Jumaat, 6 Februari 2015

"BERANI KERANA BENAR!"

"BERANI KERANA BENAR!"


Umat Islam memiliki kekuatan alat perisikan di dunia

Posted: 05 Feb 2015 05:00 PM PST

Oleh ABU AL-MA'ALI FAEQ AHMED 


SETIAP negara daripada negara negara di dunia, memiliki peralatan yang mampu mengumpul data dan maklumat, sama ada maklumat yang baik ataupun yang buruk, kesemua itu adalah bertujuan untuk kerja-kerja mempastikan keamanan negara.

Dan sesebuah negara sama ada dikira kuat ataupun lemah berdasarkan alat perisikan yang dimilikinya, peralatan yang lemah tidak mampu menghasilkan laporan yang baik, malah terdedah kepada kehancuran sesebuah negara.

Dan mungkin juga peralatan yang canggih bertujuan untuk melemahkan negara lain, seperti apa yang berlaku kepada peralatan perisikan Amerika yang dapat mengesan pelbagai maklumat tentang Iraq, Afghanistan, Kashmir, Bosnia dan lain-lain boleh disifatkan sebagai ancaman yang membahayakan ketika ini.

Tetapi bukanlah itu maksud penulis berhubung dengan peralatan perisikan canggih ataupun tidak canggih, apa yang dimaksudkan di sini ialah kepentingan sesebuah alat itu bagi menyingkap atau membongkar maklumat berhubung musuh Islam, khususnya puak Zionisme Yahudi.

Umum mengetahui bahawa maklumat perisikan membebankan belanjawan sesebuah negara dan kita dapati tidak ada satu alat perisikan yang mampu mendedahkan kegiatan jahat mereka (Yahudi) secara menyeluruh. Adapun segala peristiwa yang kita saksikan dengan mata dan telinga kita, berhubung operasi kejahatan mereka adalah satu petanda daripada Allah yang akan memenangkan dengan kemenangan yang hampir kepada pembela-pembela Islam.

Sebagai contoh, satu kejadian masa dulu peristiwa pengeboman hotel "Paradise" di bandar Mombasa pada 2002, Kenya yang dimiliki seorang warga Yahudi serta pelancaran peluru berpandu terhadap pesawat Yahudi, ini menandakan alat perisikan Zionis Yahudi dan sekutunya Amerika gagal mengesan dari siapa dan dari mana punca pelancaran peluru berpandu itu dilakukan.

Sehingga kini masih belum berjaya memastikan angkara siapa yang melakukan, tapi sebagai orang Islam, apa yang penting jika masih lagi terdapat hamba Allah di dunia Islam yang bangun di waktu malam untuk bersolat tahajjud menghadap Tuhan yang Maha Berkuasa mengharapkan dari-Nya membantu menggagalkan perancangan Yahudi, insya- Allah ia akan terkabul.

Sesungguhnya perancangan Yahudi dan sekutunya digagalkan oleh Allah yang Maha Berkuasa dalam setiap tindakannya yang dapat disaksikan menerusi media massa arus perdana sesebuah negara.
Tetapi persoalannya di sini berdasarkan iman kita, kenapa kita memiliki kekuatan alat perisikan untuk membongkar kerjakerja Yahudi di seluruh dunia? Di negara manakah boleh didapati alat tersebut selain yang kita miliki?

Berapakah anggaran peratusnya pula laporan yang tidak tepat? Sejauh manakah kebenaran alat itu?
Semua persoalan di atas dan mungkin yang lain-lain juga, amat perlu dilontarkan oleh insan yang bernama Islam, tidak kira di mana mereka berada, iaitu persoalan berdasarkan peristiwa menyayat hati dan sebagainya yang disaksikan oleh kedua matanya.

Kecanggihan peralatan perisikan ciptaan manusia tidak mampu menjangkau lebih dari yang sedia ada di tangannya, ini dapat dilihat kegagalan peralatan tersebut untuk mengesan detik-detik peristiwa 11 September 2001.

Apa yang penulis ingin beritahu sidang pembaca sekelian, alat perisikan yang penulis maksudkan itu sebenarnya terdapat di dalam setiap rumah orang Islam di seluruh dunia, ia merupakan alat yang paling tepat, berkesan dan memiliki kebenaran 100%.

Tahukah saudara apakah kekuatan alat perisikan yang mampu menyingkap, mengesan dan membongkar perancangan jahat Yahudi dan sekutunya, tidak lain itulah "al-Quran al-Karim" yang ada di setiap rumah pencinta Islam.

Kemampuan al-Quran bukan sahaja menghimpun berita berhubung Yahudi, malah menceritakan dengan terperinci telatah, gelagat dan watak mereka, kerana ia adalah berita yang diberitahu oleh Tuhan yang Mencipta bangsa Yahudi itu.

Mari kita bersama menyingkap apa yang diketengahkan oleh al- Quran berhubung dengan bangsa Yahudi, kita sedia maklum, bahawa al-Quran bukan sekadar menceritakan asal-usul sesuatu bangsa seperti Bani Israil.
Malah menceritakan juga kegiatan jahat mereka dengan segala pembohongan dan kerjakerja jijik yang tidak dilakukan oleh bangsa lain selain mereka seperti membunuh mereka yang bukan dari kalangan mereka dan banyak lagi dibongkar oleh al-Quran.

Inilah yang dapat kita saksikan hari ini telatah Zionis/Yahudi dan Amerika kononnya menyerang negara-negara yang menyanggah dasarnya atas dasar hak asasi manusia.

Mereka gunakan segala wasilah bagi memastikan negara-negara yang menentang mereka berada dalam tertekan dan akhirnya tunduk dan menyerah diri dan bersedia dihukum dengan hukuman yang tidak diguna pakai oleh undang-undang antarabangsa.

Al-Quran sebenarnya telah mendedahkan pengkhianatan dan pembelotan mereka terhadap Nabi-nabi yang diutus kepada mereka.

Mereka cuba mengikis sejarah kejahatan dan pembohongan mereka, agar tidak dapat dikesan dan diketahui secara umum oleh generasi umat Islam akan datang yang sebenarnya tidak dapat ditutup kerana paparan al-Quran adalah satu kebenaran.

Yahudi adalah satu bangsa yang selalu melakukan pelbagai pengkhianatan, sesungguhnya Allah SWT telah menyelamatkan mereka daripada kejahatan Fir'aun yang telah menyembelih anak-anak mereka dan mencabuli kehormatan isteri-isteri mereka, akan tetapi mereka membalas segala kebaikan yang Allah berikan pada mereka dengan penentangan dan kebiadaban.

Hal ini telah disebut oleh Allah menerusi ayat 47 surah al-Baqarah yang bermaksud: "Hai Bani Israil, ingatlah akan nikmatku yang telah Aku anugerahkan kepada kamu dan ingatlah bahawasanya Aku telah melebihkan kamu atas segala umat."

Tiada ulasan: