Sabtu, 21 Februari 2015

.

.

Duhai ulama Pas jangan jadi macam ular Tedung

Posted: 21 Feb 2015 03:36 AM PST

ULASAN ISU                                                                                   

Ahmad Yaakub: Mamai kata Najib.
Dewan Ulamak Pas telah mengadakan Multaqa Ulamak Malaysia II, semacam persidanganlah, sehari suntuk di Serdang Selangor dua hari lepas. Persidangan itu katanya disertai kalangan ulama dan agamawan, yang mendominasinya ulama dalam Pas.

Saya tidak mengikut keseluruhan isi serta hasil dicapai daalam Multaqa berkenaan. Saya hanya membaca laporan dalam protal berita mengenai ucaptama berserta beberapa resolusi dan butiran perbincangan (perbahasan) di sekitar Multaqa tersebut. Boleh tahan juga lidah para ulama apabila bersuara, ia persis seperti "lawi ayam" berkarat.

Yang jelasnya Multaqa itu bukan membincangkan atau membuat ijtihad mengenai hukum hakam (syariah) yang kabur sebelum ini dan masih "berjibuh" dalam pemikiran umah, atau pun mencari solusi bagi menyelesaikan berbagai masalah ummah yang kian bercelaru dan hiru biru muasir ini disebabkan disodor pelbagai isme dan pemikiran.

Isu-isu berkaitan ekonomi, politik, pendidikan, budaya, bangsa dan sebagainya yang boleh melemahkan agama masih banyak bergeliwat di sekeliling kita, tetapi sayang ia tidak menjadi tumpuan atau dimasukan dalam rangka perbahasan dalam Multaqa berkenaan.

Sebaliknya Multaqa itu lebih kepada forum satu pihak dalam Pas untuk "mengetik" dan "mengekah" satu pihak lain dalam parti itu. Sedar atau tidak berlaku penyalahgunaan ruang dan forum di sini, dan juga perogolan terhadap istilah-istilah Arab yang kelihatan berunsurkan agama tetapi dibelangi dengan elemen politik jalang. Justeru jadilah Multaqa itu sebuah halaqah kosong yang merugikan masa dan ia sebuah muzakarah sempit.

Lebih malanglah majlis itu satu himpunan untuk memadukan suara yang retak agar Presiden parti itu dihormati sampai ke langit. Saranan pengagungan (kultus) kepada sesama manusia atau semacam memuja busut jantan telah dilakukan dalam Multaqa itu. Ada acara hendak mengkeramatkan busut jantan dalam Pas ke belakangan ini.

Betapa tidak Multaqa itu membuat ketetapan supaya Pas mengambil tindakan kepada mana-mana ahli dan pemimpinnya yang terlibat dengan Persatuan Ummah Sejahtra Malaysia (PasMa). Cadangan ini dibuat oleh Pemangku Ketua Dewan Ulama, Ahmad Yaakob yang juga MB Kelantan.

Tidak cukup itu, beliau juga mencadangan agar ketetapan diambil terhadap pelanggaran ketetapan MSU dan keputusan-keputusan dibuat Presiden secara peribadi sebagai kesalahan mandatori. Pas juga nampaknya hendak wujudkan Akta Hasutan dalam parti agama itu. Kedua-dua cadangan Ahmad itu yang disarankan dalam ucaptamanya kemudian menjadi resolusi kepada Multaqa berkenaan.

Apabila dicadangkan ahli Pas yang mengkritik presiden dipecat, memberi gambaran seolah-olah dosa besar kepada mereka yang mengkritik presiden. Dalam kepala Ahmad Yaakub presiden tidak boleh dikritik dan secara tidak langsung beliau meletakkan Presiden sebagai tidak berdosa dan tiada terkhilaf dalam aktiviti politiknya. Atau pun Ahmad sudah begitu "semabul" melihat segala tindakan Abdul Hadi itu sebagai satu sunnah yang perlu diikuti tanpa ada batas kerana ia dijelmakan menerusi wahyu?

Tidak sangka peluang Ahmad memangku Ketua Dewan Ulama telah memberi memberi kesempatan kepadanya untuk menaikkan darjat dan martabat seorang presiden sebuah parti politik setiggi itu. Apakah Abdul Hadi sudah memberi jasa besar buatnya dan tindakan beliau itu sebagai membalas jasa? Ini kena disiasat sebeb sebelum ini ada terdengar maklumat-maklumat berunsurkan demikian.

Atau pun juga apakah mesej beliau berbuat begitu agar kedudukan beliau sebagai MB Kelantan juga haram dikritik? Ada kemungkinan sebab belum sampai lima tahun mentadbir Kelantan sudah berbakul-bakul kritikan dilempar kepadanya.

Paling ketara sekali kelemahannya menguruskan bah emas (banjir) yang melanda Kelantan baru-baru. Kelemahan Ahmad ini kalau mengikut Adun Kok Lanas, Alwi Che Amat diperkatakan sendiri oleh Perdana Menteri, Najib Razak. Dalam satu taklimat banjir menurut Alwi, Najib merunggut dan kesal atas "kebodohan" Ahmad Yaakub dalam menangani masalah banjir. Najib merunggut selepas mendengar taklimat daripada Ahmad sebagai MB.

"Saya tidak sangka MB Kelantan begitu sekali "mamainya", begitulah kata Najib beritahu Alwi. Mamai yang membawa maksud tidak tahu apa benda. Dalam bahasa bombastiknya "bodoh".

Ucaptama Ahmad Yaakub itu diulas oleh timbalannya Mohd Amar Nik Abdullah. Mohd Amar memberi penekanan dan peringatan bahawa Putrajaya bukan matlamat Pas. Pas mahukan kemenangan yang diredha. Ertinya kalau Pakatan Rakyat memperolehi Putrajaya tetapi ia tidak mendapat keredhaan Allah, maka itu tidak penting bagi Pas.

"Pas tidak seperti parti politik lain seperti PKR, DAP dan Umno. Pas merupakan gerakan Islam yang mempunyai matlamat lebih tinggi dan lebih mulia, iaitu keredhaan Allah. (Aduh sombong dan penuh retorikanya Nik Amar).

"Itulah perbezaan jelas Pas antara parti politik lain. Kita mahu menang tapi biarlah kemenangan itu diredhai Allah." tegas Nik Amar seperti mana dilapor. Nik Amar seakan mahu pandangannya itu menjadi satu  "dogma" kepada ahli-ahli Pas. Maksudnya kalau Pas gagal untuk menguasai Malaysia, menjadi kerajaan, tidak menjadi kesalahan kerana perjuangan Pas ialah mengharap keredahaan Allah.

Sayang Mohd Amar tidak menyebut apakah kemenangan BN (Umno) selama ini tidak mendapat keredhaan Allah dan desas desus yang Pas Kelantan tergila dan pelahap hendak berbaik dengan Umno itu sebagai satu keredhaan Allah? Sekiranya kemenangan BN (Umno) tidak mendapat keredhaan Allah bererti semua rakyat Malaysia kini termasuk Nik Amar sendiri berada dalam kekufuran?

Selain dari resolusi itu, sehari sebelum berlangsung Multaqa itu Presiden Pas Abdul Hadi Awang telah menghuraikan mengenai ba'iah dan wala' dalam perjuangan menerusi klik video yang dimuat turunkan dalam Facebooknya.

Kata Abdul Hadi, apabila menyebut tentang bai'ah ia berkaitan dengan janji kepada perjuangan Islam yang pernah dilakukan Rasul bagi mengukuhkan seseorang ahli jemaahnya dan kesetiaanya.

Apa yang terpenting dalam bai'ah itu menurutnya memelihara yang tersirat dalam hati kita, keimanan dan keikhlasan kepada Allah dan perjuangan menegakkan Islam.

Mesej yang hendak disampaikan oleh Abdul Hadi itu ialah agar ahli Pas istiqamah berpegang kepada bai'ah, janji untuk berjuang bersama Pas serta mentaati pemimpin itu. Ia adalah mesej sebagai memberi iktibar kepada perkembangan yang berlaku dalam Pas kini yang ada hubung kait dengan kritikan diterimanya.

Kerana klik video itu dibuat awal, tujuannya adalah memberi isyarat kepada para hadirian Multaqa itu agar memfokuskan dan memberi perhatian kepada soal bai'ah dan wala.

Ini dibuat mungkin kerana beliau merasakan kepimpinannya kini sedang dipercakapan umum dalam Pas terutamanya mengenai kemampuannya memimpin Pas. Integritinya sebagai presiden sebuah parti agama yang mendapat sanjungan ramai dua tiga tahun lalu, kini sudah terjejas apabila beliau bersikap "kluk klik"... macam ikan keli dalam besen. Bukan sahaja tidak istiqamah dengan keputusan diambil bersama tetapi berdolak dalih dengan keputusan yang dibuat. Abdul Hadi mempunyai air liur seperti pelangi.

Dan mesej diberikan Abdul Hadi itu seakan disambut apabila Ahmad Yaakub menekankan kepada soal wala' kepada pemimpin sehingga mencadangkan agar mereka (PasMa) yang mempertikaikan Abdul Hadi dipecat daripada Pas. Cadangan Ahmad itu disambut pula oleh golongan "IS" di dalam Pas yang bersiap sedia melakukan perang terbuka dalam Pas.

Apa yang berlaku dalam Multaqa itu serta resolusi yang diambil seperti melancarkan perang kepada PasMa satu tindakan yang tidak bijak, jauh sekali bersikap "rangsang politik."  Ia lebih kepada membuka medan perang sesama sendiri dalam Pas. Multaqa seperti itu yang dikayuh secara emosional boleh memecah belahkan Pas serta menimbulkan keadaan skeptikal sesama sendiri.

Sebagai majlis dianggotai oleh orang merasakan mereka ulama dan agamawan, berkopiah tebal dan serban panjang, janggut secekak, seharusnya mencari jalan murni bagi mengheningkan keadaan dalam Pas kini. Pas tidak seharusnya bergomol dengan PasMa, atau mana-mana individu yang vokal dalam Pas (menegur untuk kebaikan) sebaliknya menerima PasMa dan mereka sebagai rakan akrtif dalam menampung Pas menuju ke Putrajaya atau mencapai keredhaan Allah.

Daripada apa yang berlaku dan terpamer, tidak boleh dinafikan Multaqa itu membawa agenda politik tertentu khasnya dalam kalangan mereka yang menganggap diri mereka agamawan dan ulama. Multaqa itu tidak lain dan tidak bukan untuk mengukuhkan kedudukan dan penguasaan mereka dalam Pas pada muktamar Jun nanti. Mereka ini juga adalah orang yang tidak yakin dan dikejar bayangan sendiri. Kerana kalau mereka bersikap tasamuh dan tawakus mereka akan memiliki dua kecemerlangan sekaligus, agama dan ilmu profesional.

Multaqa itu juga tidak mencerminkan majlis dianjurkan agamawan kerana ia disualmi dengan kecaman dan pelontaran idea dibenih syaitan. Misalnya ada yang tanpa berlapik mencadangkan supaya pemimpin kanan Pas yang mempersoalkan Abdul Hadi Awang keluar sahaja daripada Pas. Suara itu menunjukkan tahap pengkultuskan kepada Abdul Hadi sudah melampau dan meletakkan Abdul Hadi sebagai maksum yang tidak boleh dikritik. Ia juga menggambarkan mereka yang membuat cadangan itu sudah dirasuk fanarisme dan egoisme.

Hal ini wajar kalau ada pemimpin parti rakan Pas melebelkan Abdul Hadi sebagai "lembu suci". Penghinaan ini sesuatu yang dikesali dan ia tidak akan terjadi kalau ia bukan kerana rakusnya sesetengah ahli Pas sendiri khasnya yang bernaung dibawah Dewan Ulama bersikap taksub kepada pemimpin sehingga tidak nampak apa yang ada di hadapan mata lagi.

Diingatkan mereka yang taksub kepada mana-mana pemimpin, dokrin citapaan manusia, dan sebagainya ia samalah dengan ular Tedung yang apabila kepalanya mengembang menyebabkan kedua belah matanya tidak kelihatan apa-apa lagi. Ketika itu usah ceritalah sebisa mana si Tedung itu ia akan mudah dicekup kemudian dimasukkan ke dalam guni dan dijual kira kati.

Nah, ada ciri-ciri Tendung itu dalam parti agama itu kini. Kedua-dua matanya telah tertutup oleh kegoaan yang tinggi. Si Tedunglah ia akan memporaperandakan parti agama itu. [wm.kl.6:47 pm 21/02/15] *tanda edit.
Justeru itu, katanya, tindakan harus diambil dengan segera ke atas mereka yang cuba menggoyah kekuatan PAS.
‎"Kita mesti ada pendirian... Ibarat antara suami isteri, kalau isteri buat hal, jika suami tidak menceraikannya, maka digelar dayus," katanya.
Di akhir persidangan, multaqa itu sebulat suara meluluskan usul menggesa Majlis ‎Syura Ulama dan Jawatankuasa Kerja PAS Pusat mengambil tindakan displin ke atas mana-mana pemimpin dan ahlinya yang terlibat dalam gerakan PasMa.
Antara lain, usul tersebut menetapkan sebarang pelanggaran terhadap Majlis Syura Ulama dan keputusan presiden merupakan satu kesalahan mandatori dalam undang-undang PAS. – Februari 21, 2015.
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/kalau-tidak-sokong-hadi-letak-jawatan-kata-perwakilan#sthash.pskXIUa3.dpuf
"Kita mesti ada pendirian... Ibarat antara suami isteri, kalau isteri buat hal, jika suami tidak menceraikannya, maka digelar dayus," katanya.

Di akhir persidangan, multaqa itu sebulat suara meluluskan usul menggesa Majlis ‎Syura Ulama dan Jawatankuasa Kerja PAS Pusat mengambil tindakan displin ke atas mana-mana pemimpin dan ahlinya yang terlibat dalam gerakan PasMa. - See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/kalau-tidak-sokong-hadi-letak-jawatan-kata-perwakilan#sthash.pskXIUa3.dpuf

Tiada ulasan: