ALHUSSEYN |
- Haji Hadi kena buktikan Islam kamu.....
- Belum jumpa dah bertelagah : FRU tolong bersedia!
- Lim Kit Siang sekolahkan Hj Hadi - Fakta lwn Fitnah
- Ismail Sabri cuba putar belit status asal facebooknya...
Haji Hadi kena buktikan Islam kamu..... Posted: 06 Feb 2015 06:00 AM PST Apahalnya pulak nih? Sombong bongkak tak tentu pasal. Ramai yang terkejut dengan kenyataan Hj Hadi petang tadi. Dia kini mengulangi frasa yang pernah dia luahkan sebelum ini: Sila baca laporannya di sini Dulu Hj Hadi tidak macam ni...Dia cukup sopan santun dan berakhlak sebagai seorang ulama yang sangat disegani. Cer tengok status pada facebook lama beliau: Timbalan Presiden Hj Mohamad Sabu dah siap awal-awal bagi peringatan kepada Hj Hadi supaya buktikan Islam yang ada padanya. Mohamad Sabu berkata, sebagai orang Islam, sudah pasti Hadi akan menghadiri mesyuarat tersebut kecuali sekiranya terdapat perkara tidak dapat dielakkan seperti jatuh sakit dan sebagainya. "Setakat ini kita difahamkan beliau akan bersama dalam mesyuarat PAS pada pagi (Ahad) dan mesyuarat PR pada petang. - baca di sini Ingat tu! Hj Hadi mung kena buktikan Islam kamu tu....dah janji nak datang, maka kenalah datang.....Jangan malukan parti Islam Semalaysia. Kalau bercadang tak mahu datang mesyuarat, berundurlah. Ada ramai pemimpin lain yang layak menggantikan tempat kamu! Jadilah nelayan sepenuh masa.... |
Belum jumpa dah bertelagah : FRU tolong bersedia! Posted: 06 Feb 2015 03:30 AM PST Cadangan pindaan Enakmen Kanun Jenayah Syariah (2) Negeri Kelantan akan dibentangkan pada mesyuarat PAS terlebih dulu sebelum dibawa ke mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat (PR). Timbalan presidennya Mohamad Sabu mengesahkan perkara itu, susulan permintaan Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam yang mahu melihat enakmen itu dalam mesyuarat PR Ahad ini sebelum dibentang melalui rang undang-undang persendirian di Parlimen. Sila baca lagi di sini Tetapi apahalnya laporan berikut yg dalam versi Inggerisnya : Kelantan menteri besar Datuk Ahmad Yaakob had also reportedly said his government would not disclose anything or explain the bill to its Pakatan Rakyat allies. Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yaakob telah juga dilaporkan berkata kerajaan tidak akan mendedahkan apa-apa atau menjelaskan bil kepada sekutu Pakatan Rakyat itu. He said PKR and DAP would get to see the documents on the proposed amendments after they are approved in the Kelantan legislative assembly in March. Beliau berkata, PKR dan DAP akan dapat melihat dokumen-dokumen mengenai pindaan yang dicadangkan selepas ia telah diluluskan di Dewan Undangan Negeri Kelantan pada bulan Mac.- lihat di sini Mantan Timbalan Menteri Pengajian Tinggi secara sinis menulis: *Pertemuan tersebut akan diadakan 8 Februari di Ibu Pejabat PAS, Kuala lumpur. |
Lim Kit Siang sekolahkan Hj Hadi - Fakta lwn Fitnah Posted: 05 Feb 2015 11:50 PM PST Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang semasa bercakap pada hadirin di forum 'Adakah pilihanraya PBT hakis hak Melayu', semalam berkata : 1) Suasana demografik kita, secara saintifiknya, mustahil bagi Melayu untuk kehilangan kuasa melalui pilihan raya PBT. 2) Melayu membentuk golongan majoriti di 90% daripada semua majlis bandaraya, perbandaran dan daerah di negara ini. 3) Daripada 150 PBT di negara ini, hanya tiga atau 2% dengan majoriti penduduknya orang Cina. 4) Sekiranya pilihan raya PBT diadakan semula, selepas digantung 50 tahun lalu, dijangkakan ramai ahli majlis kerajaan tempatan akan terdiri daripada orang Melayu. 5) Kira-kira 13 PBT mempunyai penduduk plural di mana tiada kumpulan etnik yang jelas membentuk majoriti. 6) Di tempat seperti Kelantan dan Terengganu, yang mempunyai 12 dan 7 PBT di negeri masing-masing, Melayu membentuk antara 92% ke 97% penduduknya. "Saya masih ingat bahawa pada tahun 1970-an PAS Ahli Parlimen diri mereka dipanggil untuk pilihan raya majlis tempatan untuk dibawa balik, " kata Lim yang pertama kali dipilih sebagai Ahli Parlimen pada tahun 1969. Pemimpin PAS Hanipa Maidin (kiri), yang juga pada forum itu berkata beliau dan pemimpin PAS yang lain juga menyokong pilihan raya majlis tempatan. Hanipa turut mempersoalkan mengapa sesetengah orang tua-tua parti itu telah menentang pemilihan itu kerana ia merupakan sebahagian daripada rangka kerja dasar bersama Pakatan Rakyat yang ditandatangani PAS sebelum pilihan raya umum ke-13. Katanya mengembalikan semula pilihanraya tempatan adalah penting untuk melaksanakan dasar teras PR iaitu "pengukuhan demokrasi di peringkat tempatan" yang dinyatakan dalam rangka kerja tersebut. "Kedudukan saya adalah jelas. Jika kita menandatangani rangka kerja dasar yang sama, kami telah berjanji untuk menghormati janji itu. Ini adalah satu kontrak yang mengikat antara ketiga-tiga pihak. " Sepanjang beliau menjadi seorang ahli jawatankuasa pusat PAS, parti itu tidak pernah membuat keputusan untuk menentang pilihan raya kerajaan tempatan. "Oleh itu, saya juga keliru bagaimana beberapa pemimpin PAS boleh mengeluarkan kenyataan bahawa PAS menolak pilihanraya kerajaan tempatan," kata Hanipa. Pilihanraya kerajaan tempatan telah menjadi isu perkauman yang panas selepas Presiden PAS Hadi Awang berkata pada 23 Januari, Hadi telah pun berkata bahawa polarisasi etnik akan semakin buruk akibat pemilihan majlis tempatan, boleh mencetuskan satu lagi rusuhan kaum 13 Mei. Hadi berkata daya usaha DAP untuk pilihan raya kerajaan tempatan adalah satu kesilapan kerana ia hanya berfaedah kepada penduduk bandar, yang kebanyakannya bukan Melayu.sumber |
Ismail Sabri cuba putar belit status asal facebooknya... Posted: 05 Feb 2015 08:21 PM PST Pada 2 Feb lalu, KPN negara melalui tweetnya (atas) akan memanggil Menteri tersebut untuk diambil kenyataannya.Polis kena tunggu tau! Menteri sedang sibuk berkempen supaya dia diraikan sebagai seorang wira negara ! Menteri itu bukan sahaja mendapat sokongan PM, malah baboon dan dubuk 1Malaysia juga telah mengangkatnya sebagai hero! Menteri itu menafikan telah berbuat sesuatu yang salah dalam Facebooknya yang dimuat naik berhubung seruan kontraversinya yang menyeru pengguna Melayu memboikot perniagaan Cina dan tidak akan meminta maaf. Status yg dimuat naik (atas nih) sudah dikeluarkan dari Facebooknya. Lim Kit Siang beranya, kalau kenyataannya itu tidak rasis saperti dakwaan orang ramai, kenapa Menteri padam posting tersebut? Sebaliknya dia telah muat naik yang berikut: Apasal Menteri ni nak menyalahkan peniaga-peniaga Cina sahaja? Bukankah Bisnes yang terbesar di Malayisa adalah PETRONAS yang " revenue " setahun adalah RM 400 billion.Harga minyak turun, tapi apasal harga gas masak mencanak naik? Siapa pegang jualan beras dan gula ? Melayu memiliki Mydin dan Kedai 1Malaysia. Sudahkah mereka turunkan harga komoditi mereka? Siapa pegang Tenaga, Proton, DRB, Sime Darby, CIMB, Maybank, Telekom ? Apa cerita, asyik kaut untung besarkan? Bukankah orang Melayu yang menguasi jualan utilities dan kereta-kereta? Dah turunkan harga? Siapa yang memiliki kedai-kedai makan yang besar seperti Mc Donald, KFC , Pizza Hut , kedai-kedai mamak kopi 24 jam. Dah murahkah barang dagangan mereka semua nih? Kuasa penetapan harga barang sebenarnya terletak pada kerajaan Barisan Nasional (BN) kerana mereka mempunyai pengaruh bagi menurunkan harga barang. Catatan : QSR Brands merupakan pengendali lebih 300 restoran Pizza Hut di Malaysia dan 50 buah restoran di Singapura juga merupakan pemegang francais pemberi 700 restoran KFC di Malaysia, Singapura, Brunei, India dan Kemboja, pemilik jenama Ayamas dan mengendalikan RasaMas Restoran dan Kedai Ayamas rangkaian kedai serbaneka. Lihat di sini). |
You are subscribed to email updates from al-Husseyn To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 1600 Amphitheatre Parkway, Mountain View, CA 94043, United States |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan