Jumaat, 13 Februari 2015

.

.


Tokguruku Nik Abdul Aziz kembali ke Rahmatullah

Posted: 12 Feb 2015 06:37 AM PST

BALESUNGKAWA                                                                                           

Tokguru Nik Abdul Aziz Nik Mat telah kembali ke Rahmatullah kira-kira jam 9:40 malam ini. Kematiannya disahkan oleh Doktor Pakar Dr Jufri yang mengetui team merawat Allahyarham di Hospital Universiti Sains (HUSM) Kota Bharu Kubang Kerian.

Allayarham dimasukan ke HUSM 19 Januari lepas dan keadaan kesihatannya semakin merosot. Selepas Magrib tadi beliau dibawa balik ke rumahnya di Pulau Melaka.

Keputusan membawa balik itu adalah atas permintaanya sendiri yang berharap dapat menghemuskan nafas terakhir di rumahnya.

Kira-kira ham 8:00 malam ambulan yang membawanya dari HUSM tiba di rumah. Tidak sampai sejam beliau menghembuskan nafas terakhir.  Tokguruku meninggal dunia malam Jumaat dimana tarikh pemergiannya sama dengan tarikh kematian al Syahid Hassan al Banna.

Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya. Al Fatihah. Wassalam Mso.

Tiada ulasan: