Selasa, 10 Februari 2015

ALHUSSEYN

ALHUSSEYN


This incident never happened - Anwar Ibrahim

Posted: 10 Feb 2015 02:23 PM PST

Statement by Anwar Ibrahim upon the judgement of the Federal Court on 10th February 2015

I maintain my innocence of this foul charge - this incident never happened.

 This is complete fabrication- coming from a political conspiracy to stop my political career. You have not given proper consideration to the case presented by my counsel from day one - that this incident never happened at all.

 I can go on and on but I see from your statement today that it will be fruitless - it appears as i have been condemned again as I was in the court of appeal. only here we went through a facade of an 8 day hearing!

 It is not a coincidence how the of the PM was able to release a full written statement on your decision barely minutes afteryou handed your judgment today even before sentencing.

Mahkamah belum lagi bagi keputusan untuk menjatuhkan 
hukuman. Laju je Pejabat Perdana Menteri keluarkan 
statement. Hairan.Photo and caption credit to
 Fuziah Salleh
 In bowing to the dictates of the political masters, you have become partners in crime for the murder of judicial independence and integrity. You have sold your souls to the devil, bartering your conscience for material gain and comfort and security of office.

 You had the best opportunity to redeem yourselves – to right the wrongs of the past and put the judiciary on a clean slate and carve your names for posterity as true defenders of justice.

 But instead you chose to remain on the dark side and drown your morals and your scruples in a sea of falsehood and subterfuge. Know you not that you are now wallowing in filth and foulness and the stench of your injustice will permeate through every nook and cranny of this so-called Palace of Justice and I do pity you all.

 Yes, you have passed judgement on me – and I will, again for the third time, walk into prison but rest assured my head will be held high. The light shines on me.
"Anda terlibat membunuh sistem kehakiman", kata Anwar di depan muka
hakim2. Katua hakim diikuti hakim2 lain lari masuk bilik dan tangguh
sekejap - 
Zunar Kartunis
 But the shame is on you for you will be judged by history as the great cowards of humanity. Sitting on that high horse of judicial power, you have stooped so low to become the underlings of the political masters.

 Students of law and professors of jurisprudence will scrutinise your judgments and as they dissect your reasoning and your decision, your credibility and integrity will be torn to tatters. And you will be exposed as the fraudsters who don the robe of judicial power only to pervert the course of justice.

 Do not forget that, as all of us will have to, you too will have to answer to your Maker. You will have to answer why you turned your backs on the principles that you had so solemnly sworn to uphold. People who come into your court have to bow their heads and address you as 'My Lords' but don't you know that you too will have to answer to your Lord one day? By then you will need more than bowing and prostration to justify why you wilfully transgressed Allah's command as ordained in Surah an-Nisaa, verse 58:

Indeed, Allah commands you to render trusts to whom they are due
 and when you judge between people to judge with justice. Excellent 
is that which Allah instructs you. Indeed, Allah is ever 
Hearing and Seeing.
 Going to jail, i consider a sacrifice i make for the people of this country. I have fought most of my life on behalf of the people of this country - for the people I am willing to go to jail or face any other consequence.

 My struggle will continue, wherever I am sent and whatever is done to me.


Ke penjara kerana konspirasi mangsa jahat.. 
doa untuk Anwar Ibrahim dan keluarga
 To my friends and fellow Malaysians let me thank you from the bottom of my heart for all the support you have given me. And Allah is my witness. I pledge and I will not be silenced, I will fight on for freedom and justice and I will never surrender!

Anwar Ibrahim
10 Feb 2015 SUMBER

Siapa yang berkomplot sebenarnya ?

Posted: 10 Feb 2015 04:30 AM PST

Ada dari kalangan UG mahukan Dr Hatta, seorang Pengarah Jabatan Pilihan Raya dan beberapa JKPP diambil tindakan kerana dituduh membentuk sebuah perkumpulan dengan merangka dan melaksana perancangan menjatuhkan Tuan Guru Presiden PAS. 

 Buktinya jelas iaitu adanya akuan berkanun dan bukti-bukti print screen daripada aplikasi whatsapp. Pengadu sedia mendedahkan di mahkamah atau kepada Jawatankuasa Tatatertib parti. Sila baca di sini

 Berikut adalah penjelasan peguam muda, Mohd Fitri Asmuni yang pernah terlibat dalam kes saman Fitnah terhadap Presiden tidak lama dulu. Beliau menulis menerusi laman facebook:

Penjelasan Mohd Fitri Bin Asmuni


Adakah kenyataan yg ditulis dlm SD akan secara automatik diterima pakai sebagai evidence?

 Jawapannya tidak!

 Ia masih tertakluk kpd pembuktian & soal balas sebelum SD tersebut dianggap bukti prima facie (prima facie evidence). AJK Pemilihan tidak boleh terus menerus menjatuhkan hukuman kpd Dr Hatta, AAA dan Mazhar Yusof dgn menerima bulat-bulat SD tersebut tanpa SD & dokumen yg dilampirkan tersebut dikaji dan disiasat serta mereka yg dituduh diberikan peluang utk membela diri.

 SD yg diserahkan kpd SU Agung Pusat masih belum konklusif. Byk persoalan timbul contohnya mengenai ketulenan exhibit yg dilampirkan, butir-butir pembuat SD dan pesuruhjaya sumpah.

 Tapi kumpulan demo & penyokong demo dah terlajak pandai dan dah tak sabar2 nak menjayakan komplot mereka. Depa duk marah kita mempersoalkan legality SD tersebut. Depa tak tahu, dlm kes saman Fitnah terhadap Presiden, approach yg sama juga kita gunakan utk mempertahankan Presiden. Yang itu hangpa tak bising plak !

 Bukan Islam saja yg kita kene ambil semua, undang2 pun kita kene ambil semua..jgn jd sekular !

Benarkah Presiden PAS Boleh Terima Kritikan?

Posted: 10 Feb 2015 02:08 AM PST

Kononnya saya dipukul dalam mesyuarat Pas Pusat.

 Saya merasa terpanggil untuk membuat kenyataan selepas melihat dan membaca laporan Malaysian Insider yang melaporkan kononnya saya dipukul dalam mesyuarat Pas Pusat pada hari ahad lepas.

 Saya ingin menyatakan di sini bahawa segala laporan yang wujud di alam cyber yang menjadi viral termasuk laporan Malaysian Insider tersebut adalah spekulasi semata mata yang saya tidak mempunyai sebarang tanggungjawab untuk mengesahkan laporan spekulatif tersebut. 

 Saya juga ingin jelaskan sebagai Ahli Jawatankuasa Pas Pusat adalah tidak wajar untuk saya mendedahkan apa yang berlaku dalam mesyuarat Pas Pusat kerana ia adalah urusan dalaman Pas yang saya dan Pas tidak bertanggungjawab untuk berkongsi dengan sesiapa.

 Saya dan Pas juga dalam masa yang sama tidak boleh menghalang sebarang spekulasi dibuat oleh mana mana pihak selain menyatakan bahawa spekulasi tidak boleh menggantikan kebenaran.

 Saya juga ingin jelaskan jika sekalipun ada laporan yang menyatakan saya menegur Presiden Pas dalam mesyuarat itu ia bukan suatu yang luar biasa kerana Pas tidak pernah melarang mana mana ahli jawatankuasa Pas Pusat menegur Presidennya sebagaimana Presiden juga mempunyai hak untuk menegur mana mana orang di bawahnya. Saya percaya "reciprocity" ini suatu yang sudah lama wujud dalam Pas .

 Berdasarkan pengalaman saya dalam Pas Pusat saya dapati Presiden Pas masih boleh menerima kritikan sepedas sekalipun ke atas dirinya dan saya tidak nampak sikap beliau itu sudah berubah. Jika ada mana mana pihak dalam Pas yang merasakan kritikan kepada mana mana pemimpin setinggi mana sekali pun pangkatnya apatah lagi kritikan yang dibuat di dalam mesyuarat adalah tidak dibenarkan saya percaya ini bukan dari ajaran Islam dan menyimpang daripada konvension yang Pas amalkan selama ini.*

 Jika Presiden Pas boleh menerima kritikan maka adalah tidak masuk akal Presiden Pas akan merestui dan membiarkan amalan memukul ajk Pusat jika kita mengandaikan sekalipun spekulasi yang saya nyatakan di atas adalah betul.**

 Mengenai dakwaan kononnya saya dipukul oleh Pesuruhjaya Pas Perak , Hj Razman Zakaria saya tidak tahu dari mana datangnya sumber berita itu. Hj Razman adalah kawan baik saya jadi mana mungkin dia akan tergamak untuk memukul saya.***Maka saya menganggap dakwaan beliau memukul saya adalah hanya spekulasi semata mata.

 Di sini saya mengambil kesempatan untuk mengucapkan tahniah kepada Pakatan Rakyat kerana disebalik keributan yang berlaku sebelum ini akhirnya mesyuarat majlis tertinggi PR dapat juga diadakan dan mencapai satu keputusan yang melegakan banyak pihak dan meyenakkan musuh Pakatan iaitu Barisan Nasional.

 Percayalah hanya BN dan mereka yang cenderung kepada BN sahaja yang mahukan PR berpecah kerana mereka tahu perpaduan PR adalah ancaman besar dan bahaya kepada BN. Saya yakin tidak ada pemimpin PR yang naif dan tidak sedar hal tersebut.

 Sekian, terima kasih

 Yang benar

MOHAMED HANIPA MAIDIN
AJK PAS PUSAT AHLI PARLIMEN SEPANG

Sila fahami maksud tersirat di sebalik kata-kata Hanifa

1) Jika ada mana mana pihak dalam Pas yang merasakan kritikan kepada mana mana pemimpin setinggi mana sekali pun pangkatnya apatah lagi kritikan yang dibuat di dalam mesyuarat adalah tidak dibenarkan saya percaya ini bukan dari ajaran Islam dan menyimpang daripada konvension yang Pas amalkan selama ini.*

2) Jika Presiden Pas boleh menerima kritikan maka adalah tidak masuk akal Presiden Pas akan merestui dan membiarkan amalan memukul ajk Pusat jika kita mengandaikan sekalipun spekulasi yang saya nyatakan di atas adalah betul.**

3) Mengenai dakwaan kononnya saya dipukul oleh Pesuruhjaya Pas Perak , Hj Razman Zakaria saya tidak tahu dari mana datangnya sumber berita itu. Hj Razman adalah kawan baik saya jadi mana mungkin dia akan tergamak untuk memukul saya.***

Satu persoalan yang perlu kita tanya : Kenapa Hanifa tidak menafikannya secara tegas dan bluntly kata omputih. Tidak perlulah nak bersopan santun.

"Saya dengan ini menafikan berita palsu yg tersibar luas yang menyatakan Razman telah debuk saya dua kali. Itu semua bohong dan fitnah semata-mata!" 

Apa , dia tak boleh cakap macam tu kah? Walau bagaimana pun cara Hanifa itu menjadikan Hj Hadi dan Razman Zakari serba salah, macam mana nak ulas jika wartawan tanya atau bagaimana mereka harus nak buat kenyataan balas mengenai kenyataan Hanifa itu. Hanifa memang bijak! Dia memukau otak kita semua!

Presiden Seumur Hidup - Jadikan dia Authoritarian

Posted: 09 Feb 2015 11:00 PM PST



Dzulkhairi Khairi : Saya mencadangkan hanya orang lepasan timur tengah sahaja yang layak menjadi presiden kerana hanya ulama yang ada kelayakan memimpin. Mereka merupakan bayangan Allah SWt di atas muka bumi, juga pewaris nabi s.a.w. Mereka yang paling takutkan Allah SWT. Keberktan akan hadir di bawah pmpinan mereka. Dr hatta, mohon lakukan taubat nasuha dan mohon maaf dengan semua ahli parti.


Mohd Shahir Abu Hassan : Di petik dari buku Pengantar Syariat Islam oleh Mohd Saleh bin hj Ahmad, UM m.s. 170 

 Syarat2 Ijtihad dan kelayakan utk menjadi mujtahid 

1. Mesti Menguasai Bahasa Arab - Kuasai ilmu Nahu, Saraf, Balaghah, Adab, Ma'ani dan Bayan

2. Mesti Mengetahui Al Quran

3. Mesti mengetahui Sunnah

4. Mesti mengetahui Usul Al Fiqh

5. Perlu mengetahui Masalah2 yang telah diIjma'

6. Perlu mengetahui Maqasid Al Syariah

7. Kesediaan Fitrah untuk berijtihad 

8 Adil dan Taqwa

Sy rase seseorang Presiden PAS mesti ade ciri d atas. Sbb ciri2 ni perlu ada utk memimpin parti Islam mcm PAS. Dn utk berhujah dgn semua, Muslim dn non Muslim, kawan dn lawan.

Rasa2 kita ada tak ilmu ni? Kalo takde diam jelah lebih baik.



Dzulkhairi Khairi : Saya fikir syarat yang ustaz syahir sebutkan tu, untuk jadi presiden majlis fatwa. 

Mohd Shahir Abu Hassan: Seseorang Presiden PAS prlu ade kemampuan ilmu utk berijtihad. Sbb nk gune ilmu2 alat nk semua. Bukan stakat terror politik je. Itu maksud sy.. 


Mohd Shahir Abu Hassan : Ilmu2 alat tu smua 

Dzulkhairi Khairi : Berbeza sungguh ustaz, syarat untuk jadi presiden dengan mujtahid. Saya tak nampak itu sebagai ilmu alat, tambah2 nak menguasai bahasa arab. 

Mohd Shahir Abu Hassan: Ust Dzulkhairi Khairi p nadah buku ni ngn Pengarang buku ni. Tanye sndiri. Ex UM kan. Elok la jumpe pnsyarah lama brtanya khabar. Sy petik buku beliau jer.

Mohd Shahir Abu Hassan : Dzulkhairi Khairi ni yg penah buat status nk kluar PAS sbb tgk video utube hancur pasma tu kan. Ini bermakna aqidah perjuangan sdr blum cukup mantap. Ape barang berjuang jika dlm hati ade taman? Bole jugak sy cdg bace buku Aqidah dn Perjuangan karangan almarhum Ust Fadzil Noor. 

Dzulkhairi Khairi : Ust shahir tak faham bhsa kiasan. Saya ahli pas berbaiah seumur hidup. Selebhnya apa yang sy buat utk pas, tak perlu sy ceritakan.

Ada cadangan dari seorang peserta lain:

Jamzuri Ardani : Tukar perlembagaan.
Presiden seumur hidup 
semua ajk dilantik oleh presiden 
presiden melantik bakal pengganti dia 
Semua arahan presiden adalah muktamad 
Presiden boleh pecat siapa sahaja atas apa sebab atau tanpa sebab 
Kalau boleh semua ydp kawasan pun biar presiden lantik 
Confirm takde jebon... -  SUMBER

Usul : Jawatan Presiden tidak dipertandingkan

Posted: 09 Feb 2015 08:00 PM PST

Dalam Perlembagaan PAS, jawatan Presiden, Timbalan Presiden dan lain-lain jawatan (kecuali Ahli Majlis Syura Ulamak dan Pesuruhjaya PAS negeri-negeri) adalah terbuka untuk dipertandingkan. Maknanya, pada setiap kali proses pemilihan dijalankan, Perlembagaan PAS membenarkan penyandang-penyandang jawatan untuk samada dikekalkan atau ditukar.

 Pemilihan PAS untuk sessi 2015-2017 dijangka berlangsung pada bulan Jun ini. Sebagaimana biasa apabila hampir dengan musim pemilihan, akan timbul pelbagai suara, kempen, propaganda, lobi melobi dan promosi untuk menyokong atau tidak menyokong mana-mana calon bagi jawatan-jawatan yang dipertandingkan. Inilah amalan demokrasi yang sihat selama mana ianya selaras dengan batas syarak dan undang-undang negara.

 Tapi yang peliknya, apabila menyentuh jawatan Presiden, reaksi yang diberikan cukup pelik, aneh, lucu dan kelihatan sangat anti demokrasi. Sebarang idea untuk mempertandingkan jawatan Presiden akan segera ditanggapi sebagai komplot menjatuhkan, menggulingkan atau menderhaka kepada Presiden. Sepanjang ingatan saya, di dalam parti UMNO yang sentiasa dihina dan ditertawakan oleh PAS dari segi amalan demokrasinya, tidak pernah pun berlaku hingga ke tahap ini.

 Tambah memelikkan, walaupun sudah ada kempen terang-terangan untuk menukar Timbalan Presiden dan Naib Presiden, tiada pula yang meracau bahawa sekarang wujud komplot atau konspirasi untuk menggulingkan Timbalan Presiden!

 Saya fikir jika begini keadaaannya, maka untuk menyelesaikan pertikaian yang semakin tidak ketahuan ini, eloklah ada perwakilan yang membawa usul di dalam muktamar akan datang untuk meminda Perlembagaan PAS supaya jawatan Presiden diharamkan dari dipertandingkan dan hanya kelompok tertentu sahaja yang layak menjadi Presiden PAS.

 Jika selepas Perlembagaan dipinda dan masih ada yang cuba mencabar kedudukan Presiden, maka layaklah untuk kita 'penggal' sahaja mereka yang berbuat demikian. Saya sekadar mencadangkan sahaja.

 Apa pandangan kawan-kawan semua? - Abdullah Abdul Karim

*Beliau merupakan bekas Ahli Jawatankuasa Pemuda PAS Pusat dan bekas Naib Ketua Pemuda Pahang

DAKWAAN TERHADAP DR HATTA RAMLI DAN KUMPULANNYA PERLU DISIASAT

Posted: 09 Feb 2015 04:17 PM PST

Antara plakad yg dibawa oleh gerombolan pendemo kurang ajar di hadapan
Pejabat Agong PAS pada pagi 8 Februari 2015, hari yg sama JKPP mengadakan
mesyuarat di situ.
Kenyataan Akhbar

DAKWAAN TERHADAP DR HATTA RAMLI DAN KUMPULANNYA PERLU DISIASAT

Setelah saya bersemuka dengan Ustaz Noorzazilafadli Ibrahim, Ketua Dewan Pemuda PAS Kuantan, dan ditunjukkan akuan berkanun dan bukti-bukti print screen daripada aplikasi whatsapp, saya menggesa supaya PAS membuka siasatan terhadap kes ini. Penafian simplistik Naib Presiden PAS, Tuan Haji Salahuddin Ayub dan Setiausaha Agung PAS, Tuan Haji Mustafa Ali bahawa tiada komplot untuk menggulingkan Presiden PAS, sedikit pun tidak menjejaskan kredibiliti dakwaan ini. Lebih daripada itu, penafian kedua tokoh pimpinan kanan PAS ini hanya dilihat seperti 'menutup bangkai gajah dengan nyiru', disebabkan dakwaan itu dalam bentuk akuan berkanun dan setiap helaian bukti-bukti print screen ini ditandatangani di depan Pesuruhjaya Sumpah.

 Dakwaan yang dibuat oleh Ketua Dewan Pemuda PAS Kuantan ini sangat serius, kerana ia melibatkan sebuah agensi strategik dan intelligence dalam PAS iaitu Pasukan Gerak Saraf (PGS). Bukti-bukti print screen itu memaparkan perbincangan ahli-ahli di bawah PGS yang digerakkan oleh Dr Hatta Ramli, Pengarah Jabatan Pilihan raya PAS Pusat dan Aiman Athirah al-Jundi, Pengarah Pilihanraya Dewan Muslimat PAS Pusat. Bukti-bukti yang ditampilkan juga menggambarkan rancangan dan strategi untuk memfitnah dan menggulingkan Presiden, mensabotaj keputusan Presiden dan Majlis Shura Ulama, melakukan psywar terhadap pihak Istana Selangor dan lain-lain lagi. Oleh sebab itu, dakwaan ini merupakan satu perkara serius yang tidak boleh ditepis dengan kenyataan simplistik.

 Saya menggesa PAS membuka siasatan sebagaimana saranan Naib Presiden PAS, Dato Tuan Ibrahim Tuan Man semalam. Jawatankuasa Penyiasatan ini bertanggungjawab meneliti kesahihan dakwaan tersebut, dan sekiranya tiada kes, barulah boleh disimpulkan tiada komplot untuk menggulingkan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang. Selain daripada itu, saya juga menggesa Dr Hatta Ramli dan Aiman Athirah Al-Jundi supaya membersihkan diri mereka mengikut saluran undang-undang dengan mengambil tindakan saman atau apa-apa tindakan yang seumpamanya. Sekiranya dakwaan itu tidak benar, kedua-dua mereka tidak perlu khuatir untuk mengambil tindakan yang sewajarnya sebagaimana saranan saya tersebut. Secara langsung ia juga akan membersihkan imej PGS dan Jabatan Pilihanraya PAS Pusat.

 Yang benar,
 Dr Mohd Zuhdi Bin Marzuki
 9 Februari 2015 17 Rabi`ulakhir 1436

Tiada ulasan: