"BERANI KERANA BENAR!" |
- Ustaz Ismail Kamus sudah 4 kali mati
- Yahudi–Zionis tidak hormat hak asasi
- Barisan Pokok Berbunga
- Peluang ke Sukan Olimpik 2016 terbuka
- Sambal Tumis Peria
- Masalah PC ran into a problem pada Windows 8
- Macam Mana Nak Letak Butang/Menu All Program Pada Windows 8?
- Bagaimana nak buang "Home Page" Yang Tak Dikenali Pada Browser IE, Chrome, Mozilla dll
- Kenali Buah Masjid Terbesar Didunia
- Membuat Animasi dengan Adobe Photoshop
- Ikan Tenggiri Masak Kicap
- Daging masak merah
- Stim ikan mudah
Ustaz Ismail Kamus sudah 4 kali mati Posted: 01 Feb 2015 06:21 AM PST Oleh AZIZ MUDA "EH, USTAZ Ismail Kamus masih hidup ke? Kata dah mati? Pelik pula. Itu memang dia yang nampak tadi. Dia hidup balik ke?" Begitulah kata-kata yang terkeluar dari bibir orang ramai apabila melihat Ustaz Dato' Ismail Kamus. Kata-kata seperti itu terhasil ekoran beliau dikatakan telah meninggal dunia seperti yang tersebar dengan meluas menerusi group-group WhatsApp sekitar 20 Januari lalu. Ustaz Dato' Ismail Kamus bukanlah satu nama asing kepada seluruh rakyat Malaysia. Beliau bukan sekadar dikenali oleh ahli-ahli PAS, tetapi juga oleh para penyokong parti-parti lain, malah termasuk juga di kalangan mereka yang tidak berparti atau berada di atas pagar. Beliau juga pernah menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Gombak Setia pada tahun 1999 sehingga 2004 lalu atas tiket PAS. Sejajar dengan sumbangannya yang besar dalam aktiviti dakwah dan kemasyarakatan, beliau terpilih sebagai Tokoh Maal Hijrah 1433 Hijrah Negeri Selangor sempena sambutan Maal Hijrah di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di Shah Alam pada 26 November 2011. Beliau menerima wang tunai RM10,000 sumbangan Kerajaan Negeri Selangor dan Lembaga Zakat Selangor (LZS), sijil penghargaan, midal Maal Hijrah, sepersalinan pakaian dan pakej menunaikan umrah yang disampaikan oleh Tengku Panglima Diraja Selangor, Tengku Sulaiman Shah yang mewakili Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah. Masuk kali ini, pendakwah terkenal itu dikatakan telah meninggal dunia sebanyak empat kali, berdasarkan fitnah yang disebarkan oleh pihak-pihak tertentu di negara ini. Tahun 2011 lalu ketika fitnah kematiannya buat kali ketiga sedang bertiup kencang di tengah masyarakat, beliau sendiri mengakui turut mendengar khabar angin itu tetapi hanya disambutnya dengan senyum. Ketika ditemui di pusat perubatannya di pejabat Persatuan Perubatan Islam Darussalam Malaysia di Gombak, Selangor pada 7 Disember 2011 lalu, beliau menjelaskan, kali pertama khabar angin seperti itu bertiup di tengah masyarakat berlaku sekitar 12 tahun lalu (bererti 16 tahun lalu), manakala yang kedua sekitar 5 tahun lalu (bererti 9 tahun lalu). Sesudah itu, beliau menyangkakan fitnah seperti itu tidak akan berlaku lagi ke atasnya, tetapi sangkaannya itu ternyata meleset apabila ia kembali berulang untuk kali ketiga terutama ketika beliau berada di Mekah untuk mengerjakan ibadat haji pada tahun 2010 lalu. Ketika itu, tokoh agama yang disegani itu mengakui beliau kurang sihat sejak 6 bulan lalu kerana mengalami sakit buah pinggang, darah tinggi dan kencing manis. Ekoran masalah kesihatannya itu, aktiviti beliau dalam kemasyarakatan dan agama turut terbatas sejak hampir setahun lalu, tetapi mulai aktif kembali sekitar Disember 2011 setelah kesihatannya bertambah baik. Ekoran kesihatannya yang kurang baik, beliau telah mengambil keputusan untuk tidak bergiat aktif dalam politik bersama-sama para pemimpin PAS, melainkan memberikan sumbangan sekadarnya untuk parti setakat yang terdaya. Sebagai tokoh agama dan aktivis masyarakat, beliau banyak menghabiskan masanya dengan memberikan sumbangan kepada orang ramai di pusat perubatannya bersama para pembantunya. "Jika ada jemputan daripada orang ramai untuk berubat di rumah mereka, khususnya bagi kes-kes kronik, saya dan rakan-rakan yang juga pembantu saya akan turut pergi ke rumah mereka bagi membantu sekadar terdaya," katanya. Beliau bagaimanapun berharap agar pihak-pihak terbabit tidak lagi menyebarkan fitnah seperti itu terhadap beliau selepas itu bagi mengelakkan salah faham di dalam masyarakat, di samping mengelakkan dosa kerana menyebarkan fitnah. Bagaimanapun 1 Januari lalu, seluruh negara menjadi gempar apabila tersebar berita menerusi WhatsApp dengan katakata, "Assalamualaikum. Ustaz Ismail Kamus kembali ke rahmatullah. Akan disolatkan di Masjid Nurul Hidayah, Kampung Pandan selepas Zohor. Inna lillahi wa inna ilaihi rojiun." Pada hal, Ustaz Ismail Kamus sebenarnya masih hidup. Pihak terbabit seolah-olah sengaja menyebarkan berita seperti itu untuk menimbulkan kejutan dalam masyarakat. Justeru, tidak hairanlah jika perbuatan mereka itu dikecam pelbagai pihak. Jika berita palsu seperti itu disebarkan oleh pihak berkenaan untuk tujuan bergurau, ia tentunya gurauan yang melampau dan tidak langsung menghormati tokoh agama. Tentunya menjadi sesuatu yang amat mendukacitakan jika berita seperti itu menjadi bahan gurauan penulis blog dan penulis WhatsApp. Namun, mengimbas kembali pertemuan dengannya 7 Disember 2011 lalu, pendakwah yang dilahirkan pada 2 Disember 1948 itu sendiri tidak dapat membaca mesej di sebalik penyebaran berita palsu seperti itu ke atasnya. "Saya hairan macam mana mereka boleh sebarkan fitnah seperti itu ke atas saya, sedangkan saya sebenarnya masih hidup. Saya sebenarnya tak pun berasa sedih dengan fitnah itu. Lagipun kalau mereka tak kata saya dah meninggal dunia pun, saya pasti akan mati juga apabila tiba masanya nanti," ujar beliau. |
Yahudi–Zionis tidak hormat hak asasi Posted: 31 Jan 2015 07:29 AM PST Oleh EKMAL NASIH ABDEL MAGEED DOHA: Presiden Persatuan Ulama' Islam Antarabangsa dan ulama' kontemporari terkemuka, Syeikh Prof Dr Yusuf al-Qaradhawi dalam satu kenyataannya barubaru ini mendedahkan tindakan melampau puak Yahudi-Israel yang disifatkan keterlaluan dan menyalahi hak asasi manusia, kenyataannya itu adalah antara beliau diarah untuk ditahan oleh polis antarabangsa (Interpol) atas kehendak presiden Mesir yang samseng, Abdel as-Sisi dan juga sekutunya dari Emiriah Arab Bersatu (UAE). Beliau berkata demikian dalam tazkirah terbarunya "Bencana/ musibah Kedua" di bumi Palestin, bahawa sejak bumi itu ditakluk golongan Yahudi lebih enam puluh tahun, mengingatkan semua pihak, bahawa ia merupakan satu pengalaman pahit dan meyedihkan, kerana Palestin tidak pernah sepi daripada ditimpa pelbagai bencana dan musibah. Di mana rakyat Palestin yang terdiri daripada pelbagai peringkat termasuk kanak-kanak, remaja, wanita dan orang-orang tua menjadi korban dan tidak kurang yang menjadi pelarian kerana diusir dari tempat kelahiran mereka sendiri. Musibah besar menurutnya ialah dengan kejatuhan bukit Golan dan Sinai yang dirampas oleh tentera Israel, ini termasuk Semenanjung Gaza, Dafah Barat, Masjid al-Aqsa dan Baitulmaqdis yang sering menjadi sasaran Yahudi untuk memusnahkannya. Dengan bencana yang menimpa itu, ia telah merubah landskap politik Arab keseluruhannya, kerana sebelum Israel menakluk bumi Palestin, ia dianggap sebagai perampas yang tidak berhak melakukannya, tetapi selepas ia berjaya melakukan penaklukan itu, falsafah negara-negara Arab bertukar sekadar mempertahan haknya sahaja. Pada tahun 1967 katanya, Palestin secara mutlak dikuasai golongan Yahudi yang mendapat sokongan negara-negara Barat yang anti-Islam, malah Pertubuhan Bangsa- Bangsa Bersatu (PBB) tidak mampu berkata-kata apa mengenainya seolah-olah berdiri di belakang Israel/ Yahudi. Menurut Syeikh al- Qaradawi, golongan yang berani menawan Masjid al-Aqsa, tidak mustahil ia bercita-cita tinggi selepas ini untuk menawan Kaabah dan Masjidil Haram di Makkah, apabila umat Islam dan Arab tidak peka terhadap persoalan agama mereka sendiri, ini kerana Allah SWT telah mengikat kedua-dua masjid tersebut dalam banyak peristiwa yang terjadi ke atas Nabi Muhammad s.a.w. Tentera Israel atau rejim Yahudi berani melakukannya pada ketika umat Arab khususnya semakin lemah, Israel didokong oleh Amerika dan beberapa negara Eropah bagi memastikan agar Kaabah yang menjadi kiblat umat Islam sedunia lebur, ia makin berani kerana kelesuan pada jati ddiri negara-negara Arab/Islam yang masingmasing hanya mahu terus berkuasa. Walaupun rakyat Palestin bangkit menentang kekejaman rejim Yahudi, namun terdapat di kalangan mereka yang menjadi tali barut kerana sematamata untuk mendapatkan habuan dunia sementara yang dijanjikan oleh musuh-musuh Islam, malah sanggup menyalurkan informasi asalkan dapat terus hidup. Ini berlaku kepada mereka, apabila HAMAS yang dipilih rakyat dalam pilihan raya yang sah pada Januari 2006, anggotaanggotanya ditekan, ditahan, dipenjara dan pelbagai tribulasi lain bagi memastikan suara-suara Islam tidak kedengaran, malah dunia tidak rela Palestin diterajui oleh pimpinan Hamas, jika mahu terus memerintah, mereka mestilah menyerahkan kepada Mahmoud Abbas yang merupakan jurucakap Amerika. Syeikh al-Qaradhawi mempertikaikan sistem demokrasi kononnya diamalkan oleh golongan pendukung kebangsaan, kebebasan serta hak asasi rakyat Palestin yang dicabuli setiap hari. Justeru, beliau mengingatkan semua pihak dalam kalangan pemimpin-pemimpin Arab secara khusus, umat Islam seluruhnya agar berusaha membebaskan bumi Palestin dari cengkaman musuh-musuh Allah sampai hari kiamat. Hendaklah umat Islam dari luar Palestin, menyokong saudarasaudara mereka yang ditindas di Palestin setiap masa, dengan menghulurkan bantuan dari sudut moral dan harta benda, sama ada dengan cara kutipan derma dan sebagainya, memberi kesedaran kepada ummah bahawa menyalurkan apa sahaja bentuk bantuan untuk rakyat Palestin adalah fardu 'ain. Bagi mereka yang mempunyai kelebihan pendapatan, bolehlah mereka mengeluarkan zakat kepada saudarasaudara mereka di Palestin bagi meringankan kesempitan hidup, kerana segenap bantuan kewangan, perubatan, pakaian dan lain-lain disekat oleh pihak berkuasa di sempadan Mesir-Rafah, yang bertujuan agar rakyat Palestin menghadapi kesulitan hidup dan mati, Ketika Dr. Mohamed Morsi menerajui Mesir, beliau dengan kesungguhuannya telah membuka semula laluan ke Gaza melalui Rafah, ia bertujuan agar segenap bantuan kemanusiaan seperti bantuan ubatubatan, pakaian, bahanbahan makanan mudah sampai bagi membantu saudara-saudara muslim di Gaza, namun setelah beliau disingkirkan, peralihan kuasa berlaku di tangan as-Sisi, beliau menutp semula laluan di Rafah, malah setengah tempat dimusnahkan bagi menyukarkan bantuan sampai ke Gaza. – Naseej. |
Posted: 31 Jan 2015 07:09 AM PST Pokok yang berbunga lebat sehingga menutupi jalan-jalan ini seringkali menjadi tumpuan para jurugambar. Selain memberikan permandangan yang indah, ia juga turun memberikan beberapa kelebihan yang lain. Jalan-jalan yang dibarisi oleh pokok-pokok ini juga boleh menyejukkan bandar sebanyak 10 darjah selsius dengan keteduhannya. Selain itu ia juga dapat meperlahankan lalu lintas sepanjang laluan tersebut tanpa memerlukan sebarang bonggol kerana pemandu-pemandu dengan sengaja memperlahankan kenderaan mereka semata-mata untuk menikmati keindahan pokok-pokok bunga tersebut dan sekaligus membuatkan pencemaran bunyi berkurang. 2. Bonn, Germany 3. Stockholm, Sweden 4. Tunnel Of Love, Caras-Severin, Romania 5. Valencia, Spain 6. Cullinan, South Africa |
Peluang ke Sukan Olimpik 2016 terbuka Posted: 30 Jan 2015 07:38 AM PST PELUANG beraksi pada Sukan Olimpik 2016 bukan sahaja dilihat penting kepada pemain-pemain elit, malah jurulatih perseorangan badminton negara, Rashid Sidek mengakui, dua pelapis kebangsaan, Soo Teck Zhi dan Tan Kian Meng juga mampu membuat kejutan untuk beraksi pada temasya berprestij itu. Jelas Rashid, walaupun fokus diberikan kepada dua pemain utama negara, Chong Wei Feng dan Liew Daren, namun kem badminton negara tidak pernah mengabaikan tumpuan mereka kepada pemain-pemain pelapis untuk mengejar ranking sekali gus layak beraksi pada temasya di Brazil itu. "Saya percaya kalau pemain-pemain pelapis ini konsisten mara ke suku akhir atau separuh akhir mereka juga mampu memintas ranking dua pemain elit kita, Daren dan Wei Feng. "Secara realistik memang nampak sukar kerana ramai lagi pemain negara lain yang setanding mereka tetapi ia tidak mustahil. Kalau pemain-pemain elit tidak menunjukkan komitmen yang bagus dan prestasi mereka tidak meningkat, mungkin peluang ke Sukan Olimpik akan menjadi milik pemain-pemain pelapis," kata Rashid Dalam perkembangan lain, Rashid turut memuji prestasi yang dipamerkan Teck Zhi selepas juara Kejohanan Badminton Remaja Asia 2013 itu mara ke suku akhir sebelum tewas kepada pemain Korea Selatan, Jeon Hyeok-jin pada Masters Malaysia 2015 di Kuching dua minggu lalu. Bagaimanapun, apa yang membuatkan Rashid rasa terkilan ialah prestasi juara Siri Super Perancis 2012, Daren yang tidak menggunakan peluang beraksi pada kejohanan itu untuk meraih pencapaian yang lebih baik. Rashid berkata, pemain berusia 27 tahun itu yang tewas pada suku akhir kepada pemain India, Ajay Jayaram sepatutnya meraih keputusan yang lebih baik dengan sekurang-kurangnya mara ke final. "Saya memang tidak berpuas hati kerana dia boleh pergi lebih jauh, cuma mahu atau tidak mahu. Dia pernah menang kejohanan berstatus Siri Super kenapa selepas kejayaan itu prestasi dia tidak konsisten. "Pencabar dia pada Siri Super Perancis jauh lebih baik berbanding di Kuching. Bagi saya mudah sahaja, usaha tidak cukup kalau dia mahu dia akan buat lebih baik," tambah Rashid. Wei Feng pula terpaksa mengharungi kejohanan itu walaupun mengalami kecederaan hamstring, namun dia tewas kepada bekas pemain Persatuan Badminton Malaysia, Mohamad Arif Abdul Latif pada pusingan kedua kejohanan. Kedua-dua pemain itu kemudian beraksi pada GP Emas Terbuka India minggu lalu, Wei Feng menarik diri pada aksi suku akhir ekoran kecederaan hamstring yang semakin serius, manakala Daren tewas kepada pemain India, RMV Gurusaidutt pada pusingan kedua kejohanan. Rashid berkata, Wei Feng yang masih dalam proses pemulihan akan kembali mengikuti latihan pada minggu depan. |
Posted: 22 Jan 2015 06:45 AM PST Saja je nk tambah koleksi masakan berasaskan peria.. slalu mak bt peria grg telur.. tp mak mertua bt sambal sdap la plak.. mudah je spt sambal ikan bilis cuma + peria.Bahan-bahan ( 2 @ 3 orang )
Cara-cara
|
Masalah PC ran into a problem pada Windows 8 Posted: 21 Jan 2015 07:05 AM PST Juruteknik aku ada mengadu pasal netbook pelajar yang install windows 8, setiap kali buka akan terus shutdown. Jika buka sekali lagi satu paparan 'blue skrin' akan keluar "Your PC Ran Into A Problem" dan minta hantar maklumat ke Microsoft. Setakat ini aku dah install 85 bijik pc/notebook dengan windows 8 dan ini pertama kali aku jumpa masalah seperti ini. Masalah seperti ini berlaku biasanya disebabkan salah satu daripada drivers mungkin bermasalah dengan windows 8, samada masalah itu masalah asal atau masalah akibat hardware sudah uzur (nak rosak). Device yang biasa bermasalah misalnya wireless, network adapters, graphics atau video drivers. Masalah paling utama ialah video graphic... Buka personalization --> Display --> Adjust Berightness --> Choose What The Power Button Does --> Pilih Charge Setting..... dan akan terpapar seperti di atas. Buang tips pada Turn On fast Startup dan Sleep. Kemudian save setting, restart semula pc anda. Insya-Allah ok.-http://zulbmohd.blogspot.com |
Macam Mana Nak Letak Butang/Menu All Program Pada Windows 8? Posted: 14 Jan 2015 06:57 AM PST Ramai di kalangan kita tak suka berpindah kepada Windows 8 kerana menu all program tidak ada. Susah nak cari solfware yang ada pada pc berkenaan. Tadi semasa saya mengajar 2 Intan 2 mereka tercari-cari Microsoft Word kerana PC makmal semuanya baru saya format dan saya tak buat shortcut. Sebenarnya masih boleh buat menu tersebut secara manual seperti di atas, tapi ramai yang tak tahu. Mula-mula "Right-click on the Taskbar" Selepas itu "Highlight the Toolbars sub-menu" untuk dapatkan sub-menu Pilih "New toolbar" Taipakan perkataan %ProgramData%\Microsoft\Windows\Start Menu\Programs dan klik select folder Akhirnya menu/butang all program akan terhasil seperti windows 7 tetapi disebelah kanan pc anda. Selamat mencuba. |
Bagaimana nak buang "Home Page" Yang Tak Dikenali Pada Browser IE, Chrome, Mozilla dll Posted: 08 Jan 2015 06:53 AM PST Lama saya tak menulis di blog ini.. rasanya dah 2 bulan lebih. Semalam ada yang tanya saya bagaimana nak buang default laman pada home page yang telah di hi-jack oleh sesuatu laman. Contohnya pada gambar di atas. Biasa berlaku bila kita install sesuatu yang jenis crack. Laman http://hi.ru/?10 (Rusia) ini telah menguasai "home page" semua browser yang ada pada pc kita setelah di intall IDM 6.21.18 terbaru yang jenis silent. Jenis silent ialah jenis yang malas nak crack (crack automatik) Ada beberapa cara untuk mengatasi jenis yang menguasai 'home page': Cara Pertama semak pada "Uninstall" lihat ada atau tidak. Kalau ada remove. Jika tiada ikuti langkah kedua.. Cara Kedua semak pada "Add Ons" iaitu pada "Extensions" browser. Jika ada remove, jika tidak ada ikuti langkah ketiga.. Cara Ketiga ialah klik sebelah kanan mouse pada icon browser dan pilih "Properties" seperti gambar di atas. Lihat pada "target".. ada ditambah selepas exe kan?? Buang perkataan tambahan tersebut yang mengarah browser membuka laman tertentu. Kalau tak jumpa di desktop, cari di taskbar.. ...dan akhir sekali jangan lupa untuk tukar semula homepage pada browser anda. Nanti ada yang kata kenapa tak berubah setelah dibuat langkah ketiga... Cikgu Zul loyar buruk juga !!!. Nak berubah macam mana homepage diset pada url 'celaka' tu tak dibuang kepada yang asal atau yang dipilih... Selamat mencuba kepada mereka yang suka install 'mengarut ngabang' hingga jem kelong pc.. http://zulbmohd.blogspot.com |
Kenali Buah Masjid Terbesar Didunia Posted: 07 Jan 2015 07:16 AM PST Berikut ialah 15 buah Masjid yang terbesar di dunia, dimulakan dengan tempat ke 15 dahulu. Masjid Al Aqsa tempat ke 15 besar. Terletak di Jurusalam dan dibina pada tahun 637 masehi serta boleh memuatkan 5,000 jemaah. Masjid Al Fateh tempat ke 14 besar. Terletak di Manama Bahrain dan dibina pada tahun 1987 masehi serta boleh memuatkan 7,000 jemaah. Masjid Sultan Ahmed di Turki tempat ke 13. Dibina pada tahun 1616 dan boleh memuatkan 10,000 jemaah. Masjid Negara di Kuala Lumpur Malaysia tempat ke 12. Dibina pada tahun 1965 dan boleh memuatkan 15,000 jemaah. Masjid Id Kah di Kashgar China tempat ke 11. Dibina pada tahun 1442 dan boleh memuat 20,000 jemaah. Masjid Baitul Mukarram diDhaka Bangladesh tempat ke 10. Dibina pada tahun 1960 dan boleh memuat 30,000 jemaah. Masjid Jama di Old Delhi India tempat ke 9. Dibina pada tahun 1656 dan boleh memuat 85,000 jemaah. Masjid Sheikh Zayed di Abu Dhabi UAE tempat ke 8. Dibina pada tahun 2007 dan boleh memuat 40,000 jemaah. Masjid Badshahi di Lahore Pakistan tempat ke 7. Dibina pada tahun 1673 dan boleh memuat 110,000 jemaah. Masjid Faisal di Islamabad Pakistan tempat ke 6. Dibina pada tahun 1986 dan boleh memuat 74,000 jemaah. Masjid Hassan 11 di Casablanca Morocco tempat ke 5. Dibina pada tahun 1993 dan boleh memuat 105,000 jemaah. Masjid Istiqlal di Jakarta Indonesia tempat ke 4. Dibina pada tahun 1978 dan boleh memuat 120,000 jemaah. Masjid Imam Ridha di Mashhad Iran tempat ke 3. Dibina pada tahun 818 masehi dan boleh memuat 100,000 jemaah. Masjid Al Nabawi di Madinah Saudi Arabia tempat ke 2. Dibina pada tahun 622 masehi dan boleh memuat 650,000 jemaah. Masjidil Haram di Makkah Al Mukarammah Saudi Arabia tempat pertama. Dibina pada tahun yang tidak di ketahui dan pada masa ini boleh memuatkan seramai 900,000 jemaah. (4 juta jemaah pada musim haji) |
Membuat Animasi dengan Adobe Photoshop Posted: 07 Jan 2015 07:01 AM PST Usop Sontorian ialah siri animasi Malaysia yang pertama. Siri kartun tersebut direka oleh Ujang bersama Kamn Ismail dan diterbitkan oleh Kharisma Pictures Sdn. Bhd. pada tahun 1993. Kartun animasi ini menggunakan lukisan 8 gambar pada satu saat. Oleh sebab itu pergerakkannya agak kaku. Kebiasaannya filem normal menggunakan 29 gambar satu saat (ada yang guna 24fps dan 30fps. Ada games menggukan 59fps untuk pergerak lebih 'halus' dan detail) Hari ini saya akan tunjukkan bagaimana animasi boleh dibuat dengan Adobe Photoshop untuk pelajar saya tingkatan 2. Saya akan tunjukkan contoh paling 'simple' orang lidi. (bukan stickman yang animasi orang lidi sangat menarik -- lihat disini) Buka new file ambil saiz biasa misalnya 800 x 640 pixel. Lakar bulat sebagai kepala orang lidi. Buat layer baru.. Tambah badan Buat layar demi layer untuk kaki dan tangan... Tambahkan tangan dan kaki untuk orang lidi melompat Tambah perkataan YEE! seolah dia bertepik! Set (tiks) windows Timeline (Photoshop lama guna animasi) Tambahkan layer pada timeline Matikan mana yang patut (lihat tanda mata pada layer) untuk susun pergerakan. Setkan masa pada timeline yang sesuai untuk menentukan kelajuan pergerakan. Pilih file dan ambil "Save for Web.." Pilih forever untuk pergerakkan tanpa henti atau ulangan. Anda sebenarnya boleh buat macam-macam perkara dengan "Tweens animasi frame" misanya nak gerakan tulisan atau blur. Anda boleh mencuba. Akhir sekali Save file tersebut sebagai format gif. Di bawah satu lagi contoh menggunakan gambar kucing untuk pergerakkan simple... Hasil kerja anda akan lihat seperti di bawah:- Selamat mencuba... |
Posted: 03 Jan 2015 06:40 AM PST Resepi sendiri..cuba-cuba buat boleh tahan jugakBahan-bahan ( 3 org makan )
Cara-cara
|
Posted: 02 Jan 2015 06:38 AM PST Bahan-bahan ( Untuk 4-5 orang makan )
Cara-cara
|
Posted: 01 Jan 2015 06:33 AM PST Resipi stim ikan yg simple tp rasa lebih kurang sama dgn restoren tom yam..meh la try..bahan2 pn mudah carik..Bahan-bahan (3-4 )
Cara-cara
|
You are subscribed to email updates from BERANI KERANA BENAR To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 1600 Amphitheatre Parkway, Mountain View, CA 94043, United States |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan