yakin sepenuhnya yang melampaui keraguan munasabah bahawa Mohd Saiful telah diliwat oleh Anwar dan beliau (Anwar) tidak menimbulkan sebarang keraguan munasabah terhadap kes pihak pendakwaan, dan dengan itu pihak pendakwaan telah berjaya membuktikan kesnya melampaui keraguan munasabah. Beliau berkata keterangan saintifik (perubatan dan bukti DNA) dikemukakan oleh pihak pendakwaan jelas menunjukkan sel sperma milik Anwar ditemui dalam bahagian bawah dan atas rektum Mohd Saiful. "Satu-satunya penjelasan yang logik bagi keadaan ini adalah PW1 (Saksi Pertama Pihak Pendakwaan Mohd Saiful) semestinya telah diliwat oleh perayu (Anwar)," katanya. Anwar diwakili pasukan 15 peguam bela yang diketuai Datuk Seri Gopal Sri Ram yang merupakan bekas hakim Mahkamah Persekutuan. Empat belas lagi peguam bela ialah Ramkarpal Singh Deo, Gobind Singh Deo, Sangeet Kaur Deo, N.Surendran, R.Sivarasa, J.Leela, Latheefa Koya, Lim Choon Khim, Eric Paulsen, Michelle Yesudas, Shahid Adli Kamaruddin, Zaleha Al-Hayat, Jeremy Vinesh Anthony dan Mohamed Aliff Bolkin. Peguam Kanan Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah mengetuai pihak pendakwaan dalam rayuan itu, dibantu Timbalan Pendakwa Raya Datuk Mohamad Hanafiah Zakaria. Mahkamah Rayuan mendapati Anwar, 67, bersalah meliwat Mohd Saiful, kini berumur 30 tahun, di Unit 11-5-1 Kondominium Desa Damansara, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara, di sini antara 3.10 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun, 2008. Pertuduhan mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan itu membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan jika sabit kesalahan. Sebanyak 27 saksi pihak pendakwaan termasuk saksi utama Mohd Saiful, dan lapan saksi pihak pembelaan termasuk Anwar memberi keterangan dalam perbicaraan yang mengambil masa hampir tiga tahun di Mahkamah Tinggi yang turut mendapat perhatian di seluruh dunia. Pada 9 Januari, 2012, Mahkamah Tinggi melepaskan dan membebaskan Anwar daripada pertuduhan itu atas alasan mahkamah tidak pasti 100% dengan integriti sampel yang diambil untuk ujian DNA daripada mangsa. Mahkamah memutuskan sampel itu mungkin telah diusik sebelum ia sampai ke Jabatan Kimia untuk analisis. Bagaimanapun, Mahkamah Rayuan mengubah penghakiman Mahkamah Tinggi dan mendapati Anwar bersalah terhadap pertuduhan meliwat Mohd Saiful dan memutuskan hakim perbicaraan telah terkhilaf dalam dapatannya berhubung sampel itu yang dibuat berdasarkan keterangan dua saksi pakar yang dipanggil pihak pembelaan. | ||||
MH370: Mejar Zaidi Saksi Kes Saman Terhadap Kerajaan Malaysia Posted: 13 Feb 2015 07:15 AM PST Oleh: IZRA ABDUL RAHMAN Peguam yang mewakili keluarga mangsa, Datuk Dr Arunan Selvaraj berkata, pegawai Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) itu akan menjadi saksi di mahkamah kerana beliau mempunyai pengetahuan luas dalam bidang penerbangan. "Mejar Zaidi akan menjadi salah seorang daripada lima saksi dalam kes saman ini. "Hari ini kita hanya dedahkan seorang, manakala empat lagi akan didedahkan kemudian," katanya pada sidang media khas MH370 di sini, Jumaat. Arunan berkata, selain kerajaan Malaysia, Jabatan Penerbangan Awam Malaysia, Jabatan Imigresen, TUDM dan Penerbangan Malaysia turut dinamakan sebagai defendan dalam permohonan saman yang difailkan keluarga mangsa. "Kita boleh dedahkan semua saksi tetapi mengambil keputusan untuk dedahkan seorang sahaja buat masa sekarang," katanya. Seorang lagi peguam yang mewakili dua anak lelaki penumpang Mh370 itu yang masing-masing berusia 13 dan 11 tahun adalah Gary Edward Chong. Kedua-duanya dari firma Tetuan Rusmah Arunan & Associates. Sementara itu, Mejar Zaidi yang mempunyai 26 tahun pengalaman dalam bidang penerbangan berkata, matlamat utama beliau menjadi saksi adalah bagi membantu keluarga mangsa mencari kebenaran. "Saya secara sukarela bersetuju menjadi saksi. Saya ada tanggungjawab untuk tolong keluarga mangsa mencari jawapan kepada persoalan ini. "Paling penting ia melibatkan aset kerajaan dan aset rakyat. Sebagai rakyat Malaysia, saya prihatin terhadap isu ini," katanya. Jelasnya, perkara ini tidak sepatutnya berlaku dan beliau percaya harus ada pihak yang bertanggungjawab dan dibawa ke muka pengadilan. "Setakat ini, kita tidak lagi menemuinya," katanya. Dalam pada itu, beliau juga menawarkan diri untuk sama-sama terlibat dalam pasukan penyiasatan jika Pakatan Rakyat mengetuai siasatan MH370. | ||||
Pakatan Rakyat kehilangan ayam tambatan: bak kata pepatah Melayu, mati ayam mati tungau Posted: 13 Feb 2015 07:10 AM PST Akhirnya terjawab juga dalam isu sodomi2 Anwar Ibrahim setelah Mahkamah Persekutuan mengekalkan hukuman penjara 5 tahun untuk Anwar. Kita menerima keputusan itu dan tidak perlu membuat pengadilan dijalanraya atau dikedai kopi atau dimana-mana. Sejak beberapa lama pihak pembangkang telah berusaha untuk memberikan persepsi yang apa sahaja keputusan mahkamah yang tidak memihak kepada mereka itu adalah tandanya bidang Badan Kehakiman tidak bebas dan adil. Badan Kehakiman hanya dianggap membuat keputusan tepat jika penghakimannya tidak menyebelahi pihak kerajaan. Bagi kumpulan ini Mahkamah hanya untuk memenangi penghakiman untuk mereka sahaja dan selain dari itu setiap penghakiman itu tidak adil dan tidak bebas. Dalam isu sodomi2 ini, pihak pembangkang sedaya upayanya mahukan perbicaraan itu diyakini ramai sebagai satu perbicaraan yang akan membuktikan ada konspirasi politik terhadap Ketua Pembangkang itu. Tetapi tidak pernah mereka berjaya memberikan bukti yang itu adalah satu konspirasi politik. Petang semalam Anwar telah dihantar ke penjara Sungai Buluh untuk menjalankan hukuman keatasnya dan ini merupakan kali kedua Anwar dihantar ke sana. Kita bukannya suka beliau dihantar kesana tetapi bukan kita yang menghantar beliau ke penjara tetapi beliau sendiri yang menghantar dirinya ke sana. Malahan saya juga tidak bersama dengan pandangan setengah pihak yang gembira diatas pemergian Anwar ke Sungai Buluh dan membuat andaian yang itu merupakan penamat kepada politik Anwar. Mereka berpendapat setelah beliau keluar dari penjara nanti, beliau akan berumur 71 tahun dan setelah dicampur dengan 'moratorium' politik selama 5 tahun lagi umurnya sudah mencapai 76 tahun, dan terlalu tua untuk meneruskan karier politik beliau. Dalam politik tidak ada tua atau muda. Saya pernah memberikan pandangan yang tua itu adalah organ-organ yang ada di dalam diri kita. Ada yang berumur lebih dari tujuh puluh tahun lebih muda dari setengah orang yang berumur enam puluh tahun. Bagaimana hendak mengatakan seorang yang berumur enam puluh tahun itu lebih muda dari yang berumur tujuh puluh tahun jika banyak organ-organ di dalam tubuhnya itu sudah tua dan tidak berfungsi dengan baik seperti yang berumur tujuh puluh tahun yang mempunyai semua organ-organ dalam dirinya masih baik dan sihat? Ramai di antara mereka yang berumur enam puluh tahun sudah menghidapi penyakit kencing manis, darah tinggi, lemah jantung dan tidak berdaya untuk berjalan dengan baik? Sedangkan yang berumur lebih dari tujuh puluh tahun itu masih mempunyai set gigi yang penuh dan semua organnya terutamanya otaknya masih berfungsi dengan penuh dan masih boleh berenang 20 lap dan lebih setiap hari? Saya sudah tidak boleh berenang walaupun dua lap sejak saya berumur 50 tahun lagi sedangkan ada yang masih boleh berenang lebih dari 20 lap sehari walaupun umur mereka sudah berusia tujuh puluh tahun. Tentulah saya lebih tua dari mereka yang berumur 70 tahun itu kerana saya sudah tidak berdaya untuk berenang walau pun dua lap semasa berenang. Ramai yang mengatakan orang lain tua sedangkan mereka sendiri mempunyai masalah kesihatan yang jauh lebih buruk dari mereka yang di katakannya sudah tua itu. Oleh itu saya tidak setuju dengan pandangan yang perginya Anwar ke penjara Sungai Buluh semalam merupakan penamat kepada karier politik beliau kerana beliau akan melebihi 75 tahun apabila beliau dibenarkan untuk kembali memegang jawatan dalam partinya dan bergiat kembali untuk mencapai cita-citanya. Sudah puluhan tahun saya tidak berjumpa dengan Anwar tetapi saya difahamkan beliau adalah sihat walafiat dari segi kesihatan dan jika beliau mampu untuk mempertahankan kesihatannya seperti sekarang, saya tidak nampak kenapa beliau tidak boleh bergiat setelah berumur melebihi 75 tahun nanti. Dr Mahathir sudah berumur 90 tahun tetapi beliau masih aktif mengkritik kerajaan dan menolak parti pembangkang. Beliau masih berpolitik dan tidak tahu bila beliau akan berhenti berpolitik. Walaupun beliau sudah berusia 90 tahun tetapi beliau lebih muda dari mereka yang enam puluh tahun yang tidak henti-henti masuk hospital kerana masalah kesihatan. Dr Mahathir masih boleh mengkritik kelemahan pemimpin negara walaupun kritikan beliau itu seolah-olah mengkritik diri beliau sendiri kerana pemimpin-pemimpin yang beliau kritik itu adalah yang beliau bentuk sendiri. Jika masakan kita tidak sedap kita tidak boleh mengkritik masakan itu, kerana masakan itu tidak sedap kerana kesalahan cara kita memasak. Apa pun, umur Dr Mahathir yang sudah mencapai 90 tahun itu masih boleh berpolitik kerana organ-organ dalam tubuh beliau masih cergas dan berfungsi dengan baik. Jika Anwar keluar dari penjara dan masih baik semua organnya, maka tidak ada masalah bagi beliau untuk bergiat kembali dalam politik secara aktif. Pendeknya yang tua atau muda itu bukannya angka usia yang ada bersama seseorang itu, sebaliknya ialah samada organ-organ tubuh mereka itu masih berfungsi dengan baik atau tidak. Jangan terlalu cepat membuat andaian 'conclusive' yang Anwar tidak akan ada lagi hayat politiknya apabila dia sudah dibenarkan oleh undang-undang untuk kembali aktif dan bergiat. Ia bergantung kepada keadaan organ-organnya, khususnya tahap kesihatan dan kemampuan otak beliau untuk berfungsi. Masalah yang dihadapi oleh Pakatan Rakyat dalam jangka pendek ini ialah, siapa yang akan mengetuai persepakatan yang longgar dalam Pakatan sekarang ini. Mahu tidak mahu kita harus mengakui hakikat yang PR dalam keadaan yang paling lemah dengan ketiadaan Anwar Ibrahim sekarang ini. Jika dilihat sekeliling nama yang ada hanyalah Azmin Ali tetapi Azmin tidak sesuai dengan keadaan sekarang ini kerana beliau walaupun mempunyai kekuatan grassroots dalam PKR tetapi beliau merupakan seorang novis dalam hal membentuk dan membangunkan persepakatan yang sangat penting untuk menghadapi 'the mighty UMNO' yang mempunyai semua 'instruments' kerajaan sekarang ini. Bagi blog ini, pandangan sebegini sudah lama dinyatakan secara terbuka dan sekarang ternyata keadaan Pakatan sekarang ibarat kata perpatah, 'mati ayam mati tungau'. Jalan yang telah disarankan oleh blog ini begitu lama dahulu ialah dengan membentuk sebuah kerajaan dan negara yang baru, berlandaskan kepada situasi dan kepimpinan yang baru tanpa mengira parti, asalkan sahaja negara ini dipimpin oleh seorang melayu yang berwibawa dan dihormati semua kaum dan pihak. Penyelesaian secara begini bukannya tidak pernah berlaku. Ia telah berlaku semasa Tunku membentuk persepakatan di antara semua kaum melalui parti-parti yang mewakili semua kaum dan sekali lagi ia berlaku penjenamaan baru politik Malaysia dilakukan oleh Tun Razak Hussin pada 1974 yang lalu. Perlu ada seorang yang mampu membawa semua pihak ke meja rundingan yang melibatkan semua kaum dan pihak untuk membentuk politik yang baru dalam 'ambience' yang baru dan meninggalkan situasi yang sudah sangat menjemukan rakyat sekarang ini. Politik yang diperlukan sekarang ialah politik perpaduan dan bukannya politik menuding jari dan memaki hamun di antara satu pihak dengan pihak yang lain. Politik serang menyerang sekarang ini tidak memberikan kemenangan kepada sesiapa sebaliknya semuanya akan tewas dan kecewa. | ||||
Pasar raya dikesan tipu pelanggan Posted: 13 Feb 2015 07:08 AM PST Musa (kiri) bersama anggotanya membuat pemeriksaan di sebuah pasar raya di Tapah, Isnin lalu. TAPAH - Sebuah pasar raya di sini, berdepan dengan tindakan tegas apabila harga barangan yang dipamerkan mengelirukan pengguna. Ketua Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Cawangan Tapah, Musa Ramli berkata, sebelum ini, pihaknya menerima aduan orang awam mengenai masalah harga dipamerkan tidak sama dengan yang perlu dibayar. Menurutnya, berdasarkan aduan itu, satu pemeriksaan dijalankan di pasar raya berkenaan Isnin lalu. "Dalam pemeriksaan diketuai Abdul Halim Art kira-kira jam 11.35 pagi itu, kami mendapati harga barang dipamerkan dalam pasar raya itu tidak sama dengan yang perlu dibayar pelanggan. "Kami telah melakukan pemeriksaan harga barangan secara rambang dengan mengambil beberapa jenis barangan di dalam pasar raya itu sebelum membuat imbasan harga," katanya. Beliau berkata, hasil pemeriksaan itu mendapati pasar raya berkenaan mempamerkan harga ubat gigi adalah RM7.90 namun apabila imbasan harga dibuat, nilainya adalah RM8.60. Katanya, menjadi satu kesalahan kepada premis perniagaan apabila memberi gambaran mengelirukan mengenai harga barang atau perkhidmatan. "Kami telah menyita 26 ubat gigi berjenama untuk siasatan anggota dan pegawai. "Manakala pemilik premis boleh dikenakan denda atau penjara kerana melanggar Sekyen 12 (1) (a) Akta Perlindungan Pengguna 1999," katanya. Beliau berkata, pengguna boleh membuat aduan menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada nombor 32255, atau menghubungi talian bebas tol 1-800-886-800 dan melayari laman web KPDNKK. | ||||
Pakatan Rakyat hilang Nik Aziz, Anwar selang 2 hari - Mujahid Yusof Posted: 13 Feb 2015 07:02 AM PST Oleh Nur Shakira BuangPETALING JAYA: Pakatan Rakyat menerima tamparan hebat apabila sekelip mata mereka kehilangan pemimpin-pemimpin yang selama ini menjadi cerminan gagasan itu. Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan Nasional PAS, Datuk Mujahid Yusof Rawa berkata tidak sampai dua hari mereka kehilangan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, kini sekali lagi dikejutkan dengan pemergian Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, ke sisi Penciptanya. "Pemergian dia (Nik Aziz) juga adalah mengejutkan kerana kita baru sahaja menerima berita Anwar dipenjarakan, itu menambahkan lagi kesedihan kita hari ini dan ia benar-benar menguji kami serta penyokong-penyokong Pakatan Rakyat," katanya, ketika ditemui pemberita selepas forum anjuran Malaysiakini di Petaling Jaya, lewat malam tadi. Malah, Mujahid berkata tidak ada sesiapa boleh menafikan peranan bekas menteri besar Kelantan itu dalam memastikan pembentukkan Pakatan Rakyat. "Peranan Nik Aziz besar dalam memastikan pembentukan PR, sokongan besar yang diberi kepada Anwar Ibrahim sendiri juga telah membawa sokongan yang begitu kuat. Endorsement dia kepada kezaliman yang berlaku saya rasa tidak ada siapa yang boleh menafikan pengaruh dia dalam membentuk sokongan masa kepada PR," jelasnya Mujahid. Katanya, dikala Nik Aziz terlantar sakit di hospital pun beliau masih mengambil berat perihal politik negara. "Bagi PR ia satu kehilangan yang begitu besar. Di saat-saat keuzuran beliau, Nik Aziz juga mengikuti perkembangan politik negara. "Saya kira usaha beliau untuk pastikan dan PAS terus bersama sesuatu yang tidak dapat dinafikan sumbangan yang begitu besar kepada Pakatan Rakyat," tambahnya. Naib Presiden PKR, Tian Chua yang turut menghadiri forum semalam berkata Nik Aziz diakui berjaya menerapkan nilai keislaman dalam corak pemerintahan beliau. "Beliau adalah seorang lelaki yang lemah lembut. Inspirasi untuk ahli politik muda. Beliau mentadbir berdasarkan teladan. "Prinsipnya adalah nilai sebenar Islam dan menghormati semua agama. Nik Aziz sentiasa melihat gambaran yang lebih besar apabila berbincang tentang isu melibatkan kepentingan awam. Kita akan merindui kebaikan beliau, dan sifat lucu beliau," katanya yang turut menjadi salah seorang panel forum itu. Nik Aziz yang juga bekas menteri besar Kelantan meninggal dunia di kediamannya di Pulau Melaka, kira-kira jam 9.45 malam tadi, kira-kira satu jam sebaik tiba di rumahnya, selepas keluar daripada Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM). Dilahirkan pada hari Sabtu 10 Januari 1931 di Kampung Pulau Melaka, Kota Bharu beliau merupakan anak kedua daripada sembilan orang adik-beradik. Hasil perkongsian hidup dengan isterinya, iaitu Tuan Sabariah binti Tuan Ishak, beliau dikurniakan 10 orang cahaya mata (5 lelaki dan 5 perempuan). Nik Aziz mula menjadi ahli PAS pada tahun 1967 dan beliau dilantik menjadi Mursyidul Am PAS sehingga beliau menghembuskan nafasnya, malam tadi. Beliau juga diberi kepercayaan untuk menjadi Menteri Besar Kelantan dari 1990 hingga 2013. Nik Aziz terkenal sebagai seorang pemimpin yang lantang dengan pendiriannya dan atas sebab itulah beliau amat disegani banyak pihak termasuk seteru politiknya. Di akhir usianya, Nik Aziz dikesan mengalami kanser prostat, masalah jantung, darah tinggi dan gastrik. Selepas banjir besar melanda Kelantan akhir tahun lalu, keadaan kesihatan Nik Aziz semakin merosot dan beliau dimasukkan ke HUSM. | ||||
SPR: PRK tak mungkin diadakan serentak Posted: 13 Feb 2015 07:00 AM PST ANTARAPOS.COM KUALA LUMPUR: Pilihan Raya Kecil DUN Chempaka dan Parlimen Permatang Pauh tidak mungkin diadakan serentak, kata Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Yusof. Katanya, SPR jangka terima notis kekosongan kerusi DUN Chempaka berikutan kematian Datuk Nik Abdul Aziz, pada Isnin atau Selasa depan, lapor Bernama. Kerusi Parlimen Permatang Pauh pula dijangka menyaksikan pilihan raya kecil ekoran keputusan Mahkamah Persekutuan mengekalkan sabitan dan hukuman penjara lima tahun ke atas Datuk Seri Anwar Ibrahim. Kelayakan Anwar sebagai MP akan terbatal selepas tempoh 14 hari daripada tarikh sabitan dan hukuman, yang berakhir pada 24 Februari. Bagaimanapun, tempoh itu lebih panjang sekiranya Anwar mengemukakan petisyen bagi mendapatkan pengampunan Yang di-Pertuan Agong, tambahnya. | ||||
MB: TGNA rapatkan saf kepimpinan Pakatan Posted: 13 Feb 2015 06:52 AM PST Oleh: AFIX REDZUAN KOTA BHARU: Allahyarham Datuk Seri Nik Abdul Aziz Nik Mat memberi makna besar kepada lanskap politik negara terutama dalam penyatuan parti pembangkang sejak penubuhan Barisan Alternatif (BA) sehingga menjadi Pakatan Rakyat (PR). Hal itu termasuk falsafah politik beliau yang mengamalkan kesederhanaan dan integriti yang baik sepanjang memerintah. Dato' Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali berkata, pemergian mantan Menteri Besar Kelantan itu kehilangan yang cukup besar bukan sahaja kepada PAS dan umat Islam tetapi untuk negara serta rakyat Malaysia keseluruhannya. Katanya, Nik Aziz satu-satunya ulama dan sarjana Islam yang mempamerkan ciri kepimpinan yang mulia dan terpuji serta mengambil pendekatan sederhana dalam tindakan juga perjuangannya. "Sebab itu beliau disenangi dan dihormati bukan sahaja oleh umat Islam tetapi rakyat pelbagai kaum dan agama kerana melihat kepimpinannya yang cukup adil juga saksama serta memiliki akhlak mulia yang menjadi contoh generasi kini. "Peranan paling penting beliau apabila berjaya memperkukuhkan Barisan Alternatif kemudiannya PR, sejak tahun 1998. "Peranan beliau cukup besar dalam merapatkan hubungan dan saf kepimpinan Pakatan Rakyat (PR) sehingga kita berjaya mencatatkan prestasi membanggakan dalam beberapa pilihan raya lalu," katanya kepada Selangor Kini. Nik Aziz, 84, meninggal dunia ketika dalam perjalanan pulang selepas menerima rawatan di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian. Beliau menjadi Menteri Besar Kelantan selama 23 tahun sebelum melepaskan jawatan akibat faktor kesihatan.-NFN- | ||||
Notis kerusi Dun Chempaka diterima minggu depan Posted: 13 Feb 2015 06:40 AM PST SINAR HARIAN Abdul Aziz Mohd Yusof. - Foto Bernama KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dijangka menerima notis kekosongan kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) Chempaka awal minggu depan berikutan kematian penyandangnya Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, malam tadi. Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata, selepas menerima notis rasmi daripada Speaker Dun Kelantan, SPR akan mengadakan mesyuarat khas bagi menentukan tarikh pilihan raya kecil, penamaan calon, pengundian awal, pengundian hari biasa dan sebagainya. "Kekosongan kerusi itu bermula hari ini. Dalam tempoh itu, tidak awal daripada empat hari dan tidak lebih dari 10 hari, SPR perlu mengadakan mesyuarat," katanya kepada Bernama di sini hari ini. Allahyarham Nik Abdul Aziz, 84, yang menghidap kanser prostat meninggal dunia di kediaman beliau di Pulau Melaka, Kota Baharu pada 9.40 malam tadi. Mursyidul Am Pas itu merupakan Adun Chempaka sejak 1990. - Bernama | ||||
Anwar sampai mesej sedih perginya Nik Aziz Posted: 13 Feb 2015 06:36 AM PST Anwar Ibrahim SUNGAI BULOH - Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan pemergian Mursyidul Am Pas, Datuk Abdul Nik Aziz Nik Mat malam tadi sebagai satu kehilangan yang besar buat dirinya. Mesej sedih itu disampaikan melalui isterinya, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail yang melawatnya di Penjara Sungai Buloh, di sini, hari ini. "Saudara Anwar menyatakan kesedihannya kerana kehilangan dengan pulangnya ke rahmatullah Tuan Guru Nik Aziz. "Ini kerana beliau telah berikan banyak sokongan dan dorongan terutamanya ketika kali pertama Anwar ditangkap dan dipenjara sebelum ini," katanya ketika ditemui pemberita selepas melawat Anwar. Allahyarham Nik Aziz yang juga bekas Menteri Besar Kelantan meninggal dunia pada jam 9.40 malam Jumaat di kediamannya di Pulau Melaka, Kota Bharu, Kelantan. Jenazah Allahyarham selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Pulau Melaka pada jam 10.55 pagi, hari ini. Jenazahnya disemadikan di sebelah kubur ayahandanya Nik Mat Raja Banjar yang meninggal dunia kira-kira 40 tahun yang lalu. Terdahulu jenazah Allahyarham yang juga Adun Cempaka itu disolatkan ribuan umat Islam yang datang dari seluruh negara di Masjid Pulau Melaka kira-kira jam 10 pagi. Turut hadir memberi perhormatan terakhir ialah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob; Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan beberapa pemimpin tertinggi negara. | ||||
Permohonan Anwar ziarah Nik Aziz ditolak Posted: 13 Feb 2015 06:33 AM PST Nurul Nuha Anwar SUNGAI BULOH - Permohonan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim kepada pihak berkuasa penjara untuk membenarkannya hadir ke majlis pengebumian bekas Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Aziz Nik Mat hari ini, ditolak, kata Nurul Nuha Anwar. Nurul Nuha bagaimanapun berkata pihak penguasa penjara memberi alasan bahawa permohonan itu ditolak dan ia tertakluk kepada budi bicara 'pihak atasan'. "Ditolak (permohonan), kita akan hantar mesej rasmi kepada kerajaan untuk memohon melawat, papa sangat sedih kerana Nik Aziz adalah seorang kawan yang baik baginya. "Kita akan buat rayuan, tapi dia kata pihak atasan akan pertimbangkan dan ia terpulang pihak atasan," katanya kepada pemberita selepas melawat ayahnya yang sedang menjalani hukuman di Penjara Sungai Buloh, di sini, hari ini. Beliau berkata demikian mengulas permohonan Ahli Parlimen Permatang Pauh itu menerusi peguamnya, Latheefa Koya yang mahu menghadiri majlis pengebumian Allahyarham Nik Abdul Aziz, di Pulau Melaka, Kota Bharu, Kelantan, hari ini. Sejak Anwar ditahan pada Selasa selepas Mahkamah Persekutuan mengekalkan hukuman penjara dijatuhkan Mahkamah Rayuan kerana didakwa meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan pada 2008, pihak penjara masih belum memberikan sebarang jawapan. | ||||
3 sekeluarga maut selepas pulang ziarah Nik Aziz Posted: 13 Feb 2015 06:28 AM PST Keadaan MPV yang remuk selepas terlibat dalam kemalangan dengan Hilux di Kampung Telong petang tadi. Foto Sinar Harian BACHOK – Tiga sekeluarga iaitu bapa, ibu dan bayi perempuannya yang berusia empat bulan maut dalam kemalangan yang berlaku di jalan Telong- Tok Bali kira- kira jam 2.30 petang tadi. Ketua Polis Daerah Bachok, Deputi Superintendan Abdul Hamid Che Ahmad berkata, mereka yang maut itu menaiki kenderaan pelbagai guna (MPV) Alza baru sahaja pulang dari menziarahi jenazah bekas Menteri Besar Kelantan, Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat pagi tadi. Pemandu Alza, Roslan Mamat,34, dan bayinya meninggal dunia di lokasi kejadian manakala, isterinya, Mimey Suhartini meninggal dunia di hospital. "Kereta yang dinaiki mangsa bersama empat lagi ahli keluarga lain dipercayai terbabas ke laluan bertentangan sebelum bertembung dengan sebuah pacuan empat roda Hilux dari arah Tok Bali," katanya. Keluarga ini dikatakan dari Bukit Payung tiba di Kelantan jam 5 pagi tadi untuk menziarahi jenazah Allahyarham Nik Aziz. Manakala, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Bachok, Kasyfi Syahmi Ghazali berkata, pihaknya menerima panggilan daripada orang ramai pada jam 2.34 petang dan bergegas ke lokasi kejadian seminit kemudian. | ||||
Tribut Tok Guru Nik Abdul Aziz, yang dikagumi dari jauh Posted: 12 Feb 2015 08:55 PM PST Oleh Zahid M. Naser Semalam hujan lebat, bagai menangisi seseorang. Saya merasakan kepelikan itu setelah lama Kuala Lumpur 'kemarau'. Nah, malamnya dengar berita Tok Guru Nik Abdul Aziz meninggal dunia di twitter editor berita Roketkini.com. Innalillahi wainna ilaihi raji'un. Namun, saya menahan tangisan saya. Dalam hati saya senyap-senyap berikan doa apa yang patut. Nik Aziz adalah wajah penting politik negara. DAP terutamanya menyedari hal itu, walaupun ada hal-hal yang mereka selisih. Namun, Nik Aziz tidak tipikal seperti sebahagian 'ulama-ulama'. Beliau adalah ulama yang selalu melawan arus lebih-lebih lagi kepada mereka yang tidak faham akan kebejatan dan kezaliman pemerintah UMNO dan Barisan Nasional. Mungkin itulah antara kualiti yang sangat jarang dijumpai akhir-akhir ini. 'Mazhab' Tok Guru yang sedar akan hal ini, membuatkan dia disenangi rakan-rakan Pakatan Rakyat. DAP terutamanya, yang memang memusuhi sosok gerombolan UMNO dan Barisan Nasional-parti perkauman yang dahsyat itu. Jika boleh saya katakan, Nik Aziz adalah antara gam terakhir yang membolehkan parti-parti gabungan Pakatan Rakyat bersatu dan fokus melawan UMNO untuk sebuah pemerintahan yang adil berdasarkan pentadbiran berintegriti. Saya masih teringat bagaimana Nik Aziz membidas gerombolan aktivis 'Kerajaan Perpaduan Selangor' yang diwakili Hasan Ali, Nasaruddin Mat Isa dan mereka yang bersama mereka. Terkehel mereka pada waktu itu. Sehingga akhirnya, usaha-usaha menghancurkan Pakatan Rakyat sirna- atas sensitiviti Nik Abdul Aziz. Kerana membesar dari keluarga PAS, bahkan mungkin tidaklah melebih saya katakan pentaksub PAS. Saya arif akan psike orang-orang PAS. Nasib baik keluarga saya bukan dari pendokong 'Kerajaan Perpaduan'. Psike orang-orang PAS adalah mereka sangat kuat berpegang dengan barisan 'ulama-ulama'nya. Jika tidak, tidak adalah slogan 'Kepimpinan Ulama' itu. Ulama bagi mereka sangat penting dalam memimpin kerana mudah, mereka lebih berilmu, mereka lebih bertakwa, dan mereka lebih segalanya (saya pula ada takrifan ulama saya sendiri). Nik Aziz adalah generasi 'Kepimpinan Ulama', dia bukan generasi asal seperti zaman Dato' Asri ataupun zaman Burhanuddin Al-Helmi. Namun, walaupun dia berada dalam generasi kepimpinan ulama dia tidak mendabik dada dan mempergunakan gelaran atau slogan itu sewenang-wenangnya seperti yang dilakukan sebahagian orang- kerana itu mungkin keluarga saya dari mazhab yang ini. Mazhab 'asal' kepimpinan ulama. Yang sedar akan kebejatan dan kezaliman, yang sedar prioriti, yang sedar siapa musuh siapa kawan, yang sedar mana yang harus didulukan mana yang harus dikemudiankan. Ya, memang benar ada hal juga yang saya tidak setuju dengan sosok sederhana tetapi tajam pemikiran dan pencak kinayah dan isti'arahnya itu. Tetapi, jasanya yang besar dalam politik pembangkang tidak harus diperkecilkan. Betul, beliau antara pendokong kuat hudud. Kerana itu, DAP selalu akan membangkangnya berdasarkan beberapa perkara. Namun, di sini saya tidak mahu mengenang hal-hal yang diperselisihkan antara sesama Pakatan – walaupun ia membabitkan soal prinsip. Saya ingin mengenang bagaimana tolerannya Nik Aziz tentang 'Allah'- tuhan orang Islam, tuhan orang Kristian, tuhan orang Yahudi. Sampai sempat satu ketika Nik Aziz dipanggil puak-puak kanan di tanah air kita sebagai seorang pluralis dan Islam Liberal. Nah, saya katakan kepada mereka jauh sekali Nik Aziz itu seorang liberal mahupun pluralis, melihat kenyataan-kenyataan konservatifnya yang lain. Jauh sekali. Bila terkenangkan saat di mana dia dengan senang mahu berkongsi nama tuhan dengan orang lain. Malaysia mendapat nafas besarnya semula- setelah lelah dengan pelbagai demonstrasi dan ancaman kepala babi dan kepala lembu serta pelbagai kebencian dari 'orang-orang agama' juga. Nik Aziz mengambil sikap penting sebagai seorang agamawan sekaligus negarawan yang menjaga kepentingan semua agama – walaupun agama rasmi tanah air kita adalah Islam. Itulah antara jasanya sentiasa menjaga akan keharmonian tanah air, selain kuatnya dia melawan UMNO dan Barisan Nasional- yang saya ingati sampai bila-bila. Sebagai seorang pemimpin politik hal itu payah. Dia mungkin akan kehilangan sokongan, akan diherdik dan dihina, dan mungkin saja menjebaknya kepada sebuah kejatuhan dalam parti atau pilihanraya. Di sini, saya terfikir, bagaimana seorang Nik Aziz boleh mempunyai corak pemikiran yang berwarna-warni begitu? Sosok kontroversinya itu lahir dari mana? Apakah sejarah yang melatari pergulatan politik yang penuh prinsip itu? Dan bagaimanakah usia sepatutnya menjadikan orang lebih berhikmah? Saat ini, sebaknya mulai terasa sebagai anak muda. Apakah dengan kematian itu boleh saya belajar lagi dari sosok pemimpin sepertinya. Atau tidak akan ada lagi pemimpin 'bermazhab' sepertinya bahkan mempunyai kualiti lebih baik darinya. Mungkin ada, mungkin ada. Kita akan berharap. Selamatlah atas pemergianmu Tok Guru, kami di sini akan terus mengenang segala kebaikanmu dan sosok 'tajam'mu.-Roketkini.com Nota kaki: Kinayah dan Isti'arah adalah sejenis kaedah perlambangan dalam Bahasa Arab, ia termasuk dalam ilmu Balaghah(seni kata bahasa). | ||||
Kerajaan Najib akan menyesal penjarakan Anwar – Ambiga Sreenevasan Posted: 12 Feb 2015 08:51 PM PST Roketkini.com PETALING JAYA: Kerajaan UMNO-BN pimpinan Datuk Seri Najib Razak telah melakukan tindakan yang salah jika mereka menyangka dengan terpenjaranya Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim gelombang perubahan rakyat akan merudum, kata mantan Presiden Majlis Peguam Negara Datuk Ambiga Sreenevasan. Beliau menegaskan, Ahli Parlimen Permatang Pauh itu sebenarnya jauh lebih 'berbahaya' kepada pimpinan zalim UMNO-BN ketika berada di dalam penjara berbanding di luar. "Jika kerajaan berpendapat faktor Anwar telah berkurangan dengan penahanan beliau, nampaknya kerajaan sudah tersalah langkah. "Faktor Anwar itu sebenarnya melangkaui segala-galanya. Beliau adalah simbol perjuangan rakyat dan penguat kepada Pakatan Rakyat (PR)," katanya dalam forum 'Masa Depan Politik Tanpa Anwar' di Pejabat portal MalaysiaKini, malam tadi. Sehubungan itu, Ambiga yang terlibat dalam Gerakan Rakyat Untuk Menebus Kembali Negara Malaysia (Negara-Ku) juga memohon PR untuk bersatu bersama rakyat dalam keadaan penuh duka ini dengan mengenepikan segala agenda persendirian. "Rakyat berdiri di belakang anda (PR) dan menuntut perpaduan dari kesemua pimpinan dalam situasi sekarang. "Pada saya, masanya sudah tiba untuk PR hentikan segala ketidaksefahaman dan kembali kepada dasar bersama dan membuktikan kepada semua masyarakat bahawa PR boleh menyedia serta menjadi kerajaan baru yang berdaya maju. "PR harus lebih kuat dan hentikan pertelingkahan dalam, rakyat sudah tidak mahu mendengar semua itu," ujarnya. Antara panelis lain dalam forum tadi ialah Pengarah Pendidikan Politik DAP Liew Chin Tong, Ahli Parlimen Parit Buntar Dr Mujahid Yusof Rawa, Ahli Parlimen Batu Tian Chua, aktivis politik Hishamuddin Rais dan dimudahcara oleh Ketua Pengarang MalaysiaKini Fathi Aris Omar. Dalam pada itu Ambiga turut menyokong kritikan PR seperti dilakukan Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang berhubung kenyataan Pejabat Perdana Menteri (PMO) berhubung kes Anwar yang sama sekali tidak masuk akal apabila ia dikeluarkan ketika prosiding mahkamah masih berjalan. "Kenyataan dari PMO itu amat luar biasa, macam mana kenyataan sedemikian boleh keluar sebelum hukuman dijatuhkan terhadap Anwar?" soalnya. – Roketkini.com | ||||
Berita Gembira Untuk Perubahan Posted: 12 Feb 2015 08:48 PM PST shahbudindotcomMahathir berkata, jika menjadi Perdana Menteri ketika ini, beliau pasti akan meletakkan jawatan kerana gagal memberi pentadbiran yang baik, selain semakin meningkatnya kritikan daripada rakyat. Kata bekas Perdana Menteri selama 22 tahun itu, seseorang Perdana Menteri sepatutnya memudahkan sesuatu perkara dan meletakkan jawatan sekiranya gagal mentadbir dengan baik. Walaupun tidak menyebut secara khusus nama Najib, adalah jelas kenyataan terbaru Mahathir ini ditujukan secara khusus kepada Najib yang sudah ditarik balik sokongan dan dikritiknya sejak beberapa bulan lepas. Ia secara langsung memberi gambaran bahawa Mahathir kekal dengan pendirian tidak lagi menyokong serta tidak bersetuju dengan kepimpinan Najib. Malah mengandaikan kesediaan meletakkan jawatah jika masih menjadi Perdana Menteri adalah sindiran yang boleh difahami dengan mudah oleh sesiapa saja bahawa Najib sepatutnya berundur segera ketika ini. Selain itu, Mahathir juga terus mengkritik kewujudan 1MDB yang banyak bermasalah dengan pinjaman dan hutang, sambil mengatakan ia adalah "syarikat miskin" yang tidak sepatutnya wujud. Katanya lagi, 1MDB umpama seseorang yang meminjam wang daripada ceti dan perbuatan itu tidak boleh dianggap sebagai telah bertukar menjadi kaya. Mahathir juga meneruskan kritikannya dengan mengatakan kerajaan yang ada sekarang semakin terpinggir daripada rakyat kerana tidak sensitif terhadap apa yang dikatakan oleh orang awam. Apabila Anwar Ibrahim dipenjara selama lima tahun sejak 10 Februari lalu, kemampuan rakyat melakukan perubahan dalam pilihanraya umum akan datang mulai disangsikan. Walaupun ada keyakinan bahawa pemenjaraan itu akan meningkatkan rasa simpati serta menambahkan kebencian rakyat terhadap kerajaan, tetapi kemungkinan berlakunya perpecahan dalam PR berikutan ketiadaan Anwar tetap amat membimbangkan. Dengan ketiadaan nakhoda yang berwibawa seperti Anwar, ditambah perpecahan dan bercakaran sesama sendiri, ia tentu saja memberi kelebihan kepada BN untuk terus mengekalkan kuasanya. Selama ini juga, kritikan, teguran dan penarikan balik sokongan oleh Mahathir kepada Najib, secara tidak langsung turut memberi kelebihan kepada PR kerana pengaruh Mahathir memang terbukti masih kukuh jika beliau bersuara. Lihat saja pada pilihanraya 2004 di mana BN ketika itu menang paling bergaya dengan 198 kerusi Parlimen, tetapi apabila Mahathir kemudiannya mula mengkritik kepimpinan Pak Lah, kemenangaj BN pada pilihanraya 2008 merosot kepada 140 kerusi dan pertama kali hilang majoriti dua pertiga. Dengan BN hanya berbekalkan 133 kerusi pada pilihanraya 2013 dan cengkaman undi popular sebanyak 47 peratus saja, ketiadaan sokongan Mahathir bersama Najib tentu saja boleh memberi makna yang besar kepada PR. Tetapi pemenjaraan Anwar menimbulkan kebimbangan bahawa Mahathir mungkin kembali menyokong Najib. Ada yang berkata kritikan, teguran dan penarikan balik sokongan oleh Mahathir itu hanyalah untuk memberi tekanan kepada Najib agar menghantar semula Anwar ke penjara sebagaimana yang dilakukannya dahulu. Apabila Ketua Pembangkang itu sudah dipenjara, dikatakan tiada apa lagi yang dibimbangi oleh Mahathir sebagai seorang yang pernah memenjarakan Anwar sebelum ini dan pilihan yang terbaik baginya ialah kembali menyokong Najib serta memastikan BN menang dengan lebih baik pada pilihanraya akan datang. Namun dengan Mahathir terus menolak dan mengasak Najib, malah menyindirnya dengan ungkapan "akan meletakkan jawatan jika masih sebagai Perdana Menteri", ini adalah berita gembira kepada rakyat yang mengimpikan perubahan. Pendirian Mahathir ini memberi harapan sama ada Najib akan diturunkan daripada jawatannya melalui UMNO atau PR harus mengambilnya sebagai peluang keemasan dengan segera melupakan persengketaan sesama sendiri, merapatkan barisan dan mengukuhkan lagi kesepakatan. Oleh yang demikian, penolakan berterusan Mahathir ini seharusnya disambut dengan sewajarnya dan jangan sesekali disia-siakan. | ||||
Siapa urus akaun FB bila anda mati? Posted: 12 Feb 2015 08:38 PM PST MALAYSIAKINI Apa akan jadi pada akaun Facebook anda bila anda meninggal dunia? Kini rangkaian media sosial tersebut menyediakan perkhidmatan untuk anda menetapkan waris yang boleh bertanggungjawab ke atasnya. Laporan The Wall Street Journal menyebut, Facebook kini membenarkan anda menetapkan seorang individu yang boleh mengakses perkara tertentu ke atas akaun anda untuk waktu itu. Facebook sebelum ini hanya akan membekukan akaun seseorang individu untuk dijadikan satu tanda peringatan kepada pelanggannya yang meninggal dunia. Ia dilihat sebagai penyelesaian yang mudah apabila timbul kebimbangan bahawa kehidupan kehidupan peribadi pengguna akan diceroboh jika akaun tersebut masih boleh diakses selepas mereka meninggal dunia. Khidmat baru tersebut akan membolehkan pengguna Facebook melantik seorang pengguna lain yang boleh menguruskan akaunnya untuk dijadikan sebagai satu laman untuk memperingatinya. Pengguna yang dilantik itu akan dapat memuatkan tulisan, gambar dan juga membuat kenalan baru. Mereka juga boleh diberi kebenaran untuk memuat turun gambar dan tulisan untuk tujuan arkib. Mereka bagaimanapun tidak akan dibenarkan menyunting tulisan dan tetapan ke atas gambar lama, atau memadamkan akaun si mati. | ||||
Puluhan ribu hadiri pengkebumian Nik Aziz Posted: 12 Feb 2015 08:33 PM PST MALAYSIAKINI Orang ramai mula membanjiri kediaman allahyarham Datuk Nik Aziz Nik Mat di Pulau Melaka, Kelantan bagi menzahirkan penghormatan terakhir kepada tokoh politik dan agama itu. Bukan hanya daripada Kelantan, sejak pemergian allahyarham kira-kira 9.45 malam tadi, orang ramai mula berpusu-pusu menuju ke Kelantan daripada pelbagai pelosok negara. Seawal waktu Subuh, kenderaan memenuhi sekitar kawasan itu sehingga kereta terpaksa diletakkan sejauh kira-kira 2 kilometer. Ramai lagi dijangka hadir awal pagi ini. Solat jenazah dijadual dilangsungkan pada jam 10 nanti sebelum jenazah tokoh itu disemadikan. LAPORAN LANGSUNG 11.45am: Orang ramai beransur-ansur meninggalkan tanah perkuburan Pulau Melaka yang sejak dari pagi telah dihadiri oleh puluhan ribu orang. Seorang warga tempatan yang ditemui, Mohammad Ibrahim, 53, berkata beliau sedih dengan pemergian Nik Aziz. Beliau berkata, kehilangan Nik Aziz tiada pengganti memandangkan Nik Aziz merupakan seorang yang sangat berpegang terhadap kata-katanya. "Sedih. Sebab tiada pengganti dia. Dengan orang ramai yang hadir ini pun nampak yang beliau seorang ulama yang sangat disanjungi," katanya yang kelihatan sugul. 11.24am: Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengetuai bacaan doa dan talkin, dalam keadaan sedih dan hiba. 11am: Jenazah Allahyarham Nik Aziz selamat disemadikan. Selain orang ramai, tolak menolak antara orang ramai, media dan unit amal juga berlaku di bawah khemah di tempat pengkebumian. Turut kelihatan berada di kawasan pengkebumian ialah Menteri Besar Kedah Datuk Mukhriz Mahathir, Gobind Singh Deo dan Dr Xavier Jayakumar. 10.42am: Keadaan di tanah perkuburan Pulau Melaka sesak dengan orang ramai yang mahu melihat jenazah Nik Aziz dikebumikan. Berlaku tolak menolak antara orang ramai berdekatan khemah tempat Nik Aziz akan dikebumikan. Cuaca yang tadinya panas turut bertukar mendung. 10.40am: Keranda jenazah Nik Aziz kelihatan oleh ahli keluarganya melalui Jalan Long Sulaiman menuju ke tanah perkubuhan berhampiran. Pemimpin PAS termasuk Dr Hatta Ramli dan Dzulkefly Ahmad kelihatan mendahulu kumpulan di hadapan. Pada masa yang sama, orang ramai berasak-asak untuk menatap jenazah Nik Aziz. 10.32am: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak kelihatan di dalam salah sebuah kenderaan polis yang menuju ke tanah perkuburan. 10.18am: Terdapat kehadiran anggota polis di kalangan 10,000 orang yang bertumpu ke Pulau Melaka. Ada yang dilihat berjabat tangan dengan anggota polis sambil mengucapkan 'terima kasih atas khidmat mereka. 10.15am: Bagi Normadiah Abdul Rahman, 59, beliau sedih dan terharu melihat puluhan ribu yang menunaikan solat jenazah itu. Sambil menangis, dia yang tinggal di Kampung Senang, Pulau Melaka berkata, jasa Nik Aziz akan sentiasa diingati, memandangkan mursyidul am PAS itu menyerahkan seluruh kehidupannya untuk Islam. "Saya tak pernah lihat ramai sangat solat begini. Saya takut tak ada yang boleh ganti dia. Hidup dia untuk Islam," katanya sambil mengesat air mata. 10am: Ribuan menunaikan solat jenazah. Mereka bersolat di sepanjang jalan sehingga ke masjid Tok Guru. Selepas selesai, mereka mula berarak menuju ke tanah perkuburan. 9.50am: Ketibaan ustaz popular Ustaz Azhar Idrus menggamit suasana seketika. Rata-rata teruja ketika Ustaz Azhar menuju ke perkarangan masjid. Dan pada ketika ini juga, orang ramai sedang bersedia untuk menunaikan solat jenazah. 9.35am: Orang ramai mula melaungkan takbir apabila Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak tiba di perkarangan masjid Tok Guru. Takbir yang berterusan itu dilaungkan kuat dan berlanjutan selama kira-kira lima minit, ketika Najib berjalan menuju ke masjid. 9.30am: Semakin ramai menuju ke Pulau Melaka dan berkumpul di sepanjang Jalan Long Sulaiman. Menurut agensi berita nasional Bernama, jumlah hadirin mencecah "puluhan ribu". 9.20am: Berlaku sedikit kekecohan di dalam masjid ketika pengacara menggesa orang ramai dan media supaya tidak mengambil gambar atau membuat rakaman video jenazah Nik Aziz. Katanya, ia adalah atas pemintaan keluarga Nik Aziz. Ekoran itu ada yang menjerit terhadap mereka yang membuat rakaman di dalam masjid, sehingga mendorong pengacara campur tangan dan menggesa supaya bertenang. 9.15am: Lim Guan Eng dijemput untuk berucap kepada orang ramai. Guan Eng berkata Nik Aziz menjadi mentor kepada kepada ketua menteri dan menteri besar Pakatan Rakyat. Nik Aziz, tambahnya bukan sahaja dihormati oleh orang Islam tetapi juga dikagumi oleh orang bukan Islam. 9.05am: Setiausaha Agung PAS Datukl Mustafa Ali berucap kepada hadirin dari dalam masjid. Beliau berkata Ahli Parlimen DAP Lim Kit Siang dan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng turut hadir selepas tiba dari Pulau Pinang pagi ini. Beliau juga berkata pemergian Nik Aziz secara kebetulan dengan pemenjaraan Ketua Pembangkang, Datuk Anwar Ibrahim. "Apa juga yang berlaku kepada kita, kita akan terus berjuang," katanya sambil mengingatkan mereka tentang nasihat Nik Aziz bahawa walaupun tiada lagi pemimpin, mereka mesti meneruskan perjuangan. Ucapannya itu disambut dengan laungan "Allahuakbar" 9.00am: Jet yang membawa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak membuat pendaratan di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra. 8.59am: Jenazah Nik Aziz kini berada di dalam Masjid Tok Guru. Orang ramai melaungkan takbir semasa jenazah itu dibawa. Orang ramai diberi peluang untuk ziarah dan menatap wajah Nik Aziz buat kali terakhir. Selain itu, ahli keluarga juga meminta supaya orang ramai tidak merakamkan gambar ketika berada di dalam masjid. 8.30am: Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yaakob berucap kepada orang ramai. Beliau mengucapkan terima kasih kepada mereka yang datang. Beliau yang kelihatan sedih berkata, Kelantan telah kehilangan seorang pemimpin besar. Sebelum itu, pengumuman dibuat, memaklumkan bahawa jenazah Nik Aziz akan dibawa keluar dari masjid pada pukul 10 pagi. 8.20am: Suasana di dalam rumah suram dan sugul. Pada ketika ini, jenazah Allahyarham Nik Aziz sedang dimandikan. 8.15am: Sekurang-kurangnya tiga ribu orang berada di sekitar rumah Allahyarham Nik Aziz. Terdapat sebuah masjid yang terletak di dalam kawasan kediamannya. Mereka menunggu untuk menunaikan solat jenazah. Di Jalan Long Sulaiman pula, orang ramai sedang beratur - dianggarkan sepanjang dua kilometer - menuju ke rumah Nik Aziz. 8.00am: Suasana di lapangan terbang Sultan Ismail Petra sesak dengan kehadiran orang ramai untuk memberi penghormatan terakhir kepada Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Kerajaan negeri turut menyediakan perkhidmatan van khas untuk ahli politik dan media dari lapangan terbang ke kediaman Nik Aziz di Pulau Melaka. Kenderaan khas yang disediakan sebanyak kira-kira 10 buah, digunakan bagi memasuki jalan-jalan yang ditutup antaranya di persimpangan untuk memasuki kawasan Masjid Tok Guru di mana jenazah dijangka akan disolatkan di situ. Antara yang dilihat tiba dengan penerbangan awal dari Kuala Lumpur ialah ahli jawatankuasa PAS pusat Dzulkefly Ahmad dan Hanipa Maidin. | ||||
Zunar dibebaskan dengan jaminan polis Posted: 12 Feb 2015 08:22 PM PST MALAYSIAKINI Kartunis politik Zunar yang disiasat polis kerana didakwa menghasut, dibebaskan dengan jaminan polis pagi ini. Perkara itu disahkan salah seorang peguamnya Melissa Sasidaran, dalam kiriman SMSnya kepada Malaysiakini. "Beliau dibebaskan dari Balai Polis Dang Wangi dengan jaminan polis sebentar tadi," kata Melissa. Zunar atau Zulkifli Anwar Ulhaque, ditahan polis pada Rabu ekoran tulisan dalam laman twitternya terhadap hakim Mahkamah Persekutuan yang mengekalkan sabitan dan hukuman terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana kesalahan meliwat. | ||||
Datuk Hasbullah Awang Kembali Ke Rahmatullah -updated Posted: 12 Feb 2015 08:20 PM PST KELAB GREENBOCPengulas sukan terkenal, Datuk Hasbullah Awang, 63, meninggal dunia ketika dalam rawatan di Institut Jantung Negara (IJN), pada jam 12.20 tengah hari. Hasbullah yang dirawat di IJN sejak 4 Februari lalu adalah seorang pengulas sukan termasyhur di Malaysia. Beliau berkhidmat dengan saluran Astro Arena sejak Januari 2014 setelah berhenti berkhidmat sebagai pengulas sukan di Radio Televisyen Malaysia (RTM). Beliau memulakan tugas sebagai juruhebah radio di Radio 1. Pernah menjadi pembantu mengendalikan program khas radio untuk kanak-kanak bersama Kak Yong. Hasbullah lebih dikenali sebagai pengulas untuk pelbagai acara sukan tempatan mahupun luar negara. Populariti beliau memuncak ketika zaman bola sepak Malaysia memasuki era Semi-Pro pada awal 1990-an. Belia juga pernah menyumbangkan suara untuk filem Sumolah arahan Afdlin Shauki. Kalangan peminat sukan menganggap beliau sebagai antara pengulas terbaik yang pernah dilahirkan negara sebaris nama-nama besar lain seperti Datuk Rahim Razali. Beliau mempunyai aura tersendiri dengan intonasi suara yang menarik membuatkan penonton menjadi seronok mendengar setiap ulasan beliau. Jenazah akan dibawa pulang ke rumahnya di Seksyen 32, Bukit Naga Shah Alam jam 3 petang ini dan dijangka disemadikan selepas Asar atau pagi esok.
| ||||
Al-Fatihah...perginya pemimpin ulung Posted: 12 Feb 2015 08:03 PM PST Nik Abdul Aziz Nik Mat SEBUT sahaja nama "Tok Guru" sudah pasti auranya sangat kuat khasnya terhadap rakyat Kelantan dan juga seluruh masyarakat dunia yang sentiasa dinanti-nantikan apa jua khabar mengenai beliau.Tok Guru atau nama sebenarnya, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dilahirkan pada hari Sabtu iaitu 10 Januari 1931 di Kampung Pulau Melaka dalam sebuah keluarga yang sangat kuat berpegang kepada ajaran Islam. Sebelum menjadi Menteri Besar Kelantan, beliau seorang guru agama yang aktif dan pernah mengajar di Sekolah Menengah Agama Tarbiyyah Mardiah, Sekolah Menengah Agama Darul Anwar dan Sekolah Menengah Maahad Muhammadi. Jadi tidak hairanlah beliau lebih mesra dengan gelaran 'Tuan Guru' atau ' Tok Guru' yang melekat sehingga sekarang termasuk kanak-kanak sekalipun mengenalinya. Mengenai pendidikannya, Nik Aziz mendapat pendidikan awal dari ayahnya sendiri, Tuan Guru Haji Nik Mat Raja Banjar di kediamannya di Pulau Melaka. Bapanya, merupakan keturunan Raja Jembal, lebih dikenali dengan panggilan Tuan Guru Nik Mat Alim disebabkan beliau arif dalam ilmu-ilmu agama dan terkenal di Kelantan dalam mengendalikan institusi pengajian pondok di Kampung Kedai Lalat. Di situlah Nik Abdul Aziz mendapat pendidikan awal bersama ratusan pelajar Islam dari segenap ceruk rantau Nusantara. Sejak kecil beliau mempelajari dan mendalami kitab-kitab agama dari Almarhum ayahandanya serta belajar menulis daripada ibunya Aminah Majid. Pada masa itu juga, Nik Aziz berulang alik ke Kampung Sirih, berguru dengan Tok Khurasan dan belajar dengan Tuan Guru Ali Pulau Pisang dalam mata pelajaran Nahu dan Tuan Guru Datuk Muhamad Nur Ibrahim (bekas Mufti Kelantan) mengenai ilmu Fekah. Nik Aziz sewaktu berusia 9 tahun pula, dihantar berguru dengan Tuan Guru Haji Abas Mohamad di pondok Madrasah Ittifaqiyah, Jertih, Besut, Terengganu. Beliau menuntut ilmu di situ selama setahun sehingga peperangan Jepun berlaku dan pengajian dihentikan buat seketika. Setelah perang tamat Tuan Guru menyambung kembali pelajaran secara formal di Ittifaqiyah. Walaupun usia Nik Aziz masih muda tetapi beliau dapat menguasai kitab Asmuni (sebuah kitab nahu yang agak tinggi) setanding dengan murid-murid yang lebih berusia darinya. Pada tahun 1945 beliau menyambung pelajaran di Jamek Merbawi Al-Ismaili, Kota Bharu hingga 1952. Kemudian beliau juga menyambung pelajaran ke Universiti Darul Ulum di Deoban, India, mendalami ilmu Fekah, Usul Fekah, Tafsir al-Qur'an, Hadis dan pelbagai lagi. Ketika di India beliau juga telah berguru dengan Sheik al-Hadith dan guru Tarikat yang terkemuka di India iaitu Maulana Mohamad Ahmad Al-Madani dengan mendapat ijazah. Kemudiannya, pada 1957 beliau menyambung pelajaran ke Pakistan dalam bidang Tafsir sebelum menyambung pelajaran pada tahun 1958 di Kuliyatul Lughah di Al-Azhar, Mesir dan memperolehi ijazah sarjana muda dalam jurusan Pengajian Hahasa Arab. Selepas itu, beliau terus menimba ilmu menyambung pelajaran sehingga mendapat ijazah sarjana (M.A) dalam jurusan kehakiman dan perundangan Islam selama dua tahun. Kemudian beliau mendapat diploma pendidikan di Darul Azhar dan pulang ke tanah air Februari 1962. Pada usia 34 tahun (1962), beliau mendirikan rumah tangga dengan Datin Tuan Sabariah Tuan Ishak, berasal dari Kampung Kemumin, Kota Bharu. Hasil perkahwinan selama 30 tahun itu dikurniakan 10 cahaya mata lima perempuan dan lima lelaki. Mereka adalah Nik Aini, Nik Umar, Nik Adli, Nik Abdul Rahim, Nik Abduh, Nik Adilah, Nik Muhamad Asri, Nik Amani, Nik Amalina dan Nik Asma' Salsabila. Pada tahun 1962 juga beliau membuka sekolah yang diberi nama sebagai Sekolah Menengah Ugama Darul Ulum, Pulau Melaka dengan menggunakan tanah wakaf diberi oleh ibu saudara Hajah Kalthom. Beliau juga pada sebelah petang dan sebelah pagi berkhidmat di Sekolah Menengah Agama Tarbiatul Mardhiyah, Panchor, Kemumin. Manakala pada sebelah malam beliau menjadi guru dan penyelia di sekolah dewasa selama dua tahun sebelum meletakkan jawatan dan berkhidmat di Ma'had Muhammadi, Jalan Merbau, Kota Bharu pada 1 Januari 1964. Menyentuh mengenai dunia politiknya pula, Nik Aziz mula menjadi ahli Pas sejak tahun 1967 dan pada Julai 1967 hingga 1986 beliau menjadi calon parti itu dalam pilihan raya kecil Parlimen Kelantan Hilir (sekarang Pengkalan Chepa). Selanjutnya, pada tahun 1986 beliau berpindah untuk bertanding di kerusi kawasan Parlimen Bachok dan Adun Semut Api. Kemudiannya, pada tahun 1971 beliau dilantik menjadi Ketua Dewan Ulama Pas Pusat sehingga tahun 1995 kemudian dilantik sebagai Mursyidul Am Pas mengambil alih amanah ditinggalkan oleh Tuan Haji Yusuf Rawa. Pada 1978 Tuan Guru dilantik sebagai Pesuruhjaya Pas Kelantan kemudian Menteri Besar Kelantan pada Oktober 1990 dan di sinilah bermulanya era kepimpinan ulama. Tok Guru seorang pemimpin yang sangat petah bercakap kerana setiap yang dituturkannya mahupun perumpamaan yang digunakan dalam ceramah mahupun kuliahnya mudah untuk difahami. Dialek Kelantannya yang pekat dan juga bait-bait ayat digunakan dalam setiap tutur bicaranya dapat memikat hati para pengikutnya dan ia mudah melekat dalam sanubari apatah lagi ketika sesi kuliah mingguan pada hari Jumaat di adakan di Dewan Zulkifli Muhammad Bangunan Pas. Perkongsian minda beliau bukan sekadar dimanfaatkan oleh penyokong tempatan bahkan bahan kesetnya (rekod ceramah ketika itu) tersiar di seluruh negara hingga ke Selatan Thailand sehinggakan menjadi bahan rujukan di pusat pengajian tinggi. Tidak terhenti di situ sahaja, biarpun sudah tidak menjadi menteri besar lagi selepas melepaskan jawatannya selepas PRU13 dan dalam keadaan kesihatan agak tidak berapa elok beliau masih lagi meneruskan ceramah biarpun tidak secara tetap. Di Dewan Zulkifli Muhammad inilah, ribuan umat Islam akan berkumpul beramai-ramai pada setiap pagi Jumaat untuk mengikuti ceramah mingguan Tok Guru. Ketika era pentadbirannya juga Nik Aziz adalah seorang yang hebat kerama kehebatan yang dikurniakan ALLAH SWT kepada Mursyidul Am Pas itu tidak dapat dinafikan apabila pada tahun 2008, Gerakan Rakyat Anti Korupsi (Gerak) dan menganugerahkan beliau sebagai Menteri Besar yang memiliki rekod paling bersih di Malaysia. Anugerah itu diberikan sebagai menghargai usaha beliau menentang gejala rasuah sepanjang mentadbir Kelantan selama hampir 18 tahun. Pada 2009, beliau antara 50 tokoh Islam berpengaruh di dunia dan disenaraikan dalam buku berjudul "The 500 Most Influential Muslims". | ||||
Tingkat keselamatan di 81 kem PLKN Posted: 12 Feb 2015 08:01 PM PST SINAR HARIAN Pengerusinya, Datuk Noor Ehsanuddin Mohd Harun Narrashid berkata usaha tersebut adalah bagi meningkatkan lagi keyakinan ibu bapa untuk menghantar anak-anak mereka bagi mengikuti program tersebut yang akan disambung tahun depan. "Dalam tempoh penangguhan sementara program ini, ia memberi peluang kepada kita untuk menambah baik perkhidmatan yang ada dan ini penting kerana rata-rata ibu bapa melihat keselamatan sebagai aspek penting," katanya. Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan penutupan Program PLKN Kumpulan 1 Siri 12 Tahun 2015 di Kem PLKN Jaya Gemilang A'Famosa di sini, semalam. Sebanyak 30,342 pelatih PLKN bagi Kumpulan 1 Siri 12 Tahun 2015 dari 81 kem PLKN seluruh negara berjaya menamatkan latihan terakhir pprogram itu untuk tahun ini. Peserta PLKN sebelum ini menjalani latihan bermula 6 Dis ini hingga 14 Februari 2015. Pada 20 Januari lepas, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam Perutusan Khas Perkembangan Semasa dan Kedudukan Kewangan Negara mengumumkan penangguhan program tersebut bagi membolehkan kerajaan menjimatkan RM400 juta untuk kepentingan pembangunan. PLKN, yang mula dilaksanakan pada 2004, merupakan kursus latihan wajib selama tiga bulan di pusat latihan seluruh Malaysia bagi mereka yang terpilih apabila menamatkan pendidikan sekolah menengah atau berumur 17 tahun ke atas. - Bernama | ||||
AG perjelas kenapa dakwa Anwar Seksyen 377B Posted: 12 Feb 2015 07:58 PM PST SINAR HARIAN KUALA LUMPUR - Datuk Seri Anwar Ibrahim yang disabitkan dan dihukum penjara lima tahun bagi kesalahan meliwat bekas pembantunya, didakwa mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan berbanding Seksyen 377C bagi kesalahan lebih berat. Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail berkata, Kanun Keseksaan memperuntukkan dua keadaan bagi seseorang boleh didakwa bagi meliwat; Seksyen 377B yang menetapkan "dengan atau tanpa kebenaran" bukannya intipati dan Seksyen 377C adalah perbuatan meliwat dilakukan tanpa kebenaran atau paksaan terhadap orang lain. "Ciri penting lain adalah hukuman iaitu undang-undang mengenakan hukuman minimum lima tahun di bawah Seksyen 377C," katanya dalam satu kenyataan. Katanya, seksyen 337B tidak menetapkan tempoh penjara minimun. Beliau berkata Pendakwa Raya memilih untuk mendakwa Anwar di bawah Seksyen 337B berdasarkan budi bicara pihak pendakwaan seperti termaktub dalam Perkara 145(3) Perlembagaan Persekutuan. "Pendakwa Raya menggunakan budi bicara itu dengan mengambil kira fakta dan keadaan setiap kes dan pastinya bukan secara suka-suka," katanya. Abdul Gani berkata, oleh itu, adalah tidak wajar bagi Presiden Majlis Peguam Christopher Leong untuk menyatakan Ketua Pembangkang itu sepatutnya lebih wajar didakwa mengikut Seksyen 377C. "Dilihat seolah-olah Presiden Majlis Peguam mencadangkan supaya beliau (Anwar) didakwa mengikut Seksyen 377C bagi kesalahan lebih berat dan akan mendedahkan Anwar Ibrahim kepada hukuman penjara minimum lima tahun dan maksimum 20 tahun," katanya. Pada Selasa, Mahkamah Persekutuan mengekalkan penghakiman Mahkamah Rayuan yang menjatuhkan hukuman penjara lima tahun terhadap Anwar bagi kesalahan meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan di sebuah unit kondominium di Bukit Damansara pada 2008. Peguam Negara dalam kenyataan itu turut menjelaskan persepsi pihak tertentu bahawa Anwar telah didakwa dan disabitkan bagi 'victimless offence' atau 'kesalahan tanpa mangsa' yang jelas tidak disokong. "Mohd Saiful Bukhari Azlan ialah individu yang menderita. Beliau telah memberikan keterangan bersumpah di dalam mahkamah berhubung perbuatan yang dialaminya untuk direkodkan," katanya. Berhubung kenapa Mohd Saiful tidak didakwa bagi bersubahat, Abdul Gani menjelaskan kes itu sama seperti kes rasuah, iaitu dalam kebanyakan kes rasuah, penerima didakwa manakala pemberi digunakan sebagai saksi terhadap penerima. Beliau turut menafikan Seksyen 377B Kanun Keseksaan yang digunakan untuk mendakwa Anwar, jarang digunakan. Katanya berdasarkan statistik Jabatan Peguam Negara dan polis, sebanyak 171 kes telah didakwa mengikut seksyen itu dari 2010 hingga 1014, dengan 34 kes didakwa di bawahnya pada tahun lepas. Sementara sebanyak 489 kes didakwa mengikut Seksyen 337C dalam tempoh lima tahun lepas. Beliau berkata, Anwar telah diberikan hak untuk mendapat perbicaraan adil dan diberikan semua peluang untuk melaksanakan hak perlembagaannya di mahkamah sepanjang prosiding selama enam tahun setengah. - Bernama | ||||
Terkini: Al-Fatihah :Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat Meninggal Dunia Posted: 12 Feb 2015 04:28 PM PST
| ||||
Makluman kepada mereka yang ingin ziarah Posted: 12 Feb 2015 04:21 PM PST
1. Solat jenazah jam 10 pagi di Masjid Pulau Melaka dan akan dibawa ke tanah perkuburan Pulau Melaka untnk dikebumikan. 2. Orang ramai yang ingin menziarahi dikehendaki menggunakan kenderaan shuttle yang akan disediakan di Dataran Stadium Sultan Muhammad ke-IV mulai jam 7.30 pagi. Bas-bas disediakan untuk membawa orang ramai dari Dataran Stadium Sultan Muhammad Ke-IV ke Pulau Melaka. 3. Tetamu-tetamu dari kalangan pimpinan parti politik dan lain-lain yang tiba melalui Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra Pengkalan Chepa boleh ke Pulau Melaka dengan menggunakan kenderaan yang akan disediakan. 4. Jalan akan ditutup bermula dari Simpang 4 Panji (JPJ) hingga ke Simpang 4 Kota Jembal (Jalan Sultan Omar). Sumber: Urusetia Pengurusan Ziarah dan Solat Jenazah | ||||
Tuan Guru gigih kembalikan Islam memerintah Posted: 12 Feb 2015 04:19 PM PST KUALA LUMPUR: Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim) dan Sekretariat Himpunan Ulama Rantau Asia (Shura) merakamkan takziah kepada seluruh ahli keluarga serta seluruh kepimpinan PAS di atas pemergian ke rahmatullah Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat. Tambahnya, tidak dapat disangkal beliau meninggalkan khazanah ilmu serta kebijaksanaan sebagai pendakwah dan menunjukkan karakter seorang murabbi umat yang tidak ada tolok bandingnya. "Kami meletakkan Almarhum sebagai guru umat yang sangat besar jasanya bukan sahaja dalam arena politik Islam malah juga dalam pentarbiyahan umat yang sangat mendalam kesannya," ujarnya. Menurutnya, sebagai seorang ulama haraki yang menunjukkan teladan dalam kepimpinan serta gaya hidup yang sangat sederhana telah menggariskan suatu aras pengukuran kepada semua aktivis Islam dan kepimpinan negara yang perlu dicontohi. "Kami sangat tersentuh dengan contoh teladan yang beliau tunjukkan dalam mendepani pelbagai mehnah dan tribulasi politik tanah air di samping terus berperanan sebagai murabbi dakwah yang luar biasa," ujarnya lagi. Beliau berkata, Tuan Guru merupakan seorang insan yang benar-benar menterjemahkan pengertian 'ulama sebagai pewaris para anbiya'. Menurutnya lagi, pengajian yang disampaikan dalam kuliah tetapnya di bandar Kota Bharu sarat dengan tausiah dan nasihat yang membekas kepada setiap penuntut yang tekun mendengar huraian dan kupasan beliau. Bliau menambah, Tuan Guru Nik Abdul Aziz layak digelar murabbi umat berdasarkan keiltizamannya yang kukuh terhadap usaha gigihnya mengembalikan Islam sebagai pemerintah bukan Islam yang diperintah. "Kata-kata beliau serta respons beliau terhadap pelbagai isu umat dan negara menjadi hujah yang tidak dapat disangkal balas. "Ilmu dan kekuatan sahsiahnya sangat dirasai dan beliau sebagai tokoh yang sangat inspiratif akan dilanjutkan oleh generasi mendatang," katanya | ||||
Takziah mencurah-curah untuk Nik Aziz Posted: 12 Feb 2015 04:17 PM PST Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dilapor menghentikan sebentar majlis yang dihadirinya malam ini untuk bersama para hadirin mensedekahkan bacaan al-Fatihah untuk allahyarham Nik Aziz Nik Mat. "Innalillahiwainnailaihirajiun. Saya sedih mendengar Tok Guru Datuk Nik Aziz Nik Mat telah pulang ke rahmatullah. Al-Fatihah," tulisnya di Twitter. Timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin pula mengucapkan takziah kepada Nik Aziz melalui laman twitternya. Berikut pelbagai reaksi lain atas pemergian pemimpin penting PAS itu: Lim Kit Siang Penasihat DAP "Pemergian Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat kehilangan besar kepada negara. Takziah kepada anggota keluarga. Al-Fatihah. Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail Presiden PKR "Bagi pihak Datuk Seri Anwar Ibrahim dan keluarga, saya menyampaikan salam takziah dan kesedihan kami kepada Datin Tuan Sabariah Tuan Ishak, di atas kembalinya Dato Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat ke rahmatullah sebentar tadi. "Bagi pihak PKR, saya ucapkan takziah kepada PAS di atas kehilangan Tuan Guru Mursyidul Am." Datuk S Ambiga Aktivis "Saya amat menghormati Tok Guru. Beliau seorang pejuang yang gigih." Datuk Husam Musa Naib presiden PAS Istirehatlah dari perjuangan hidup yang melelahkan ini. Aku meredai pemergianmu. Insya-Allah kita akan bertemu dalam lindungan keampunan dan keredaan Ilahi yang kita sama buru. Syed Husin Ali Senator "Innalillahiwainnailaihirajiun. Alfatihah. Sedih baca kenyataan PAS (Mahfuz) Nik Aziz kembali ke rahmatullah jam 9.45 malam ini. Semoga Allah rahmati." Datuk Seri Shabery Cheek Menteri "Pemergian Tuan Guru Nik Abd Aziz adalah kehilangan besar utk negara. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh allayarham. Al-fatihah! " Gobind Singh Deo Anggota parlimen Puchong "Amat sedih terima berita pemergian TG Nik Aziz. Takziah. Jasa baik TG kepada ayah saya Karpal Singh sentiasa dikenang." Barisan Nasional (Twitter) "Salam takziah kepada keluarga bekas MB Kelantan Datuk Hj Nik Aziz Nik Mat yang kembali ke rahmatullah. Al-Fatihah." |
You are subscribed to email updates from DIALOG RAKYAT To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 1600 Amphitheatre Parkway, Mountain View, CA 94043, United States |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan