ALHUSSEYN |
- Tinggalkan Pakatan kalau tak hadir mesyuarat, kata Pak Samad kepada Hadi
- Saya Naib Ketua Kesatuan Ulama Dunia....Saya bukan anak murid sekolah
- Berita baik untuk gerombolan tukang hasut perkauman ......
Tinggalkan Pakatan kalau tak hadir mesyuarat, kata Pak Samad kepada Hadi Posted: 07 Feb 2015 02:00 AM PST Sasterawan Negara Datuk A Samad Said berkata Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang tidak patut berkata mengikut suka beliau menghadiri mesyuarat sedangkan menghadiri mesyuarat tanggungjawab seorang pemimpin. – Gambar fail The Malaysian Insider, 7 Februari, 2015. Sasterawan negara yang mesra dengan panggilan Pak Samad itu berkata, Hadi perlu serius memberikan komitmen dalam PR kerana itu merupakan tanggungjawab pemimpin. "Kamu mahu bergabung tetapi tak nak hadir. Apakah ertinya gabungan itu? Mesti ada rasa rendah diri dan sedikit rasa tolak ansur," kata Samad kepada The Malaysian Insider dalam satu wawancara di Kuala Lumpur hari ini. "Kalau tidak mahu ikut, jangan masuk. Duduk di luar saja. Saya fikir kadang-kadang pemimpin ini bermain di celah-celah akhbar. Dengan begitu, dia rasa agak terapung kuasanya. "Yang jadi masalah Hadi sahaja. Hadi kata 'jangan dipaksa saya hadir'. Itu bukan paksa, itu tanggungjawab." Hadi berkata malam tadi Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng tidak berhak menentukan sama ada beliau perlu hadir atau tidak ke mesyuarat Majlis Pimpinan PR yang dijadualkan esok. Menjawab persoalan yang ditimbulkan pimpinan DAP, selaras dengan resolusi Jawatankuasa Eksekutif Pusatnya (CEC) Selasa lepas yang mengatakan pemimpin DAP hanya akan menghadiri mesyuarat jika ia dihadiri wakil PAS, Hadi mengatakan dia tidak terikat dengan sesiapa. "Dia (Lim) tidak berhak menentukan saya hadir atau tidak hadir. Terpulang kepada saya hadir ke, tidak hadir. Saya bukan anak murid sekolah, kita tengok dululah. "Tengok hari mesyuarat inilah, saya hadir ke tidak hadir. Saya tidak bergantung dengan sesiapa saya nak hadir," katanya. Samad berkata Hadi menjadi penghalang kepada hubungan dalam PR, sekali gus merencatkan potensi pemimpin berpotensi dalam PAS. Katanya, sekiranya Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar dipenjarakan, maka kemungkinan besar parti dalam PR akan berpecah. "Masuk politik perlu memikirkan nasib bangsa yang harus dibaiki. Itu tugas mereka. Bukan untuk memperkekalkan diri kita dalam satu pergolakan kuasa. "Saya bayangkan PR akan pecah. Lebih-lebih lagi kalau Anwar dipenjarakan. Tidak mustahil PAS akan ada anak gantinya. PasMa boleh menyelamatkan dengan bergabung bersama PKR dan DAP. PAS sendiri akan pecah dua. "Pasma boleh besar. Ia bukan dikira ramai orangnya tetapi mutu orang yang tahu apa yang diinginkan Malaysia dan orang yang mahu asas gabungan ini tumbuh dengan sihat," katanya merujuk kepada kumpulan pro PR yang lahir daripada PAS Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia. Bekas pengerusi bersama Bersih 2.0 itu turut melihat kepimpinan Anwar masih relevan walaupun tidak berupaya mendamaikan pergolakan di antara PAS dan DAP. Katanya, kredibiliti Anwar dapat dilihat apabila ketua umum PKR itu masih relevan dalam arena politik walaupun berdepan dengan pelbagai tekanan luar. "Usia sebenarnya hikmah. Tidak bererti orang tua yang melalui pengalaman yang begitu perit sejak umur 20-an boleh diketepikan saja begitu. Itu andaian bagi orang yang tidak mahu Anwar berada dalam lingkungan kuasa. "Kehadiran Anwar lebih penting kerana sudah menghimpun semua pengalaman. Dia tahu bagaimana individu itu kaya. Orang begini boleh membetulkan. "Saya tidak nafi memang ada orang gelojoh. Anwar watak konsisten. Ini watak yang benar-benar setia apa yang diperjuangkan dan mengetahui apa yang dilakukan kalau dia berkuasa," katanya kepada The Malaysian Insider. |
Saya Naib Ketua Kesatuan Ulama Dunia....Saya bukan anak murid sekolah Posted: 06 Feb 2015 11:00 PM PST Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang masih belum memberi petunjuk yang jelas bahawa beliau akan hadir ke mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan rakyat yang akan berlangsung esok. Laporan Harakahdaily menyebut, Hadi berkata, setiausaha agung DAP sendiri, Lim Guan Eng tidak berhak untuk menentukan kehadirannya. "Dia (Guan Eng) tidak berhak menentukan saya hadir atau tidak hadir. "Terpulang kepada saya hendak hadir atau tidak hadir. Saya bukan anak murid sekolah, kita tengok dululah. "Tengok hari mesyuarat inilah saya hadir atau tidak hadir. Saya tak bergantung dengan sesiapa saya hendak hadir," ujarnya seperti dipetik dalam laporan lidah parti PAS itu. Baca sepenuhnya DI SINI Apa-apa pun, doakanlah yang terbaik untuk pertemuan tersebut demi Pakatan Rakyat kembali pulih dan dapat menumpukan kerja-kerja PRU-14 nanti. Datang jangan tak datang! |
Berita baik untuk gerombolan tukang hasut perkauman ...... Posted: 06 Feb 2015 09:06 PM PST Ada berita baik untuk para gerombolan penghasut kaum ISMA, PERKASA, Ibrahim Ali dan seumpamanya. Korang dibolehkan nak kata apa pun kat kaum lain. Menteri dah bagi kelonggaran untuk korang semua, silakanlah. Batasannya amat mudah sahaja : Jangan bakar depa itu! Kenyataan Ismail Sabri tak seburuk tindakan Isis, kata HishammuddinKenyataan perkauman Datuk Seri Ismail Yaakob terhadap peniaga Cina tidaklah seburuk tindakan yang dilakukan Kumpulan Negara Islam Iraq dan Syria (Isis), kata Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Hussein hari ini mempertahankan rakan Kabinetnya daripada terus diserang.Naib presiden Umno itu berkata, agenda kesederhanaan Malaysia tidak akan terjejas dengan kenyataan menteri pertanian dan industri asas tani itu. "Jika mahu bercakap tentang kesederhanaan, saya rasa tindakan Isis membakar juruterbang Jordan lebih buruk daripada kes melibatkan Ismail Sabri," kata Hishammuddin pada sidang media selepas merasmikan Simposium Kepimpinan dan Aspirasi Negara (NALS) ke-3 di Kuala Lumpur hari ini. Baca sepenuhnya di sini |
You are subscribed to email updates from al-Husseyn To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 1600 Amphitheatre Parkway, Mountain View, CA 94043, United States |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan